Fourteenth L.O.V.E

New secret Meeting

Penat. Sumpah penat nak mampus. Aku tak tahu jadi Apprientice The Great Wizard Merlin boleh jadi sepenat ni?!!!!

Ivy mengheret kakinya kearah perpustakaan sebaik sahaja dia habiskan kelas magic bersama The Great Wizard Merlin. Dalam masa dua minggu ini menjadi apprientice Pengetua Merlin, Ivy tak pernah rasa penat dalam belajar magic.

Dengan ibu aku pun tak sepenat ni desis hatinya merungut dan mengurut bahu kanannya yang sakit dari mengangkat kayu sakti berjam-jam—tanpa henti.

“Good afternoon Puan Camelia.” Sapa ivy sebaik sahaja dia tiba di kaunter perpustakaan. “Ada kerja untuk saya pada hari ini?”

Puan Camelia alihkan pandangannya dari bahan bacaannya dan tersenyum. “Long time no see Cik Ivy. saya ingatkan kess kamu dah selesai, seminggu kamu tak datang sini.”

“Saya ada kess baru.” rungut Ivy dengan senyuman.

“dan itu adalah..”

“Menjadi Apprientice Pengetua Merlin. Good Grief dia mercyless. Seminggu ni dia suruh saya imbangkan sumber magic saya. You know, supaya saya dapat kawalnya dengan lebih baik.”

“Dan kamu rasa itu susah?”

Ivy mengangguk. “Lebih susah dari Black Magic. sedangkan kaedahnya sama.”

“Jadi kenapa kamu rasa belajar Magic ni pula susah?”

“Sebab ia lebih cepat dan sadistic. Saya belajar magic dari umur 3 tahun dan ke tahap seterusnya dengan perlahan tapi dengan pengetua Merlin… its like magic umur 3 tahun naik ke 12 tahun dalam masa seminggu. It’s pure toture.”

Puan Camelia tertawa kecil dan membuka spect mata tajamnya. “Well, kenapa kamu tak skip tugas je?”

“No can do.” Ivy menuding jari kearah lampu yang tergantung di atas kaunter.

Puan Camelia mendongak kearah lampu kaunter dan melihat 5 pixie melambai kearahnya. Puan Camelia hanya menggeleng dengan senyuman. “Tough luck?”

“Really tough.”

“Mungkin tak sangat.” Jawab Puan Camelia membuat Ivy menjungkit kening. “Saya takda banyak kerja untuk kamu kerana semua kerja kamu dah ada orang buat.”

“Ada orang kena denda selain saya?”

Puan Camelia menggeleng. “Dia datang untuk tenangkan fikiran lagi. semalam dia ada datang dan menolong saya mengalihkan longgokan buku tepi kaunter saya dan sekali meletakkan semua semula ke section masing-masing. But I have a new batch kalau kamu nak buat.”

Ivy bercekak pinggang. “Siapa pula yang baik sangat buat kerja ‘young villain’ ni?”

.


.

Louis menaik nafas dalam sebelum menghembusnya. Sudah 10 minit Louis membaca ayat yang sama pada muka surat yang sama. Fikirannya asyik beralih ke tempat lain. Semenjak upacara penyucian diri Ivy dua minggu lalu, Louis tidak lagi berjumpa dengan Ivy di perpustakaan itu. Dia tahu kenapa; Ivy telah menjadi Apprientice Wizard Merlin. Cuma ada sesuatu yang tidak kena, mengganggu pemikiran Louis.

Dan gangguan itu dari Ivy.

Pertama; Setiap kali mereka terserempak di laluan academy, Ivy akan tundukkan pandangannya dari Louis dan sapa ‘tuanku’ dengan nada berbisik, selalunya Ivy akan jeling Louis dengan renungan membunuhnya sebelum memberikan senyuman nakal; angkuh tidak ingin tunduk kepada Louis langsung walaupun di hadapan Julliana. Dan senyuman tu membuat Louis gembira kerana itu adalah Ivy.

