The Chosen One


Bab 14

Aoi berada dipejabatnya sedang bersendirian merenung kearah Messe yang berdiam diri dimejanya. Messe masih berkeras untuk menyembunyikan buku tersebut dari Aoi walaupun Aoi sudah memujuknya dan memberi offer yang lumayan kepada Messe tetapi semuanya ditolek mentah-mentah.

Messe menjeling kearah Aoi yang memandangnya dengan wajah yang risau. “Kau buat muka kesianpun aku takkan buka.”

Aoi mengeluh dan bersandar di kerusinya. Memandang ke siling bilik yang bertemakan putih telur disertakan kipas siling coklat yang berukiran flora.

“Kau mengeluh apahal?” Messe menjelmakan wajahnya dan memandang Aoi yang merenung siling bilik. “Kau patut berterima kasih aku tak kasih keluar buku ni.”

“Aku tahu. Yang aku risaukan ialah si Aily dan Luhan tu. mereka dua dah bercouple, lovey-dovey pula tu.”

“jadi? Kenapa kau mengeluh hah?”

“Baguslah begitu. Kalau aku takda, ada Luhan boleh jaga Aily untukku.” Aoi duduk ke posisi asalnya dan memandang ke frame-frame gambar yang terdapat didinding biliknya yang bersebelahan dengan rak fail laporan sekolah. Gambar dia dan rakan-rakannya semasa di party anniversary Violet dan Jun di Rosette Club, Gambar perasmian Aoi sebagai Penolong setia The Four Lords bersama semua ketua memakai jaket formal, gambar guru-guru kesayangannya termasuk pengetua sekolah. Sekarang ada juga gambar baru iaitu gambarnya dengan Elli. Dia tersenyum sendiri melihat frame tersebut. Dia beralih pula ke frame gamber yang terletak di penjuru mejanya. Gambar adiknya Aily dan gambarnya bersama Alex.   

Dia mengambil gambarnya bersama Alex dan merenungnya dengan lama. Banyak kenangan manis bersama insan yang tersayang ini. Saat manis, pahit dikongsi bersama. Pertengkaran setiap hari mengeratkan lagi hubungan mereka. Aoi meraba cincin dijari kanannya. Hadiah Alex yang pertama dan rantai untuk melindunginya dari bahaya. Ini semua tidak akan terjadi jika dia tidak tersandung diatas Alex masa awal tahun persekolahan. Terima kasih kepada Sora yang membuat dia tersandung. Aoi tertawa kecil tetapi matanya mula berkaca dan hatinya rasa sangat sakit sekali

Messe memandang wajah Aoi. “Kau dah dapat mimpi tu?” dia menyoal Aoi tanpa memandang tepat kearahnya. Dia sendiri rasa berat hati untuk menanyakan soalan itu tetapi dia harus tahu.

Aoi mengangguk perlahan, air mata yang mengalir turun ke pipi sambil memandang tepat kewajah Alex, insana yang disayangi. Dia mengelap Air matanya dan memandang Messe dengan senyuman tawar. “Aku dah sedia nak beri badan ni ke Permaisuri Biru.”

Messe hanya mengeluh kecil. Dia dapat tahu yang Aoi belum bersedia untuk memberikan badannya ke Permaisuri Biru. “Hanya satu sahaja yang aku boleh beri tahu kau. Ada sesuatu yang lebih berkuasa dari spells dan cures iaitu….”

Pintu dibuka tanpa diketuk. Senior Kai berarak kearah Aoi dan menghentam meja dengan wajah yang serius memandang wajah Aoi. “Apa maksudnya kau menjadi korban?!”

Aoi mulanya terkejut kerana Kai masuk dengan wajah yang menggerunkan dan akhirnya dia tersenyum memandang Junki.

“Kenapa kau masih tersenyum? Tolong buat urgent meeting sekarang juga!” Junki menaikkan suara volume 3. “Kita kena beritahu yang lain tentang ni! Aku akan inform yang lain yang kita akan buat meeting ni sekarang.” Kai mengeluarkan telefonnya dan SMS semua orang yang terlibat.

Aoi segera berdiri dari kerusinya dan bergerak kesisi Kai memegang tangan Kai yang sedang rancak menekan butang-butang di phonenya. Kai berhenti dari menaip dan memandang wajah Aoi yang tersenyum tetapi dia dapat lihat dari mata Aoi yang dia sedang bersedih.

