Unexeption: Four


Blossom sedang memerhatikan sekeliling Bandar tersebut dengan panah cintanya mana tahu dia terjumpa sepasang kekasih yang serasi. Cara Blossom jumpa pasangan kekasih ialah melihat warna hati mereka. Setiap manusia mempunyai warna hati yang berbeza beza dan setiap warna itu ada pasangannya. Tetapi tidak semua dapat di lihat kerana ia belum hadir dalam jiwa dan belum sampai masanya.

Blossom terjumpa dua pasangan yang mempunyai warna hati yang sama menuju antara satu sama lain. Si lelaki bertelefon seperti dia sibuk di talian manakala Si perempuan pula bergegas sepertinya telah lambat untuk sesuatu perkara.

“Oh! Cinta pandang pertama!” jeritnya sambil mengeluarkan panah cintanya. Dia menunggu dua pasangan itu berlanggar

“Sikiiit lagi…. Sikiit lagi….”

Pack! Si lelaki dan si perempuan berlanggar satu sama lain dan pada masa yang sama Blossom melepaskan panah cintanya kepada mereka berdua.

Si lelaki mendongak melihat siapa dia langgar dan terus jatuh hati pada perempuan itu dan begitu juga Si perempuan.

“Awwww….. comelnya.” Puji Blossom terharu melihat penemuan mereka. Dia melihat matahari yang hendak terbenam. “Baiklah! Kerja aku dah selesai dan esok sambung lagi.” Katanya dan terbang semula ke Heaven.

Setiba sahaja dia di Heaven, dia menyapa semua orang dengan senyuman ayunya yang boleh memikat hati Angelic yang lain. Dia menuju ke rumah tetapi terserempak dengan Breeze yang mengangkat helaian kertas yang banyak hingga ke dagu.

“Blossom!! Cam mana kerja kau ni hari?” Soalnya. Kertasnya hamper terjatuh dan segera Blossom mengambilnya separuh.

“Aku okay je. Kau pula, cam mana kerja di whishier office?”

Breeze mengeluh panjang rasa dah nak putus dah tangannya untuk sehari ni. “Permintaan manusia berlambak dan terpaksa di bahagikan ke beberapa bahagian yang ada lebih 20 cabang dari yang senang hingga yang paling sukar da nada juga hajat manusia terpaksa di hapuskan kerana ia tidak dapat di makbulkan oleh Angel mahupun Pentadbiran. Plus, Aku kena kemas kini senarai Whisier baru sebab Senior kami ada emergency call dari Elder. Dah nak putus tangan aku ni ulang alik dari office ke rumah tanpa henti dari pagi hingga sekarang.” Katanya panjang lebar.

Blossomg kagum mendengar kesungguhan breeze berkerja. “Wow, kerja Senior pun awak buat Breeze, awak patut dapat anugerah untuk tu.”

Breeze tersenyum gembira. “Tentulah! Tapi aku tak nak pialah penghargaan. Aku nak Sky bawa aku ke Dunia manusia… ala, sekadar putar-putar.”

Blossom mengangguk, ya tak ya, dua kembar ni saling saying menyayangi dan selalu buat semuanya bersama waktu kecil tapi disebabkan kerjaya mereka Lof Firold yang tentukan, mereka terpisah di sini. Tapi, semangat kekeluargaan mereka tak pernah luntur. “Oh ya, cakap pasal Sky. Mana dia? Dah seminggu lebih aku tak nampak muka dia.”

“Sky? Dia di arahkan untuk mengikuti Worrior Angel untuk memburuh seekor Devil yang sangat merbahaya.”

Langkah Blossom terhenti. “Maksud kau… Claw?”

Breeze berputar memandang Blossom yang di belakangnya dan mengangguk. “Ya, nampaknya dalam masa seminggu ni tidak membuahkan sebarang hasil, aku dengar yang Claw membuat misi sepantas cahaya sehingga Worrior Angel tak dapat tangkap dia.” Kata Breeze. “Oh! Hampir terlupa, Ini special mission untuk kau Blossom.” Breeze mengeluarkan sehelai sampul surat dari celah-celah helaian kertasnya dan memberikan kepada Blossom.

“Special mission?”

“Yup, nampaknya lady venus dah nampak bakat kau dan percayakan kau untuk menjalankan misi tu.”

