New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Monday, 24 March 2014

FDO: Bab 17


“Ini hukumannya kalau Ai menolong pemain berlawan…. Selamat tinggal Accel… Selamat…. Tinggal..” Ai lenyap dari dakapan Accel membuat Accel memeluk diri sendiri dan jatuh berlutut di lantai. Dia menangis secara senyap sambil memeluk tubuhnya sendiri.

Mereka hanya melihat Beater menangis seorang diri kerana ini kali pertama mereka melihat Beater yang bongkak dan sombong menangiskan orang lain.

“Beater, bangun. Kita masih dalam pertempuran ni.” Kata Highlifth sedikit tegas kepada Accel.

“Tak guna…. Tak guna… kau….” Accel bangkit semula dan mengeluarkan kedua bilah pedang di belakangnya membuat mereka semua terkejut.

“Accel? Kau okay ke?” Hades menyoal tapi dia takut mendekati Accel. Ini kali pertama dia melihat Accel marah seperti nak makan orang.

Accel melontarkan renungan mautnya kearah Highlifth dan menggenggam erat pedang dalam genggamannya. “MATI KAU AYAKA!!!!” jeritnya berlari kearah Highlifth dengan penuh rasa dendam.

“Apa?

Highlifth segera mengeluarkan screen system program  dan membuat Accel terhempap di lantai. Program Gravity telah di ubah suai oleh Ayaka supaya Accel tidak dapat bergerak. Hanya Accel sahaja.

“Accel!” jerit mereka ingin mendekati Accel tapi di halang oleh Ayaka yang mengarahkan pedangnya kearah mereka.

“Kalau kamu berani mendekati dia… nahas.” Katanya degan tegas.

“Highlifth kau pembelot!” Jerit Toshiro marah.

Accel mendongak memandang Highlifth. Disebabkan tekanan gravity yang kuat dia sukar mendongakkan kepalanya. “K-kau…. Kau memang nak kena, Ayaka!”

Pemain lain terkejut mendengar Beater memanggil Highlifth, Ayaka Nigoshi. Kenapa Accel panggil dia Ayaka? Kenapa?

Highlifth tersenyum sinis. “Cam mana kau dapat cam aku? Beater?”

Accel cuba bangun tapi tekanan gravity sangat kuat hingga dia terhempap semula ke lantai. “Aku tahu…. B-bar life kau tak pernah turun ke kuning semasa aku cucuk kau di dada. Itu takkan terjadi selain kau telah programkan bar life kau untuk kekal di hijau mudah. Hanya seorang sahaja boleh buat itu, iaitu Ayaka Nigoshi. Kau saja yang boleh buat!”

“Apa? Ayaka Nigoshi ialah Highlifth? Itu tak mungkin sebab tak mungkin dia sanggup korbankan dirinya untuk masuk kedalam permainan maut ni. Dia sendiri cakap, siapa masuk takkan keluar.” Kata herculese.

Toshiro menggenggam erat tangannya marah. “Tak seronoklah jadi penonton je kan? Tentu dia nak alami apa yang kita alami kerana dia ingin tahu keseronokannya. Betul?”

Highlifth A.K.A Ayaka mengangguk. “lebih kurang begitu. Kamu tentu tertanya kenapa aku buat semua ni kan?” Ayaka memandang wajah mereka satu per satu. “Sebab aku nak lari dari dunia reality dan buat dunia ku sendiri di mana orang yang tidak suka dunia reality boleh tinggal di sini. Terima kasih atas sokongan beater aku dapat membuat impianku jadi kenyataan. Lagipun, dunia reality bukan lagi tempat ku.”

“Itu disebabkan kau menjadi buruan polis sebab buat permainan ini.” Kata Hedes marah. “Kau telah melanggar undang-undang game technology iaitu tidak cederakan pemain apabila bermain. Kau juga telah melakukan jenayah, membunuh lebih 4,000 orang di Nadeshiko! Tentulah Dunia Reality bukan tempatmu lagi sebab kau telah di buang!”

Scy mengacuhkan snipernya kearah Highlifth. “kau berani cederakan Accel, aku tak segan-segan tembak kepala hotak kau tu.”

“Tak berhasil.” Kata Accel di lantai. “Dia telah setkan bar lifenya untuk stuck di bar hijau mudah bermaksud dia takkan mati.”

“Kau dengar katanya? Dia lebih teliti dari kamu semua.” Ayaka memandang merea satu persatu. “Pada mulanya aku buat permainan ini untuk kamu semua menjadi diri kamu sebenar, berinteraksi sesame sendiri dan hidup dengan harmoni didalam dunia aku buat ni. Ya, kamu Berjaya lakukannya setelah 2000 orang pemain mati. Kamu Berjaya membuka kedai, menjadi hartawan, pedagang seperti dunia reality Cuma ada beberapa pemain yang masih enggan untuk mengaku kalah dan terus membuka tingkat. Tidak kah kamu rasa gembira tinggal di sini?” Soal Ayaka. “setelah tiga bulan lebih melihat pencapaian kamu, aku ambil keputusan untuk join in sekali kerana aku tidak diperlukan lagi dalam dunia reality. Aku ingin menjadi ketua dalam permainan ini tapi untuk menjadi ketua aku harus menjadi pahlawan terhebat dan…”

“Dengan itu kau membuka tingkat seterusnya untuk mendapat kepercayaan pemain lain. Apabila tiba di tingkat 99, kau akan bunuh mereka semua dan memberitahu kepada pemain di tingkat bawah yang mereka semua telah tumpas. Memberi pemain yang masih hidup bertanggapan mereka takkan dapat keluar dan tinggal di sini buat selama-lamanya. Dari situ, kau akan jadi raja, pemimpin yang tidak di syaki dan aku…?” Accel hanya memandang lantai. Dia tak dapat menghabiskan ayatnya yang terakhir.

“Kalau aku King… kau jadilah Queen aku. Nak tak?”

 “Nak! Tapi Queen kena ada castle kan?”

Ayaka menunggu Accel habiskan ayatnya tapi dia tahu itu takkan berlaku di sebabkan seseorang. Dia memandang kearah Toshiro. “Aku boleh bawa kamu semua keluar dari tempat ni tapi dengan satu syarat. Toshiro, Kalahkan aku dalam perlawanan ini. Tiada Duel, antara Big Boss tingkat 100 dan pemain biasa.”

Toshiro mendekati Ayaka dan tunduk memandang Accel. “Boleh aku pinjam pedang srcreaming death mu?”

Accel hanya mengangguk. Pedang Toshiro dah patah akibat raksasa Heaven’s Guardian tu dan dia terpaksa pinjam pedang Accel untuk berlawan. “Thanks.”

“Ayaka, kenapa kau tak lepaskan saja mereka semua?” Soal Accel masih marah.

“Sebelum aku masuk dalam permainan ni, aku dah programkan yang pemain kena bunuh Big Boss tingkat 100 untuk keluar dari tempat ni. Mahu tak mahu, mereka kena berlawan dengan aku walaupun mereka tak nak.” Ayaka swipe open screen program dan turn off lock bar lifenya. Sekarang dia seperti pemain lain yang akan mati jika bar life mereka turun ke merah.

“Mari kita mulakan…” kata Toshiro bersedia.

Ayaka mengangguk dan dia tap satu butang pada screen tersebut. Semua pemain lain jatuh terhempap di lantai seperti Accel. Tekanan gravity mereka di ubah suai oleh Ayaka supaya tiada orang menganggu mereka berlawan.

“Come to me.” Kata Ayaka bersedia.

Dengan itu, berlakulah perlawanan hidup dan mati antara Ayaka Nigoshi dan Toshiro, Black Worrior. Mereka semua melihat perlawanan mereka dengan penuh rasa kagum. Nampaknya Black Worrior kelihatan sangat kuat dari sebelumnya.

Persilangan pedang secara berterusan tanpa henti, geseran antara dia pedang berbunyi dan tiada belas kasihan antara mereka berdua.

Ayaka menghayunkan pedangnya ke kepala Toshiro dan Black Worrior itu segera mengelak sambil menghayunkan pedangnya. Seperti biasa Ayaka mengelak dengan back flip.

“Hebat juga kau black worrior. Lebih hebat dari Accel.”

Toshiro berdengus. “Aku tahu tu. Sekarang lawan!!” Toshiro menyerang Ayaka dengan tenaga yang telah di kumpul pada pedangnya.

Accel memandang kejadian itu dengan penuh rasa cemas. Ayaka takkan buat perlawanan sebosan ini, dia plankan sesuatu. Aku tahu dia plankan sesuatu.

“Itu saja yang kau ada? Come on lah Toshiro. Aku tak tercabar pun dengan serangan kau.” Katanya memanaskan keadaan.

Toshiro menyerang sekali lagi bertubi-tubi. “DIAM!!!”

Ayaka menarik sengih melihat kemarahan Toshiro. “Kau akan mati kalau kau terus kan berlawan cam ni. Tentu kau dah hampakan pemain lain. Masa depan mereka berada di tangan kau sekarang. Masa depan Beater juga di tangan kau. Tak kan kau nak mati sekarang?” Ayaka terus menghalakan pedangnya kearah Toshiro selepas dia mendapat tekanan.

*Slash!!

“Toshiro!!” Accel cuba berdiri tapi tetap tidak Berjaya. Walaupun, itu tak menghentikan dia dari mencuba.

Toshiro memegang pinggangnya yang terkena pedang Ayaka dan bar lifenya turun ke oren. “Cheh…. Kau tahu aku takkan mati di sini kan?”

Ayaka tersenyum seperti biasa dan mengangguk. “Itu yang mereka harapkan tapi aku tak. Sekarang…..” Ayaka terus bergerak sepantas kilat kearah Toshiro untuk menerkam lelaki itu di perut tapi….

*SLASH!!

Mereka semua terbeliak bulat melihat kejadian yang mereka sendiri tidak sangka akan berlaku termasuk Ayaka.

“A-Accel?” Toshiro melihat Pedang Ayaka tembus di perut Accel di depannya. Dia juga melihat banyak screen maya di hadapan Accel. Dia terlihat jari Accel yang dekat dengan butang ‘Lock Bar Life’

Accel tertawa paksa. “Aku terlambat tekan….” Dia melihat life barnya. Menyala merah.

Ayaka tidak berganjak dari posisinya. Masih terkejut. “Kenapa?”

Screen Maya Accel mula samar-samar. “Sebab aku nak tebus dosa aku kat dorang semua.” Katanya memandang Ayaka. “Selama ni aku tahu siapa kau, aku menyembunyikan diri kau dan selamatkan kau dari mereka semua. Lain kata, aku bersubahat dari awal lagi walaupun aku tak mengetahuinya.”

Accel mengeluarkan pedangnya yang lagi satu dan tanpa membuang masa dia menerkam perut Ayaka. “Arrgghh!” Life barnya terus turun ke oren dan secara perlaha ia turun ke merah. “K-Kau…..”

Accel memaksa pedang Ayaka keluar dari tubuhnya dan tumbang dalam dakapan Toshiro. “Usable potion yang kau bagi tu aku jadikan posion…”

Ayaka tertawa kecil. “That’s my girl…” dia terus lenyap dari perlihatan mereka dan mereka yang mendapat tekanan gravity akhirnya dapat berdiri. Loky, Enddy, Luciey, Nion, Hades, Medeis dan Scy serta Akira berlari mendekati Accel yang cedera.

“Accel, kau akan okay.” Toshiro menggenggam erat tangan Accel yang mula menghilang.

Accel menggeleng. “Sorry korang, nampaknya aku kena pergi lagi dan kali ni…” Dia memandang tangannya yang lagi satu yang sudah lutsinar. “Aku pergi selama-lamanya.”

Mereka semua menggelinangkan air mata memandang Accel yang makin Lutsinar. Accel memandang Enddy dan Nion yang bercahaya. “Selamat tinggal.”

Enddy dan Nion memandang diri mereka yang bercahaya dan Poof! Lenyap dari penglihatan. Pemain yang lain jug begitu.

“Mereka ke mana?”

“Mereka dah log-out dan begitu juga kamu nanti.” Kata Accel lemah dalam pangkuan Toshiro. “Sebelum korang pergi…. aku nak cakap yang…” Accel tersenyum tawar dengan tangisan. “Aku gembira berkawan dengan korang semua.”

Loky memeluk bahu adiknya apabila mereka bercahaya. “Ya, kami pun. Medeis, aku akan cari kau di dunia reality nanti.” Poof! Mereka hilang.

Akira menyentuh bahu Accel. “Girl, kalau kau hidup dah tentu aku takle kau di dunia manusia.” Accel tertawa kecil tapi Toshiro tak. Akira mula bercahaya. “Aku gembira pernah jatuh cinta dengan kau. Sayonara…” Poof! Akira turut hilang.

Hades, Medeis dan Scy menggenggam tangan Accel lagi satu dan tersenyum gembira dan ada juga sedikit kesedihan.

“So, nampaknya Beater memang jadi Hero kan?” Soal Scy mencebik.

“Yup, dari permulaan hingga penamatnya.” Kata hades pula membuat Accel tertawa kecil.

“Sekarang…” Medeis menitiskan air mata. “Kau bodoh kan? Sentiasa jadi adik yang bodoh.  Sangat bodoh!”

Accel mengangguk lemah, dia melihat tiga rakannya bercahaya. “kalau aku tak bodoh… dah tentu korang tak keluar kan?”

Mereka bertiga mengangguk setuju. “Selamat tinggal Accel…”

“Oh aku lupa sesuatu-”

Poof! Mereka bertiga lenyap sebelum Hades menghabiskan ayatnya.

“Aku taknak pergi.” kata Toshiro yang sudah sekian lama mendiamkan diri. Graphic di sekeliling mereka mula menunjukkan malfunctioning.

Accel mendongak memandang Toshiro. “Kau tak boleh ubah yang kau aka log-out”

“Aku taknak kau pergi.” katanya dengan suara bergetar. Badannya mula bercahaya.

