Rose Princesses: Unexpected Truth


Chapter 1

Hampir seminggu ribut salji melanda bandar mereka sehingga tak dapat keluar rumah. Dia berada dibiliknya sedang membaca sibukkan diri dengan timbunan buku di meja kerjanya menghabiskan assignment yang diberikan sebelum tarikh penghantaran. Biliknya yang dipenuhi dengan tiga rak buku besar membuat dia rasa tenang kerana hobbinya ialah membaca. Bukuku, duniaku.(Eleh, Ulat bukulah tu)

Majority buku dalam biliknya dia dapati secara percuma. Apa taknya, setiap tiga hari pasti ada dua naskah buku dihantar ke depan rumahnya tanpa mengetahui siapa si penghantar. Sebaik sahaja buka pintu, pasti ada buku berada didepan pintunya. Ia mencurigakan, semua buku tersebut berkaitan dengan benda yang… Out of this worldlah! Memang mengada je buku yang dia baca. Tak logic lagi penuh dengan fantasy. Tapi, tak tahu kenapa dia tetap baca walaupun mengarut.

“Lu, kau ok ke?” Suara Mea kedengaran dari sebalik pintu. “Nak cerita ke?”

Luna meramas rambutnya. Matanya mula berkaca tidak dapat menahan rasa perit di hati tetapi ditahan sebaik yang mungkin. “Ak… Aku okay.” Luna menutup mukanya cuba mengawal perasaan.

Mea memulas tombol pintu bilik Luna. Dia kunci desis hati Mea risau. “Kau tengah buat assignmentkan?” Mea tertawa kecil, tapi hatinya rasa sedikit kecewa. “Patutlah kau kunci. Aku slide in phone mu okay?” Mea tunduk  kebawah dan slide phone Luna dari bawah pintu. “Aku turun dulu. Kalau kau nak apa-apa call okay?”

Luna merenung Phonenya dilantai. Orang yang paling dibenci dalam dunia muncul diminda lagi. “Aku benci lelaki! Semua sama jak, hanya nak aku sebab statusku!” semua barang dimejanya ditolak kebawah melepaskan geram. Muka landing diatas meja dan menangis sesenyap yang boleh.

Aku takkan trust mereka, aku takkan fall dengan mereka lagi, aku takkan bagi muka dengan mereka Lagi!

OXOXOXO

Mea menuruni tangga dan mendekati si kembar. “Dia kunci biliknya.”

Viola dan Fiona mengeluh kecil. Mereka tahu yang Luna mesti menangis di dalam biliknya sekarang. Tapi, satu masalah tentang Luna iaitu tidak suka kongsi perasaan. Dia hanya pendam semua rasa sedihnya sendiri.

Fiona memeluk lututnya sambil merenung kearah luar tingkap, melihat salji turun dengan lebatnya. “Lu tak percayakan kita ke Vee?” Fiona terfikir-fikir tentang Luna yang selalu menyembunyikan perasaan sedihnya dengan senyuman palsu. “Fee ingatkan kita boleh bantu dia seperti mana dia selalu bantu kita.”

Viola memeluk bahu Fiona. “Dia percayakan kita. Kalau tak, kenapa dia nak kita tinggal didalam apartmennya bersama?”

Mea merenung ke tingkat atas risau tentang keadaan rakannya. Sia-sia saja kalau mereka pujuk Luna untuk bersuara, takkan makan punya. Luna, apa kami boleh buat supaya kau kongsi semuanya kepada kami? Kau tak percayakan kami ke? Banyak persoalan berada di mindanya memikirkan tentang rakan baiknya.

Mea terfikirkan sesuatu yang mungkin boleh ceriakan sikit mood Luna. “Vee, korang nak makan apa? Aku masak ni hari.” Mea mengikat rambutnya dan bergerak kedapur. “Kau pula Fee?”

Fiona dan Viola memandang Mea yang tiba-tiba ringan tulang nak masak. Tak kau terkejut dorang dengar yang Mea akan masak ikut cita rasa dorang. Selalunya Mea masak Maggie jak untuk sorang satu.

Mea melihat muka si kembar yang terkejut. “Woi, apa kes muka tu? tak boleh ke aku masak luxurios sekali-sekala?”

Mereka tertawa kecil. “Setahu kami kau masak Maggie sedap jak.”

“demam apa kau dapat sampai masak full menu ni hari?” Soal Fee menahan gelaknya.

Mea memeluk tubuh. “Ha-ha. Very funny.” Mea mengambil apron yang tergantung ditepi pintu dapur dan memakainya.

