Unexption: Twenty

Lord Phill menghentam penumbuknya di atas meja melepaskan marah yang amat kepada tentera-tentera Heavens yang gagal mengembalikan penjenayah mereka. Dia menarik nafas dalam beberapa kali cuba tenangkan dirinya namun cara tersebut langsung tidak berkesan, malah buat dia tambah marah.

“Bagaimana kamu tidak boleh tangkap 3 Angel tu? Kamu ada puluhan Ally tapi tak dapat tangkap 3 Angel?? Tiga Lay T.I.G.A!”

Lay hanya diamkan diri berdiri tegak sepertimana Cyrus buat sebelumnya. Apa jua keadaan, kena berdiri tegak dengan berani seperti ketua Keselamatan sebelumnya.

“Sebelum ni, Askar Heaven lakukan kerja dengan baik. Menangkap Devil terkejam dengan lancar, menangkap Fallen Angel dengan lancar tapi kenapa sekarang tangkap angel yang—”

“SAya bukan Tuan Cyrus, My Lord.” Potong Lay dengan nada mendatar tapi tegas. “Saya bukan Anak Lady Rya yang sentiasa cekap dengan kerjanya.”

Lord Phill terdiam. Betul, Lay bukanlah Cyrus, melakukan kerjanya tanpa masalah. “Kamu boleh keluar.”

Lay tunduk sedikit tanda hormat dan keluar dari bilik tersebut meninggalkan Lord Phill dengan perasaan kecewa.

Angel terkuat mereka telah membelot Heaven dan ini buat kekuatan Heaven menjadi lemah. Tanpa Cyrus dan Sky, Heaven menjadi lemah. Tiada lagi keseimbangan Dunia semenjak kehilangan dua Angel itu.

“Tidak…” Lord Phill mendongak memandang ke suatu sudut bilik dengan wajah yang amat marah. “Keseimbangan dunia tidak seimbang semenjak Fallen Angel tu lahir dalam dunia ni.”

>X<

Di dalam sebuah bangunan lama, Tiga Angel dan dua Devil sedang bersembunyi dari mata dunia.

Mereka sedang memikirkan di mana agaknya Vyle melarikan diri. Tiga Angel ini tidak perasan Vyle semasa mereka berlawan atau merasakan kehadiran perempuan itu.

“Mungkin ada baiknya kita tak jumpa dia.” Jawab Sly yang duduk di sebelah abangnya. “I mean, mungkin kali ni dia buat rancangan bersembunyi lebih baik dari sebelumnya? Dia takkan benarkan Heaven tangkap Dia lagi selepas apa Heaven lakukan kat dia.”

Cyrus menggeleng perlahan. “Tidak, walaupun dia bersembunyi dalam Black hole, atau dalam Universe, Heaven akan cari dia. Lebih teruk, kalau Hell tahu Fallen Angel terlepas, Pasti lebih teruk dari sebelumnya.”

“Betul.” Kata Sky. “Raven dalam bahaya, malah lebih bahaya dari sebelumnya. Tambahan pula setelah dia di seksa, kita tidak tahu jika Raven masih waras. Dia dalam keadaan sangat rapuh dan kalau Hell jumpa dia…”

“Hell akan Brain wash Vyle untuk bekerjasama dengan Hell untuk hapuskan Heaven.” Sambung Ean cemas. “Kita kena cari dia.”

“Not so fast Brainy.” Sahut Sulfur menarik perhatian mereka semua yang kelihatan bersedia untuk buat pencarian mereka. “Kita ada misi; mencari Vyle tapi persoalannya, Start dari mana? Kita takda masa untuk kelilingi dunia ni dan cari Vyle dalam masa yang cepat adala mustahil.”

Mereka semua terdiam. Dalam situasi yang genting ini, mereka tidak boleh mencari Vyle. Pasti ada cara lain untuk mengesan kedudukan Vyle.

Ean menghembus nafas risau. Vyle…. Ke manakah kau menghilang lagi? Desis hatinya sayu.

Tiba-tiba, tanpa amaran, tanah mereka pijak bergegar untuk seketika dengan kuat membuat dindin dan siling bangunan itu retak. Mereka saling berpandangan dengan persoalan yang sama tertulis pada wajah mereka ‘apa tadi tu?’

