Rose Princesses: Duplicator of her


Chapter 5

Luna sedang berlari anak di dalam mansion tingkat dua dengan matanya tertutup. Ianya satu permainan yang dia dan maid-maidnya main di setiap malam. Ini untuk melatih Luna berlari di dalam gelap apabila berlaku sebarang kecemasan.

Langkah Luna menjadi perlahan apabila tiada bunyi kedengaran di sekelilingnya. “Maya? Louis? Kamu bersembunyikan?” Luna terus terdengar suara ketawa dari jarak jauh disertakan bunyi hayunan pedang seperti melawan sesuatu.

“Cik Muda Luna, Lari sekarang!!”

Luna tertawa mendengar jeritan mereka. nak takutkan orang tu. aku dah masak dengan semua ni desis hatinya sudah tahu hela Maids yang selalu berlakon untuk menakutkannya. Dia berlari sepantas yang boleh sambil menyentuh dinding mengikuti jenang dinding yang khas untuk memimpinnya ke mana sahaja dia hendak pergi.

Dia terhenti apabila terasa ada dua ukiran terukir di hujung dinding tersebut. “Flora atau akar?”

Bunyi guruh yang kuat membuat Luna terkejut dan dia segera mengambil laluan ke kiri dimana jenang flora terukir di dinding. Rasa takut apabila hujan turun tetiba dengan lebatnya, petir sambar-menyambar, guruh berdentum dengan kuat membuat langkahnya lebih laju dari sebelumnya.

Apabila terasa pintu disentuh, Luna segera membuka pintu tersebut dengan cemas. “Mama!”

Tetapi tiada respon. Luna yang termengah-mengah dari berlari masuk kedalam bilik itu. Matanya masih lagi tertutup dengan kain hitam ingin menunjukkan pada mamanya yang dia telah berjaya mengikut jenang dinding sehingga ke bilik mamanya.

Dia terlanggar sesuatu yang besar dan membuat dia jatuh ke mencium lantai.

“Aduh…. kayu balak mana pula yang landing di bilik ma….” Ayatnya tergantung apabila tangannya tersentuh suatu cecair yang pekat dan masih panas. “Apa ni? Bau ni…” Luna terus membuka kain matanya dan melihat mamanya terlantar tidak bernyawa di hadapannya. cahaya kilat membuat dia melihat keadaan mamanya dengan lebih jelas lagi dengan badannya yang berlumuran dengan darah yang masih panas, mata terbuka seperti melihat sesuatu yang menyeramkan dan sebilah pedang antic menusuk menembusi dada mamanya.

“Ma… Mam…. MAMA!!!!!” Luna menutup telinganya dan menggeleng tidak percaya apa yang dia lihat. “Tidak… ini tak mung…. MAMA!! MAMA!!!!!”

Di dalam bilik gelap itu, dia berteriak menangiskan mutiara di penjuru bilik melihat mayat mamanya dengan penuh ketakutan. Dari kejadian tersebut, setiap kali dia menangis, air matanya berubah menjadi mutiara.

“MAMA!” Luna terbangun dari tidurnya dengan tangan mendepa kehadapan bagaikan ingin mencapai sesuatu. Guruh berdentum membuat di teringat dengan tragedy tersebut.

DIa memeluk kakinya dan menangis. Berbutir mutiara terbentuk dari air matanya. “kenapa hanya ini yang aku ingat? Kenapa?”

XOXOXOXOX
En Edward berada di pejabatnya sedang membuat kerjanya di meja kerja. Kedengaran pintu biliknya di ketuk membuat dia tersenyum. Siapa yang datang ke sini time malam-malam buta ni? desis hatinya. “Masuk.”

Minho masuk kedalam bilik En Edward dan berhadapan dengannya dengan muka yang menggerunkan. “Aku nak tanya sesuatu.”

En Edward menjungkit kening. Dia meletakkan fail yang dia baca di atas meja dan memandang Minho tepat di muka. “Apa halnya?”

“Kenapa Luna berada di Robella dengan tiba-tiba? Kenapa dia mirip sangat dengan Eliza? Muka, perangai, sifat, dari setiap sudut. Dia sama dengan Eliza.”

En Edward menghembus nafas ngeluh. “Sebenarnya ada sebab dia di sini.”

Dahi Minho berkerut apabila senyuman mesra En Edward hilang menjadi serius. “Apa maksud kau?”

“Dia ialah clon Eliza di bumi. Itu kita semua tahu, tapi Permaisuri Rowena pernah beritahu kepada aku dan Raja Alexander yang Duplicator Eliza dari Dunia manusia akan muncul di Robella untuk mengganti tempatnya sebagai pelindung Heart of Robella. Raja minta aku rahsiakan benda ni dari kamu semua serta Luna sendiri supaya Luna tidak rasa beban. Takdir menentukan segalanya dan Heart of Robella akan datang kepadanya dengan sendiri.” En Edward bergerak mendekati Minho dan memegang bahunya meminta kerjasama darinya. “Aku minta kau tolong rahsiakan hal ni. hanya kita berdua sahaja yang tahu yang Luna akan menjadi korban menghidupkan Heart of Robella. Pastikan kau melindunginya sebelum harinya telah tiba okay?”

Minho hanya berdiam diri, rasa marah, terkejut, risau, kecewa bercampur aduk dalam hati. “Tiada cara lain ke?”

En Edward menggeleng, dia faham isi hati Minho. Dia masih belum dapat memaafkan dirinya kerana tidak dapat menyelamatkan Eliza dari terbunuh oleh Lycant. “Eliza dah ditakdirkan untuk menjadi korban, begitu juga dengan Luna. Dia akan menggantikan tugas Eliza yang dia tidak dapat tunaikan. Bersabarlah Minho.” En Edward menepuk bahu Minho menenangkan hatinya yang panas membara.

Minho menepis tangan lelaki tersebut. “Aku benci kau. Aku bencikan kau dari dulu lagi!” Minho melangkah keluar dari biliknya.

Minho berjalan balik ke biliknya dengan rasa marah yang semakin naik setiap kali dia memikirkannya. “Damn!” Akhirnya satu tumbukan land di dinding membuat semua lampu istana terpadam buat seketika. Tangannya mengalirkan tenaga electric membawa kesan kepada dinding tersebut. “Kenapa orang tua gila tu mesti rosakkan semuanya! Kenapa dia mesti membawa semua berita buruk!” Minho teruskan perjalanannya ke bilik sambil menyumpah serana lelaki terebut.

Langkahnya terhenti apabila berhadapan dengan bilik Luna. Dia memandang lama pintu putih berukiran flora emas itu. Dia memulas tombol pintu tersebut dan bergerak ke katil dimana Luna sedang tidur.

Ditenung lama muka tidur tersebut mengingatkan kenangannya dengan Eliza semasa mereka berdua selalu bergaduh tentang sesuatu perkara. Semuanya tentang sifat Eliza yang Minho selalu kritik. Sweet eaterlah, ulat bukulah, serius gilerlah, Miss Deadlah, macam macam usikan minho untuk menyakitkan hati Eliza.
Pipi Luna dibelai lembut dan rambutnya di tarik kebelakang untuk melihat wajah Luna sepenuhnya. 100% sama. Tiada perbezaan diantara mereka.

“Air mata?” Dia menarik balik tangannya dan melangkah keluar dari bilik tersebut. “Kau menangis lagi..”
Dia tidak perasan di tangan kiri Luna terdapat berbutir-butir mutiara yang di kumpul selepas menangis.

XOXOXOXOX

Viola dan Fiona sedang nyenyak tidur di bilik mereka dibuai mimpi indah. Viola bermimpi tentang menjadi ejen rahsia menyiasat tentang penjenayah yang dikehendaki di seluruh dunia manakala Fiona sedang bermimpi menjadi samurai terhandal di zamannya, menyelamatkan semua orang dengan mengambil ganjaran yang amat, AMAT lumayan!

“betul ke kau taknak surprise?” soal Jonghyun kepada Key. Mereka berdua berada dihadapan pintu si kembar menunggu saat untuk menyerbu.

“Kau nak kena bunuh ke?” Key menjungkit kening. “Biar aku uruskan ni dan kita bagi surprise time didalam okay?”

Jonghyun tersenyum mengangguk. dia melihat jamnya. 5.29. “Kita masuk dalam masa seminit. Terpaksa tunggu.”

Tetiba, pintu dihadapan bilik si kembar terbuka dan kelihatan Luna dengan rambut basahnya bersedia untuk ke dapur. Menguasai dapur sekali lagi untuk membuat sarapan. Sarapan dari tukang masak memang tak sedap!(tanggapan Luna) “Korang nak kasi bangun si kembar tu?” Soalnya dengan wajah garang. Peraturan pertama, jangan pandang mata baru bangun singa betina.

Mereka berdua hanya mengangguk. tidak tahu nak cakap apa selepas mendengar amaran Mea.

Luna mengangkat bahu dan teruskan langkahnya tanpa menghiraukan mereka. “Vee pijamas dan Fee nightgown.” Katanya sebelum menghilangkan diri.

Mereka tersenyum mendengar infomasi berguna.

“Countdown…” Kata Key mengenyit mata.

“10, 9, 8, 7, 6….”

Key memasukkan jarinya kedalam lubang kunci pintu dan benang halusnya bertindak cuba membuka pintu itu.

“5, 4, 3, 2…… 1!”

Bunyi kunci terbuka dan tanpa berlengah lagi mereka masuk kedalam dengan machonya mendekati katil mereka. jonghyun ke Viola dan Key ke Fiona.

Mereka berdua tersenyum nakal melihat si kembar yang lena tidur dibuai mimpi.

“AAHH!!!”

Senyuman mereka semakin lebar mendengar jeritan suara Mea. Jeritan tersebut juga telah meganggu tidur si kembar.

“Apa? Jonghyun?”

“Key?”

Tanpa bersuara mereka mengangkat si kembar kebahu dan keluar dari bilik mereka.

“Hoi! Turunkan aku!” jerit Viola memukul-mukul belakang Jonghyun. “Fee! Bersuara sikit!”

“Pervert! Vee! Dia tak tahu malu!” muka Fiona merah seperti epal, dan kelihatan nak menangis kerana malu.
Viola terus meletup melihat Key. “Woi! Agak tangan tu!”

“Berhenti bergerak!” Jonghyun pedap dengan perangai Viola dan menukar posisi mengangkat bridal style. “sekarang kalau kau meronta lagi… tak teragak-agak aku cium kau.” Jonghyun menjungkit kening memprotes Viola.

Sengal punya lelaki! Desis hati Viola. Dia memandang kearah lain kerana blush. “Ada aku kesah!”

Key hanya tertawa melihat Viola blushing depan Jonghyun. si Jonghyun tu pun satu, main cakap je tapi muka sendiri merah tahan malu.

“Lepaskan aku! aku kasi tahu Luna nak?!” sekarang Fee pula meronta-ronta.

“Kalau kau diam, aku takkan beritahu Vee pasal semalam.” Key berkata seolah-olah berbisik.

Fiona teringatkan kelmarin yang mereka bermain piano bersama. “Alright….” Fiona takkan beritahu Viola tentang tu sebab mereka berjanji yang mereka tidak akan bermain dengan orang lain selain sesama sendiri.

Sementara di meja makan hanya ada empat orang yang dapat menjamu sarapan pagi Luna. suasana di meja makan sangat senyap… sangat, sangat senyap membuat Teamin dan Ann berasa janggal.

“Ermm… L… Luna, sedap sarapan kau ni hari.” Teamin cuba memecahkan suasana yang suram.

“Pancake je…. Campuran roti, gula, tepung dan baking soda yang biasa je.” Katanya acuh tak acuh. Kenapa tinggal kami empat je? Dorang enam orang kalau nak date pun lepas makanlah desis hati Luna tidak puas hati.

Dinginnya desis hati Ann takut dengan riak wajah Luna. “L… Luna..”

“kau siapa?” Luna menjeling kearah Ann membuat dia terbatal niatnya untuk bercakap. Siapa minah ni? aku pernah jumpa ke? Desis hatinya lagi. Dia tersedar sesuatu dan mengeluh. “Sorry.. aku pergi dulu” Luna mengelap mulutnya dan beredar dari meja makan.

Ann menarik sleeve baju Teamin. “Dia marah aku ke?”

Teamin mengangkat bahu, dia sendiri tidak faham kenapa Luna berperangai pelik. Dia memandang Minho dan Minho mengangguk seperti faham maksud Teamin.

“Aku pi cakap dengan dia.” Minho terus mengekori Luna ke biliknya.

Minho menghentak kaki marah dengan perangai tidak sopan Luna. Aku tarik balik, itu memang bukan perangai Eliza desis hatinya. Minho memulas tomboh pintu bilik Luna. “Woi! Kenapa ka…..” bilik Luna berselerak dengan barang peribadinya. Make upnya, bajunya, easel dan canvasnya semua bertabur diatas lantai. Kelihatan Luna diatas katil bergulung memeluk kaki seperti sebuah bola.

Kedengaran suara-suara kecil datang dari Luna. “kelmarin, aku cari diari jumpa dengan…. Si kembar curi termasuk Mea…. Minho marah… Onew tahu… Fee main piano dengan siapa?... lagi…”

Minho menyapa gadis bola tersebut. “Luna.. kau ken….”

Luna memandang Minho dengan muka yang desperate. “Memory aku semakin teruk.”

Dahi Minho berkerut. “Apa yang kau merapukan ni?”

Luna kembali duduk diatas katil dan mengambil satu bantal untuk dipeluk. “Aku ada penyakit yang aneh. Penyakit yang doctor sendiri tak tahu puncanya.” Luna mencapai diarinya yang berada di penjuru katil dan mula membaca. “Memory aku akan hilang dalam bila-bila masa jak dia mahu. Tapi sejak kebelakangan ni, aku selalu lupa tentang semua yang telah aku lalui lebih kerap dari hari-hari sebelumnya.” Kata Luna tanpa mengalihkan pandangan dari diarinya.

Minho duduk di sisinya dan terfikir tentang pembicaraannya dengan En Edward. Mungkin kerana dia duplicator Eliza desis hatinya. “Sebab tu kau perlukan diari kau untuk ingat semua?”

Luna mengangguk. “ini bukan diari yang sebenarnya. Mea belikan selepas datang ke sini jadi, memory semasa di….”

“Dunia manusia?”

“Dunia manusia? Itu ke dunia ku?” Luna tergelak kecil, tapi matanya menunjukkan dia kecewa. “aku dah nak mati kot.”

Minho hanya berdiam diri apabila dia sebut perkataan mati. Dia memandang ke siling dengan wajah angkuh. “Aku tak tahu semuanya tapi yang aku tahu ialah, kau anak orang terkaya didunia manusia, mengenali lelaki yang bernama Mr. D dan baru break up dengan lelaki sebaya dengan kau bernama Kyoya.”

Luna tertawa. “Thanks. Itu sangat membantu.” Luna menutup diarinya dan di simpan rapi didalam laci. “Boleh aku minta tolong dari kau sesuatu?”

Minho memandang wajah Luna yang kelihatan sedih walaupun dia tersenyum. “apa dia?”

“Aku mempunyai firasat yang mungkin aku akan lupa semuanya termasuk kamu semua. Diari ku sendiri aku lupa jadi…” Luna memandang tepat kemata Minho. “Tolong aku ingatkan semuanya sebelum terlambat?” 

Dia merebahkan badannya ke atas katil. “Aku tak tahu kenapa, kenangan yang aku nak lupakan tidak dapat dipadam dalam ingatan dan menghantuiku setiap masa. Aku takut kalau itu sahaja yang tinggal, aku mungkin akan hilang waras dan… kau tahu kan?” Luna memberi signal membunuh diri.
Minho mengeluh mendengar permintaan berat Luna, tapi mahu tidak mahu, dia tetap setuju. “Okay. Aku rasa aku lebih dari kawan kau.” Dia tertawa. “lebih dari kawan, seperti seorang guardian. Aku tahu semua kesedihan dan kepedihan kau dan…. Memastikan kau meneruskan hidup.” Katanya dengan perlahan.

“Apa?”  Luna berpaling memandang Minho. “stop mumbling dan cakap terang-terang.”

Minho mengangkat bahu memandang keluar tingkap. Kenapa kau selalu membebankan aku dari kecil lagi? tapi kenapa aku tidak pernah ambil hati dengan usikan dan bebanan yang kau berikan? sebenarnya... Kau ni sebenarnya siapa?

XOXOXOXOX

“Aku masih dalam baju tidur!” Mea yang sekian lama tidak marah akhirnya meletup! “Korang dah gila ke apa masuk bilik kami pastu culik ke sini? I mean, come onlah! Cam mana kalau Fiona pakai Nightgown pendek? Cam mana kalau Viola tengah tukar baju? Korang sebagai lelaki kenalah gentlemen sikit supaya perempuan senang nak terpikat. Ini idak! Nama je anak raja tapi perangai buruk…”

Viola dan Fiona segera naik meja dan menutup mulut Mea kerana terlalu banyak ceramah. “Nek.. dah dah lah tu ceramah pagi kau.”

“Berdarah telinga aku dengar kau ceramah.” Key mengurut telinganya yang pedas. “Okay-okay, kami minta maaf tapi….”

Jonghyun menjungkit kening. “korang suka kan ada putera raja angkat kamu ke sini?”

Betul ke dorang dua ni tiada talian darah? Desis hati Mea melihat telatah Jonghyun dengan Key seperti si Kembar. Ayat sambung-menyambung.

Onew hanya menggeleng melihat mereka berlima bertengkar. “Dah- dah! Kita kat sini nak study tentang Robella. Bukan nak bertangkar tentang hal ni.”

Mea menjeling kearah Onew. “pervert! Stalker! Kau sendiri lagi teruk dari dorang dua tu!” muka Mea merah apabila teringat kejadian bangun mengejut. “Lelaki sengal! Tak guna! Gatal! Miang! Semua kau am….”

Viola dan Fiona bertindak lagi menutup mulut Mea. “Mea! Kalau ya pun, janganlah nak menyumpah orang!”
Mea menolak tangan sikembar. Menarik nafas dalam beberapa kali untuk menenangkan jiwanya yang bergelora. “Okay. Aku taknak ingat benda tu lagi dan teruskan dengan plan utama korang.” Mea kembali duduk ditempatnya selepas manjat meja menengking mereka bertiga. Walaupun tak puas… yang penting tetap didahulukan. Viola dan Fiona juga kembali ke tempat duduk.

Onew berdehem rasa malu juga teringat kes kasi bangun Mea. Dia bangun dari tempatnya dan bergerak ke skrin putih dihadapan mereka. Dia memetik jarinya dan terpapar sebuah gambar Robella tertera di skrin.

No comments:

Post a Comment