Axerialeth: SOD -The ships of Miracles-

Bab 7

Dua hari akan datang…..

“Please..”

“No.”

“Rick…” Pujuknya

“Spring…” Rick beri amaran keras.

Spring menghembus nafas mengalah. “But Rick! Kata Ben aku boleh pergi ke tasik tu tapi kenapa kau tak nak? Kau sendiri yang rancang nak ke sana kan? Tentu kau tahu keistimewaan tasik tu.” Pujuknya lagi. Kurang dalam 30 minit, mereka akan tiba di Tasik Zucholget.

Rick kembali menyandar di kerusi rehatnya, memandang dada langit melalui cermin bumbung.

Mereka sekarang berada di First Base, tingkat paling atas kapal. Tingkat tu juga merupakan tingkat kegemaran Rick kerana apa yang ada di tingkat itu ialah sebuah bilik bulat yang di lindungi dengan kaca sfera, mereka boleh melihat langit di sekeliling mereka. Apa yang lebih best ialah pada waktu malam, mengira bintang dan mencari buruj.

Bukan sahaja bintang dan buruj yang buat Rick gemar akan bilik itu malah… ia juga bilik kegemaran Miracle.

Dia pasti yang dia dah kunci bilik tu tapi macam mana pula Spring boleh masuk kedalam? Dia nak tanya tapi Spring terus ubah tajuk ke Tasik Zucholget.

“Tak juga..” Rick menggeleng dengan matanya masih memandang langit biru. “Ben lebih pakar dengan tasik tu. Dia yang tunjukkan aku dulu.”

Spring mencebik. Cam mana nak pujuk lelaki ni luangkan masa bersamanya? Dua hari lalu, semasa dia risaukan tentang keadaan Rick, dia tak dapat duduk diam dan selalu tanya perkembangan Rick dari Manda.

Kata Manda dia hanya perlu rehat tapi itu tetap tak tenangkan Spring. Dia tak tahu kenapa dia rasa begitu, adakah ia rasa bersalah? Dia tanya Manda kalau dia juga kena dadah gula-gula tu tapi tak. Manda kata dia okay. Spring beritahu Pole pula pasal keadaannya dan kata Pole itu bukan rasa bersalah tapi rasa cinta?

Bila dengar ayat tu buat Spring naik merah dan hati berbunga-bunga tanpa henti. M27 pernah beritahu dia pasal perasaan cinta; kau akan selalu fikirkan lelaki itu, Jantung berdegup bila bersama lelaki tu, gembira tak kesampaian bila berada di sisi lelaki itu dan nak perhatian lebih dari si lelaki. Seharian dia nafikan perasaan itu tapi akhirnya, dia mengalah dan mengaku yang dia memang sukakan Rick. Bila dia beritahu Pole pasal ni, Pole menjerit seperti perempuan tulen dan berharap yang Spring akan menyembuh luka yang ada di dalam hati Rick.

Boleh ke dia buat Rick lupakan Miracle?

“Aku dah agak dah kapten ku ada di sini.”

Spring dan Rick melihat ke tangga naik ke bilik itu dan melihat Pole tersenyum manis. “Apa korang dua buat kat sini? Spring, kita dah nak sampai ke sana, pergi jumpa Manda tukar baju tu dulu.”

Spring mencebik tapi akur. Dia bergerak limpas Pole dan sempat dengar Pole berbisik. ‘don’t worry, I got this.’ Dengan senang hati dia turun berjumpa dengan Manda.

Rick kembali baring di kerusi rehatnya dan memejamkan mata. “Aku tahu apa kau nak Pole dan keputusan ku muktamad.”

Pole mendekati ketua mereka dan duduk di kerusi rehat lagi satu. “I know. Apa kau fikirkan tentang Spring?”

