New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Saturday, 22 August 2015

Axerialeth: SOD -Helper asking for help?-

Bab 15

Rick bergegas turun dari bilik injin, menuju ke bilik Pengemudi tapi perjalanannya terhenti di tengah jalan bila dia terserempak dengan orang yang dia ingin jumpa.

“Ben, apa dah jadi?” Soalnya termengah-mengah, cuba mencari nafasnya yang telah di bawa lari oleh perasaan cemasnya.

Ben menggeleng laju, tertera di wajahnya yang dia sendiri terkejut dengan keadaan kapal itu masih lagi utuh. “Nuez datang kat aku dan tukar koordinat destinasi kita dan cakap ini rancangan NightBlue.”

Mereka memandang kearah Nuez yang baru je dapat tangkap Ben, termengah-mengah dengan tangan di lutut; cuba mengambalikan nafasnya yang hilang kerana penat dan terkejut pada masa yang sama. “Ben…. Lajunya.. kau lari….” Katanya antara nafas.

“Kau yang mengelamun di dalam tu. Apa yang kau fikirkan hah?”

Nuez menarik nafas yang terakhir dan nak bersuara tapi terbatal. Dia menggeleng. “Nothing. Nampaknya NightBlue boleh tahan kuatnya kan?”

“NightBlue?”

Nuez mengangguk. “Ya, kenapa?”

“Korang!”

Tiga lelaki ini memandang kearah Manda yang berlari kearah mereka dan tersandung hampir mencium tanah tapi Ben segera menangkapnya. “Woa…. Manda, kau okay ke?”

Manda mengangguk lemah. “Kau tak tahu cam mana rasanya tenaga kau di serap untuk buat pelindung tu…”

Mereka tertawa kecil tapi hanya Ben yang dapat tumbukan di bahu oleh Manda. “Shut up! Beritahu aku siapa buat back up pelindung kapal.”

Tawa mereka mati, terkejut. “Bukan kau ke?”

Manda menggeleng. “Pole beritahu aku yang kita dah ada back up jadi aku berhenti buat pelindung.”

Pole? Ben memandang kearah Rick, wajahnnya sama buntu dengan mukanya sendiri. “Jangan cakap ini juga kerja NightBlue?”

Rick mengangkat bahu, perasaan risau mula menyeliputi hatinya. “Lets go.”

Mereka bertiga turun ke bawah mencari Pole dan NightBlue dengan Manda yang blur hanya mengekori dari belakang. Persoalan dalam minda mereka sama; adakah NightBlue yang selamatkan mereka? Adakah dia yang kekalkan Kapal dari berkecai? Kenapa dia buat ni semua sendiri?

Langkah Rick terhenti di pintu masuk Second Base bila dia lihat kelibat Pole berlari masuk kedalam bilik rawatan Manda. Dia terus menukar arah ke tempat itu dengan kawan-kawannya mengekorinya di belakang.

BAM!!

“Pole!!”

Pole dan Pring berputar memandang Rick menyerbuh masuk dan segera menutup tirai katil menyembunyikan si penyelamat mereka bersama dengan Spring.

“Apa dah jadi?” Soal Rick dengan cemas bila dia lihat Miracle terlentar di atas katil tak bermaya walau untuk sekilas pandang.

Pole menarik nafas dalam cuba tenangkan jantungnya yang dari tadi berdegup jantung kerana tindakan risiko Miracle tadi. “Mi—NightBlue gunakan kuasanya untuk selamatkan kita. Sekarang Spring sedang rawat dia, jadi aku cadangkan kita semua keluar dan tunggu sehingga NightBlue dah sedarkan diri.” Katanya dengan nada tenang cuba tidak buat yang lain risau.

Pole berjalan mendekati mereka dan menarik Rick keluar sebab dia dapat rasakan yang Rick tidak akan berganjak dari bilik itu selagi dia tak nampak keadaan NightBlue dengan matanya sendiri.

Sementara di sebalik tirai, Spring sedang menahan tangisannya dari mengalir melhat keadaan Miracle sekarang sambil merawat badan Miracle yang terlalu lemah.

Dia merenung lama wajah pucat Miracle yang bernafas dengan berat, dia nak menarik nafas baru pun susah. You drain yourself to death…

             Spring tak mempunyai banyak kuasa CR dalam badannya tapi kuasanya cukup untuk membantu Miracle untuk bernafas secara perlahan. Ini buat Spring rasa dirinya tak berguna. Dari dulu hingga sekarang, M27 sentiasa tolong dia dalam apa jua keadaan. Teruskan hidup, melarikan diri, kemana dia harus pergi, dan berjuang untuk dia bebas dari CR. M27 sanggup korbankan nyawanya sendiri untuk kebebasan Spring. Tapi dia? Spring hanya melihat M27 membanting tulang tanpa buat apa-apa.

                “Maafkan aku M27..” bisiknya sambil menahan tangisan tapi air matanya tetap jatuh membasahi pipi.

                “S-Stop crying…”

Spring mendongak melihat M27 dah membuka mata dan melihat tepat kearahnya dengan senyuman kecil di hujung bibirnya. Dia nak tersenyum pun susah…

“T-Tapi.. kau jadi begini disebabkan aku—” Spring agak terkejut melihat M27 tertawa kecil. “K-kenapa kau ketawa?”

Miracle menggeleng kecil sambil menutup mata. Dia rasa kepalanya dah nak meletup selepas memeras keluar semua tenaganya dalam masa yang singkat. “Aku jadi begini… sebab aku yang nak….” Dia membuka matanya dengan perlahan, melihat dinding siling bilik rawatan Manda. Dia masih ingat kali pertama dia datang di kapal tersebut. Siling bilik itulah yang dia lihat sebelum mengenali orang-orang kapal exarialeth. “Jangan risau Spring, aku buat ini untuk diriku sendiri.”

Walaupun M27 berkata sedemikian, hati Spring tetap tidak tenang malah makin rasa bersalah dari sebelumnya. Dia menutup mulutnya cuba menahan dirinya dari menyuarakan tangisannya dan hanya mengangguk.

Miracle kembali menutup matanya bila Spring tidak membantah. “Spring, bagi aku rehat sebentar… Jangan suruh sesiapa masuk time aku tidur okay?”

Spring mengangguk sekali lagi dan ingin bergerak keluar tapi tindakannya terhenti bila dia dengar tapak kaki masuk kedalam bilik rawatan. Spring terus bersuara; “Pole—”

Tirai Katil terbuka dan kelihatan Pole dengan wajah yang penat masuk bersertakan dengan keluhan kecil. “Mereka semua tertanya-tanya tentang NIghtBlue sekarang ni.”

“Mereka kena tunggu sebab NightBlue dah tidur…”

Pole memandang wajah tidur Miracle dan tersenyum kecil. “Dia dah okay? baguslah. Jom Spring, kita keluar.”

Spring hanya mengangguk dan mengekori Pole keluar meninggalkan Miracle berehat.

“Care to explain what happen?” Soal Rick sebaik sahaja Pole dan Spring duduk bersama mereka di sofa bulat itu.

Pole menarik nafas dalam cuba tenangkan jantungnya yang masih berdegup kencang kerana tindakan Miracle. “Aku rasa korang tahu siapa dalang semua ni.”

Manda mengangguk. “Yup. Tak di syak lagi siapa tapi persoalannya ialah kenapa?”

“Betul tu, Like Hell kalau NightBlue nak bantu kita semua.  It takes Miracle for her to help us.” Kata Ben masih tak percaya.

“And Miracle is here!” kata Pole dengan senyuman. Dia maksudkan Miracle di sini tapi biarlah mereka fikirkan keajaiban menolong mereka. “Look, Mi—NightBlue, dah setuju nak bantu kita, lepaskan diri dari Organisasi CRtu dari menyerah diri kan?”

Rick berdiam diri untuk seketika sebelum bersetuju. “Ya, mungkin lepas ni rancangan kita nak tumpaskan Organisasi CR lebih senang. So, kita kena tunggu dia sembuh dan Tanya di mana kita berada sekarang ni. Dia perlukan banyak rehat selepas semua tu.” Dia bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke lift. “Aku rasa kita semua perlukan rehat untuk ni hari. Ben, hentikan kapal ni dari bergerak. Okay?”

Ben beri signal okay dan mereka semua melihat Rick hilang di sebalik pintu lift kapal.

Dalam kalangan mereka semua, Nuez hanya berdiam diri tenggelam dalam pemikirannya sendiri.

Spring perasan kesenyapan Nuez dan bersuara; “Nu, kau okay ke?”

Nuez mendongak memandang Spring dan mengangguk. “Ya, don’t worry.” Katanya dengan senyuman. “Now will you excuse me. Aku nak masuk tidur. Goodnight you All.” Dia bangun darit sofa bulat itu dan bergerak ke biliknya dengan pemikiran yang sama bermain dalam mindanya.

Suara…

Mata…

Kuasa CR…

Warna pelindung kapal…

Pantulan wajah pada malam tu…

Tak di syak lagi.

>X<

Miracle membuka mata dan perasan yang hari dah bertukar ke malam. Dia bangun dari katil pesakit itu dan memegang kepalanya yang pening. “Urrgggh…. Berjam kot aku tidur..”

Dia bangun dari katil itu dan keluar ke tempat kegemarannya; berdiri di depan dinding kaca menikmati pemandangan malam yang sunyi.

Miracle memandang tanah tersebut dan tersenyum. “Tak sangka aku akan kembali ke tanah ni secepat ini. Cam mana yang lain?”

“Seems like you know this place.”

Miracle berputar terkejut mendengar seseorang menegurnya. Dia tersenyum di sebalik topeng bila dia tahu siapa si penyapa. “Nuez. Kau buat aku terkejut.”

Nuez tertawa kecil dan berdiri di sebelah Miracle. “Apa yang kau buat ni hari sangat menakjubkan and not to mention unexpected.”

Miracle tertawa kecil. “Thanks. Hey, minuman tu untuk aku ke?”

Nuez memandang kedua tangannya yang membawa dua mug hot choco dan mengangguk. Dia menghulurkan satu untuk Miracle. “One Hot choco with 4 marshmellow for the special one. Coming up!”

Miracle mengambilnya sambil menggeleng. Senyuman tersembunyi di sebalik topeng. “thanks. Kau memang terbaik, Nu.”

“Of course. As always.” Katanya dengan senyuman bangga tapi ia pudar bila Nuez lihat topeng Miracle. Dia sembunyikannya… tapi kenapa?

“Putar?” Pinta Miracle dengan lembut dan Nuez akur.

Mata Nuez berpaling pada dinding kaca yang memantulkan Miracle yang membuka topengnya untuk minum Hot Choconya. “Aku dah berjanji dengan kau untuk menutup segala rahsia antara kita dan sekarang….” Nuez berputar memandang Miracle yang nak minum. “Aku akan simpan rahsia kau, Miracle. Sehingga kau bersedia.

>X<

“Kita nak ke mana?!” soal Ben untuk kesekian kalinya, tidak pernah dengar nama tempat itu dalam seumur hidupnya.

Miracle mengeluh kecil. “Sylvianne. Kota kecil tempat aku berlindung selepas melarikan diri dari Organisasi CR. Aku dah anggap tempat tu sebagai rumah kedua aku.”

“Dan kita ke sana sebab?” Soal Ben pula melihat Miracle bercekak pinggang dengan semangat. Nampaknya seseorang dah buat dia gembira atau berlawan dengan CR semalam boleh jadikan happy.

“Kapal kita dah rosak teruk dan satu-satunya tempat yang selamat untuk kita mendarat dan minta pertolongan ialah Sylvianne.”

Ben memutar kemudinya ke kiri mengikut arah yang dia lihat dalam peta holo di tepinya. “Kau pasti ke? Mereka tahu yang kita nak datang?”

Miracle tertawa melihat kerisauan Ben dan memandang Rick. “Can you believe him?”

Rick turut tertawa. “That’s Ben for you. Sentiasa risau kalau nak ke tempat baru.”

“Aku tahu. Ben, percayalah. Sylvianne tempat paling selamat untuk kita sekarang ni.”

Rick memandang keceriaan NightBlue dan tersenyum kecil. Nampaknya NightBlue kelihatan gembira. Ini lebih baik dari NightBlue yang dingin dan menyepi.

Wish to see her smile, tentu cantik. Tanpa di sedari Rick tersenyum lebih lebar dari sebelumnya.

Ben mengecilkan matanya melihat satu Bandar kecil di hujung tanah besar itu. “Kita akan sampai dalam masa 30 minit.”Ben memandang Miracle sekali lagi. “Kau pasti dia tahu tentang kapal ni?”

Miracle menarik nafas dalam dan mengangguk untuk kesekian kalinya. “Call them and say M27 is in the ship. Confirm mereka terima kapal ni.”

Akhirnya Ben mengalah dan percayakan Miracle. Untuk kali ni.

Miracle menyandar pada mesin dalam kapal itu sambil memandang kota kecil yang semakin lama, semakin dekat pada pandangannya.

Rick perasan pandangan itu, ia pandangan yang pernah dia lihat, Miracle mempunyai mata seperti itu semasa dia melihat sesuatu yang menggembirakan dia. Rick menggeleng perlahan. Dia kena berhenti samakan Miracle dengan perempuan di hadapannya ini.

“Macam mana kau jumpa tempat ni? Kau jumpa someone resourceful ke yang datang dari Kota…”

“Sylvianne.” Sambung Miracle dengan nada tenang dan riang.

“Ah—Kota Sylvianne ni?”

Miracle memandang kearah Rick dan Rick dapat lihat senyuman M27 ini dari matanya. “Actually, Dia yang jumpa aku. Kalau dia takda time tu, dah tentu aku mati.”

Miracle termenung jauh mengingatkan hari terteruk dan bertuah itu. “time tu, aku cedera teruk dari melarikan diri dari hunter yang di upah oleh Organisasi CR. Aku bersembunyi di lorong sunyi, sendiri pada waktu malam yang sunyi dan dingin. Menahan sakit di setiap sudut badan ni..” Miracle mengusap lengannya masih lagi rasa kesakitan itu dalam mindanya. Miracle tertawa tawar. “Aku dah tak bermaya, lapar, takda tenaga untuk melarikan diri lagi. Aku terlentar di lorong sunyi tu dalam kesejukan, basah kuyup. Masa tu aku terfikir untuk give up hidup sebab aku dah penat untuk lari. Aku takde wang, muka aku di merata tempat, minta makanan pun tak guna sebab…” Miracle terdiam seketika. “Siapa nak bagi makanan kat perempuan yang jijik, bau dan berlumuran darah?” soalnya dengan nada lawak tapi terdapat kepahitan dalam nada tersebut.

“Semasa aku nak pitam, seseorang datang dengan payung dan menolong aku.”

Miracle terlihat bayangan hitam di hadapannya, dengan payung. Lelaki itu berlutut di hadapannya sambil teduhkan dia dari hujan. “Cik?! Jangan risau, saya akan tolong kamu!”

Miracle menarik nafas dalam dan gunakan nada normalnya semula, menelan kepahitan itu jauh kedalam dirinya. “Dia bawa aku ke kota ni dan kehidupan aku bertambah baik dari sebelumnya.”Miracle tertawa kecil. “I owe him my life.”

Ben dan Rick hanya mendengar cerita Miracle secara diam. Simpati atas nasib Nightblue. Mereka tidak tahu yang Nightblue ni hanya assassin yang tidak berhati perut tapi rupanya seorang perempuan yang sangat malang, hanya ingin teruskan hidupnya di dunia yang fana ini.

Rick memandang Nightblue seperti dia ingin memeluk perempuan itu dan beritahu dia yang dia boleh menangis kalau dia nak. Dia boleh lihat yang Nightblue menahan air matanya dari mengalir.

Ketiga-tiga senyap dalam bilik tersebut, tengelam dalam dunia mereka sendiri. Namun kesunyian bilik itu pecah bila panggilan radio berbunyi membuat Ben mengangkatnya dengan segera.

“Attention to Captain Ship from 256 degree clockwise, Is this the captain to big white whale ship?”

Ben memandang Rick memberi signal untuk Rick bersuara. Rick berdiri di hadapan Ben dan menjawab persoalan tersebut. “Yes, this is the Captain. We need an emergency landing, our ship injured badly and need help. Do you Copy?”

Copy that. Do you have permission to land? This place is restricted area for foreign Cargo Ship. Unless you get permission from the upper—”

Miracle mendekati mereka dan bersuara sebelum narrator itu menghabiskan ayatnya. “Aiya, Ini aku.”

Narrator itu tidak membalas untuk sementara waktu dan seorang perempuan lain mengganti narrator tersebut. “Puteri! Oh gosh Girl!! Where have you been.”

Miracle tertawa kecil. “Glad to hear you too Glend. Kitorang perlu landing Honey, ada tempat kosong tak?”

“Oh right. Ke bengkel Stinky. Tempat dia kosong tu.”

“Copy that. See you on land Glend.” Katanya dan matikan talian radio.

Rick dan Ben memandang Nightblue dengan muka terkejut.

“Apa?” Soalnya blur.

“Puteri??!!”

2 comments:

  1. Hehehe Thanks Salmi <3 <3 On the Way making it now ^_^

    ReplyDelete

Savior of Tales