Blossom tersenyum lebar dan masukkan kedalam poketnya. “Jom hantar kertas-kertas kau ni cepat.”

<><><><><><><><><> 

Seekor Devil sedang memerhatikan seorang manusia yang berjalan di dalam orang ramai. Dia perhatikan dari atas bangunan.

Perempuan itu berjalan dengan buku di tangannya, nampaknya dia akan menjalani Exam di sekolahnya. Dia kelihatan begitu khusyuk dengan bacaannya hingga terlanggar orang sekelilingnya buat beberapa kali.

Perempuan itu berjalan hingga ke crossing road di mana Devil itu hanya perhatikan dia berjalan tanpa melihat kekiri dan kekanan. Dia terus berjalan dan….

HONK! HONK!! SCREEEEECCCCHHHHHH BOOOM!!

satu kemalangan berlaku membuat semua orang berkumpul mengelilingi tempat kemalangan itu. Perempuan yang menjadi mangsa itu membuka matanya secara perlahan dan terlihat seorang perempuan berpakaian hitam sedang memandangnya dengan wajah yang serius.

“Ada- adakah aku dah mati?” Soal perempuan itu dengan darah keluar dari mulutnya.

Devil itu mengangguk dan menghulurkan tangan. “Jom pergi….”

Mangsa itu takut untuk menyambut tangannya kerana pemakaiannya yang berbeza. Dia takut kalau dia menyambut tangan itu dia akan menyesal.

Devil tersebut tersenyum manis. “Aku berjanji akan meletakkan kau di tempat yang selamat. Aku janji itu.”

Perempuan itu mengangguk lemah dan menyambut tangan Devil itu. Roh dan jasad di pisahkan dan bebola cahaya putih berada di tangan Devil itu sekarang. Dengan serta merta dia menghilangkan diri dari tempat itu.

Setelah beberapa minit berlalu, Tiga Worrior Angel bersama Sky sampai di tempat kejadian dan mendapati bahawa roh mangsa telah di bawa lari. “Tak Guna! Kita dah terlepas! Claw memang laju.” Kata salah seorang Worrior Angel itu.

Sky memandang matahari yang hendak terbenam dan berpaling kearah comradenya. “Cukup untuk ini hari, kita sambung misi kita esok pagi. Pastikan kamu ada senarai up to date tentang misi Claw yang seterusnya faham?”

Mereka bertiga mengangkat tabik hormat dan Sky terbang pergi ke Heaven semula. Akhirnya seminggu lebih di dunia manusia tanpa rehat dapat juga balik ke Heavens.

Dia kembali ke rumah tanpa singgah ke mana-mana lagi dan terjumpa dengan Blossom di ruang tamu bersama Breeze. Dia mengeluh, hajatnya nak bermanja dengan katilnya terbatal

Breeze dapat baca kehadiran Sky dan berputar kebelakang. “Sky! Cam mana kerja kau?” soal Breeze sambil minum petang dengan Blossom.

“Okay, kamu ladies? Cam mana kerja?”

Blossom mengangguk slamber. “Okay je.”

Breeze pula menggeleng. “Berlambak.”

Sky tertawa kecil “Kasihan. Oh Blossom aku dengar kau ada special mission betul ke?”

Blossom mengangguk. “Love mission, kena satukan pasangan kekasih ni. Aku tak tahu kalau aku boleh buat sendiri.”

“Sebab tu aku ada.” Sky tunjukkan sampul surat yang sama bentuk dengan sampul surat Blossom. “Lady Venus nak aku perhatikan keselamatan kau sebab salah satu pasangan ni ada Destructive Angel.”

Blossom terkejut. “Apa? Kalau dia tahu yang Cupid datang tentu dia nak rosakkan hubungan dorang nanti! Kena buat senyap-senyap ni.” Blossom tersenyum lebar gembira memandang kearah Sky. “untung aku ada Anak Lord Firold jaga aku.”

Breeze buat muka meluat dan bangun dari tempatnya. “Aku biarkan korang berdua buat plan yang korang nak. Aku nak sambung kerja aku.” Katanya dengan slamber masuk kedalam bilik. Time for your date my brother….

Sky mendengar mesej telepati Breeze dan memandang kearahnya. Breeze buat muka tak bersalah. Shut up Breeze….

Breeze tertawa kecil sebelum menutup pintu biliknya.

“So, apa plan Angelic Fortuitea kebanggaan Elders kita ni?” Soal Blossom dengan senyuman.

Sky melabuhkan punggungnya di hadapan Blossom. “Kita akan bergerak esok pagi. Awal pagi time matahari nak naik, time tu Devil masih buat peta dunia… kita ambil kesempatan ni untuk melihat siapa couple-to-be kita.”

Blossom mengangguk. “lepas tu?”

“Aku fikirkan plan seterusnya time kita buat misi esok”

<><><><><><><> 

RRRRRRRIIIIIIIINNNNNNNNGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!

Satu tangan bergerak meraba night stand sebelah kiri katilnya untuk mencari jam penggeranya. *Click* bunyi jam tersebut dimatikan.

Lelaki itu mendongakkan kepalanya dan memandang sekeliling bilik yang sudah di sinari matahari pagi. Dia bangkit dari katilnya dan Stretching.

“Alright!” katanya sambil menghembus nafas. “Time untuk jenguk minah satu ni.” Katanya mencapai towel dan bergerak  masuk kedalam bilik Air.

Sebaik sahaja dia masuk, muncul dua makhluk bersayap putih dari magic halimunan mereka. “Woah…. Hensemnya dia! Tentu Gf-to-be dia cute juga kan?” Blossom memandang kearah Sky yang kaku. “Hello… Heavens to Sky? Kau okay tak?”

Sky tersentak dari memandang pintu bilik air dan menggeleng. “Nothing. Just shock, siapa agaknya perempuan yang akan jadi pasangan hidupnya?”

Beberapa minit kemudian, si jejaka keluar dari bilik air dan mengenakan baju casual. Sweater biru laut dan jeans biru. Serta sneakers tema white blue jenama Nike.

Usai sahaja bersiap, dengan penuh semangatnya sambil bersiul, dia keluar dari apartmentnya dan ke destinasi yang dia hendak pergi. “She’s going to be surprise!”

Sementara itu…..

“Terima kasih, sila datang lagi…” kata seorang perempuan berbaju-t biru muda dan jeans paras lutut dengan eccesories pating beruang pada apronnya, tunduk hormat kepada pelanggan yang baru sahaja beli sejambak bunga Tulip.

 Si wanita itu menutup mesin duit dan bergerak menyambung kerjanya yang tertangguh; menyiram bunga dalam mini Green house itu. Ini hari dia sendiri kerana pekerjanya cuti ini hari, dia hanya bekerja pada hujung minggu sahaja dan dia tak suka bekerja bersama pekerjanya. Ini sebab dia perlukan ketenangan setelah menjalani hari yang stress. Hanya bunga-bunga ini sajalah ubat untuk dia menenangkan hati sedihnya. Dia rasa seperti rumah apabila di kelilingi bunga yang segar lagi indah, sepertinya dia tak rasa terasing dari orang lain. Entahlah, hatinya yang berbunga-bunga seperti ada dalam Green Housenya itu tidak dapat di jelaskan. (Atau Angah tak pandai huraikan?)

Bunyi loceng pintu berbunyi menandakan orang datang dan Si wanita ini berpaling kebelakang untuk menjemputnya dengan senyuman tapi tiada pelanggan di hadapan pintu. Dia pelik dan sambung kerjanya. “Setahu aku…. Ah, mungkin imiginasi aku je tu.” Katanya seorang diri.

Dia ber’humming menyiram pokok bunganya seperti biasa dan tetiba je, dia rasa ada seseorang mendekatinya dari belakang. Dia terdengar kaki yang menginjak rumputnya dengan perlahan dan semakin dekat.

Apabila si misteri itu dah dekat pada si wanita….. Dia terus berputar dan menyemburkan air kearah muka lelaki itu. “Ho-Oi! Ini aku lah!”

Si wanita baru tahu apabila terdengar suara lelaki itu dan berhenti menyembur. “Ean! Kau buat aku kecut perut kau tahu!”

Ean mengusap rambutnya yang basah kebelakang supaya dia dapat melihat wajah si wanita. “Kalau ya pun Rav, janganlah siram orang! Nampak ni?” Katanya menarik kain sweaternya. “Dah basah! Siapa nak tanggung?”

Raven bercekak pinggang. “jadi, Aku yang kena tanggung?”

Ean memeluk tubuh dan mengangguk. Dia menggoyangkan kepalanya kekiri dan kekanan. “Ya’a you do.”

Raven tertawa kecil. DIa mengangkat hosenya kemuka Ean dan menyemburnya semula. “Ambik Engkau!”

Ean menutup mukanya. “He-Hoi! Dah lah!” Dia mengambil Hose tersebut dari tangan Raven dan Raven segera melarikan diri masuk kedalam bilik kecil yang di panggil ‘my property’

“Tunggu, aku ambil tuala and spare cloth!”

Ean mengelap mukanya dan meletak hos durjana itu ke rumput palsu itu. “Seriously, Aku tak leh Act macho depan budak ni.” Katanya mengeluh tapi senyuman terukir di wajahnya.

Sementara bahagian dua makhluk serbah putih pula, Blossom sedang menikmati bunga-bunga yang segar di green house mini itu. “Hebatnya! Perfect couple betullah! Ean seorang macho man dan Raven pula Florist Girl. Cam citer dongeng pula kan?”

Sky mengangguk tapi meragukan. Tak, ia nighmare desis hatinya risau. Lelaki ini akan jatuh cinta dengan seorang perempuan Half Devil! Sky tidak percayakan perempuan ini bukan sebab dia bencikan perempuan ni tapi Dia takut Ean akan menyesal bila dia tahu siapa sebenarnya perampuan yang dia akan jatuh cinta nanti. Patutka dia menghalangnya atau biarkan ia berlaku mengikut ‘Circle of Life’?

“Bloss, bila kau nak panah mereka?” soal Sky dengan riak wajah risau.

Blossom yang menghidu bunga Rose merah memandang kearah Sky. “hmm? Oh, bila tiba masanya. Aku akan panah jika salah satu hati mereka bernyala, tapi ia lebih senang kalau kedua hati mereka menyalah sebab panah sekali je. Aku takut kalau hanya hati lelaki ni je yang menyala dan bukan perempuan florist ni.” Blossom mengeluh. “Takut Hati Ean akan terluka sebab One sided love.”

Raven keluar dari bilik ‘my property’ nya dengan sehelai tuala dan baju-t warna kelabu asap dan hulurkan kepada Ean. “Baju pakcik aku. Nasib baik ada klau tak tak berbaju lah kau nanti.”

Ean mengambilnya dan tersenyum nakal. “Kau yang untung.”

Raven menjungkit kening dan sambung siram bunganya. “Sebab?”

Ean menggosok rambutnya yang basah. “Kau nampak aku half naked.”

Raven memandang Ean buat seketika dan tangannya bergerak sendiri menyiram pokok bunga. Setelah berfikir sedikit, dia baru faham. “Aku tak miang lah!!” Dia menyembur Ean sekali lagi.

“ah! Sejuk.” Katanya menolak tangan Raven kebawah. “Okay! Aku minta maaf. Kalau ya pun janganlah sembur aku.”

Raven menjelir lidah. “Kau yang minta, aku bagilah. So, apa tujuan kau yang SEBENAR datang sini hah?”

“Apa? tak boleh ke aku jumpa My Girl-friend time cuti ni?” Kata Ean bermanja. Membuat Sky yang sedang memerhatikan mereka meluat. Manakala Blossom suka melihat kemesraan mereka.

“Aaaaawwww…..My Boy-Friend miss me?” Kata Raven buat muka terharu. “Blah lah Ean!”

Mereka berdua tergelak sesama sendiri ketawakan karenah mereka sendiri. Blossom tersenyum manis melihat kemesraan couple-to-be ini dan memandang Sky. Sky buat muka tegang. “kenapa kau ni Sky?”

Sky menggeleng tanpa mengalihkan pandangannya kearah dua manusia di depannya. “nothing, hanya langkah berjaga-jaga.”

Blossom menjungkit kening hairan untuk apa dia buat cam tu tapi persoalan mindanya terhapus apabila dia terasa sepasang hati terbentuk dan segara memandang dua Coupl-to-be itu dan tersenyum gembira. “Dah mula!”

Sky tersentak dan melihat Blossom menarik panahnya mengarahkan pada hati mereka berdua. Dia akan panahkan nya? Desis hati Sky mula risau. Dia memandang sekeliling jikalau ada sesuatu atau apa sahaja yang boleh hentikan Blossom tapi malangnya tiada.

“Target lock; Mission….” Dia melepaskan panahannya dan terkena pada hati yang terbentuk di dada mereka. “Accomplish!!”

Sky hanya memandang wajah dua couple-to-be itu bertukar malu-malu kucing dan berpandangan lain arah selain wajah pasangan mereka. Sky buat bunyi click menggunakan lidahnya. Dah terlambat desis hatinya kecewa.

“So, Jom balik ke Heavens dan beritahu Lady Venus, tentu dia happy tahu kita dapat jayakannya dengan mudah!”

Sky hanya mengangguk dan mereka berdua pergi meninggalkan dua new couple itu ber main mata antara satu sama lain.

Beberapa situasi kemudian….

“Congrats!! Saya tahu kamu dua tentu dapat buatnya dengan mudah!” puji Lady Venus dengan senyuman gembira.

Blossom mengangguk turut gembira. “mereka memang pasangan sesuai! Sangat sesuai cam cerita dongeng!”

Sky pula hanya berdiam diri memikirkan Raven. Dia seekor Devil! Half blood, dia tak patut jatuh inta dengan manusia, dia akan hancurkan hatinya! Dia ialah Fortuitea Devil yang akan menghancurkan hati Ean, ia dah jadi lumrah! Dah mengalir dalam darahnya! Jerit hati marahnya.

><><><><><><><><>< 

Matahari dah nak turun dan ini masanya untuk Raven tutup kedai. Dia menukar sign kecil di pintu kacanya dari ‘open’ ke ‘close’ dan pergi ke bilik ‘my property’nya. Dia menutup pintu dan menguncinya.

Bilik yang kecil, terdapat satu katil bujang kecil, almari drawer yang kecil paras pinggang dan di penuhi dengan anak patung teddy bear yang kecil dan bersaiz medium dengan perlagai warna. Raven bergerak ke katil kecil itu dan merebahkan dirinya. Sekarang dia rasa lemas, tersangat lemas sehingga semangatnya pada waktu pagi bersama Ean dia rasakan satu kesalahan besar. Sepertinya dia tidak layak semua kegembiraan itu. Dia rasa nak menangis.

“Miey…. Adakah aku orang yang kejam?” Soal Raven lemah memandang siling pucat dengan suara bergetar.

Miey bertukar dari Eccesories patung di apron Raven dan duduk di dadanya memandang tuannya yang kelihatan tak bermaya. Dia menggeleng keras. “Tak! Rav-Rav tak kejam! Kau baik, penyayang dan…”

“Aku menolak takdir. Aku gunakan kau untuk halang panah cinta Cupid sampai di hati ku.” Dia menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya.

Miey menarik tangan Raven suruh dia tak payah rasa bersalah. “Rav-rav, buka! Kau… kau buat itu semua sebab Rav taknak lukakan hati Ean! Kalau bukan di sebabkan misi 500 nyawa tu, tentu Rav akan bersama dengan Ean. Bahagia, selamanya! Rav, masih belum terlambat untuk Rav pat-”

“Tak!” jerit Raven bangun, duduk memandang Miey. “Tidak Miey, No turning back. Dah lebih 300 nyawa aku bunuh, Aku tak boleh patah balik selepas semua ni berlaku.. kita kena teruskannya. Sehingga ke akhir.”

Miey menjadi murung dan mengangguk akur. “Baik. Tapi Rav, aku lebih suka kau teruskan hidup kau seperti manusia yang lain dari menjadi sesuatu yang kau bukan. Kau baik, baik seperti Angel!”

Raven mengeluh panjang. Dia menarik kakinya keatas katil, memeluknya dan menutup mukanya di lutut. “Aku bukan Angel! Aku takkan jadi Angel, aku taknak jadi Devil dan aku sedikitpun tak sama dengan manusia. I’m Nothing, Aku hanya benda hidup yang tiada tujuan hidup kea rah kebahagiaan. Tiada masa depan untuk half blood sejijik aku ni.” Katanya sambil menahan tangisannya. Dia dah penat menangis, dia dah penat menangis untuk entah berapa tahun dia dah tak dapat kira. “Aku penat, aku nak semua ini berakhir cepat.”


Miey dengar tangisan Raven walaupun dia sembunyikannya. Miey memeluk lengan Raven turut rasa sedih. Rav, kenapa kau terlalu degil? Desis hatinya.


1 comment: