thirteenth L.O.V.E
Goddess purifcation
Ceremony penyucian diri….
oh gosh macam mana
Ivy boleh terjebak dengan situasi merapik ni? Dan sekarang dia berdiri atau
lebih tepat menjadi tahanan kepada tiga pari-pari di raja, berdiri di depan
pentas bulat yang terukir circle ruins atasnya. Juga bersama bebeberapa saksi
yang tidak Ivy tidak sangka akan tiba.
Ivy menarik nafas
dalam bila salah satu saksi mereka adalah Putera Raja Camelot. Louis memberikan
senyuman simpatinya kepada Ivy yang menggeletar satu badan kerana ceremony
penyucian diri itu.
Mata Ivy terbeliak
bulat melihat Merlin akhirnya muncul dalam upacara tersebut dengan jubah
berwarna putih sama seperti pari-pari di raja lain.
“Baiklah. mari
kita mulakan sekarang.”
Eeeppp!
Macam mana Ivy
boleh berada dalam keadaan ini sekarang? Apa dah jadi sebenarnya dan apa
sebenarnya ceremony penyucian diri sehingga kerabat di raja Camelot datang dan
fairy menahan Ivy seperti seorang banduan??
4 jam
sebelumnya…
Ivy sedang tidur
lena di atas katilnya, tenang kerana pada hujung minggu itu dia meluangkan masa
dengan kawan-kawan barunya. Dia rasa Gweneth, Hanna dan Apple Red dan Gretel
taklah seteruk yang Ivy bayangkan. Tergedik-gedik tu ada tapi tak terlampau
seperti mana orang lama Vicious pernah ceritakan kepada dia.
Gweneth seorang
perempuan yang cool seperti Dottie, dia sentiasa tenang dan tidak selalu
tunjukkan perasaannya tapi dia sebenarnya jenis perihatin, dia sentiasa
memantau dua kawannya yang lebih girly
dari dia. yang lebih matang dan berfikiran Rasional adalah Gweneth.
Sementara Hanna
pula jenis happy-go-lucky. Dia jenis yang curious tentang semua benda dan nak
cuba semua benda baru yang dibenarkan oleh Gweneth. Dah tentu Gweneth pantau
budak perempuan tu. Ivy dapat tahu yang tiada siapa membenci hanna kerana dia
secara natural periang dan peramah. Semua orang dia tegur tak kira baik atau
jahat dan tak pernah judge orang lain.
Apple Red pula,
dah tentu jenis pemalu dan Ivy dapat tahu Apple sukakan haiwan. Seperti
Permaisuri Snow white. Dia juga jenis yang lebih kepada gadis ayu yang pemalu,
lemah lembut dan baik hati. Seperti seorang nice
princess yang sepatutnya.
Gretel… Hah!
rupanya Gretel taklah seteruk mana yang Ivy fikir. Dia lebih kurang seperti
Hansel juga Cuma dia tak suka kenakan orang lain. Dia suka menyendiri dengan
bukunya. Walaupun dia suka menyendiri, dia tetap akan lepak dengan mereka
walaupun mereka berempat—termasuk Ivy bising nak mampus. Adakalanya dia suka
bermain dengan mereka dan kekadang Gretel terkeluar tanduk kecilnya meminta
tolong dari Ivy untuk kenakan seseorang.
Hmm…. See? Gretel hampir sama dengan Hansel.
Dua beradik ni memang menyeronokkan.
Ivy bangun dari
tidurnya dengan senyuman indah melekat pada bibirnya. Dia bukan sahaja gembira
tentang kawan baru dan juga tentang Louis, dia juga gembira yang ini hari ialah
hari pertamanya untuk menjadi apprientice Pengetua Merlin!!
Ivy melompat turun
dari katilnya sambil berputar-putar dengan riang.
Ini hari dia akan dapatkan semula magicnya!
Dia akan menjadi seperti dahulu malah—
“Lebih kuat!”
Sahut Ivy membuat pose tunjuk otot didepan cermin panjangnya bersama senyuman
nakal terpapar pada wajahnya. Setelah itu dia mengambil tuala dan jubah
mandinya di dalam almari dan masuk ke dalam bilik air dengan nyanyian riang.
Ezra yang tidur di
katilnya terbangun secara mengejut bila dia dengar jeritan girang datang dari
bilik air mereka. Dia menjeling kearah bilik air tersebut dengan mulut
berkumat-kamit menyumpah seranah Ivy kerana kacau tidurnya awal pagi buta.
