Rose Princesses: Intentional Date


Chapter 13

 June 14

Hari ini masuk dua bulan kami  berada di Robella. Tak sangka juga kan yang kami berempat tak bercakap pun pasal dunia manusia sejak tinggal di sini.

Mungkin kami lebih suka di sini berbanding di sana. Kalau Mea.. tak payah cakap. Dia boleh sembunyikan dari yang lain tapi dari aku… senang je nak nampak. Kelmarin dulu aku perasan yang Onew dan Mea berkapel. Time…. Time…. Ah! Time latihan Rose Princesses, Pink dan White Rose Vs Blue Rose.

Weisyeee men!!! Bukan main si Onew tu cemas, risaukan Mea kalau cedera, broke her hand, broke her leg or broke her face! Nak cover dari den? Aku boleh agak dari muka Onew walaupun dia try sembunyikan.

Hah! Ni pula pasal Danny. Kenapalah dia selalu melekat dengan aku? kadang-kadang rimas juga aku dengan dia.. tapi dia sweeeeet sangat! Selalu jaga hati aku dan… Dia lamar AKu!! perkahwinan kami akan bermula seminggu dari sekarang… Epic!!

Oh ya! Minho… apa kes dia jauhkan diri dari aku setiap kali Danny ada yeah? Tak faham aku dengan perangai mamat satu ni. Kadang-kadang baik.. kadang-kadang dingin… apa kess???

Kau memang bodoh! kan aku dah kata jangan dekat sangat dengan si Danny tu? kamu takkan bersama walaupun kau tunggu seribu tahun untuknya. Dia hanya sweet talk dengan kau sebab dia nak kau terjebak dalam perangkapnya.

Luna melepaskan pen tersebut apabila Eliza mengawal tangannya. “Apa kau nak lagi?”

Eliza muncul di depan Luna dengan wajah tak puas hati. ‘kau memang tak pandai dengar cakap kan? Kau nak menyesal di kemudian hari ke?’

“Aku dah kata jangan masuk campur dalam urusan aku.” Luna memeluk tubuh. “Kau marah ke aku tak sama Minho, tunang kau tu? Aku tak boleh jadi kau hanya kerana muka kita sama. Aku tak boleh bersama Minho kalau dia anggap aku, kau. Aku perlukan kebahagian juga kau tau?”

“Kita tidak akan pernah bahagia!!” Eliza naik berang. “Selama aku di sini, tidak sekali pun aku rasa kebahagiaan sebagai budak lapan tahun! Dan selepas itu, kau pula tak pernah rasa seperti perempuan remaja kaya yang menjalani hidup glamour kenapa? Sebab kita tak akan bahagia selagi Heart of Robella masih ada di dalam Istana ni!” Suara Eliza naik Volume 3

“I don’t care!” jerit Luna balik. “Aku tak kisah kalau kau jadi penjaga Heart of Robella dan hentikan bercakap pasal kisah lalu aku!”

“I do care! Kenapa kau ni kepala batu sangat? Kenapa aku kena jadi kau?!” Eliza nak cekik –cekik Luna sekarang ni.

“Siapa suruh kau pilih aku?!” Luna meramas rambutnya dan menarik nafas banyak kali, cuba menenangkan dirinya. “Cam nilah. Kau bagi aku masa seminggu untuk pilih keputusan aku sendiri. Kalau aku buat sesuatu yang salah… Aku akan terima kau.”

“Tiga hari atau batal.”

Luna mengeluh. “Okay! tiga hari. Deal?”

Eliza tersenyum gembira. “Deal! Tiga hari dari sekarang. kita akan lihat siapa akan menang dalam akhir cerita ni..” Eliza lenyap dari penglihatan.

Lune tersenyum sinis. “Kau memang aku. Aku memang suka dengan Deal dan cabaran. Kita akan lihat siapa yang akan pergi.”

XOXOXOXOX

Viola dan Fiona sedang bersembunyi di dalam semak sedang menunggu mangsa datang ke lokasi yang di ramal.

“kau yakin dorang dua akan datang?” Soal Viola kepada adiknya, berbisik.

“Shh… di sinilah tempat yang paaaaaling tepat untuk orang berduaan tanpa ada gangguan.” Fiona yakin dengan teorinya.

Kedengaran tapak kaki berjalan menuju ke Angel of Heart, bukan seorang tapi berdua. Si kembar terus berdiam diri melihat siapakah yang datang ke tempat yang sunyi ni.

“Boo!” Luna mengejutkan mereka dari belakang.

“Aaaaaahhh!!!” Viola dan Fiona melompat keluar dari tempat persembunyian mereka.

“Vee? Fee?” Ann terkejut melihat Si Kembar muncul disebalik semak.

Si kembar berputar kearah Ann dan Teamin. Ternganga mereka dibuatnya apabila mengetahui si pemalu dan si periang berada di Angel of Heart fountain.

Luna tertawa kecil. “Shh…” katanya kepada si kembar sembunyikan kehadirannya di tempat itu.

“A… Apa kamu buat di sini?” Teamin menyoal takut. Ya ampun… kantoi oleh si kembar? Confirm dorang kasih tau abang-abang aku! desis hatinya.

Viola dan Fiona menarik sengih. “kami sedang cari mangsa tapi… tak perlu lagi.” Kata Viola sambil menjeling kearah Luna yang masih bersembunyi. It’s pay back time desis hati Viola.

Fiona mengangguk. “Nak nampak mangsa kami?”

Viola dan Fiona menarik Luna keluar dari semak dan tunjukkan kepada Ann dan Teamin. “Ini mangsa terbesar kami ada setakat ni.” kata mereka serentak

Luna tersengih-sengih. “Korang memang nak di belasah kan?”

Viola dan Fiona buat muka tidak bersalah dan memeluk Luna. “Okay. Ann dan Teamin.” Viola menunding kearah dua kapel dihadapannya.

“Kami nak bawa Luna lari dari Istana ni, jadi kamu berdua kena cover kami okay?” Sambung Fiona meminta tolong dengan mereka.

Luna blur. “Ke mana?”

Ann hanya mengangguk. mahu tak mahu kena setuju kalau tak… bukan saja si kembar yang bising, Jonghyun dan Key juga akan bising.

Teamin menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Okay. syarat, kamu rahsiakan benda ni dari yang lain okay?”
Viola dan Fiona mengangkat thumbs up dan membawa Luna lari dari tempat tersebut meninggalkan dua kapel itu berdating.

Si kembar berpaut di lengan Luna supaya dia tidak lari. Viola mengeluarkan phonenya dan mendail satu nombor.

“Pak cik! Tolong sediakan satu kereta berkerusi empat di depan pagar utama taman okay? Ooookay!”

Luna memandang si kembar dengan penuh persoalan. “Korang nak kidnape aku ke mana?”

Fiona menutup mulut Luna dengan menyumbat sebatang lollipop. “Baik kau diam kalau kau tak nak Danny kesayangan kau jumpa kita.”

Kereta sedang menunggu di depan pagar taman utama dan tanpa membuang masa, Si kembar memaksa Luna masuk kedalam kereta dan mereka bertiga bergerak ke Bandar Robella tanpa memberitahu kepada sesiapa.

Terutamanya Danny, Luna diharamkan keluar dari istana untuk keselamatannya. Mentang-mentang dia bakal jadi tunang Luna.. janganlah mengongkong sangat. Kasihan Luna macam seekor burung merpati putih didalam sangkar kecil bergantung di dalam bilik raja.

Ini ialah peluang Si Kembar untuk membawa Luna bersiar-siar di kota Robella selepas dua bulan tinggal di dunia itu. Biarlah Luna dapat sedikit kenangan manis untuk diingatkan sebelum balik semula ke Dunia manusia kan? Kan?

Mereka akhirnya tiba di tengah bandar of Robella. Bandar yang sangat canggih dengan technology yang modern. Lebih modern dari Dunia manusia. Mereka mempunyai iklan hologram dan terdapat juga flying car yang berterbangan di udara apabila terdapat trafik jam di jalan raya. Fashion penduduk Robella lebih unik dari dunia manusia.

Luna memeluk tubuh memandang keluar tingkap. Walaupun dia rasa teruja tapi dia tetap sakit hati dengan Si kembar sebab tidak bertahu kemana mereka akan pergi.

Kalau aku tahu ke bandar… dah lama aku curi kad kredit Minho atau Danny untuk di belanja desis hati Luna. “Kita shopping di mana?”

Viola yang sedang memandu tersenyum manis tanpa mengalihkan pandangan dari jalan raya buat seketika.  “Navy Mall. Dimana semua jenis barang dan keperluan ada di tempat tu.”

Fiona mengangguk setuju. “Kalau kau pi sana percayalah, tentu kau nak datang lagi dan pasal Duit..” Fiona mengeluarkan satu kad kredit dari poketnya. “kepunyaan Key. Aku ‘pinjam’ untuk spen kita semua.”

Luna tertawa. “Lain bunyi je perkataan pinjam kau tu. Kau ambil dari Key di biliknya kan?”

Fiona mengagguk buat muka tidak bersalah. “Yang penting kita enjoy.”

