Rose Princesses: What Lies Beyond the Darkness


Chapter 3
“Eliza! Eliza dah datang!” Jerit Teamin memberi tahu semua orang di dalam istana tetapi, tiada siapa yang dengar suara kecilnya. Dia rasa sedikit kecewa tetapi diteruskan langkahnya ke bilik belajar mereka dimana Onew selalunya berada. Seperti yang di jangka, Onew yang kusyuk belajar di meja belajarnya dengan beberapa naskah buku yang tersusun rapi di hujung penjuru mejanya.

“Kenapa Teamin?” Soal Onew apabila mendengar pintu dibuka dan kelihatan tubuh kecil teamin masuk tercugap-cugap.

“El… Eliza dah datang!!”

Onew tertawa melihat riak wajah adiknya yang selalu active dalam apa jua keadaan. “Okay. Jom kita beritahu yang lain dan bagi big surprise, okay?”

“Betul? Big, BIG cake surprise!” Teamin mengangguk setuju dan segera menarik tangan Onew keluar dari bilik belajar.

XOXOXOXOX

Luna berada dalam bilik bacaan mini sedang menyiapkan essigmentnya sementara menunggu rakannya dari ‘bertugas’ dengan En. Edward di luar istana. Mindanya masih lagi bermain tentang kejadian semalam.

“kamu bertigalah dah lama kami cari selama ni. Ia sudah menjadi takdir kamu untuk menjadi Rose princesses.”

Ayat tersebut bermain dimindanya berulang ulang kali membuatkan dia tidak focus dengan kerjanya. Pen di letak dan memandang sekeliling. “Mereka memang prihatin. Tak nak aku lupakan mereka di dunia manusia.” Luna bangun dari meja kerja tersebut dan bergerak ke tepi tingkap memandang pemandangan luar. Mindanya penuh dengan persoalan sekarang. tidak tahu kenapa dia boleh stuck di dalam dimensi lain bersama rakannya. “Kenapa aku kena tahu terlebih dahulu tentang Rose princesses ni? Kenapa buku-buku yang dihantar kerumahku kebanyakannya berkaitan dengan dunia ni? Siapa lelaki yang menghantar aku ke dunia ni?” Dia terfikir balik tentang lelaki yang bertanggungjawab atas kehadirannya ke dimensi tersebut. “walau siapapun lelaki tu, dia tahu sesuatu yang mereka di dalam istana ni sendiri tidak tahu. Soalannya, macam mana nak jumpa dia?”

Luna memandang kekiri dan kekanan luar tingkap dan tersenyum. “tapi, baik aku sneak out dulu sebelum busted.”

Luna terus melompat keluar tingkap dan landing di dahan pokok yang berdekatan dengan tingkap tersebut. Dengan perlahan dia turun kebawah pokok tersebut dan bertapuk didalam semak melihat sekeliling jika ada sesiapa berdekatan. “Tak guna korang, sanggup penjarakan aku cam banduan dalam istana, larang aku keluar dari sini? aku pun nak nampak cam mana dunia dimensi lain.” Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan bergerak perlahan mencari jalan keluar dari laman istana tanpa dilihat oleh orang lain.

Dia bersandar di tepi dinding bangunan istana itu menyembunyikan diri apabila mendengar tapak kaki berjalan berdekatan sehingga tapak kaki tersebut hilang. Luna tersenyum dan teruskan berjalan. “Nasib baik tak…”

“KANTOI!!” Minho segera mengangkat Luna kebahunya dan membawa dia balik kedalam istana.

“Lepaskan aku! turunkan aku!!!” Luna memukul-mukul belakang Minho. “Mamat sengal culik aku!!! tolong!”

Minho memukul punggung Luna. “Diam! Nak aku humban kau dalam black hole ke?”

“Pervert!” Luna terus menutup punggungnya malu. “Cam mana kau boleh jumpa aku hah?!”

 “Aku dengar nafas berat kau. Dari situ, aku tahu kau nak lari keluar lagi.” Minho mengeluh. “Kenapalah aku kena jaga budak sewel cam kau ni? Kalau bukan sebab kawan kau, dah lama aku biarkan kau pergi.”

