Unexeption: Seventeen
“Vyle! Kau nak ke
mana tu?” Soal Linda yang sibuk berdandan di depan cermin bila dia lihat Vyle
lalu di hadapan pintu biliknya.
Vyle terlajak
sedikit sebelum perasan yang Linda memanggilnya. Dia kebelakang sedikit untuk
melihat Linda di muka pintu. “Take a little walk. Kau pula nak ke mana?”
“I have a date!”
sahutnya dengan gembira dan sambung memakai maskaranya.
“I should have known.”
Vyle tertawa kecil dan berlalu pergi.
“Kau nak kemana
tu! Kalau nak keluar boleh tak kita keluar sekali???” panggil Linda membuat
Vyle kebelakang ke posisi sebelumnya. Kali ni dia menyandai di bingkai pintu
sambil memeluk tubuh.
Dia menjungkit
kening. “Aku hanya jalan-jalan sekitar ladang laa. Tak sampai keluar pecan.”
“Really? Kalau cam
tu hantar aku ke depan pagar ladang boleh? Aku takut date aku sesat kalau dia
masuk ladang kita.” Pintanya dengan manis. Rumah mereka jauh di tengah Ladang
Buah Linda jadi keberangkalian tetamu yang baru masuk Ladang itu akan sesat
adalah sangat tinggi.
Vyle mengangguk
tanpa teragak-agak. “All right.”
>X<X>X<X>X<
Is it me or Vyle
actually avoiding me?
Ean mengetuk
jarinya di atas meja kaunter sambil memikirkan kemungkinan Vyle telah
mengelakkan diri darinya beberapa hari yang lalu. Why? Sebab dah hampir
seminggu dia tak Nampak batang hidung nenek kebayan tu! Selalunya dia akan
jumpa Vyle pukul lapan lebih begitu di dapur sedang menghantar buah-buahan
Nenek Mary tapi sekarang tidak lagi. Hari pertama Ean ingat Vyle lewat bangun
tapi bila ia berlaku selama tiga hari berturut-turut, dia dah syak yang Vyle
mengelakkan diri dari dia.
Dia ada Tanya
Nenek Mary, sempat lagi orang tua tu kenakan dia. Nenek Mary kata Vyle ubah
jadual penghantarannya pada pukul 3 petang. Masa untuk dia keluar buat kerja
keduanya menjaga kaunter tiket bas. Dari situ dia yakin yang Vyle sememangnya
mengelakkan diri dari dia. Perempuan tu langsung tidak menjawab mesejnya,
apatah lagi panggilannya!!!
Ini buat Ean
tambah risau. Sangat risau. Setelah tahu yang Vyle ialah Fallen Angel yang di
buruh oleh Heaven dan Hell, Ean mula terfikir siapa Vyle sebenarnya.
Jadi nama Vyle
ialah Raven, seorang half devil dan half Angel. Dia berada di pekan kecil ni
untuk bersembunyi dari seluruh dunia. Tapi persembunyiannya tak lama lagi di
temui sebab pencarian Angel mencari keberadaan Vyle telah membuahkan hasil.
Dia di tugaskan
untuk tangkap Vyle. Ia misi yang sangat mudah dari apa yang dia sangkakan
sebelum mengetahui apa misinya. Perkara yang dia perlu buat ialah pergi ke
rumah Linda, menangkap Vyle dan bawa dia ke Heaven. Misi selesai… tapi….
“Arrrrggghhhh!!!”
Ean menghentak penumbukkan di kaunter tersebut rasa sangat bengang sekarang ni.
Kenapa mesti Vyle? Dia gembira bila tahu yang Vyle bukan seorang manusia tapi
Fallen Angel? Kegembiraannya di rempuh ombak tsunami dalam sekelip mata
mengetahui Vyle akan di hapuskan sebaik sahaja dia di hantar ke Heaven.
Kenapa? Kenapa
mesti Vyle? Kenapa Vyle mesti jadi perempuan dari kehidupan lalunya? Kenapa
Vyle yang harus menjadi Fallen Angel? Kenapa Vyle? Kenapa perempuan tu yang dia
harus jatuh cinta?
This is so
frustrating!!!
“Nek! Saya keluar
sekejap!
>X<X>X<X>X<X>X<
Vyle melambai
kereta sport warna merah berlalu pergi membawa majikannya ke Date mereka. Vyle
tertawa kecil bila mengingatkan wajah Linda yang bersinar-sinar bila datenya
tiba di depan pagar. Ini pertama kali dia lihat Linda begitu gembira, adakah
lelaki ni akan jadi boyfriend dan terus jadi suami Linda?
“I hope so.”
Katanya berharap dengan tinggi. Vyle kembali masuk ke dalam lori dan pandu
kembali ke rumah agam mereka. Mungkin plan dia nak jalan-jalan terbatal bila
dia lihat langit mula menggelap.
Nak hujan.. desis
hatinya sedih. Vyle menarik nafas dalam cuba tenangkan hatinya yang resah
selama beberapa hari ini.
Dia tak sangka
yang lelaki yang dia mula suka ialah Angel. Ean ialah Angel. Vyle menggeleng
laju cuba alihkan mindanya dari perkara negative.
Look at the bright
side Vyle. Lelaki tu buat kau sakit, bila tahu yang dia bukan manusia, kamu
berdua tidak boleh bersama. Bermaksud dia takkan sakiti kau lagi…. Tapi…..
Air mata mula
bertakung membuat Vyle segera parking lorinya. Dia keluar dari kenderaan
tersebut dan menutup pintu lori itu dengan kuat.
Damn! Kenapa dia
sedih? Kenapa dia menangis?? Bukankah itu perkara yang bagus? Itu yang kau
nakkan kan? Ean jauh dari kehidupan kau tapi kenapa hatinya rasa seperti di
robek mencari serpihan-serpihan kecil?
Dia tak boleh
pandu kalau begini. Nanti ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Dia
mengambil keputusan untuk berjalan balik ke rumah agam mereka. Mungkin ini
boleh bantu dia untuk sembuhkan luka di hatinya. Nampaknya plan dia untuk
jalan-jalan terjadi juga akhirnya.
Vyle mengelap air
matanya sebelum mengalir dan mula berjalan dengan perlahan sambil kepala
tertunduk memandang kakinya yang bergerak.
Dia tak faham,
macam mana dia boleh lihat Angel? Bukankan Angel makhluk yang tidak dapat di
lihat? Kan lebih baik kalau dia tidak boleh lihat Angel, jadi dia tak dapat
lihat Ean atau berjumpa dengan dia tapi….
Vyle menendang
batu yang ada di hadapannya melepaskan geram yang amat. Mindanya bercelaru! Dia
tak faham, dia langsung tak faham walau satu pun sekarang ni. Dia tak tahu
siapa diri dia sebenarnya, wajah Ean sama dengan wajah lelaki dalam cebisan
memorynya, dan sekarang dia dapat tahu yang Ean adalah seorang Angel?
“For Heaven sake,
Someone tell me what’s going on here!!” Jerit Vyle ke dada langit. Dia membuka
mata melihat awan hitam telah berkumpul dan setitis air hujan jatuh ke pipinya
bergabung dengan air matanya, membasahi seluruh tubuhnya.
Dia dah jatuh
cinta dengan Ean… Dia dah jatuh cinta dengan Angel….
“You look confuse
dearie… nak aku bantu ke?”
Vyle berputar
memandang kearah seorang suara tersebut dan terkejut beruk melihat makhluk
bersayap kelawar berdiri dengan senyuman sinis di belakangnya.
“K-Kau Devil?”
Devil kecil itu
menjungkit kening sebelum tertawa pecah perut. “Rav… Rav…. Kau memang lawak,
patut lah abang aku jatuh cinta kat kau.” Katanya sambil tersenyum menunjukkan
taringnya. “Oh well, aku datang sini sebab Sulfur bagi arahan untuk bawa kau ke
tempat yang lebih selamat.”