Usai membersihkan
diri, Ivy mengenakan baju punk rock. Black spiky leather jaket dengan
sleeveless cheeta shirt. Chain necklace yang panjang dan spiky leather braclete
pada kedua-dua pergelangan tangannya. Dia juga memakai tight-jeans hitam yang
koyak rabak. Oh jangan lupa boots hitam kegemaran Ivy. dia takkan pakai boots
lain dari boot hitamnya itu.
Perfect desis hati Ivy tersenyum puas
melihat penampilannya di depan cermin panjang dan dilengkapkan dengan make up
yang sesuai dengan pemakaiannya pada kali ini. Dia ingin memakai lipstick warna
jingga tapi terbatal kerana dia taknak kelihatan punk sangat. plus dia jumpa
pengetua Merlin so dia hanya pakai lipstic merah darah.
Ivy tahu dia kena
pakai pemakaian yang lebih elok dari apa yang dia pakai sekarang tapi dia
endahkannya. Dia taknak ubah pemakaiannya kerana dia selesa dengan apa yang dia
pakai sekarang. Lantaklah apa orang lain cakap. This is Ivy now and will be Ivy
in the future too.
Lagipun, tak lama Enchanted akan jadi milik
Villain. Nak buat apa nak tukar kan? desis hatinya dengan riang dan
mengambil beg sandangnya sebelum keluar dari bilik tersebut.
“Today will be a
beautiful day—for me.” Bisiknya dengan senyuman halus terbentuk di hujung
bibirnya.
Dalam perjalanan
dia turun ke lobi utama asrama itu, empat rakan barunya muncul dari setiap
tingkat menyertai Ivy.
Pada mulanya Apple
Red menyapa Ivy sebaik sahaja Ivy keluar dari biliknya kerana bilik Apple Red
satu tingkat dengannya. Apple red memakai dress pendek berwarna merah gelap dan
jaket biru. Stoking hitamnya bertemakan kucing dan dilengkapkan beg couch
berwarna kuning. Oh jangan lupa headband bunga berwarna merahnya.
“You look cute.”
Puji ivy melihat pemakaian Apple Red.
“Thank you.”
Katanya dengan senyuman manis danp perasan pelajar yang sekeliling mereka
memandang mereka berdua. “Mereka pandang kita lagi.”
Ivy juga perasan
riaksi mereka dan tertawa bersama Apple Red. Mereka dah biasa dengan pandangan
orang lain keatas mereka.
Selepas itu, Hanna
dan Gweneth di tangga tingkat dua kerana hanna dan Gwen sebilik. Pemakaian
Hanna simple sahaja, dress warna merah violet manakala Gweneth memakai hampir
sama dengan Ivy. seluar jean putih yang koyak, t-shirt kelabu yang tertulis
‘Lettuce be Friends’ dan kardigen hijau panjang.
(Hanna)
(Gweneth kecuali rambut Gwen terhurai ikal)
Ivy tersenyum
nakal. “Ripped Jeans?”
Gweneth mengenyit
mata sambil mengunyah gula getahnya. “Inspired from Ivy the Devil. Model fresh
from new Orleans.” Sahutnya membuat mereka berempat tertawa.
“Morning Girls.”
Gretel pula muncul bersama buku dalam tangan dan coffee setelah Ivy dan yang
lain berada di tangga tingkat satu. Gretel pula memakai baju-T warna putih
dengan jaket berwarna perang, bersama jeans leather ketat. Beg coach tergantung
pada lengannya juga menyesuaikan pemakaian Gretel.
“Morning.” Sahut
mereka berempat kepada Gretel dan kelima-lima wanita ini turun ke lobi melalui
tangga utama.
Sebaik sahja
mereka muncul; pelajar yang berada di lobi, sedang melepak, berbual sesama
sendiri, baru keluar dari bilik mereka, kesemua pelajar yang sibuk dengan kerja
mereka terhenti dan memandang lima wanita itu turun dari tangga denga penuh
megah. Lelaki yang melontar bola lisut kearah kawannya terkena kepala tapi
dihiraukan kerana melihat lima kawan itu.
Sepertinya mereka
berlima ada aura tersendiri dan *lagu latar tersendiri yang memukau mereka
semua. Sepertinya masa berhenti untuk seketika, memperlahankan tindakan manusia
untuk memastikan mereka perasan kehadiran Ivy and the Geng.
(A/N: Interruption! Buka youtube and dengar
lagu ‘Little mix – Black magic’ chorus sebagai lagu latar mereka turun tangga.
Sesuai! dan naikkan mood angah time buat babak ni huhuhu)
Turun dari tangga
itu seperti ‘One direction’ dan berjalan merentasi lobi tersebut ke pintu
keluar dengan Ivy berada di tengah, Apple Red dan Gweneth di sisi Ivy, Gretel
sebelah Apple Red dan Hanna sebelah Gweneth. Berjalan dengan aura masing-masing
sambil mengendahkan pandangan sekeliling.
Julliana dan dua
kawannya, Shui Ling dan Scarlet Star yang berada di lobi itu terkejut melihat
mereka. Ini kerana mereka berlima menarik perhatian pelajar lain dari Julliana.
Selalunya pelajar di lobi itu akan pandang Julliana tapi kali ini tidak lagi.
semua pelajar sanggup berhenti dari kerja mereka untuk melihat Ivy dan yang
lain sahaja. Termasuk warden asrama yang menjaga kaunter depan terkejut melihat
penampilan mereka di tangga lobi utama.
Louis yang juga
berada di lobi sedang bercerita dengan kawannya di tegur oleh Xiao Ai menyuruh
dia tengok kearah tangga. Mata Louis terbeliak bulat melihat Ivy di tangga
tersebut bersama empat rakan barunya.
Oh my—Nafas Louis terhenti bila Ivy
memandang kearahnya dan berikan satu kenyitan mata yang menggoda.
Xaoi Ai dan
Philipe menjerit, bersiul kerana Louis mendapat tumpuan Villain seksi itu.
Mereka berlima
tertawa dengan tindakan Ivy berani flirting
dengan Putera Raja didepan Julliana dan melangkah keluar dari
asrama tersebut.
Sebaik sahaja lima
figura itu hilang dari pandangan, masa sepertinya kembali bergerak dan semua
pelajar berbisik sesama sendiri tentang mereka Ivy dan yang lain.
Berbisik betapa
peliknya Ivy bersama tiga Royal descrendants dan juga Gretel yang dahulunya
membencikan Ivy. Berbisik betapa hebatnya entrance mereka dan aura di
sekeliling mereka. Betapa menakjubkan mereka berlima. Apatah lagi Ivy. Villain
itu menyerlah dari empat orang Enchanted itu. Walaupun dia berpakaian Gelap dan
mengerikan, Ivy kelihatan hebat! Tersangat seksi dan menggoda! Dengan rambut
hitamnya yang jatuh, terbelai dengan lembut, mata hijaunya yang menyerlah dan senyuman tu. Senyuman sinis yang
sempurna. Tiada lelaki yang tidak mengaku mereka tak tergoda dengan Ivy sebentar
tadi. pelajar perempuan pula memuji kecantikan dan keserasian lima sekawan itu.
Sementara itu pula
Xiao Ai dan Philipe mengusik Louis tentang kenyitan mata Ivy. mengatakan betapa
untuknya menjadi putera Raja Camelot mendapat perhatian dari Villain seksi
seperti Ivy. Louis hanya tertawa, menyembunyikan rasa segannya dari
rakan-rakannya. Dia mengatakan Ivy cuba membalas dendam kerana ivy membencikan
Louis. Alasan. Tipu. Kalau bukan sebab persahabatan mereka dirahsia,
dah lama Louis membalas flirt Ivy dengan
senyuman terlebar dia ada. Tapi tak. Louis kena berlakon, berlagak terkejut dan
menggeleng tanda dia tak faham perangai Ivy. Heeiisssh… perempuan tu terlalu menggoda.
Berpuluh pasang
mata jatuh keatas lima kawan ini walaupun mereka berada di luar asrama; pelajar
lain, staff academy, warden asrama, Makhluk magical yang lain, termasuk
pengajar Academy berhenti dari kerja mereka kerana lima sekawan ini.
sehingga Zorro, pakar pemain pedang sedang membuat latihan paginya dengan dummy
tertusuk dummy tersebut dengan tenaga penuh membuat dia jatuh kedepan dan
tercium dummy tersebut kerana perhatiannya dicuri oleh mereka. Orang naik
basikal jatuh masuk longkang, Pixie yang membuat kerja hariannya; seperti pixie
kebun membangunkan pokok bunga juga kaku sehingga pixie dust mereka mempercepatkan
pertumbuhan pokok bunga itu tanpa sengaja.
“Oh this is fun.”
Bisik Ivy tertampal senyuman nakal pada wajahnya. Dia mendongak melihat Diaval
yang baru keluar dari biliknya, dia dapat rasakan Diava juga tersenyum nakal,
terhibur melihat huru-hara yang Ivy dan kawannya buat hanya dengan berjalan
bersama ke academy.
“Mereka tak henti
memandang.” Apple Red mula bersuara bila dia dah tak selesa dengan pandangan orang
sekeliling dan rasa bersalah melihat beberapa orang kemalangan kerana tumpukan
perhatian kepada mereka. “Is this bad?”
