Rose Princesses: The Secret Behind the Eye


Chapter 17

Eliza(Luna lah tu) berada di dalam perpustakaan peribadinya bersendirian. Sudah dua hari berturut-turut Eliza tidak keluar dari bilik itu membuat semua orang di dalam istana itu risau.

Dia tidak bersuara, tidak meminta apa-apa, malah, dia tidak mendengar apa mamanya cakap. Hanya duduk membaca buku-buku di dalam library itu sehingga bertimbun diatas meja. Yang mereka hanya boleh buat ialah buatkan minuman dan makanan ringan untuknya untuk mengisi perut.

Mamanya mengetuk pintu library selepas habis kerjanya tentang urusan kerajaan. “Sayang… betulkah kamu okay?” Mamanya masuk kedalam dan melihat anak emasnya yang sedang khusyuk membaca sebuah buku.
Mamanya tersenyum melihat Eliza selalu bersemangat untuk membongkar rahsia dunia tapi dia tetap risau tentang kesihatan Eliza. Sampai sanggup skip makan hanya untuk tinggal di library.

Eliza mengangguk tanpa bersuara sepatahpun. Matanya tidak berganjak dari baris ayat-ayat buku itu.

Mamanya duduk di sebelah Eliza sambil membelek-belek naskah buku yang telah Eliza baca. Dia terkejut. Dia melihat tajuk buku tersebut dengan laju.

“The History of Golden Blood Robella, The unknows mystery of the Hidden Contract, Contract between Demon and Human… Apa ni?” Matanya tertumpu pada satu tajuk buku yang membuat semua persoalannya terjawab. “Eye’s of the devil?”

Mamanya mengambil buku yang Eliza baca dan membaca tajuknya menginginkan kepastian yang lebih jelas. “The Devil’s Eyes…” Dia mendongak memandang wajah kecil anaknya. “Eliza… tak mungkin kamu…”

Eliza mengangguk. memegang erat tangannya. rasa sangat takut apabila mengetahui dia mempunyai Devil’s Eye seperti mana atuknya dulu. “Mama… Eliza akan mati ke? betul ke Devil eye ni boleh membunuh? Eliza akan jadi jahat ke?” Tangannya di genggam lebih erat apabila badannya menggeletar satu badan.

Mamanya terus memeluk Eliza cuba mengurangkan rasa takutnya. “Tak sayang.. kamu takkan mati selagi mama ada di sini.. kamu takkan jadi jahat.. tak akan” Mamanya mengucup kepala anaknya dan menitiskan air mata. Apa yang telah menimpah atas Alize ku ni? Apa yang akan berlaku padanya nanti kelak desis hatinya risau dengan masa depan anaknya yang masih berumur tujuh tahun.

“Bila dan cam mana kamu bolah dapat Devil eye tu, Eliza?” Soal mamanya melihat kearah Eliza ingin memastikan kejadian menemukan devil eye tersebut tidak terlampau tragic.

“Semasa di sekolah…” kata Eliza dengan perlahan. “Eliza marah dengan seseorang dan sumpah seranakan dia kerana mencaci nama Papa. Katanya Papa mati disebabkan Eliza. Eliza sangat marah time tu dan tanpa disedari semasa dia memandang Eliza, dia tetiba kelihatan terseksa dan bergelut kesakitan… dan.. dan…” Eliza menutup telinganya apabila teringat balik bagaimana budak itu berteriak dalam seksaan. Suara budak lelaki itu masih bergema dalam kotak mindanya berteriak kesakitan yang teramat sangat. “Dia… Dah tak bernafas…”

Eliza menutup mukanya tidak dapat menerima apa yang telah berlaku keatasnya. “Mereka semua takutkan Eliza apabila Devil Eye ni muncul dan memandang mereka. Eliza sendiri takut mama… takut yang Eliza akan lost control cam last time dan membunuh classmate Eliza…”

Mamanya memeluk Erat Eliza. “Shh… Shhh… Shhh…. Jangan takut my little Angel, kamu kena yakin yang kamu boleh kawal mata ni. jangan bagi Devil Eye mengawal mu faham?” Usap mamanya dengan suara yang lembut.

“Eliza bukan Angel mama.. Eliza dah berubah menjadi Demon.” Eliza memeluk erat mamanya. Menangis dalam dakapannya. “Apa Eliza patut buat? Apa yang patut di buat?”

