Racing Heart: 8# Race


Seminggu telah berlalu dan berita tentanf perempuan memandu Pink Spider menang dalam perlumbaan melawan Loue dari team Vra-Vroom tersebat seperti virus Computer. Loue tidak pernah bersendirian sepanjang hujung minggu tersebut. Apabila dia di soal tentang si Pink Spider, dia hanya beritahu nama pemilik Pink Spider dan itu sahaja. Apabila dia disoal lagi berkali-kali, Loue mula rasa jemuh dan meletup! Disebabkan kejadian tersebutlah tiada siapa berani lagi datang berjumpa dengan Loue untuk menanya tentang Cherry

Team member Vra-Vroom terkejut dengan perangai Loue. Setiap kali Loue kalah dalam satu perlumbaan, seperti perlumbaan bersama Yui, Loue akan marah dan bad mood sepanjang minggu. Namun, Dengan perlumbaan sabtu lepas, Dia nampak tenang pasal perlumbaan tersebut. Mereka pernah soal kenapa dan jawapan Loue adalah; “buat kali pertama aku rasa seronok berlumba dan aku berpuas hati dengan kekalahanku.”

Tentulah berita ini sampai ke telinga Sleeping Forest dan Emperor. Tomoko sekali lagi beritahu kepada rakannya yang perlumbaannya denga Cherry bukanlah disebabkan nasib, dan dengan kekalahan Loue, ia telah terbukti yang Cherry memang handal.

Mereka semua akhirnaya menerima kenyataan dan sekarang tertanya-tanya siapakah si Cherry ini dan kenapa mereka tak pernah lihat dia sebelum ini serta kenapa dia tetiba muncul di kawasan mereka. Persoalan ini turut berada di dalam minda Emperor. Yui yang tiada hasrat untuk berlawan denga Cherry akhirnya ingin berhadapan dengan Cherry untuk melihat skillnya depan matanya sendiri.

Sekarang, Sleeping Forest plus Yui berada di Clow’s Café berbincang tentang si Misteri Cherry; namun, cerita mereka bertukar kepada rancangan matchmaking untuk lelaki si mata misteri dengan Si Comel patung Tomoko.

“Aku cakap sama kau, dorang dua akan jadi couple yang serasi!!”

Jue menutup mulut Tomoko dengan kedua tangannya. “Shh… kalau ya pun janganlah menjerit.”

“oh oh, Aku pun fikir cam tu juga!” Jerit Yui sekali. Tiga orang yang lain pula hanya menggeleng melihat dua orang perempuan yang gila dengan BFF dan sepupu sendiri.

Tomoko menepis tangan Jue dan mengangguk setuju dengan pendapat Yui. “Kita kena satukan mereka! OMG, aku dah dapat bayangkan dah. My Little voodoo doll berjalan seiringan dengan Shou, berpegangan tangan sambil matahari sedang terbenam…. Ooooooh! So Cute!!”

“Shou perlukan pasangan hidupnya dan sejauh ini, Sakura sahaja yang tak terpikat denga Shou! Dorang tentu menjadi pasangan yang serasi!” Yui menepuk tangannya teruja.

“Yes, Yes!” Tomoko setuju 100 persen dan mereka berdua berterpuk tanganan sesame sendiri.

“Operasi Matchmaking: Sakura Hinamori dan Shou Lan. Bermula!” Kata mereka berdua serentak.

“Korang bertiga kena tolong juga!” YUi berputar kearah rakannya lagi tiga yang menyembunyikan muka mereka disebalik menu. “Apa kamu buat tu?”

“Membaca..” Jawab Yumi disebalik menu.

“Betul ke? tak pula aku tahu korang boleh baca menu terbalik.” Kata Yui menurunkan menu dari tangan mereka.

“Oh, Oops!” Ren tersengih-sengih dan menurunkan menu mereka.

Tomoko hanya menggeleng melihat tiga rakannya berperangai pelik (eleh… cam dia tak pelik) dan memandang semula ke Yui. “Apa patut kita buat? Cam mana nak buat mereka lebih akrab?”

“Hmm…” Yui memandang keatas sambil mengusap dagunya. Dia memetik jari apabila mendapat Idea. “ Call Sakura ke sini sekarang. Aku plak call sepupu aku.”

Tomoko mengangguk setuju dan segera mendail nombor Sakura. Begitu Juga Yui jarinya rancak mendail nombor Shou.

Sepuluh minit kemudian, Sakura tiba di Clow’s Café setelah mendapat panggilan dari Tomoko. Nasib baik time tu dia tengah keluar dan berhampiran dengan Clow’s Café, jadi sebaik sahaja menamatkan perbualan dengan Tomoko dia terus bergerak ke tempat rakan mereka.

Sakura membuka pintu café tersebut dan mencari kelibat kawannya dan tersenyum apabila melihat Ren melambaikan tangannya kearah Sakura. Sakura bergerak ke kaunter memesan Strawberry vanilla shakenya dan setelah selesai memesan, sakura bergerak ke tempat rakannya dan duduk di sebelah Yui.

“Hi korank. Apa citer?” Soal Sakura sebaik sahaja melabuhkan punggung.

Tomoko menjungkit kening. “Hah… kau lambat apasal?”

Sakura menjelir lidah dan mereka semua tertawa. Beberapa minit kemdian, pesanan Sakura tiba dan berterima kasih kepada pelayan tersebut.

Mereka berenam bercerita tentang hal perempuan dan tiada tajuk penting. Tertawa, bergossip dan mengusik sesama sendiri seperti mana perempuan selalu lakukan.

Sakura perasan yang Yui kelihatan seperti cacing kepanasan. “Kau kenapa Yui? Dari tadi aku nampak kau tengok jam je. Ada pelan lain ke lepas ni?”

Yui memandang kearah Sakura dan menggeleng. “Huh? Tak lah mana dah..” Yui tersengih-sengih. Bodoh kau Shou, kau di ma---

“Sini!” Yui tetiba menjerit dan berpindah kerusi ke sebelah Tomoko meninggalkan tempat duduk asalnya di sebelah sakura. Mereka berdua tersenyum sengih dan ber’high five senyap di bawah meja.

Dahi Sakura berkerut melihat telatah Yui yang pelik dan ingin menanya tapi ayatnya terbantut.

“Sorry, aku ada hal sikit tadi,” lelaki tersebut berkata dan melabuhkan punggung di sebelah Sakura.

No way… jangan cakap….

“Little Blossom, Kau pun ada di sini?” Lelaki bermata misteri itu melontarkan senyuman kearah Sakura yang bagaikan pisau yang menusuk jiwa bagi Sakura.

Dia berdengus. “Nyah kau Mamat sengal!” Katanya acuh tak acuh dan menghirup airnya tanpa memandang kearah Shou.

“Boleh, kalau kau ikut aku sekali, Little Blossom.”

“Kan aku dah kata jangan panggil aku nama tu!” Sakura menjeling kearah Shou, meluat plus sakit hati setiap kali berjumpa atau mendengar suara Shou.

“Panggil kau apa, Little blossom?” Soal Shou walaupun dia tahu apa. Saja nak sakat Sakura, mungkin dah jadi satu hobby baginya.

“Eeeeee!” Sakura baru sahaja nak menghirup airnya tapi diambil dari tangan Sakura.

“Hey, Bagi balik—apa kau buat tu?” Sakura terkejut, melihat Shou minum airnya melalui strawnya. Ulang suara; strawnya.

Oh my Gosh, ini macam… macam… Sakura tidak dapat menyambung ayatnya apabila mukanya mula merah. Tomoko dan Yui hanya menahan ketawa melihan mereka berdua.

“Thanks for the drink.” Shou tersenyum dan memberikan airnya semula kepada Sakura.

“Kau ambil jelah.” Kata Sakura dengan nada yang rendah masih malu.

Yui menggeleng sambil menghayunkan jari telunjukkan ke kiri dan kekanan. “Tsk tsk tsk Shou. Kau tak tahu ke? Minum air dari orang lain bermaksud--”

“Apa?” Shout tidak faham apa yag sepupunya cuba katakan kepadanya.

“—Indirect kiss.” Tomoko sambung dengan menekankan ayat ‘Kiss’.

“Ap-apa?” Muka Shou mula pucat. Sakura pula bertambah merah.

Indirect kiss? Matilah aku desis hatinya memandang kearah Sakura yang sedang tertunduk malu. “Aku—err—um.—Sorry.” Dia tergagap-gagap masih dalam keadaan terkejut. Perempuan yang lain tertawa kecil melihat Shou yang gagap bila bercakap.

“Diam kau Yui.” Yui menjelir lidah kearah Shou dan tertawa lagi.

“Apapun…” Yui mula menukar topic, kalau di teruskan ada anak patung kesayangan Tomoko pengsan akibat malu. “Korank semua akan datang untuk festivel sekolah kami nanti kan?”

“Oh my Gucci! Aku terlupa plak pasal tu!” Mata Ren terbeliak tapi tawanya masih belum terhenti. Terlampau banyak ketawa sehingga lupa pasal festivel sekolah Yui.

Sakura mendongak kepala memandang kearah mereka apabila mendengar sesuatu yang baru hari ini. “Festivel sekolah?”

Yumi mengangguk. “Ya, sama cam sekolah di Jepun. DI sini pun ada festival sekolah.”

Sakura terus memandang kearah Yui dengan penuh minat. “So, kelas kamu pilih tema apa untuk festival nanti?”

“Kami? Well, kami rancang nak buat café.” Yui tersenyum bermakna menjeling kearah Shou. “dan café kami akan MELETOP!”

Shou berdengus membuat Yui tertawa kecil. Meletup kepala hotak engkau desis hati Shou.

Jue menjungkit kening. “Kenapa?”

“Sebab… sepupu aku satu ni akan jadi punca utama untuk popularity café nanti. Dia ada Fan club dia sendiri…” yui mengenyit mata kearah Shou membuat Shou berdengus sekali lagi. “cuba korang fikirkan, dengan semua peminat-peminat Shou datang ke café kami… ka-ching! Ka-ching!”

Shou mengeluh panjang mengusap leher belakangnya. Dia tak kisah sangat dengan festival sekolah tapi bila orang bergelar kawan (Shinn) dan sepupunya dapat idea yang paaaling bernas dengan menggunakan dia sebagai tarikan utama. Akhirnya, dia mula tidak setuju dengan rancangan mereka sebab Shou… tak suka di kerumuni oleh peminatnya. Mereka berteriak, menjerit nmanya dan ada juga yang try nak lompat atasnya. Itulah pengalaman yang paling menyeramka baginya dan tidak; ulang suara TIDAK mahu buat perkara sebodoh ini lagi sekali walaupun nyawanya berada di hujung tanduk.

Sakura tertawa kecil membuat Shou tersentak dari lamunannya. “Apa yang seronok sangat?”

“Mnnh? Nothing..” Katanya dengan muka tidak bersalah tapi tersenyum macam kucing cheriese, salah satu watak dalam Alice in Wonderland. Shou merenung kearah Sakura dengan penuh musykil tapi dia tak membalas. Shou kembali mengeluh sekali lagi.

Yui mengendahkan keluhan Shou dan memandang girlfriendnya. “So.. Kamu datang kan?”

Sakura mengangguk setuju. “Tentulah! Aku nak nampak cam mana festival di sekolah kamu nanti.”

“Bagus! Rabu nanti dan datang bila-bila masa jak korang nak!” Yui menarik sengih dan menjeling kearah Shou. Confirm Shou nak jadi Host Café nanti kalau Sakura ada desis hati Yui dengan senyuman dari telinga ke telinga.

=X=

“Thanks sebab hantar.”

“You’re welcome Little Blossom.”

Sakura memutarkan bola matanya, dah pedap dengan perangai Shou. “Boleh kah kau berhenti panggil aku nama tu! Aku Sakura, Sa-Ku-Ra!”

Shou tersenyum nakal. “Okay, Lit-tle Blos-som.”

“Argh, menyusahkan!” Sakura membuka tali pinggang keledarnya, membuka pintu kereta dan keluar.

“Tunggu!”

Sakura berputar dan membongkokkan diri memandang Shou. “Apa?” Soalnya acuh tak acuh.

“Jangan lupa mimpikan aku malam ni.” Shou mengenyit mata, menyakat.

Sakura menutup pintu kereta Shou dengan kuat dan menghentakkan kaki ke depan pintu rumahnya tanpa memandang Shou semula.

Shou tertawa kecil dan pandu pergi selepas Sakura masuk kedalam rumahnya. Sakura pula menyandar pada pintu rumah sambil menyentuh dadanya. Nafasnya mula berat dan jantungnya berdegup dengan laju seperti sebuah bom randik yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja.

“Shou, kau mamat sengal! Aku benci kau” kata Sakura dengan nada yang perlahan. “Tak boleh buat orang senang betullah mamat sengal tu..” dia menutup mukanya apabila dia rasa wajahnya panas hingga ketelinga. 

Apa dia dah buat dengan aku ni? desis hatinya yang penuh dengan kekeliruan.

=X=

Keesokan harinya ~di sekolah~

“Ya Ampun… Siapa yang bagi? Siapa? Siapa?!” Jerit Sakura naik okta dua, separuh marah separuh menangis.

“bertenang Sakura… tarik nafas dalam-dalam..” Yumi mengusap-usap belakang Sakura cuba menenangkan hati membara Sakura.

Sakura menarik nafas beberapa kali tapi tidak berjaya, oksigen yang masuk kedalam otaknya membuat pemikirannya lebih lancar dan lebih marah dari sebelumnya. Oksigen yang dihirup bagaikan minyak mengalir kearah api membuat ia lebih membara dari sebelumnya. “Siapa bagi Number phoneku sama…. Sama mamat Sengal tu?!” Jerit Sakura naik satu lagi okta membuat semua pelajar dalam kelas tersebut memandang kearahnya.

Ren menutup mulut Sakura sebelum dia menjerit sekali lagi. “Shh! Agaklah suara tu Sakura, semua orang tengah nampak kita.”

Sakura menepis tangan Ren. “Biarkan! Biarkan mereka nampak, Aku tak kisah! Yang aku kisah ialah siapa dalangnya?”

Tomoko tertawa kecil membuat Sakura memandang kearahnya. “To-Tomoko? Kau yang buat?!”

“Aku tak pernah bagi nombor kau dengan Shou….” Tomoko menggeleng dengan muka tidak bersalah. “…Tapi, aku ada bagi pada Yui Lan…”

“Yui? Tapi… Tapi kenapa dia bagi nomborku dengan mamat durjana tu?”

Jue tersenyum nakal apabila dapt tangkap maksud Tomoko tadi. “Mungkin… Shou ada hati tak dengan kau.”

Sakura menuding jari kearah dirinya sendiri. “Aku? Dia suka aku? Hah!” Sakura tawa sedekah, mungkin lebih kepada mengejek tidak percaya. “Kalau leaning tower of pizza tegak semula baru aku percaya!”

=X=

Setelah tamat waktu sekolah, mereka berlima bergerak menuju ke parking lot kereta. Ini hari ialah giliran Tomoko dan Ren membawa kereta. Apabila mereka tiba di parking lot, terdapat ramai pelajar perempuan berkumpul di tempat tersebut, berteriak, menjerit seperti mereka nampak Justin Beiber datang ke sekolah mereka.

“Wah! Tengok kereta tu! Hebatnya!”

“My Gosh, It’s Hot!”

“Tak, TAk, Pemandu tu yang Hot!”

“Yeah, Siapa Dia tu? Dia tengah tunggu Pakwe nye ke?”

“UNTUNGNYA MINAH TU!!!!”

“Eh, Apa halnya ni?” Jue memandang sekumpulan pelajar perempuan yang menghalang laluan mereka.

Ren melompat-lompat ingin melihat apa yang dijeritkan oleh perempuan sekolah mereka sehingga berkompok banyak sebegini. “Ah! Aku tak nampak apa yang dorang teriakkan tu!”

“Jom korang, Kita ke depan nampak apa yang minah semua ni angaukan.” Kata Tomoko sudah rimas mendengar suara nyaring minah di tempat tempat parking kereta itu. Ren dan Jue menolak minah nyaring ketepi memberi ruang kepada mereka berlima bergerak ke lokasi perhatian para wanita dan menemui bukannya Justin Beiber tapi…

“Mamat Sengal! Apa kau buat di sini?” Jerit Sakura sebaik sahaja memandang wajah lelaki durjana dalam dunia muncul di sekolah mereka.

“Begitu ke cara menyapa seorang kawan?” Jawab Shou dengan senyuman nakal di wajahnya dan mendekati kelima perempuan itu.

“Kau bukan kawan aku, tak mungkin dan tak akan!” Sakura mencebik, menyilang tangan di dadanya dan memadang kearah lain. Meluat nampak muka mamat sengal di depannya.

“Ouch…” Shou menyentuh dadanya rasa seperti ayat Sakura bagaikn panah menusuk ke hatinya tapi senyuman nakalnya tetap melekat di wajanya. “… Ini pasal kes semalam ke? Kau masih marah? Kau tahu aku tak boleh endahkan benda yang tidak boleh di endahkan. Aku terpaksa lakukan ia.” Mereka semua memandang kearah dua figura di hadapan mereka dengan penuh kekeliruan, ingin tahu apa sebenarnya mereka tengah katakan sekarang.

“Diam! Kau buat aku berjaga sepanjang malam!” Semua orang terngangah terkejut, termasuk tiga orang rakannya apabila mendengar penyataan Sakura. Tomoko pula cuba menahan tawanya sehingga perutnya sendiri sakit.

“Ala… Bukannya lama pun.”

“Yelah tu.” Kata Sakura acuh tak acuh.

“- hanya beberapa jam, lagipun, kau bukannya penat pun.”

“Aku mengantuk, ngok! Dan kau tak pernah berhenti dan biarkan aku tidur dengan tenang!”

Ayat sakura membuat beberapa perempuan nak pitam manakala pelajar lelaki pula… well, bangga? Excited? Tak boleh dihuraikan.

“Jangan cakap yang My Little Barbie Doll… Tak lurus lagi dan ini semua sebab Shou?!” Tomoko menangis dengan dramatiknya.

Sakura memandang kearah Tomoko dengan riak wajah tak faham. “Huh?”

“Aku? Apa aku buat?” Shou turut menyoal tidak faham apa yang Tomoko merapukan.

“Aku dah agak dah! Tentu ada udang di sebalik batu!” jerit salah satu lelaki di dalam kelompok tersbut.

“Tak malu… tak malu.” Kata pelajar perempuannya pula.

Sakura tambah blur dari sebelumnya. “Apa korang cakapkan ni?” Dia memandang kearah rakannya untuk mendapatkan jawapan dari persoalannya tapi riaksi rakannya hanya dengan mulut terbuka luas kecuali Tomoko yang menahan tawanya.

“Sa-Sakura? Bukannya itu… agak cepat? Cepaat sangat?” Yumi soal teragak-agak dengan wajahnya merah.

Jue mengangguk setuju dengan Yumi. “Semalam… Kau dan Shou, apa kamu buat semalam?”

Sakura mengerdip beberapa kali. “Oh.. semalam? Dia…”

Ren memukul bahu Jue, dia turut merah ke telinga. “Jue! Jangan tanya mereka tentang perkara private mereka!”

Sakura tersenyum nipis. “Takpa Ren,”

Ren memandang kearah Sakura. “betul ke?”

Sakura menganggguk. “Ya, apa salahnya?”

Jue yang mengusap bahunya akibat dipukul segera menumpukan perhatian kepada Sakura. “Apa lagi? Beritahulah!”

“O-Okay..” Rakusnya… pasal itu pun nak tahu ke? desis hati Sakura agak kekok. “Aku terbangun apabila dia call aku tengah-tengah malam dan dia tak berhenti calling sehingga aku angkat phone dan berbual kosong dengan dia.” Sakura menjeling kearah Shou dan kembali memandang rakannya.

Shou hanya tersenyum melihat Sakura mencebik kearahnya. Aku tak pernah bosan nampak mukanya murung desis hati Shou.

“Dan dia… buat aku berjaga sampai jam 2 pagi!”

“….”

Sakura menjungkit kening. Ini bukannya respon yang sepatutnya dia dapat setelah dia ceritakan tentang Shou dan dia semalam. Sepatutnya, rakan-rakannya mula memarahi Shou dan membela dia. “Kenapa senyap?”

“… Jadi ia hanya… perbualan di phone… antara korang berdua?” Ren akhirnya bersuara setelah mendapat cerita sebenar yang dua kali terkejut sebelum mengetahui cerita sebenar.

“Tentulah! Jadi, kamu fikir apa?”

Mereka semua mengeluh kecewa (terutama lelaki) mendengar kebenaran cerita mereka berdua. tiga  Rakannya pula terjatuh ke tanah, entah apa nak buat; ketawa atau kecewa. Manakala Tomoko pula…. Akhirnya! Semua tawa yang ditahan akhirnya di luahkan dengan tawa besar, berdekah-dekah!

=X=

“Apa?! Korang semua fikir y-yang aku… dia… buat itu?” Muka Sakura mula merebak merah, mengelak dari memandang Shou yang duduk disebelahnya. Shou pula tersenyum nakal merenung kearah perempuan bermuka-merah.

Keenam perempuan dan seorang Lelaki duduk di meja hitam didalam Clow’s Café sebaik sahaja balik dari sekolah.mereka semua mempunyai minuman mereka sendiri diatas meja hitam itu.

“kasihannya kau Sakura.. Di aniayah!” Yui menepuk lembut belakang Sakura. Tapi tersenyum memandang kearah Shou.

Ren yang berada di hadapan Sakura menggapai tangannya. “Sorry Sakura, Shou… Kami bukannya nak menuduh tapi…” Yumi menelan air liur tiga kali cuba mengeluarkan ayat yang sesuai untuk mengelakkan seseorang meletup kali ke tiga. “… cara korang bercakap tadi tu.. kedengarannya cam… itu.

Sakura menggeleng perlahan masih rasa malu. Dia tahu bukan salah mereka, Dia patut cakap lebih spesifik supaya tiada lagi kesalahfahaman berlaku. “Tak pa korang, bukannya kamu yang salah tapi..” Sakura menjeling kearah Shou yang sememangnya juga memandang kearahnya. Sakura mula blushing semula dan memandang kearah lain.

Shou tersenyum. Dia cute kalau dia malu desis hati Shou melihat wajah Sakura naik merah akibat malu.

2 comments:

  1. Eh??? Shou tak tahu kalau guna straw yang sama tu....

    BTW , best sesangat citer ni & good luck for SPM kak angah. >.<

    ReplyDelete
  2. lucu sangat...pehal pun puas hati dpt baca entry baru...sambung lg please...

    ReplyDelete