Eight F.A.T.E

A thin thread

“Tuanku.”

“Hansel…”

“Have you lost your mind?”

“Maybe I am..”

.


.

Senyap.

Tapi menenangkan.

Suasana pada pagi hari itu sangat menenangkan dengan matahari keluar di celah-celah awan menerangi perkarangan rumah kecil yang diselubungi dengan salji putih yang setebal 4 inci. Walaupun luar rumah mempunyai takat suhu yang sangat rendah, tapi didalam rumah umpama pertengahan musim bunga.

Cahaya matahari di arahkan masuk ke dalam rumah itu melalui setiap tingkap, memanaskan isi rumah itu tanpa menggunakan api di fire-place. Tumbuhan hijau tumbuh dengan mekar dan subur tanpa sebarang masalah didalam pertengahan musim sejuk itu.

Rumah kecil itu umpama dunia di dimensi lain. Sangat berbeza dengan keadaaan luar rumah.

Bukan itu sahaja, pagi itu juga sangat menenangkan didalam rumah tersebut dengan Pixie membuat kerja mereka mengekalkan kepanasan dan kesuburan tanaman di rumah tersebut, bermain dengan burung hitam; dan menemani pelajar jagaan mereka menikmati harinya di kerusi malas sambil membaca buku manteranya; baring di pangkuan ahli sihir muda itu, tidur setelah menolong young villain itu membuat kerja rumah.

Ia sangat tenang.

Tersangat tenang walaupun pelbagai rahsia terselit di antara ketenangan mereka semua.

Dan salah satu rahsia telahpun terbongkar tapi satu lagi rahsia wujud dan terjalin dengan rahsia itu. Hanya dua orang sahaja yang mengetahuinya.

Hansel.

Putera George.

Bukan Ivy.

Ivy menutup buku sihirnya dengan perlahan sebelum memalingkan kepala kearah satu figura yang tercegat di anak tangga terakhir dengan senyuman nipis. “Good Morning Sunshine. Aku ingatkan kau tak bangun-bangun.” Ivy mengejutkan dua pixie dalam pangkuannya, memberitahu yang dia ingin bangun dan mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana menolong Ivy membersihkan rumah.

Dua Pixie itu; Vidia dan Fawn bangun, menguap sambil mengangkat tangan mereka keudara sebelum tersenyum mamai kepada ahli sihir itu. mengangguk dengan deringan loceng yang merdu tanda mereka gembira menolong sebelum terbang dengan malas keatas tempat api dimana pixie lain sedang buat kerja sendiri. Tinkerbell dan Rosetta sedang merancangkan sesuatu berkaitan dengan Pixie Hollow manakala Irridessa dan Silvermist juga tidur di atas helaian sapu tangan yang telah dijadikan tilam untuk mereka. Vidia dan Fawn menyelit diantara dua pixie itu untuk menyambung tidur mereka.

Ivy pula bangun dari kerusi mala situ, meletakkan buku jampinya di atas meja kopi disebelah Diaval yang sedang bermain catur mencabar mindanya sendiri. Burung gagak itu mengalihkan konsentrasinya dari permainannya bila dia perasan buku Ivy di sebelah papan catur. Dia terus terbang, berdiri di atas buku itu, mengawalnya tanpa mendapat arahan dari Ivy.

Hansel hanya melihat gerak-geri Diaval menjaga buku tersebut. Hansel hampir terlupa tentang buku black magic itu. Buku pemberian Maleficent kepada anaknya untuk belajar magic hitam ke level yang seterusnya. Menghafal segala sumpahan dan muslihat yang terkandung dalam buku itu.

Aku ingatkan Ivy dah berhenti black magic? Desis hatinya mula rasa berwaspada dengan kawannya satu itu. Ivy sendiri kata dia dah give up dengan misinya mencuri tongkat Merlin, jadi dia tiada sebab lagi untuk belajar magic hitam kan? Hansel menggeleng secara mental. Tak... Ivy masih lagi seorang villain walaupun dia tidak lagi menggunakan magic hitam. Perangai jahat Ivy tetap berada di dalam dirinya, dan Hansel tak boleh tak syak yang titik hitam masih wujud dalam hatinya walaupun dia telah disucikan.

Hansel terlalu mengenali perempuan itu untuk mengetahui Ivy takkan mudah terpengaruh dengan cara seperti penyucian diri secara mengejut.

“Aku ada buat breakfast. Come.” Dia bagi signal guna jari dan bergerak ke dapur tanpa mana-mana pixie mengekorinya.

Hansel mengangguk dengan perlahan, mengikut Ivy dibelakang menuju ke dapur tapi langkahnya berhenti di pintu dapur sahaja. Mata tidak lepas melihat belakang Ivy yang sedang menyediakan sarapan di atas meja dengan senyuman nipis di wajahnya itu. Dimata orang biasa, mereka boleh tertipu bila mereka lihat telatah Ivy sekarang. Tersenyum, diam, berpakaian dengan sopan dan tidak menunjukkan sebarang perangai buruk dari Vicious. She looks like the new Ivy.

Dan Hansel ingin percaya Ivy telah berubah sepenuhnya. Ingin mulakan hidup baru di Enchanted setelah dibuang dari Vicious.

Tapi sekali lagi. Hansel terlalu mengenali ahli sihir muda itu. a witch without a heart. Hanya perasaan dendam dan marah sahaja yang wujud didalam diri Ivy dan segala senyuman dan keriangan yang Ivy tunjukkan? Hanyalah lakonan.

Dan ini buat Hansel teringatkan kejadian yang agak mengejutkan terjadi semalam. Suatu kejadian yang Hansel tidak akan pernah terfikir atau mengagak perkara tersebut akan dia lihat didalam seumur hidupnya.

Putera George dan Ivy menjalinkan hubungan sulit.

Semalam sebaik sahaja dia pulang ke rumah; tengah malam, semasa dia penat dari menjalankan misinya di Kota Camelot, dia temui Ivy tertidur diatas sofa ruang tamu dengan api di fire-place yang malap. Menandakan Ivy tertidur di sofa itu, samada dia penat atau sedang menunggu Hansel pulang. Hansel hanya menggeleng melihat Ivy di sofa itu, agak terhibur mengetahui Ahli sihir muda itu menunggu kepulangan Hansel. Senyuman Hansel tidak kekal lama sehinggalah dia bergerak mendekati Ivy, senyuman itu hilang dan bertukar ke riak wajah terkejut. Matanya membesar melihat Ivy. Kawan rapatnya tidur diatas seorang lelaki. Didalam dakapan lelaki terpenting didalam Enchanted.  Tidur bersama Putera Raja Camelot didalam dakapan masing-masing. Tangan tersimpul diantara mereka dan berkongsikan satu selimut. Mustahil untuk Hansel tak fikir sesuatu buruk tentang mereka.

Setelah itu, Hansel baru perasan si puteri kecil juga ada di sofa satu lagi, juga tidur dengan lena dengan selimut melindunginya dari malam yang sejuk itu.