XOXOXOXOX

Luna terbangun dari tidurnya. Dia melihat kearah bulan sabit dari pintu veranda. Dia mengeluh dan menyentuh matanya. “Kalau betullah Devil Eye boleh membunuh… cam mana pula dengan Onew yang hanya ada sebelah mata?”

Luna bangun dari katilnya dan keluar dari bilik untuk ke dapur. Fikirannya melayang tentang Devil Eye yang boleh menguasai tuannya sendiri.

Dia melihat kedua tapak tangannya dan di genggam. “Patutkah aku ambil Devil Eyenya sebelum ia memakan diri Onew?”

Dia masuk kedalam dapur dan terhenti apabila melihat Jessica juga berada di dapur sedang mengambil segelas air putih.

Jessica menjeling kearah Luna dan meneguk segelas air putih hingga habis. “Kau tak dapat tidur juga ke?”

Luna menarik nafas panjang. “Begitulah.” Katanya sepatah. Dia mengambil segelas cawan kaca dan di tuang susu kedalam gelas.

 “Pasal Danny kesayangan kau ke?” Jessica menarik sengih. “Kau patut tahu dia dah pulang ke kerajaannya semula kan?”

Luna mengangguk dan meneguk segelas susu putih sehingga habis. “Aku tahu dia takkan tinggalkan kerajaannya begitu saja. Kau pula kenapa?”

“Aku?”

“Yelah, kau pun tak boleh tidur sebab fikirkan sesuatu bukan?” Luna duduk di kerusi yang tersedia khas di daput besar itu. “Pasti pasal aku, musuh yang paling kau benci kan?”

Jessica berdengus. “Poker face cam kau ni patut pun di benci.”

Luna tertawa kecil. “kau masih bencikan aku hanya kerana satu sebab. Minho.”

“Aku dah tak kisah tentang mamat tu lagi. Aku risaukan yang lain yang selalu tertipu kerana perangai kau yang act innocence.”

Luna menjungkit kening. “Kau patut tingkatkan strategic dan kekuatan dalam perlawanan kau kalau kau risaukan tentang mereka semua.” Katanya sebelum meninggalkan Jessica bersendirian di dapur dan kembali ke bilik.

Tetapi dia bertembung dengan Onew. “Hey, Cik Eliza.”

“Luna.. Eliza dah di sahkan mati 14 tahun lalu.” Luna tersenyum sambil melihat mata kiri Onew yang berwarna hitam. Aku patut ambil desis hatinya.

Onew tertawa. “Okay… Cik Luna. Kenapa belum tidur lagi? Dah nak masuk jam 3 pagi ni.”

“kau pula? Kenapa tak tidur lagi?” Soal Luna balik.

Onew menyentuh mata kirinya. “Kau faham kan?”

Luna terkejut. “Kau… jumpa…”

Onew mengangguk. “Aku jumpa dia lagi dalam mimpi.”

“Apa dia nak?” Soal Luna ingin tahu apa Devil tu nak dengan Onew. “Dia nak kau bunuh orang ke? atau nak kau bunuh aku?”

Onew menggeleng pula. “Dia suruh aku berhati-hati dengan masa hadapan ku. Itu saja sebab dia kata dia akan menguasai badan aku dan mengambil alih Robella. Dia memang licik, memilih aku yang akan menjadi raja Robella seterusnya.”

“Dia ada niat yang sama dengan Shadow.” Luna memandang kearah luar tingkap yang berada di sebelah mereka. meninjau jauh ke Angel Of Heart Fountain di mana Shadow telah dikalahkan. “Shadow dah lenyap dari dunia ini terima kasih kepada Rose Princesses menolong aku dan aku ingat kita akan berada di zone selamat tetapi… masalah baru pula mencelah.”

Onew menyandar di dinding sebelah tingkap. “Cam mana kau boleh kawal dia dan tak terima ugutan dia?”
Luna tersenyum nipis. “Akukan penjaga Heart of Robella, tentulah aku boleh kawal dia dengan senang. Plus..” Luna mengeluarkan scepternya. “Aku boleh bunuh dia kalau aku mahu tapi.. aku masih perlukan devil kecil ni.”

Onew tergelak takut. “Kau memang Devil. Lebih teruk dari Seekor Devil. Demon Queen.”