“Maaf senior tetapi tolong rahsiakan benda ni dari yang lain.” Tangan Aoi menggeletar dan suaranya serak menandakan dia menahan tangisannya.

Kai terkejut mendangar apa yang Aoi katakana sebentar tadi. “Kau dah gila ke!” Junki naik berang dengan perangai Aoi. “Kau tak payah berlagak kuat untuk menghadapinya sendiri! Kami tahu yang kau kuat dan merancang sesuatu yang luar jangkaan kami tetapi hal ini kau tidak boleh menanggungnya sendiri!” suaranya naik ke volume Lima. Dia memandang Aoi yang hanya berdiam diri memandang dia dengan wajah yang sayu. Kai memeluk Aoi dengan erat seperti dia tidak mahu lepaskan perempuan dihadapannya itu.  “Kau tahu tak betapa aku sayangkan kau selama ini? Aku berusaha untuk memendam hati yang amat sakit ni dari kau apabila aku tahu kau bersama Alex. Apabila aku mendapat tahu yang Pengganti Permaisuri Biru, aku tak tahu apa nak buat dan segera ke sini untuk kepastian. Kenapa semua ni kau kena tanggung sendiri? Kenapa kau yang terpaksa pergi?”

kedengaran suara tangisan kecil dari telinga Aoi. Dia hanya berdiam diri kerana tidak tahu nak respon. Dia tidak tahu yang Senior Kai yang selalu dingin terhadap semua orang juga menyimpan perasaan terhadapnya. “Senior… tolong aku kali ni. Tolong rahsiakan perkara ni dari yang lain.”

Kai memandang wajah Aoi yang tersenyum tawar. “Sampai bila kau nak buat senyuman palsu tu? Kau tahu itu hanya buat kau lebih terluka.”

Aoi menggeleng. Dia menafikan ayat terakhir Kai dan mengenggam erat tangan Kai. “Aku ingin pergi dengan senyuman bukan dengan kesedihan. Dalam masa-masa terakhir ini, aku nak tempuhinya bersama kamu semua dengan senyuman.” Aoi mengambil phone dari tangan Kai, dia menekan butang merah dan memasukkan kedalam poket dada jaket sekolah Kai. “Kadang kala, ada sesetengah perkara tidak patut disebut. Mungkin ia lebih elok dirahsiakan buat selamanya. Tetapi, setiap rahsia yang tersimpan rapi akan dibongkar jua dengan semula jadinya. Jadi, biarlah rahsia ini terbongkar apabila masanya telah tiba.” Aoi tersenyum kearah Kai meminta sedikit kepercayaan dari Kai. Dia mengambil Messe dari mejanya dan beredar keluar meninggalkan Kai sendiri didalam pejabatnya.

Aoi teruskan berjalan dalam laluan tersebut sambil memandang kebawah. Rasa bersalah terhadap Kai kerana merahsiakan hal tersebut darinya.

“Kau rasa dia akan rahsiakan ke?” Soal Messe memandang pintu pejabat Aoi yang semakin jauh dari mereka.

Aoi menggeleng tanda tidak tahu. Dia takut yang Kai akan bongkarkan hal tersebut dan memberi pukulan yang kuat kearah mereka. perkara ini juga akan membuat dia rasa lebih berat hati untuk tinggalkan mereka. “Mungkin lebih baik aku tak tersandung atas Alex….”

XXX

Dark melepaskan geramnya dengan menjerit sekuat hati apabila mendengar berita yang buruk dari Angelica. “Arrrggghh! Tak guna punya budak! Habis rosak semua rancangan aku!!!”

Angelica hanya berdiam takut untuk bersuara kerana tiada orang berani berhadapan dengan Dark yang menakutkan apabila dia marah.

Dark memandang matahari yang sedang terbenam dari muka bumi. Sedang berfikir bagaimana perempuan biasa boleh kalahkan sumpahan Angelica. “Pasti dia juga yang bertanggungjawab keatas benteng tu. memang tak syak lagi!”

Angelica hanya memandang Dark bercakap sendirian memikirkan tentang Aoi. Dia juga hairan bagaimana perempuan seperti dia dapat kalahkan mereka dengan mudah. Mereka berdua ialah immortal sorcerer yang tidak akan mengalami penuaan selagi tuan mereka masih bernafas.

“Kita tiada masa untuk menghancurkan buku tersebut terima kasih kepada budak jahanam tu. Angelica, kau pasti mereka belum jumpa buku tu?” Dark menjeling kearah Angelica. Dia dapat berita yang Elli juga belum menemui buku tersebut, juga bermaksud sekolah tersebut juga tidak dapat menemuinya.

Angelica mengangguk. “Walaupun Elli telah sedar dari sumpahanku, aku pasti yang Elli juga tidak menemui buku tersebut. Kerana, perempuan yang berlawan denganku ialah Penolong Setia the Four Lord yang berkuasa dan mengetahui dalam semua hal. Elli rapatkan diri dengan perempuan itu untuk mendapatkan maklumat tetapi tidak membuahkan hasil.”

Dark mengangguk tanda faham. “Bermaksud, buku itu tidak akan ditemui sampai bila-bila. Bagus.” Dark ketawa berdekah-dekah mrita yang mendengar berita yang sangat memuaskan hatinya. “Baik kita bergerak ke The Acursed mountain dengan segera sebelum masanya tiba.”

“Acursed Mountain? Bukannya tempat tu tempat keramat ke?”

Dark tersenyum sinis. “Kalau kau mahu tahu… disanalah kita akan bangkitkan Lord Black dari tidurnya.” Dark bergerak mendahului Angelica dan Angelica hanya mengekorinya tanpa banyak menyoal.

XXX

Hyomin berada di dalam Library sedang mencari maklumat tentang Kelemahan bayangan hitam selain dari cahaya. Suasana di perpustakaan sangat sunyi hanya bunyi Jam berdetik sahaya kedengaran, suara orang berbisik juga tidak bergema diruang library kerana, para pelajar sedang sibuk berlatih untuk membantu mereka mempertahankan sekolah mereka. perpustakaan sememangnya sunyi sejak dua tiga hari ni. Hanya Hyomin dan Miss Wresly berada di situ.

Matanya kusyuk membaca setiap baris yang tertulis dalam buku tersebut mencari cara ataupun clue tentang bayangan hitam itu. Dia sebagai R.C.M.C seharusnya mengetahui tentang bayangan hitam ini.

Apa sebenarnya bayangan hitam ni? Apa yang sebenarnya dia cari? Buku tu? atau mangsa baru? Banyak persoalan bermain diminda gadis muda ini. Setiap soalannya tidak terdapat dalam beberapa buku yang related dengan kajiannya.

Buku ditangannya ditarik dari atas membuat Hyomin hairan tangan lelaki mana yang berani mengganggunya. Bukan abang desis hati Hyomin melihat tangan jejaka yang menarik bukunya berlainan dari pergelangan tangan Jeff. Dia mendongak keatas dan terkejut melihat Elli membaca buku yang dia sedang kaji.

“Kau rasa bayangan hitam ni cam mana?” Elli bergerak duduk disebelah Hyomin tanpa melepaskan pandangannya dari buku tersebut.

Apa dia buat kat sini? Desis hati Hyomin. Jantungnya berdegup kencang apabila jejaka idamannya tiba-tiba berada disisinya. Ini sangat janggal, selalunya Elli hanya melekat dengan Aoi. kalau tak pun dengan Phoenix untuk berlatih. “Err… Bayangan hitam ni…. Well…..” HELP!!! Lidah aku dah freeze desis hati Hyomin.
Elli beralih pandangan kearah Hyomin kerana kegagapannya. “Well?”

Muka Hyomin merah malu apabila Elli memandang dia tepat kewajahnya. Bertahan Hyomin! Inilah masa kau untuk bersama dengan Elli. Bukan selalu kau dapat perhatian Elli desis hati Hyomin menguatkan semangatnya untuk bersuara. “Dalam theory aku, bayangan hitam boleh dikatakan benda yang bergerak bebas kemana sahaja mereka mau dengan satu tujuan iaitu mencari hati hitam. Tapi, kebanyakannya menghala ke sekolah kita. Persoalannya kenapa? Aku juga fikir yang mereka juga mendapat ‘misi sampingan’ dari tuan mereka.” Hyomin mula mencari sehelai kertas yang berselerak di atas meja. “Ni dia…” Dia terus hulurkan kertas tersebut kepada Elli. “mungkin the Creator kepada Bayangan hitam ni memberi arahan kepada mereka untuk menghancurkan sekolah kita disertakan dengan mencari buku tersebut. Lebih banyak lebih senang untuk mencarinya betul?”

Elli mengangguk tanda setuju. “Boleh tahan juga kau ni.” Elli tersenyum manis memujinya membuat Hyomin tersipu malu. “tak sangka kau dapat fikirkan semua ni. Jadi, ada cara lain ke nak haling mereka dari menghancurkan sekolah kita?”

Hyomin menggeleng, mukanya mula berubah menjadi sedih apabila misi yang diamanahkan oleh Aoi kepadanya belum selesai lagi. “Kau rasa Senior akan marah tak? Dia selalu Tanya tentang perkara ni tetapi aku selalu gagal untuk mencari jalan penyelesaiannya.”

Elli menepuk bahu Hyomin dengan perlahan memberi semangat kepadanya. “Jangan risau, I’m sure yu can do it!”

Hyomin tergamam melihat senyuman Elli yang dahulunya susah untuk diberi. Elli hanya tersenyum dengan Aoi sahaja dan bersikap dingin dengan ketua yang lain. Senyuman yang jarang dia lihat akhirnya berada didepan matanya.

Hyomin mengangguk dan terus menyambung kerjanya tanpa memberi sebarang respon kepada Elli. Dia cuba menyembunyikan rasa gembiranya tentang kemesraan Elli terhadapnya dengan membaca mana-mana buku yang dicapainya dahulu.

Elli tertawa kecil melihat telatah Hyomin yang kelam-kabut. Kenapa aku tak perasan yang si hyomin ni sememangnya comel? Desis hati Elli terus memandang hyomin dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

XXX

Suasana didalam kelas 4 Storm amat senyap kerana pelajarnya yang ketakutan dengan bayangan hitam diluar benteng sekolah sedang menunggu untuk membaham hati hitam mereka.
Jess sedang menggigit kuku memikirkan nasibnya yang akan berlaku jika benteng tersebut terbatal. “Ayu, kau rasa kita akan selamat ke tinggal di sekolah ni?”

Ayumi menggeleng. “Aku pun tak tahu. Aku rasa sekolah kita ialah tempat yang paling selamat di Xanvera city ni.”

“lagipun, 10 ketua sekolah sekali dengan the Lords ada bersama kita untuk melindungi kita kan? Jadi, kita tentu akan survive nanti.” Sambung Lya cuba menyedapkan hati masing-masing.

Sora berada di tempat duduknya seperti selalu bersendirian bersama Nightwalker. Jadi babysitter lagilah tu.Dia mengusap badan Nightwalker dengan perlahan cuba tidak membangunkan haiwan tersebut dari tidurnya.

Sora mengeluh panjang memikirkan hari persekolahannya yang membosankan sejak dua tiga hari ini kerana rakan karibnya tidak masuk ke kelas. Satu sibuk dengan urusan sekolah, satu lagi sedang berlatih dengan The Four Lords(?) dan yang satu lagi berlainan kelas.

Sudahlah tidak banyak guru yang masuk kelas, bersendirian pulak tu. pastu, ditambah pula jaga Nightwalker? Memang nasib aku malang. Tapi, okay juga guru sejarah tak masuk desis hati Sora.

Bunyi ringtone dari phone Sora diangkat dengan segera. Terukir senyuman di bibir apabila membaca text tersebut.
FROM: My Love
Do you miss me? I know you do…

Cloud tertawa kecil membaca balasan Sora. Ada-ada jak dia ni desis hati Cloud

FROM: my partner in heaven
Weck! :P kalau dah tahu kenapa Tanya?? Bila Korank nak masuk kelas hah?? I’m lonely dengan Night ;’(

Sora mendapat SMS dari Cloud dan tersenyum gembira.

From: My Love
Kami enter kelas masa ketiga. Wait for me okay?

Cloud membaca text balasan Sora dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

FROM: my partner in heaven
Aoi datang sekali tak? Dah berapa hari aku tak nampak batang hidung pompuan tu….

“Alex, Aoi kat mana hah?”

Alex yang baru sahaja pakai uniform sekolah menoleh kearah Cloud. “Dia cakap dia di pejabat. Ada urusan.”

FROM: My Love
Entah… pak we dia sendiri pun tak tahu…

Sora mengeluh kecil. Dia tak masuk kelas lagi lah tu desis hati Sora. Selepas membalas SMS Cloud, dia sambung mengusap badan Nightwalker.

Dia hairan kenapa Nightwalker jarang bersama Aoi sejak kebelakangan ni, ia kelihatan seperti Night menghindarinya dengan bersama Sora atau Aily.

Sora teringat sesuatu semasa mereka membuat circle runes untuk melindungi sekolah.Suara Aoi time tu sangat lain dari yang biasa, seperti suara seorang wanita matang. Time tu juga Nightwalker lari bersembunyi dibelakangnya. Selepas kejadian tu, Night selalu menjauhkan diri dari Aoi.

“Night, mungkinkah kau juga takut Aoi akan pergi? Atau kau takut dengan Tuan pertama engkau?”

Nightwalker hanya berdiam diri. Tiada respon dari serigala kecil itu walaupun sedikit.

Sora rasa seperti orang bodoh. Aku tak patut Tanya haiwan yang tidak boleh bercakap desis hati Sora.

“Bark!” nightwalker akhirnya memberi respon. Dia mula bergerak cuba memberi signal kepada Sora untuk membuka buku latihannya dengan mencakar buku tersebut.

“Kau nak buat apa?” Sora ikut apa yang Night inginkan. “Kau nak jawab soalan ku ke? Cam mana?” Sora tertawa kecil memikirkan haiwan tidak bole menulis. Dia terus terdiam apabil dia dapat Idea. “Mungkin boleh.” Sora menyebut satu spell dan sebotol dakwat merah muncul diatas mejanya. Sora membukakan tutup botol tersebut. “Kau boleh tak tulis pakai ekor kau? Kaukan sama giler cam Aoi, mesti kau boleh buat kan?” sempat lagi Sora memberi persamaan antara Aoi dan Nightwalker.

Nightwalker mencelup ekornya dan mula menulis diatas buku latihan Sora dengan berhati-hati supaya ia tidak tumpah ke tempat lain.

AOI DAH KESUNTUKAN MASA

Terbeliak mata Sora melihat hasil karya Nightwalker. “Tak sangka kau boleh menulis!” Sora mengusap-usap kepala Night memujinya. “Apa maksud kau kesuntukan masa?”

AOI -> BIRU

“Biru? Maksud kau?” Sora segera bangun dari tempat duduknya dan keluar kelas bersama Night dalam dakapannya. Air matanya bergelinang turun kepipi, rasa takut menguasai diri. Tidak mungkin Aoi akan pergi dengan begitu jak kan? Tidak kan? Desis hati Sora berasa cemas. phone dalam genggamannya segera mendail Cloud dalam perjalanan mencari Aoi.

“Hello?”

“C… cloud…..”

Suara Sora menangis teresek-esak kedengaran dari lubang suara phone membuat Cloud menjadi cemas.

“Kenapa?!”

Yang lain terus memandang kearah Cloud apabila suara cloud kedengaran seperti orang cemas.

“Aoi… dia mungkin.. ber.. bertukar men… jadi Permaisuri biru..”

“Apa?” Cloud terus memandang kearah Alex membuat Alex tidak sedap hati. Selepas bercakap Sora di talian dia terus menyuru Alex mencari Aoi. “Cari dia dipejabat, Cepat!”

Alex hanya mengangguk dan bergegas ke bangunan lama tanpa banyak Tanya. Hanya persoalan yang banyak bermain di mindanya. Yang paling jelas ialah harap Aoi tak apa-apa.

XXX

Aoi berada didalam biliknya merenung keluar tingkap memikirkan nasibnya yang akan berlaku selepas mengalahkan black. Biliknya dibiarkan gelap kerana dia ingin bersendirian buat semantara waktu tanpa diganggu oleh Ketua yang mungkin akan mencarinya. Terutamanya, Senior Zack dan Senior Jeff, kalau Aoi tiada dalam pejabat confirm dicari di biliknya. Itulah sebab utama lampu bilik dipadam.

“Kau dah buat keputusan?” Messe yang sentiasa berada disisinya akhirnya bersuara selepas Aoi kelihatan lebih tenang.

Aoi menjeling kearah Messe. Aku patut buang dia keluar tingkap tadi desis hati Aoi. Dia mahu bersendirian dengan menyuruh Messe berdiam diri. Tapi, beg tua tu tetap bersuara jua.

“Apa jeling aku cam tu? aku nak tau juga.”

Aoi kembali merenung keluar tingkap memandang bulan penuh yang menyinari suasana malam disekelilingnya. “do I have a choice? Sebanyak mana pun aku fikir. Aku tetap akan lenyap dimuka bumi ni. Nightwalker dapat kesan magic tuannya yang pertama dalam diriku, sebab tulah dia larikan diri. Aku takut untuk  tinggalkan mereka.” Mata Aoi mula berkaca tidak ingin meninggalkan orang yang disayangi.

Tiba-tiba terhidu bau yang harum datang dari belakangnya membuat dia berputar kearah pintu bilik dan melihat Permaisuri Biru berdiri dengan senyuman yang manis dengan latar belakang yang putih. Latar terebut mengelilingi Aoi membuat biliknya tidak kelihatan. Messe juga tiada disisinya lagi.

Aoi tidak bercakap sepatahpun dihadapan Permaisuri biru hanya tunduk ke lantai dengan rasa bersalah. Tentu dia dengar apa yang aku cakap tadi. Aku memang orang yang tak pandai kotakan janji! Desis hati Aoi.

“Angkat kepalamu, Aoi.” suara yang merdu Permaisuri Biru menyuruh Aoi memandangnya.

Aoi mendongak kearah Permaisuri Biru dan terkejut apabila permaisuri Biru terus memeluknya. “Yo.. your…”

“Maafkan aku sebab aku telah buat kau hidup merana. Aku tahu kau tidak inginkan semua ni, tapi ia belum terlambat untuk batalkannya.”

Aoi menolak pelukan Permaisuri Biru dan menggeleng. “A promise is still a promise.” Aoi memandang Permaisuri Biru dengan wajah yang serius. “Aku tak akan gembira kalau aku tarik balik perjanjian kita. Lagipun, hanya kau yang boleh kalahkan Black. Ianya telah ditulis didinding Enchanted Library yang Permaisuri Biru akan mengalahkan Black bersama dengan The Four Lords dan Lords of the Thunder. Itu bermaksud aku tidak boleh tarik balik perjanjian ini.” Aoi mengelap air matanya. Dia tidak mahu jadi orang yang pentingkan diri, jika dia tarik perjanjian mereka, ramai orang akan terkorban disebabkan dia memilih untuk diri sendiri. “Jadi, Aku bersedia untuk berikan jasadku kepada mu.”

XXX

“AOI!!” Alex membuka pintu pejabat Aoi tetapi tiada sesiapa didalam bilik tersebut. Hati Alex mulai rasa resah dan segera berlari keluar bangunan sambil berfikir dimana Aoi kemungkinan berada.

Library? Tak mungkin dia akan belajar time-time begini. Kelas? Tak, Sora dari kelas tadi. Asrama! Desis hatinya terus bergegas masuk keasrama tanpa menulis nama dalam buku laporan. Kakinya berlari semakin laju sepertimana jantungnya berdegup kencang.

Phone segera di keluarkan dari poket sekolahnya dan mendail nombor rakannya.

“Hello? Kamu jumpa Aoi?” Soal Alex.

“Belum. Dia tiada di taman ataupun bersama ketua yang lain.” Jawab Jun.

Langkahnya terhenti apabila sampai di hadapan pintu bilik Aoi. dia tercugap-cugap penat dari berlari. Tanpa membuang masa dia membuka pintu bilik Aoi.

“Aoi! kau….” Ayatnya terhenti apabila melihat seorang wanita berpakaian serba biru bersama dengan tongkat saktinya ditangan. Alex terkejut melihat anak mata wanita tersebut yang berwarna jingga membuat dia terlutut dihadapan perempuan itu.  Telefon yang berada ditangan terjatuh kelantai.

“Bunyi apa tu? Alex kau okay ke?!”

“Saya amat berbesar hati berjumpa dengan kamu, Lord Alex.”


“Per… Permaisuri Biru….”

“Hello? Alex? Kau kenapa? Answer me!!”

No comments:

Post a Comment