“Lebih…. Lebih
selamat? Apa maksud kau?”
Sly bercekak
pinggang, keningnya di jungkit lagi sekali. “Duh! Heaven dan Hell tengah buru
kau sekarang ni dan sekarang mereka berkeliaran di kawasan ni kerana mereka
percaya kau berada di sini. Thanks to your explosive soul seminggu lalu, mereka
pasti kau berada di sini.” Katanya sakit hati.
“A-apa kau
cakapkan ni?” Vyle mengambil selangkah kebelakang bersedia untuk melarikan
diri.
Devil kecil ni
memutarkan bola matanya fed up dengan perangai perempuan ni. “Itu pun nak aku
terangkan juga ke? Heaven nak kau di hapuskan dan Hell nak kau untuk menjadi
senjata utama mereka memerintah dunia ni—Hey!!”
Vyle mengambil
kesempatan ini untuk berputar dan melarikan diri dari makhluk yang bernama
Devil ini. Dia berlari di dalam hujan sekuat yang mungkin dengan mindanya
bermain dengan apa yang Devil itu katakana tadi.
Heaven dan Hell
inginkan dia? Apa keistimewaan Vyle sampai kedua pihak nakkan dia? Senjata
utama? Apa yang dia merapukan ni?! Dia seorang Devil bermaksud dia tidak boleh
di percayai… dia mungkin cuba kelirukan Vyle dan bawa dia ke Neraka. Dia tak
sebodoh itu untuk percayakan seekor Devil dengan mudah.
Langkah Vyle
semakin cemas bila dia dengar gelak ketawa nyaring datang mengejarnya dari
belakang. “Kau salah orang!! Bukan aku yang kau cari!!”
Sly ketawa lagi
besar dari sebelumnya. “Its Obvious it’s you! Come on la Rav, do you want to do
this the hard way or what?”
Vyle terjumpa
pencangkul bersandar tepi pokok dan mengambilnya untuk lontar kearah Sly.
Sly segera
mengelak pencangkul itu dan tersenyum sinis. “Hard way It is.” Sly tingkatkan
kelajuannya dan mencapai segumpal rambut Vyle. “Where do you think you are
going, bitch!”
“Aaaaahh!!
Lepaskan aku!” Jerit Vyle kesakitan.
“Aku janji takkan
sentuh kau walau sehelai dari rambut kau tapi di sebabkan kau degil sangat, aku
kena buat kau tunduk pada aku! Now stay Still!” Sly menarik rambut Vyle membuat
Vyle terjatuh di tanah yang berlumpur.
Vyle bergelut
ingin melepaskan diri, Dia menarik satu lagi tangan Sly dan menggigitnya sekuat
hati.
“Arrrggghh! You
Little Bitch! How dare you!” Dia menarik Vyle dengan kasar dan lontar perempuan
itu ke pokok berdekatan. “Ouch…. Tentu sakit.”
Vyle merasakan
kepalanya sangat sakit dan memegangnya. Dia ketahui tangannya berlumuran dengan
darah bercampur dengan air hujan.
Bas berlanggar dengan lori minyak menyebabkan letupan besar dan
kematian yang banyak. Darah bertumpahan di merata tempat, berpuluh mayat mati
di tempat kejadian….
Seorang budak perempuan mati di langgar lori menghulurkan tangannya,
berlumuran dengan darah dengan harapan akan di bawah ke tempat yang aman
Ean berada dalam pangkuannya berlumuran dengan darah sambil
tersenyum untuk kali terakhirnya kepadanya.
“Aaaaaah!!!!
Tidak! Hentikannya!” Memori lama kembali menyerang minda Vyle membuat dia
kepalanya yang rasa seperti nak meletup pada bila-bila masa sahaja.
Sly tertawa besar
melihat Vyle menjerit macam orang gila. “Damn girl! Kau ni dramatic sangat!”