Sekali lagi, gegaran berlaku namun lebih kuat dari sebelumnya. Bangunan tersebut mula menunjukkan tanda-tanda ingin runtuh. Kelima-lima makhluk ini terbang keluar dari bangunan itu dan melihat ia runtuh ke tanah.

Bukan bangunan itu sahaja, malah beberapa lagi bangunan tinggi mula hancur akibat gegaran besar itu.

“Apa dah jadi ni?” Soal Cyrus memandang Manusia di bawah mereka lari lintang pukang menyelamatkan diri mereka.

Ean berpaling kearah satu aura yang sepertinya dia sangat kenal dan melihat cahaya terang datang dari tengah Bandar itu. “Tengok di sana! Devil keluar dari Underground….”

Tanah yang terbelah dua itu memuntahkan ratusan makhluk-makhluk jijik keluar memusnahkan Bandar tersebut, menghancurkan apa sahaja mereka lihat tanpa belas kasihan.

“C-Cyrus…” Sky memandang kearah ketua mereka. “Kita perlu beritahu Heaven tentang ni. Mereka kena tahu pasal benda ni. Cyrus kita tak dapat halang mereka hanya dengan lima—”

“Y-Ya.. kita ke Heavens.” Katanya mengangguk laju dengan nada menggeletar. “Sly dan Sulfur perhatikan keadaan di sana. Cari sebab mereka keluar dari underground dengan senang dan kami akan kembali untuk minta bantuan.”

Sulfur dan Sly saling berpandangan sebelum mengangguk setuju. “Kembali dengan cepat okay.” Sahut Sly mengenyit mata kearah mereka.

Cyrus mengangguk. “Okay, Stay Alive. I trust you both.” Dengan itu mereka bertiga terbang sepantas cahaya kembali ke Heaven.

Dua beradik tiri ini berpaling dari melihat tiga Angel itu ke rekahan besar di mana makhluk seperti mereka keluar seperti hujan terbalik.

“Ingat Sly. Jangan lawan, cara geng kita dan tanya.”

Sly tersenyum nakal. “Selepas tanya baru kita lawan?”

Sulfur menarik sengih. “Yes. Then we’ll fight.”

Senyuman Devil kecil ini makin lebar dari sebelumnya. “As you wish.”

>X<

Sementara di Heaven, Bala tentera telah bersedia untuk turun ke Heaven untuk mencari Fallen Angel namun, setelah mendapar berita tentang Rekahan besar berlaku di Timur Laut Bumi, mereka gandakan lagi tentera mereka untuk menghentikan apa juah yang berlaku di tempat itu.

Lima Elders turut mengikuti peperangan itu, Ia antara Hell dan Heaven. Lima Elders ini mesti mengikut serta.

Lay menarik nafas dalam sebelum tampil kehadapan ribuan bala tentera Heaven yang menunggu Lay memberi ucapan dan kata-kata semangat sebelum mereka pergi ke medan pertempuran.

“Dengar sini semua!” sahutnya sangat kuat sehingga semua tentera Angel boleh mendengarnya dengan Jelas. “Ini ialah hari yang di janjikan tela tiba. Pertarungan besar antara Heaven dan Hell. Heaven dan Fallen Angel. Walauapapun Berlaku, kita mesti menang dan kembalikan keseimbangan Dunia. Nasib manusia bergantung kepada kita sekarang ni dan hanya kita yang boleh menyelamatkan dunia ini. Jadi, Saya bergantung kepada setiap seorang dari kamu semua untuk lawan sehingga kita Berjaya kembalikan keamanan dunia!”

Jeritan Lay di ikuti dengan Sorakan Ya dari semua Bala tentera Heaven. Lay berputar kearah Elders dan tunduk tanda meminta kebenaran untuk lakukan langkah seterusnya.

Lord Zeus mengangguk perlahan. Dengan signal itu, depakan tangannya kearah Pintu pagar dan tentera Heaven berputar 180 kearah Pintu Heaven. “For Heaven!” sahutnya dan ribuat tentera keluar dari Heaven mengikut kumpulan sendiri dan turun ke bumi.

