Rose Princesses: Unwelcome Destiny

Chapter 33

Mentari pagi bangkit menyinari alam dengan kecauan unggar menerima sinaran yang indah itu. Daun yang gugur umpama menari-nari jatuh ke tanah umpama gembira melihat bunga-bunga mekar dengan indahnya pada awal musim bunga ini.

Sesiapa yang bangun awal pada waktu itu adalah orang yang paling bertuah melihat keindahan pagi yang indah tak terkata itu.

TULULULUT>>>> TULULULULUT>>>>>

Luna mendengar bunyi penggera phone berdering menandakan masa untuk dia bangun dan buat sarapan pagi. Dengan rasa malas, semalas-malasnya… dia meraba meja di tepi katilnya mencari phone durjana yang satu-satunya berani bangunkan dia dari beauty sleepnya. Tiada. Bermaksud, phonenya berada di meja yang satu lagi.

Tolonglah!  Berhenti berdering… desis hati Luna berharap phonenya berhenti berdering dengan sendirinya namun harapannya takkan tercapai dan dengan itu dengan keadaan masih half asleep, mata sebelah kiri terbuka sedikit, dia menggulingkan badannya ke sebelah katil. Dia terasa ada bantal guling besar di sebelahnya, disebabkan malas menendang bantal tersebut ketepi, dia naik keatas bantal tersebut dan mencapai phonenya di meja yang lagi satu. Apabila dia mancapai phonenya, tidak sempat dia menarik, satu tangan yang lebih besar dari tangannya berada diatas tangannya yang sedang memegang phone yang masih berdering. Jari tangan misteri itu bergerak mematikan deringan itu dengan menekan butang di tepi phone tersebut.

“Awalnya bangun. Its still early.” sahut pemilik tangan itu dengan nada mamai.

Mata Luna terbeliak bulat, dengan sekelip mata, dia terasa sangat segar. Dia memandang ke arah bantal guling yang di tindisnya itu dan mendapati ianya bukan bantal guling yang keras tapi…. MINHO!!!

“Eeeep!” Luna ingin bangkit dari badan minho tapi lelaki itu lebih pantas memeluk Luna tidak membenarkan dia lari dari atasnya. “lepaslah!” kata Luna berbisik dengan wajah merah padam. Ya Ampun, bolehnya dia lupa pasal mamat ni…

“lima minit.. aku nak pastikan ini bukan mimpi.” Kata Minho dengan mata yang tertutup rapat, masih lagi mengantuk. “Aku tak bermimpi kan?”

Luna mengerdip beberapa kali tidak fahm maksud Minho. setelah berfikir buat seminit, dia baru faham dengan mata terbeliak bulat namun, riaksi itu bertukar menjadi satu senyuman manis. “Tak, ini semuanya kenyataan.”

Minho tersenyum dengan matanya tertutup. “jadi, tentang Awakening ke3 tu hanya mitos kan?” Soalnya lagi inginkan kepastian yang pasti.

Luna menggeleng dan merehatkan kepalanya di dada suaminya yang tercinta. “Ianya benar. ‘Awakening ketiga, Rose princess haruslah bersatu dengan pasangannya dengan melalui perkahwinan’. Itulah yang tertulis dan kami akan pergi setelah kami capai awakening ketiga. Tapi… kenapa time wedding kita, kami tak transform ke awakening terakhir?” Luna terfikir. Ia tak masuk akal, seperti yang dikatakan dalam buku-buku-BUKU yang Luna baca selama ini. kami sepatutnya capai awakening ke tiga setelah sarungkan cincin atau minum air mutlak dalam goblet tu tapi kenapa tak? adakah kerana Ann tidak join sekali? Awakening ketiga patutnya serentak ke? bermaksud kami tak akan balik ke dunia kami ke? Tak, itu mustahil. Rose Princesses yang sebelumnya, mereka boleh pulang walaupun berkahwin berlainan tarikh. Bagaimana? Apa yang buat mereka pulang? Ini memang memeningkan kepala desis hati Luna sambil menghembuskan nafas berat.

Minho membuka matanya memandang isteri kesayagannya kebawah dengan dahi berkerut. “Kenapa?”

“Ia tak masuk akal, semakin banyak aku fikir pasal ni… semakin berputar belit kejadian ni semua. Perkara ni seperti penyelesaian sebuah puzzle bersaiz besar, ia tidak lengkap tanpa kesemua piece di gabungkan. Tapi, satu keping puzzle dah hilang. Aku tak dapat gambaran yang lengkap tentang Awakening ke tiga ni. Apa yang hilangnya?” Kata Luna dengan nada serius memikirkan apa ke jaddah benda yang hilang tu yang buat otaknya bertambah rumit.

Minho pula menghembus nafas berat membuat Luna memandang tepat ke wajahnya. “Aku sendiri tak faham tapi, kenapa kita tak berterima kasih je?”

“Kenapa? Untuk apa?” See? He lost it. Apa yang Minho merapukan ni? desis hati Luna blurr.

“Kita akhirnya berkahwin, kau tak capai awakening ketiga dan tidak tinggalkan aku. Lagipun, kau takkan capai awakening ketiga sebab Robella dah selamat dan kau takda hak untuk jaga kerajaan ni sebab Onew dan Mea akan ambil waris di raja. Kita boleh hidup tanpa memikirkan Robella setiap masa lagi, kau tak perlu jadi penjaga Heart of Robella lagi, Kau hanya perlu risaukan suami mu yang perlukan kau setiap masa ni saja.” Kata Minho dengan senyuman nakal meleret di wajahnya.

Luna tertawa kecil. “Mungkin kau betul. Mungkin aku je yang banyak fikirkan benda ni dan-” Ayat Luna terhenti apabila dia terasa sesuatu di dadanya seperti ada sesuatu berlaku. Dia cuba hilangkan perasaan buruk itu namun, penafiannya hanya membuat hatinya bertambah sakit dari sebelumnya. Dia mula bernafas dengan berat, menghembus dan menarik nafas menggunakan mulut, dia memegang dadanya yang terasa sangat berat.

“sayang, kenapa ni? kau okay ke?” Minho dan Luna segera bangkit duduk diatas katil. Minho melihat keadaan isterinya yang sukar untuk bernafas mengcengkam baju nightgownnya di dada membuat dia risau.

Luna menggeleng, keringat mula mengalir dari dahinya. “Aku… A-Aku tak tahu….” Katanya berpaut pada bahu Minho rasa seperti jantungnya ditarik keluar. Sakit. Sangat sakit.

Tanpa buang masa, dia mencapai phonenya di pinggir katil dan mula mendail sebarang number yang dia jumpa dulu. “Hello?!”

“Uish..! sakit telinga aku. apa kess call pagi2 ni?”

Minho kenal suara ni. “Onew! Luna dalam masalah, kita kena ba-”

“Tak…” kata Luna menarik phone minho dari tangannya dan dimatikan. “Minho… ba-bawa aku ke.. ke Heart of Robella…. Please…”

Minho hanya akur dan mengangkat Luna cara bridal. Dia membawa Luna keluar dari bilik dan bergegas ke throne room di mana pintu rahsia ke heart of Robella berada. Masuk kedalam bilik rahsia, melalui jalan yang gelap, berjalan turun tangga dan bergerak ke tengah tasik yang penuh dengan mutiara mata.

“Lu, honey… apa dah berlaku?” Soal minho semakin cemas. Ke Heart of Robella kenapa? Tahap kerisauan Minho meningkat setiap kali dia melangkah mendekati bilik rahsia itu.

Luna mendongak memandang wajah Minho dan tersenyum tawar. “Nothing happen… le-letakkan aku ke bawah… dan.. ke tepi..”

Minho menggeleng masih enggan melepaskan Luna. cam mana kalau dia di serap kedalam bebola oren tu? cam mana kalau dia takkan kembali lagi? “Luna… aku..”

Kedengaran bunyi tapak kaki berlari mendekati bilik tersebut dan kelihatan Shinee dan Rose Princesses termengah-mengah tiba di pintu gerbang tersebut dengan Onew menjadi pemimpin.

“A-Apa ni?” Soal Si kembar melihat bebola oren yang terapung di bilik kecil bulat itu. “mini matahari?”

“Heart of Robella…” kata shinee serentak terpaku melihat kunci keselamatan Robella yang sebenar.

“Apa?” Rose Princesses pula menyoal serentak tidak percaya apa yang mereka lihat adalah Heart of Robella.

Onew memandang kebawah dan melihat Luna dalam dakapan Minho dengan wajah yang tidak berupaya. “Aku dah agak dah…. Kuasa ni datang dari Luna.” Kata Onew membuat yang lain tumpukan perhatian padanya. “Kuasa Luna turun dengan mendadak sama seperti ayahanda.”

Shinee terkejut sekali lagi. Sama seperti Raja Alexander? Bermaksud Luna nak… mati?

“Minho… tolong percayakan aku. Please, I’m begging you…” kata Luna sudah tidak dapat mengumpulkan nafas.

Mahu tidak mahu, Minho terpaksa akur dan meletakkan Luna tapi Luna tidak tenggelam, hanya terbaring diatas air hanya rambutnya sahaja yang basah. Minho bergerak kembali ke tiga tangga terakhir bilik tersebut dan memandang yang lain. Mereka terus mendekati Minho perlukan penjelasan.

“Luna kenapa?”

“Kak El tak papa kan?”

Minho hanya menggeleng tidak dapat bersuara walau sepatahpun. “Aku tak tahu, aku harap dia taka pa-apa…” Kata Minho tanpa alihkan pandangannya dari Luna.

Luna memandang ‘mini matahari’ itu dengan mata yang sayu. ‘aku rasa… masanya dah tiba, masa untuk bersatu dengan Heart of Robella akhirnya tiba jua. Tinggalkan Robella akhirnya…’ air mata mutiara mengalir dari mata Luna membuat mereka yang melihat dari jauh semakin risau.

Luna memejamkan matanya dan berserah. ‘kalau ia untuk kebaikan Robella, aku sanggup korbankan nyawaku. Kalau sekaranglah masa yang sesuai aku pohon… pastikan Robella, suami dan rakan-rakanku selamat.’

Dengan itu, aura oren turun mengelilingi Luna sebelum ia mengangkat Luna naik ke mini Matahari. Nightgownnya berubah menjadi gown berwarna oren. Tetiba, enam aura dari mini matahari itu turun si setiap penjuru bilik mengelilingi Luna dan membentuk satu figura yang sangat mengejutkan. Mereka adalah penjaga heart of Robella yang sebelumnya.

“Mama?” kata ketiga beradik apabila terlihat permaisuri Maria berdiri di sebelah mereka.

Permaisuri Maria tersenyum manis. “Nampaknya kami telah rosakkan kebahagiaan kami.. Minho.”
Minho terpaku. Tidak tahu apa dia patut buat sekarang. selama 16 tahun ini, dia ingatkan mamanya meninggal disebabkan suatu penyakit misteri tapi, dia sebenarnya korban Heart of Robella.

“mama, apa semua ni? kenapa Luna di ambil asalkan Robella telah selamat?” Key mengambil alih soalan yang Minho ingin utarakan. Dia faham perasaan abangnya sekarang. melihat kedua insan yang disayanginya di ambil oleh perkara yang sama. Tentu dia rasa sangat sakit sekarang.

Senyuman mamanya pudar dan dia menggeleng lemah. “You see, setiap Penjaga kena berkorban nyawa untuk selamatkan Robella dan Luna kena pasrah dengan takdir yang dia lalui. Selagi ada Penjaga Heart of Robella, maka Kejahatan masih ada untuk mengancam keselamatan kerajaan kita. You all like it or not, Penjaga telah ditakdirkan untuk menjadi korban.”

“TIDAK!” Minho akhirnya bersuara setelah terpaku untuk sekian lama. “Itu tak mungkin, Penjaga Heart of Robella hanya akan terkorban apabila mereka salahgunakan kuasanya! Ia tak boleh ambil Luna sesuka hatinya! itu tak mungkin! Ia tak Adil!!” sebelum Minho turun semula untuk mengambil Luna, Onew telah mengambil langkah mengikat tubuh badan Minho dengan benang halusnya. “Lepaskan Aku!”

Onew menggeleng dan beralih pada Permaisuri Maria. “Mama, tiada cara lain ke untuk selamatkan Luna dari maut?”

Permaisuri menggeleng lemah, dia sendiri tidak sanggup menyatakannya. “maafkan kami.. tapi, inilah satu-satunya cara untuk selamatkan Robella.”

Fiona jatuh terduduk di anak tangga batu itu dan Viola segera bergerak ke tepi Fiona. “Tidak… tidak… Luna tak boleh pergi Vee.. dia tak boleh…”

“Shhh… aku tahu. Ia tak adil.” Viola memeluk erat adiknya yang mula menangis dalam dakapannya.

Mea pula hanya melihat Luna di angkat masuk kedalam Mini matahari itu dengan parasaan marah+sedih+kecewa. Kau tahu semua ni akan terjadi kan? Kenapa kau rahsiakannya dari kami? Kau tak trust kami ke? Kenapa kau buat kami begini? “YOU STUPID SHELLFFISH SHE-DEVIL!!” jeritannya bergema di ruang kamar kecil itu membuat yang lain turut terkejut. Mea teriak? Hebat….

Mereka semua melihat kearah Luna sehingga dia betul-betul diserap kedalam mini matahari itu. Bebola oren itu bertukar warna menjadi merah hati menandakan Luna dan Heart of Robella telah bersatu. Pandangan mereka bertukar arah kembali jatuh memandang permaisuri Maria.

“Your Grace, bukankah Robella dalam keadaan selamat sekarang ni? kenapa Luna di ambil?” Jonghyun pula menyatakan persoalannya kenapa ibu tirinya.

“Sebab… Di luar sana… Shadow masih lagi bernafas.”

Mereka semua terkejut. Shadow? Tidak mungkin dia masih hidup? Tapi bagaimana? Ini tak mungkin boleh terjadi!

Jasad Permaisuri Maria semakin pudar bermaksud dia akan kembali bersatu dengan Heart of Robella. “My sons…. Remember, apabila pertempuran telah bermula, jangan pernah kembali ke masa lalu kerana… itu hanya akan melemahkan kamu. Sebab…. Ada surprise yang akan tiba pada hari pertempuran kamu semua…” kata Permaisuri Maria sebelum menghilangkan diri kembali ke mini Matahari itu.


No comments:

Post a Comment