Dia meresakan kehadiran dari belakangnya dan segera berputar, satu pukulan kuat
tiba pada badannya membuat dia terlontar jauh sampai dua batang pokok dia
rempuh.
Ean segera terbang
mendekati Vyle, risau melihat perempuan itu menjerit. “Vyle! Vyle! Kau okay…
Kau berdarah!” DIa melihat darah di tangannya dan kembali memandang Vyle.
Matanya menunjukan kesengsaraan.
Vyle melihat Ean
yang bersayap putih membuat dia menjerit lebih kuat. DIa segera menolak Ean dan
merangkak kebelakang menjauhkan diri dari Ean.
Mengintai kejadian di ruang tamu dari dalam almari, melihat dua
makhluk bersayap putih membunuh Papanya tanpa belas kasihan dan tinggalkan dia
sendiri dalam almari dalam ketakutan.
“Jauhkan diri kau
dari aku!!” Jerit Vyle sekuat hati.
“Kau dengar tak tu
white rooster? Jauhkan diri kau dari Raven.” Sly kembali berdiri dan bersedia
untuk berlawan dengan Angel yang mengganggu plannya. “Kau takkan bawa dia ke
Heaven dan hapuskan dia. Dia terlalu penting untuk Sulfur.”
Ean segera bangun
dan lindungi Vyle di belakangnya. DIa sempat toleh ke belakang melihat Vyle
memeluk lutut di bawah pokok tersebut sambil bergoyang kebelakang dan kedepan.
Ia buat Ean risau.
“Sesiapa sahaja
Lelaki nama Sulfur ni… aku takkan serahkan Vyle kepada kau.” Kata Ean dengan
serius. “Oh dan nama dia bukan Raven tapi Vyle.”
Sly mengangkat
bahu. “Vyle, Raven… who cares, no body cares about Luciefer.. apa yang mereka
nak hanya kuasanya sahaja.” Sly terus terbang kearah Ean dan kedua Angel dan
Devil ini berlawan melihat siapa akan dapat makhluk yang tak ternilai ini.
>X<X>X<X>X<
Sulfur
berhadapan dengan Hades kerana Sulfur tidak puas hati dengan tindakan lord of
the underworld ini.
“Kenapa hantar
hamba abdi kau untuk ekori aku sepanjang.masa.” katanya dengan nada
menggerunkan. Dia tak taha dengan puluhan mata mengekorinya di mana sahaja dia
pergi. Kalau boleh ke dalam bilik mandi pun ada. Nasib baik dia hanya mandi…
kadang-kadang.
Lord Hades menarik
sengih. “Untuk memastikan kamu tidak menipu aku.” Katanya dengan jujur. Tidak
perlu nak berdalih, dia tak takut dengan budak kecil ini.
Sulfur menjungkit
kening. “Really? Sepanjang stalking kau dah buktikan yang aku ni boleh di
percayai?”
Lord of the
Underword ini tertawa kecil. “Selama ni kau tak lalkukan benda-benda
mencurigakan dan buat rutin harian kau. I think you’re clean.”
“Sooo….. hamba
abdi kau akan berhenti ekori aku?”
Lord Hades
mengangguk. “Kau jangan risau lagi pasal tu. Kamu bebas dari hambaku.”
Sulfur rasa hairan
dengan Lord Hades. Dia tak bercakap kasar pun dengan dia, selalunya dia akan
tengking atau maki sulfur. Tapi kali ni dia hanya dengar cakap Sulfur. Ia
mencurigakan tapi Sulfur hanya endahkan hal tersebut. Buat sementara waktu ini.
Sulfur mengangguk
tanda puas hati(walaupun tak sepenuhnya) dan bergerak keluar kembali ke
rumahnya. Dalam perjalanan kembali, dia memikir kenapa Lord of te Underworld
itu berperangai passive. Dia berkelakuan senyap dan cool. Bukan watak Lord
Hades yang sebenar, dia selalunya suka menjerit dan panas baran. Pelik… sangat
pelik…..
Tiba sahaja Sulfur
di rumahnya, dia terkejut melihat adik tirinya terlentar di lantai ruang
tamunya berlumuran dengan darah. “Sly!!” Dia segera mencapai adiknya kedalam
pangkuan. “Sly, apa dah jadi kat kau ni?”
Sly membuka
matanya dengan perlahan dan terbatuk. “Damn Sulfur, you look hot up there…”
Sulfur berdecit.
Masa sekarang pun dia masih main-main. “Be serious Sly! Apa dah terjadi?”
Sly cuba untuk
bangun tapi kesan serangan dari perlawanan dengan Ean masih terasa di badannya
dan dia sangat sakit. “Angel serang aku….”Jawabnya pendek. Dia memandang
abangnya dengan wajah bersalah. “Maafkan aku sebab tak dapatkan Luciefer tu.
Angel tu lindungi dia.”
Mata Sulfur
terbeliak bulat. Angel? “Siapa? Sky?” Sly menggeleng. “Cyrus?” adiknya
menggeleng lagi. “Hell Sly! Siapa??”
“Aku tak tahu!!”
Jeritnya balik. “First time aku jumpa Angel tu!”
Sulfur terus
terdiam dan fikirkan siapa lagi Angel yang Sly tak kenal. Tiada. Sly kenal
semua Angel dalam dunia ni.
“Dah-Dah… perkara
tu tak penting sekarang. Kau kena di rawat cepat.” Dia mengangkat Sly bride
style dan bawa dia ke bilik Sly.
Sly hanya berdiam
diri di dalam dakapan abangnya. Dia mencengkam baju Sulfur dengan erat
menandakan dia marah dalam senyap. Apa istimewanya Luciefer tu?
>X<X>X<X>X<X>X<
“Ean…..”
Ean kaku bila dia
dengar Vyle memanggil namanya sebaik sahaja dia meletakkan Vyle di atas sofa.
Tangan Vyle masih mengelilingi leher EAn.
“Vyle… kau okay
tak?” Dia membelai rambut Vyle dengan lembut dan melihat luka besar pada
dahinya. Devil tak guna… harap kau mati desis hatinya marah yang amat.
Vyle memeluk Ean
dengan erat membuat Ean terkejut. “Ean….”
“V-Vyle…. Kau—”
ayat Ean mati bila dia dengar tangisan kecil di sebalik telinganya. Vyle
menangis?
DIa melepaskan
tangan Vyle dari lehernya dan bergerak pergi meninggalkan Vyle yang tidak
sedarkan diri. Beberapa minit kemudian, Ean kembali dengan semangkuk besar air
paip bersama tuala kecil. Dia merawat luka di kepala Vyle dengan lembut takut
untuk sedarkan Vyle.
Dia masih ingat
selepas dia kalahkan Devil kecil itu, Vyle meronta-ronta dan melarikan diri
dari Ean. Vyle kata dia takutkan Ean. Apa maksudnya dengan tu? Namun, dia
akhirnya dapat tenangkan Vyle dan bawa dia kembali ke rumah agam.
Nampaknya
kedudukan Vyle telah di ketahui. Adakah dia akan melarikan diri? Persoalan yang
tepat, adakah Ean akan biarkan Vyle melarikan diri?
Ean menghabiskan
rawatannya pada kepala Vyle sebelum dia memberi satu kucupan di dahinya. “Aku
takkan biarkan sesiapa sakiti kau.”
>X<X>X<X>X<
Vyle membuka
matanya dengan perlahan mendapati yang dia terlentar di sofa ruang tamu. Dia
kembali mengingati apa yang berlaku can macam mana dia boleh tertidur di ruang
tamu sampai ke malam.
Memori petang tadi
masuk kedalam kotak pemikirannya membuat dia bangun dengan laju dan dapati
kepalanya sakit seperti kena pukul dengan kayu baseball. “Jadi kejadian petang
tadi tu betul?”
“Vyle? Kau dah
bangun?”
Ean? Vyle berputar
memandang Ean baru keluar dari dapur, half naked. “W-Whaat…” Dia segera
berpaling. Apa Ean buat kat sini dan half naked?????
“baguslah kau dah
bangun.” Kata Ean sambil menghembus nafas lega. “Sorry sebab guna bathroom tanpa
kebenaran. Do you mind?”
Vyle menggeleng
tanpa memandang Ean. Dia hanya tunduk memandang tangannya menggenggam selimut.
“It-It’s okay.”
Ean tersenyum.
“Aku rasa kau pun patut pergi mandi. Tapi jangan basahkan kepala.” Katanya
menuding kearah baju Vyle yang kotor dengan lumpur. “Aku nak tukar baju kau tu
tapi.. not appropiete la kalau aku yang buat kan?”
Muka Vyle tambah
merah dari sebelumnya. Dia segera bangun dari sofa tersebut tapi di sebabkan
dia masih lemah, dia hampir terjatuh tapi Ean lebih cepat dan menangkap Vyle.
“Kau okay ke?”
“Y-Ya aku okay.”
Katanya segera melepaskan diri dari dakapan Ean dan bergerak ke bilik air.
Sebaik sahaja
pintu bilik air di tutup, Vyle jatuh terduduk di lantai sambil menutup mukanya
yang merah tahap gaban.
Dia Nampak Ean
half naked, dia sentuh badan Ean yang half naked dan Ean terfikir nak gantikan
bajunya?? This is really emberassing!
“Alright Vyle… you
got this, nothings wrong with seeing someone half naked and touch his masculine
body. That’s right. Nothing wrong with it.” Katanya cuba tenangkan diri.
Vyle menghembus
nafas lelah. Ini hari macam-macam dah berlaku kat dia, mungkin Hot bath akan
bantu dia tenangkan diri. Vyle terus bergerak ke almari yang tersedia di bilik
laundry itu dan mengambil sehelai tuala dan jubah mandi.
Dia membuka
bajunya yang kotor melontarnya ke dalam bakul. Vyle membuka pintu kaca tandas,
masuk ke dalam dan tadah air dalam tub mandi untuk hot bathnya. Dia berdepan
dengan cermin yang di selaputi dengan kabus dari wap air panas tub. Dia mengelap
cermin itu melihat dirinya yang berbalik di kepala. Ean yang balut.
Dia gembira yang
Ean ada di saat dia dalam bahaya dan merawat dia sampai dia bangun. Dia tak
ingat sangat sebab apa dia takutkan Ean semasa di ladang tu tapi sekarang dia
tak takut lagi. Apa yang dia takuti ialah adakah dia dapat hapuskan perasaannya
terhadap Ean? Sebab mustahil untuk mereka bersama.
Vyle mengikat
rambutnya menjadi sanggul tinggi dan masuk ke dalam tub mandi dan relakskan
segala ototnya yang sudah bekerjakeras untuk selamatkan dia dari makhluk
bersayap kelawar itu. Semakin lama dia dalam tub mandi.. semakin berat matanya
untuk terbuka… dia rasa sangat tenang dan pada bila-bila masa dia akan
tertidur.
“Vyle, Linda teks.
Dia kata malam ni dia tak dapat balik.”
Vyle mengangguk
lemah. “Hmmm…”
“Dia kata ada
kemalangan berdekatan dengan jalan ke sini. Jam teruk. Jadi dia bermalam di
hotel berdekatan sehingga kemalangan tu di uruskan. Dia jangka esok pagi dia
balik.”
“Hmmm….” Jawab
Vyle dengan kepala semakin kedepan bersedia untuk masuk mode tidur. Tapi dia
tersentak dari tidurnya bila pintu kaca bilik mandi di ketul dari luar.
Vyle melihat
bayangan Ean yang samar-samar di sebalik pintu kaca tersebut. “E-Ean?!”
Ean tertawa kecil.
“Oh kau bangun rupanya. Aku ingatkan kau tertidur dalam tu.”
“A-Aku hampir
tetidur tapi kau ketuk—Wait—cam mana kau boleh masuk?” Soalnya hairan Ean
berada di depan pintu kaca.
“Kau tak kunci
pintu bilik air. Sebab tu aku main masuk je.” Katanya slamber. Dia dari tadi
membelakangkan pintu kaca itu kerana menghormati privacy Vyle.
Vyle memandang
pintu kaca bilik air pastikan dia kunci dan ya. Nasib baik dia ingat untuk
kunci pintu kaca. Kalau tak mungkin Ean akan merempuh masuk dan Nampak dia
completely naked. Lebih teruk dari Ean.
“Well, itu je yang
aku nak katakan. Aku keluar dulu—”
“Jangan!” sahut
Vyle tapi dia segera menutup mulutnya.
“Huh? Kenapa ni
Vyle?”
Vyle masukkan
kedua tangannya kedalam air, bermain dengan jari jemarinya. “Errm… umm… tolong
jangan pergi. Tunggu di situ sampai aku habis mandi boleh?” pintanya dengan
muka yang merah cherry. “Setelah apa yang terjadi tadi petang.. aku takut yang
makhluk tu akan kembali dan dengan kau berada di sisi aku rasa sedekit selamat.
Vyle melihat
tangannya dalam air yang menggeletar. “Tolong jangan pergi.” Vyle melihat Ean
duduk membelakangkan cermin kaca dan menyandar padanya.
“Okay. Aku pun
rasa tenang bila Nampak kau di depan mata aku. Jadi aku boleh pastikan kau tak
apa-apa.”
Mereka senyap
untuk beberapa minit sepertnya malaikat baru lalu depan mereka.
“Ean… siapa aku
sebenarnya?”
“Vyle… Kau ni
siapa?”
Mereka berdua
memandang sesame sendiri dengan pintu kaca sebagai penghalang, terkejut kerana
menyoal dengan serentak.
“Apa?” Soal mereka
dengan pada yang sama sekali lagi.
Vyle tertawa
kecil. “Sorry. Aku tak tahu kenapa makhluk tu kejar aku. Dia kata Heaven nak
aku mati dan Hell inginkan kuasa aku.” Vyle tertawa sedekah, tangannya
menggeletar dan air matanya mula bertakung. “Kuasa apa yang ada dalam diri aku?
Aku hanya seorang perempuan yang tak ingat siapa diri dia. Tinggal di kampung
tidak di kenali bersama dua orang perempuan yang baik hati menjaga dia…” Vyle
berhenti dari bersuara kerana nada suaranya telah pecah.
Ean menghembus
nafas dalam memandang siling bilik tersebut memikirkan apa yang Vyle katakan.
Kalau betul Vyle mengalami Amnesia.. bermaksud dia tak ingat bahawa diri dia
adalah Fallen Angel. Macam mana dia boleh hilang ingatan? Apa dah jadi kat dia
sebelum ni?
“Jangan risau. Apa
pun kau, siapa pun kau, aku tak kisah. Selagi aku di sini, aku akan jaga kau
Vyle. Tiada Angel atau Devil akan tangkap kau. Aku akan pastikan kau takkan
menderita lagi.” Katanya dengan senyuman. Dia memejamkan matanya dan bayangkan
senyuman Vyle semasa mereka keluar untuk pertama kalinya. “Aku tahu kau bukan perempuan yang jahat, aku pasti kau
alami banyak situasi yang sukar bersendirian tapi jangan risau. Kali ini, aku
akan berada di sisi kau untuk lindungi kau sepanjang masa. Pastikan kau selamat
dan tidak lagi bersendirian—” Ean segera berpaling bila pintu kaca di buka dan
melihat Vyle telah memakai jubah mandinya berlutut di sebelahnya dengan
senyuman yang sangat manis bersama sisa air matanya.
Vyle tunduk ke
depan memberi kucupan di pipi Ean. “Thank you Ean… Thank you.”
Comments
Post a Comment