Axerialeth: SOD -Scar in the heart, tears in the eyes-

Bab 12

“Aku bantah.”

Semua orang yang hadir di dalam bilik peta itu menghembus nafas geram. Ini dah kali ke empat Miracle membantah plan menyerang mereka.

“Dan mengapa kau bantah lagi Cik NightBlue?” Soal Rick menahan marah. Kenapa dia rasa perkara ni pernah berlaku? Déjà vu ke atau ayat ‘aku bantah’ NightBlue hampir sama dengan Miracle?

 “Walaupun kamu ni orang berpengalaman dalam berlawan dan menyelamatkan orang tapi menyelamatkan beratus mangsa eksperimen dan memusnahkan bangunan itu adalah mustahil untuk masa yang singkat. Tambahan lagi pasukan penyelamat hanya ada… dua, tiga, empat, lima, enam orang. It’s too risky.”

“We have to take risk. Bagaimana kita nak berjaya kalau kita tak ambil sebarang risiko? Setiap perkara ada risikonya. Mahu tak mahu, kita kena buat juga.” Bangkang Pole geram. Mereka hanya ada lima hari untuk buat plan sebelum tiba di bandar Chonxier dan perempuan ini membantah setiap rancangan mereka buat!

Miracle berdiam diri. Dia ada tabiat baru semenjak berjaya melarikan diri dari Organisasi CR untuk kedua kalinya. Dia kena jaga mulut supaya rahsianya tak terbongkar kerana dia cakap apa mindanya kata. Atau lebih tepat, dia tak pandai menipu.

Mereka menunggu orang yang mereka tidak tahu yang sebenarnya Miracle untuk bersuara tapi tidak juga. Ini buat Ben naik angin. “Kalau kau rasa semua ni berisiko tinggi, kau ada rancangan lebih baik yang kurang berisiko ke?!”

“Ada.” Dia jawab dengan cepat. “Berhenti tolong kami dan biarkan aku dan Spring uruskan masalah kami sendiri.”

Sekali lagi mereka semua mengeluh berat. Apa kes dengan perempuan ni?? dari pertama hingga sekarang dia asyik cakap benda yang sama!

“Well, aku rasa meeting kita di tangguhkan di sini.” Nuez bangkit dari tempatnya. “Want some choco NightBlue?” Nuez hanya dapat renungan maut dari Miracle suruh dia jangan bising pasal kejadian semalam. Nuez segera mengangkat tangan menyerah. “Sorry, I’m out now.” Dan dia bergerak keluar. . Manda juga bangkit keluar dari bilik tersebut tanpa bersuara.

Pole menggeleng. “For Lord sake, kau ingatkan aku kat seseorang.” Dia bangun dan menepuk bahu Rick. “Good luck pujuk dia.”

Ben memandang Miracle dengan renungan mautnya. Dia masih tak faham dengan perempuan di depannya ni. kenapa susah sangat nak minta tolong dengan mereka?

“Ben, jaga pintu.”

Ben mengangguk. “Luar atau di dalam.”

“Lantak kau lah.” Katanya lagi dengan nada yang sama. Marah dan tak puas hati.

Ben bangun dari tempat duduknya dan mengunci pintu. Setelah itu dia menyandar pada pintu tersebut sambil melihat Rick dan Miracle memandang satu sama lain. Dengan senyap dan lama.

Serius ni, Rick terus menerus rasa pergaduhan tentang misi menyelamat ni sama seperti pergaduhan dengan Miracle. Duduk diam seperti ini dan merenung sesame sendiri hingga salah satu dari mereka bersuara dan Rick selalunya yang mengalah. Really? Kenapa NightBlue yang boleh buat dia teringatkan tentang Miracle dan bukan Spring? Kekadang dia pernah terfikir yang NightBlue ni Miracle tapi itu mustahil sebab Miracle tak pandai berlawan.

setelah berdiam diri menunggu perempuan yang masih lagi musuhnya bersuara, Rick seperti yang di jangka mengalah dan berkata; “Kenapa kau cam ni?”

“Kenapa korang nak bantu?” soal Miracle balik sambil memeluk tubuh.

Uish… cepatnya menyoal minah ni desis hati Ben agak terkejut.

“Kenapa kau taknak kami bantu?”

“Apa kamu dapat dari bantu kami?”

BOOM!! Soalan tu memang kena pada Ben dan Rick. Apa mereka dapat dari bantu mereka? Mereka tak pernah terfikir pasal tu. Apa dalam minda mereka adalah menolong Spring untuk bebaskan diri. Itu sahaja.

“Kami dapat selamatkan orang yang kami sayangi.” Ben bersuara untuk Rick. Dia tahu Rick tak dapat menjawab soalan itu.

Miracle rasa nak menangis dengar ayat tu. Ia sama seperti dia semasa Rick nak bantu dia lepaskan diri dari Organisasi CR tapi sekarang berganti ke Spring. Dah terbukti yang Miracle dah tak penting dalam hidup Rick. Dia masih ingat lagi ayat Rick;

Sebab aku nak selamatkan orang yang aku sayangi. Aku nak selamatkan kau.

Miracle sembunyikan rasa sedihnya dengan berdecik dan berpaling ke kiri. Dia tak nak Rick nampak dia. Seperti Nuez kata, mata mencerminkan hati. Miracle menahan tangisannya dari mengalir.

“Kau ada beritahu Spring tentang ni?”

Sekarang mereka berdua terdiam. Dah tentu mereka tak beritahu Spring sebab mereka tahu apa riaksi perempuan tu.

“Tidak?” Miracle memandang kedua lelaki di depannya. “Kenapa tak beritahu dia? Spring minta pertolongan dari kamu dan dia berhak tahu tentang ni!” Miracle memicit dahinya yang sakit akibat terlalu banyak memikir dan menahan emosi. “korang buat rancangan yang boleh mengancam nyawa kamu sendiri dan tak beritahu Spring tentangnya? Bagaimana kalau tiada satu dari kamu terselamat dalam misi ni? It’s just the same, dia akan kembali dalam organisasi tu dan… dan…” Miracle menarik nafas teringatkan peristiwa semasa dia menyerah diri balik ke Organisasi CR. “Dia akan terseksa dari sebelumnya!! Badannya akan di uji 4 kali ganda lebih teruk dan budak 19 tahun ni takkan selamat dari uji kaji seteruk itu!”

“sekurang-kurangnya beritahu dia tentang rancangan ni supaya dia bersedia untuk tempuhinya nanti.” Kata Miracle dengan nada menggeletar. Dia tak nak Spring jadi seperti dia. Di seksa sepanjang masa tanpa henti. Bilik kurungan yang lebih teruk dari mangsa eksperimen yang lain. Dia akan di uji sepanjang masa, di suntik Cecair CR setiap masa tanpa henti sehingga terfikir mati jalan penyelesaian untuk hentikan semua seksaan itu.

Spring bukan seperti dia. Badan Spring tak boleh terima kuasa CR lebih banyak dari Miracle. Dia takut yang Spring akan mati.

“Kau tak faham!” Miracle tersentak mendengar jeritan Ben. “Kau tak faham. Sesiapa sahaja akan korbankan nyawa mereka untuk orang yang mereka sayangi. Untuk dia selamat dan hidup bahagia, walaupun nyawa kami di ambil hanya untuk dia gembira. Kau sayangkan Spring kan? Tentu kau nak dia bebas dan bahagia kan? Tentu kau korbankan segalanya untuk dia.”

Miracle terdiam. Ya, dia sanggup buat apa sahaja bukan sahaja untuk Spring malah untuk Rick. Dia sanggup menyerahkan dirinya supaya Rick tak terbunuh hanya untuk dia. Dia taknak orang mati di sebabkan dia dan sekarang dia tak nak Rick mati hanya kerana nak selamatkan orang lain. Dan orang tu ialah Spring. It’s hurt to just think about it.

“F-Fine…” Miracle pandang arah lain sambil menggenggam tangannya menjadi sebuah penumbuk. “Tapi korang kena beritahu Spring tentang ni. D-Dia berhak tahu.”

Rick dan Ben mengeluh serentak.

“Baiklah, tapi kau kena bekerja sama dengan kami selepas kami beritahu kat dia.”

Miracle mengetap bibir dan mengangguk.

Rick dan Ben terus keluar dan menyampaikan berita tersebut kepada Spring di Second Base. Setelah pintu bilik peta tertutup, Miracle jatuh berlutut di atas lantai dan melihat kedua tangannya. Menggeletar. Air matanya jatuh ke tapak tangannya, air mata yang selama ni dia tahan akhirnya mengalir tanpa henti bagai sungai.

Aku benci kau Rick. Apa kau cuba buktikan dengan bantu kami? Apa kau dapat dari semua ni? kau hanya sia-siakan hidup kau saja.

Aku benci kau. Aku sanggup serahkan diriku untuk kau selamat dan selepas aku melarikan diri dari Organisasi CR untuk ke-2 kali, aku tak lari ke sini sebab aku tahu Zeloid akan pantau kapal ni sepanjang masa. Aku tak nak mereka dalam bahaya lagi. Aku tak nak Rick mati.

semua usaha ku untuk Rick hidup akan jadi sia-sia sebab dia nak tolong Spring! Kenapa?! Rick tolong jangan buat aku cam ni… tolong lah.

Ikutkan hati, nak je Miracle buka penyamarannya dan beritahu Rick untuk berhenti tapi.. dia takut, masih adakah Miracle tersimpan dalam hati Rick atau sepenuhnya telah di takhluk oleh Spring? Rick dan Spring saling menyukai jadi dia takut kalau dia kembali akan buat perkara bertambah rumit.

Lagipun, dia dah berjanji dengan Spring yang dia akan hindari Rick untuknya. Arrrggghhh…… Dia mindanya sekarang bercelaru! Dia tak tahu apa dia nak buat sekarang ni!!

>X<

Mata Spring terbeliak bulat mendengar plan Rick untuk selamatkan orang dalam organisasi itu. Dia tak tahu ia akan terlibatkan nyawa, dia tak pernah terlintas dalam mindanya yang Rick sanggup korbankan diri untuk mereka.

“A-Aku…”

Manda segera menangkap Spring bila perempuan itu hilang imbangan kerana shock.

“Aku tahu kau akan membantahnya sebab tu aku tak beritahu kau pasal plan ni tapi kami perlu NightBlue bekerjasama dalam hal ni untuk selamatkan mangsa uji kaji tu. Jadi kami terpaksa beritahu kau untuk mendapat kerjasama NightBlue.” kata Rick, dia rasa dirinya ni bodoh. Perlukah NightBlue ada dalam misi ni? Tanpa dia, mereka boleh buat tanpa masalah.

“Kalau N-NighBlue join in, ia akan jadi kurang berisiko ke?” Soal Spring masih lagi Shock. “Kalau ya, aku setuju. Sebab aku tahu NightBlue akan selamatkan kami semua, termasuk kamu. Dia takkan biarkan sesiapa mati di depan matanya. Dia akan join kan?”

Mereka tak salah dengar ke apa yang Spring katakan? NightBlue tak benarkan sesiapa mati depan matanya? Jadi orang yang dia bunuh tu cam mana?

“Dia akan join.” Kata Pole untuk mereka semua dengan senyuman nipis. “Jangan risau Honey, NightBlue akan join kalau kau setuju dengan rancangan ni.”

Spring tersenyum lega. “Kalau cam tu Ya. Aku setuju.”

Semua dalam bilik itu menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya Spring setuju.

Ini buat Rick terfikirkan tentang Miracle. Kalau dia setuju dah tentu dia akan selamat dan sekarang bersama mereka tapi fikirannya turun ke NightBlue. Ketua kapal itu segera menggeleng. Kenapa minah tu masuk pula?

Di tingkat dua second base, sebalik dinding, Miracle mendengar semuanya.

Aku tak sangka yang Spring percayakan aku begitu dalam. Great… apa aku patut buat sekarang? Desis hatinya sedih kerana menemui jalan buntu.

>X<

Keesokan harinya, semua orang dalam kapal itu berkumpul di bilik peta sedang berbincang rancangan menyerang mereka. Semua rasa meeting ni hari lebih ringan dari sebelumnya kerana perasaan nak simpan rahsia dah tiada dah sebab Spring ada bersama mereka untuk join in sekali. Mengetahui setiap detail perancangan mereka dan NightBlue juga tak jadi hakim pembangkang dah. Dia sokong semua cadangan Rick dan Ben. Satu masalah… dia sokong semuanya.

“Kita tak boleh letupkan dari luar kerana bangunan mereka dekat dengan bangunan lain, jadi kita kena masuk ke dalam setelah hack in, melepaskan mangsa-mangsa tu dan letupkan dari dalam. Kau rasa itu boleh berhasil tak?”

Miracle memandang bangunan holo-picture di depannya, yang ada bintik-bintik merah di mana bom akan di pasangkan. “Hmmm…”

Rick menarik nafas dalam. Bukan respon yang dia harapkan. “Pole, kita ada stok bom kan? Sediakan sekurang-kurangnya 14. 2 untuk setiap tingkat bawah tanah tu. Oh dan pastikan letupan tu boleh hapuskan satu tingkat tu okay?

Pole buat signal okay guna jarinya. “No Prob. Persoalan, siapa nak pasal bom tu? Kita bukan ingat sangat tingkat bangunan ni.”

Manda mengangkat tangan. “Ingatan aku kuat. Aku akan menyamar jadi salah satu saintis kat situ, tapi aku tak boleh buat dengan sendiri.”

“NightBlue hidup dalam bangunan tu seumur hidupnya, aku rasa dia boleh kan?” cadang Ben memandang Miracle yang memutar bangunan itu ke arahnya. Dia tak lihat pun orang dalam bilik tu.

“Hmmm…” balasnya ringkas. Matanya tertumpu pada tingkat yang paling atas bangunan tersebut.

Rick mengangkat kening. Dia dengar ke? “Ini malam NightBlue masak Dinner.”

“Hmmm…” jawab Miracle tak dengar kerana tertumpu pada satu tingkat bangunan itu.

Rick mengeluh, dia tak dengar desis hatinya marah. “Okay. Nuez dan Spring hack security system tempat tu. Aku dan Ben pula akan uruskan mangsa-mangsa yang ingin di lepaskan. Any question?”

Miracle ada soalan. Tapi hanya di simpan dalam hati. Rick buat tugas yang paling berisiko. Membebaskan beratus mangsa eksperimen dari tingkat ke tingkat bangunan. Kalau mereka gagal, samaada mereka mati kena tembak sebab kantoi atau mati meletup kerana tak dapat keluar dengan selamat. Ini yang Miracle tak nak kan tapi dia tak boleh membantah dan bekerjasama dengan apa sahaja mereka rancangkan. Damn She hate Rick so much.

Spring mengangkat tangan. “Tapi menyelamatkan ratusan orang? Bukankah itu merbahaya?” Soal Spring risau.

Thank you sebab sebut tu untuk aku desis hati Miracle.

“jangan risau. Aku boleh lakukannya.” Kata Rick dengan senyuman manis.

“T-tapi Rick—”

Miracle mengeluh panjang. geram tahap gaban dengan kedegilan Rick. “kan dia kata jangan risau. Tak perlulah risau lagi, kalau dia kata dia boleh buat, jangan nak persoalkan lagi.” Miracle bangun dari tempat duduknya bersedia untuk keluar. “Kalau tiada lagi nak di bincangkan aku keluar sekarang.”

Miracle rasa dirinya diputar 180 darjah bila Rick menangkap lengannya. “What’s with you today?”

Miracle melontarkan renungan tajamnya ke Rick. “What now?”

“Kau meng’ya kan semua yang aku cakap hingga setuju masak dinne? kau tak dengar walau satu pun sepanjang meeting ni!”

“I did hear!” gertak Miracle balik. “Aku dan Manda menyamar memasang Bom. Nuez dan Spring hack security system. Pole sediakan Bom dan korang berdua jadi orang bodoh untuk selamatkan ratusan mangsa. Happy?” Muka Miracle merah tahan marah.

“Kau nak aku bekerjasama kan? Apa aku buat tu bukan kerjasama ke? atau kau nak lebih? Apa? Korbankan nyawa aku sebagai umpan?” Tambahnya lagi tapi  dia takda maksud nak cakap semua tu tapi perasaan marahnya membuat dia benarkan mindanya berkata apa yang dia nak cakap.

“Itu bukan kerja sama tapi hamba ikut cakap tuannya tanpa bantahan. Kau tak bercakap pun sepanjang meeting ni. kalau kau tak puas hati, cakap.” DIa mengenggam lengan Miracle lebih erat dari sebelumnya.

Miracle terus memegang tangan Rick kerana tangan yang dia genggam itu ialah lengan yang luka. “L-Let go of me…”

Rick melihat darah mula membasahi pembalut Miracle, segera dia lepaskannya. Kerisauan mengalir dalam dadanya. “M-maaf aku tak sengaja. Biar aku nampak luka kau.”

“Tak perlu.” Miracle mengambil langkah kebelakang, jauh dari Rick. “Stay away from me.”

“Aku hanya nak lihat luka kau. Come here.” Dia menarik NightBlue mendekatinya dan memeriksa lengan Miracle.

NightBlue mula naik merah kerana badan mereka dekat sangat. Dia harap masa berhenti untuk seketika supaya Miracle boleh lihat wajah Rick sedekat ini. Tapi, matanya dah mengkhianati dia dengan memandang kearah Spring.

Dia segera menarik lengannya dari tangan Rick. “Aku okay. Don’t worry.” Miracle menggenggam lengannya dan bergerak keluar dari bilik tersebut.

Kapal ni dah berubah dari mimpi indah ke mimpi buruk kepada Miracle.

Mereka semua memandang NightBlue itu berlari keluar. Kenapalah perempuan tu susah sangat nak di fahami?

Ben menyandar pada kerusinya rasa penat secara mental. “Itu agak senang dari sebelumnya tapi NightBlue memang tak cooperative dengan kita.”

“Sebab dia kepala batu.” kata Nuez pula. “Dari awal dia bantah rancangan ni dan dia tak nak ubah fikiran tapi di sebabkan terpaksa, dia hanya duduk diam dan bantah dalam hati. Cam mana dia nak bekerjasama kalau kita semua tak nak percayakan dia?”

“Nu, cam mana kita nak percayakan dia kalau perangainya mencurigakan sangat? Plus, dia sendiri tak percayakan kita.” Manda menyebelahi kawan-kawannya.

“Cam mana kau tahu pasal tu?” Nuez menyentuh dadanya. “Hati ku kuat menyatakan yang NightBlue tu baik orangnya. Aku nampak dengan mata ni sendiri yang dia kesunyian dan terseksa dalam diam. Dia perlukan seseorang untuk mendengar rungutannya. Tapi entah kenapa, menghindari kita semua dan tidak datang untuk membuka hatinya kepada kita, pasti ada sesuatu kita cakap yang buat dia kurang percaya kat kita. No offence but mulut kita ni agak ganas juga kat perempuan tu dan bukan aku nak tegakkan dia tapi dia tu perempuan dan perempuan sensitive orangnya.”

“none taken, aku mengaku aku tak suka kat perempuan tu tapi perempuan itu sensitive? Dia hampir bunuh Rick!!” bangkang Ben pula.

“That’s enough you guys, takda maknanya bergaduh pasal ni. kita takkan ke mana.” Potong Pole dengan keluhan. “Cukup untuk ni hari. Spring, jom keluar tinggalka mereka berdebat benda yang sia-sia.

Spring mengangguk, hanya berdiam diri. Kenapa dia rasa bersalah pula ni? Adakah permintaannya kat NightBlue jauhkan diri dari Rick satu permintaan yang berat sampai mereka bergaduh seperti ini?

“Spring sayang, kenapa termenung ni?”

Spring tersentak dari lamunannya dan menggeleng. Dia tak perasan yang mereka dah tiba di depan biliknya. “Umm Pole, aku nak beritahu sesuatu….”

“Hmmm, Apa dia?” Soalnya dengan manis.

“A-Aku suruh NightBlue jauhkan diri dari Rick. S-sebab tu NightBlue perangai cam tu, Aku buat benda yang salah ke?”

Pole agak terkejut, memandang kekiri dan kekanan, dia terus memegang lengan Spring.

“P-Pole, aku tahu aku salah t-tapi—Ah!”

Pole segera menarik Spring masuk kedalam biliknya dan mengunci pintu. Dia suruh Spring duduk di katilnya sementara Pole berdiri memandang Spring sambil memeluk tubuh.

“Pole… tolong jangan pandang aku cam tu…” rayu Spring tertunduk kerana sedih.

“Honey, kau tak salah malah, Aku happy.” Katanya tapi tiada senyuman terpapar di wajahnya. “Kau cemburu sebab Rick selalu luangkan masa dengan NightBlue tentang planning menyerang tapi kekadang, perasan cinta tu kena di tahan dulu untuk kebaikan semua. Seperti sekarang, kebaikan semua ialah kita semua bekerjasama dalam melaksanakan misi ini. Tanpa kerjasama NightBlue, misi kita takkan berjaya dan kamu berdua kembali ke Organisasi hitam. Tahu apa jadi kalau itu berlaku?”

Spring mengangguk. Dia kembali menjadi mangsa eksperimen CR dan dia takkan jumpa Rick lagi…. Tak! dia tak nak itu berlaku!

“Jadi apa patut aku buat?”

Pole tersenyum nipis. Kekadang jadi perempuan ni ada baiknya juga. “easy. NightBlue dengar cakap kau kan? Batalkan je apa kau suruh kat NightBlue.”

Itu…. Adalah satu masalah. Spring mengusap lehernya. “W-well you see, NightBlue seperti suis lampu, Cuma dia tiada butang off. Kalau dah On, dia akan tetap On hingga ke akhirnya.”

“Really? Oh wow, perangainya sama dengan Rick. Anyways, kita akan cari cara untuk betulkan semuanya, jangan risau, aku akan tolong kau.” Kata Pole dengan senyuman manis buat Spring turut tersenyum lega.


“Thank you Pole, Thank you!” 

No comments:

Post a Comment