Minho menurunkan Luna kebawah dan memandangnya dengan serius. “Kalau kau susahkan aku lagi, tak teragak-agak aku ikat kau dengan rantai besi dalam bilik kau.” Minho menutup pintu Luna meninggalkan dia bersendirian.

Luna tersentak mendengar pintu tertutup kasar dan segera mengetuk pintu tersebut dengan kuat. “Buka! Tolong buka!!” matanya mula berkaca takut dirinya terkunci. “BUKA PINTU NI!!”

“Kenapa?” Minho membuka pintu tersebut balik apabila mendengar Luna berteriak. Luna terus memeluk Minho dengan erat sambil menangis.

Tak kau terkejut Luna memeluknya tiba-tiba sambil menangis. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang dalam pelukan Luna “W… Woi, kau kenapa tiba-tiba menangis? Kau dah giler ke?”

Luna tersedar dari lamunannya dan terus menolak Minho, mengelap air matanya. “Sorry…” Luna memandang Minho dengan sisa tangisannya. “Aku tak suka bila orang buat cam tu sama aku.”

“Kenapa?”

Luna menggeleng. “Aku takkan ganggu kau lagi jadi jangan risau.” Luna menutup pintu tersebut dan menguncinya.

Minho hanya berdiri dihadapan pintu Luna, keliru. “Dia kenapa? Apa maksudnya tidak suka bila orang buat cam tu kat dia?” Minho terus meninggalkan Luna dengan mindanya penuh dengan persoalan.

XOXOXOX

Mea dan Si Kembar berada di dalam bilik menunggu bersama Shinee. Viola dan Fiona sedang membelek-belek fail mereka yang telah disediakan oleh En Edward untuk mereka masuk kampus yang sama dengan shinee.

“Betul ke mereka takkan tahu yang fail ni… palsu?” Soal Vee seolah-olah berbisik di bahagian ‘palsu’.

Jonghyun tersenyum. “Tentulah tak. Edward takkan hampa kan orang, dia mesti buat yang terbaik!”

Fiona membaca failnya dengan teliti mana tahu nanti kena tanya pasal diri palsunya. Tak kau kantoi nanti walaupun dah tertera dalam tu. “Kuasa belum diketahui? Napa tak letak je  kuasa aku cam wonderwomen kah, halkgirl… ini kosong, takda, powerless.” Fiona memandang Teamin yang sedang rancak berborak dengan abangnya Onew. “Hoi Teamin, kau muda setahun dari kami kan? Kenapa kau boleh masuk kolej awal setahun?”

Teamin tersenyum bangga. “Sebab aku pandai. Sebab tu aku dapat tawaran masuk kat sini sekali dengan abang-abang aku.”

Key mengusap kepala teamin. “Aku yang ajar dia supaya dia satu year dengan kami. Dia tak boleh ditinggalkan sendiri di sekolah dengan Dark power Lycant berada di mana-mana.”

Fiona menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aku tak fahamlah, kenapa orang tua Lycant tu nak sangat kerajaan Robella ni? Kalau dia jadi pemerintah pun, tetap ada orang akan cuba mengambil balik keamanan dunia ni dan Apa maksudnya Robella is the Heart of the world?”

“Tiada siapa yang tahu maksudnya. Kami ingatkan Robella mempunyai pengaruh yang kuat dalam semua Negara dan itu betuk tapi Queen Rowena kata itu bukan sebabnya.” Onew menggeleng kepala.

“Jadi, apa sebabnya?” Soal Mea selepas mendengar keterangan Onew. “ dan.. siapa Queen Rowena? Mama kamu ke?”

Teamin menjungkit kening tiga kali. “bekas bakal ibu mertua Minho. Dia tahu segala-galanya tentang sejarah Robella kerana dia dari keturunan diraja Robella. Jadi, dia dikira keluarga jaaaaauuuhhh!”

“Gitu yea. Tapi, kenapa bukan dia jadi permaisuri di Robella? Kenapa Raja Alexander yang naik takhta?” Viola mula tertarik dengan cerita mereka.

Mereka mengangkat bahu tidak tahu. “Dia sendiri menolak tawaran tersebut tetapi dia tak mahu Eliza berjauhan dari Robella jadi mereka membuat persetujuan untuk nikahkan Eliza dengan Minho. Itu je yang kami tahu.” Kata Jonghyun.