Luna menghilangkan scepternya. “begitulah caranya untuk hidup kalau kau di posisiku. Kena berlakon sebagai orang jahat supaya misi utama tidak terjejas dan kena menjauhi orang yang tersayang supaya mereka tidak terlibat dengan masalah sendiri.” Luna menarik nafas dan merenggangkan badannya. “Tapi… itu semua susah nak buat bila mereka nak masuk campur juga kan? Lagi pun, walk alone will never solve our problem quickly right?”

“Jadi… kau dan Minho takkan bersamalah maksudnya?”

PACK!! Satu penumbuk land di muka Onew.

Muka Luna merah dan jantungnya berdegup kencang selaju racing car mengakibatkan tindakan refleksi menumbuk muka Onew. “Kau buat aku ingat satu lagi masalah!”

Aduh!! longgar rahang aku desis hati Onew memegang mulutnya yang rasa nak tercabut. “Kau tahu dia masih tunang kau kan? Minho tentu happy dapat tahu tunangnya masih hidup.”

Luna ingin memberi satu lagi penumbuk tetapi kali ini dihalang oleh Onew. “Kau memang nak mati kan? Aku nak sattle benda ni selepas masalah kita dah tamat, okay?”

Onew tertawa besar. “Jadi, kau memang suka Minho lah kan?  Kalau Minho dengar ni tentu kembang se taman budak tu.”

Luna menyilang tangannya dan menggeleng. “jangan beritahu dia!! Aku dah try kawal diri aku dari shok giler dekat dia. Jangan kau nak tambah lagi ke’arkward’an aku time aku dekat dia!!”

“Okay-okay…” Onew menahan gelaknya melihat Luna yang rupanya ada hati dengan musuh ketatnya time kecil. “Aku janji tak bersuara tapi… aku tak janji aku akan sakat kau setiap kali korang bersama.” Onew mengangkat kening double jerk.

Luna bertambah merah hingga ke telinga. “Eeeeee!!!! Kau memang kejam!”

XOXOXOXOX

En Edward berada di dalam pejabatnya. Dia sedang menyelesaikan masalah yang sedang bermain dalam fikirannya setelah mengetahui yang Luna sebenarnya adalah Eliza.

Masalah yang memeningkan En Edward ialah Eliza sepatutnya mengambil tahta seterusnya selepas kemangkatan Raja Alexander kerana dia mempunyai Devil Eye dan juga Penjaga Heart of Robella. Bertunang dengan Minho hanya untuk menutup rasa tidak puas hati rakyat tentang pewarisan tahta Eliza. Tetapi, selepas pengesahan yang Eliza telah meninggal dunia, Minho menarik diri dari mewarisi tahta ayahnya dan diambil alih oleh Onew kerana dia telah terpilih untuk mendapat Devil Eye walaupun hanya di sebelah kiri.

Jika Onew menarik diri dan memberi semula tahta yang akan dia peroleh balik ke Eliza, tentu menimbulkan berita buruk tentang Eliza. Pasti rakyat tidak akan bersetuju dan memberontak. Menganggap puteri Eliza hanya nakkan Robella untuk kesenangan dirinya dan menggunakan Lima Putera di Raja untuk dapatkan tahta.

“Apa patut aku buat?” Katanya dengan perlahan. Memicit-micit dahinya yang berdenyut akibat terlampau banyak masalah yang datang. “Puteri Elizabeth kena naik tahtah kerana dia ialah penjaga Heart of Robella… Apa yang Duthcess Rowena telah buat sampai timbulkan masalah serumit ni? Kalau dia tak bawa Puteri Elizabeth keluar ke Dunia manusia, tentu benda seperti ini takkan berlaku…” En Edward mengeluh panjang dan memandang kearah gambar lima putera raja Robella yang di lukis khas oleh pelukis terkenal dan digantungkan di pejabat En Enward. Satu persatu gambar putera Robella itu di tenun. Matanya tertumpu pada gambar Minho. “Maafkan aku…. tapi, aku terpaksa sakitkan hatimu lagi…” Katanya dan beralih pada gambar Onew pula. “Kita tidak boleh membuat keputusan sesuka hati dan kena jaga maruah kita. Jadi… terpaksalah aku buat cam ni.” Katanya lagi disertakan keluhan.

XOXOXOXOX

Luna dan Onew sedang berborak senda di tempat mereka. tetiba satu SMS dari phone mereka datang dengan serentak membuat perbualan mereka tertangguh.

“Edward?”

“Orang tua gila?”

“Siapa tu?” Soal Onew apabila Luna menyatakan orang yang SMSnya.

Luna memanjangkan lehernya melihat SMS Onew. “Kau pun dapat SMS dari orang tua sinting tu ke?” Luna memandang semula SMSnya. “Apa lagi dia nak ya?”

Onew tertawa mendengar yang Luna anti sangat dengan En Edward. “Apa lagi. Tentu yang berkaitan dengan Kerajaan.”

Luna ketawa paksa. “Tentu pasal pengambil alih tahta. Orang Tua bangkak tu selalu serius dengan hal cam ni.” Luna menggeleng.

Onew menjentik dahi Luna. “Dah-dah lah tu mengutuk Edward.” Onew menarik tangan Luna dan bergerak ke pejabat En Edward. “Try to be polite dan jangan tunjukkan dengki kau tu didepannya.”

Luna mencebik. “Sure… Whatever.”

Pintu diketuk oleh Onew dan diberi kebenaran oleh En Edward untuk masuk.

“Kenapa Ed?” Soal Onew sebaik saja membuka pintu disertakan senyuman. Onew memandang kebelakang melihat Luna yang tidak mahu masuk. Dia membesarkan matanya memberi signal  menyuruh Luna masuk sekali.

Luna menggeleng. Tetap berkeras tidak mahu berjumpa dengan lelaki yang paling dia tidak suka.

Onew memutarkan bola matanya pedap dengan budak kepala batu di belakangnya ni. Ya Ampun… budak ni desis hatinya. Dia menarik Luna masuk kedalam dan menutup pintu.

En Edward tertawa kecil melihat gelagat mereka. “Sila duduk.”

Onew dan Luna duduk di kerusi depan meja kerja En Edward. Luna rasa lebih menyakitkan hati apabila berdepan dengan lebih dekat lagi dengan En Edward.

Onew memukul bahunya kerana membuat muka yang memang buruk.

“Aduh! what?” Luna mengusap bahunya yang pedis sambil membuat muka tidak bersalah.

Onew beralih pandang ke En Edward. “Apa halnya panggil kami jam empat pagi ni?”

En Edward menarik nafas panjang melihat wajah mereka berdua dengan lama sebelum bersuara. Cuba mengatur ayat yang betul supaya Luna, yang sangat tidak sukakannya tidak meletup apabila mendengar kaputusan En Edward. “Kamu berdua sanggup buat apa saja untuk Robella?”

Onew tertawa kecil. “Ya..”

Luna menjungkit kening. “Of Course.”

En Edward mengangguk lega. “baguslah. Sebab kamu berdua kena berkorban untuk keselamatan Kerajaan Robella, Nama baik Puteri Eliza dan Juga Putera Onew.”

“Straight to the point.” Luna dah tak tahan dengar suara En Edward. Berdarah telinga aku dengar penjelasannya sikit-sikit.

En Edward menarik nafas panjang. “Kamu berdua kena menjalinkan hubungan.”

“APA?!”

“Not Ever old man!” Luna tolak serta merta tanpa berfikir panjang.

“Aku faham ini sangat mengejutkan tapi, ini untuk mengelakkan rakyat jelata dari salah anggap tentang Puteri Eliza. Kita semua tahu tahta Raja Kerajaan Robella sepatutnya milik Puteri Eliza tapi di sebabkan Puteri dah disahkan meninggal 14 tahun lalu, Onew telah di naik tahtakan.”

Onew memikir panjang kata-kata En Edward. Betul, Eli.. Luna kena mengambil tahta seterusnya kerana dia ialah penjaga Heart of Robella. Kalau Luna tetiba muncul di depan rakyat sebagai pewaris seterusnya sebagai Luna, perempuan yang tiada pangkat di dunia ni akan memberi kesan yang sangat teruk pada rakyat. Mungkin mereka akan memberontak atau berpecah belah.

Kalau Luna mengaku balik sbgai Puteri Elizabeth yang telah disahkan meninggal, tentu rakyat tidak percaya dengan kata-katanya dan berfikiran yang Luna hanya nak menguasai Robella demi dirinya sendiri.

Ini memang rumit. Kalau aku turun tahta dan berikan kepada Luna, tetap memberi kesan yang sama. Jadi, satu-satunya cara ialah dengan mengawini Luna.Tapi…. Mea….

“Pasti ada cara lain.” Luna tetap berkeras tidak mahu berkahwin dengan Onew.

Onew tersentak dari lamunannya apabila Luna menghentak meja. “Seperti?”

Luna mengangkat bahu. “Manalah aku tahu tapi pastinya ada jalan lain selain perkahwinan. Aku dah pedap dengan kahwin2 ni. Aku hampir lagi hancurkan dunia kerana kahwin dengan Danny. Kali ni Kahwin dengan Onew? Bukan hancur, tapi lebih hebat. disedut kedalam black hole. Licin!”

Onew meluku kepala Luna kerana bersikap biadap. “Agaklah wei. Kita takdah contract cam kau dan Danny okay.”

Luna menjelir lidah tidak mahu mengalah. “Do I care??” Luna memandang kearah En Edward dengan pandangan yang menggerunkan. “Beri kami masa untuk berfikir tentang ni. kami tak boleh setuju je cam tu, dan seminggu kemudian bertunang dan seterusnya berkahwin.” Luna menarik nafas panjang cuba tenangkan fikiran, jiwa dan mindanya. “Aku perlukan settle hal ku di sini dan tak mahu tambah lagi masalah. So, selepas masalah aku semuuuua nya selesai. Baru aku beritahu jawapan ku okay?”

Mahu tak mahu, En Edward terpaksa mengangguk setuju dengan Luna. “Baiklah. Kalau aku bantah tentu aku di cincang dengan sceptermu tu kan?” En Edward tertawa kecil.

Luna menjungkit kening. “Tahu tak pe. So, dalam masa tu.. kau kena buat hal lain selain ganggu kami okay?” Luna menghulurkan tangannya kepada En Edward.

En Edward menyambut tangan Luna. “Deal.”

Onew hanya berdiam diri melihat mereka berdua berjabat tangan seperti businessman and woman sedang membuat perjanjian perniagaan. Siap dengan syarat lagi.

“Ah! hampir terlupa.” En Edward mencapai ke sebuah almari di bawah mejanya dan mengeluarkan sebuah kotak yang di perbuat dari kaca. “Aku nak pulangkan ini ke Puteri Eliza.”

“Luna..” Kata Luna tidak ingin di panggil nama sebenarnya kerana dia anggap yang dia sudah tidak layak pegang nama itu lagi. Tanpa segan silu, dia mengambil kotak tersebut dari tangan En Edward dan membukanya.

Matanya tersebliak dan terus memandang dua jejaka yang ada di bilik itu dan kembali pada kotak tersebut. Sebentuk cincin lama peninggalan nenek moyang penjaga Heart of Robella yang sudah lama dia tinggalkan dibiliknya dalam istana itu sebelum pergi ke dunia manusia.

Dia menyarungkan cincin itu ke jari hantunya dan tertawa gembira. Dia tidak sangka yang dia akan bertemu dengan cincin ini selepas dia tinggalkan selama 14 tahun. Setahu dia, apabila penjaga Heart of Robella meninggalkan tanggungjawabnya, cincin ini akan hilang dan tidak akan kembali lagi untuk generasi seterusnya.

“Macam mana- tak mungkin…” Sehingga tak terkata keterujaan Luna.

En Edward memandang kearah Onew dan Luna secara automatiknya memandang Onew. “Kau yang jumpa ke?”

Onew menggeleng. “Minho…” Katanya ringkas tapi jelas dengan nada yang lembut. “Dia yang jumpa cincin tu dan menyimpannya kerana dia percaya kau tidak akan tinggalkan dia dan akan kembali tapi..” Onew menarik nafas bersalah apabila teringat kisah silam yang telah mengguris hati adiknya akibat penipuannya. “Edward mengambil cincin itu dan menyatakan kepadanya yang cincin itu lenyap sekalis gus bermaksud kau juga telah mati.”

En Edward mengangguk, meng’yakan penyataan Onew. “kami tidak mahu dia berharap benda yang tidak pasti.”

Luna tertawa kecil. Mereka dah salah faham tentang cincin itu. Cincin di tangannya hanya akan hilang apabila Golden Blood sepertinya meninggalkan tanggungjawabnya sebagai penjaga Heart of Robella. Ia akan selalu wujud walaupun penjaga Heart of Robella telah mati dan Generasi Golden Blood masih wujud di dunia.

No comments:

Post a Comment