Tanpa mereka sedari, tiga Angel yang sepatutnya berada di dalam Heaven dan di larang keluar telah menyamar menjadi salah satu tentera dan Berjaya keluar dari tempat itu. Ini semua kerana rancangan Lay. Terima kasih kepada Ketua Keselamatan mereka yang baru ini, Bloom, Breeze dan Light dapat keluar dan membantu yang lain untuk selamatkan dunia.

Lay mula kembangkan sayapnya bila dia lihat hampir kesemua tentera terbang keluar, Dia juga memulakan perjalanannya turun ke Bumi dan bertempur dengan mereka. Akhir sekali ialah Lima Elders, terbang keluar dari Heaven dan berjumpa dengan musuh lama mereka yang berjutaan tahun tidak bertemu.

Lord Hades.

>X<

It’s all just a blur…. Dia Berjaya melarikan diri dari Heaven dengan pertolongan seorang perempuan yang mengaku menjadi Mamanya… dia berlawan dengan Angel di Heaven sehingga dia Berjaya melepaskan diri dari Heaven dan jatuh seperti bom atom ke dunia… Dia membiarkan badannya jatuh kerana give up dalam hidupnya. Dia berfikir kalau dia jatuh dalam laut, dia akan tenggelem dalam lautan dan di hidupkan sebagai kehidupan laut… mermaid or something. Kalau dia jatuh terhempas atas tanah dia berharap dia di hidupkan semula nanti sebagai tumbuhan hijau or something… bukan manusia, bukan devil atau Angel.

Sekarang dia hanya rasa panas dan kulitnya yang sememangnya melecur bertambah sakit. Seperti di bakar atau lebih tepat di panggang hidup-hidup.

Vyle segera membuka matanya dan memandang sekelilingnya. Dia berada di mana ni? Peluhnya jatuh ke tanah dan tersejat sebaik sahaja mencecah tanah. Tempat itu sangat panas, terdapat lava di tempat itu… tapi dia tidak terbakar.

“Aku di dalam Hell.”

“Nampaknya Luciefer memang bijak seperti yang aku jangkakan.”

Vyle mendongak melihat siapa yang bersuara dan segera berpaling kearah lain. Makhluk yang bersuara itu mempunyai wajah yang sangat menggerunkan. Dia perasan yang dia bukan di gari seperti di heaven. Dia duduk di atas kerusi Throne yang di perbuat dari pokok berduri di hiasi dengan bunga rose hitam. Bajunya juga telah berubah menjadi mini dress hitam yang agak seksi. Dia ada cakap yang kerusi tu selesa ke? Yup, ia memang selesa.

“Apa semua ni?” Soal Vyle memandang Lord Hades sekali lagi tapi kali ni dia tak segeli mana melihat wajah makhluk yang di perbuat dari api itu.

“Kau adalah makhluk paling istimewa dalam dunia ni.” Katanya dengan manis. “makhluk teristimewa seperti kau patut di sanjungi, di puji dan duduk di tempat paling tinggi. Kau ialah Luciefer, kau kuat, cantik, dan not to mention ruler to the world.”

Vyle menggeleng sambil tertawa. “Nooo… kalau aku semua tu, Heaven takkan layan aku seperti sampah. Kau tak tahu apa mereka buat kat aku di Heaven. Seksa aku tanpa belas kasihan. Sebat aku di belakang sebanyak 300 kali. Bakar kulit aku sehingga aku mengaku benda yang aku tak buat. Tarik kaki dan tangan aku sehingga ia nak tercabut sehingga aku mengaku yang aku patut di hapuskan.”

“Aaaa…. Itu sebab mereka cemburukan kuasa kau My Lady..”

Panggilan My Lady buat Vyle teruja mendengarnya. Tidak pernah sesiapa panggil dia semulia itu.

“Mereka inginkan kau mati sebab mereka cemburukan kuasa kau. Kau kuat, boleh hancurkan Heaven dalam sekelip mata. Mereka takut kau akan kuasai dunia dan mereka tenggelam dari berkuasa di permukaan bumi.” Katanya dengan manis. “Mereka ingat kau dengan kami hanya kerana sayapmu yang hitam. Mereka ingat kami ni keji kerana mempunyai waja seperti ini. Mereka ingat kami jijik sehingga di lontar di bawah tanah. Kami terpaksa menerimanya kerana kami tidak secantik Angel… tidak sehensem mereka dan tidak sesuci mereka… Kau tahu bagaimana rasanya kan? Salah faham… di benci… dikeji dan di hina?”

Vyle hanya tertunduk teringatkan di bilik seksaan, lelaki bernama Lord Phill menyeksa dan memakinya sepanjang masa. Adakah mereka juga seperti dia? Sekadar salah faham?

Lord Hades tersenyum secara diam. “Hanya kau yang boleh menegakkan kebenaran semula My Lady…dengan kuasa kau, kau boleh tunjukkan kebenaran kepada dunia..buktikan yang kau bukan seorang yang keji. Seorang yang jahat. Tunjukkan kepada mereka yang kau ialah seorang yang istimewa…” Lord Hades berlutut depan Vyle dengan penuh hormat. “Tunjukkan dirimu yang sebenar My Lady. Hanya kau yang mempunyai kuasa untuk tunjukkan kebenaran… tidak kah kau beringinan untuk mendapat apa yang kau inginkan dalam kehidupan ini?”

Vyle hanya duduk diam tanpa bersuara, berfikir kata-kata Lord Hades tadi. Dia ialah makhluk yang istimewa yang dicemburukan oleh Para Angel di Heaven. Mereka inginkan dia mengaku perkara yang dia tak buat dan menghukumnya dengan pengakuan palsu itu? Adakah itu yang Lord Hades cuba katakan? Di sebabkan aku berkuasa… mereka takut kuasa aku lebih hebat dari mereka dan ambil tahta mereka dari muka bumi ini?

Apa yang aku nakkan dalam kehidupannya? Tak banyak, dia hanya nak hidup dengan aman tanpa sesiapa ganggu dia. Dia nak hidup tenang tanpa kesedihan… dia nak kehidupannya bersama Linda dan nenek Mary… Bersama Ean… Tapi semua itu takkan termakbul.. tiada yang akan termakbul, sebab itu dia give up dengan nyawanya sendiri. Dia dah penat dengan semua kekeliruan ini. Mindanya bercelaru! Siapa dia sebenarnya? So many missing puzzles yang dia tak dapat selesaikan!

Vyle memandang sayap hitamnya yang sentiasa berada di sisinya. Jadi dia ialah makhluk istimewa…. Sebab itu dia bersayap. Sebab itu dia tidak tahu siapa diri dia… sebab itu dia tidak mempunyai ingatan kehidupan lalunya…..

“Lord Hades…. Apa aku sebenarnya?” soalnya dengan matanya tertutup oleh rambut depan. Cahaya-cahaya biru keluar dari rantai Vyle mengelilinginya.

Lord Hades melihat rantai tergantung di leher Vyle dan tersenyum sinis. Pasti ini yang menghalang Luciefer dari bebaskan potensi sebenarnya. “Kau ialah Seekor Luciefer My Lady.” Dia mencapai rantai itu ingin mencabutnya tapi di halang oleh Vyle.

“Don’t you dare..” Vyle tersenyum sinis menyayangkan gigi taringnya yang tajam. Kukunya menjadi tajam dan tanduk hitam muncul di kepalanya. Kulit badanya mula memucat seperti mayat hidup.

“Hades…. Sediakan orang mu. Kita akan takhluk bumi dan hancurkan Heaven!”

Hades juga tersenyum lebar. “Yes My Lady, Kita telah buat rancangan yang sangat berkesan untuk tumpaskan Hea—”

“No!” jeritnya dengan seribu suara. “Aku ada rancangan yang lebih bagus dari rancangan teruk kau tu…. Pergi buat apa yang aku suruh sebelum aku Bunuh kau dengan tanganku sendiri.” Dia memberi amaran sambil tunjukkan tangannya yang mengeluarkan bayangan hitam.

Lord Hades tunduk dan keluar dari bilik tersebut meninggalkan Vyle bersendirian dan tertawa jahat ke udara. Lord Hades menutup pintu bilik tersebut dan tersenyum sinis. Luciefer dah muncul. Masa untuk hapuskan Heaven dan takhluk dunia ini!

>X<

Di sebuah Bandar yang maju, yang penuh dengan penjenayah dan technology yang tinggi, terdapat seorang wartawan berada dalam penyamaran untuk mendapat maklumat tentang seorang artis antarabangsa sedang ber’dating di hotel lima bintang itu.