Dengan penuh rasa ingin tahu, Si Kembar mengekori Mea ke dapur. Bukan main serius lagi Mea keluarkan ayam, sayur, bawang dan lain-lain lagilah dari fridge dua pintu tu.

Mea mula menghiris bawang tanpa menghiraukan dua kembar tersebut. “ini jak aku boleh buat untuk Luna. Dia kan tengah bersedih sekarang. tentu tak lama lagi dia kebulurlah tu. Jadi, kenalah sedia sebelum dia cengeng lagi takda makanan atas meja.” Mea mengangkat kening tiga kali.

Viola tertawa mendengar penjelasan Mea. “Akupun nak masaklah!” Vee mengambil ayam disinki dan diletakkan atas saban. “Mana tahu Luna suka sangat dan sebagai membalas budi dia boleh ke persembahan kami nanti. Fee, Pisau!”

Fiona menarik sebilah pisau dari tempatnya dan menghulurkan kepada Viola. “Setuju. Aku pun nak!” dia segera mendekati Viola.

Terkejut Mea nampak dua kembar ni potong ayam sesuka hati. “Wo… Woi! Mana ada orang potong ayam cam tu!” Mea segera mengambil pisau dari tangan Vee takut ayam tu jadi salad ala daging. “Kau Fee jangan potong sembarangan. Kena tahu dimana tulangnya, Bukan potong ikut suka hati je!”

“Aku Vee. Dia Fee.” Kata Viola acuh tak acuh. Ini part yang Viole tidak suka, selalu salah sangkah antara Viola dan Fiona.

“Aku Fee. Jangan silap.” Fee bercekak pinggang sakit hati.

Mea menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ini memang bengang, susah sangat tinggal satu rumah dengan kembar. Tak dapat bezakan yang mana kakak dan yang mana adik. Kalaulah ada tahi lalat dimukakan senang. Ini, 100% sama!

“Ah! Mana-manalah.” Mea give up nak cari yang mana satu mereka. “Jangan fikir kau nak masak di sini. Kau tengok luar tu? bersepah! Keluar dan kemas rumah, Luna mesti suka kalau rumah bersih.” Mea mengenyit mata. Dia tahu mesti si kembar setuju tanpa bantahan kalau untuk Luna.

Viola dan Fiona tersenyum antara satu sama lain. Mereka dapat satu idea yang sangat-sangat bernas cam mana nak naikkan mood Luna. “OKAY!” Mereka menunjukkan thumbs up kepada Mea.

Tanpa membuang masa, si kembar mula mengemas seluruh rumah dari atas hingga bawah. Bilik ke bilik di kemas, vacuum dan mop. Akhirnya tiba masa untuk bilik Luna.

Dua kembar tersebut berada didepan bilik Luna sambil memegang mop dan vacuum ditangan. Nak ketuk confirm dihalau pergi kalau kembar gila ni bersuara.

“Vee, nak buka sekarang?” Soal Fiona seolah-olah berbisik menunggu singnal dari kakaknya.
Viola mengangguk. “Buka sekarang!”

Fiona mengambil kunci bilik Luna dari poketnya dan segera menyerbu kedalam. Luna segera mengangkat kepala terkejut apabila mendengar pintu dibuka dengan kasar.

“Room service!” kata mereka berdua dengan senyuman nakal mendekati Luna dan menarik kerusi Luna sekali dengan tuannya jauh dari meja belajar.

“Woi, ap.. wei!” Luna mahu bangun dari kerusinya tapi tahan oleh Fiona.

“Please relax master.” Kata Fiona seolah-olah seperti dia betul-betul maid dalam sebuah mansion mewah.

Apabila sampai di tepi Katil. Viola segera menarik Luna dari kerusinya dan memaksa dia duduk diatas katil. “Do not move!”

Viola dan Fiona segera bertindak mengemas bilik Luna. Buku dan fail-fail yang berselerak dilantai di kemas kembali diatas meja dengan rapi. Rak buku di duster membuang semua habuk yang ada.

Entah berapa lama si Luna ni tak kemas rak bukunya desis hati Viola menutup hidungnya tak tahan habuk. Setelah itu di vacuum sehingga bersih dan akhirnya di mop. Suhu Air conditioner diubah supaya lantai cepat kering.

“Siap!” mereka berdua memberi high five.

Luna yang dari tadi berdiam diri rasa sangat marah dengan dua kembar yang selalu buat hal tanpa mengisahkan perasaan orang lain. “Apa kamu buat ni?”

Viola dan Fiona memandang kearah Luna dan tersenyum gembira. Rasa puas hati akhirnya dapat membuat Luna bersuara setelah sekian lama berkurung di bilik berdiam diri.

“Mengemaslah apa lagi?” jawab Fiona.

Viola menjungkit kening. “Takkan cari lubang tikus?” Viola menyambung persoalan Fiona.

Luna menarik sengih. “Kau dua rancang kemas rumah sebab saja nak masuk bilik aku kan?”

Mereka berdua mengangguk buat muka tidak bersalah. Mereka tahu apa akibatnya mengacau singa betina yang sedang marah tapi mereka tetap bertindak sebab kerja mereka kalau bosan ialah menyakitkan hati orang. Target orang yang paling mereka suka ialah Luna dan Mea.

Luna ketawa memandang muka dua kembar yang tidak tahu malu. “Kamu memang menyakitkan hati! Takda Idea lain ke nak sakat aku selain kemas satu rumah hah?” Luna akhirnya tersenyum kerana mereka.

“Kau tak marah ke?” Viola Tanya ingin tahu. Mana tahu, dia saja ketawa sebenarnya dalam hatinya sumpah serana mereka.

Fiona mengangguk. “Kau tak denda kami kan?” Takut juga kalau Luna tiba-tiba nak hukum mereka kerana ganggu dia.

Luna mengelap air matanya yang mengalir kerana ketawa besar. “Taklah. Thanks yea.”

Viola dan Fiona menghembus nafas lega, Luna tak kenakan mereka. Don’t judge a book by its cover. Luna tengok je baik tapi kalau dia marah, baik kau cabut cepat dan jangan sampai dia jumpa kau. Kalau tak, keramat duniamu. 

Luna bangun dari katilnya dan memeluk leher dua rakannya. “Nak sangaaaaat…. Aku denda korang tapi….” Luna tersenyum nakal. “Korang dah kemas satu rumah tanpa disuruh. Jadi aku maafkan.”

Viola dan Fiona melepaskan pelukan Luna dan memeluk kedua lengannya.

“Jom gi bawah!” Fiona peace dekat muka rasa gembira melihat Luna cheer up.

“Mea pun ada hadiah untuk kau.”

“Hadiah apa Vee?” Dahi Luna berkerut. Apa yang dorang plan ni? Desis hati Luna.

Mereka berdua tersenyum dan menarik Luna kebawah tanpa bercakap sepatahpun. Rasa gembira berbunga didalam hati si kembar setiap kali Luna menyebut nama mereka. Why? It’s a secret.

Mea meletakkan mangkuk terakhir diatas meja makan. Melihat meja tersebut buat kali terakhir memastikan jika ada yang tertinggal atau tak sesuai.

“Alright! Semua lengkap. Luna pasti happy tengok aku masak.” Mea membuka apronnya dan gantung di tepi pintu pintu dapur. “Dinner’s ready!”

“Coming!” jerit si kembar berlari anak sambil menarik Luna ke dalam dapur.

“Woah..” Luna terkejut melihat makan malam yang telah disediakan oleh orang yang malas masak. “Sejak bila kau rajin sangat nak angkat tangan ni?”

Mea bercekak pinggang. Tak guna punya orang desis hati Mea. “Tak pandai cakap thank you ke? Tangan aku ni mahal tau, hanya dikhaskan untuk fashion jak bukan untuk masak tahu.” Mea tunjukkan jari jemarinya di muka Luna. “Aku sanggup kotorkan tangan hanya untuk kau tapi apa aku dapat? Di ejek!”

Mereka bertiga ketawa mendengar rungutan Mea. Eleh! Fashion lah sangat desis hati Viola.

Luna menepuk bahu Mea. “Okay-okay, thanks you for a thousand… no, a million times!!”

Mereka semua ke tempat duduk masing-masing. Si kembar duduk bersebelahan manakala Mea dan Luna. Mereka mula menjamu selera dengan tenang.

Mata mereka kadang kala merenung kearah Luna yang khusyuk mengisi perut. Mereka bertiga rasa lega kerana Luna akhirnya tersenyum selepas empat hari bersedih. Luna selalu bantu mereka dalam situasi yang sukar. Mereka ingin membalas jasa Luna tetapi, Luna selalu pendamkan perasaannya sendiri.

Luna sedar tentang renungan rakannya dan tersenyum“Mr. D ada call tadi..”

Mea dan si kembar terus tumpukan perhatian kepada Luna apabila nama yang menjadi idola para wanita di campus mereka sebagai lelaki yang perfect di mata mereka gitu. Dengan hensemnya, machonya, statusnya, keturunannya dan banyak lagilah!

Luna hanya tersenyum memandang mereka tahu apa yang mereka fikirkan. “Dia balik lusa. So, dia akan say in di sini sehingga dia pulang semula ke negaranya.”