Kedua; Semua orang mula memuji Ivy. semua pelajar dari pelbagai umur mengidolakan Ivy dan kawan-kawannya. Bukan Louis tak suka. Ia perkara yang bagus kerana mereka tidak lagi memandang jijik kearahnya. Yang Louis tak suka ialah rakan-rakannya asyik memuji Ivy dan fantasikan pelbagai benda tak senonoh tentang kawan rahsianya itu.

“Bayangkan body Ivy dalam bikini! Peerrggghhh… an evil witch like that must have a stunning body!”

Nak je Louis tumbuk muka Philipe tu dan korek bola matanya keluar dari soket kepalanya. Dia kena tahan diri dari tak bunuh kawan-kawannya dan buat rahsia mereka terkantoi. so much temptation to kill them all.

Kalau inilah maksud mereka ‘idolakan’ Ivy. Bagus Ivy jadi jahat terus. Urrggghhh…. Tapi itu bukan tempat Louis untuk arah-arah Ivy jadi apa yang dia nak. Ivy dah susah payah tukar persepsi orang lain tentangnya, takkan Louis nak sia-siakan kerja keras kawan rahsianya?

Ketiga; Ivy seperti hantu setiap kali dia muncul di depan Louis. Sebelum upacara purification, Ivy pasti ada aura yang buat Louis tersenyum hanya melihat kearahnya. Lantaklah dia gembira atau berang. Tak kira dengan dia atau orang lain. Ia pasti buat Louis tersenyum sendiri melihat gelagat Ivy tapi sekarang, Ivy seperti hantu bagi Louis. Ada sesuatu yang tak kena. Bila Ivy bercakap dengan kawan-kawannya membuat hati Louis sayu. Semua perkara dia buat dengan orang lain buat Louis rasa marah atau bersedih. Apatah lagi senyuman Ivy, nak je Louis menyampuk dan—mungkin—lempang budak tu untuk hentikannya.

Louis menghembus nafas lelah. Hatinya tidak bersemangat untuk beberapa hari ini, sebab tu dia sentiasa berada di perpustakaan, untuk menenangkan mindanya setiap kali dia rasa sayu dan lemah. Seperti jantungnya berdegup dengan tersangat perlahan dan akan berhenti pada bila-bila masa sahaja.

“Eherm…”

Louis tersentak dari lamunannya dan mendongak melihat Ivy berdiri memeluk tubuh di hadapannya. “Ivy…”

“Selamat tengahari Tuanku.” Ivy tunduk hormat membuat Louis murung. “Tuanku dah selesai baca semua buku ni?” Soalnya menuding kearah longgokan buku di sebelah Louis.

Louis mengangguk sekali dan Ivy terus mengambil buku-buku itu untuk diletakkan di dalam troli sebelum bergerak pergi tanpa mengatakan apa-apa.

Louis memandang meja di sekelilingnya dan perasan semua buku di atas meja telah dibersihkan dan Louis tak perasan pun kehadiran Ivy.

Oh Crap…

“Ivy—tunggu!” Louis segera keluar dari meja tersebut dan mengejar Ivy.

“Shhh…. Ini perpustakaan Tuanku.  Tolong rendahkan suara Tuanku.” Ivy menyambung kerjanya tanpa memandang Louis.

“Fuck them—”

Tuanku.” Ivy menjeling kearah Louis, kali ini jelingan Ivy tidak tersirat maksud apa-apa. Hanya marah.

Ini buat Louis berang. Apa yang dia marahkan sangat dengan Louis? Sebab dia mencarut? Hell, perempuan ni paling banyak dengar dia mencarut, dia dah biasa dengan ayat macam tu keluar dari mulut Louis, kenapa tiba-tiba dia marah pulak?

Renungan Ivy menjadi lembut dan mengeluh. “Tuanku kena jaga bahasa tuanku. Apatah lagi di hadapan orang lain.” Ivy menuding kearah lima Pixie yang duduk atas Rak buku di belakang mereka.

Louis melihat lima pixie itu dan melepaskan hembusan lelah. Adakah sebab itu Ivy strict sangat?