“This…. Is Great!” Bisiknya kepada diri sendiri mengambil gambar Artis terkenal yang baru tiba di hotel tersebut sambil berpelukan. Dia pasti akan di naikkan pangkat kalau dia hantar berita hangat ni kepada Ketua nya.

Semasa si wartawan ini ingin mengambil gambar sekali lagi, aktivitinya di ganggu dengan gegaran yang sangat kuat sehingga dia terpaksa keluar dari tempat persembunyiaannya di sebalik bangunan ke kawasan yang lebih terbuka.

“G-Gempa bumi??” Wartawan ini menukar set kameranya dari bergambar ke video dengan senyuman gembira dan juga takut. “Ini pasti akan buat aku naik pangkat dengan rakaman real live di tempat kejadian.” Katanya dengan kamera yang merakam dalam tangan.

“Berita Terkini! Gempa bumi berlaku di tengah Jalan utama Tongki, sekarang semua penduduk kawasan sini berlarian keluar menyelamatkan diri jauh dari tempat ini. Bunyi siren kecemasan juga telah di bunyikan oleh Kerajaan memberi amaran bahawa Bencana alam telah tiba menyerang Bandar aman ini!”

Dia rasa satu cahaya dari belakangnya dan berpaling kebelakang bersama cameranya. “Jalan Ke Tun Utama telah terbelah dua! Beberapa kenderaan di telan ke dalam rekahan tersebut!” Wartawan berani ini berlari mendekati rekahan tersebut sambil merakam isi di dalam lubang besar itu.

“Lava! Magma panas naik ke permukaan! Saya tidak pernah tahu kita hidup di bawah api cair selama ni!” Dia memutar cameranya ke wajahnya. “Saya, Lauren Abiegal melaporkan dari tempat kejadia-a-a-a…..” Wartawan ini memandang ke atas mengalihkan tumpuannya dari lensa kamera. Skrin pada kamera itu menunjukkan satu bayangan menutup cahaya pada wajah Wartawan yang pucat itu.

Vyle berdiri tepat di depan Wartawan tersenyum dengan senyuman sinisnya. “So… nama kau ialah Lauren?” Vyle menjilat ibu jarinya gembira melihat manusia pertama yang dia ingin bunuh. “Say Hello to the camera Lauren, sebab kau akan jadi Sejarah!” Dia menusuk perut wartawan itu menggunakan tangannya sendiri.

Wartawan tersebut mati dengan serta merta meninggalkan cameranya yang masih hidup. Vyle keluar dari lubang neraka itu dan mendarat di atas tanah bumi memijak kamera wartawan yang telah mati itu. Dia memandang semua manusia yang sedang melihatnya dengan wajah yang ketakutan. “Don’t be afraid…. I’m not gonna kill you!” sahutnya dengan senyuman menayang gigi. “Tapi… mereka yang buat untuk aku.” VYle memetik jari dan ribuan Devil terbang keluar dari lubang neraka tersebut dan mula membunuh semua manusia yang berada di depan mata.

Vyle hanya tertawa dengan riang melihat manusia bertumpahan darah di depan matanya meninggalkan roh-roh tidak bermaya beterbangan di udara. Vyle mendepakan tangannya ke depan menarik roh beterbangan itu kearahnya dan di serap kedalam rantainya.

Vyle terbang ke udara ingin melihat pemandangan secara bird view keadaan Bandar maju itu. Kehancuran Bandar itu tidak memuaskan hati gelapnya. “Mereka menghancurkan satu Bandar dalam masa lima minit? Such a pethatic creature…” Vyle memandang tangannya dan tersenyum lebar. Dia tahu nak buat apa…

Vyla menepuk tangan ke depan dan membuat satu dinding gelap mengelilingi Bandar itu. Cahaya-cahaya biru keluar lagi banyak mengelilingi Vyle dan shieldnya terbentuk lagi cepat dari sebelumnya. Setelah shield tersebut lengkap, Dia mengangkat tangannya keudara membuat dinding hitam itu bercahaya mengeluarkan bunyi yang sangat bingit.

“DIE!!!!” jeritnya dengan senyuman yang menggerunkan dan dalam sekelip mata, Bandar itu telah lenyap, tidak meninggalkan satu sisa dari Bandar itu. Hanya tanah tandus seperti padang gurun dan juga roh-roh manusia.. dan juga Devil.

