Racing Heart: 13# Race

Bunyi loceng sekolah berdering menandakan hari persekolahan mereka telah tamat. Semua pelajar bersorak dengan gembiranya sebagai tanda cuti musim sejuk telah tiba. Sakura menghembus nafas lega sambil mengemas barang sekolahnya.

“BEBAS!” jerit Yumi ke udara dengan happynya.

“Sebulan tanpa sekolah! Ah seronoknya hidup tahun ni…” kata Ren pula sambil memeluk tubuh rasa gembira dan cuba panaskan badanya yang brrrrrr…. Sejuk.

Mereka semua berjalan keluar dari bangunan sekolah kearah tempat parking kereta. Mereka masukkan tangan mereka kedalam poket vest sekolah mereka untuk kekalkan panas.

“So, apa kata kita celebrate permulaan cuti kita?”

“Wajib” sahuat Tomoko setuju dengan Jue.

“So, siapa nak sambut di Claws café kata aye!”

“Aye!” sahut mereka semua setuju dan tertawa kecil.

30 minit kemudian, mereka tiba di Claws Café dan mencari tempat duduk mereka. Lima pelajar itu memesan minuman panas dan cake.

“jadi, korang ada rancangan untuk cuti ni ke?” Ren membuka bicara sambil memanaskan tangannya pada gelas hot cocoa nya.

“Bersedia untuk Acara Shinto’s Racing heart lah!” kata Jue membuat yang lain tertawa setuju. “Kita hanya ada beberapa minggu je lagi untuk practice.

“Aku lawat nenek aku kat kampong.” Sahut Yumi.

“Let see…” Tomoko mula mengira plan yang dia ada untuk cuti mereka. “Race, buat baju, pergi paris dengan mama untuk seminggu. Racing lagi, dan keluar date dengan Shinn…. Aku rasa itu je. Apa?”

Tomoko mendapati kawannya memandang kearahnya dengan riak wajah terkejut. “Wow Tomo, banyaknya planning.” Mereka semua tertawa kecil. “Aku pula, belum tahu lagi dan kau—hoi sakura, kau mengelamun lagi!”

Sakura tersentak dari lamunannya. “Sorry-sorry, aku terfikir, di Tokyo tiada salji ke?” Mereka semua menggeleng. “Oh cam tu… pertengahan musim sejuk tiada salji.”

Mereka memandang wajah Sakura yang sedikit down. “Sakura kau okay?”

Sakura mengangguk. “Terfikir tentang musim je. Oh, cuti ni aku kena balik jepun untuk seminggu dua dan…” teruskan latihan untuk event Shinto Racing… “entahla. Aku mungkin beku kebosanan dalam cuasa sejuk ni.” Katanya tertawa kecil.

“Oh, balik jepun yea? Bagusnya. Aku dah lama tak ke Jepun.” Kata Tomoko fikirkan zaman kanak-kanaknya dengan Sakura.

“Bila kau nak bertolak?” Soal Yumi.

“Dalam masa beberapa hari.”

“Hai korang!” kelihatan yui berlari anak mendekati mereka dengan baju sekolah dan scarf corak petak halus mengelilingi lehernya. “aku dah agak dah korang kat sini.” dia terus mengambil tempat duduk di sebelah Sakura.

“Thank goodness ada cuti sekolah kalau tak peah otak ku akibat kerja sekolah yang berlambak!” dia rembahkan kepalanya tanda penat tapi naik semula setelah beberapa detik. “So pe citer?”

“Kami cerita tentang apa nak buat time cuti sekolah dan Sakura nak ke jepun.” Kata Ren sebelum minum the panasnya.

Yui menjungkit kening. “Really? Baguslah! Shou dan Shinn pun nak ke sana tapi aku tak tahu untuk apa.” Dia menggeleng kepala sedikit kecewa. “Aku patut tampar kepala dorang satu satu untuk korek rahsia dorang ni.” Yang lain ketawa kecil mendengar Yui merungut.

Mereka berborak seperti biasa dan mengusik sesame sendiri sehingga jam 6pm membuat suhu semakin sejuk dan mereka mengucapkan selamat tinggal untuk pulang.

>X<

“King, betul ke dia balik?”

Lelaki bergelar King mengangguk. “Ya.”

“Hebat! Aku rindu kat dia.” Sahut orang ke tiga.

“Kalau korang sentuh dia, kamu mati. Faham?”

“Roger.” Kata mereka berdua dengan senyuman.

>X<

Keesokan harinya…

Sakura berada diatas katil bertapuk di bawah selimut tebalnya mengelakkan diri dari terkena angina sejuk. Mentari pagi masuk melalui biliknya membuat Sakura berdengus dan menutup mukanya. Tidurnya terganggu sekali lagi apabila terdengar bunyi jam penggera memaksa dia untuk bangun. Dia mengambil bantal untuk tutup kepalanya tetapi bunyi tu masih lagi kedengaran. Mahu tak mahu, Sakura terpaksa bangun dan mengambil jam penggera itu secara paksa dan bersedia nak lempar ke dinding tapi terbatal. Dia letakkan jamnya di nightstand semula dan bergerak masuk ke bilik air.

“Ahh sejuk!”

Encik Fujika yang sedang menyiapkan sarapan tertawa kecil mendengar jeritan anaknya. 30 minit kemudian, Sakura turun ke dapur dan duduk di meja makan. “Morning Papa.”

Enjik Fujika membalas senyuman Sakura. “Morning sayang. Kau dah pecah rekod. Dah sebulan lebih kau tak pecahkan jam penggera kau.”

Sakura tersenyum bangga. “sebab Sakura tak nak jadi cam abang. Panas baran.” Katanya dan minum susu panasnya.