Viola juga mengeluarkan satu kad kredit dari poket seluarnya. “Jonghyun punya. Aku culik untuk sementara waktu. Jadi, kita boleh shopping until our heart desire!”

Luna mendekati si kembar dan memerhatikan wajah mereka satu per satu dan tersenyum nakal. “Korang dua ada hati dengan dua mamat ni yea?”

Fiona dan Viola tersentak sehingga menekan brek mati. Luna hampir terlempar ke depan akibat Viola tetiba brek mati.

“HOI! Nak bunuh aku ke hah?!” Luna meluku kepala Viola.

“K.. Kau punya pasallah buat aku terjekut kau tau?” Viola cuba cover line. “Nak buat apa aku dengan Jonghyun? Eiuw!!! No way!”

“Me? Key? Mr. Kunci? Sorry sikit yea….” Fiona berlagak geli menyebut nama Key. “Rela aku kahwin dengan monyet dari dia.”

Luna tertawa mendengar alasan dorang. Rela kahwin monyet konon… padahal, hati berbunga kalah taman bunga di istana desis hati Luna. “Whateverlah! Malas aku cerita pasal benda yang akan di nafikan hingga mati. Baik kau tekan minyak tu sekarang dan kita shopping hingga habis duit dorang. Okay?”

Viola dan Fiona mengangguk setuju. “Alright, Let’s Go!!”

XOXOXOXOX

Dari kedai ke kedai, butik ke butik, hampir semua kedai dalam shopping mall tu mereka pergi. Bukan Luna yang syok membeli tapi Si kembar pula yang berlebihan. Rancang nak spen Luna tapi akhir cerita mereka yang shop until they are drop!

Luna berada di ruang menunggu didalam sebuah kedai pakaian yang berjenama. Malas nak cari baju kalau kaki dah lenguh seharian berjalan dengan Si kembar.

“Mak Oi!! Note yourselves, jangan pernah berjalan bertiga dengan Di kembar lagi.” Katanya mengingatkan dirinya sendiri. “Bawa Mea sekali kalau keluar lagi.” Luna mengurut kakinya yang lenguh dari berjalan. Tercabut kaki aku karang ni desis hati Luna.

Minho sedang berjalan bersama rakan kampusnya selepas kelas pagi .Mereka di Shopping Mall Center, Saja lepak-lepak bersama geng sekali-sekala.

Mereka berada di Melody Late dimana berdekatan dengan tempat Luna dan si kembar berada.

“Minho, barusan kau join in kita orang lepak. Kenapa? Girl problem?” Soal Leo melihat Minho yang kelihatan tidak sebegitu ceria.

Minho mengeluh. “ Migraine aku kalau aku seharian di istana terus!”

Troy memberi segelas air putih kepada Minho suruh did tenangkan diri. “Sabar Bro, sabar.” Siapa tak tahu Minho di kampus mereka? Dahlah Anti-perempuan, panas baran lagi. Kalau marah, pecah dunialah maksudnya. “Apa kes lagi kau berang ni? Kes tetamu kau yang tiga orang tu yea?” Troy menujukan kepada Mea dan Si Kembar.

Minho menggeleng. “Aku masih boleh terima lagi dorang tu. kawan dorang lagi satu tu yang aku tak suka. Entah apa dalam fikirannya dengan slamber je dia layan Danny cam couplenya, asalkan mereka tak dah hubungan pun!” Minho luahkan kemarahannya. “Tak kau fikir giler tu perempuan?”

Leo dan Troy tertawa terbahak-bahak mendengar Minho mengkritik perempuan.

“Woi, sejak bila kau ambil perhatian sangat tentang perempuan ni hah?” Soal Troy yang menahan gelaknya. “Setahu aku kaulah lelaki yang paaaaaling benci perempuan.”

“Ha-ha, very funny.” Kata Minho acuh tak acuh. “Sengal aku kalau aku fikirkan budak tu. Buat orang sakit hati je.”

Troy menepuk bahu Minho dan memandangnya dengan serius. “Dude, itu buka sakit hati.. tapi, itu cemburu namanya.”

Minho meluat dengar ayat Troy. Cemburu? Wueck! Tak hingin aku nak cemburukan dia dengan Danny tu desis hati Minho. “Wey… agak mulut kau tu sikit, kalau kau tak nak aku panggang jadi sate.”

Luna memandang kekiri dan kekanan mencari kelibat si kembar didalam kedai itu. “Alamak… mana budak dua ni? Aku nak ke tandas lah!” kata Luna seolah-olah berbisik.

Ah! lantaklah, baik aku cari sendiri sebelum terlambat desis hati Luna segera keluar dari kedai tersebut. Dia mula berjalan melihat kekiri dan kekanan mencari kalau ada signboard tandas di sekelilingnya.

“Alah… mana pulak tandas ni?” Kenapa aku nak terkucil time-time cam ni pulak desis hati Luna menyalahkan diri sendiri.

Troy ternampak seorang perempuan yang berpakaian blouse berwarna kelabu dengan topinya berwarna coklat, bersama beg bercorak cheetanya di depan Melody Late kelihatan mencari sesuatu.

“Wei, wei wei! Tengok awek cun tu!” Troy memuncungkan mulutnya kearah perempuan diluar cermin café. Leo terus berpaling kearah perempuan tersebut manakala Minho tidak berminat langsung.

“Weisssshhh… comelnya minah tu!” kata Loe tertarik dengan penampilan perempuan tersebut.

“I know. Sapa nak serbu dulu?” Troy memandang kearah Minho yang sedang kusyuk bermain dengan phonenya, Troy mencebik dan beralih kepada Leo yang tidak berganjak dari melihat perempuan itu. “Nak Osom?”

Loe memukul bahu Troy. “Dia tengok sini! Dia tengok sini!”

Troy berpaling kearah perempuan itu. Perempuan itu tersenyum memandang kearah mereka dan masuk ke dalam.

“Wei lamak! Dia terus serbu joe!!” Leo kegembiraan, tanpa bergerak dari kerusi, perempuan yang ditarget datang sendiri. Rezeki.. rezeki!

Leo dan Troy ternganga apabila perempuan tersebut datang mendekati mereka dan terus menarik lengan Minho.

Minto terkejut apabila tangannya ditarik oleh sepasang tangan perempuan dan segera dia mendongak melihat perempuan sial mana yang berani kacau dia. “Luna?”

Luna tersenyum dan segera menarik Minho keluar dari café tersebut. Leo dan Troy hanya ternganga melihat rakannya di bawa lari oleh perempuan cantik tanpa Minho membentak atau membantah. Terkejut juga nampak Mr. Anti-perempuan kenal perempuan secantik Luna.

“Ho.. Hoi! Kenapa kau tarik aku keluar?” Minho menarik tangannya dari genggaman Luna. semua orang melihat kearah mereka dan berbisik-bisik apabila Luna kelihatan sedih.

 “misunderstanding. Maaf, maaf.” Minho tunduk maaf kepada orang disekelilingnya. Jatuh reputasi aku desis hati Minho. “Apa kau nak?!” Soal minho seolah-olah berbisik.

“Tandas…”

“Apa?”

Luna mendekatkan dirinya dengan Minho. “Mana tandas kat Mall ni hah? Dah nak terkucil dah ni!” katanya berbisik juga.

Minho meramas rambutnya. Kenapalah aku stuck dengan minah ni? desis hatinya lagi. “Jom!” Minho menarik tangan Luna keluar dari pandangan orang ramai dan menuju ke tandas.

Minho sedang menunggu Luna di luar sambil menyumpah serana perempuan tu. perempuan-perempuan yang lalu keluar masuk tandas berbisik sesama sendiri melihat anak raja ke- 3 Robella berada di depan tandas perempuan.

Tengah tunggu awek dia kot? Sweetnya dia, aku ingat dia anti-girl. Siapa perempuan bertuah ni? Mesti secantik Bfnya kan?

Muka Minho merah menahan marah. Aku bukan Pak we dia!! Tak…. Tak mungkin aku jadi pasangan hidup dia desis hati minho. Dia mengeluh kecil.

“Maaf tunggu lama sangat.” Luna keluar dari tandas dengan wajah yang gembira. Akhirnya sempat juga sebelum terlambat desis hati Luna lega.

Minho berdiri dari kerusi menunggu dan meninggalkan Luna sendiri. Dia dah selesai, jadi urusan aku dah selesai juga lah desis hatinya.

Langkah minho terhenti apabila sleeve bajunya di tarik oleh Luna. “Minho, kau nak ke mana?”
Minho memandang wajah Luna dengan penuh kemarahan. “Lari dari kau.”

Luna mencebik. “So much drama…”

Minho menjenting dahi Luna. “kau memang menyakitkan hati. Baik kau pergi sebelum aku panggang kau jadi BBQ.”

“Ke mana? Kau bawa aku ke sini laju sangat sampai aku tak dapat ingat jalan balik ke tempat aku. Kalau aku sesat cam mana? Kau nak tanggung?” Luna memprotes kesabaran Minho. Jangan ingat kau ada power electrick aku takut desis hati Luna.

“Kau nak kemana dan dari mana juga hah? Bukan kekasih hati kau Danny larang kau keluar Istana ke?”
Luna menjungkit kening tiga kali. “Aku lari dari istana. Si kembar bawa aku keluar untuk shopping.. tapi, dorang pula yang berlebih sampai aku sendiri tak dapat beli baju.”

Minho tersenyum mendengar yang Luna bersama si kembar dan melanggar peraturan Danny. Kau memang cari nahas desis hati Minho kenal sangat Seniornya yang akan denda orang yang tidak mematuhi perintahnya.
Dahi Luna berkerut. “kau nak beritahu Danny pasal ni kan?” Minho mengangguk disertakan senyuman nakalnya. “JANGAN! Jangan, jangan, jangan, jangan!”

Minho tertawa melihat muka desperate Luna meminta tolong merahsiakan benda ini. “Sorry tapi aku takkan berahsia dengan senior aku sendiri.” Minho mengeluarkan phonenya dan sedia mendail number Danny.

Luna merampas phone Minho dan segera mengeluarkan bateri phone tersebut dan sembunyikan di pocket belakangnya. “Sekarang kau tak boleh call dia.” Luna menjelir lidah.

Budak ni… Minho ingin mengambil bateri phonenya dari pocket Luna tapi Luna menghalangnya. “Kalau kau ambil, aku jerit perogol dan nama putera raja ke-3 Robella akan tercemar. Kau nak?”

Minho meramas rambutnya dan menendang dinding Mall. Luna tertawa melihat Minho melepaskan geramnya pada dinding. “Kasihan…”

Minho beralih semula kearah Luna dan tersenyum Sinis. “Kau akan menyesal.” Minho menggenggam tangan Luna dan membawanya ke panggung wayang.

Minho membeli sepasang tiket di kaunter enam sambil memegang erat tangan Luna.

“B.. Buat apa?” Luna cuba melepaskan tangannya dari genggaman Minho tapi tidak berdaya.

Minho tersenyum sinis menunjukkan tiket mereka. “Aku akan seksa kau nonton hantu-hantu tajuk ‘Don’t be alone in the Dark’.”

Luna menelan air liur tiga kali. Cam mana dia tahu aku takut horror movie ni? desis hati Luna.

Minho menarik Luna masuk kedalam panggung wayang dan memulakan penyeksaan Luna.

Setelah wayang tersebut selasai, mereka melangkah keluar dari panggung tersebut dengan Luna berpaut di lengan Minho sambil menggigil ketakutan. Apa tidaknya, hantunya muncul di skrin besar sebaik sahaja cerita tersebut tamat. Siapa yang tak terkejut nampak benda cam tu.

Minho tertawakan Luna. “Baru itu dah nak nangis?”

Luna memukul bahu Minho. “Kau tidur time tu! memang kau takkan takut punya!” Mata Luna berkaca, sakit hati dengan perangai Minho. “Aku benci kau! pendengki!!”

Minho tersentak mendengar ayat pertama Luna dan segera memeluknya. Luna sendiri terkejut apabila Minho berbuat sedemikian.

“okay-okay. aku minta maaf. Sebagai tanda apology aku, biar aku spen kau hingga kau maafkan aku. okay?”

Luna mencebik. “Tak mau! Nanti entah apa kau akan kenakan aku lagi.”

Minho memandang wajah Luna. “MA.Af.Kan A.KU…. Aku janji tiada hela dan seksaan kali ni. kau cakap je apa kau nak beli, biar aku yang belanja. Aku janji.” Minho menunjukkan jari kelingkingnya kepada Luna.
Luna memandang Minho yang ikhlas meminta maaf. “Baiklah… tapi kali ni je tau. Kalau kau buat hal lagi, jangan harap aku nak maafkan kau sampai bila-bila!” Luna dan Minho buat pinkie promise.

“alright-alright…” Minho kembali ceria dan menggenggam tangan Luna dengan erat. “Jom kita ke kedai baju tu. Kau belilah apa kau mahu. Aku tak kisah!”

“Okay!” Luna membalas senyuman Minho dan mereka bergerak ke kedai yang Minho katakan itu.

Semantara itu, terdapat dua demon sedang memerhatikan gerak geri Minho dan Luna. “Mission accomplished.” Mereka berdua ber’ high five akhirnya rancangan mereka untuk tembungkan Luna dan Minho di Mall berjaya juga akhirnya.

“Aku rela Luna dengan Minho dari Danny.” Kata Viola memandang Luna dan Minho sedang berseronok memilih baju seperti sepasang couple bahagia dengan sakat-menyakat dan senda tawa.

“Same here.” Kata Fiona setuju dengan Kakaknya.

Comments

Popular Posts