“Maafkan saya Cik Ivy.” katanya dan memandang pixie tersebut. “Saya minta maaf.”

Sementara itu dalam bahasa Pixie,

“Ada tension antara mereka berdua.” Kata Vidia tidak suka suasana tegang di sekeliling mereka.

“I know…” sahut Silvermist lebih kepada curious. “Baru tadi dia panggil Ivy tanpa Cik dan selepas tu dia panggil secara formal.”

Tinkerbell diamkan diri, memikir. “aku perasan tu. Apa kata kita perhatikan mereka lebih lama dan lihat apa akan jadi.”

Mereka yang lain mengangguk tanda setuju dan perhatikan mereka berdua secara senyap.

Kembali kepada Ivy dan Louis. Seperti yang vidia katakan, terdapat suasana tegang diantara mereka berdua. Walaupun mereka tidak cakap apa-apa, Ivy sibuk meletakkan buku-buku tersebut ke tempat yang asal manakala Louis mengekorinya kemana sahaja Ivy pergi dari jauh. Sepertinya Louis buat kerja sendiri tapi sebenarnya dia juga memerhatikan Ivy dengan senyap.

Lima pixie yang perhatikan mereka pula…

“I don’t know girls, bagi aku situasi ni macam lover’s quarrel.” sahut Rosetta asyik melihat Louis curi pandang kearah Ivy.

“What? Itu mustahil.” Irridessa membantah. “Putera George dah bertunang. Plus itu villain di bawah tu.”

“Bekas Villain.” Vidia membetulkan ayat pixie cahaya itu dengan senyuman sinis. “Tak mustahil.”

Tinkerbell menggeleng. “that’s impossible. Putera George takkan buat seperti itu; he’s noble, discipline, tahu tempatnya sebagai putera raja.”

“Yeah? How about that forbidden rumor?” soal Vidia membuat mata rakan-rakannya membesar.

“No. Way.” Bisik Rosetta. “Kau nak kata yang Putera George dan Ivy—”

“Hey korang!!” Fawn; si pixie haiwan datang menyapa mereka berlima, baru sahaja tiba dari menyelesaikan tugas menjaga haiwannya. “What do I miss?”

“Shhhhhhh!” kata kelima-lima pixie itu membuat Fawn menutup mulutnya.

“What do I miss?” soalnya sekali lagi kali ini dengan nada berbisik. Vidia menarik pixie haiwan itu duduk di sebelahnya.

“Kami pantau Ivy dan Putera George. Ada tension antara mereka dan Putera George asyik ekori kemana sahaja Ivy pergi dalam perpustakaan ni. Jadi..”

“Jadi kamu fikir Putera George dan Ivy ada hubungan sulit.” Irridessa menyambung ayat Tinkerbell dalam satu nafas.

Mata Fawn terbeliak bulat. “No way! Mana dorang sekarang?”

Mereka berenam memandang ke tempat terakhir Ivy dan Louis berdiri dan menjerit. “WE LOST THEM!”

“Irridessa, Fawn. Korang cari di tingkat bawah.” Vidia orang pertama berhenti menjerit dan memberi arahan. “Silvermist, Rosetta cari di tingkat atas. Aku dan tink cari di sini. Move girls move!”

Mereka berenam berpecah ke tiga kumpulan dan mulakan pencarian mereka. Mereka tak sangka yang mereka hilang focus dan biarkan ‘banduan’ mereka lenyap dari depan mata mereka.

Sementara itu… bahagian Louis dan Ivy pula, semasa lima pixie itu sibuk berdering sesama sendiri, Louis mengambil kesempatan ini untuk ‘menculik’ Ivy—memberi amaran kepada ahli sihir muda itu untuk diamkan diri dan bawa dia lari ke tingkat atas, sepantas dan sesenyap yang mungkin.

Bila mereka tiba di tingkat atas, jauh di bahagian belakang perpustakaan, Ivy menarik lengannya membuat Louis terhenti dan berputar memandang perempuan itu.

“Lepaskan aku Lu!” marah Ivy cuba lepaskan lengannya dari genggaman Louis tapi tidak Berjaya. “Kau nak bawah aku ke mana—” ayat Ivy tersangkut di lehernya bila Louis tetiba menolak Ivy membelakangkan dinding di antara rak buku perpustakaan dan dekatkan dirinya dengan Ivy. menutup mulut perempuan itu dengan tangannya.

Ini buat muka Ivy naik merah. Apa Louis tengah buat ni?

“Keep Quiet will you?” Ivy boleh rasa deruan nafas Louis pada mukanya.

F*cking Hell!  

Ivy ingin menolak Louis ketepi tapi otot lengan kanannya menyengit membuat dia merintih kesakitan.

Mereka dengar deringan loceng datang mendekati mereka dan lalu di belakang Louis dengan laju tidak perasan kewujudan mereka dua di antara rak buku itu.

Louis yang mendengar rintihan Ivy terus membelakangkan diri, menyentuh tangan Ivy yang memegang lengannya yang sakit dengan lembut. “Kau okay?”

Ivy menjeling kearah Louis dan menolak lelaki itu membuat dia mengambil langkah kebelakang. “What gives?! Aku ada kerja dan kau tiba-tiba tarik aku ke sini—Apa kau nak—” sekali lagi Louis menutup mulut Ivy.

“Sekali lagi kau menjerit, nahas kau.” Louis memberikan nada menggerunkan membuat Ivy berhenti bergelut, hanya menjeling kearah Louis.

Putera Raja ini memandang sekelilingnya sebelum mencapai lengan kiri Ivy. “Ikut aku.” Katanya juga dengan nada yang sama membuat Ivy akur, mengekori Louis ke hujung bilik di mana ada sebuah pintu yang Ivy tak tahu wujud di tingkat tiga perpustakaan itu.

Louis membawa Ivy ke sebalik pintu tersebut dan memanjat tangga untuk temui satu lagi pintu. Cuma, Louis berhenti di depan pintu tertutup itu, sedikit hilang nafas dari larian mereka.

Ivy juga seperti Louis, penat, menjeling kearah putera raja itu. “Tempat apa ni?”

“Tempat rahsia aku.” Jawab Louis dan mengeluarkan sebuah kunci dari poket seluarnya.

Louis membuka pintu tersebut membenarkan Ivy melihat apa di sebalik pintu itu. Sebuah lookout. Di atas bumbung perpustakaan itu ada laluan dan ia menunjukkan pemandangan senja yang tersangat indah.

Ivy dapat rasa angin bayu membelai rambut Ivy, umpama tangan halimunan menarik ivy keluar ke bumbung tersebut dan melihat pemandangan Kerajaan Camelot dari situ.

“Oh wow…” bisiknya seperti nafasnya telah di curi angin.

Louis berdiri di sebelah Ivy dengan kedua tangan di masukkan kedalam poket seluarnya, tersenyum melihat Ivy sebelum melihat pemandangan Camelot. “Aku selalu mencari kau dari sini.”

“Apa?” Ivy berpaling melihat Louis. Ivy menyentuh rambutnya yang ditiup oleh angin supaya tidak menghalang penglihatannya.

Louis menuding jari kearah hujung horizon dunia di mana pemandangan di sebalik Tembok Berduri boleh di lihat sedikit dari bumbung tersebut. “Setiap hari. aku ke sini berharap aku dapat lihat kau dari sini.” Katanya melihat Ivy memandang kearah tanah kelahirannya. “Aku tahu ia mustahil tapi aku tetap berharap.”

“Sampai ke hari ini?” Soalnya tanpa memandang Louis, matanya tertumpu pada tanah seberang.

Louis mengangguk. “tak pernah berhenti.”

