NCK: Bab 3

“Alright, aku pakai namaku time di FDO. Aku tunggu kau di sana okay?” kata Toshiro dalam talian kepada Akira. “Bye.”

Mereka baru saja dari kedai electronic untuk beli hamusphere dengan CD Nura Celestia Kingdom. Setelah beli barang yang mereka perlukan, dua rival ini balik ke rumah untuk memasangnya dan berjumpa di dalam permainan MMO itu.

Toshiro tiba di biliknya dan mengeluarkan Hamuspherenya untuk di chas pada computernya. CD Nura Celestia Kingdom pula di install dalam computer. Sementara menunggu alat itu di chas dan di install, dia memandang kearah Nerve Gear rekaan Ayaka yang tersimpan rapi di atas rak buku.

Dia terus mengambilnya dan mula teringatkan kenangan di dalam permainan maut itu. “Tempat di mana aku jumpa Accel.” Katanya sambil tertawa kecil. Semua kenangan manis, bergaduh dengan Accel di ulang tayang dalam mindanya sekali lagi.

Sayangnya Nerve Gear dah di haramkan dan di tutup oleh pihak berkuasa kerana ia membunuh. Toshiro mengangkat bahu dan memakainya sekali lagi. Ia dah di tutup bermaksud, benda tu dah tak berfungsi lagi tapi tanggapannya salah. Sebaik sahaja dia pakai helmet itu, Nerve Gear hidup secara automatic membuat Toshiro terkejut.

‘Welcome back to XXXXXXX XXXXX XXXXXX.’

Tertulis ayat tersebut pada screen helmet itu. “XXX?” Toshiro melihat duduk di katilnya dan tekan butang log out menggunakan mindanya yang ada pada screen itu membawanya ke screen utama di mana ada beberapa icon pada screen itu. Toshiro menjungkit kening. Salah satu Icon yang ada pada screennya iaitu E-mail bernyala menandakan dia ada mesej.

Tanpa membuang masa dia segera baring di atas katil dan membuka email tersebut. Dia terus di hantar ke dalam dunia maya di mana sekelilingnya serbah putih.

Toshiro memandang kedua tangannya. “Aku di mana?”

Tak lama kemudian, code computer berkumpul dan membentuk satu figura yang sangat di kenali oleh Toshiro. “Ayaka?”

“Kita berjumpa lagi, Black Warrior.”

Sekarang….

Toshiro mula cemas melihat lelaki yang memerangkap mereka berada di depannya.

“Jangan risau, aku hanya satu mesej yang dah aku buat sebelum aku mati.” Katanya dengan tenang. “Dengar sini Toshiro, Aku tahu kau tak kan percayakan aku tapi kau kena dengar ni. Lelaki bernama Izumi Naoka ialah perantis aku selama bertahun dan dia sedang merancang sesuatu yang kejam kepada pemain MMORPG.”

“Cam mana kau tahu asalkan kau dah mati?” soal Toshiro kepada mesej maya itu. “Kau boleh ke jawab soalan aku hah?”

“Ya, aku dah di programkan untuk menjawab soalan-soalan kau tetapi terhad. Aku tahu tentang ni sebab sebelum aku masuk kedalam permainan FDO, aku dan Izumi pernah bertengkar tentang kebodohanku memerangkap semua pemain dalam game hanya untuk kepuasan diriku. Dia pernah kata yang kalau dia jadi aku dia akan pakai game ini untuk membuat keuntungan besar dan lumayan. Aku tak tahu apa maksudnya tapi yang aku tahu dia akan buat satu permainan yang sama seperti aku Cuma dengan niat yang lain.”

“Dia dah buat pun. Nama game tu Nura Celestia Kingdom.”

Ayaka diam buat seketika dan menggeleng. “Tiada dalam memori.” Katanya menandakan mesej itu tiada simpan nama game dalam memorinya. “Dengar sini Toshiro, kau kena cari apa rancangan Izumi yang sebenarnya dan selamatkan Accel.”

“Accel? D-Dia masih hidup?”

Ayaka diam sekali lagi dan akhirnya mengangguk. “Dia masih hidup dan terperangkap dalam dunia maya. Dia dah di culik oleh Izumi dari istana kami selepas aku di bunuh dan sekarang menjadi tahanan nya.”

Toshiro mengangguk faham. Jadi betullah tekaannya selama ni, Izumi memang ada rancangan seperti Ayaka. “Jadi, kau tahu di mana Accel berada sekarang? Badannya yang sebenar, dia di mana?”

Sekali lagi dia diam dan mengangguk. “Cari lelaki bernama Yuki Minamoto. Hanya dia tahu di mana Accel berada sekaran.” Dengan itu Ayaka lenyap dari penglihatannya sebelum Toshiro sempat nak Tanya soalan lagi.

Dia melihat mesej maya muncul di hadapannya dan menjungkit kening.


Bukannya Nerve dah di haramkan ke? Desis hati Toshiro dan mula berfikir. “Aah… patutlah masih berfungsi sebab kalau ia dah di tutup, dah tentu 300 mangsa mati serta merta.” Toshiro rasa nerve gear ni selamat di gunakan dan tekan butang biru.

Dia terus masuk kedalam code HTML dan muncul mesej maya yang menyuruh Toshiro memilih antara gendre lelaki atau perempuan. Dah tentu Toshiro akan pilih lelaki. Kali ini keluar 8 jenis Puak di hadapannya. Dia kena pilih Puak mana dia nak join sebelum menjadi pemain rasmi dalam NCK.

Toshiro melihat avatar pertama di depannya. Dia tap avatar itu untuk melihat informasi tentang Puak itu.

Puak Domitor; Pemain mempunyai kepakaran dalam memanah dan berkebolehan mempunyai companion pelbagai jenis haiwan yang menolong dalam perlawanan.

Toshiro tak berminat dan slide melihat Puak seterusnya

Puak Sylph; Pemain memegang watak sebagai Ahli sihir dan tidak mahir dalam perlawanan bersenjata tapi mempunyai HP yang tinggi.

Toshiro tertawa kecil teringatkan seseorang yang pasti pilih Puak ni. Toshiro slide Puak seterusnya,

Puak Screo; Pemain yang akan menjadi pakar kepada senjata api dan mempunyai MP yang kuat. Self defence yang kuat dan damage yang tinggi setiap serangan.

Toshiro tersenyum nipis. “Kalau Scy masuk permainan ni, dah tentu ini dia pilih.” Dia slide Puak lain lagi.

Puak Fortis; Pemain yang pakar dalam bermain pedang, mempunyai MP yang tinggi dan mempunyai kelebihan dalam perlawanan.

Puak Umbra; Puak gelap yang tergolong kepada pemain yang memilih untuk menjadi Assassin. Keistimewaan dalam kepantasan.

Puak Mediocris; Puak yang mempunyai kebolehan terbang seperti faries dan magic tapi jampi tertumpukan kepada perubatan dan pelindung dari magic serangan.

Puak Machinor; Puak yang tidak di programekan untuk berlawan tapi berkemahiran dalam membuat senjata dan pencarian.

Pauk Littera; Puak yang pakar dalam pelbagai jenis senjata dan di geruni oleh Puak lain.

Setelah dia baca semuanya, dia kembali ke Puak yang melekat di hatinya iaitu Puak Umbra. Entah kenapa dia rasa Puak ni akan membantu dia dalam masalahnya. Yelah kan, kalau dia menjadi penjahat.. mungkin dia senang nak dapat informasi tentang permainan ni.

Dia memilih Puak tersebut dan costumize avatarnya. Selesai sahaja dia membuat avatarnya, Toshiro meletakkan nama Avatarnya dengan nama sebenarnya seperti mana Akira dan Toshiro cadangkan.



Tetiba lubang muncul dibawah kaki Toshiro membuat dia terjatuh kedalam lubang gelap itu. “Ahhhhh!!!!!” Matanya terbeliak besar bila dia keluar dari lubang itu dan berada di udara memandang kearah satu pulau yang cantik.

“Aku dah masuk?dan aku JATUH!!!!” Toshiro sekali lagi menjerit kerana dia akan terhempas ke tanah setinggi 5000m dari tanah.

><><><><>< 

Hades sedang meronda kawasan Puak Umbra melihat apa yang Puak mereka nakkan sangat dengan Puak gelap tu. Sekarang Waktu malam jadi, kewujudannya di kawasan musuh takkan terbongkar.

“Cam mana mereka tahu yang Puak Umbra dah curi Anchient scroll Puak Sylph?” soalnya pada diri sendiri. Tak sangka meeting mereka malam semalam rupanya nak menghulurkan pertolongan kepada Puak Sylph untuk menumpaskan Puak Umbra.

Hades mengeluh. Dia lebih suka FDO dari NCK sebab di dalam permainan ni, pemain berpuak-puak dan berpecah belah. Walaupun di sini tiada system Guild, tapi Puak lebih teruk sebab 8 buah Puak besar saling bergaduh untuk menumpaskan sesama sendiri untuk mendapat gelaran Noble Tribe memang tak masuk akan. Kalau dalam FDO guild di tubuhkan untuk mengeratkan silaturahim antara pemain dan bukannya memecah belahkan pemain.

Hades terdengar jeritan seseorang dan mendongak keatas. Matanya terbeliak besar melihat seorang lelaki jatuh menjerit.

“Aaaaaa!!!!!!!”

Hades hanya memandang lelaki itu jatuh kebawah tidak menolongnya. Buat apa? Cara pertama kali masuk dalam permainan ni cam tu lah.

Hades melihat ia jatuh dan tetiba hilang dari pandangan mata. Ia buat Hades mula hairan dan pergi ke paras mana lelaki itu hilang secara tetiba. “Kenapa dia boleh hilang cam tu je? Error server ke?” Hades rasa tak sedap hati. Kalau server error dia akan berhenti di udara dan muncul mesej maya beritahu dia tentang server error. Tapi ini menghilangkan diri? Ada sesuatu tak kena. Dia kena cari pemain bar utu.

><><><>< 

THUD!!!

Toshiro muncul tetiba didalam hutan dan jatuh di dalam semak samun. “ Aduh-duh-duh-duh…” Dia bangun dan mengusap punggungnya yang jadi bantal empuk. “Nasib baik permainan ni tak membunuh kalau tak dah tentu aku mati sebelum bongkar rahsia Izumi.” Katanya dan merenggangkan tulang belakangnya.

Dia cuba Swipe open akaunnya tapi tak Berjaya. “Aik? Cam mana nak buka akaun?” Dia cuba tangan di sebelah namun masih tak berjaya, dia cuba depakan tangannya dan bukanya seperti monitor Iron-man tapi tak berjaya. Dia dah kebuntuan dan buat benda bodoh seperti boob-grab. “Tak guna… cam mana aku nak buka akaun ni?!”

Tetiba muncul mesej maya di depannya sekali lagi membuat dia menjungkit kening. ‘Do you want a guide to start you first day in Nura Celestia Kingdom?’

“Mungkin aku perlukan panduan.” Dia tap butang biru dan muncul cahaya kecil hadapannya membentuk satu jasad kecil.

Poof! Seorang NPC bersaiz mini dengan sayap Pixie muncul dengan senyuman manis. “Selamat datang ke Nura Celestia Online. Saya Ai dan akan menolong anda sehingga anda tahu asas permainan ini!”

Mata Toshiro terbeliak bulat. “Ai?! Cam mana kau masuk program Permainan ni?”

Kepala Ai senget sedikit tak faham maksud pemain baru ini dan menumbuk tapak tangannya bila dia dah faham sesuatu. “Oh! Kau ni X-FDO kan? Tak semua pemain tahu tentang aku, tentu kau ni orang yang terdekat dengan Accel.”

“Kau masih ada memory tentang permainan FDO?” soalnya lagi masih tak percaya NPC yang sepatutnya telah di hapuskan bersama permainan FDO itu masih lagi wujud.

Ai mengangguk. “Of course! Anyways, siapa namamu time di FDO?”

“Toshiro. Sekarang pun Toshiro.”

Senyuman riang Ai bertambah lebar. “Black Warrior!!!” Dia terbang dan memeluk muka Toshiro. “Apa kau buat di sini?”

Toshiro tertawa kecil. “Aku yang patut Tanya kau cam tu. Apa kau buat di sini? Setahu aku kau dah di hapuskan sekali dengan FDO?”

Ai menggeleng. “Kau tak tahu ke? NCK ada banyak persamaan dengan FDO tapi di ubah suai sedikit supaya tak 100% sama. Memori NPC dan programe FDO di install balik ke dalam NCK supaya tiada malfunctioning system berlaku.”

Toshiro menarik sengih. Jadi Izumi tipu kat mereka tentang dia tak pernah dan takda kena mengena dengan Ayaka. Dia tak pernah jumpa Ayaka selama setahun? Jadi cam mana dia boleh dapat data tentang permainan maut ayaka?

“Cam tu. Aku ada soalan pertama. Cam mana nak buka akaun?”

Soalan tu buat Ai tertawa. “Ini pasti kes tak baca manual book kan?” Toshiro tersengih-sengih sambil mengusap lehernya dan mengangguk. “Caranya senang. Slide secara melintang.”

Toshiro menepuk dahinya. Itu pun dia tak boleh fikir ke sampai buat boob-grabs? Nasib baik Ai tak nampak tu kalau tak dah tentu malu berabis dia nanti.

Toshiro slide melintang membuka Akaunnya dan mula melihat isi kandungan item barunya. Dia pergi ke ‘user’ > ‘skills’. Eh? Ada skill baru? Ini mungkin sebab skill tambahan dari permainan NCK.

Dia pergi ke ‘item’ pula. Dia hairan melihat senarai barangnya di namakan XXX “Ai… kenapa semuanya ‘XXX’?”

Ai melihat senarai barang Toshiro. “Oh… barang tu barang FDO yang tidak di programekan dalam NCK. Tapi, cam mana memori barang Toshiro di FDO boleh masuk ke sini?”

Toshiro mengangkat bahu. “Mungkin sebab aku guna Nerve Gear tak?”

Ai memandang Toshiro terkejut. “Really? Jadi itu bermaksud Toshiro akan mati kalau di bunuh dalam permainan ni!!” Jeritnya cemas. “Cepat log out dan beli Hamusphere!”

Toshiro menyentuh kepala Ai dengan jari telunjuknya suruh dia bertenang. “Jangan risau, Chip yang boleh merosakkan neuron otak tu dah di alihkan dari nerve gear ni. So, semuanya selamat.”

Ai menghembus nafas lega. “Thank goodness tapi, apa kau buat dalam hutan ni? Puak mana kau ambil?”

“First aku jatuh dari langit—”

“itu biasa untuk first time main sini.”

“—dan tetiba aku hilang sebelum sampai di tanah dan tiba dalam hutan ni. Apa maksudnya tu?” Soal Toshiro mengendahkan sampukan Ai.

“Well, untuk pemain first time, mereka dah tentu akan jatuh ke Bandar utama Puak mereka. Tapi kalau hilang di tengah jalan dan muncul dalam hutan mesti sebab Nerve Gear tu.” Katanya memeluk tubuh sambil memikir. “Mungkin ada beberapa perkara tentang NCK ni yang Nerve Gear tak dapat baca sebab tu kau di hantar tempat lain. Kita kena cari yang mana device lama tu boleh dan tak boleh buat untuk langkah berjaga-jaga.”

Toshiro mengangguk. “Alright Miss Pixie Guide, beritahu aku apa patut kita buat dulu?”

Ai tersenyum bangga. “First!  Kita kena tahu di mana kau sekarang.”

Toshiro membuka akaunya, tap ‘user’ > ‘Location’ > ‘Map’. “Kita berada di hutan berdekatan dengan Bandar bernama Nura City?”

Ai mengangguk. “Kita berada di Bandar utama. Ok, nama Puak?”

“Puak Umbra tak silap.”

Mata Ai terbeliak bulat. “What? Why? Tiada Puak lain ke selain Puak tu? kenapa tak pilih Fortis atau Machirnor??”

Toshiro menjungkit kening. “Umbra teruk sangat ke?”

Ai mengangguk laju. “Hai! Puak ni ialah puak gelap yang semua ke tujuh Puak lain nak hancurkan! Toshiro nak jadi penjahat ke?”

Toshiro menggaru kepalanya yang tak gatal. “Bukan cam tu, tapi selalunya penjahat tak di syak sangat sebagai penyelamat. Oh! Ai, kau tahu ke tujuan utama Izumi buat game seperti Ayaka? Doktor gila tu kata Izumi ada niat yang lebih jahat dari dia.”

Ai mula memikir dan akhirnya menggeleng. “Tak, Ai hanya di programekan balik untuk dari Guide pemain baru. Perkara-perkara terperinci tak Ai tahu. So, misi kau ialah bongkar rahsia kenapa game ni di bina kan?”

Toshiro mengangguk. “Kau akan tolong kan? Sebab Accel terperangkap dengan lelaki bernama Izumi ni.”

Ai mengangguk. “Tentulah Ai akan bantu. Tiada siapa boleh sakiti Accel.” Dia terbang ke bahu Toshiro untuk berehat. “kau kena keluarkan senjata yang ada dalam akaunmu. Cuba cari senjata utama, sampingan dan kecemasan. Begitulah Assassin selalunya buat.”

Toshiro menjungkit kening. Puak Umbra kebanyakannya Assassin ke? Toshiro endahkan persoalan itu dan buka akaunnya. Dia tak sangka yang semua senjatanya masih boleh di gunakan di NCK. Dia ternampak nama senjata yang mengingatkan dia kepada Accel. “Screaming Deathnya masih ada di sini.” Katanya berbisik. Dia mengambil keputusan untuk menggunakan pedang itu sebagai senjata utama dan memilih senjata sampingan dan kecemasan yang ringan dan senang di sembunyikan.

“baiklah. Misi kita ialah mencari lelaki yang bernama Akira.”

Ai tersenyum gembira. “Akira pun ada? Korang planning nak jadi Beater seterusnya ke?”

Toshiro tertawa. “Mungkin. Apa kata kita cuba jadi sneaky seperti Assassin?”

Toshiro melihat skill-skill baru yang dia miliki dan tersenyum. Dia berlari ke pokok berdekatan dan melompat ke atas dahan tanpa memanjatnya. “Woah…. Ini memang hebat!” Dia terus melompat ke dahan yang lain sepantas kilat tapi sesenyap angin bayu.

><><><>< 

Scy swipe open akaunnya dan mengeluh. “dah nak jam 9. Classier, kena cari hotel terdekat ni.”

“Awalnya? Selalunya kau online hingga tengah malam. Kita belum dapat maklumat tentang istana di atas tu.” kata Classier melihat Scy yang tak tumpukan perhatian padanya.

“Esok aku kena pergi satu tempat dan kena bangun awal pagi.” Kata Scy sambil matanya meliar mencari hotel kosong. Jasad mereka kekal dalam permainan tu so, bila mereka log out, badan mereka dalam mode tidur. So, mereka tidak boleh tinggalkan badan mereka di tepi jalan sebab takut kena culik oleh orang yang tak di ingini terutamanya Puak Umbra.

Classier mengangkat bahu. “Okay, aku ada hotel murah untuk kau. Jom.”

Scy hanya mengangguk dan mengekori Classier. “Classier, kau tinggal kat mana? Bukan di sini tapi dunia reality.”

Classier tersenyum nipis. “Kenapa? Kau nak jumpa aku ke?” Scy memukul bahunya membuat dia tertawa. “okay-okay. Aku tinggal di Bandar Nadeshiko, nak alamat sekali ke?”

Scy mengangguk. “Boleh juga. Siapa tahu aku akan lawat Nadeshiko dan ter’hingin nak jumpa kau. Aku nak nampak juga muka sebenar lelaki misteri ni.”

“Kita dah sampai.” Kata Classier sebaik sahaja mereka berhenti di depan bangunan kecil.

“Kau tak masuk?” Soal Scy.

Classier menggeleng. “Aku ada urusan kat sini. Jumpa kau esok?”

“Okay, tapi malam. Seperti biasa?”

“Sure. Aku tunggu kau di sini.”

Scy mengangguk dan masuk kedalam hotel itu meninggalkan Classier bersendirian. Senyuman Classier bertukar menjadi serius dan mendongak melihat langit malam. Dia tak nampak tanah Nura Castle. “Aku dah kesuntukan masa….”

><><><><           

“Pergi! Jangan dekati aku!” Jerit Accel dan membuang pasu yang ada di atas meja kearah Izumi.
Izumi tertawa melihat lontaran lembik Accel yang hanya sampai di kakinya. “Kau nak lari ke mana lagi? Dalam masa seminggu kau akan jadi milikku so nak buat apa mengelak? Kenapa tak sekarang?”

Accel lari ke penjuru bilik,elakkan dirinya sejauh yang mungkin. Dia memandang sekelilingnya. Takda ke benda yang boleh selamatkan dia?

Izumi mendekati Accel dengan perlahan, menghayati setiap sudut badan Accel. “You know, kau nampak lebih matang dari sebelumnya.” Dia memandang Accel dari atas hingga ke bawah. Ya, dia lebih matang dan cantik dari sebelumnya. Patutlah Ayaka sukakan dia, dia cantik, bersemangat tinggi dan not to mention that attitude.

Accel terperangkap di sudut bilik dan rasa semakin takut dengan setiap langkah Izumi ambil mendekatinya.
Sesiapa… tolong aku, t-tolong…..

Izumi mengunci kedudukannya dan dekatkan mukanya dengan Accel. “Kau tak boleh lari lagi, My love….” Bisiknya dekat dengan bibir Accel.

Accel memejam erat matanya dan mengetap bibir. Dia menarik kepalanya jauh dari Izumi hingga terhentak di dinding.

*Tling!

Naoka-Sama, Tuan ada tetamu dalam masa 30 minit.

Izumi berdengus bila dengar mesej suara yang datang dan berdiri tegak. “Why now?”

Accel pula menghembus nafas panjang yang dia sendiri tak tahu dia tahan selama ni dan rasa cecair panas jatuh ke pipinya Dia memeluk tubuh kerana badannya menggeletar satu badan dan jatuh terduduk. Dalam seumur hidupnya, dia tak pernah rasa takut seperti itu… dia lebih takut dari terperangkap dalam permainan maut Ayaka.

“Aku datang lagi esok. Sweet dream my little tiger.” Katanya dengan senyuman manis sebelum bergerak keluar dari bilik kaca itu.

Tak guna! Tak guna! Ahhhh!!! Aku benci dia.. aku benci!

Accel cuba menangis sesenyap mungkin cuba mengawal rasa sedih menguasai dirinya. Dia kena keluar dari tempat tu.. dia tak nak berkurung di sini lagi. Sehari dah buat dia naik gila, dan dia tak nak jadi Gila!

Dia melihat kearah satu-satunya jalan keluar dari sini tapi masalahnya dia tak seberapa pasti berapa kod nombor pintu tu.

Lebih baik cuba dari mengalah kan?

Accel mengelap air matanya dan mendekati pintu itu. Dia tap open pad nombor dan cuba mengingatkan balik di mana cahaya itu menyala bila Izumi menekannya.

2…..8….. urmm….. 0…. 3?

Accel masukkan nombor yang di ingat dan *Tet*tet!*. Accel mengeluh. “Kalau bukan tiga…. Enam?” Dia cuba lagi sekali dengan menggunakan nombor 2806.

*Tulit!*

“Yes!” Accel tersenyum lebar melihat pintu kaca itu terbuka untuknya dan tanpa buang masa dia mengangkat skirt panjang itu dan berlari selaju yang mungkin cuba meninggalkan tempat itu.

Dia tak tahu dia berada di mana tapi apa dia pasti kalau dia keluar dari tempat ni dia akan ketahui dunia mana lagi dia pergi.

Accel berlari masuk ke dalam bilik sebaik sahaja pintu automatic terbuka untuknya dan dia break mati sebaik sahaja melihat apa ada di dalam bilik itu.

Terdapat 300 buah holograme otak berbaris cantik di dalam bilik tersebut. “I-izumi nak buat apa dengan semua 300 otak manusia ni?” Accel melihat setiap satu gambaran otak itu dan tap untuk mendapat maklumat tentangnya.

“Dia tengah buat experiment tentang otak manusia? Untuk apa?” Accel melihat sekelilingnya dan terjumpa main system pada semua 300 otak itu. Dia segera berlari ke sana dan membuka system tersebut.

“First thing first…” Dia taip namanya secepat yang mungkin dan setting systemnya terbuka. Dia mula mengubah suai apa yang patut seperti Controller System, strength volume, kebolehan, kemahiran dan— “Apa kau tengah buat tu?”

tapi belum sempat dia mengubah semuanya dia merasakan seseorang memutarnya kebelakang. Remang bulu roma Accel satu badan melihat menatang yang kelihatan seperti sotong dan juga berlendir menegurnya. Tanpa buang masa dia log out system akaun utamanya di holo monitor sebelum kantoi. “K-Kau siapa?”

Menatang sotong itu melihat wajah Accel dan tersenyum sinis. “Tak sangka ada perempuan cantik dalam bilik ni.” Katanya dengan nada yang membuat Accel kecut perut. “Tentu kau ni orang yang jadi tahanan di bangunan bilik kaca tu kan?” tangannya mula meliar di seluruh badan Accel dan menterbalikkan Accel. Beater itu segera menahan gaunnya jatuh menayangkan seluar dalamnya.

“Lepaskan aku!!” jeritnya menggeletar. Dia geli dengan sentuhan menantang tu. dia geli dan menakutkan! Dia dapat rasakan tangannya bergerak naik dari betis ke pahanya. “Aku beritahu Izumi nanti!!!”

Tangan sotong itu berhenti dan dia berdengus. “Mulut kau ni memang berani.” Sotong itu menekan main system yang sudah tertutup dan dail nombor Ayaka.

“Hello?”

“Naoka-sama, Tahanan tuan Berjaya melepaskan diri. Sekarang dia berada dengan saya.”

“Apa? Masukkan dia balik ke dalam biliknya. Tukar Kod nombor ke huruf faham? Nanti aku uruskan perempuan tu.”

Sotong itu mengangguk terima arahan dan mengheret badannya bersama dengan Accel dalam tangan kembali ke bilik kaca yang berada tinggi di atas bangunan tunggal.

Sotong itu melontar Accel jatuh di atas katilnya. “Jangan kau cuba lepaskan diri lagi, kalau tak kau akan menyesal.” Katanya sambil menjilat bibirnya memberi amaran dan keluar dari bilik itu setelah mengubah kod nombor ke huruf.

Accel mengeluh berat masih tak Berjaya melihat apa yang sotong gatal tu tekan untuk tukar kunci bilik nya. “Nampaknya aku stuck di sini lagi.”

><><><><>< 

Izumi yang ada di meja pejabatnya meramas mukanya. “Budak tu lebih licik dari apa yang aku jangka.” Dia menekan butang phone pejabat yang ada di mejanya.

“boleh saya bantu tuan?” Soal secretary-nya melalui lubang suara telepon.

“Carikan aku hospital mana Kumiko Minamoto di rawat sekarang.”

“Baik Tuan.”

Nampaknya aku kena jinakkan harimau kecil tu. Sorry Kumiko tapi kau yang minta… desis hatinya. Accel adalah kunci kejayaannya dan dia tak boleh biarkan perempuan itu terlepas walaupun di dalam dunia maya. Siapa tahu apa perempuan itu akan buat di dalam permainan itu.


Kalau dia berani buat hal lagi, tak teragak-agak aku cabut hamusphere tu dari kepalanya.

Comments

Post a Comment

Popular Posts