Hansel kembali memandang Louis dan Ivy. Melihat cara Louis memeluk kawannya hampir kelihatan melindungi perempuan itu. almost protectively. Even in their sleep. Dan melihat riak wajah tenang Ivy semasa dia tidur membuat sesuatu dalam diri Hansel tenggelam.

Dia tak pernah tengok Ivy tidur setenang itu. Hansel tahu bagaimana wajah Ivy semasa dia tidur, dari kecil mereka bersama, lepak di Gunung Furious dan tertidur di puncak gunung itu, Hansel sentiasa lihat kerutan halus diantara kening Ivy bila dia tidur, tidak kisahlah betapa tenangnya hari di Gunung Furious, kerut diantara kening hitam itu tidak akan hilang. Ia seperti sebahagian dari wajah Ivy. Seperti dia sentiasa berjaga-jaga, risau walaupun dia berada di dalam dunia mimpinya.

Dan.... melihat Ivy sebegitu tenang, selesa didalam dakapan Putera George membuat Hansel rasa pahit. Kepahitan dalam dadanya sukar untuk dielakkan.

Adakah Hansel kecewa melihat Ivy seperti itu, tenang dan rasa selamat didalam dakapan Putera George? Kerana Kawannya lebih rasa selamat dengan Musuh Hansel dari Hansel sendiri?

Ya.

Dan tidak.

Perasaan Hansel melihat mereka pada malam itu lebih kepada Kecewa dari Marah. Kepahitan dia rasa dalam perutnya ni seperti dia telah gagal menjalankan tanggungjawabnya terhadap Ivy. Bukan misi The Believers dan bukan kepada orang Enchanted.

Tapi sebagai kawan. Seorang kawan yang dari dahulu mengambil berat tentang keadaan Ivy dari kecil. Secara senyap memantau tingkah-laku Ivy seperti Ivy itu adiknya sendiri yang suka buat masalah. Memberi nasihat kepada ahli sihir itu dan membimbingnya kearah yang lebih baik sebelum dia jatuh lebih jauh ke dalam lubang yang gelap dan akan menyesalinya suatu hari nanti.

Hansel telah pun menganggap Ivy seperti adiknya sendiri setelah Hansel mengenali diri Ivy sebenarnya; diri Ivy yang tersekat di jalan yang telah dipilih untuknya dari kecil. Tidak mempunyai pilihan selain menjadi seorang villain yang setanding dengan Maleficent.

Lelaki ini telah lihat pergelutan Ivy selama satu dekad. Bergelut dengan magicnya, mendengar rungutan tentang hidupnya, memberi nasihat tentang pilihan Ivy. Hansel sentiasa beri nasihat atau idea baru untuk Ivy bila kawannya itu dalam kebuntuan. Bila Ivy Tanya; ‘Apa patut aku buat?’. Persoalan itu merupakan tembok terakhir kepada maruah ivy the Devil. Ahli sihir ini tidak pernah meminta pertolongan dari sesiapa dan mendengar Ivy secara relanya meminta nasihat dari Hansel membuat lelaki ini fikir Ivy boleh berdamping padanya. Ivy percayakan Hansel sehingga dia turunkan egonya dan minta pertolongan dari Hansel.

Pada malam itu...

Ivy bersama lelaki lain.

Mempercayai lelaki lain selain dirinya dan tunjukkan riak wajah yang Hansel tak pernah lihat bila Ivy bersamanya, betul-betul mengecewakan dia.

Kerana dia rasa dia gagal menjadi seorang kawan yang Ivy selalu cari bila dia ada masalah dan Ivy berpaling ke lelaki yang Hansel takkan jangka mereka akan berkawan. Apatah lagi menjalinkan hubungan.

Wait Hansel... jangan buat keputusan drastic.... mungkin ini semua salah faham... dia beritahu dirinya sendiri tapi Hansel tahu semua tu bukan salah faham.

Kerana Putera George. The Prince of Camelot and next rulet to Enchanted ialah seorang Perfectionist. Dia takkan buat perkara seperti ini; hubungan sulit sedangkan dia telah bertunang dan bahayakan nama baiknya.

Plus, Putera ni lebih mengetahui baik dan buruknya jika dia berkawan dengan seorang Villain. Dia tahu padahnya mendekati ahli sihir dari Vicious ini, apatah lagi kelihatan bersama dengan perempuan ini.

Seorang putera Bongkak yang perfectionist, gadaikan nama baiknya untuk dekat dengan young villain ini? Hanya untuk menjadi kawan?

Tak. Ia lebih dari itu.

 “Hans… are you coming here or stand there all day long?” Ketawa kecil Ivy menarik berhatian si abang sulung ini kembali ke dunia reality dan melihat Ivy yang bercekak pinging dekat meja makan. “Come and eat dope.” Panggilnya dengan nada mengusik seperti selalu tapi Hansel tidak rasa nak tersenyum pada usikan itu.

Hansel bergerak ke tempat duduknya dengan senyap. Mindanya penuh dengan kejadian semalam. Masih tidak habis fikir mengapa dan bagaimana hubungan mereka boleh terjalin.

Dia terfikir, kejadian Ivy kena Panic attack dan entah dari mana Putera George datang menenangkan Ivy, tidak menghiraukan renjatan yang memeritkan dari gari tersebut. Sanggup dirinya terluka hanya untuk selamatkan Ahli sihir yang kononnya telah civil dengannya.

Jadi mereka lebih dari frienemy pada masa itu.... desis hati Hansel, rasa agak bodoh. Kenapalah dia tak perasan benda tu dari awal lagi? Mungkin kerana perasaan dendamnya terhadap Putera George tidak pernah punah dan terlalu percayakan Ivy yang Ivy tidak akan dekat dengan lelaki itu walauapapun berlaku.

Heh... so much for trust. Dia bermonolog secara sarkastik.

Tapi....

Mata Hansel beralih dengan perlahan kearah Ivy yang sedang menyapu mentega pada roti dengan nyanyian halus yang begitu merdu. Dia tak sangka Ivy boleh menyanyi dengan merdu. Dia tak pernah dengar Ivy menyanyi seperti itu.

Ivy mengangkat pandangannya kepada Hansel dengan sebuah senyuman lembut. Matanya bersinar dengan senyuman itu. “Roti?”

Hansel menerima roti yang disapu mentega itu dari tangan Ivy dengan senyuman kecil. “Thanks.” Katanya dengan lembut sebelum makan rotinya dengan senyap dan perlahan.

Walaubagaimanapun Hansel cuba, Dia tetap percayakan ahli sihir muda itu. tetap berharap apa sahaja yang terjadi diantara mereka ada sebab tersendiri.

Dan punca terjadinya hubungan mereka bukanlah kesalahan Ivy tapi kesalahan Putera raja itu sendiri.

Mungkin Putera George tidak lah sebaik mana yang orang lain lihat? Dia sebenarnya mempunyai sifat buruk yang tersembunyi dan Hansel telah dapat membongkarnya. Iaitu perasaannya terhadap kawan rapatnya, Ivy. Kawan rapatnya. Kenapa mesti Ivy menjadi kecacatan kepada kesempurnaan Putera George?

Dari aspek itu Hansel agak kecewa. Kawan baiknya telah menawan hati Putera George tapi... dia tak kecewa sangat.

Kerana...

Ivy mungkin tidak mempunyai perasaan yang sama seperti Putera George.

Ivy tidak mempunyai hati untuk menerima orang lain kedalam hidupnya setelah dia membuang hatinya.

Oh Hansel pasti Ivy telah buang hati itu kerana dia sendiri telah melihat Ivy mengeluarkan hatinya sendiri dan masukkan kedalam kotak kecil. Menguncinya dengan sumpahan dan sembunyikannya dari dunia, terutamanya ibunya. Hansel tahu Ivy tiada hati untuk menerima sebarang kebaikan lagi.

INi buat Hansel tidak habis fikir. Kalau Ivy tidak mempunyai hati, kenapa dia menjalinkan hubungan dengan Louis? Adakah kerana dia mempunyai motif lain disebalik hubungan itu? Apa motifnya? Dengan hati yang kosong, hanya rasa dendam dan perasaan negative yang tinggal, pasti motif itu juga negative.

Sebab itu Hansel tidak terus kejutkan mereka sebaik sahaja dia melihat Ivy dan Putera George berada di atas sofa semalam. Dia tunggu. Membawa Puteri Charlotte naik ke bilik Ivy dan kembali turun ke dapur untuk memasak air panas, membuat dua cawan kopi sebelum kembali ke ruang tamu semula. Duduk di sofa lagi satu dan meletakkan kedua cawan itu diatas meja kopi dengan kasar sedikit tanpa menumpahkan air kopi didalam cawan.

Dia saja buat seperti itu kerana tahu yang Putera George jenis yang light sleeper. Dia dilatih dari kecil untuk sentiasa berjaga-jaga walaupun dalam tidurnya, dan bunyi hentakan cawan yang perlahan itu dah cukup untuk bangunkan Putera Camelot itu.

Perbualan mereka semalam masih berlegar didalam minda Hansel, masih segar seperti seseorang sedang mengulang perbualan tersebut di tepi telinganya. Berbisik dengan penuh sinis seperti ia sengaja menghantui malam Hansel sehingga dia tidak dapat tidur hanya kerana perbualan itu sahaja. Perbualan yang bermula setelah Putera George mengangkat Ivy yang tidur naik ke tingkat atas kerana tidak ingin ahli sihir itu terbangun dan dengar perbualan mereka.

Melihat bagaimana berhati-hatinya Putera George mengangkat Ivy juga menghantui malam Hansel. Cara dia selitkan tangannya dibawah lutut Ivy dan memeluk tubuhnya, mengangkat dia seperlahan dan selembut yang mungkin supaya Ivy tak rasa tak selesa dalam tangannya semasa dia angkat dia ke biliknya semula.

Cara Putera George melayan Ivy walaupun perempuan itu tidur telah menjawab ‘salah faham’ Hansel. Dan ia buat Hansel seram sejuk.

Terdapat atmosfera tegang antara dua musuh lama ini, Hansel tumpukan perhatian pada refleksinya di dalam air sementara Putera George duduk, dengan siku di lutut, mata tertumpu pada api yang masih membara.

“Coffee Your Highness?” Soal Hansel dengan suara mendatar, menolak cawan kopi itu kearah Putera itu.

George alihkan pandangannya pada kopi itu untuk seketika sebelum mengambilnya tanpa berkata apa-apa.

Hansel pula mengambil sehirup dari kopinya sebelum menggenggamnya semula dengan kedua tangan. Mereka masih diamkan diri, tiada siapa mengambil langkah untuk bersuara sedangkan kedua-dua minda musuh lama ini penuh dengan persoalan.

“Tuanku akan bermalam di rumah patik?” Soal Hansel tetap tumpukan refleksinya yang samar-samar di dalam cawannya.

Putera George mengalihkan anak matanya kepada Hansel. “That’s your first question?”

“In the matter of fact. Yes.” Jawab Hansel dengan sopan tapi ada unsur sarkastik.

Louis tergelak sinis. Dia dah agak bagaimana kelakuan Hansel terhadapnya. “Dan tak tanya pasal beta dengan Ivy?”

“Patik rasa, bukan tempat patik untuk soal hubungan Tuanku dengan kawan patik.” Jawabnya dan mengambil satu lagi hirup dari kopinya.

“Kawan?” George menarik sengih. “Are you for real right now?”

Hansel mengangkat matanya dengan renungan maut kearah Putera raja itu. “Tuanku.”

“Sepanjang hidup kau bersama Ivy hanyalah berdasarkan tugas yang diberikan kepada kau oleh The Great Wizard Merlin. Mengatakan kau ‘kawan’ kepada Ivy…. Don’t make me laugh Gingerman.”

Hansel menggenggam cawannya dengan erat, menahan diri dari menengking Putera bongkak itu dan bangunkan semua orang dalam rumah.

Personality Viciousnya nak je biarkan Putera bongkak itu terperangkap dengan permainan hati Ivy tapi… bahagian Enchantednya pula mengatakan perkara itu salah. Dia sebagai the Believers tahu kesan baik buruk jika dia biarkan perkara itu berlaku. Terutamanya pada Putera George.

Ah… siapa kesah pasal putera ni? Hansel ingin lihat dia jatuh dari pangkatnya yang dia banggakan itu. Tapi…. Tidak bila Ivy ada kena mengena dengannya. Ivy juga turut ditarik jatuh bersama putera ini kalau nama baiknya tergores. Ivy dah cukup mempunyai prestasi buruk di Enchanted, jangan dia jatuh ke pangkat yang lebih rendah dari itu.

Kenapa kau taknak soal hubungan aku dengan Ivy?”

Suara Putera George menarik perhatian Hansel semula. Dia sengetkan kepalanya sedikit, memaling ke tempat api yang sentiasa menjadi tumpuan utama semua orang. “Sebab aku fikir kau masih waras untuk mengetahui apa akan jadi jika kau teruskan ‘hubungan’ ini.” Katanya tiada lagi formality diantara mereka sebelum tersenyum sinis kepada Putera George. “Or Putera kebanggaan Enchanted dah tak tahan dengan expectation rakyatnya dan akhirnya ‘snap’.

Kali ini Putera George menjeling Hansel dan tuan rumah ini menepuk belakangnya sendiri secara mental sebab dapat mencabar putera perfectionist itu. “Kau risaukan pangkat aku?”

Ini buat Hansel ketawa sedekah agak kuat dari apa yang dia inginkan. Nasib baik dekahan sarkastik itu tidak terlalu kuat untuk bangunkan orang yang telah tidur. “Maaf…. Aku ingatkan kau buat lawak tadi.” Hansel tersenyum nakal. “I rather sale my soul again to rumplestiltskin than worry about you Your highness.” Katanya dengan nada mengutuk. “Aku risau kalau ‘hubungan’ korang terbongkar, Ivy yang menerima padahnya.”

Putera itu menjungkit kening tinggi, mejilat giginya tanda kesabarannya kian menipis kerana perangai kurang ajar Hansel terhadapnya. “You have got to be kidding me.”

“I wish I am My Prince.” Perangai sarkastik Vicious dah melekat dengannya dan sukar untuk ditapis, apatah lagi dihadapan musuh lamanya. “Ivy dah kehilangan segalanya setelah Tuanku buat Royal Petition untuk kembalikan Ivy ke sini—Which now I know why you did that. Bukan sahaja untuk keselamatan Enhanted, tapi untuk niat Tuanku yang tersendiri. Oooo… scandalious.” Hansel memang sengaja menguji kesabaran Putera itu. “Jika ‘hubungan’ korang terbongkar, nama baik tuanku mungkin boleh dipulihkan semula tapi Ivy?” Hansel menggeleng dengan muka berkerut seperti sedang mengusik. “No… Everything will be blame to the Villain. Tuanku akan terselamat kerana mereka akan salahkan Ivy kerana telah santau Tuanku—by the way, did she really—”

“Kau tahu aku hanya boleh kena satu sumpahan Hansel.” Potong Louis dengan renungan amaran. Cawan dalam tangannya digenggam dengan erat, sehingga air dalam cawan itu beralun.

“Ah… that mean you really fall for her.” Katanya dengan anggukan terhibur. “Anyway, memandangkan Tuanku tidak disantau dan mempunyai fikiran yang masih waras, tentu tuanku tahu kesan dan akibat dari ‘hubungan’ ini kan?”

“No sh*t—”

“Then why?” Kali ini tiada lagi nada sarkastik atau mengusik didalam ayat Hansel. Dia depankan badannya, merehatkan sikunya pada lutut seperti Putera raja itu untuk tatap George tepat pada matanya. “Kau tahu tapi kau tetap buat.”

George menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan berat. Kalau boleh asap putih keluar dari rongga hidung Putera George kerana kemarahannya sudah sampai ke kemuncak, tunggu satu lagi tolakan dari Hansel boleh buat Putera raja ini meletup.

“I have my own reason.” Jawab Putera George dengan perlahan, seperti inginkan Hansel untuk dengar ayat itu dengan jelas. Kerana dia takkan ulang lagi.

 “Hans, kau okay ke?” Suara Ivy mengembalikan Hansel ke masa sekarang dan melihat ahli sihir yang duduk di sebelahnya dengan riak wajah risau pada wajahnya. “Dude, kau macam baru nampak hantu. Kau okay ke? pukul berapa kau pulang semalam?”

Hansel menggeleng secara mental cuba lupakan perbualannya dengan Putera George semalam sebelum memberikan sebuah senyuman kepada Ivy. “Pretty late tapi aku okay. jangan risau.”

Hansel menahan nafas, berharap lakonannya cukup meyakinkan Ivy untuk tidak menyoalnya lebih lanjut. Kerana tertera pada wajah Ivy yang sememangnya pucat yang dia tak percayakan sangat alasan Hansel dan Melihat Ivy mengangguk membuat Hansel menghembus nafas lega dalam diam. Tanda Ivy takkan desak Hansel untuk berkata benar.

Mereka makan sarapan pagi mereka dengan senyap. kedua rakan ini tidak berbual langsung kerana mereka berdua tenggelam dalam dunia sendiri. Cuma dunia yang berlainan atmosfera.

Dunia Ivy ialah mengingati bila dia bangun dari tidur dia dapati dia berada di atas katilnya dan ternampak satu nota kecil yang tertulis ‘See you soon from; Princy bratz’ membuat Ivy tersenyum kecil. Harinya terus menjadi ceria hanya kerana nota kecil itu dan dia tak merungut langsung bila enam pixie itu mengerjakannya awal pagi buta, memakai dress cotton berwarna peach itu, serta rambutnya di tocang dan dihias dengan kuntuman bunga kecil.

Dunia Hansel pula masih tentang kisah semalam. Keangkuhan dan kesombongan Putera George masih lagi segar didalam mindanya walau banyak mana Hansel kutuk dia diantara ayat-ayat sopannya. Putera George kembali ke istana dengan Puteri Charlotte yang masih tidur dalam dakapannya. Memberi peringatan kepada Hansel untuk ingat setiap perbualan mereka pada malam itu dan jangan sesekali melupakannya.

Like Hell he would forget ayat-ayat menjengkelkan yang keluar dari mulut Putera Camelot itu di fire balik kearah Hansel.

True, tapi kalau kau kawan Ivy, tentu kau juga tahu yang Ivy juga menyedari kesan dan akibat dari hubungan kami. Kau ‘kawan’ dia kan? Dah tentu kau tahu yang Ivy tak sebodoh itu untuk menjalinkan hubungan dengan saya tanpa fikir kesannya.”

“I dare you to tell her and we will see what happen. Bukan aku sahaja dia hindari, tapi kau juga. Dan kau tahu bila itu berlaku, kau takkan dapat minta maaf kepadanya lagi.”

“We both have our reasons, kenapa aku menjalinkan hubungan dengannya dan kenapa kau kekal untuk senyapkan diri tentang hubungan kami dari Ivy. So, lets pretend this never happen dan kau tak pernah lihat kami bersama seperti tadi. Okay?

“Listen here, Gingerman. Aku sanggup korbankan segalanya dalam hidup aku untuk dia tapi…. Aku pasti kau pun taknak aky buat macam tu kan? Giving my throne to someone else.”

“Ivy mungkin akan mengelakkan diri dari aku sekali lagi kerana dia juga tahu betapa bahayanya hubungan kami pada kedudukan saya. but that doesn’t mean I will let her slip away from my finger. Not again.”

Tanpa Hansel sedari butter knife dalam tangan bengkok kerana dia tak dapat menahan kemarahan dalam dirinya.

That damn prince… Setiap ayat keluar dari mulutnya umpama bunyi lalat yang menjengkelkan terbang di tepi telinga Hansel. Entah kenapa dia rasa geram dengan lelaki itu. Kalau bukan kerana dia risaukan keadaan Ivy, dah tentu dia menjerit; menengking George. Membalas semua serangan lisannya dengan kasar.

Tapi putera itu betul, Hansel taknak Putera George gadaikan pangkatnya hanya untuk Ivy. Keselamatan Enchanted akan tergugat sekali, dan ia bukan sahaja dari ancaman datang dari sumpahan Lady Morgana…

Tapi dari….

Hansel mengangkat penglihatannya kepada Ivy semula, seperti dia mencari kepastian hanya dengan melihat telatah Ivy makan dengan senyap dan tersenyum riang. Adakah senyuman itu palsu? Dibuat untuk memanipulasikan orang sekelilingnya? Menyembunyikan hatinya yang kosong? Yang hanya Perasaan Dendam dan Benci sahaja tinggal di dalam dirinya?

Tapi senyuman itu menyinari mata hijau Ivy yang selalunya malap, seperti ada hati didalam dada ahli sihir itu.

Hansel terfikir tentang masa Ivy menarik keluar hatinya semasa mereka berdua 16 tahun, Ivy meletak hati itu didalam kotak kecil. Menyumpah kotak itu lagi supaya tiada siapa dapat mencuri atau menyentuhnya selain Ivy sendiri.

Hansel terfikirkan satu kemungkinan, Ivy membuka kotak itu bila dia mula tinggal di Gracious Academy. Sebab, kalau Ivy tak berhati, dia tidak boleh melakonkan semua perasaan dengan sempurna kecuali senyuman palsu.

Semasa Hansel terkantoi, Ivy mempertahankan Hansel. Kalau Iv tiada hati, dia takkan ambil berat terhadap keadaan Hansel dan gadaikan tempatnya untuk Hansel di Tanah Enchanted.

Ivy takkan dapat mengalirkan air mata seperti mana selepas dia terkena panic attack. Mungkin dia menipu tapi satu titisan air mata hanya boleh muncul bila sebuah hati terlibat. Kecuali jika ada bawang berdekatan.

Jadi selama ini Ivy telah mengembalikan hatinya? Sepanjang  dia berada di Enchanted?

Hansel memandang Ivy sekali lagi dengan mata membesar. Jika Ivy mempunyai hatinya, ahli sihir ini mempunyai peluang untuk menjadi baik!

Tapi dia kena pastikannya dahulu.

“Ivy, hati kau—”

 “I’m home!!”  Mereka berdua berpaling ke pintu depan, melihat Gretel serbu masuk dengan senyuman lebar terpapar pada wajahnya. Pipi kemerah-merahan tanda dia tanda dia terlalu excited atau kerana kesejukan cuaca di luar.

Dia membuka jaket sejuknya dan masukkan kedalam almari bawah tangga. Senyuman gembira tetap terpapar pada wajahnya sehingga dia berada di dapur. “Cool! Korang tak tahu betapa kebulurnya aku sekarang ni. Sepanjang malam di rumah Vanvouge is toture!” sahutnya dan mengambil tempat duduk. Tangan terus mencapai sebuku roti dan membelahnya. Sapu jam strawberry atas roti tersebut dan melahap sarapan paginya.

Hansel dan Ivy hanya perhatikan gelagat Gretel seperti manusia tak pernah jumpa makanan selama seminggu lebih. Tidak sampai lima minit, roti dalam tangannya dah pun lenyap dan mengambil sekeping lagi roti dari bakul.

Ivy hanya menggeleng dan memandang Hansel semula. “You were talking Hans?”

“Hm?” Hansel alihkan perhatiannya dari Gretel dan menggeleng. “Tak. Lupakannya.” The question can wait… bila mereka bersendirian tanpa Gretel.

“Oh korang. Today kita akan ke Bandar.” Gretel bercakap sambil mengunyah makanannya. Hansel dan ivy hanya tersenyum melihat tabiat no manners mereka terkena pada Gretel juga. “Remember Opening Ceremony Gracious Academy? Kita perlukan gaun untuk Ivy.”

“Oh yeah…. Aku lupa pasal tu.” Hansel bersuara dan mengusap dagunya sambil menjeling nakal kearah Ivy.

“Why me?” Ivy tak sedap hati mendengar perkataan ‘gaun’ ada kena mengena dengannya. “Dan apa opening ceremony ni? Bukannya academy tu dah lama bukak untuk semua pelajar ke?”

Hansel ketawa kecil. “Opening ceremony ni diadahkan setiap tahun sebagai permulaan tahun baru untuk Gracious Academy. Menyambut tahun baru di Gracious dan juga menaikkan semangat pelajar untuk belajar di sekolah tu. also for the new kids.”

“Kau nak kata ceremony ni untuk menyambut kedatangan budak baru jugak?” Soal Ivy sekali lagi. memastikan dia tak salah dengar. “Dan bagaimana Ceremony ni di langsungkan?”

Jangan cakap tari menari, jangan cakap tari menari… jangan. Cakap. Tari. Menari!

“Ia Majlis tari menari.”

Shit… aku dah agak dah.

Ivy mengeluh panjang dan rebahkan dagunya di atas meja dengan kedua tangan didepakan kehadapan. Menolak bakul roti itu kearah Gretel. “Typical Enchanted.”

Dua beradik ini mentertawakan Ivy yang merungut. Mereka berdua dah agak yang Ivy tak akan sukakan ceremony tersebut. sebab tu Gretel happy semacam bila dia balik rumah.

Hanya untuk membalas dendam dekat ahli sihir menjengkelkan ini yang selalu kenakan dia.

Like Ivy always says; Payback’s a b*tch.

“Aku dengar Puteri Ezra akan buat Grand Finale pada tahun ni. Dia akan guna kuasanya.” Gretel memberitahu apa yang dia dengar tentang ceremony yang akan berlangsung dalam masa sebulan lebih itu. “Setelah masquerade ball berakhir, midnight, Ezra akan ambil alih untuk acara kemuncak upacara tu. Hmm…. Apa akan Puteri Ais tu akan buat…”

“Probably frozen everything in the Academy.” Komen Ivy dengan sarkastik dan mendapat pukulan di lengan dari Gretel membuat Ivy menarik kedua tangannya dari atas meja semula. “ow! What was that for??”

Mulut kau tu masin sikit. Asal kau moody sangat ni hari? Dah fed up dengan pixie-pixie tu ke?” Soalnya dengan senyuman nakal.

“No. aku dengan menatang tu dah berbaik—tapi tak bermaksud aku sukakan mereka.” jawabnya cepat kerana tahu sangat Gretel nak komen pasal ‘menatang’ yang Ivy katakan. “Hari aku sebenarnya sangat baik sehingga kau merempuh masuk macam orang gila dan beritahu satu dunia tentang majlis tari menari ni. Menambah perencah kedalam resipi sour mood aku pula ialah masquerade Ball.” Dia berdesir seperti ular. “A f*cking ball. Kau tengok aku macam perempuan pergi goody-two-shoes ball dan berputar-putar macam gasing di lantai menari ke?”

“No. Kau jenis yang melompat-lompat di lantai menari dan menjerit sekuat hati seperti gorilla kena curi pisangnya. Oh sometime seperti a wee vampire, menyendiri di sudut bilik gelap bila orang sedang berseronok—”

Thank you Hansel.” Ivy besarkan matanya memberi amaran kepada lelaki yang tersenyum nakal itu.

“You welcome, love.” Balasnya saja buat Ivy tambah berang.

Ivy memutar bola matanya dah masak dengan perangai Hansel sebelum pandang si adik semula. “See? Hansel dah huraikan jenis aku. So, no way. Aku boleh skip this whole ball thing right??”

Melihat dua senyuman yang meleret dengan perlahan dari telinga ke telinga seperti pasangan psycho yang ada niat buruk terhadap mangsany—iaitu Ivy membuat ahli sihir muda ini kecut perut dan merungut dalam pelbagai jenis bahasa yang berwarna-warni.

Why do I have to live with this retarted duo?

Tumpuan mereka dialihkan kepada burung gagak hitam menyahut kuat dan terbang laju masuk kedalam dapur sebelum dia mendarat di atas meja makan. Dia kembangkan kepaknya tanda menyapa Anak jagaannya dengan sahutan kecil.

“Oh Diaval. Kau sampai tepat pada masanya.” Hansel bersuara membuat Diaval sengetkan kepalanya tidak faham. senyuman vicious Hansel makin lebar dan Diaval memandang anak jagaannya yang menepuk dahi fed up. “It’s make over time for your precious Ivy.”

>X<

Satu kedai…. Tiada pilihan

Dua kedai…. Carutan bermaharajalela.

Tiga kedai…. Kena tendang keluar kerana hampir buat kedai tersebut meletup kerana litar pintas.

“That’s it! I have enough hunting gowns!” Jerit Ivy di tengah-tengah laluan pedestrian membuat orang yang lalu lalang memandang kearahnya. “Aku nak balik rumah.” Dia memutar 180 darjah dan bergegas pergi tapi seseorang menarik hoodie jaket sejuknya membuat dia tertarik kebelakang. Dia hampir mati tercekik kalau dia tak putar semula memandang si pembunuh-dalam-latihan itu.

“Kau tak boleh pergi sekarang! tak selagi kita tak jumpa gaun kau!”

Hell. Do you think I give a sh*t about my bloody gown?? Kau jangan nak tipu aku. Lepas ni bukan gaun je kita pergi buru tapi F*cking acserories jugak.” Ivy menuding jari tanda amaran, tahu sangat hela Gretel. “Plus, masih ada sebulan lebih sebelum buka sekolah. Kenapa nak beli awal sangat??”

“Sebab kita kena cari gaun yang sesuai untuk kau. That’s why! Kau tu cerewet, kalau beli last minit confirm takda gaun terbeli nanti daaaan kau tak pergi ke majlis tari menari tu nanti! I know you Ivy!” balas Gretel tidak kurang kuat dengan jeritan Ivy.

It just a bloody ceremony! Aku tak perlu pakai gaun kalau aku tak menari—

“Kau akan menari Ivy—

Don’t invite me.” Ivy mengancam Hansel sebelum pandang Gretel semula. “Aku hanya muncul pada acara kemuncak tu dan itu sahaja. No F*cking Dancing. No F*cking Ball Gown. At. All.” Dia tekankan dua perkataan terakhir memastikan dua beradik ini faham maksud Ivy.

Gretel memejam matanya menarik nafas dalam, tenangkanrasa geram, marah, meluat, fed up dan segala perasaan negative dalam dirinya terhadap Ivy sebelum menghembus nafas panjang. dan berat.

“Stop swearing—

“I can f*cking swear all I f*cking want—

“Stop it!” Gretel kembali meletup. “Boleh tak kau bagi kerjasama sekali ni je dan tak mencarut langsung? It just a ball. Sekali dalam seumur hidup kau, kau tak pernah ke terfikir macam mana rasanya pergi ke majlis tari menari??”

“No—”

“Yes.” Hansel memotong dengan slamber mendapat renungan dari Ivy. “Just do it Ai. Kau tahu Gretel takkan mengalah selagi dia tak dapatkan gaun kau untuk majlis tu.”

“Oh stop being my fairy godmother and fly away you little—”

Ivy.” Hansel memberi amaran membuat Ivy terdiam. “Tak boleh ke kau bersyukur seseorang prihatin dekat kau? Mana kau nak? Kau rasa left out bila kau tak pergi ke majlis tu ke atau Gretel desak kau supaya kau dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan kau pada majlis tari menari pertama kau?”

Ivy diamkan diri untuk seketika sebelum membuka mulut, tapi dia menutup mulutnya semula bila melihat dua beradik ini merenungnya dengan tajam. Bukan tanda amaran tapi tanda mereka betul-betul prihatin dengan Ivy. Dan juga beri amaran kepada Ivy, mereka akan desak dia sehingga Ivy setuju. Rela atau tak rela. Ivy tetap akan ada gaun.

Forgive me Lord of the darkness…

“Fine tapi dengan syarat. Aku pilih warna gaun aku.” Ivy akhirnya mengalah dan dapat anggukan dari Gretel. “Good. Mungkin aku boleh dapat gaun Gothic or something.”

“tiada gaun macam tu kat Enchanted Ivy.” Hansel tertawa kecil melihat Ivy merungut dan mereka sambung perjalanan mereka kearah kedai gaun seterusnya.

>X<

“Ivy! more!”

Ivy kempiskan perutnya, mengeluarkan segala udara dalam badannya dan rasa pinggulnya dah kebas kerana kaki Gretel, menarik tali korset seketat yang mungkin.

“Done!” sahut Gretel akhirnya setelah beberapa kali memaksa korset itu memeluk pinggal Ivy dan mengikat mati tali korset Ivy. “See? aku dah kata pinggang kau kecil.”

Oh my—Lord…” Ivy merehatkan tangannya di bahu Gretel bila dia rasa nak pitam kerana kekurangan udara. “macam mana korang boleh bernafas dalam benda ni?? Aku tak boleh tarik nafas langsung—can you even eat in this thing??”

“Kenapa nak makan kalau kau sibuk menari dengan putera raja—Oh bear it will you?” Gretel segera tukar subjek, tahu sangat jawapan Ivy, dia; orang yang tidak akan menari. “Hanya untuk sehari dan sepanjang tahun kau takkan pakai lagi. Mungkin.”

“Aku harap ‘mungkin’ kau tu tak terjadi.” Marah Ivy tapi tidak meninggikan suara. Dia tiada nafas yang banyak untuk menjerit langsung. Adakah Korset ini mempunyai fungsi lebih dari hanya untuk kecilkan pinggang? sebab Ivy tak boleh buat apa-apa langsung dalam korset tersebut.

“Oh hush. Kau jugak yang nak gaun ni kan? jadi terima padahnya.” Gretel mengambil gaun berwarna ungu tergantung di dinding bilik persalinan yang besar itu dan sarungkannya pada badan Ivy.

“Aku nak tukar gaun kalau macam tu—

“No.” Gretel memaksa badan Ivy untuk berdepan dengan tiga cermin panjang, membelakangkan Gretel dan dia mengikat tali gaun itu pula. “Hari dah nak malam dan ini kedai terakhir ada di Camelot ni. Plus, kebanyakan kedai dah bane kau masuk sebab litar pintas.”Gretel menarik tali gaun itu dengan kuat membuat Ivy tersentap; menyentuh perutnya yang terseksa.