Ivy pula menuding jari kearah tanah tersebut. “Gunung tu.” katanya menunjuk gunung tertinggi di sebalik tembok. “Aku sentiasa berada di gunung tu untuk melihat sedikit pemandangan Tanah Enchanted dan…. Dalam diam memikirkan kau.” Bisiknya pada ayat terakhir. Berharap Louis tak mendengarnya

Tapi Louis dengar ayat itu dengan jelas sekali. “Ia agak jauh.” Sahutnya melihat gunung yang Ivy tunjuk.

“Terlalu jauh.” Ivy bersetuju.

Mereka berdiam diri menikmati pemandangan di atas bumbung itu dan tenggelam dengan dunia mereka sendiri tapi memikirkan satu sama lain. Kenangan mereka berdua.

Sehinggalah Ivy bersuara dahulu. “Apa kita buat di sini sebenarnya Louis?”

“Running away from our hectic lives.” Jawab Louis dan dengan perlahan memandang Ivy semula yang termenung jauh. “Kau pula? Apa kau buat sebenarnya? You are a mess.”

Ivy berpaling memandang Louis. “Apa yang kau maksudkan ni?”

“Jangan tipu aku Ai.” Rasa marah Louis kembali. “Kau boleh tipu seluruh sekolah ni tapi bukan aku. Ivy yang aku kenal angkuh, sentiasa mendongak tinggi tidak pernah tundukkan pandangannya. Ivy yang aku kenal selama ni tahu apa yang dia nak buat dan sentiasa ada tujuan untuk pergi. Apa dah jadi dengan Ivy yang ni?”

Ivy menarik nafas dalam sebelum menghembusnya. “Aku pun tak tahu. Semuanya berjalan dengan baik tapi aku tak tahu kenapa aku rasa…. Well….”

“Keliru? Ragu-ragu? Buntu? Yeah. Aku faham perasaan tu.” Louis menyandar pada railing simen bumbung itu sambil memandang jauh ke horizon dunia. “Itu sepatutnya aku. Bukan kau.”

Ivy menjungkit kening hairan dengan Louis. “Apa yang kau nak ragu-ragukan? Hidup kau dah sempurna. Kau tahu di mana kau patut berada. Kau mempunyai kehidupan yang terjamin. Kau tak perlu risau sebab kehidupan kau dah terancang sebelum kau lahir lagi. tak macam aku, entah apa akan jadi pada aku nanti di masa depan. Aku tak dapat lihat aku akan berada di mana. Kalau kau fikir aku ada tujuan hidup…” Ivy menggeleng. “Tak. kau salah, aku langsung tak tahu aku akan kemana atau aku di mana sekarang ni.”

“Sebab tu kau berkelakuan dingin dengan aku?” soal Louis merenung tajam kearah Ivy.

Ivy memberikan jelingan mautnya kepada Louis. “Jangan cakap macam kau kenal aku Lu.”

“Dan kau juga jangan cakap macam kau tahu macam mana aku jalani kehidupaan aku. Ia tak sempurna seperti mana kamu semua fikirkan.”

Ivy menarik sengih. “Greedy are we? Kau nak lebih dari apa yang kau ada sekarang ke?”

“Aku sanggup kehilangan semuanya kalau dia benarkan aku.” Jawab Louis sekarang berdiri berhadapan dengan Ivy.

Ivy juga berputar berhadapan dengan Louis dan memeluk tubuh. “Siapa ‘dia’ tu? Queen control Fiancee?”

Louis mula naik berang dan meramas rambutnya. “Can you stop talking about Julliana?!”

“Jadi kau nak aku cakap pasal siapa? Minah tu je yang aku tengok kawal kau dalam academy ni. Kau the Almighty Prince George yang mempunyai kuasa terbesar di Academy ini—heck lebih besar dari Merlin tapi tunduk pada Puteri Julliana!” Marah Ivy suara naik okta 3. “Siapa lagi yang halang kau kalau bukan dia?—”

“It’s you!” Louis menjerit membuat Ivy terdiam. Tergamam. “Dahulu di Tasik Hutan Mahligai tu. Aku pernah kata aku nak melarikan diri dari tanggungjawab aku tapi kau larang, kau taknak aku buat macam tu. Aku bagitahu kau yang aku taknak ke private school tapi kau marah aku dan suruh aku masuk kalau tak, kau taknak jumpa aku lagi. Heck I even listen to you dan maafkan mereka yang sakiti hati aku! Kau yang suruh aku untuk bertahan, kau yang suruh aku untuk tidak tinggalkan tempat aku. Kau! It’s You who won’t let me to let go.” Louis termengah-mengah dari menjerit dengan kuat hampir buat jantungnya meletup. “Kau orangnya…” katanya kali ini dengan nada rendah.

Ivy melihat kesengsaraan di dalam mata Louis, sepertinya dia telah lama menahan perasaan itu di dalam dirinya. Segala keperitan dan kesakitan tertulis jelas pada wajah Louis dan ini membuat dada Ivy sakit.

Dia sepatutnya gembira melihat kesengsaraan orang tapi melihat kawan rahsianya terseksa membuat hati Ivy terbelah dua.

“Louis…. Aku minta maaf..” Dia terus memeluk lelaki itu dengan erat, sangat erat seperti dia ingin mengambil kesakitan itu keluar dari badan Louis. “Aku minta maaf sebab cakap macam tu kat kau. Kata dunia kau sempurna, tiada benda kau patut risaukan. aku lupa yang kau juga mempunyai masalah, aku minta maaf…. Maaf…”

Louis membelas pelukan ahli sihir muda itu, menanam wajahnya dalam rambut Ivy mengangguk dalam diam. Memaafkan Ivy. tidak percayakan suaranya sekarang ni.

Ini kali pertama dalam persahabatan mereka Ivy melihat Louis bersedih. Ini membuka mata Ivy yang selama ini, senyuman manis Louis sebenarnya menyembunyikan kesedihan. Keriangannya menyembunyikan keperitannya. Mengingati memori bersama Louis di tasik tersebut, melihat dia sentiasa tersenyum bersama Ivy. mereka tersenyum untuk melupakan Masalah mereka. Louis yang sentiasa gembira rupanya mempunyai lebih banyak masalah dari Ivy. dia bersedih dari mula mereka berjumpa dan sehingga sekarang dia masih bersedih tapi disembunyikan renungan tajam dan kata-kata dingin.

Pelukan Ivy makin erat. Apa dah jadi dengan Louis selama 5 tahun ni? Dia nak tahu, dia nak tanya; kemana Louis yang berada di Hutan Mahligai dulu dan kenapa dengan Louis sekarang tapi jika dia buat macam tu Louis juga akan tanya tentang kehidupannya. Ivy taknak beritahu Louis tentang misinya, itu akan melukakan Louis lagi.

“Kau tak tahu betapa terseksanya aku di sini…” bisiknya membuat mata Ivy membesar. “Mereka fikir—kau fikir kehidupan aku sempurna tapi sebenarnya tidak. Langsung tidak, Terlalu banyak sandiwara dalam keluarga aku dan aku bencikannya.” Ini buat Ivy merenggangkan pelukan mereka dan menyentuh kedua pipi Louis. Melihat matanya yang merah. “Ayah aku, Mama aku dengan Sir Lanchelot…. Charlotte… semua satu sandiwara Ivy. Hanya kau yang betul, hanya kau sahaja yang aku tahu betul. Jadi tolong Ai, Jangan tinggalkan aku lagi…” Louis bersuara serak-serak basah. “Please… aku sanggup bertahan dengan semua ni asalkan kau berada di sisiku. I’ll do anything you want… just please…. Don’t disappear. I need you. I’m nothing without you.”

Ivy rasa dirinya hampir cair melihat wajah Louis sekarang ni. Dia kelihatan sangat fragile, seperti dia akan pecah kalau Ivy melepaskan lelaki dalam dakapannya itu. Siapa boleh menolak rayuannya? Siapa Ivy untuk menolak permintaannya?

Dia tak boleh…. Ivy tak boleh menolak Louis… tapi Ivy juga tak boleh memegang Louis selamanya kerana suatu hari nanti, Ivy akan lepaskan Louis dan akan jatuhkan lelaki itu. Melukakan lelaki dalam dakapannya. Namun…

Ivy mengangguk dan kembali memeluk Louis. “I won’t… aku takkan pergi.” Bisiknya dan menyembunyikan wajahnya pada dada Louis. Menahan tangisannya yang mula mengugut untuk keluar.

Mereka memerlukan sesama sendiri. Ivy juga memerlukan Louis di sisinya, dia mengaku dia perlukan lelaki ini tapi keadaan mereka tidak membenarkan mereka. Ivy tahu tu. Louis tahu tu. mereka berdua tahu.

Tapi pada waktu sekarang… biarlah ia seperti masa silam mereka. Bersama sehingga sampai waktunya untuk berpisah.

Mereka dalam dakapan satu sama lain agak lama. meluahkan perasaan dalam senyap, menenangkan diri dan melepaskan rasa rindu yang tak dapat di ucap.

Setelah itu mereka masih memandang pemandangan matahari terbenam dalam dakapan masing-masing. Belakang Ivy menyandar pada dada Louis dan putera raja itu rehatkan dagunya di atas kepala Ivy sambil memeluk pinggangnya dengan erat. Enggan melepaskan perempuan itu.

Mereka menikmati kehadiran teman mereka dalam senyap, merasakan sentuhan dan kehangatan masing-masing.

Louis menarik nafas dalam menghidu bau bunga lavender dan ketenangan malam dari Ivy. bau Ivy yang dia rindui.

Sama seperti Ivy, menghidu bau Louis yang unik; Tidak boleh dia jumpa di tanah Vicious. Bau seperti green forest dan mentari pagi.

“You have a fiancée you know.” Ivy bersuara lebih kepada beritahu kepada diri sendiri. Jangan terbawa-bawa.

Louis tertawa kecil, faham maksud disebalik ayat Ivy. Typical Ivy ada maksud tersirat. “Now this Ivy yang aku kenal.”

Ivy juga tertawa. “And I have….. a boyfriend.” Ivy menggigit bawah bibirnya menunggu riaksi Louis. Dia dapat rasakan Louis tegang di belakangnya sebelum dia menghembus nafas panjang.

“For real?” soal lelaki itu dan Ivy mengangguk. “Dari tanah Vicious?” sekali lagi Ivy mengangguk.

Selepas itu Louis diamkan diri untuk seketika, membuat Ivy mula risau. Adakah Louis akan marah? Berang? Meletup?

Ivy rasa Louis kembali relaks dan tanpa dia jangka mengucup kepalanya. Memeluk pinggang Ivy dengan lebih erat membuat muka Ivy naik merah. “Ini dunia kita berdua. Hanya kita berdua. Di sini.”

“Hanya di sini?” soal Ivy ingin kepastian dan mendapat anggukan dari Louis. “Baiklah, hanya di sini.”

Mereka menghabiskan masa mereka sehingga lewat malam. Memanjat bumbung perpustakaan, baring di atas bumbung itu sambil Berbual kosong, tertawa dengan cerita sendiri yang tiada kena mengena dengan reality dan melihat ribuan bintang berkelipan di dada langit malam. Bermain permainan mencari buruj bintang, menceritakan kisah buruj tersebut dan mengaitkannya dengan mereka berdua. Hanya mereka berdua.

Sehinggalah mereka terpaksa kembali ke dunia mereka masing-masing. Mengucapkan selamat malam di lobi asrama, bersama senyuman sedih tertampal pada wajah mereka dan naik ke biliknya semula.

>X<

Keesokan paginya, Ivy baru sahaja keluar dari kelas potionnya dan dalam perjalanan ke Locker di Wing B bersama Apple Red, bercerita tentang accident dikelas potion sehingga buat letupan api hampir membakar satu kelas dan kena marah oleh Prof. Sugar Plum.

Dalam perjalanan ke locker mereka, Ivy terserempak dengan salah satu kumpulan Royal Descrendants, dan dalam kumpulan itu ada Putera Raja Camelor sedang berbual dengan dua rakannya.

Kedua-dua rakan rahsia ini merasai kehadiran masing-masing dan mata mereka terus bertemu. Renungan mereka berdua membuat rakan-rakan mereka terdiam dan memandang dua kononnya ‘musuh’ ini saling merenung sesama sendiri dengan Ivy berjalan makin dekat kearah mereka.

Ivy mengecilkan matanya kearah Louis sebelum mengalihkan padangannya kearah lain dengan dagu di angkat tinggi keudara. “A group of spoiled brat.” Bisik Ivy sebelum menjeling kearah Louis semula dengan senyuman sinis tertampal pada wajahnya sebelum berjalan pergi meninggalkan kumpulan keturunan di raja itu terkejut melihat Ivy berlalu pergi dengan angkuh.

Tanpa rakan-rakan Louis perasan yang Louis sebenarnya tersenyum melihat Ivy. itu Ivy yang Louis kenal. Angkuh, yakin pada diri sendiri dan tidak tunduk kepada sesiapa. Perkara membuat Hati Louis berbunga ialah mata hijau ahli sihir muda itu yang bersinar, sinaran pada mata Ivy yang mendorong Louis untuk teruskan sandiwara hidupnya.

Begitu juga dengan Ivy. hatinya berbunga melihat Louis tersenyum kecil, secara senyap hanya untuknya di sekeliling kawannya yang tidak tahu apa-apa tentang mereka. Senyuman yang menyinari mata biru Louis yang jarang dilihat oleh orang lain dan senyuman yang penuh dengan keajaiban itu hanya untuknya seorang. Hanya dia sahaja yang dapat lihat.

Mereka melengkapi satu sama lain, mengisi kekosongan dalam diri dengan rahsia kecil mereka. mendorong satu sama lain dengan pandangan, senyuman dan kata-kata yang tersirat. Membuat hati kosong itu berbunga dan penuh dengan perasaan yang kedua-dua insan ini tidak dapat mengungkapkannya di hadapan pasangan masing-masing.

Namun, mereka tidak akan ke mana-mana melainkan berada di dunia mereka berdua sahaja. Dunia yang tidak pernah wujud dan tidak akan pernah wujud dalam kehidupan realiti.

>X<

(A/N: Maaf kalau terlalu sappy… huhuhuhu, just want to make a good momento antara dorang dua)

Comments

  1. great....best sgt.

    ReplyDelete
  2. \(^3^)/ woot! woot! Epi'pewpewpewpew Hahaha

    Thanks unnamed commenter!!! *Kiss!* (Berharap dapat tahu nama. nickname pun jadilah T_T)

    ReplyDelete
  3. Kembar malifiecientJanuary 15, 2016 1:21 pm

    Balik skola trus check ad sambungan ke tak..eeii terharula baca..cerita dia

    ReplyDelete
  4. Awwww 'kembar maleficent'..... Angah pulak terharu baca comment awak.. ~(T-T)~ *Big Hug!*

    ReplyDelete
  5. huhuhu best sgttttttt ^_^ ....meltingggggggggg :)
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
  6. Thank you cik cekelat!! *kiss Kiss*

    ReplyDelete
  7. Angah! Asal Ivy tu dh jadi pelik watak dia?

    ReplyDelete
  8. Hey Fizryn! Pelik tang mana tu? huhuhuhu Lepas ceremony purification Ivy cuba nak jadi baik untuk sembunyikan yang dia sebenarnya masih jahat but Dia tak pandai nak jadi baik hahahaha... plus time ceremony tu Ivy hilang arah sikit sebab sesuatu dalam diri Ivy sebagai orang Vicious dah diambil. remember bayangan hitam time upacara tu? tu dia pelik and Louis je yang perasan perangai Pelik Ivy so, dia bantu Ivy untuk kembalikan perangai sebenarnya... Just in this chapter jeww... huhuhu... Any more question? Angah boleh jelaskan kalau tak faham. just ask away!! (^___^)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts