Racing Heart: 20# Race
Keesokan paginya, tiada ribut, tiada
tuafan, heavy sleeper bernama Sakura Hinamori bangun awal memecahkan rekod
tidurnya. Entah kenapa, dia tak boleh tidur. Dia berputar kekiri dan kekanan
sepanjang malam di atas katilnya cuba cari posisi yang selesa untuk tidur dan
akhirnya! Beberapa jam kemudian baru dia dapat lelapkan mata.
Dia menguap seperti badak air dan secara
longlai dia mengheret kakinya seberat 100kg masuk kedalam bilik air. Dia
memandang wajahnya di cermin dan berdengus. Dia nampak cam Zombie kampong
pisang.
Usai menyegarkan diri, dia mengenakan
pakaian ‘Cherry’nya. Sakura turun ke bawah dan mula masak sarapan untuknya dan
papanya sebab minggu ni gilirannya untuk masak. Ia ambil masa setengah jam
untuk dia habiskan makanannya dan naik semula ke biliknya untuk mengambil
barang seperti phone, kunci kereta dan yang paling penting topi Nike sebelum
bergegas ke kereta kesayangannya.
Perlumbaan belum lagi bermula, malah
laaaama lagi dan dia tak nak datang awal. Kenapa? Sakura tak nak nampak muka seseorang… sekurang-kurangnya belum
lagi. Dia belum bersedia. Jadi dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar di
Bandar, cuba untuk kosongkan mindanya dari si dia. Dia tak boleh diganggu atau terganggu sebab ni mmungkin
perlumbaannya yang terakhir di HK dan dia nak lakukan yang terbaik!
Bila masa untuk perbincangan nak mula, dia
akhirnya ke tempat perlumbaan. Sebaik sahaja tiba di sana, dia dapati dia orang
terakhir yang sampai, dia okay je sebab dia cuba mengelakkan diri dari si dia.
Sakura duduk di kerusi tersedia yang khas
untuk pasa peserta. Dia mendongak ke atas dan menutup mata. Dia dapat rasakan
ada seseorang memerhatikan dia tapi dia endahkannya. Dia cuba kosongkan
minfanya dan hanya memikirkan perlumbaan tapi perkara tu tetap datang balik. Shou Lan.
Sakura membuka matanya apabila seseorang
menyentuh bahunya. Dia membuka mata dan memaksa dirinya untuk tersenyum.
“Morning Lei.”
>X<
“Cam
mana aku boleh tak perasan?” Shou murung memandang
kearah ‘Cherry’. Semua tentang perempuan tu menjerit nama ‘Sakura’. Cara dia
tunjukkan personalitynya, cara dia berjalan dan cara dia bercakap! Termasuk senyumannya…. Cam mana dia, Shou boleh tak perasan semua tu? Shou
berdengus kecewa.
Okay, setengah dari dirinya nak berdepan
dengan Sakura dan minta penjelasan dari perempuan tu. Dia nak tahu kenapa
Sakura menipu kat dia? Tapi setengahnya lagi, dia tak nak tahu. Kali pertama
dalam hidupnya dia….. takut kepada kebenaran. Cam mana kalau dia hanya
mempermainan dia, perasaannya? Shou menggeleng keras.
Tak, Sakura takkan buat cam tu kat aku. Dia
bukan cam tu.. tapi kenapa dia tak beritahu yang dia tu ‘Cherry’? desis
hatinya. Lebih dalam dia fikirkannya, lembih teruk dan mengelirukan ia jadi.
Dia berdengus dan menutup muka dengan tangannya.
Shinn, yang duduk di sebelahnya rasa hairan
dengan perengai sepupunya satu ni tapi Shou endahkannya.
Beberapa situasi kemudian, juri mereka Leo,
berikan arahan kepada mereka dan pada masa itu Shou dah buat keputusan. Dia
akan bercakap dengan ‘Cherry’ selepas perlumbaan dan dia akan beri dia peluang
untuk jelaskan semuanya kepadanya apa yang SHou nak tahu. Setelah membuat
keputusan, dia kembali semangan dan dia akan pastikan dia akan tamatkan
perlumbaan itu dengan kemenangan di tangannya.
>X<
Drag-race pertama ialah perlumbaan antara
Lei dan Tien.
Lei tersenyum gembira. Tak sabar dia nak
berlumba dan menang Shinto’s Cup tu.
“Good luck Lei.”
“Thanks.” Kata Lei kepada Sakura dan
bergerak ke garisan permulaan.
“Sedia? 5…4…3…2…1… GO!!” Dua kereta itu
memecut laju meninggalkan garisan permulaan.
Kira-kira 20 minit kemudian, sebuah kereta
dapat di lihat dari jauh. Dia ia sebuah kereta kuning, kereta Lei dan dia
tamatkan perlumbaan mereka dalam masa kurang 25 minit. Dia memarkingkan
keretanya di tempat yang di khaskan dan keluar. Semua penonton menjerit dan
bersorak untuknya atas kemenangan Lei. Dia tersenyum dengan gembiranya
mendekati Sakura
“Woah… 25 minit? Tahniah!”
Lei tunduk hormat ala-ala gentlemen. “Thank
you my Fair Lady. Sekarang kau pula yang berlumba dan dengan siapakah lawan kau
yang malang itu?”
Sakura tertawa keci. “Shinn Long.”
“Ouch.” Kata Lei terkejut dan juga teruja.
“Yup, ouch.” Mereka ketawa bersama dan
Sakura ke garisan permulaan.
>X<
“Ada sesuatu yang tak kena lah.” Kata
seorang lelaki yang berambut hitam.
“Apa?” nada sakit hati terkeluar apabila
dia di ganggu.
Lelaki berambut hitam ber’highlight merah
pula memutarkan bola matanya fed up. “Ryo, boleh tak kau berhenti meliarkan
matamu dengan nampak perempuan? Oh god, Kau cam Tarzan keluar hutan first time
nampak spicis berlainan jantina dari dia.”
“Oh Hush, Takeshi. Tapi kan, kau tak rasa
ke perempuan di sini lebih sexy dari kat Jepun?” soalnya tanpa mengalihkan
pandangannya dari para perempuan.
Takeshi menggelengkan kepalanya. “Kau rasa
cam mana, Yamato?”
“Menjijikkan.” Jawabnya melihat Kawannya,
Ryo berliur.
Takeshi tertawa. “Bukan itu, kalau Ryo
nampak pun dah tahu jijik. Yang aku maksudkan ialah Sakura. Kau tak perasan ke
yang Sakura tak nampak teruja? Itu bukan Sakura namanya kalau dia tak teruja
pasal racing cam ni.”
“Aku tahu maksud kau, Takeshi.” Kata King.
Dia teruskan memandang kearah Adiknya di garisan perlumbaan. “ada sesuatu
mengganggu dia.”
Takeshi mengangguk setuju. “Aku pun rasa
cam tu. apa kata kita cuba bercakap dengan dia lepas race.” Yamato tidak
menjawab hanya memandang wajah adiknya. Kenapa dia rasa perangai adiknya
sekarang ni ada kena mengena dengan budak cina bebal tu?
>X<
Sakura menunggu dengan sabar dan
cemasnya(akibat minda terganggu oleh seseorang) untuk Leo kata ‘GO’.
“…3…2…1…GO!!”
Pink Spider it uterus memecut laju menjadi
pemimpin dalam perlumbaan itu. Jalan lurus sepanjang mana matanya boleh
memandang, dan dia tekan pedal minyak. Dia menjeling kearah cermin depannya dan
dapati Shinn berada di belakannya. Dia kembali memandang depan, dan tak
menjeling kearah cermin lagi.
Apabila jalan mula melengkung, Sakura
lepaskan pedal minyak dan berputar mengikut lengkungan jalan. Apabila jalan
kembali lurus , dia memecut lebih laju, membuat orang yang menonton melihat
highlight pink sahaja yang meluncur di atas jalan raya.
Sakura memandu secara melulu dan dalam
kelajuan yang tinggi, dia terganggu dengan pemikirannya sendiri. Shou dalam
mindanya lagi. Dia berfikir 1001 cara cam mana nak beritahu dia kebenarannya.
Cam mana cara terbaik untuk berdepan dengan Shou? Dari mana dia nak mula? Dia
terlalu sibuk dengan pemikirannya hingga dia hampir terhempap ke tepi dinding
tapi tindakan reflexnya kuat dan segerak mengelak.
Dia melintangkan kakinya supaya dia boleh
menekan kedua-dua pedal minyak dan break. Dia menarik hand break dan memutar
steeringnya membawa keretanya jauh dari dinding tersebut. Keretanya bergeser
dengan kuat membuat tanda diatas jalan. Pink Spier itu meluncur melimpasi
selekoh tersebut dan hanya beberapa inci jauhnya dari terkeluar dari jalan.
Selepas menamatkan selekohnya, dia
turunkan hand break dan segera kembalikan Steeringnya kepada kedudukan
sebelumnya.
Dia bernafas dengan laju, dan jantungnya
bergentum dengan kuat pada dadanya. Dia nak hentikan keretanya dan berehat
untuk sementara waktu tapi dia tahu dia tak boleh buat cam tu. So, She Inhaled dan Exhaled deeply, trying
to calm her racing heart and to
blank her mind. Setelah dia kembali tenang, dia kembali memeceut.
‘too close.’
Dia memandu dengan sepenuh tumpuan dari
sebelumnya. Dia drifth apabila dia di selekoh kanan dan selaps itu kiri dan
kembali ke jalan yang lurus. Dia terlampau khusyuk dengan perlumbaannya dia tak
perasan yang dia dah dekat denga garisan penamat dan… menang? Tepukan gemuruh
kedengaran membuat dia kembali pada dunia reality. Dia terkejut dan mengerdip
mata beberapa kali dengan laju dan sekali lagi… terkejut! Dia dah limpas
garisan penamat dan nak teruskan memandu. Dia berhentikan keretanya, buat
putaran 180 darjah dan parking di padang rumput yang dah di hias dengan pulisan
Shinto’s Cup.
Dia menutup matanya dan menyandar di
steering kereta dengan keluhan yang berat. Dia penat, sangat penat
>X<
“ada sesuatu yang memang tak kena dengan
dia.”
“Kau perasan?” Soal Takeshi menganjungkit
kening.
“Tolonglah dude. Aku hanya melihat—”
“perving shamelessly”
“—perempuan, tak bermaksud aku tak
perhatikan dia” kata Ryo mengendahkan selitan ayat menyakitkan hati dari
Takeshi.
Yamato mendengar komen dari dua rakannya
dan mengangguk setuju. Sakura terganggu hingga dia tak perasan yang dia dah
tamatkan perlumbaan itu. Dia mula bergerak ke bahagian Peserta perlumbaan
dengan Ryo dan Takeshi di belakang tapi Yamato suruh mereka tunggu.
Mereka akhirnya akur walaupun setelah Ryo
lontarkan puppy face poutnya kearah Yamato tapi dia endahkan.
>X<
Sakura duduk di kerusi sebelah Lei. Dia
melihat kearah Sakura dengan penuh rasa risai. Dia dah Tanya kenapa Sakura
berperangai pelik semacam tapi Sakura hanya berikan senyuman dan kata ‘it’s
nothing’. Lei tahu perempuan di sebelahnya menipu tapi dia tak nak paksa benda
yang Sakura taknak.
“Sakura.” Satu suara lelaki kedengaran dari
belakang. Lei berputar dan melihat lelaki itu dengan penuh persoalan. Lelaki
itu mengendahkan Lei dan teruskan memandang Sakura.
Sakura terus rasa tegang apabila seseorang
menyentuh bahunya. Dia berputar dan nak je halau orang yang berani kalau dia
tapi dia kaku. Matanya terbeliak besar dan dia rasa rasa air mata jatuh ke
pipinya.
“Yamato!” dia terus melompat kedalam
dakapan abangnya. Lei terkejut melihat mereka berdua. Yamato menepuk belakang
adiknya untuk tenangkan dia. Sakura menangis secara senyap. Ini but Yamato
sedih, dia tak suka nampak adiknya cam ni. Dia bersumpah, siapa yang buat
adiknya menangis akan terima balasannya. Sakura memeluk abangnya dengan erat.
“Jom.” Yamato membawa sakura ke jauh dari
tempat itu. Tanpa mereka ketahui, seseorang sedang memerhati dengan perasaan
marah, keliru … dan sakit.
Yamato bawa Sakura ke kereta sewanya di
mana jauh dari tempat yang bising. Dia membuka kunci kereta dan letakkan sakura
di tempat duduk penumpang depan. Yamato membongkokkan diri satu lutut mencecah
tanah.
“Kenapa ni, Squirt?”
“N-Nothing.” Katanya antara tangisan.
“Sakura…”
“Betul, t-tak da papa, Yamato. Mungkin,
aku… hanya stress sebab… semuanya.”
“Definisikan ‘semuanya’.”
Sakura mengetap bibir. “Umm…. Sekolah,
kerjarumah dan ujian. Kau tahu kan?”
Yamato menggeleng kepala. “Kau tak pandai
menipu, squirt.”
Sakura tertunduk malu. “Umm, ya.”
>X<
Sementara kedua demon sibling itu sedang
‘berborak’, perlumbaan seterusnya telah bermula. Antara Lei dan Shou. Lei agak
kecewa sebab Cherry tiada di situ untuk melihat dan bersorak untuknya. Tapi dia
tahu ada sesuatu yang tak kena kat Cherry. Dia tak gembira dan happy-go-lucky
seperti selalu. Dia harap sesiapa saja lelaki tadi tu kembalikan Cherry yang
sebenar.
Dia bahagian satu lelaki bernama Shou pula,
kesabarannya semakin tipis. Siapa lelaki tu dan apa dia buat dengan
sakura-nya?! Tapi apa yang dia nak tahu sangat ialah kenapa sakura melekat
dengan lelaki itu? Apa hubungan mereka? Semakin dalam dia fikirkan tenrang
hubungan mereka, dia mula rasa sakit hati. Matanya mula menunjukkan
kemarahannya. Dia kena tamatkan perlumbaan ni, cepat. Dia kena bercakap dengan
Sakura.
>X<
Beberapa minit kemudian. Phone Yamato
berdering dan mengangkatnya. Hanya ayat ‘okay’ sahaja terdengar dari mulutnya
sebelum dia memutuskan talian.
“Squirt, perlumbaan dah bermula.”
“huh? Jadi, perlumbaan tu antara Lei dan…”
Dia berhenti sejenak sebelum kata nama ‘Shou’ dengan nada yang sedih.
Yamato dapat tangkap dan mula rasa curiga.
Nama tu cam biasa dia dengar tapi dia tak tahu dari mana.
“Kau nak balik ke sana atau tunggu di
sini?” soalnya dengan nada lembut.
“aku rasa kita patut pergi sana. Aku tak
nak miss race ni.” Yamato mengangguk dan menarik adiknya bangun dan memeluknya
di bahu membawanya kembali ke tempat bising itu. Setengah jalan ke tempat
mereka, Ryo dan Takeshi sedang menunggu mereka.
“Little squirt!”
Sakura tersenyum dan memeluk mereka berdua
dan kembali kedalam dakapan abangnya. Ryo bergerak ke tepi sakura dan mula
bercerita dengan rasa teruja.
“So, my lovely Sakura.” Dia mula bersuara
tak perasan renungan tajam dari Yamato. “bila aku boleh jumpa dengan Kawan
‘perempuan’ kau?”soalnya sambil menyembut ayat perempuan. Takeshi memutar bola
matanya entah keberapa kali dia tak tahu untuk ni hari.
Sakura tertawa kecil. Dia memang tahu
betapa gatalnya Ryo ni. “Well, aku kenal beberapa perempuan ‘cantik’. Mungkin
aku akan kenalkan mereka kat kau.”
“Yes! Kau mesti! Maksud aku, Aku ni kan
Best friend kau, kan?” katanya dengan puppy eyesnya.
Sakura tertawa. “Aduh, cam mana aku nak
tolak wajah kau yang comel ni? Dah tentu aku akan kenalkan mereka kat kau.”
“Thank you!!” Dia memeluk Sakura dan
berputar-putar. Sakura menjerit dan tertawa gembira.
Yamato tersenyum lega adiknya kembali
ceria. Nampaknya si Ryo ni ada gunanya juga tapi dia patut lepaskan Sakura.
“Ryo, lepaskan adik aku.”
Ryo tersengih-sengih dan lepaskan sakura.
Dia mengusap kepala sakura dengan laju membuat Sakura mencebik. “Idiot.”
“but you still love me.”
Pack! Yamato meluku kepala Ryo, entah
berapa kali dia kena ingatkan lelaki satu ni jangan urat adik dia. Kepala batu.
Sakura tertawa kecil melihat Ryo merajuk
sambil mengusap kepalanya yang benjol dan muka menjengkelkan dari abangnya.
Takeshi tersenyum nipis. “baguslah kau dah
kembali, Sakura.”
Sakura blur. “Aku tak pergi mana-mana pun.”
Takeshi hanya tersenyum dan menggeleng.
“Never mind, jom balik ke tempat perlumbaan.”
Dengan itu, Takeshi membawa Sakura ke
tempat orang ramai.
“Good Job, Ryo.”
Dia buat ala-ala menolak rambutnya
kebelakang telinga dan berikan blow kiss kepada Yamato. “Well, it’s part of my
charm.”
PACK!
Yamato bergerak ke sebelah adiknya.
“OW!! Sakit lah!” dia mengusap kepalanya
yang dua kali benjol. “Takeshi! King Buli aku lagi!” katanya merajuk
Takeshi tertawa tapi mengendahkan rungutan
Ryo dan mereka bertiga bergerak pergi.
“Oi korang! Jangan tinggalkan aku!!
Takeshi, beritahu aku apa salah aku?!” Takeshi buat-buat tak tahu buat Ryo
sakit hati. “Tell me, Damnit!”
>X<
Semasa Sakura kembali ke kawasan
perlumbaan, 10 minit dah berlalu. Dia bergerak ke kerusinya semula. Yamato
turut masuk ke ;private area’. Seorang pengawal datang dan ingin menghalaunya
pergi tapi terbatal apabila melihat renungan dingin Yamato yang boleh buat
orang trauma dan di tahan dalam wad ICU selama seminggu.
Yamato duduk di sebelah Sakura dengan
senyap dan selesa sehingga penonton menjerit dan bersorak dengan kuat. Sakura
bangun dan terkejut melihat kereta Shou menamatkan perlumbaan mereka. Hanya
dalam masa 15 minit? Dia dekatkan dirinya dengan pagar pemisah jalan dan tempat
duduk penonton untuk mencari kereta lagi tapi tak dapat nampak apa-apa. Dia
menggenggam pagar bewayar itu hingga tulang penumbungnya jadi pucat.
Shou hebat, sangat hebat. Sakura tersenyum
teruja. Dia tak sabar untuk gilirannya pula!!
>X<
Selepas Shou parking keretanya, Leo
mengisytiharkan yang mereka diberikan masa berehat. Dia bergerak ke arah
kawannya, mereka menepuk bahu Shou dan mengucapkan tahniah dan ‘good job’. Shou
hanya mengangguk dan duduk di kerusi kosong yang berada jauh dari
kawan-kawannya. Dia meutuo mata dan membukanya kembali. Moodnya yang
sememangnya down semakin marah apabila dia nampak satu situasi yang kurang
menyenangkan.
Sakura duduk di sebelah seorang berambut hitam.
Seseorang itu ialah lelaki dan Sakura dengan slamber rehatakan kepalanya di
bahu lelaki itu. Ulang suara, KEPALANYA DI BAHU LELAKI ITU?!! Shou mengetap
bibir. Lelaki itu berputar kearah sakura dengan senyuman dan… Skaura membalas
senyumanny? Lelaki cam biasa dia nampak tapi itu tak penting bagi Shou
sekarang. Apa yang dia nak buat ialah nak tumbuk seseorang yang beberapa meter
jauh darinya. Dia membuat satu penumbung di tangan kanannya.
Dia menyandar di kerusiya dan memejam
matanya dengan erat. Dia menarik nafas dalam dan lepaskan gambaran itu pergi.
bila dia buka mata, ia menjadi tambah teruk. Kali ini, lelaki itu memeluk bahu
Sakura. Shou bangun membuat bunyi bengit dari kerusinya, semua orang memandang
kearahnya.
SUDAH LAH!
“Shou?” Shinn menghalang Shou dari
bergerak. “Kau okay ke?”
Shou yang naik berang menarik nafas sedalam
yang mungkin dngan penumbuk yang tersedia di tangan kanannya. “Tak.”
Sebelum dia nak bergerak, seseorang lagi
menghalangnya.
“Kenapa ni?” Yui menyoal memegang tangan
Shou. Lelaki berang itu kata ‘nothing’ tapi matanya focus pada benda di
depannya. Yui memandang ke mana Shou melihat dan berhenti.
“Cherry?” Dia blur.”Kenapa ni? Shou?” Shou
tidak bersuara.
Lelaki itu bangun dari tempat duduknya
sementara Sakura masih lagi duduk. Dia ada akap sesuatu kat perempuan tu, di
mana Shou pasti dia suruh sakura untuk bangun.
Lelaki itu berhenti di tengah jalan membuat
Sakura yang menghayal terlenggar bahunya di kepalanya. Shou melihat Sakura
memukul belakang lelaki itu dan tertawa membuat Sakura menghentak kaki, memeluk
tubuh dan mencebik. Shou melihat lelaki menjengkelkan itu tersenyum sinis dan
mengusap kepala Sakura dengan kuat. Selepas itu memeluk bahu sakura, menarik
perempuan itu dekat dengannya. Tahap ni, kemarahan Shou dah kalah gunung berapi
mau meletup! Mukanya menunjukkan semuanya, marah, kecewa, sakit hati, di tipu
dan pelbagai lagi perasaan negative bercampur aduk di dalam hatinya. Ini buat
Shinn dan Yui naik risau.
Shou ingin bergerak ke tempat mereka sekali
lagi tapi Yui berpaut pada tangan Shou menghalang Shou bertindak melulu. Shou
memandang kearah Yui dengan amarahnya. Renungan mata Shou membuat Yui kecut
perut. Tak pernah dia nampak Shou sebegini marah dalam seumur hidupnya. Dia
terfikir apakah punca kemarahan Shou dan apa kena-mengenanya dengan Cherry?
Semasa Yui melepaskan tangan Shou, Sakura
dan lelaki meluat itu dah pergi. Dia menyumpah beberapa ayat (yang tidak patut Angah ajar kat korang, sebab angah underage) dan bergerak
pergi, pergi dari semua orang.
Yui memandang Shou pergi dengan rasa takut
dan risau pada masa yang sama sebelum berputar kearah sepupunya lagi satu.
“Apa dah jadi? Kenapa dengan Shou tu?”
Shinn memandang kearah tempat di mana
Cherry pernah berdiri sebelum perempuan itu bergerak pergi. Dia meramas rambutnya.
“Aku tak tahu..”
Tapi aku rasa ada kena mengena dengan
perempuan Cherry tu desis hatinya.
>X<
Selepas waktu rehat mereka tamat, Sakura
dan Shou di panggil ke tempat di mana Leo berada. Leo beritahu yang jalan
perlumbaan mereka telah di ubah sedikit, jalan yang di tutup dah terbuka.
Sakura mengangguk sahaja tak dengar sangat apa yang Leo katakana. Shou juga
seperti itu. Selepas habiskan penerangannya, Leo beritahu mereka yang mereka
ada lima minit sebelum perlumbaan dan dia pergi.
Shou akhirnya perasan yang Leo dah pergi,
dia memerhatikan Sakura di tepinya. Dia tertunduk memandang tanah, bahunya
jatuh. Dia berputar dan nak membuka mulut tapi Suaranya tak keluar apabila
nampak dia berjalan mendekati
mereka. Shou biarkan marahnya mula menggeledak naik. Dia merenung tajam kearah
lelaki itu dan pergi.
Yamato yang bergerak mendekati adiknya
bersama Ryo dan Takeshi di sisinya. Yamato menjungkit kening apabila dia nampak
lawan sakura menjeling kearahnya. Dia mengangkat bahu tak kisah.
Kalaulah dia tahu siapa lawan sakura itu....
>X<
Leo mengumumkan pusingan Akhir telah tiba.
Sakura dan Shou dah bersedia di dalam kereta mereka dan posisi mereka
masing-masing. Shou menggenggam steering keretanya dengan erat. Dia masih
marah. Dia mati-matian nak tahu siapa lelaki itu tapi dia tak berpeluang untuk
bercakap dengan Sakura. Privately. Bila dia ada peluang untuk bercakap, lelaki
sialan tu mesti datang mengacau.
Dia memukul steeringnya melepaskan marah
dan rasa kecewa.
Sakura pula, mempunyai perasaan yang
sebaliknya. Dia senyap dan nak mengalah dengan semua masalahnya.
Apa? Mengalah?
Sakura menggeleng keras dan memukul kedua
pipinya. Tak! Aku kena focus! Aku tak boleh biarkan diriku terganggu lagi!
Desis hatinya sambil mengangguk. “lagipun, ini mungkin perlumbaan terakhirku,
so, aku kena bagi apa yang aku ada.” Bisiknya dan mula menyuntik kata-kata
semangat dalam dirinya.
“Okay racers, start your engine!” jerit Leo
dengan microphone di telinga sambil memegang Bendera Hijau yang besar. Penonton
bersorak mendengar engine kereta meraung dengan kuat.
Leo mengira ikut lampu merah di hadapan
pelumba. “5…4…3…2…1… GO!!!” sebaik sahaja 5 lampu merah itu bertukar warna ke
hijau dan bendera hijau di kibarkan, mereka menekan pedal minyak mereka dan
memecut laju meninggalkan garisan permulaan.
(A/N: Shisss…. Cliff hanger… hahah~~ See
you in the next chapter!!! ^^)
hai....jemput share link novel kat grup kami https://www.facebook.com/groups/214963462020115/
ReplyDeletepencarian bakat baru sedang bermula