Encik Fujika melabuhkan punggungnya di meja makan dan mereka menjamah sarapan pagi mereka dengan tenang. “maafkan papa sebab tak join sekali pumpkin. Papa nak tapi tak boleh.” Katanya sedih. “Papa ada urgent business di China dan Papa tak boleh skip meeting tu.”

“Jangan risau papa, Sakura faham dan Sakura pasti yang Yamato pun akan faham.”

“Thanks honey. Tolong sampaikan salam papa kat dia dan beritahu dia untuk lawat kita okay?”

“Okay.” Sakura tersenyum.

“Oh dan cuba pujuk dia tinggal dengan kita di sini”

Sakura tertawa kecil dah nak setengah tahun mereka di Hong Kong dan papanya masih lagi nak tarik Yamato tinggal di sini. “Sakura akan cuba tapi tak janji dapat result yang positive.”

>X<

“please?”

“no”

“Pretty please?”

“No”

“Pretty please dengan sakura suapkan kau Ice cream?”

Shou melontarkan renungan kearah Yui memberi amaran jangan guna nama Sakura dalam hal tu. “No.” jawapannya tetap tak, dah fed up dia dengan muslihat Yui guna nama sakura. Kali ni dia takkan terkena lagi.

Kedengaran satu suara tertawa. “Kami hanya memantau… nak Nampak keadaan Team lain dan buat perkara yang berkaitan.”

“Thank You, Shinn! Susah ke nak cakap benda tu?” Soal Yui kepada Shou.

“Shou mengeluh dan menggeleng. “Kau kena tahu semuanya ke?”

“YES!” jawabnya cepat. “selagi ia berkaitan dengan team Emperor.. dan Sakura.” Kata Yui mengusik Shou lagi. Dia suka Nampak riaksi Shou setiap kali Yui sebut nama buah hatinya. Hwahwahwa…

“Kau dah dapat jawapan so, p main jauh-jauh!” kata Shou menjengkelkan.

Yui memeluk tubuh dan menggeleng. “Kenapa? Ada rahsia lagi ke?”

“Tak, aku nak bercakap dengan Shinn. Privately.”

Yui nak melawan tapi terhalang apabila Shinn bersuara. “Yui, bukannya kau ada date dengan kawan kau ke? Dah jam 10 dah ni.”

“Apa? Shoot! Aku lambat!” dia terus berlari keluar dari bilik tersebut.

Setelah melihat bayangan Yui hilang, Shinn memandang kearah sepupunya. “So?”

“Apa?”

“Ucapan Terima Kasih boleh di terima. Aku dapat buat Yui keluar.”

“Thanks.” Jawabnya acuh tak acuh. “Pasal ke Jepun…”

>X<

Dua hari kemudian….

Sekumpulan kawan berada di depan pintu check point memeluk Sakura dengan erat dan mengucapkan selamat tinggal.

“thanks sebab datang korang.” Sahut sakura.

“No prob. Kami happy lagi hantar kau ke sini.” Kata Ren.

“Oh ingat Sakura, jangan pernah buat apa yang aku takkan buat okay?” Yui mengenyit mata kearah Sakura membuat Sakura tertawa kecil

“Don’t worry Yui. Aku takkann.” Sakura membalas mata Yui.

“Eherm… jangan nak mengurat sejenis kat sini.” Dua perempuan itu terus menjeking kearah Shinn. “Sorry-sorry. Aku harap kau akan berseronok kat Jepun nanti.”

“Thanks Shinn.” Kata Sakura dengan senyuman.

“Dan…. Sepupu aku nak cakap sesuatu kat kau.” Yui dan Shinn segera menolak Shou ke depan.

Shou memberi amaran maut kepada mereka melalui renungan dan kembali memandang Sakura yang tengah menunggu ayat penting Shou. Jumpa kat sana, apa alamat rumah kau? Number? “Hati-hati..” itu ayat yang keluar dari mulut Shou.

Yui memutarkan bola matanya tidak percaya apa yang dia dengar. “Itu je kau nak cakap? Dia akan pergi selama 2 minggu for crying out loud! Dan itu je kau nak cakap? Satu patah perkataan, hati-hati?”

Sakura terus tertunduk malu akibat perangai Yui menarik perhatian sekeliling. Bukan dia je, malah yang lain juga. “Th-thanks Shou.”

“You’re welcome.” Katanya dengan muka sediiiikit merah.

“Argh! Hopeless! I tell you, Hopeless!!” bisiknya marah melihat proses percintaan mereka cam siput sedut.

Sakura melihat jam tangannya. “Aku kena pergi dulu. Jumpa korang dalam masa 2 minggu. Bye!”

Mereka melambai kearah Sakura yang mula bergerak ke pintu check-in.

“Little blossom!” sahut Shou dan berlari anak mendekati Sakura.

Sakura berputar dan tersenyum gembira. “ya?”

Jantung Shou terus berdegup laju melihat senyuman yang akan dia rindui selama 2 minggu. Dia membuka scarf warna merun di lehernya dan pakaikan pada Sakura. “kat sana sejuk.. jadi.. jangan sampai sakit okay?”

Sakura rasa jantungnya dah nak meletup bila Shou pakaikan scarfnya ulang SCARFNYA! Di leher sakura. “o-o-Okay…” katanya lembut tahan malu yang amat.

“See you in two weeks.” Katanya dan memeluk Sakura. “I’m going to miss you little Blossom.”

Sakura sedikit terkejut tapi membalas pelukan Shou. “I’m going to miss you too.”

Setelah itu, Shou kembali bersama rakannya dengan senyuman kecil tetampal pada mukanya.

Comments

Popular Posts