“nak katakana dia gila kuasa tak juga. Baik dia ambil takhta dan jadikan Eliza permaisuri seterusnya. Tapi entah kenapa dia buat keputusan cam tu.” sambung Teamin.

“Eliza ni sapa pula? Minho pernah bertunang? mamat sombong tu?” Mea tidak percaya apa yang dia dengar. Mesti sensarak minah nama Eliza ni ditakdirkan dengan Minho yang sombong. Terpaksalah dia melayan kerenanya desis hati Mea.

Onew menggeleng mendengar isi hati Mea. “Eliza sepupu Ann. Minho dan Eliza cam anjing dan kucing. Dorang selalu bergaduh setiap kali jumpa. Sepatutnya, Raja Alexander nak kahwinkan Eliza dengan Teamin atau Key sebab Eliza seorang yang kuat makan sweet things dan ulat buku. Tapi, Permaisuri Rowena nak dengan Minho supaya tiada ‘kemalangan’ akan berlaku. Plus, Eliza hampir sama dengan kawan kamu tu si Luna Cuma attitude je lain sikit.” Onew mengeluh selepas menyebut kemalangan. “Malangnya, kemalangan memang dah berlaku. Permaisuri Rowena dan Eliza telah ditemui mati didalam sebuah hutan yang bergelar Vetitum Silva. Mayat mereka hangus terbakar hanya tinggal debu yang mengesahkan itu mereka.”

Riak wajah Fiona berubah menjadi sedih mendengar berita tersebut.

“Kenapa Fee?” Soal Vee perasan yang adiknya bersedih.

“Patutlah Minho tak suka perempuan dekat dengannya. Dia mungkin mula suka dengan Eliza tetapi tidak kesampaian apabila dengar tragedy ni kan?”

Jonghyun mengangguk. “Betul. Tapi, sebab dia benci perempuan juga sebab Permaisuri Rowena kata yang Eliza takkan menimpa sebarang kemalangan jika dia bersama minho samaada jauh atau tidak tapi….”

“Eliza tetapi mati walaupun dia bersama Minho. Itu sebab Minho tidak percayakan perempuan sebab Permaisuri Rowena tipu.” Viola cuba meneka keadaan.

Mereka berempat mengangguk setuju dengan teori Viola. Sejak dari itu, Minho tidak ingin mempercayai perempuan atau terlibat dengan mereka. Dia nak simpan perasaannya hanya untuk Eliza yang di anggap lain dari perempuan yang lain. Dia menganggap perempuan selain Eliza semuanya pembohong dan tidak boleh dipercayai kerana hanya inginkan dia kerana pangkat dirajanya.

“Meako, Viola dan Fiona. Sila masuk sekarang.”  terdengar suara bergema di bilik tersebut dari speaker di penjuru bilik dan mereka terus masuk kedalam pejabat pengetua untuk ditemu ramah.

“Well, wish us luck.” Mea menunjukkan thumbs up dan mengenyit mata kepada mereka sebelum masuk bilik pengetua.

“Good luck.”

XOXOXOXOX

Pintu bilik perpustakaan mini diketuk oleh Minho dengan dessert perisa coklat ditangannya. Rasa bersalah selepas membuat dia menangis walaupun dia tidak tahu apa yang dia dah buat. semasa dia ingin hantar makanan tersebut ke biliknya, Luna tiada di dalam dan Minho terfikir yang Luna mungkin berada di library balik.

“Masuk.” Terdengar suara Luna dari dalam bilik membuat Minho tersenyum.

Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya beberapa kali. Harap ini berhasil desis hatinya. Minho memulas tombol pintu dan melihat Luna sedang tekun membaca buku. “busy?”

Luna mengalihkan pandangan kearah Minho dan tersenyum. “Not really. Napa?” Luna memandang dulang yang berada di tangan kiri Minho bersama dengan dua chocolate icecream bersama dengan jus minuman segar dan tersenyum sinis. “Nak apoligise yea?” Luna menjungkit kening. “Tak sangka orang sombong cam kau ni pun pandai minta maaf kan?”

Sengal punya minah, patut aku biarkan dia menangis tadi desis hatinya. “Kau nak ke tak nak?”

Luna tertawa melihat wajah Minho yang blush. “Apology eccepted. Bak sini.” Luna mengambil dulang tersebut dari tangan Minho dan hidangkan diatas coffee table kaca tersebut. “Pandai rupanya kau ambil hati perempuan. Nasib baik aku ni bukan jenis pendendam kalau tak, dah lama aku karate kau.” Luna mengambil satu suap dari Icecream tersebut

Minho duduk bertentangan dengan Luna dan mengambil chocolatenya. “Pemaaf? Kau yang nasib baik yang aku buatkan icecream ni untuk kau.”

Luna mengerdip mata beberapa kali dengan sudu kecil di mulut. “Betul? kau yang buat? Sedapnya!! Kau tahu dari mana favourite aku chocolate? Dari mea atau si kembar kan? Lain kali ajar aku buat cam ni.” Luna mengambil lagi sesuap icecream dengan gembira. “Aku bagi 6/10 untuk ini.”

Minho terkejut mendengar yang Luna suka chocolate. Lama semakin lama, dia ketahui yang Minat Luna sama seperti Eliza. “K… Kau bagi aku enam je? Agakla wei, ini first time aku bagi orang rasa resepi aku tau.”

“Really? Jadi, aku orang pertama rasa ni?” Luna tertawa. “Kau buat untuk diri sendiri je ke? Kedekut betullah kau ni!” Luna membuka buku yang dia baca dan menyambungnya. “anyway, aku happy aku jadi orang pertama rasa. Jadi aku naik satu markah. Lain kali buat lagi yang buat aku surprise giler okay?”

Susah betul budak ni…. Kau lagi kedekut. bagi tujuh je? Memang sakit hati budk ni! desis hatinya. Minho membaca judul yang Luna baca dan segera mengambilnya. “Kau tak boleh baca ni!”

Luna menarik sengih. “Kenapa? Takut rahsia mereka sebagai rose princesses terbongkar? Atau takut yang aku akan pulang ke dunia manusia sebab benda yang tidak logic akal?”

“Cam mana kau tah…..”

“Dari hari pertama kami berada di istana ni. Aku dengar semua perbualan korang dari awal hingga akhir. Tentulah aku kena rahsiakan benda ni supaya mereka boleh lindungi aku tanpa rasa ragu-ragu.”

“Kau dah tahu benda ni merbahaya jadi, kenapa kau nak tinggal?” Minho rasa tidak puas hati dengan Luna. “Kau nak mempergunakan mereka ke? Supaya kau dapat perhatian?”

Luna berdengus. “Hey, itu bukan tujuan sebenar aku okay. Aku memang nak balik ke dunia aku tapi dorang nak sangat aku tinggal jadi mangsa di sini apabila Lycant tu tahu yang aku ni manusia biasa. Aku buat ni bukan sebab nak cari perhatian tapi untuk memastikan yang mereka tidak akan bergaduh untuk mendapatkan watak rose princesses jak.”

Minho tidak faham maksud Luna. “Edward dah selidik sebaik mungkin tentang mereka dan pastinya, Mea sebagai ketua, Viola dan Fiona Rose Biru dan Putih. Kenapa kau nak pastikan pula?”

“Ini untuk langkah berjaga-jaga. Setiap teori orang tidak semua yang betul. boleh terangkan kenapa aku kat sini? kalau bukan kamu yang bawa aku ke sini?”

Minho menggeleng. “Manalah aku tahu. Mungkin kau terbaca mantera untuk mambuka portal ke sini kea tau terserempak dengan mereka time mereka diambil kesini dan mengejarnya.”

Luna mengegeleng menafikan semuanya. “Salah. Aku datang ke sini disebabkan seorang lelaki yang datang kerumahku dan membuat aku pitam sebaik saja aku bangun… TADA!!! Dah ada di Robella.”
Dahi Minho berkerut. “Lelaki? Cam mana mukanya?”

“Entah. Manalah aku tahu sebab angin kuat sangat sampai susah nak buka mata.” Luna berfikir balik tertang kejadian tersebut. “Dia datang dengan dramatiknya. Harap dia bukan magician giler atau stalker.”

“Sure sangat nampak?”

“Of course sebab di….” Ayat Luna terhenti apabila teringat tentang buku-buku yang selalu dihantar ke rumahnya harus dirahsiakan. Dia ingin selidik kenapa dia yang dapat buku tu. kenapa dia terpaksa join sekali ke Robella dengan cara yang berbeza dan siapa lelaki yang bertanggungjawab bawa dia ke tempat itu. Kenapa dia harus tahu semuanya terlebih dahulu sebelum kawan kawannya?

“Sebab?” Minho menyoal apabila ayat Luna tergantung. “Hoi! Sebab apa?”

Luna tersentak dari lamunannya. “Se.. sebab…. Ah! sebab aku anak orang yang paling kaya dan terkenal di dunia manusia sebab keluarga ku mempunyai syarikat terbesar di dunia tu. Tentulah dia stalk di mana aku tinggal dan han tar aku ke dunia ini kerana cemburu dengan statusku. Hantar aku ke sini supaya tiada orang jumpa aku.”

Minho menarik sengih. Berlagak minah satu ni desis hatinya. Minho bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar. “Take care. Dah sampai masa untuk aku ke kampus. Jangan bersendirian dan selalu bersama maid atau butler dengan kau.” Minho ingin menutup pintu tetapi niatnya terbatal dan meninggalkan pintu tersebut ternganga luas.

Hyomin hanya melihat Minho meninggalkannya dengan pintu terbuka dan tersenyum. “Sengal mamat ni. Trep cool macho, cakap tak suka perempuan tapi perihatin juga.” Luna menghabiskan sudu terakhir icecreamnya dan menutup pintu tersebut. “Aku tak perlukan teman. Aku boleh handle diri sendiri dari dulu lagi. Kalau bersendirian cam ni dah biasa dah.” Dia berjalan semula ke meja kerja dan menyambung essigmentnya.

XOXOXOXOX

Shinee dan Si kembar sedang mengekori Shine keluar dari bangunan Pengetua dan menuju ke Bangunan akademik. Banyak mata memandang kearah mereka bertiga terutamanya perempuan. Matanya yang dengki, cemburu, tidak puas hati dengan mereka.

Mea menarik sleeve Onew rasa takut dengan renungan para wanita yang mempunyai kuasa. “Dorang kenapa nampak sini?” soalnya seolah-olah berbisik.

“Sebab kami kan putera raja di Robella jadi, tak hairanlah mereka memandang ke sini.” Jawabnya juga seolah-olah berbisik. “Mereka cemburu kerana kamu bertiga Dakar dengan kami. So, be careful.”

Remang bulu roma Mea mendengar ayat terakhir Onew. Nampaknya sejarah berulang lagi desis hatinya risau.

Manakala, Viola dan Fiona tidak kisah dengan renungan perempuan itu. Maklumlah berlagak gitu. Kena keep cool untuk tunjukkan mereka juga kuat seperti shinee. Mencoverlah tu.

“Vee, kau rasa kejadian ni pernah berlaku ke?” Soal Fiona dengan nada tenang.

Viola mengangguk. “Sama seperti dulu. Apabila kita dekat dengan She-Devil.” Mereka berdua tertawa mengingat kembali kisah lama semasa berjalan seiringan dengan Luna buat kali pertama. Banyak mata memandang rasa takut dengan mereka bertiga. She-Devil bergabung dengan the Evil Twin, tentu menggerunkan kepada siapa sahaja.

Teamin ternampak Minho sedang berjalan kearah mereka dan melambai. Minho melambai balik dan lajukan langkahnya berjalan seiringan bersama mereka.

“Kau dah pastikan perempuan tu tidak keseorangan?” Soal Jonghyun sebaik sahaja Minho tiba.

“Aku dah bagi tahu dia. Jadi jangan risau.”

“baguslah. Harap dia tidak akan apa-apa buat sementara waktu sehingga Ann tiba di istana.”

Viola terdengar pembicaraan mereka dan segera menyampuk. “Apa maksud kamu, Luna tidak boleh keseorangan?”

Fiona memandang kakaknya apabile mendengar persoalan Viola. “Kenapa?”

Key yang dari tadi membaca terus menutup bukunya. “ingat tak tentang Dark Energy yang kami ceritakan minggu lalu?” Mereka bertiga mengangguk. “Ia akan merayap ke mana sahaja untuk menumpaskan kita dengan merasuk kedalam badan mangsanya dan menggunakan dia sebagai senjata berlawan. Ia menggunakan memori hitam untuk melemahkan kita supaya dapat mengawal kita.”

“Jadi, kalau Luna tertangkap. Dia akan gunakan Luna sebagai umpan untuk melawan kita.” Sambung Teamin. “Satu cara untuk mengembalikan ‘Luna jahat’ ke ‘Luna baik’ ialah dengan mengingatkan dia tentang memori indahnya.”

“Kamu pernah diserang ka dengan benda tu ke?” Mea terus menyoal rasa ingin tahu.

Onew mengangguk. “Dia menggunakan salah satu dari maid kami. Nasib baik aku dapat membaca memorinya dan kembalikan dia ke dirinya yang asal kalau tidak, mungkin kami dah di cuduk-cucuk oleh jarum bisanya.”

Viola dan Fiona tidak tumpukan perhatian selepas mendengar yang berkaitan dengan Luna dan melayan sesame sendiri.

“Luna takkan apa-apa selagi dia tak sendiri. Fee, lepas kelas nanti jom kita bawa budak Ann tu ke bandar, kita carikan barang untuk Ann.”

Fiona mengangguk. “Okay. Lagipun, Kalau nak minta tolong dengan mereka berlima ni memang tak best. Ann boleh di buli  siiiikit.” Fiona menarik sengih jahat.

Mereka masuk kedalam bangunan akademik dan menuju ke kelas masing-masing.

XOXOXOXOX

Luna masih lagi dalam perpustakaan mini sedang membaca selepas menyelesaikan assignmentnya. Apa dia boleh buat di dalam istana yang besar tu kalau dia dilarang berkeliaran. Terpaksa berkurung membaca sementara menunggu rakannya pulang dari kampus baru mereka.

“Mak oi!!! BOSANNYA!!!” Luna melempar bukunya kebelakang. Give up menunggu dengan membaca jak setiap masa. “baiklah! Dah penat aku jadi budak baik gara-gara si mamat sengal(minho) tu.” Luna bergerak keluar dari bilik tersebut dan mula menyesiatan tentang istana besar tersebut. Mana tahu new things discover dalam istana yang masih berdiri tegak selama beribu-ribu tahun.

Setiap bilik di buka, setiap laluan di lalui, dan setiap bangunan dan menara di lawati, istana tersebut memang menakjubkan. Tiada satu tanda berkerak pun melekat di dinding istana.

“Mungkin betul kata buku tu. Istana ini akan runtuh apabila tiada lagi keturunan berdarah Robella hidup didunia.” Luna terhenti apabila dia rasa sesuatu yang familiar di sebalik pintu berwarna putih berukiran flora emas itu.

Dia merenung pintu besar itu dengan degupan jantung yang sangat pantas, dan darahnya mengalir dengan laju sekali. Rasa ingin tahu apa yang membuat dia rasa gelisa dengan perkara disebalik pintu itu. Tanpa teragak-agak, dia memulas tombol pintu tersebut dan masuk kedalam.  

Terpegun melihat bilik tersebut yang bertemakan kuning merah. Rasa rindu pula menguasai diri mengingatkan dia tentang mamanya. Bilik yang hampir sama dengan warna tema master bedroom di mansion bekas tempat tinggalnya sebelum pemergian orang yang tersayang.

Dia merebahkan diri di katil tersebut dan terhidu haruman yang dikenali. Mukanya di tapuk dan selimut yang dikemas rapi di genggam erat. Menahan rasa pedih dihati mengingatkan tradegy yang sukar dilupakan.
“Mama… Kenapa? Kenapa mama?” terdengar suara-suara kecil datang dari tangisan Luna.

Bilik tersebut menjadi malap walaupun cuaca diluar masih terang. Sedikit demi sedikit, hanya katil dan Luna yang tinggal di dalam kegelapan tersebut.

“Sayang…” terdengar suara merdu memanggil Luna dari pelbagai arah.

Luna mendongakkan kepalanya terkejut melihat sekelilingnya gelap. “Tidak… t..tolong hidupkan lampu…” Luna menutup telinganya, trauma dalam gelap masih lagi belum di atasinya. “Sesiapa tolong! Keluarkan aku!” Dia menjerit sekuat hatinya dan suaranya hanya bergema dalam ruang gelap itu.

“Sayang… mari kat mama.” Muncul mamanya dihadapan mata dengan mendepakan tangan menunggu Luna ke dalam dakapannya.

Luna tersenyum melihat mamanya dan turun dari katil berlari kea rah mamanya. Katil tersebut terus hilang sebaik sahaja dia turun dari katil tersebut. “Mama!!”

Sebaik sahaja dia mendekati mamanya, figura tersebut lenyap membuat Luna rasa keliru. Dia memandang sekeliling mencari dimana mamanya telah hilang. Air matanya mula mengalir balik rasa takut mamanya akan tinggalkan di sekali lagi. Dia berlutut menutup mukanya rasa sangat takut bersendirian.

“Mama!!”

“Aku boleh bawa kamu ke mama kamu.” Seorang lelaki berjubah hitam tidak dapat dilihat mukanya menghulurkan tangan kepada Luna.

Luna mendongak kepala kearah kearah lelaki tersebut. “K… kau akan bawa aku ke tempat mama? Di mana mama?” Air matanya mengalir semakin deras. “tolong saya encik, saya akan bagi apa saja yang penting bawa saya ke mama…”

“Sambut tanganku dan aku akan bawa kau kepadanya.”

Luna ingin menyambut tangannya tetapi terhenti ditengah jalan apabila teringat siapa lelaki tersebut. “Kau… tak mungkin.” Luna segera menarik balik tangannya dan larikan diri dari lelaki misteri itu. “Aku takkan tertipu lagi!”

Lelaki itu muncul dihadapannya setiap kali dia mengelakkan diri. Sehingga membuat Luna penat mengelak. “Pergi! Aku tak perlukan kau untuk carikan jalan penyelesaian ku! Aku takkan buat perkara yang sama sekali lagi!” Luna cuba beranikan dirinya berhadapan dengan lelaki tersebut. “Di sebabkan kau aku terpaksa berjauhan dengan mereka. disebabkan kau, aku terpaksa  hidup keseorangan!”

Ketawa lelaki tersebut bergema di ruang gelap itu. “Baguslah kau ingat aku. Mari ke sini dan kita akan ubah semua masa lalu kamu membuatnya menjadi lebih ceria dengan rakan kamu dan juga… mama dan papa kamu.” Lelaki tersebut muncul dihadapan Luna sambil menghulurkan tangan belum mengalah untuk mendapatkan Luna

Luna menggeleng walaupun itu yang dia mahukan. “Jangan… goda aku lagi!!!” Dia mendepakan tangannya dan mencekik lelaki tersebut dengan rasa marah. “Mati!”

Tiba-tiba, ruang gelap tersebut berubah ke asalnya. Luna berada di atas lantai dengan tangan mendepa kehadapan bergenggam.

Luna membuka genggaman tangannya merasakan ada sesuatu didalam tangannya. “Rantai ni….”


Luna terus memeluk rantai tersebut rasa sangat gembira melihat rantai berbentuk red heart itu. Dia memakai dan menciumnya. “Mama….”

 asap berwarna soft pink masuk dari cela pintu dan pintu bilik tersebut dibuka oleh Ann membuat Luna tersentak dari lamunannya.

“Ann?” Luna memandang sekeliling bilik tersebut. “Aku kat mana?”

Ann tertawa melihat muka blur Luna. sesatlah tu desis hati Ann. “Kau dalam bilik mangkat Permaisuri Rowena.” Ann menghulurkan tangannya kepada Luna dengan senyuman semanis strawberry. “Jom kita jalan-jalan kat taman?”

Luna mengangguk dan mencapai tangan Ann. “Okay.”

Mereka berdua berjalan keluar dari bilik tersebut dengan gelak tawa. Luna menjeling seketika ke pintu tersebut, rasa ingin tahu apa yang telah terjadi sebentar tadi.

Cam mana aku boleh masuk dalam bilik tu? kenapa aku tak ingat apa-apa, hanya ketika Ann masuk cari aku je? Apa yang sedang berlaku sekarang ni? Desis hati gelisanya tidak tenang dengan situasi yang dia alami sekarang. 

No comments:

Post a Comment