Mea menyambung suapannya tanpa mengalihkan pandangannya dari Luna. “Dia nak tidur mana? Setahu aku rumah kau ada tiga bilik je. Takkan dia tidur di ruang tamu?”

Viola menggeleng. “Biarlah. Tak malu tidur di rumah yang enuh dengan perempuan.”

“Aku tak kesah sangat dia tu kawan sepermainan kau Luna tapi, baik dia tinggal di hotel.” Kata fee acuh tak acuh. “Lagipun, putera kedua kerajaan Ageha takkan tak boleh tempah hotel sendiri?”

“Drop it..”Luna memberi dagger stare kepada dua kembar tersebut membuat mereka remang bulu roma satu badan. “Bilik dia di atas bumbung. Di situlah tempat persembunyian dari pengawal-pengawalnya.”

Mea tersedak. “Di atas bumbung? Pintu atap di depan bilik aku tu?” Dia segera meneguk segelas air putih. “Patutlah kau larang kami naik keatas. Kau cakap ada lipaslah, berhantulah. Itu semua rupanya alasan
supaya kami tak naik.”

Viola dan Fiona tersenyum nakal memandang antara satu sama lain. Viola menjungkit kening memberi signal.

Luna perasan reaksi sikembar dan berdehem. “Vee, jangan kau fikir kamu boleh naik. Aku boleh tahu pintu tu boleh buka atau tidak.”

Mereka berdua tersengih-sengih. “Busted.” Mereka buat muka tidak bersalah walaupun mereka kantoi. 

OXOXOXO

Key lajukan langkahnya menuju ke ruang mesyuarat apabila mendapat urgent massage dari Encik Edward. Semua maid dan butler tunduk hormat kepada putera raja ke-empat mangkat Raja Alexander.

Dalam perjalanan ke raung mesyuarat dia terserempak dengan Minho yang baru sahaja habis bersihkan diri. Tuala masih lago tergantung dileher menunggu rambutnya untuk kering. Mereka berdua bergerak seiringan menuju ke destinasi mereka

“Kau dapat news dari Edward juga ke?” Key menyoal inginkan kepastian tanpa mengalihkan pandangannya dari bukunya.

Minho mengangguk dan mengambil buku Key  dari tangannya. “Tak habis habis dengan buku. Kalau cam ni sampai bila-bila kau takkan dapat awek.” Minho membelek-belek buku Key yang berjudul ‘the ancient time’.

Key menarik balik bukunya dari tangan Minho. “Lantaklah! Soal awek ni bukan halku itu hal Teamin.”

Minho tertawa teringatkan Teamin yang mengalami penyakit one-sided love. “Sampai bila dia nak simpan perasaan tu?” Minho memberi towelnya ke butler yang lalu ditepinya dan senyum. “Aku nampak Onew lebih rapat dengan Ann daripada Teamin.”

Mereka akhirnya sampai didepan bilik mesyuarat. Kedua-dua memegang tombol pintu bersedia untuk dibuka.

“Aku nampak dia macam hindari Teamin jak. Itu yang aku rasalah dari pandangan mataku.” Kata Key seolah-olah berbisik takut kalau Teamin dengar dari dalam. Karang ada orang sedih nanti.

Minho meletakan telunjuknya di bibir. “Walau apapun, kita tak boleh masuk campur dalam urusan mereka itu yang pasti.”

Key mengangguk dan mereka berdua memulas tombol pintu tersebut dan masuk kedalam. Seperti yang dijangka, tiga beradik itu mesti awal sampai dari mereka berdua. Encik Edward, iaitu pengurus mereka juga ada di situ menunggu kehadiran mereka.

Encik Edward memandang wajah mereka satu persatu memikirkan bagaimana nak ceritakan kepada mereka tanpa membuat mereka keliru.

“Sorrylah tiba-tiba buat urgent meeting tetapi ini memang penting.”

Teamin memeluk tubuh. “ia pasal Lycant kan?”

Encik Edward mengangguk. “Begitulah, aku juga dah jumpa orang yang boleh menolong kita mengalahkan mereka.”

Mereka berlima terus menumpukan perhatian kepada Encik Edward. Mereka mempunyai masalah dalam mengalahkan musuh mereka yang ingin mengambil alih tahta sebagai raja di Negara Robella. Lycant yang telah mendapat hukuman buang Negara dan dipaksa menetap disebuah pulau yang telah disumpah untuk mengurung Lycant didalam pulau itu selama-lamanya.