“Bukan salah aku mereka tu pain in the arse sangat. aku kata warna yang lebih gelap and what do they give me? Warna pudar. Mereka tak tahu ke perbezaan warna gelap dan warna pudar??” Ivy dipaksa duduk di sofa dua yang tersedia di bilik persalinan itu dan Gretel menyanggul rambutnya. “ow! Perlahan lah sikit.”

“This is Enchanted Ivy, tiada warna gelap seperti mana kau nak kecuali hitam.” Gretel memasang pin dalam rambut Ivy mengekalkan sanggulnya jatuh.

“Then aku pakai warna hitam—

“Kau nak pergi pengebumian orang mati ke?” kesabaran Gretel kian menipis mendengar rungutan Ivy seperti budak kecil. Gretel rasa seperti dia ni orang suruhan Ivy, menolong Ivy memakai gaunnya sendiri dan menghias dia dari hujung rambut ke hujung kaki.

Tapi dia bukan orang suruhan kalau Gretel inginkan yang terbaik untuk Ivy.

Jadi Gretel ni apa?

Ow! Gretel kau nak buat aku botak ke??”

“Oh sorry.” Gretel tersentak dari lamunannya dan menggeleng secara mental, lupakan persoalan merapunya tadi. “Okay. dah siap.”

Hansel yang berada di kerusi menunggu, berdepan dengan bilik persalinan Ivy dan Gretel sedang berbual kosong dengan burung gagak di bahunya. Bercerita kosong tentang hari Hansel semasa dia kembali ke Enchanted dan bagaimana perasaannya terhadap Ivy semasa Ivy kembali ke Vicious.

Hansel lebih banyak bercerita dari gagak itu. Diaval hanya mendengar dan mengangguk tanpa memproses ayat hansel kedalam otak kecilnya. Diaval tahu yang Hansel sebenarnya kebosanan menemani Ivy dan Gretel shopping dan menjadi mangsa mengangkat semua barang-barang dua perempuan itu.

Diaval faham perasaan Hansel kerana dia juga seperti itu semasa di Vicious, Ivy dan rakan-rakannya pergi late night shopping. Bukan mudah nak angkat tiga barang wanita yang sememangnya shopaholic.

Hansel bernasib baik pada kali ini kerana hanya sedikit barang sahaja dia perlu bawa—well, kecuali dua helai gaun besar. Oh dan Hansel juga perlukan suit untuk majlis tersebut. Tentu Hansel akan mencari suitnya sendiri pada lain hari.

“Ta—daa!!”

Hansel alihkan perhatiannya dari burung gagak itu kearah young villain yang merah padam di dalam gaun kembang berwarna ungu gelap.



Riaksi pertama Hansel ialah mata terbeliak bulat sebelum dia menyalak keuadara, ketawa terbahak-bahak sambil memeluk perut. Seperti dia terkena Hernia atau appendix.

Perkara yang buat Ivy bertambah segan ialah burung gagaknya juga ketawakan dia, jatuh tergolek di atas lantai seperti Hansel.

“Uurrrggghhh… See?? sebab ni aku tak suka pakai gaun kembang!” Ivy depakan tangannya kearah dua ekor menatang ketawa seperti hyena dan menjeling kearah Gretel. “I hate gowns!!”

Gretel memutar bola mtanya dan menendang kaki Hansel yang dah terlentar di atas lantai. “Bangun lah! Boleh tak sporting sikit dan jangan nak overreacted. Bukannya ini kali pertama kau tengok Ivy pakai Gaun!”

Hansel menarik nafas dalam beberapa kali, sebelum menghembus nafas puas. Akhirnya dia berhenti ketawa dan kembali berdiri. “Actually, ini first time dia pakai gaun. Gret, di Vicious gaun adalah perkara paling memalukan dalam dunia. You wear it as a punishment not to show it off.

Mulut Gretel terngagah. “Really?” Hansel mengangguk dengan senyuman nakal. “Tapi, kita bukan di Enchanted dan lebih mewah gaun kau, bermaksud lebih tinggi maruah kau.”

“Not for me.” Balas Ivy tidak termakan dengan kata-kata manis Gretel untuk menyedapkan perasaannya.

“Oh come on. Tiada siapa tahu tentang hukuman merapu korang tu.” Gretel menepuk belakang Ivy. “Jangan risau lah. Hans, pada pendapat kau—bukan dari pandangan Vicious, apa pendapat kau tentang penampilan Ivy sekarang?”

Hansel memeluk tubuh dan memandang Ivy dari atas ke bawah, meneliti perempuan yang merah itu dengan lama sebelum mengangkat bahu. “It’s shocking. Bukan selalu tengok Villain pakai gaun—dan Yes. Shocking kearah kebaikan. Siapa sangka nenek sihir pun kelihatan cantik dalam gaun kembang.”

“See?” Gretel pandang ivy semula. “Yakin dengan diri kau sendiri. Jangan nak jadi penakut lah.”

Leher Ivy hampir patah bila dia putar kepalanya memandang Gretel dengan renungan maut. “Aku bukan penakut—”

“Dan aku Marry poppyn.” Sampuk Hansel dengan senyuman nakal dan Ivy memijak kaki Hansel melepaskan geram sebelum masuk kedalam bilik persalinan mereka semula, meninggalkan Hansel yang terjungkit-jungkit sakit seperti monyet.

“Aku ambil gaun ni.” Katanya sambil mengetap gigi rasa tercabar dengan dua beradik ini. Ingat Ivy tak berani pakai gaun kembang ni? Just wait and see! Dia akan bersinar didalam gaun tersebut dan semua orang akan terpersona padanya.

Walaupun Ivy taknak benda itu berlaku.

Setelah seharian mencari gaun yang sesuai untuk Ivy termasuk perhiasan yang sepadan dengan citarasa nenek sihir itu dan juga sepadan dengan gaun, mereka akhirnya dapat pulang ke rumah dalam keadaan penat lelah, kaki kejang kerana mengelilingi satu Bandar tanpa henti untuk mencari gaun mereka. Confirm esok pagi semua jadi ‘suster ngesot’. Bagi Ivy jelah.

Ivy yang kepenatan berjalan di belakang dua beradik, rasa macam nak pitam, dia berharap mana-mana kedai jual magic carpet atau magic pumpkin Cinderella turun dari langit untuk bawa mereka pulang. Ivy tak faham melihat dua beradik Gingerman itu, Mereka tak kelihatan penat langsung! Mereka siap bawakan barang-barang Ivy lagi kerana kasiankan  ahli sihir yang kena seksa oleh shopaholic Gretel.

Hansel pula kelihatan biasa sahaja mengangkat semua barang-barang itu. mungkin kerana dia selalu jadi mangsa Dottie dan Caramel mengangkat barang shopping mereka semasa di Vicious?

Mungkin.

Ivy taknak tahu.

Semasa Ivy nak merungut untuk ke-entah-berapa-kali lagi kerana kakinya sakit dan dia nak balik cepat; segala niat dan langkah Ivy terhenti bila dia rasa satu kehadiran gelap berdekatan dengannya.

Dia terus berdiri tegak dan memandang sekeliling, melihat orang lalu lalang dan mencari dari mana aura hitam itu berada.

Dia mula rasa tak sedap hati tentang kehadiran misteri itu. Kenapa benda buruk seperti itu terdedah begitu sahaja di depankhalayak ramai? Dan benda buruk itu bergerak. Ia berada berdekatan dengan Ivy dan bergerak pergi secara perlahan.

Diaval yang berada di bahu Ivy perasan anak jagaannya dalam mode berjaga-jaga dan menyahut kecil.

“It’s a curse.” Bisik Ivy hanya Diaval sahaja yang dengar. “Aku tak tahu dari mana ia datang tapi ini sumpahan.” Mata Ivy terbeliak bulat bila wajah seseorang muncul dalam mindanya dan memaling kepala memandang Diaval. “Jack….”

“Nek! Kau dah tak dapat berjalan ke?!”

Ivy memaling kebelakangnya melihat dua beradik itu dah jauh darinya, Gretel melambai kearah Ivy dengan senyuman nakal terpapar di wajahnya.

“Aku rehat kejap je lah!” jawab Ivy membuat Gretel ketawa kecil dan dia berlari anak mendekati mereka semula sebelum kembali berjalan di belakang dua beradik itu.

Ivy kembali diamkan diri memandang belakang Hansel dan Gretel sambil menggigit kuku ibu jarinya.

Mereka The Believers right? Mereka tentu ada special training untuk mengesan benda-benda macam ni.

Tapi kenapa mereka kelihatan seperti biasa? mereka tak dapat kesan kehadiran gelap ni ke? Or… mereka dapat mengesannya tapi berpura-pura tak tahu kerana Ivy ada bersama mereka?

Mustahil. Bau sumpahan itu sangat kuat di udara. Walaupun sumpahan tersebut dah jauh dari mereka, Ivy masih dapat menghidunya dengan jelas. Ivy kenal bau tengik sebuah sumpahan, kerana dia juga pernah menyumpah seseorang dahulu dan bau busuk itu melekat pada mangsa sumpahan.

Persoalan.

Sumpahan apa dan apa/Siapa yang Jack sumpah?

Ivy menyentuh lehernya bila dia rasa bulu romanya meremang dan menoleh ke belakang. Matanya meliar melihat orang lalu lalang, dan manusia didalam bangunan.

Sumpah, Seseorang sedang memerhatikan Ivy dari jauh sekarang ni.... Dia dapat rasakannya.

“Ivy, cepat sikit!”

Ivy memalingkan kepala kearah Hansel yang kelihatan risau, tertulis pada wajah Hansel yang dia rasa ada sesuatu tak kena pada Ivy. Ahli sihir ini pasang facadenya dan berikan tersenyum tawar. “coming!” sahutnya, sempat toleh kebelakang semula sebelum mengejar mereka semula.

Sementara itu, di atas jambatan melintas tidak jauh dari kedudukan Ivy dan dua beradik itu… Jack tersenyum sinis menayangkan gigi taring yang menawan, terhibur melihat Ivy dapat mengesan permainan kecil yang Jack telah buat.

“She’s good…” bisiknya menyandar pada railing jambatan itu dengan sebuah epal hijau dalam tangannya.

Mata Jack jatuh pada seorang perempuan yang berada di bertentangan jalan dengan Ivy, kelihatan pucat dan hilang arah tuju. Dia menyentuh dadanya seperti dia dalam kesakitan di situ tapi menahannya dengan baik kerana tiada siapa perasan kesengsaraan yang dia alami.

“3…”

Perempuan itu mula sesak nafas tidak dapat menampung kesakitan dalam dadanya membuat senyuman Jack makin lebar.

“2…”

Orang yang lalu di sebelahnya mula perasan perempuan itu sedang mengalami kesukaran untuk bernafas segera menghulurkan pertolongan kepada perempuan itu.

“Cik? Cik tidak apa-apa?”

Jack arahkan jari telunjuknya kearah perempuan itu seperti tangannya sebuah pistol tangan dan menutup sebelah mata. “Bang.

Belum sempat perempuan itu bersuara, dia telah tumbang keatas laluan bersalji itu tidak lagi bernyawa membuat orang sekelilingnya menjerit cemas.

“The Symbol has complete.” Katanya dengan nada terhibur tapi ia juga kedengaran sangat pahit.

“You should stop this.”

Jack menarik sengih bila dia dengar suara yang dikenali berdiri di belakangnya. Dia tak toleh kebelakang kerana dia tahu suara itu pemilik budak 8 tahun bermantel merah.

“Kita dah buat perjanjian Red. What I do is none of your bussines.”

“You think she will like it seeing you like this?”

Senyuman Jack hilang, meninggalkan hanya kerutan didahi dan decitan pada lidahnya. Dia tahu siapa yang budak itu maksudkan. “Leave her out of this. She’s dead to me—”

How your heart not reacted to that—”

Bukannya kau ada benda lebih penting nak buat lagi ke, Red?” Soal Jack menjeling kebelakangnya, melihat remaja bermantel merah juga sedang menjeling kearahnya. “Pergi jaga Ahli sihir kesayangan kau tu.” marahnya, menggenggam erat epal dalam tangannya sehingga ia hancur berkecai.

“That was your responsibility.”

>X<


(A/N: Welp…. So many kepercayaan di khianati.... hehehe, Let just say Angah nak bongkarkan setiap misteri plot ni sekarang sekali selitkan angst-romance watak utama kita. Huhuhuhu *Elak kerusi terbang kearah angah* see you in next chapter!!)

Comments

  1. huhuhuhuhu angahhh...ni yang buat xsabar..... cepatlaaaa angah...nak lagi nak lagiiiiii ....huuhuhuhuhuu nakkk jugakkkkkkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe... chapter seterusnya agak complicated nak ceritakan sebab terlalu panjang, mungkin akan bersambung ke beberapa bab lagi, means agak lama untuk post... huhuhuhuhu but no worries! angah lancar menaip sekarang, harap je lah takda distraction or tenet slow time angah menaip ni! lets pray chapter seterusnya cepat siap okay?? (^_______^) *Hug&kisses*

      Delete
  2. Angah. Cepat lah upload lagi even I know sometimes writer akan sampai tahap writer's block. Hahah. However, nak jugak cerita ni diupload hari2 if boleh. Haha. Extremely excited want to know what will happens next. Good luck angah! Hwaiting! *thousand of flowers for you utk naikkan semangat angah* *winking*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha, angah rasa writer's block tu dah nak smpai dah and ada baiknya angah update atleast once a week supaya korang tertanya and fikir kemungkinan dan related antara semua watak2 citer ni..

      Huhuhu, sorry not sorry for torturing ur head love! And AWWWWW, thanks for the flowersssss!!!

      Delete

Post a Comment

Popular Posts