The Chosen One: Chapter 9
Bab 9
Aoi berada di bilik
mesyuarat sedang membincangkan perkara yang sering berlaku sejak akhir-akhir
ini.
“Sejak kebelakangan ini, sebilangan penduduk di Xanvera city
telah menjadi mangsa seperti pelajar kita yang telah diserang oleh bayangan
hitam. Sekolah kita tidak diserang disebabkan benteng yang telah dibina oleh
Leiya dan Cik Aoi. even so, kita tidak boleh melakukan aktiviti luar sekolah disebabkan
bayangan hitam tersebut sedang berkeliaran di sebalik benteng dan setiap malam
bilangannya semakin banyak. Pelajar kita akan selamat selagi mereka tidak
keluar ke hutan larangan atau ke bandar tanpa dipantau oleh pihak sekolah.”
Ketua pelajar, Zack memberi keterangan panjang lebar.
Selesai sahaja Zack menyampaikan laporan, Leiya terus
berdiri untuk menyatakan persoalannya. “Pelajar kita selamat dibawah jagaan
sekolah tetapi bagaimana dengan penduduk di Xanvera city yang telah menjadi
mangsa bayangan hitam?” Leiya memandang kea rah Aoi dengan riak wajah yang
risau.
“The Four Lords, pengetua, encik Adrian, Madam Mary, Cik Mya
dan Sir Angelo serta Sir Ryan sendiri telah bertindak keluar ke Xanvera City untuk
menyiasat dan melakukan apa yang boleh untuk membantu mereka. Dalam hal ini,
kita sebagai ketua-ketua sekolah telah diberi tanggungjawab untuk memastikan
palajar di Xanvera Academi dalam keadaan selamat semasa ketiadaan pengetua dan
bekas sorcerer hebat. Mereka yang berpengalaman telah keluar untuk menolong
penduduk Xanvera city yang menjadi mangsa. Terutamanya pengetua….” Aoi mengeluh
panjang mengingatkan pengetua mereka yang sudah berumur lebih seratus tahun.
“Walaupun dia kelihatan kuat. Tua tetap tua, orang tua gila tu selalu
menyusahkan aku je. Cakap dia masih kuat membantu tetapi dia tidak boleh tipu
aku.”
Yang lain ketawa kecil. Mereka tahu betapa akrabnya Pengetua
dan Aoi selepas Aoi dinaikan pangkat menjadi Penolong setia The Four Lords.
Setiap laporan Aoi sendiri akan serahkan kepada pengetua. Dengar cerita, Aoi
selalu menengking Pengetua kerana perangainya yang degil. Boleh tahan juga si
Aoi ni, bekas Socerer yang hebat lagi berkuasa dapat ditengkingnya dengan
mudah. Alasan Aoi ialah, orang tua itu nampak tegas dan menakutkan disebabkan
usianya yang melangkaui batas umur manusia biasa tetapi Pengetua mereka seorang
yang prihatin terhadap pelajarnya walaupun dia tidak menunjukkan secara teran-terangan.
“Apa gelak-gelak? Betul lah aku cakap.” Aoi berdengus.
Moodnya sejak beberapa hari ini sering marah dan murung disebabkan Alex dan Aoi
belum berdamai lagi.
“Cik Aoi kena ikut peraturan di bilik mesyuarat. Kena formal
apabila bercakap dan jaga mulut tu. Perkataan ‘aku’ dan memaki pengetua sendiri
diHARAMkan dalam bilik mesyuarat.
Jangan bawa mood sakit hati Cik Aoi didalam perbincangan.” Zack memaksa senyumnya
menasihati Aoi. ikutkan hati, Nak aku cekik-cekik budak ni selalu masukkan
perasaannya dalam mesyuarat desis hati Zack. Sudah berkali-kali Aoi berbuat
demikian. Pernah sekali tu semasa dia kurang tidur, dia setuju jak dengan semua
apa yang ketua lain mencadangkan untuk cepat habiskan meeting sehingga Senior
Yongwha mengambil kesempatan mengusiknya dengan mengatakan ‘I love you, be my
girlfriend’ kepadanya. Leiya terus menyiram sejenis potion kemukanya membuat
matanya sentiasa terbuka. Tak kau terseksa mata tak berkelip sehingga selesai
meeting. Lepas itu di ceramah pula oleh Zack dan Jeff kerana ambil ringan
dengan jawatannnya sebagai penolong setia.
Aoi menjelir lidah. Adaku kesah desis hati Aoi.
“Budak ni….” Aoi tergelak kecil apabila Zack menunjukkan
riak wajahnya seperti mahu belasah dia cukup-cukup.
“BaikLAH encik presiden~~~” Aoi buat muka. “Back tu the
subject. Saya rasa saya tahu mengapa semakin hari jumlah bayangan hitam muncul
di luar benteng sekolah kita setiap malam.” Aoi memandang keluar tingkap,
memandang ke langit biru dengan awan putih berarah kearah selatan.
Mereka semua memandang tepat kearah Aoi. Aoi tersenyum
sinis. “Benda hitan itu sebenarya hati hitam penduduk Xanvera City. Hati yang
kecewa, tiada harapan untuk meneruskan hidup di ambil dan dibentuk menjadi
Bayangan hitam untuk mencari sesuatu yang tersembunyi di dalam sekolah kita.”
“Siapa yang bertanggungjawab membentuk Bayangan hitam tu?”
representative of Astronomy(R.A), Senior Junki bersuara.
Aoi kembali berhadapan dengan yang lain. “Tidak lain dan
tidak bukan….”
“Pengikut The Black Hole…” Representative of Ancient
Studies(R.A.S), senior Lui bersuara. “Hanya pengikut setianya yang boleh
mengambil hati hitam dan membentuk bayangan hitam tersebut. Bagaiamana Cik Aoi
tahu?”
Yang lain tersentak
mendengar The Black Hole bebas dari sangkarnya dan sedang membangkit
untuk untuk membalas dendam.
“Sebenarnya…” Aoi memandang Zack dengan pandangan sinis.
Aku tak suka muka tu.. apa budak ni rancang lagi ni? Desis
hati Zack.
“…. Saya, Senior Zack, pengetua dan The Four Lords lama dah
tahu tentang pembangkitan The Black Hole. Cuma tak pasti jika dia benar-benar
bebas…” Aoi tersenyum manis bagaikan perkara itu tidak berat.
Zack sendiri terkejut mendengar penyataan Aoi. “Maksud kau
tidak pasti dia bebas atau tidak?”
“Senang je nak teka. Kalau dia bebas, confirm dia berhadapan
dengan hero-hero untuk melangsaikan dendamnya dan ambil ahli dunia.” Aoi
memandang muka ketua-ketua lain yang blur lagi terkejut.
“Hey, tak paya buat muka buruk tu.” Aoi memetik jari. “Yang
pasti, benda yang tersembunyi di dalam sekolah ini ialah benda yang boleh
mengeluarkan dia dari sangkar dimensinya. Masalahnya sekarang, kita tidak tahu
apa benda yang Black inginkan sangat tu. Dengan itu, kita kena ketatkan kawalan
sekolah kita..”
Aoi memandang Ketua pengawas, Senior Jeff. “Mencari petunjuk
tentang barang yang Black inginkan…” Aoi beralih pandangan kearah senior Lui. “Leiya
dan Senior Kai, pastikan benteng sekolah diperkukuhkan dengan runes circle dan
cari sejenis potion yang boleh mengembalikan bayangan tersebut kedalam jasad
tuannya.”
Leiya tersentak dan menggeleng kepala. “Tak nak! Baik buat
potion untuk hapuskan Bayangan sengal tu.” Suaranya naik satu volume
“Kau nak bunuh mangsa ke? Bayang hitam itu sebahagian dari nyawa
mangsa. Kalau benda tu dihapuskan, mangsa juga akan mati. Untuk mengelakkan
kerja lebih membebankan, kita kena kembalikan bayangan hitam itu ke jasadnya
kembali.”
“Maafkan saya..” Leiya terus meminta maaf apabila melihat
muka Aoi yang marah. Dia dapat rasakan beban yang Aoi pikul sekarang. “Saya
akan cuba menbuat potion tersebut.”
Aoi akhirnya tersenyum lega. “Boleh saya dapat kerjasama
dari kamu semua?”
“Baik Cik Aoi.” kata semua ketua dengan serentak.
Aoi bangun dari kerusinya dan stretching. “Aduh! Patah pinggang kalau hari-hari macam
ni.” Aoi menggosok-gosok pinggangnya yang kesakitan akibat duduk terlampau
lama. “Perbincangan di tangguhkan disini. Boleh bersurai.” Aoi mengambil
fail-failnya dan keluar menuju pejabatnya.
Zack mengambil barangnya dimeja mesyuarat dan mengekori Aoi.
“Aoi, kau tahu ke barang apa The Black Hole cari?” Zack
memulakan persoalan yang bermain di mindanya sejak dari tadi.
Aoi meletakkan telunjuknya di bibir dan tersenyum manis.
“It’s a secret.”
“Cheh, secret-secret. Okay, tak pe kalau tak nak kasi
tahu….” Zack berdengus.
“Alah, jangan ambil hati senior.” Aoi menjungkit kening.
“Black tak akan sentuh benda tu. Gerenti punye!” Aoi menunjukkan penumbuknya.
“Uish, semangat nampak? Dah berbaik dengan Alex ke?”
Aoi melayangkan penumbuknya kearah Zack. Tepat kena di muka.
“Jangan sebut nama mamat tu
depanku…” mukanya merah menahan marah.
“Aduh!! Nasib baik tak senget.” Zack memegang rahangnya.
“Giler kau ni. Nak bunuh aku ke?”
“Ikut kan hati ya. Apa kes kau orang bedua bergaduh lagi
hah?” Aoi membuka kunci pintu pejabatnya dan mereka masuk bersama. “Tak faham
betullah cam mana lelaki befikir.”
“Ala… janganlah marah Aoi. maafkan lah kami berdua ni.” Zack
mula memujuk dengan muka puppy face.
Aoi tersenyum manis. “Boleh. Bleh belah!” Aoi menghentam fail
ditangannya di atas meja dan memandang Zack dengan muka sakit hati. “Ada
apa-apa lagi? Kalau tak, aku nak masuk kelas sekarang.”
Zack meramas rambutnya. Budak ni betul-betul keras kepala
deis hatinya. “Ada. Belajar bagus-bagus
jangan menghayal si Alex je. Kalau
rindu cuba call dia. Jangan nak emosi sangat.”
Aoi meniup rambut denpannya yang jatuh kemuka. “Sure
whatever. Jumpa nanti.”
Aoi mengambil penyapu terbangnya dan melompat keluar
tingkap.
XXX
Sora berada didalam kelas sedang baby sitting Nigthwalker sementara
Aoi berada didalam bilik mesyuarat.
Haiiii… Night, kau dan aku je yang tinggal di kelas. Phoenix
ada tugasan dan Aoi pulak sibuk dengan kerjanya yang berlambak. Kesian kita
kan? Desis hati Sora sambil mengusap badan Night.
“Itu anjing Aoi ke?” Elli menyapa Sora yang kelihatan down
sepanjang pelajaran didalam kelas.
“Hmm? Oh, ya…” Sora mengangguk. “Nama dia Night. ‘Anjing’
kesayangan Aoi.”
Elli mengangguk. “Siapa sebenarnya Aoi tu? Dah dua hari dua
tak masuk kelas. Cikgu tak bisingpun kalau dia absent. Pastu boleh pulak bawa
pet pi sekolah. Aoi sebenarnya orang penting di sekolah kan?”
Terbeliak mata sora mendengar soalan Elli. “Tajamnya otak
kau. Budak lain ingat Aoi sebagai murid kesayangan cikgu je. Kau fikir sampai
tu sekali?”
“Heh, murid kesayangan cikgu pun taklah sampai boleh cuti
lama sangat. Plus, bawa pet memang out of the question.”
“Kau nak tahu sangat ke pasal aku?” Aoi masuk kelas melalui
tingkap kelas dan mendarat di belakang Sora. “Tak sangka budak baru macam kau
boleh fikir mendalam sampai cam tu sekali yea?”
Elli tersenyum manis. “Jadi kau orang penting ke disekolah
ni?”
Aoi duduk ditempatnya sambil menyimpul kaki. Nightwalker
segera melompat kedakapan tuannya. “Yup. Murid kesayangan semua cikgu disekolah
ni.” Aoi tersenyum nakal.
Elli mencebik. “E’Elle. Nak bodek orang pun tak pandai.
Serius lah sikit.”
Sora dan Aoi saling berpandangan. Sora menggeleng mala Aoi
mengangguk.
“Apa?!”
Aoi beralih pandangan kearah Elli.
“Apa yang apa?” Elli buat muka blur.
“Meh dekat sikit.” Elli mendekatkan telinganya dengan Aoi.
“Aku penolong setia The Four Lords.” Kata Aoi berbisik di
telinga Elli.
Terbeliak mata Elli mendengarnya. Elli tergelak kecil.
“Apa kes kau gelak pulak?” sewel budak ni desis hati Sora.
“Aku tahu kenapa kau di pilih…” Elli mengenyit mata kearah
Aoi. “Sebab kau comel. Mustahil the Four Lords tak pandang kau. Aku sendiri tak
lepas pandang.”
Sora tertawa menyebabkan muka Aoi merah. “Hai Elli, Elli.
Jangan menaruh harapan sangat.”
“Kenapa?”
Aoi menutup mulut Sora dengan tangannya. “Diam!”
Sora menolak tangan Aoi. “yalah!” Tak benafas aku dibuatnya
budak ni desis hati Sora. “Sebenarnya si
Aoi ni banyak peminatnya. Dia tolak semua Senior, Junior mentah-mentah!
Sedihkan? Cantik tapi skema.” Sora mengenyit mata kearah Aoi.
Jahanam kau Sora. Muka Aoi merah menahan marah.
Elli hanya mengangguk tanda setuju.
XXX
Alex berada di Rosette club sedang duduk di bar sambil minum
Cocktail. Dia melihat sekeliling sepertinya dia sedang mencari seseorang.
“Alex, ini barang yang kau mahu.” Kata Encik Erik bartender
di club tersebut memberikan sebuah beg kain hitam yang sederhana besar.
Alex mengambilnya. “Nah, ini upah kau.” Alex memberi satu
kotak kuning kecil.
Encik Erik mengambilnya dan masukkan kedalam pocket coatnya.
“Apa dalamnya?” Soalnya sambil membersihkan gelas.
Alex melihat perempuan yang sedang minum beer bersendirian
berdiri keluar dari club.
“Golden swan egg.” Alex mengeluarkan wangnya dan tinggalkan
disebelah cocktailnya dan turut keluar dari club.
Alex mengekorinya dari belakang dengan penuh berhati-hati.
Perempuan itu skipping bergembira berjalan melalui lorong sempit sambil
menyanyi dan bermain-main dengan wandnya di tangan kanan.
Saturday
night
And the
wind begins to howl
You can bet
that old swamp witch
Is out on
the prowl
Black
shadows are all around
Making
their way up the road into town
Perempuan tersebut nyanyi ayat itu berulang-ulang kali
membuat Alex rasa janggal. Kenapa dengan Dia ni?
Perempuan tersebut berputar kearah Alex dan menghayunkan
wandnya kearah Alex. “scoppio!”
Alex segera mengelak dari terkena cahaya jampi perempuan
tersebut dan badannya terhentak ke dinding. Dia cuba menahan sakit dibadannya.
“Aww…” Perempuan tersebut buat muka. “Aku baru je nak nampak
lelaki hensem meletup cam belon.”
Alex tersenyum sinis. “Sorry, tapi aku belum mahu mati
lagi.”
Perempuan tersebut melompat-lompat dan menghalakan wandnya
kearah Alex. “Tapi, masa kau dah tiba. Say your last word, pretty boy.”
Alex hanya tersenyum. “Ferita..”
Muncul tali berwarna merah melilit badan perempuan tersebut
sehingga dia genggaman dari wandnya terlepas dan tidak dapat bergerak.
Perempuan itu bergelut meronta-ronta untuk dilepaskan. Alex
rasa menjengkelkan dan menggoyangkan Jarinya. Tali merah tersebut menutup mulut
perempuan tersebut.
“Heh, mari pulang dengan aku.” Alex memetik jariny dan
mereka berdua hilang dari tempat tersebut dengan ghaib.
XXX
Elli sedang berjalan menuju ke library dengan beberapa buku
ditangan.
Kalau beginila selalu, habis jem otakku desis hati Elli.
Dia bergegas kekaunter pemulangan buku dan berhadapan dengan
penjaga library Miss Wresly seorang elf.
“Tiada contengan. Tidak dikoyak dan tidak berkedut-kedut.
Okay nah kad kamu.” Miss Wresly seorang yang sayangkan buku, tidak suka bila
buku-bukunya rosak walau sedikitpun. Dia sudah berkhidmat dilibrary sekolah
tersebut lebut dari 40 tahun. Dia tahu segala buku yang terdapat dalam
perpustakaan tersebut.
“Thanks. Saya pinjam lagi ini hari.” Elli memberi senyuman
dan bergerak ke rak buku, section 4 J-O. Dia melihat buku-buku tersebut dari
bawa keatas, dari kiri ke kanan.
“Hmm… Lost world.. Lost world… Lost.. Ah!” Elli ingin
mengambil buku tersebut tetapi ditarik dari sebelah. Sengal, aku boking dulu
desis hati Elli sumpah serana orang yang ambil bukunya. Dia berlari ke rak
sebelah dengan riak wajah yang tak puas hati. “Hoi… Aku bok…” Dia terhenti
apabila Aoi memegang buku tersebut.
“Hmm? Eh, Elli?” Aoi melihat buku yang Elli tunjuk
ditangannya. “Ini… oh sorry, sorry. Kau nak pakai ke?”
Elli menggaru kepalanya yang tak gatal. “Err… ya, tapi kalau
kau nak pakai dulu tak palah.”
Aoi tergelak kecil. “Cheh, trep macho la konok? Tak pa, aku
ada banyak lagi ni nak dibaca. Yang ni kau bacalah dulu, lagipun aku dah baca
da.” Aoi menghulurkan buku tersebut kepada Elli.
Elli mengambil buku tersebut. “Thanks. Buku apa tu?”
“Another Dimension dan…
Living creature from another world. Saje nak habiskan masa membaca,
sambil menunggu Sora beri signal untuk pulang ke asrama.” Aoi dan Elli bergerak
kearah meja yang telah disediakan.
“Apa Sora tengah buat?” Elli duduk bertentangan dengan Aoi
dan membuka bukunya.
“Kemas bilik. Minggu ni tugas dia mengemas bilik.” Aoi juga
membuka buku dan mula mencatat.
Elli mengangguk dan mula membaca. Tetapi pandangannya
bergerak kearah Aoi yang sedang tekun mencatat. Dia cakap membaca, tapi itu
mencatat. Elli tergelak kecil.
“Apa yang lucu?” Aoi perasan Elli ketawa sendiri. “Setahu
aku buku tu historical.”
“Well, err..” Elli speechless. Tajamnya telinganya desis
hati Elli.
Aoi tergelak kecil mendengar suara hati Elli. “Sebelum ni
kau berasal dari mana?”
Elli memandang kearah Aoi. “Aku datang dari sebuah pekan
kecil bernama Allyway. Tinggal diasrama juga. Di previous school tak ramai
sangat kawan sebab muda setahun dan…. ”
“Apa kau muda setahun?” mata Aoi terbeliak. “Jadi kau lompat
kelaslah ni?”
“Ya begitulah”
“Woah… hebatnya kau.” Mata Aoi bersinar-sinar kagum dengan
kepandaian Elli.
Elli melihat kearah mata Aoi. Jantungnya tiba-tiba berdegup
kencang dari biasa. Dia memandang ke bukunya balik. “Errr.. taklah hebat sangat
macam kau. Top mark selalu.”
“Macam mana kau naik kelas hah? Kau ambil exam ke?” Aoi mula
berminat mendengar cerita Elli. Dah sah budak ni skema, pasal lompat kelas pun
berminat.
“Kau tak tahu ke? Kalau ujian awal, pertengahan dan akhir
tahun full mark dapat lompat kelas.”
Aoi mengangguk baru dia tahu macam mana nak lompat kelas.
“Begitu, nampaknya aku melepaslah nak rasa.”
Elli tergelak mendengar ayat Aoi.
“Shh!!! Jangan bising dalam library.” Kata Miss Wresly yang
kebetulan lalu. Elli menutup mulutnya.
“Sorry, sorry.” Mereka meminta maaf. Apabila Miss Wresly
bergerak pergi, Aoi dan Elli tergelak kecil.
Aoi memandang Elli dengan senyuman nakal. “Jadi kau kena
panggil aku Senior Aoi lah kan?”
Elli tersengih. “Jangan haraplah. Aku lebih pandai dari kau,
jadi kau kena panggil aku master.”
Aoi menjelir lidahnya. “Langkah mayatku dulu. Jangan kau nak
berangan ak…..”
Degupan jantung Elli semakin laju apabila melihat Aoi
menjelir lidah manja. Mak oi!! Apa kes jantungku ni?
Dia menyentuh dadanya. Tak,
jangan…. Dia memandang Aoi yang sedang
rancak bercakap. Tak mungkin….
desis hati Elli.
XXX
Luhan dan Jun di dalam hotel terpencil sedang menunggu
perempuan tangkapan Alex sedarkan diri.
Luhan berputar-putar mengelilingi perempuan yang pitam itu.
“Woi, apa kau buat tu?” Jun yang sedang membaca surat khabar
terganggu kerana perangai Luhan yang pelik.
“Aku rasa perempuan ni gila la. Nampak dari jauh pun dah
tahu.” Luhan duduk di sebelah Jun.
“Jadi maksud kau?”
“Fikiran aku ni mengatakan, Alex rindu sangat dengan Aoi
sehingga dia tangkap perempuan gila untuk lepaskan kerinduannya.”
Jun meluku kepala Luhan. “Kau ingatkan Aoi gila macam minah
tu ke?” Jun menunjuk kearah perempuan tersebut. “Kalau Alex tahu confirm kau
jadi sate panggang nanti.”
Suara perempuan tersebut kedengaran menandakan dia sudah
sedar. Jun dan Luhan segera mendekatinya.
“Aku dimana ni?” Perempuan itu memandang sekeliling. Dia
mengilai kecil apabila melihat Jun dan Luhan.
“Lords of ‘Flowering’ dan biru
entah apa aku tak tahu.”
Dah sah gila budak ni desis hati Luhan melihat perempuan tu
mengilai melihat mereka berdua.
Jun mengendahkan dia dan menarik rambutnya kebelakang. “Aku
tak dah masa nak main-main dengan kau. Baik kau cakap cepat, apa rancangan
kau.”
“Aduh! Lepas!” Perempuan itu menggeleng kepalanya. “Aku
rancang nak lepaskan diri!” Perempuan itu ketawa lagi.
“Hoi, jawab baik-baik. Kau pengikut The Black Hole kan? Apa
sebenarnya yang kamu rancangkan?” Jun tetap menyoal tanpa menghiraukan
perempuan tu sakit atau tidak. Dia sudah muak dengan perkara yang telah dibuat
oleh pengikut The Black hole mengambil hati hitam orang dan tinggalkan mereka macam
mayat hidup.
“AH! Aku tak nak kasi tahu apa-apa dan satu lagi, bukan The
Black Hole… Lord Black. Tuan Hole sudah jadi sejarah!”
“Adaku kesah kalau dia naik pangkat?” Luhan menolak kepala
perempuan tersebut. “Beritahu aku apa rancangan Black.”
Perempuan itu ketawa melihat muka Luhan yang menyakitkan
hati. “Hanya satu rancangan Lord Black, bunuh kamu dan bangkitkan semula Dark
Magic ke dunia ini.”
Jun dan Luhan saling berpandangan. Lord Black ingin bangkitkan
semula Dark Magic? Parkara ini tidak boleh dibawa main. Luhan segara mendail
number Alex.
Jun memandang Perempuan tersebut dengan pandangan sinis. “Kau
tidak diperlukan lagi di sini.” Jun menghayunkan wandnya kearah Perempuan
tersebut dan meletup seperti belon.
“Yo Lex, I got news for you. Rancangan sebenar Black ingin
bangkitkan Black Magic semula di dunia. Aku
rasa patut kau contact Aoi untuk maklumat lebih…..”
Alex mematikan taliannya sebelum Luhan selesai bercakap. Nak
call dia sekarang tak dah gunanya Desis hati Alex.
“Kau kenapa?” Cloud sedar muka Alex seperti orang hampa.
“Entahlah, buntu dibuatnya.” Alex berdengus.
“Heh, confirm Luhan suruh kau berbaik dengan Aoikan?”
Alex meramas rambutnya. “Duh! Apa lagi. Macam je kau tak
tahu si Aoi tu kalau marah tiada menghujungnya.”
Cloud ketawa melihat telatah Alex. “Minta maaf je lah.
Sampai bila kau orang nak begaduh hah? Sampai Permaisuri Biru ambil alih badan
Aoi?”
Alex memegang collar baju Cloud. Mukanya merah menahan marah. “Jaga mulut kau
tu!”
Cloud berdengus. Dia menolak tangan Alex dari collar
bajunya. “Ingat, hari semakin hari magic Permaisuri
Biru mengambil alih badan
Aoi. kita tidak tahu, mungkin esok atau lusa Aoi akan lenyap. Kau nak ke dia
pergi dengan penyesalan?”
Alex menggeleng keras. “Nah! Kita dah ada jawapannya. Say sorry
to her bro, before it’s too late.” Cloud memujuk Alex untuk berlembut. “Kalau
dua-dua tak mahu mengalah, confirm tiada penghujungnya.”
Alex menggenggam rantai yang diberi oleh nenek tua semasa
mereka di Alllyway.
XXX
Sora dan Violet sedang memerhatikan Aoi yang sibuk dengan
urusannya di meja belajar. Bertimbun buku di atas meja, kertas-kertas berselerak
dari atas ke bawah. Beberapa fail
terbuka di sebelahnya. Satu meja besar itu penuh dengan barang-barang Aoi.
Ditambah pula muka Aoi yang kelihatan resah campur risau.
“Kau rasa Aoi okay ke sekarang ni?” Violet menyoal
seolah-olah berbisik.
“Entah, mungkin tak. Tugas bertimbun, ditambah pula dengan
kes Alex dengan dia. Kalau aku, dah masuk hospital bahagia tau. Giler aku di
buatnya.”
“Hoi, nak mengumpat tu agak-agaklah depan orangnya.” Aoi
berkata tanpa beralih pandangan dari kerjanya.
Violet dan Sora tersengih-sengih. “Alah, janganlah tight
sangat muka kau tu. Tak comellah…” Sora sedang memujuk. “Cepat tua baru tau.”
“Biarlah tak comel… asalkan aku bahagia.” Aoi menjelir
lidah.
“Bahagia ke?” Violet menarik Aoi kekatil Sora. Jauhkan kawannya
dari timbunan buku buat seketika.
“Relaxlah sikit dengan kami sekali-sekala. Tak
bestlah kalau kau selalu sibuk 24/7.”
Aoi memeluk teddy bear kesayangan Sora. “Yalah. Apa nak
diborakkan?”
Sora menarik senyum nakal. “Kau dah contact Alex?”
Aoi hanya menggeleng. Minah ni, cam je tak tau situasi kami
skarang desis hati Aoi. “Dia yang patut contact aku, minta maaf. Tak bestlah
kalau perempuan yang minta maaf dulu.” Aoi mengangkat kening double jerk.
Violet menepuk dahinya. “Nah, dua-dua kepala batu. Sampai bila
kamu nak begaduh hah?”
Aoi menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Sampai semua
selesai kot?”
Sora memukul kepala Aoi dengan bantal. “Kau giler ke atau
tak waras?”
“Dua-dua sama ngok! Aduh, senget otak aku.” Aoi menggosok
kepalanya. Tak guna sora, ikutkan hati nak aku cekik-cekik lehernya desis hati
Aoi.
Mereka bertiga ketawa sambil bercerita. Sora dan Violet cuba
meringankan beban dibahu Aoi, hanya itu sahaja mereka boleh buat untuk kekalkan
senyuman Aoi.
Pintu diketuk dari luar bilik. Perbualan mereka terhenti dan
mereka pandang antara satu dengan yang lain. Sapa yang mengetuk bilik pagi-pagi
jam dua ni? Kalau wadern datang nak marah mereka mesti jam empat pagi.
Aoi bergerak membuka pintu dan melihat Elli tersenyum manis.
“Elli? Buat apa di sini?”
“Sapa tu?” Violet berbisik ditelinga Sora.
“Dia budak baru di kelas kami. Rapat dengan Aoi.” Sora balas
berbisik juga.
Violet mengangguk. “Eh, budak tu ada apa-apa ke dengan Aoi?
kalau Alex tahu cam mana?”
Sora hanya mengangkat bahu. Mereka lihat Aoi melangkah
keluar bilik dan menutup pintu.
Aoi dan Elli berjalan turun ke Library bersama-sama. “Kenapa
aku yang kena ikut hah?”
“Kau je yang rapat dengan Miss Wresly, buku ni aku lupa
kembalikan. Remang bulu romaku nampak mukanya kalau dia menjeling.” Elli
menggigil membayangkan dagger stare Miss Wresly.
Aoi menggeleng. Hai… budak ni desis hati Aoi. Langkah Aoi
terhenti apabila sampai di depan pintu library.
Dia dapat rasakan sesuatu yang
tidak kena tentang library tersebut.
“Aoi, kau okay ke?” Elli menyapa Aoi yang sedang mengelamun.
“Jom masuk.” Elli menarik tangan Aoi masuk kedalam Library.
Sebaik sahaja melangkah masuk kedapam Library, dada Aoi
terasa sangat berat, susah untuk bernafas, tetapi dia sembunyikan dari Elli.
Dia melihat sekelilingnya. Kosong. Tiada satu orangpun yang ada di perpustakaan
itu.
“Elli, stop.” Aoi menarik tangannya dan Elli berhenti
berjalan.
“Ada apa? Kenapa muka kau pucat ni?” Elli menyentu pipi Aoi.
Aoi menggeleng lembut. Dia tersenyum tawar, rasa nak
pitampun ada. “Aku okay je. Jom pulangkan buku kau tu sebelum Miss Wresly marah.”
Elli hanya mengangguk. mereka terus bergerak kearah kaunter
pemulangan buku tetapi Miss Wresly tiada ditempatnya.
Ini memang pelik, Miss Wresly tak akan tinggalkan kaunternya
kalau tiada budak di library desis hati Aoi.
“Miss Wresly tak dah lah. Yes! Aku letak jelah kat sini.”
Elli tersenyum gembira meletak buku pinjamannya diatas kaunter tanpa kena
tengking oleh Miss Wresly. “Jom balik.”
“Kau balik dululah, aku nak siasat sesuatu.”
Elli menggeleng kepalanya. “No way. Aku takkan tinggalkan
perempuan bersendirian di tempat kosong cam ni. Aku temankan kau okay?” Elli
mengenyit mata.
Aoi tergelak kecil. Ada-ada jak mamat ni desis hati Aoi. “Ikut
suka hati kaulah.”
Aoi mula mencari dari satu section ke satu section, mencari
jika ada apa-apa petunjuk atau benda ganjil yang terdapat di library tersebut.
“Yo Aoi, apa kau tengah cari ni?” Elli penat mengekori Aoi
berjalan sekitar library yang besar. Sakit kaki dibuatnya.
“Cari cinta.” Aoi tersenyum nakal.
“Apa? Otak kau dah senget ke?”
Aoi tergelak kecil. “Aku main-main jelah… Aku te….” Aoi
terhenti apabila dia merasakan sesuatu datang dari pintu disebelahnya.
Elli juga terhenti dibelakang Aoi apabila Aoi hentikan
langkahnya.“kenapa? Kau selalu stop ditengah jalan.
Apa lagi kali ni?” Elli
memandang muka Aoi yang kelihatan takut memandang kearah pintu berwarna jingga
yang terukir cantik di tepi mereka.
Elli tersenyum sinis melihat wajah Aoi yang ketakutan. Dia
mendepakan tangannya menghala Aoi sementara Aoi sedang memerhatikan pintu
tersebut.
Aoi ingin membukanya tetapi tak tahu kenapa badannya tidak
boleh berganjak. Tangannya terasa berat untuk memegang tombol pintu tersebut.
Ellih tiba-tiba mengeluh kecil. “Kalau dinampak je, pintu tu
takkan terbuka.” Elli memutar tombol pintu tersebut untuk Aoi.
Mereka berdua terkejut apabila melihat Miss Wresly terikat
dengan tali berwarna putih bercahaya.
Miss Wresly mula bergelut meminta tolong dilepaskan. Aoi
segera menolong tetapi semasa dia ingin memegang tali tersebut tangannya
seperti terkena renjatan elektrik, segera dia menarik tangannya.
Aoi memandang kearah Elli yang kelihatan sama terkejut. Aoi menyeru
wand ditangan kirinya dan membaca satu jampi membuka tali tersebut dari mengikat
Miss Wresly.
“Miss Wresly okay? Siapa yang buat semua ni?”
Miss Wresly menggigil ketakutan. “Saya tak tahu. Yang saya
tahu rambutnya berwarna putih dan mata kuningnya bercahaya digelap.”
Elli membongkok memandang Aoi. “Baik kita bawa dia ke bilik
kesihatan.”
Aoi mengangguk dan memapah Miss Wresly. “Elli, kau boleh
balik dulu. Aku boleh bawa dia ke bilik kesihatan sendiri.” Aoi memandang Elli
dengan senyuman manis, menyembunyikan kerisauannya. “Thanks for helping me.”
Aoi menghayunkan wandnya dan dia hilang dari pandangan.
Elli terasa geli hati apabila Aoi lenyap dari pandangannya
dengan senyuman palsu. Tawanya berubah menjadi marah dan menumbuk pintu
tersebut dengan kuat, cahaya elektrik keluar dari tangannya.
“Damn! I almost got her!” Elli memandang telapak tangannya
yang mempunyai renjatan elektrik. Dia menyumpah serana dirinya sendiri kerana
gagal menangkap Aoi semasa peluangnya ada.
Aoi ialah orang yang paling tepat untuk dirasuk. Dia
mengetahui semua yang berlaku di sekolah, kemungkinan besar dia juga mengetahui
segala rahsia yang tersimpan rapi didalam sekolah ini. Kenapa aku tak terus
ambil dia semasa dia tengah termenung tadi! Lord Black kena dibebaskan dari
sangkarnya sebelum The Four Lord tahu rancangan sebenar kami desis hati Elli
marah tak sudah.
Dia memejam matanya dan bayangan Aoi yang tersenyum manis
muncul didalam mindanya. Jantungnya berdegup kencang seperti kereta race dan kepalanya
tiba-tiba sakit berdenyut.
“Kenapa dengan aku ni? Arrrrgh! Hentikan!!” Elli mengerang
kesakitan menahan sakit dikepalanya. “I’ll do whatever it takes untuk dapatkan
Aoi.”
Comments
Post a Comment