“Aku terpaksa. Toshiro….”

Toshiro memandang wajah Accel yang sentiasa tersenyum nipis.

“Kau Nampak hodoh kalau kau menangis.”

Toshiro tertawa kecil mendengar ayat Accel dan dia mula bercahaya “maafkan aku sebab tak dapat selamatkan kau..”

Accel menggeleng dan mencapai wajah Toshiro. “Hey, boleh tolong aku?” Toshiro mengangguk. “Tolong jangan bencikan A-”

POOF!!

Accel tertawa kecil, tidak sempat nak cakap. “Selamat tinggal semua.” Katanya dengan tangisan. Graphic di sekelilingnya yang malfunctioning lenyap hanya meninggalkan ruang putih untuk Accel.

Nampakny aku memang mati bersendiria. Ayaka, patutkah aku salahkan kau? Sedangkan kau dah berikan aku pengalaman yang lebih dari mengalami alam permainan? Ayaka, kau memang suka main tipu dari dulu lagi.

Flashback…

“Ayaka!!” jerit seorang perempuan marah dengan Ayakan yang berumur 16 tahun. “Kau guna Cheat kan? Kau takut aku kalahkan kau ke?”

Ayaka tertawa kecil melihat budak 9 tahun di hadapannya mengembungkan pipinya. “Cheat? Mana ada.”

“Main tipu! Main tipu! Main tipu!” katanya memukul-mukul Ayaka. “Kau memang suka jadi King dalam permainan kan?! Kau selalu cam tu!”

Ayaka memegang kedua tangan perempuan itu dan memeluknya dengan riang.  “Kalau aku King… kau jadilah Queen aku. Nak tak?”

Perempuan itu menolak Ayaka dan mata dia bersinar-sinar. “Nak! Tapi Queen kena ada castle kan?”

Ayaka tertawa kecil. “kalau kau nak. Aku buatkan satu termainan hanya untuk kita dan pemain gamer menjadi rakyat kita. Ama cam?”

Budak kecil itu mengangguk gembira. “Yes please!!”                              

Kembali ke situasi Accel….

Dia terdengar bunyi tapak kasut mendekati dirinya yang terlentar di lantai serbah putih itu. Apabila langkah tersebut berhenti di tepinya, Accel memandang kearah seorang lelaki berpakaian serba mewah seperti raja, baju bertemakan peach dan reben beraja tergantung di bahunya.

Lelaki itu berlutut dan menghulurkan tangan. “Accel, Istana kita sedang menunggu.”

Accel tersenyum nipis. “Ayaka, kau main tipu.” Accel menyambut tangan Ayaka dan bangun. Costume lawannya bertukar menjadi Gaun yang cantik yang sama dengan tema warna baju Ayaka.

Ayaka tertawa dan mencium belakang tangan Accel. “For my Queen, aku sanggup buat apa sahaja.” Dia menyediakan lengannya kepada Accel dan Beater itu menyelitkan tangannya di lengan Ayaka. “Lets go.”

Accel mengangguk. “Kay.”

Mereka berdua bergerak seiringan ke arah cahaya.

“Ayaka…??”

“Ya?” Ayaka memandang wajah Accel yang murung seperti dia sedang memikir.

“Adakah aku mati?”

Ayaka menepuk tangan Accel dengan lembut. Dia faham maksud Accel. “Aku tahu perkara ni akan terjadi.”

<><><><><><><><><> 

Tuut*tuut*tuut*

Mata Toshiro terbuka dengan perlahan dan mengetahui yang dia sekarang berada di dalam hospital dengan segala hose keluar masuk dari badannya. Dia melihat kedua tangannya. Kurus, kering, hanya kulit dan tulang sahaja yang tinggal.

Dia cuba bangunkan dirinya dan membuka Head Gear yang sudah sekian lama melekat di kepalanya. Rambut hitam jatuh turun ke bahu. Tak mustahillah rambutnya panjang sebab hampir 2 tahun dia tidurkan diri di dunia realiti.

“Apa yang Accel nak cakap? Bencikan siapa?” Ayat pertamanya setelah kembali ke dunia reality.
Air mata bergelinang turun ke pipinya yang kurus. “Accel…. Maafkan aku. Kau menderita dari dulu hingga ke akhirnya. Aku memang teruk.”

~THE END~


Haha…. Just kidding….. see you next time!!! ^_^

2 comments:

  1. Angah...tergantung ni..tak cukup. ..nak lg...
    Accel tak bg Toshiro benci ayaka...sambung lg...

    ReplyDelete
  2. Relaxz my friend... Angah onderwei nak buat bab seterusnya... haha.. pandai salmi teka ^_^

    ReplyDelete

Savior of Tales