Encil Edward tersenyum melihat kesungguhan mereka untuk mengalahkan lycant. “Kita mempunyai potensi untuk mengalahkan Lycant dengan bantuan mereka.”

“Apa kita tunggu lagi. Kita kena panggil mereka keistana sekarang!” Kata key tidak sabar ingin berkerjasama dengan mereka.

“Ya. Mesti mereka kuatkan? Berpengalaman, dan mempunyai kuasa yang hebat.” Jonghyun sudah terbayang-banyang wajah jejaka-jejaka yang akan berkerjasama dengan mereka.

Ini yang buat Encik Edward takut. Mereka ingin menghapuskan Lycant dan mencari rakan sepejuang yang kuat sebanyak mungkin. Tetapi mereka tidak boleh memilih serawaknya takut ada yang belot atau dari orang-orang Lycant yang mungkin masih bebas berkeliaran di daerah mereka.

Onew memandang wajah Encik Edward yang hanya berdiam diri. “Siapa orang-orang ni? Kau bukan orang yang pilih orang sembarangan.”

Encik Edward menjungkit kening. “Kau memang tajam, patutlah kuasa kau sixth sense.”
Onew tertawa kecil. “Itu bukan kuasa, tapi firasat.”

Minho memandang kearah luar tingkap, terdapat segumpulan awan hitam diatas sebuah pulau dimana terletaknya Lycant di kurung. “Siapa orang terpilih tu?”

“Mereka berlima ialah Rose princesses.” Encik Edward berdiri dari kerusinya dan bergerak ke pintu di belakangnya.

“Rose Princesses?” Dahi Teamin berkerut. “Itu hanya mitos dari nenek moyang kami. Cerita dongeng yang ibu kami selalu ceritakan kepada kami setiap malam.”

Teamin mengangguk setuju. “mustahil cerita dongeng boleh menjadi kenyataan.”

“Memang betul. Aku pun ingat cerita tu hanya rekaan semata-mata tapi, aku selepas aku buat beberapa kajian selama empat tahun ni. Aku dah temui semua puteri tu.”

 “Wah, this is epic!” kata Jonghyun dalam keseronokan.

“.. dan aku dah jumpa salah satu daripada mereka.” Encil Edward tersenyum bangga sambil memegang tombol pintu disebelahnya. “Perkenalkan Pink Rose.”

Yang lain menumpuhkan perhatian ke pintu tersebut menunggu siapakah gerangan pemegang nama Pink Rose itu.

Sebaik sahaja Encik Edward memulas tombol pintu. Kelihatan seorang wanita kecil molek berdiri dihadapan mereka.

“Ann?!”

Ann tertawa melihat muka mereka berlima terkejut beruk melihat dia. “Aku sendiri pun tak tahu yang aku pemegang watak Pink Rose. Encik Edward yang beritahu aku minggu lalu. tapi…”  Ann memandang kearah mereka berlima. “Apa tu Pink Rose? apa dia buat?”

Mereka semua ketawa terbahak-bahak kerana Ann sendiri tidak tahu watak yang dia pegang. Memang patutpun dia tak tahu, Dia seorang anak yatim yang tinggal bersama Duchess Rowena dan Eliza selepas ibubapanya meninggal dan abang kepada Duchess Rowena memintanya untuk menjaga Ann seperti mana dia menjaga dan menyayangi Eliza. Jadi dia tidak pernah mendengar cerita tentang Rose princesses dari Duchess Rowena kerana Eliza orang yang tidak percayakan cerita dongeng.

Encik Edward membawa Ann duduk sebelahnya dan dia memetik jarinya. Muncul gambar rajah di skrin putih besar yang terletak ditepi pintu tersebut.

“Picture ini ialah Rose princesses.” Encik Edward memetik jari sekali lagi dan gambar rajah tersebut berganti ke gambar empat orang figura wanita yang mempunyai sekuntum rose yang berlainan warna. “Red, White, Pink dan Blue Rose. Keempat-empat wanita ini ialah akan bergabung tenaga bersama kita untuk mengalahkan Lycant.”

“Rose Biru?” Dahi Ann berkerut. “Adakah rose warna biru?”

Mereka semua mengangkat bahu. Mereka sendiri hairan dengan cerita dongeng yang direka oleh nenek moyang mereka tentang Rose princesses yang melindungi Robella dari kejahatan.

Onew memetik jari dan gambar raja bertukar lagi. “Mana lagi yang lain?”

Encik Edward hanya tersenyum melihat mereka semua yang kelihatan bingung. “Kami sedang mencari mereka di dunia manusia sekarang. Hanya tinggal tunggu kedatangan mereka kedunia kita sahaja.”

Comments

Popular Posts