Vyle menarik kesemua roh itu kedalam Rantainya rasa sangat puas hati dalam masa kurang lima minit dia dapat kumpul Ribuan roh.

“Raven berhenti!!”

Senyuman Luciefer kini hilang dengan serta merta dan berputar melihat siapa yang berani kacau keseronokannya.

“Sulfur?” Dia tersenyum gembira. Matanya mula berubah menjadi hitam dan anak matanya kuning menyalah. “Sulfur!! Siapa kawan kau ni?”

Sulfur kebelakang sedikit terkejut melihat perubahan drastic Vyle. “Raven, hentikan semua ni! Kau bunuh manusia yang tak bersalah!”

Vyle tertawa besar sambil menggeleng. Dia terbang back flip beberapa kali sebelum bersuara. “Tak!! Aku buat semua ni untuk Keadilan! Tundukkan kepada semua orang kebenaran yang sebenarnya!” sahutnya dengan senyuman lebar. “Mereka telah di kaburi oleh Heaven! Kau tak Nampak ke? Dengan kuasa aku ni..” Dia mengangkat kedua tangannya yang mempunyai api hitam. “Aku boleh buka mata mereka siapa yang berkuasa dalam dunia ini! AKU!! Bukan Heaven!” Dia melontarkan api hitamnya ke bumi dan satu letupan besar berlaku menyebabkan ribuan nyawa terkorban.

“Dengan ini aku boleh dapat apa yang aku nakkan Sulfur!” sahutnya dengan gembira sambil mengumpul roh-roh baru.

“Sulfur, perempuan ni dah tak waras..” bisik Dark menggenggam penumbuknya. Dia bukan sahaja bunuh manusia, malah Devil!

“Kau sssebenarnya di pihak sssiapa hah?!” jerit Snake sangat marah. “Kalau kau di pihak Hell, kenapa kau bunuh Devil sssekali?!”

“Ooppss…” Vyle menutup mulutnya tanda bersalah tapi kembali tersenyum. “Sorry… tak sengaja. Oh well,” Dia berputar dengan riangnya. “Mereka dah mati, apa boleh buat kan?”

Sly meluat melihat perangai Luciefer itu. “Kau binatang… tak berhati perut! You Moster!”

Senyuman Vyle hilang dengan serta merta. “Tak…. Aku Luciefer!!” Vyle memandang kearah Sulfur dengan wajah yang sedih. “Jangan cakap kau fikir aku seekor raksasa tak berhati perut juga… Tak kan sulfur?”

Sulfur hanya terdiam tidak menjawab soalan Vyle. Ini buat perempuan kurang waras ini menjadi marah. “Fine!! Aku tak kisah apa yang korang fikirkan tentang aku, siapa yang berani halang aku dari matlamat aku.. akan aku bunuh!!” Dengan itu dia mula menyerang Sulfur dan yang lain.”

>X<

“Hades….”

“Zeus..” Lord Hades tersenyum sinis melihat wajah Ketua Elders di hadapannya. “Long time no see isn’t it?”

“Such a long time dan aku tak rancang nak jumpa kau lagi.” Kata Lord Zeus menahan marah.

Hades tertawa besar mendengar Lord Zeus tidak ingin berjumpa dengan dia. “Chit Chat is over…. Masa untuk tumpaskan Heaven untuk selama-lamanya.”

Lord Phill menarik sengih. “Kau bukan lawan kami Hades, kami perlu hentikan Fallen Angel. Mana dia?”

“Luciefer?” Lord Hades tersenyum sinis. “jauh dari tempat ni, sedang berseronok menghancurkan dunia dan aku akan halang kau dari mendekati Luciefer.”

“Mana Anak kau Firold? Oh dan Ketua Keselamatan yang baru ke tu?” Soal Lord Hades dengan senyuman yang sangat gembira. Angel terkuat Mereka semakin berkurang, mereka mungkin boleh menang!

Lord Firold mengeluarkan pedangnya menghalakan kearah Lord Hades. “Shut up and prepare to die Devil.”

Tercetuslah pertempuran antara Devil dan Heaven, perlawanan yang sangat sengit di antara dua pihak yang enggan memberi belas kasihan atau menyerah kalah.

Lord Firold menghayunkan pedangnya kearah Lord Hades tapi Raja Underworld ini bertindak lebih pantas dengan menepis serangan tersebut dan menyerang Lord Firold lebih laju dari musuhnya namun Sky muncul dari bawah dengan sebilah pedang menghalang Lord Hades membunuh Papanya.

“Sky?” Lord Firold sendiri terkejut melihat anaknya yang sepatutnya berada di dalam Heaven berdiri di depan matanya.

Sky hanya menarik sengih dan menolak Pedang Lord Hades. Ini buat Ketua Underworld ini tersenyum sinis. “Akhirnya a worthy opponent is here.”

“You got that right.” Sahut Sky pula bersedia untuk tumpaskan Ketua underworld itu.

“Sky! How dare you-”

“Sekarang bukan masanya!” potong Sky tanpa mengalihkan perhatiannya dari lord Hades. “Sky tidak boleh duduk diam sementara orang tua Sky bertumpahan darah untuk menyelamatkan dunia. Papa boleh hukum Sky selepas semua ni tamat, Sky tak kisah kalau Sky perlu di hapuskan kerana Sky takkan maafkan diri Sky sendiri kalau Papa mati tanpa Sky melindungi Papa.” Dia kembali tumpukan perhatiannya pada Lord Hades dan menarik sengih. “Bersedia lah.... aku akan hapuskan kau sekarang juga!”

Lord Hades tertawa besar dan mendongakkan dagu, mencabar Sky untuk memulakan langkahnya dulu. Tanpa teragak-agak, Sky menyerang Lord Hades.

Lord Firold hanya melihat anaknya berlawan dengan ketua underworld itu. Bagaimana Sky boleh tahu dia berada di sini? persoalannya hilang dalam ingatan bila dia dengar jeritan seorang yang sangat dia kenali.

Breeze? Bloom? A-Apa mereka buat di sini? Desis hatinya lemas mengetahui anak perempuannya juga terlibat dalam semua ini. Dia menggeleng laju cuba ketepikan perkara itu. Dia berdepan dengan perang sekarang dan masalah keluarga perlu di ketepikan dahulu.

Lady Rya yang berlawan dengan kuasanya terkejut melihat Anaknya Cyrus berada dalam medan perang berlawan Devil. Cyrus kembali untuk tolong mereka? Syukurlah… Dia mendepakan tangannya kearah musuh dan cahaya terang terpancar kearah Devil-devil itu menyebabkan musuh Angel terhapus dengan serta merta.

Cyrus melepaskan gelombang cahaya dari pedangnya kearah musuhnya dan memandang kearah Ean. “Ean! Kau kena cari Vyle sekarang!”

Ean menendang musuhnya dengan tendangan super sonic sebelum bersuara kepada Cyrus. Macam mana dengan kamu?” Ean menarik collar Musuhnya dan bagi penumbuk sulung tepat di mukanya.

Cyrus tertawa sambil memotong musuhnya. “Jangan risau tentang kami. Hanya kau yang boleh selamatkan Vyle. Aku pasti kau boleh.”

Ean tidak teragak-agak untuk seketika sebelum mengangguk dan terbang pergi meninggalkan medan perang itu.

Lord Hades perasan seorang Angel terbang pergi dan dapat cam siapa lelaki tersebut. Tidak… aku takkan benarkan lelaki tu hentikan rancangan aku! “Devil! Halang Angel tu dari melarikan diri!” dia halakan pedangnya kearah Ean memberi arahan sebelum kembali berlawan dengan Sky.

Sky juga perasan yang Ean telah pergi ke tempat Vyle berada dan dia mengaku yang dia cemburukan Ean. Tapi, dalam scroll yang dia baca bersama adik dan Bloom, orang yang boleh menyelamatkan Vyle hanyalah Ean. Dia kena terima hakikat yang dia bukanlah Angel untuk Vyle tapi Ean.

Lord Phill yang baru sahaja menghapuskan lawannya dengan wajah yang tenang memandang kearah arahan baru Lord Hades. New Born tu? Dia terus terbang ke depan Para Devil yang ingin membunuh Ean. Dia tak tahu apa yang berlaku sekarang ni tapi lihat dari riak wajah Lord Hades, lelaki ini satu ancaman bagi mereka. Dia menghalakan lembingnya kearah Devil-devil di hadapannya.

“Over my dead body.”

Ean sempat toleh kebelakang melihat peperangan berlangsung tanpanya. Sky, Cy.. jangan risau, aku akan selamatkan Vyle desis hatinya dan terbang pergi.

Sementara di bahagian Vyle dan Sulfur….

Tangan perempuan berkuku tajam berlumuran dengan darah sambil memegang kepala seekor Devil yang telah mati. Dia memandang kearah dua mangsanya yang tinggal. Sulfur dan Sly yang sudah cedera parah dari berlawan dengan Vyle.

Wajah Luciefer berubah lebih teruk dari sebelumnya. Sayap hitamnya kelihatan seperti warna merah darah dan terdapat tanduk pada sayap tersebut. Kukunya juga berubah warna ke warna hitam dan wajahnya berurat. Senyumannya semakin lebar seperti dia seronok membunuh.

“Sulfur~ Sly~ permainan kita belum habis lagi… aku perlukan nyawa korang untuk makbulkan hajat aku…” katanya dengan ketawa seperti orang gila. Cahaya Biru mengelilinginya lenyap dan keluar lagi cahaya biru yang baru dari rantainya. “Kita membuang masa wahai Devil~ Jangan bazirkan banyak roh… dua nyawa korang dah cukup untuk lengkapkan Hajat aku…”

“Raven, snap out of it!!” jeritnya berharap sesuatu yang mustahil. “Apa dah jadi dengan kau ni? Kau bukan Raven yang aku kenal, kau dah berubah! Mana Raven yang inginkan jadi manusia biasa dan bencikan dirinya menjadi Luciefer? Apa dah jadi kepada Raven yang ingin hidup dengn tenang tanpa pergaduhan dan kehancuran?”

Vyle hanya tertawa besar bagi menjawab pesoalan Sulfur. “Oh Sulfur~ Nak buat apa lagi lari dari kenyataan? Aku dah penat bersembunyi dan nafikan diri aku yang sebenar. Kalau aku tahu yang kuasa aku ni boleh buat semua ni.. dah lama aku menjadi seperti ini dan takhluk dunia! Heaven dan Hell akan tunduk pada aku dan tiada siapa boleh mengalahkan aku!” Dia ketawa keudara dengan jahat.

Sly bersembunyi di belakang abangnya takut melihat perubahan Vyle. Dia dahulu ialah perempuan yang tidak bersalah tapi sekarang dia telah berubah menjadi seekor raksasa. “Sulfur, takda gunanya bercakap dengan dia. Itu bukan Ravn.. itu Luciefer. Raven dah tiada dalam badan tu…”

Sulfur menggeleng lemah. “Aku yakin jauh di dalam badan tu, masih ada Raven di dalam tu. Aku yakin.”

Vyle tersenyum sinis mendengar harapan kecil Sulfur dan mengeluh simpati. “Kasihan kau sulfur.. Apa yang Sly katakan itu adalah betul. Perempuan yang kau inginkan tiada lagi… yang tinggal hanya lah seekor raksasa yang tidak berhati perut dan hanya inginkan roh manusia, Devil dan Angel untuk penuhkan permintaannya!!” sahutnya dengan kuat. “Enough chatting! Masa untuk korang mati!” Dia terus menyerang dua beradik tiri itu tanpa belas kasihan.

 Ean terbang sepantas cahaya mengelilingi setengah dunia untuk mencapai di lokasi Vyle dan dalam perjalanan ke destinasinya, dia terkejut beruk melihat bencana yang Vyle telah buat. Semuanya hancur, tiada apa yang tinggal di tempat yang telah di musnahkan. Tiada manusia, Angel mahupun Devil!

Aku kena cepat, Entah apa Vyle tengah buat sekarang ni desis hatinya risau dan terbang dua kali ganda lebih laju dari kelajuan cahaya.

Sebaik sahaja dia tiba di destinasinya, dia berhenti dari mencari Vyle bila dia melihat seekor raksasa, muka pucat yang berurat, bibir biru dan mata hitam beranak mata merah darah. Sayap yang besar yang mempunyai tanduk berwarna merah darah. Tanduk hitam yang tajam seperti mana bentuk kukunya.  terbang di udara sambil bermain dengan dua roh warna merah dalam tangannya.


Comments

Popular Posts