Rose Princesses: Confession


Chapter 12

Mereka semua berada di bilik jamuan sedang mengadahkan jamuan teh bersama tetamu mereka, Danny.

Si Kembar dan Mea hanya memandang Danny sedang rancak berborak dengan Shinee dan Ann serta perempuan mengjengkelkan in the world, Jessica.

Rasa sangat curiga dengan lelaki dihadapan mereka. Namanya Danny, sama dengan nama Mr. D Luna. Anak Raja seperti Mr. D Luna. Malah, perangainya sama dengan Mr. D Luna.

Mea mendekati Si kembar. “Kau rasa…”

“Tak syak lagi.” Si kembar mengangguk setuju dengan Mea walaupun Mea belum habis bersuara. Dah tahu apa yang Mea fikirkan.

Danny perasan yang Mea dan Si kembar berbisik sesama sendiri dan tidak bergaul dengan mereka. “Korang berdua siapa?” Soalnya seperti orang yang baru kenal.

Sengal. Dia buat tak tahu pulak desis hati Viola.

Patut ke kita kenal balik? Pleaselah, kalau boleh tak nak aku desis hati Fiona pula.

Mea mengeluh kecil. Ikutkan hati nak dia maki lelaki bebal di depan matanya tapi, nanti salah orang.. tak kau malu nanti. “Aku Mea. Ini Viola dan Fiona. Panggil Fee dan Vee.”

Danny mengangguk. “Mana Vee mana Fee?”

“Aku Fee.” Jawab Vee dengan segera.

“Aku Vee.” Fee juga mengaku.

Danny terenyum manis. “nice to meet you all.”

Viola dan Fiona meluat melihat senyuman Danny yang confirmnya ada ‘hikmah’ disebaliknya. Memang selalu begitu setiap kali dia datang ke rumah Luna.

Mea hanya tersenyum paksa. “It’s a pleasure.”

Suasana di bilik tersebut menjadi tegang antara mereka berempat. Shinee, Ann dan Jessica tak tahu apa nak cakap dengan suasana yang agak tegang ni. selalunya Danny akan bawa suasana ceria dan happening tapi kali ni sedikit tegang.

Deringan ringtone SMS berdering di phone Mea dan segera di bacanya.

From: Luna

Subjek: Get Out!!

Korang bertiga keluar dari tempat tu dan datang ke bilik music sekarang….

Mea berdiri dari tempat duduknya. “Sorry tapi, emergency is calling. Jom Vee, Fee.”

Si kembar mengangguk setuju dan keluar dari bilik tersebut meninggalkan Mea.

Mea mengangkat phonenya di depan Danny dan mengambil gambarnya. “Aku perlukan ni.” katanya sebelum meinggalkan mereka.

XOXOXOXOX

Luna sedang menyentuh key piano tersebut sambil menunggu rakannya tiba. Jarinya ingin memainkan satu lagi tetapi mindanya menahan keinginannya.

Sudah lama dia tidak bermain piano. Setelah mamanya meninggal, dia mula jauhkan dirinya dari piano kerana mamanya suka bermain piano bersamanya. Tetapi, dia pernah main sekali di bilik music kampusnya untuk meyakinkan si kembar tentang dirinya hanya untuk membuka dunia baru untuk Si kembar.

‘Kau memang penakut.’ Eliza muncul di atas piano. ‘Apa yang kau nak takutkan sangat. Kau hanya main bukan travel in time.’

Luna menjeling kearah Eliza. ‘kau patut dah mati 14 tahun lalu. Kenapa kau nak kacau aku pula?’

Eliza tertawa. ‘bukan kacau tapi memimpin.’ Katanya dengan manja. ‘Kau anak terkaya di dunia manusia dan terpandai boleh selesaikan semua teka-teki ni tanpa bantuan aku tapi… kau saja yang tak nak terima….’

“Hello my sweet wife-to-be.”

Luna beralih pandangan kearah suara tersebut dan terkejut melihat Danny sedang menyandar di pintu bilik dengan senyumannya.

Danny berjalan mendekati Luna. “Kau sihat?”

Luna memandang ke atas piano balik. Eliza sudah hilang dari tempatnya dan memandang kearah Danny. Luna tersenyum menyembunyikan perasaan sebenarnya. “Biar aku teka. Kau Mr. D?”

Danny mengangguk. “Kau pasti marah kan?”

Luna mengangkat bahu sambil jarinya meraba key piano. “Patut kah aku marah kau?” Luna memandang wajah Danny. “Selama ni kau cakap benda yang benar. Anak raja di kerajaan Ageha. Selama ini, aku fikir kau ni main-main je pasal pangkat kau rupanya..” Luna tertawa kecil. “Kau serius.”

Luna menarik tangannya dari piano tersebut. “Aku dah tak kenal kau lagi. Danny yang aku kenal suka menipu dan cerita yang merepek tentang dirinya tapi di depanku ialah Putera Danny yang selama ini bercakap benar.”

Danny segera duduk di sebelah Luna. “Aku tak pernah berubah!” katanya menafikan ayat Luna. “Jangan pernah sesekali cakap benda cam tu.”

Luna mencebik. “Kenapa kau yang datang bukan mea dan si kembar?”

Danny tersenyum nakal dan menunding kearah jam dinding. “Kau rasa?”

Terbeliak mata Luna apabila melihat jarum jam saat tidak bergerak. “Kuasa kau time controller?”

Danny menggeleng dengan bangga. “Time & space controller. Hebat tak?” Danny menjungkit kening tiga kali.

Luna tertawa. “Hebat lah sangat!” Luna terus teringat tentang buku yang di hantar ke rumahnya. “Dan, kau tahu tak siapa yang yang hantar buku-buku yang berkaitan dengan semua ni…” Luna mendepakan tangannya menunjukkan keadaan di sekelilingnya. “dan Rose Princesses?”

Danny mengangguk. “Tentulah aku tahu. Aku yang hantar setiap tiga hari ke rumahmu melalui teleport.”

“Kenapa?”

“Sebab…” Danny memandang wajah Luna dan mengusap pipinya dengan lembut. “Aku tahu yang satu hari, kau akan datang ke dunia ku dan kita menjalani sisa hidup kita bersama.”

Muka Luna bertukar merah dan segera memandang kearah lain. “Jangan nak main-mainlah.”

Danny tertawa kecil melihat riak wajah Luna. “Terserah kaulah kau nak percaya atau tidak tapi yang pasti adalah aku milikmu selamanya.” Danny mengusap kepala Luna dan bergerak semula ke pintu.

“Kau nak kemana?” Soal Luna melihat Danny ingin pergi.

Langkah Danny terhenti dan mengukirkan senyuman kepada Luna. “balik ke bilik jamuan.” Danny mengambil sekuntum bunga rose merah dari sebuah pasu yang tersedia di tepi pintu dan bergerak meninggalkan Luna.

Dalam perjalan balik ke bilik jamuan. Dia sempat bertemu dengan Mea dan Si kembar yang tidak bergerak. Ini kerana masa tidak bergerak.

Danny menarik sengih melihat wajah mereka bertiga yang tersenyum gembira sesama sendiri. “Aku akan pastikan yang Luna tak akan terjebak dengan permainan kamu ni.” Danny mencabut kelopak bunga rose itu satu per satu dan taburkan diatas mereka. “Dan aku akan pastikan yang Luna juga akan jadi milikku.” Danny mencabut semua kelopak bunga rose itu sekalu gus dan melontar kearah mereka dan bergerak pergi.

Masa bergerak semula dan mereka bertiga mula berlari anak menuju ke bilik music. Langkah Fiona terhenti apabila dia perasan yang bunga rose merah bertaburan di atas lantai setelah lima meter jauh dari kedudukan mereka sebelumnya.

Pelik? Kenapa ada kelopak rose di lantai sedangkan pasunya tiada di situ? Desis hati Fiona. “Ah, lantaklah. Yang penting aku tak jumpa Drama Prince tu.” Katanya sambil mengejar langkah Viola dan Mea.

XOXOXOXOX

Makan tengahari tidak lama tiba dan Luna berada di dapur sedang menyiapkan makanan tengahari. Tangannya rancak memotong ikan untuk menyediakan ikan masak tiga rasa.

Dapur besar itu seperti sudah jadi tempatnya untuk menenangkan diri selain library. Hatinya berbunga-bunga sejak dari pagi lagi.

“Sebab…” Danny memandang wajah Luna dan mengusap pipinya dengan lembut. “Aku tahu yang satu hari, kau akan datang ke dunia ku dan kita menjalani sisa hidup kita bersama.”

Muka Luna vertukar merah dan segera memandang kearah lain. “Jangan nak main-mainlah.”

Danny tertawa kecil melihat riak wajah Luna. “Terserah kaulah kau nak percaya atau tidak tapi yang pasti adalah aku milikmu selamanya.” Danny mengusap kepala Luna dan bergerak semula ke pintu.

Eeeee!! Malu nyer! Desis hati Luna mengingatkan luahan hati Danny. “Danny is sooooo sweet! Aku buat sombongpun dia tak meluat layan aku. Dia memang gentlemen!”

Eliza muncul dari bayang-bayang Luna apabila mendengar Luna ber’humming kegembiraan dan duduk di counter dapur.

Senyuman Luna terus hilang apabila melihat Eliza dengan senyuman sinisnya. “kau memang tak boleh tengok orang happy.” Kata Luna dengan keluhan. “Apa kau nak lagi?” Luna cuba beranikan diri untuk menghadapi roh yang tidak tenang ini.

“Kau tak takut dengan aku ke?” Soal Eliza melihat Luna tidak lagi menggigil melihat kehadirannya.

Luna menggeleng. “Hantu tak boleh cederakan orang. Jadi, buat apa aku nak takutkan kau?”

Eliza tertawa mendengar alasan Luna. “Aku dah kata aku bukan Hantu. Aku adalah kau.”

Luna menggeleng menafikan penyataan Eliza. “Tak mungkin aku ni pokerface cam kau. Aku dengar dari Ann yang kau ni lemah lembut walaupun kau ni active. Tapi, setelah aku baca diari kau… kau taklah sebaik mana yang mereka cakapkan.”

Eliza berdengus. “Diari berwarna hitam biru, betul?” Luna mengangguk. “Itu ialah luahan hati benci aku. Diari sebenar aku bukan yang tu tapi Diari yang berwarna Putih peach. Di situlah rahsia istana dan Rose princesses yang telah aku catat.”

Luna tersentak dan tangannya berhenti dari memotong ikan. “Apa yang kau tulis dalam diari kau tu?”
Eliza tersenyum melihat Luna menjadi serius. Dia hanya mengangkat bahu. “kalau kau nak tahu kau kena terima kenyataan yang kita adalah sama.”

“Kau ingatkan aku akan termakan dengan umpan kau tu? Sorry sikit.” Luna menjelir lidah kearah Eliza.
Eliza tertawa. “kau cam budak-budak!”

Luna blushing. “Hey. Kau yang budak, budak!”

Eliza memeluk tubuh dengan angkuh. “Walaupun…. aku lebih tahu segalanya dari kau.” Eliza menarik sengih. “Kau betul ke nak bersama Danny?”

Senyuman Luna hilang dari wajahnya dan memandang wajah Eliza yang serius. “Kenapa kau tanya?”
Eliza menjungkit kening. “Kau takkan bersama dia walau seribu tahun kau tunggu dia. Sebab kamu tidak ditakdirkan bersama.”

“Kau siapa tentukan takdir aku?” Suara Luna naik volume dua.

“Aku Adalah KAU! lagipun, master dan servant memang ditakdirkan tidak akan bersama.”

“Aku bukan servantnya! aku tak akan termakan dengan semua ni!”

Tangan Luna tetiba bergerak sendiri dan pisau ikan di tangan kanannya dekat di lehernya. Dia tidak boleh jauhkan tangannya sendiri, rasanya seperti ada orang yang kawal.

Eliza menarik sengih. “Aku tak suruh kau termakan dengan semua ni. Aku tahu kau keliru kenapa aku cakap semua ni tapi ingat, kau tidak boleh bantah cakap aku. kau tak boleh tinggalkan aku dan kau tidak boleh hidup tanpa aku.” Eliza memetik jarinya melepaskan Luna dari kawalannya.

Luna segera meletakkan pisau ikan itu ke tepi dan memegang lehernya yang berdarah terkena dengan pisau tersebut.

“Kau akan menjadi perempuan yang tidak berguna selagi kau tidak menerima semua ini. Hanya aku pilihan kau untuk bebaskan kawan kau dari takdir mereka sekarang.” Eliza hilang dari pandangan mata.

Luna terjatuh melutut kelantai memeluk tubuh yang menggigil ketakutan. Tangannya yang menutup luka dilehernya juga menggeletar.

Dia boleh kawal aku.. dia boleh bunuh aku dengan sekelip mata sahaja. Apa yang dia mahu sebenarnya? Desis hati Luna. tanpa di sedari, Mutiara mata jatuh ke pahanya.

“Lu… Aku tolong kau buat desert boleh?” Minho terkejut apabila melihat Luna menangiskan mutiara mata sambil memegang lehernya yang berdarah.

Minho terus mendekati Luna. “kau kenapa? Mutiara mata? Kenapa leher kau?”

Luna menggeleng. Otaknya sekarang bercelaru, tidak tahu mahu buat apa. Patutkah dia menerima Eliza atau melawannya? Kalau dia melawan, tentu dia akan di bunuh dengan serta merta.

Minho dapat rasakan kesulitan yang Luna alami sekarang. “tak pa kalau kau tak nak beritahu. Baik kita rawat leher kau tu sebelum ia jadi parah.” Minho mengangkat Luna bridal style dan bergerak ke dining room. Luna duduk di salah satu kerusi tersebut dan Minho merawat leher Luna.

Mereka berdua hanya berdiam diri sementara Minho merawat luka Luna. Minho ingin menanyakan oal tapi, melihat keadaan Luna. tentu dia naik berang kalau di soal.

Apa dah jadi dengan dia ni sampai leher sendiri di kelar? Kenapa dia ada mutiara mata seperti Eliza? Aku tahulah mereka duplicator, tapi takkan sampai sifat mistery Eliza pun Luna ambil? Desis hatinya penuh dengan persoalan.

Luna ingin berdiri tapi segera dihalang oleh minho. “kau tak payah risau pasal masakan kau. Chef dah ambil alih. Baik kau duduk diam dan biar aku rawat luka kau ni.”

Luna hanya berdiam diri tidak memberi respon. Mindanya masih lagi berfikir tentang Eliza. Dia menjeling kearah Minho.

“Apa?” Soal Minho apabila dia perasan yang dia diperhatikan.

“Apa riaksi kau bila kau dapat tahu yang Eliza ada di sini?” Luna terus menyoal apa yang ada difikirannya.

“Tentulah aku terkejut. Tak mungkin orang mati akan hidup balik kan?”

“Apa kau akan buat kalau Eliza jatuh cinta dengan orang lain?”

Tangan Minho terhenti dari merawat leher luna buat sementara. Dia mengeluh kecil dan menyambung kerjanya. “aku akan bunuh lelaki tu. mana boleh Tunang aku sendiri sukakan orang lain selain tunangnya sendiri.”

Luna tertawa. “Kalau Jessica sukakan kau cam mana?”

Minho tersenyum nakal. “Aku terpaksa reject dia. Sebab Aku dah ada Eliza.”

Setia giler ni mamat ni! kalau Eliza tinggalkan dia cam ne? nak bunuh diri desis hati Luna. “Kalau aku Eliza cam mana?”

Minho meluku kepala Luna. “Apa yang kau merapukan dari tadi ni hah? Soal aku tentang Eliza dan aku.”

Luna menggosok kepalanya yang sakit. “Soal jelah! Kalau kau fikir aku ni Eliza melepaslah aku dengan Danny!” Luna terus menutup mulutnya. Alamak terlepas! Bodoh mulut ni, bodoh! Desis hati Luna memukul- mukul mulutnya.

Minho terkejut mendengar yang Luna sukakan Danny. “Kau kenal dia?”

Luna mengangguk perlahan. “Dia selalu datang ke dunia kami. Aku ingatkan dia main-main dia datang dari dunia lain rupanya betul. Dialah Mr. D aku.”

Minho tertawa mengejek. “Tak akan aku fikir kau tu Eliza. Kau memang tak setaraf dengan tunang aku, dan pasal Jess? Dia dah luahkan dengan aku lima tahun lalu dan aku dah reject dia.”

Luna ternganga mendengar yang Minho dan reject Jess. “Kau biar betul! Jadi, si Jess tu tak tahu malulah. Dah kena reject masih lagi kejarkan kau?” Luna terus ketawa pecah perut kerana Jessica.

“Hoi! Agaklah ketawakan orang tu, ingat pasal luka kau tu.” kata Minho memberi amaran.  

“aduh! ouch!” Luna memegang lehernya yang luka kerana urat lehernya tegang akibat ketawa.

“baru kau tau! Ketawakan orang lagi. Teruskan lagi ketawa, biar putus urat kau!” Minho menggelitik pinggang Luna biar terseksa budak menyakitkan hati ini.

“NO!” Luna ketawa hingga keluar air mata. “Please stop!”

XOXOXOXOX

Onew pula berada di biliknya sedang memikirkan teka- teki Mea. Dia di meja kerjanya sedang melihat kata kunci Mea.

“Mata Lizard. Betul violet. Ekor Yu.” Arrrgggghhh!!! Minah ni memang nak pecahkan kepala aku! Desis hati Onew meramas rambutnya tidak dapat selesaikan teka-teki Mea.

“Mata Lizard? Mata? Eye?” Onew menulis ‘eye’ diatas kertas putih. “Lizard pula? Cicak? Dragon? Hmm… ‘L’….. Lantaklah!” Onew terus menulis huruf L di sebelah ‘eye’.

“Sekarang pula Betul Violet? Apa kes Violet yang betul?” Onew terlihat kamus Japanesenya dan segera dibuka. Dia mencari perkataan betul dan melihat penerangannya. “Aku tahu ini buang masa tapi tak salah nak tahu kan?” soalnya pada diri sendiri. Matanya terus tertumpu pada penerangan betul.

‘menandakan betul dalam kertas ujian ialah berbentuk O manakala salah seperti di tanda betul…’

“Betu? O?” Onew terus menulis huruf O. “Aku dah tahu dah! Tapi tak boleh yakin sangat.” Onew teruskan menulis V dari Violet di sebelah huruf O. “Ekor Yu…” Onew tersengih. “E diambil dan Yu? Yu??”

Onew terus menepuk dahinya kerana mempunyai otak yang sangat lembab. Itupun tak boleh fikir ke? dah di beri jawapan masih lagi mencari. “Eye L.OV.E Yu…. I Love You?” Onew terus berlari keluar dari biliknya mencari Mea di sekitar istana.

Dia terlihat Mea di bawah pokok sedang berlatih dengan kuasa naturenya dan tersenyum gembira. Tanpa membuang masa dia terus ke tempat Mea berada.

Mea mendengar tapak kaki berlari dari belakangnya dan berpaling ke belakang. Tanpa disedari, Onew memeluk Mea dan memberikan sebuah ciuman kepada Mea.

What the…. Desis hati Mea blank. Tidak tahu apa dah jadi. Jantungnya berdegup dengan laju sekarang ni dan mukanya merah seperti epal.

Mea terus menolak Onew jauh-jauh. “Apa kau buat ni?!”

Muka blur. “Eh! Sorry… sorry aku…”

Eeee!! Senang kau cakap sorry! Desis hati Mea. “Pervert old man! Miang, gatal, tak gu…”

“I Love you!” Onew terus memotong ayat Mea.

Mea terkejut mendengar luahan Onew. “A… Apa?”

“Kata kuncinya… Jawapannya I Love You kan? Betul kan?” Soal Onew inginkan kepastian walaupun dia dah ‘terlanjur’

Wajah Mea bertambah merah. “Kalau dah tahu kenapa soal lagi?!”

Onew tertawa gembira dan memeluk Mea. “Thank you! Eh… bukan, I Love You too!”

Mea tersenyum dan membalas pelukan Onew. “betul ke ni?”

Onew melepaskan pelukannya, memandang tepat kewajah Mea. “Kau nak aku buktikan?” DIa menjungkit kening tiga kali.

Mea terus menggeleng. “ T.. tak perlu. Tak payah!” Minta kepastian dengan raja Pervert? No thanks! Nanti lain jadinya desis hati Mea.

Onew hanya tertawa mendengar isi hati Mea. 

No comments:

Post a Comment