Rick menjungkit kening dengan soalan Pole. “Huh… Spring? Dia periang, suka mengetahui benda baru, unique….” Fikiran Rick melayang dari Spring ke orang lain, terukir satu senyuman di wajahnya. “Kuat merajuk, bising, tak mudah mengalah, kuat risau tahap gaban, pandai, cantik, dan—”

“Itu Miracle.” Potong Pole, sedih. “Kau masih belum boleh lupakan dia?”

Rick memandang Pole dengan renungan seriusnya. “Kenapa aku nak lupakan Miracle?”

Pole menggeleng sambil mengeluh. Nampaknya Spring kena berusaha lebih untuk buka hati Rick untuknya. “Nothing. Kalau kau cari kami, kau tahu di mana kami berada.”

Rick mengangguk dan melihat Pole bergerak pergi meninggalkan dia bersendirian. Dia kembali memandang langit biru, tapi hati tenangnya dah meninggalakan Rick, perasaan sedih menguasai diri.

Dia tahu apa kawan-kawannya cuba baut padanya selama ni, dan dia berterima kasih kepada mereka semua kerana ambil berat terhadapnya dan cuba ceriakan dia balik. Mereka juga cuba buat dia lupakan Miracle.

Hanya itu dia tak nak. Dia boleh jadi dirinya yang dulu tapi melupakan perempuan yang dia cintai adalah mustahil baginya. Sangat mustahil.

>X<

“Tuan, kami mendapat bacaan kegunaan kuasa Clow Reign di Tanah besar Grundella.” Sahut Ly yang berjalan seiringan Zeloid. Mereka sedang memantau orang-orang mereka yang sedang membuat uji kaji kuasa CR ke atas manusia.

“Tanah besar Grundella? Kuat ke bacaannya?” Soal Zeloid tanpa memandang Ly.

Ly menggeleng. “kurang 30cr, Tuan.”

Zeloid mengeluh. Sama ada si pengguna Clow Reign tu lemah atau dia sengaja tahan kuasanya. “Teruskan menjejak, sedia kapal-kapal kita untuk bersedia. Tak lama lagi eksperimen kita akan pulang.”

Ly tidak faham apa maksudnya tapi dia hanya akur dan bergerak pergi.

>X<

Mata Spring terbeliak bulat melihat pemandangan tepi tasik Zucholget. Rumput hijau tumbuh bersama bunga-bunga liar di sekeliling tasik tersebut. Air mengalir dengan tenang dan sebuah pulau kecil berada di tangah tasik tersebut.

Ia seperti sebuah tanah lapang Cuma di penuhi dengan pelbagai jenis bunga dan juga tasik jernih yang sangat cantik!

Spring melompat keluar dari kapal dan berlari ke tasik tersebut. Dia berputar-putar sambil mendepakan tangannya menikmati hari yang indah di tempat yang penuh dengan keajaipan itu.

Ben melihat Spring ketawa riang membuat dia sendiri tersenyum. Kenapa perempuan ni nampak cantik dalam semua perkara?

“Ben…. Kau tenung dia lama sangat. Jarang aku nampak kau cam ni.” Usik Nuez membuat Ben naik merah.

“A-Aku tak tahu apa yang kau cakapkan ni.” dia berdehem cuba sembunyikan rasa segannya. “A-Anyways, kita di sini untuk take a time off kan? So, jom!” dia terus melarikan diri meninggalkan Nuez yang tertawa.

Yup, Ben suka dengan Spring. Tunggu bila Manda dengar tentang ni desis hati Nuez dengan senyuman nakal terpapar di wajahnya.

Beberapa minit berlalu semuanya berada tasik itu kecuali Rick yang masih berperap dalam kapal.

Nuez, Manda dan Pole berada dekat dengan kapal, sedang berpicnic manakala Ben sedang terangkan beberapa perkara tentang semua perkara yang Spring soal.

“Oh! Aku nampak bunga ni di dalam buku koleksi Miracle! Tak silap aku nama bunga ni bunga morning glory.”

Ben mengangguk. “Yup, ia hanya mekar sehari dan layu pada hari yang sama.”

Spring melihat bunga tersebut dengan kagum. Walaupun ia hidup dalam masa yang singkat ia tetap mekar cantik. “Hebatnya….”

Ben tersenyum melihat wajah Spring. “Memang hebat…”

Nuez tertawa kecil sambil menggeleng. Ia memang kelakar nampak Ben seperti orang angau dengan cinta. “Ben… Ben… dah matang dah budak tu.”

Manda yang mengunyah sandwichnya menjungkit kening melihat Nuez. “Maksud?”

“Kalau korang belum perasan, Ben suka Spring.” Katanya direct to the point. Ini buat kedua perempuan terkejut.

Manda tersenyum gembira. “My Little Ben dah besar dah dan sukakan Spring! They look cute together!”

Pole pula menggeleng. “Tak cute sangat sebab Spring sukakan Rick.”

Sekarang Nuez pula terkejut beruk dan begitu juga Manda. “What? No way” kata Nuez sambil menggeleng.

“Kenapa pula? Salah ke Spring sukakan Rick.”

Manda menggeleng. “Tak salah tapi kau tahu masalah Rick kan? Dia tak boleh lupakan Miracle. It’s mandatory.”

Pole beri wajah tak puas hati. “Aku tahu tu tapi tak boleh ke bagi Spring peluang?”

Manda dan Nuez saling berpandangan. Patut ke? Lagipun dari dulu lagi mereka nak Rick keluar dari kepompongnya dan teruskan maju ke hadapan. Tapi, mereka ada hak ke nak masuk campur dalam hidup Rick?

“Kita tunggu dan lihat, Pole.” Nuez akhirnya bersuara. Mereka tak boleh kata apa-apa kerana takut bukan sahaja hati Spring hancur, malah Ben juga. Serta hubungan Ben dan Rick akan hancur.

Rick berada di mulut pintu kapal melihat pemandangan tasik yang sudah lama dia tak lawati. Dia ingat lawatan pertama ke tempat itu adalah lawatan terakhir tapi nampaknya takdir tak menyebelahinya kali ni.

Memandang tasik Zucholget membuat dia teringatkan kenagan lama yang sangat manis bersama seorang insan yang dia cintai.

Miracle.

/Flashback/

“Miracle!”

Miracle berputar dengan senyuman gembira memandang Rick yang tercungap-cungap setelah kejar dia ke tepi tasik. “This is amazing, Ricky! Ia lebih cantik dari apa yang aku bayangkan!”

Rick tersenyum melihat Miracle gembira. Dia berlari anak ke sisi Miracle yang melihat ke dalam air. Pelbagai jenis ikan dalam tasik yang jernih itu.

“aku tahu kau akan sukakannya.” Kata Rick dan Miracle balas dengan senyuman manisnya.

“Rick, kau pasti ke yang lain takkan cari kita? Kita dah menyelinap keluar tanpa beritahu kat mereka.”

Nak beritahu mereka? Dah tentu Manda dan Pole ekori mereka dari belakang dan mengintip di sebalik semak kalau dia beritahu kat mereka. Lagipun, dia nak luangkan masa dengan Miracle, yang lain selalu jadi orang ke tiga dan kacau mood lovey-dovey mereka.

“Jangan risau. Mereka takkan cari kita.” Dia lihat wajah tak percaya Miracle dan segera bersuara. “kau tahu tak pemandangan matahari terbenam di sini nampak cantik di antara gunung tu?” katanya sambil menuding ke arah matahari yang tidak tinggi dari gunung yang jauh nun di sana.

Miracle tersenyum. “Really? Boleh kita nampak nanti?”

Rick mengangguk. “Dah tentu tapi sementara menunggu, kau nak buat apa?”

Miracle melihat sekelilingnya. Matanya liar mencari apa yang dia nak buat dahulu. dia nak berenang, dia nak tangkap ikan Dia nak tahu setiap jenis bunga yang mekar di kawasan itu, , dia nak ke pulau di tengah tasik itu…

“Errm… Aku nak..” Dia nak sebut berenang tapi terbatal. “Oh! Aku tahu nak ke—” terbatal sekali lagi sebab nak ke pulau tengah tu kena berenang. “Aku… tak tahu nak mula dari mana…”

Rick tertawa melihat kecomelan Miracle bila dia buntu. Dia memeluk pinggang Miracle supaya perempuan itu dekat dengannya. “Okay. senaraikan apa kau nak buat.”

Miracle mengangguk dan mula mengangkat tangannya, mengira guna jari. “aku nak tangkap ikan, Aku nak lihat jenis bunga, berenang dan ke pulau tu dan… Oh! Nampak matahari terbenam.”

Rick tertawa sekali lagi. Yup, perempuan ni tak boleh buat dia berhenti dari ketawa. Hatinya menyanyi setiap kali dia bersama Miracle. “Okay, apa kata mula dengan senarai kedua? Aku beritahu kau semua jenis bunga yang kau nak tahu.”

“Alright, Aku cari bunga yang aku nak tahu dulu.” Dia lepaskan pelukan Rick dan nak pergi mencari tapi terbatal bila Rick menangkap lengannya.

“Where’s my thank you kiss?” Soalnya buat muka merajuk.

Miracle naik merah. “Well…. Tutup mata.”

Rick tersenyum dan akur. Dia menutup matanya dan menunggu ciuman dari Miracle tapi tidak seperti yang dia harapkan. Sebab Miracle beri ciuman di pipi.

Rick membuka mata dengan wajah murung. “Dari mana kau belajar menipu ni?”

Miracle tertawa kecil. “Dari seseorang yang ajar aku buat hela ciuman di pipi.” Miracle terus melarikan diri selepas habis ayatnya.

Rick terngangah. Dia belajar dari aku? That’s it, aku takkan ajar benda cam ni lagi kat dia desis hatinya dan mula mengejar Miracle. “Mira, jangan lari!”

 Miracle hanya beri respon ketawa kepada Rick dan sesi kejar mengejar mereka bermula. Sepanjang petang itu mereka buat apa yang Miracle nakkan, semua jenis bunga yang dia pilih, Rick cuba beritahu jenis bunga itu, ada juga beberapa jenis bunga dia tak tahu, dia ingat dia akan kecewakan Miracle tapi tak, Miracle kata dia nak simpan bunga tu dalam buku frame gambar supaya lain kali mereka boleh cari namanya. Miracle juga simpan bunga kegemarannya dalam buku tersebut.

Setelah itu, mereka memancing ikan sambil makan petang. Miracle ada sedia picnic untuk mereka sebab Rick kata mereka akan keluar lama. Nampaknya persediaan picnic tak lah sia-sia.

“So, sedap tak?” Soal Miracle melihat Rick sedang mencuba pie epal pertamanya.

Rick saja mengunyah perlahan supaya Miracle berang. “Hmmm… tunggu dulu. Belum habis lagi ni.”

Miracle mencebik. “Okay. makan slow-slow. Takut tercekik nanti.”

Tercekik? Idea gila muncul dalam minda Rick. Dia terus terbatuk-batuk dan terbaring atas tikar picnic membuat Miracle jadi cemas. Makwenya terus bergerak ke sebelah Rick dan memegang dadanya.

“Rick! Ricky kau okay ke?” soalnya cemas.

“T-Tercekik! Tolong!” katanya sambil terbatuk-batuk. “CPR! CPR!”

“O-Okay!” Miracle terus tunduk nak berikan pernafasan mulut ke mulut kepada Rick, tapi tertangguh tengah jalan bila fikiran logic jatuh ke mindanya. “Menipu!” Miracle menutup mulut Rick.

“orang tercekik tak perlukan CPR lah! Dia perlukan air atau Heimlich maneuver!”

Rick tertawa berguling-guling sebaik sahaja Miracle melepaskan mulutnya. “T-Tapi kau boleh bagi CPR air kan??”

“CPR… air?—Eeeee!” Miracle memukul bahu Rick. “Are you that dasperate?”

Rick mengusap dagunya cuba memikir jawapan yang dia tahu buat Miracle sakit hati. “Kalau aku cakap ya, kau akan bagi ke?”

Miracle pura pura berfikir seperti Rick. “Hmmm…. Maybe?”

Rick tersenyum. “Then, jawapannya Ya.”

“But, I said Maybe dan aku tak bagi.”

Rick terus menjadi murung. “Awww… Come on!!”

Mereka teruskan date mereka dengan bermain sekali lagi sehingga masa untuk menikmati matahari senja yang terbenam di antara dua gunung seperti mana yang Rick katakan; Ia sangat cantik.

Kedua pasangan bahagian ini hanya berdiam diri, rasa selesa dengan posisi mereka sekarang ni, Rick memeluk bahu Miracle dengan kepalanya di atas kepala Miracle. Manakala Makwenya memeluk pinggang Rick dengan kepalanya rehat di dada Rick.mereka rasa saat tu ialah saat paling indah bagi mereka berdua, tiada gangguan, tiada kesedihan, jauh dari masalah mereka.

“Rick…”

“Hmm…” jawab Rick memandang ke wajah Miracle yang tak lari dari melihat matahari terbenam.

“Thank you.” Jawabnya dengan senyuman manis. “Thanks for everything.”

Rick mengucup kepala Miracle penuh dengan kasih sayang. “I’m glad you’re happy.”

Miracle mengangguk. “Aku harap masa berhenti untuk selamanya sebab aku tak nak ini semua berakhir.”

Hati riang Rick tenggelam. Dia faham maksud Miracle, sebaik sahaja mereka kembali ke kapal, mereka terpaksa sambung misi mereka untuk bebaskan Miracle dari Organisasi CR yang mengejar insan yang dia sayangi ini. DIa memeluk Miracle dengan lebih erat sepertinya dia tak nak Miracle di bawa pergi darinya.

“Yeah… me to.”

Setelah matahari tenggelam mereka mula mengemas barang mereka dan bersedia untuk kembali ke kapal.

Hati Miracle rasa berat untuk tinggalkan tempat itu. Dia rasa gembira, tenang di tempat tersebut bersama Rick dan dia tak nak semua itu hilang sebaik sahaja mereka kembali ke kapal tu. Dia rasa masa yang mereka luangkan bersama tidak cukup.

Miracle bergerak mendekati tasik itu kembali dan memandang air tasik itu sekali lagi. Tetiba, idea bernas dan nakal pernah dia dapat dalam seumur hidupnya datang.

“Rick! Mari sini!” sahut Miracle dengan nada teruja.

Rick kembali meletakkan bakul picnic mereka dan berlari mendekati Miracle. “Apa dia babe?”

“Apa bendanya tu?” Soalnya menuding jari ke suatu benda yang ada di dasar tasik.

“Mana?” Rick tundukkan diri cuba mencari apa yang Miracle tunjukkan. “yang mana?”

“Yang tu…” katanya dan melangkah kebelakang Rick. “Kat bawah tu.”

Dahi Rick berkerut, susah nak nampak dalam keadaan gelap cam ni. walaupun bulan menjadi cahaya malam, ia tetap tak membantu lelaki yang hampir rabun ayam ni.

“Mira, mana-Ah!!”

Takda suara, takda amaran, tak semena-mena Rick di tolak ke dalam tasik oleh Miracle. Tak lama kemudian Rick kembali ke permukaan air dan melihat Miracle ketawa pecah perut kepadanya

“Ha-ha very funny. Best ke tolak orang dalam tasik?”

Miracle menutup mulutnya menahan ketawa tapi batal, dia tertawa kecil. “Sorry…” Miracle tundukkan diri dan menghulurkan tangan. “Jom balik?”

Rick berenang ke tepi tasik dan menyambut tangan Miracle tapi miracle tak tahu yang Rick sendiri ada hela membalas dendam. Rick terus menarik Miracle dan jatuh ke dalam tasik bersamanya.

“Ahh!! Ricky, Help!” jerit Miracle bila dia rasa dirinya nak tenggelam.

Rick tertawa. “Don’t worry, I got you.” Rick segera menarik Miracle mendekatinya dan memeluk pinggang Miracle.

Miracle memeluk leher Rick dengan erat. “kau tahu aku tak pandai berenang kan?”

Rick mengangguk. “sebab tu aku ada. Bukan kau cakap kau nak berenang ke?” senyuman Rick tambah lebar bila dia lihat muka merah Miracle. “apa? Kau ingat aku lupa?”

“No, aku harap kau lupa.” Dia betulkan. “Tapi nampaknya tidak.”

Rick tertawa kecil melihat muka murung Miracle dan dapat pukulan di dada.

“Not funny! Boleh kita naik sekarang?”

Rick menggeleng. “Tahan nafas.”

Miracle menjungkit kening hairan tapi lihat dari riak wajah Rick, dia akur. tarik nafas dan tutup mata.

“Good. Bersedia” Rick mula teggelamkan badan mereka ke dalam air dan melepaskan Miracle. Dia tetap pegang tangannya supaya Miracle tak cemas.

Rick mengeluarkan sesuatu dari poket bajunya dan pakaikan di leher Miracle. Rick mengusap pipinya suruh Miracle buka mata.

Miracle membuka mata dengan perlahan, terkejut melihat seutas rantai terapung di depan matanya. Dia nak menjerit gembira tapi bila dia tahu yang dia di dalam air, dia menutup mulutnya.

Rick dapat lihat dari mata Miracle yang dia nak cakap sesuatu dan nak tarik dia naik ke dasar tapi terbatal bila Miracle berenang memeluknya.

Rick tersenyum gembira. Dia membawa mereka berdua naik ke dasar dan mengambil udara baru. “Y… You like it?” soalnya sebaik sahaja menarik nafas

Miracle merenggangkan pelukannya dan mengangguk. “I love it.”

Hatinya berbunga-bunga, perasaannya tak dapat di huraikan sebab tiada siapa pernah beri dia hadiah secantik itu. DIa tak tahu cam mana nak cakap terima kasih kepada Rick. Jadi, Miracle terus mencium dahi Rick. “Thank you.” kedua Pipinya. “Thank you.” Kedua matanya. “Thank you.” Dan dagunya. “Thank you very much.”

Rick gembira bila satu mukanya di cium tapi satu tempat Miracle tak cium. Malas dia nak bersuara dia terus mencium Miracle di bibir. Mereka tenggelam dalam dunia mereka sendiri; hanya mereka berdua.

“I love you….” Bisik Rick dekat pada bibir Miracle.

Miracle tersenyum. “I love you too, Rick.”

/End Flashback/

“Rick? Akhirnya ketua kita dah keluar dari biliknya!”

Rick tersentak dari lamunannya bila dia terdengar suara Nuez. Dia terus mengatur langkah mendekati mereka dan duduk di sebelah Nuez. “ Apa? Korang ingat aku akan berperap di bilik atas tu seharian?”

Mereka bertiga mengangguk membuatkan Rick tersenyum kecil. “Aku perlukan udara luar sekali-sekala juga okay.”

“Oh Rick!” Spring berlari kea rah kawan-kawannya bila dia lihat Rick sudah keluar. “kau nak berenang ke?”

Berenang? Ini buat Rick teringatkan Miracle dan ciuman mereka. Dia menggeleng. “No thanks. aku rasa Ben nak, kan Ben?” Rick menjungkit kening tiga kali kepada Ben membuat lelaki itu naik merah.

“S-Shut up.”

2 comments: