FDO: Bab 1
Fifth Floor, Norway. 12October 2024
Sudah dua bulan
kami stuck di tingkat Lima Aircraft, tiada siapa yang berani masuk ke bilik Big
Boss untuk buka pintu ke tingkat enam. Sekarang, dah genap 2,000 pemain mati
dalam FDO ini. Kebanyakannya mati bunuh diri dan terbunuh dalam perlawanan.
Ayaka Nigoshi, pakar gamer dan computer. Dia gila, dari awal lagi aku tahu dia
gila tapi dia sntiasa ada cara untuk mengagumi aku. entahlah, aku sendiri tak
seberapa faham dengan lelaki itu.
“Kau dengar tak?
ada pemain dah naik level 25 sekarang?” Aku terdengar sekumpulan pemain lelaki
sedang berborak. Apa ni? pemain level 25?
“Ah! Tak
mungkinlah, setahu aku yang paling tinggi level 17 jak. Mustahil ada level
tinggi sampai cam tu.” Kata kawan lelaki itu. Hmm…. Tak juga. aku memandang
kearah life barku.
Hehe… aku dah
nak masuk Lvl 20. Apapun, kita bukan nak tahu tentang life bar aku tapi tentang
cam mana nak bunuh Big Boss level dua tu. Aku dah jumpa dengannya sekali.
percayalah! Kau tak nak mati awal!
Jadi dengan itu,
mereka akan adakan meeting di mini colloseum nanti. Tanpa berlengahkan masa
lagi aku pergi ke tempat itu dan kelihatan mungkin sedozen lebih pemain yang
berminat untuk menyertai dalam rancangan ni. aku duduk di tingkat tiga teratas,
sengaja nak lihat dari jauh.
“Ohayo Minna…
saya, Nixho.” kata seorang berbaju knight merah bersapa kepada kami semua
dengan senyuman. “Cam kita semua tahu yang beberapa orang dari kita dah jumpa
Big Boss tu kan? Dan kita semua dapati yang dia mempunyai empat bar life. Tak
silap aku namanya colosues. Mempunyai Axe dan berbadan besar, mempunyai minion
kecil bernama Turtanium. Kita tak boleh mengambil risiko untuk pergi
bersendirian jadi, apa kata kita bergabung dan….”
“Nanti dulu!”
terdengar suara seseorang datang melompat masuk kedalam dewan terbuka ni dan
berdiri di hadapan lelaki bernama Nixho tu. “Berhenti merapu! Kau buat cam ni sebab
kau nak naik tingkat ke-6 tanpa risikokan nyawa sendiri kan?” katanya merenung
wajah Nixho dengan jijik. “Kau tahu ke berapa orang dah mati di dunia ni? 2,000
orang!” Dia memandang kearah kami semua. “Aku tahu, dalam kalangan kamu semua
ada beta Tester! Kamu tahu tentang permainan ni dan cara berlawan tapi kenapa
kamu tak lindungi pemain yang lain? Mereka masih amature dan beginner, tidak
tahu apa-apa tentang perlawanan ni! tak tahu berlawan! Kamu semua memang
selfish! Hanya memikirkan kepentingan diri sahaja! Tidak berperikemanusiaan!”
katanya menggertak. Beta Tester? Untungnya siapa yang dapat menjadi Beta Tester
tu tapi tak semesti mereka boleh hidup lebih lama. semua ini bergantung pada kemahiran
pemain dalam berlawan bukan pengetahuan yang ada tentang permainan ni.
Seorang lagi
lelaki berbadan besar datang mendekati lelaki menggertak itu. “Kau siapa?”
Lelaki tersebut
kecut perut. “G-Gastoun.”
“Aku Herculeis.
Dalam hal ni, bukan Beta Tester yang bersalah sebab setiap pemain menerima buku
panduan manual dalam setiap storage kita jadi kita ada pengetahuan asas tentang
permainan ini. Kau pun ada juga kan?” soal herculeis dengan nadanya yang
menggerunkan.
Gastoun
mengangguk teragak-agak. “Tapi…”
“Dah-dah, betul
kata Herculeis-san ni. kita tak boleh main salah-menyalah je sebab mungkin
banyak Beta tester turut mati dalam pertempuran ini. Lagipun, boleh ke 100 Beta
Tester melindungi 10,000 orang pemain?”
Dia menggeleng.
Betul juga kata Nixho tu, kita tak boleh bergantung dengan mereka. Siapa tahu,
kalau Beta Tester tu ada di sini, tentu dia dah melompat masuk dan bunuh si
Gastoun ni. tapi… kalau dia bunuh pemain lain dia dah di kategorykan pemain
corsur merah bermaksud merbahaya dan harus di hindari.
Nixhon menepuk
lembut bahu Gastoun dan memandang kami semua. Dia kelihatan tenang walaupun ada
orang mengacau meetingnya. “Baiklah, untuk mengalahkan Big Boss Level 5 ni Saya
dah buat strategic iaitu kita buat satu kumpulan enam orang. kita akan
berganti-ganti berlawan. Apabila kumpulan pertama dalam bahaya, kita boleh
switch ke kumpulan kedua. Dengan ini bukan sahaja membunuh Big Boss malah
mengurangkan nyawa yang terkorban.”
Apa? Kumpulan?
Aku memandang pemain lain dah berkumpul menjemput rakan mereka menjadi satu
party/group. Aku memandang seorang perempuan memakai hood tidak kelihatan muka
duduk diam di hujung tidak jauh dariku. Aku mendekatinya.
“Uhm… Ano, nak
satu Party dengan saya ke?” Soalku serba tak kena. Hish, ini masalahku ni… tak
biasa bercakap dengan perempuan misterius cam dia ni. mencurigakan tapi… apa
boleh buat, kena buat juga kan? Siapa tak nak hidup lebih lama dan keluar dari
neraka ni?
Dia hanya
mengangguk tanpa mengeluarkan satu suara kecil pun. Apa-apalah! Yang penting
dia setuju. Aku swipe open akaunku dan pergi ke invitation party.
Muncul mesej
maya di depannya dan dia terus tap butang biru. Life barnya muncul di bawah
life barku Cuma lebih kecil. Malangnya aku tak tahu dia level berapa tapi
nampaknya nama perempuan ni ialah….
“Baiklah!” aku
tersentak dan segera memandang Nixhon. “Esok pagi kita akan bergerak ke Bilik
Big Boss tu jadi, Ini malam kita adakan party!”
“YEAH!!!” jerit
mereka semua. Perempuan di sebelaku pula berjalan pergi entah pergi mana aku
tak tahu tapi sebenarnya aku boleh tahu kalau aku cari dia menggunakan tracing
button tapi… tak payah lah. Bukannya dia kan lari ke mana-mana pun.
<><><><><><><><>
Siang sudah
beransur ke malam, Nixhon dan rakan barunya sedang berpesta untuk mengucapkan
selamat berjaya kepada diri mereka sendiri. Nampaknya Nixhon dan Gastoun dah
berbaik semula.
Perempuan
mistery yang Toshiro katakan sedang duduk sendiri di suatu street yang sunyi hanya bertemankan lampu jalan sambil makan roti
kosongnya. Dia mengeluh sendiri.
“Hey,” Perempuan
itu tersentak dan melihat Toshiro yang melabuhkan punggungnya di
sebelahnya.“Nah, ia tambah perisa pada roti kau kalau kau mahu. Hanya di
gunakan sekali je.” Toshiro menghulurkan botol kecil kepada perempuan itu.
Perempuan itu
tap tutup botol tersebut dan jari telunjuknya bercahaya putih. botol kecil itu
pula pecah berkecai menandakan ia dah digunakan. Perempuan itu meletakkan jari
telunjuknya pada roti dan keluar cream berwarna kuning.
“Ianya mentega.”
Kata Toshiro seperti dia tahu apa yang bermain dalam fikiran perempuan itu.
Perempuan
tersebut mengambil segigit roti itu dan…. Ngap! Ngap! Ngap! Habis.
“Suka? Aku dapat
tu dari memburu tadi dan dapat reward mentega. So, aku datang ke sini untuk
berbincang tentang pertempuran kita esok.” Perempuan itu memandang kearah
Toshiro. “okay, kita adalah kumpulan tiga yang akan menjadi penolong Nixhon
nanti berlawan dengan Big Boss. So, kita kena berkerja sama dan switch.”
“Switch?” Dia
memandang Toshiro dengan persoalan.
“Ya, switch. Aku
akan menyerang dulu dan bila aku kata switch, kau akan sambung serangan aku
sebab dalam satu kumpulan hanya satu pemain sahaja boleh berlawan dalam satu
masa. Kalau nak bertukar kena kata-”
“-Switch. aku
tahu.” sambungnya sudah dapat pick up maksud Toshiro. Toshiro mengangguk
meng’yakan ayat perempuan itu.
Kesunyian
menguasai situasi, mereka berdua hanya duduk sahaja di tempat tersebut di bawah
lampu jalan tanpa bersuara walau sepatah pun.
“Ne, Kenapa kau
nak Main FDO?” soal Toshiro memecahkan keheningan malam.
“S-Sebab…. Di
sini aku boleh jadi diriku yang sebenar. Tak perlu bersembunyi dan berkurung di
bilik seharian. FDO boleh bawa aku ke mana sahaja aku nak dan buat apa sahaja
aku inginkan tanpa orang lain tahu siapa diri aku sebenarnya.”
“Begitu ke? aku
pula, nak main FDO ni sebab aku suka main permainan cam ni. bila aku dapat tahu
yang VRMMORPG akan dilancarkan buat pertama kali, aku segera masuk dan jadi
member tapi malangnya tak jadi orang beta tester. Walaupun; aku gembira sebab
dapat main permainan ni. tapi dunia ni dah jadi sebuah mimpi ngeri yang tiada
kesudahannyakan?”
Perempuan itu
hanya mengangguk sambil bermain dengan jari-jemarinya.
<><><><><><><><><><>
Hari esok
menjelang tiba dan kami semua sudah bergerak menuju ke bilik Big Boss
menggunakan laluan hutan pada waktu pagi. Mereka semua berada di barisan
hadapan manakalah aku dan pasanganku berada di belakang sedikit. Aku lebih suka
bersendirian dari berjalan bersama tapi perempuan di sebelahku ni kelihatan seperti
budak level 5 hingga 8 begitu lah. Dia masih lemah dan tak boleh bersendirian.
Sudahlah dia ni pendiam… kenalah berada di sisinya sepanjang masa.
Aku tak nak
nilai Exp ku turun disebabkan partner aku nanti mati dalam medan pertempuran
jadi aku kena jadi penyerang dan dia sebagai penamat. Lebih cepat dia naik
level, lebih senang dia nak hidup lama kan?
Perjalanan kami
memakan masa selama sejam lebih sehingga kami tiba di hadapan pintu maya Big
Boss level 5, Colosues.
“Baiklah semua, sebaik
sahaja kita masuk kedalam… kita tak boleh berpatah balik. Kita kena menang dan
naik ke tingkat tiga!”
“Yeah!” jerit
mereka menyokong Nixhon. Dia ketua yang boleh di percayai dan berkeyakinan
tinggi. Kita mungkin boleh menang ni.
Aku memandang
partnerku. “Kau jangan risau…” Dia hanya mengangguk tanpa bersuara. Pendiam
sangat…
Nixhon dan
Gastoun menolak pintu itu bersama dan kami melihat wajah sebenar Monster yang
bernama Colosues ni.
Dia mempunyai
empat bar life, minions kecil cam cicak kubing bersayap. Pelik tapi benar.
Apapun, kami dalam posisi sedia menunggu signal dari ketua kami, Nixhon.
“Kumpulan satu
serang dari bahagian tepi. Kumpulan dua, Minions! Kumpulan 3, dengan aku.”
setelah menerima arahan dari Nixhon, kami semua bergerak mengikut arahan
diberikan.
Aku dan Nixhon
menyerang dahulu dengan bergerak ke blind spotnya dan mula menyerang. Aku
menghayunkan pedangku kearah tangan kirinya manakalah Nixhon menyerang di bahu
kanan.
Aku berjaya
menyerang tapi Nixhon tidak, dia terkena pukulan maut menatang besar ni dan
terlempar jauh. Sekarang life barnya menjadi setengah, bertukar dari hijau ke kuning.
Satu pukulan makan setengah bar. Menatang ni memang merbahaya. Ramai lagi
pemian yang terkena pukulan mautnya tapi berbaloi kerana minions dan dua bar
lifenya telah dihapuskan. Sekarang, jika kami teruskan cara ni tanpa terkena
lagi serangan dari rasaksa ni kami mungkin akan menang. Tak, aku yakin kami akan menang.
Aku mengambil
barisan hadapan dengan melompat untuk menyerang Colosues dari atas tapi sebaik
sahaja aku ingin menikam kepala hotaknya, dia mengeluarkan Axe nya dan
menghayunkannya kearahku. Aku segera mengelak tapi terkena pipi kananku.
Nyawaku turun dari 1500 ke 1340. Bahaya, senjatanya memberi Damage yang tinggi.
“Accel, Switch!”
jeritku sebaik sahaja mengelak serangan menatang tu. tak sampai sesaat aku
sebut ayat ‘switch’.. partnerku sudah bertindak sepantas kilat menyerang
menatang tu di bahagian perut sementara menatang tu baru habiskan hayunan
senjatanya kearahku.
“WARRRRGGGGHHH!!”
Dia melompat kebelakang
setelah menyerang dan kembali berlari kearah menatang itu setelah kakinya capai
di lantai, dia sangat pantas hingga aku sendiri terkejut melihat kehebatan dia
berlawan. Dia kuat, sangat kuat.
Serangannya
terbatal apabila Colosues bertindak lebih cepat menghayunkan Axenya kearah
accel dan mengoyakkan coatnya termasuk hoodienya semasa dia mengelak. “Switch!”
jeritnya apabila dia gagal memberi serangannya kearah Colosues dan jatuh ke
lantai. Aku tersentak dari melihat wajah sebenar perempuan itu dan segera
mengambil alih tempatnya dan menyerang Big Boss itu.
Nampaknya
menatang besar ni dah dapat tangkap pergerakan kami semua. Sekarang dia semakin
susah nak di kalahkan apabila bar lifenya tinggal 1½ … dengan serangan
bertubi-tubi dari kami sekumpulan, menatang itu kehilangan Hpnya sedikit demi
sedikit hingga tinggal 1/3. Aku berjaya membuang Axe Colosues dari tangannya.
“Biar aku
tamatkan dia.” Kata Nixhon dengan membuat posisi sedia, mengumpul tenaga pada
pedang saktinya. Kami memberi laluan kepada ketua.
Setelah cas
sepenuh tenaga pada pedangnya, dia mula menyerang menantang yang tidak
bersenjata itu. Kami boleh menang.
“Nanti! Ia ada
Poison Claw-”
SLASH!! Menatang
itu menggunakan kuku beracunnya yang kami sendiri tidak tahu ada kearah Nixhon
membuat dia terlempar jauh. Aku memadang partnerku dan berlari kearah Nixhon.
Tak sangka perempuan tu tahu tentang serangan menatang tu.
Aku segera
mengeluarkan Healer potionku untuk beri minum Nixhon tapi dia menolaknya.
“Kenapa?!” soalku marah tapi berbisik.
Dia menggeleng.
“Aku nak kau selamatkan yang lain. Aku tahu kau boleh dan perempuan tu… kau..”
Nixhon memandang kearah belakangku dan aku berpaling ke belakang. Dia.
“Kau seorang
Beta Tester juga kan?” Accel mengangguk.
“Kau juga kan?
Aku tak boleh berhenti melihat pandangan kau tu setiap kali kau pandang aku.”
Perempuan tu bercakap lebih dari 10 patah perkataan. Selalunya tak sampai.
Nixhon mula
bercahaya dan tersenyum tawar. “Kamu kena selamatkan kumpulan kita. Tolong
selamatkan mereka semua.” Dengan itu dia pecah bagai kaca pecah dari tanganku.
Aku menggenggam erat tanganku membuat satu penumbuk.
Aku memandang
perempuan tersebut, dia dah berpaling kearah Colosues yang sibuk berlawan
dengan kumpulan kami. “Kau kena lawan.”
Aku bangkit dan
terus menyerang haiwan tersebut sambil melepaskan kemarahanku terhadap menatang
satu ni! serangan tanpa henti! Selalu bertentang dengan kuku tajamnya, selalu
tersasar target sehingga aku lambat menyerang dan segera mengelak kuku beracun
haiwan ini. “Switch!!”
Dia terus bergerak
sepantas cahaya menyerang Colosues dengan pedangnya yang sudah bercas sejak
dari tadi. Dia membunuh Colosues hanya dengan satu serangan sahaja.
Tertera mesej
maya besar di hadapan kami semua di sertakan dengan fireworks lagi.
“BANSAI!!!” Kami
semua bersorak kerana kejayaan kami yang telah kami capai.
“TIDAK!!”
sorakan terhenti apabila gastoun berteriak. Dia kelihatan sedih dan marah pada
waktu masa yang sama. “Dia, budak perempuan tu… Kau seorang Beta tester kan?
Sebab tu kau tahu tentang senjata kedua menatang tadi tu. betul kan?!” dia
menjerit naik okta tiga. Semua pemain memandang kearah partnerku, Accel. “Kau
boleh selamatkan Nixho! Kenapa kau tak selamatkan dia dan nampak je dia mati di
depan mata?! Kau perempuan yang kejam!”
Dia menggenggam
erat pedangnya dan berpaling muka.
“Kau seorang
Cheater! Beta Tester semua selfish! Kau pembelot! Penipu! Cheater! Kau seorang
Beater!!”
“Hoi-hoi! Dah
lah tu.” Herculeis bersuara menyuruh gastoun untuk berdiam. Tak tahu malu, dia
perempuan. Jaga lah sikit perasaannya.
Terdengar satu
gelak tawa datangnya dari Accel. Satu mesej maya muncul di depannya dan dia tap
ok pada mesej tersebut. bajunya tertukar manjadi warna hitam ungu. “Beater?”
Dia memandang kearah kami semua dengan senyuman sinisnya. “Aku suka nama tu.
Dengar sini.” Dia menghalakan pedangnya kepada kami semua. “Ya, aku memang
seorang Beta Tester so? Apa kamu nak buat? bunuh aku? silakan tapi ingat. Kamu
akan menyesal di kemudian hari nanti.” Aceel bergerak ke pintu masuk ke tingkat
6 dan membukanya. “Aku pergi dulu, newbie.”
“Nanti!” aku
berlari mendekatinya dan memandang tepat kearah wajahnya tapi dia tidak. Aku
dah agak, dia dah nak menangis. Apa yang dia katakan pasal suka menjadi Beater
adalah rekaan, dia sebenarnya tidak suka. Dia sendiri tak mahu di gelar Beta
Tester, sebab dia sendiri pemain biasa seperti kami semua. “Accel-san, kau okay
ke?”
Dia mengangguk.
“Dari mana kau tahu nama aku?”
Apa? “Oh, kan
kat bawah bar life ada bar life kumpulan kita? Ia sekitar sini tak silapku.”
Aku menunjukkan bar lifeku tapi tak tahulah kalau dia faham maksudku.
Dia seperti
menumpukan sesuatu dan akhirnya tertawa kecil. “Toshiro-san, kau memang kuat.
Kalau ada orang nak minta kau masuk kumpulan kau terimalah, kau kuat dan jangan
sia-siakan benda tu. Selamat tinggal.” Dengan kata-kata tu dia bergerak masuk
kedalam pintu itu dan lenyap seperti dia telah di transport ke tempat lain.
Kemana lagi? Tingkat enamlah. Dia orang pertama menjejak kaki ke tempat tu.
sekarang, Tingkat 6 telah terbuka untuk semua pemain.
Comments
Post a Comment