Gretel tertawa,
matanya beralih dari bukunya ke Apple Red. “Mereka hanya terkejut melihat
Villain berjalan dengan kita. Itu salah mereka sebab tak terima kenyataan.”
Gweneth tertawa
se-dekah. “Heh, atau mereka terkejut melihat kita berjalan dengan Villain. Meh… seronok jugak tengok riaksi
mereka.” Dia berpaling melihat Hanna di sebelahnya. “Nice Idea Hanna.”
Hanna mengenyit
mata. Rupanya dia yang merancang berjalan ala-ala one direction dari asrama ke
academy. “See, told you mereka akan terkejut.”
Ivy pula tertawa
sambil menggeleng. “Now, we are the new best thing dalam Academy ni.” Katanya
teringatkan muka terkejut Julliana. “Miss Queen Control dah tercundang dari tingkat
teratas.” Ivy mendepakan kedua tangannya kesisi dan Gweneth dan Apple Red
berikan dia High Five. Dan Apple Red high five dengan Gretel, manakala Gweneth
dengan Hanna. Berakhir dengan Hanna dan Gretel berhigh Five.
“See you girls in
class.” Sahut Gweneth sebaik sahaja mereka tiba di Wing C, mereka berpecah ke
locker masing-masing. Gweneth dan Apple Red mempunyai kelas yang sama di Wing
B, manakala Hanna kelas di Wing A. Gretel orang terakhir bersama Ivy dan
dekatkan diri kepada Ivy.
“Next step.
Pembulian.” Bisik Gretel dengan senyuman sinis. “Let us see whom among us will
get bullied.” Dia menghirup kopi panasnya di depan Ivy sebelum bergerak pergi.
Ivy tersenyum
nakal. “Dah tentu bukan aku.”
“We’ll see about
that!” sahut Gretel tanpa memandang Ivy dan melambai kepada ahli sihir muda
itu.
Yup. Gretel masih menyakitkan hati tapi tak
seteruk dahulu desis Ivy tapi dengan senyuman.
Baiklah. Masa
untuk berjumpa dengan pengetua Merlin. Ivy sendiri teruja untuk berjumpa dengan
The Great Wizard Merlin, beritahu orang tua itu yang dia ingin menjadi
Apprienticenya. Dengan langkah yang laju, dia berjalan ke pejabat Pengajar di
tingkat tiga Wing C dan mengetuk pintu pejabat itu sebelum dia dibenarkan
masuk.
Bila dia masuk
kedalam pejabat tersebut, semua pengajar dari berlainan subjek and section
berhenti membuat kerja, memandang kearah ivy dengan senyuman lebar.
Ivy menjungkit
kening hairan. Kenapa dengan dorang ni?
Bukannya mereka patut takut dengan aku ke? desis hati Ivy rasa janggal
dengan senyuman mereka semua. Dia masuk kedalam pejabat tersebut dan menyapa
pengajar terdekat dengannya. “Di mana bilik Pengetua Merlin.”
Lelaki bermisai
melentik itu segera bangun dan tundukkan diri seperti seorang budiman. Siap
membuka topi yang ada buluh pelepah besar lagi. “Bon jour, Mademoiselle Ivy.”
dia mencapai tangan Ivy dan mengucupnya dengan manis.
Ivy segera menarik
tangannya rasa tidak selesa dengna lelaki bermisai kucing ini. “Errm... no
thanks, saya tanya Pengetua Merlin.”
Lelaki itu kembali
berdiri dan ingin besuara tapi dua lagi lelaki berpakaian sama seperti lelaki
pelik ini datang mendekati Ivy, tunduk membuka topi didepan ahli sihir muda
ini. seorang misai melentik, orang misai macam hitler dan seorang lagi—ah, baru
misai seperti kucing.
Mereka bertiga
asyik berceloteh dalam bahasa yang Ivy rasa bahasa French, bercakap dengan Ivy
dengan senyuman lebar pada bibir mereka sambil bermain-main dengan misai
mereka—eww dan tak lama kemudian mereka tinggikan suara bukan kepada Ivy tapi
sesama sendiri.
Apa yang mereka merapikkan ni?
Eh nanti
kejap—Baju lengkap untuk latihan pedang, pedang nipis di pinggang mereka, tiga
lelaki bermisai pelik dan berbahasa French….
Mata Ivy terbeliak
bulat melihat mereka bertiga bersama. “Korang the three musketeers!” sahutnya
membuat tiga lelaki bermisai itu kembali memandang Ivy dan mengangguk dengan
bangga; kembali berkata-kata mains(?) kepada Ivy dalam bahasa mereka sendiri.
Senyuman Ivy
hilang menjadi muka menjengkelkan. Urrgghh…
aku takda masa nak bersuai mesra dengan mereka!!
“Listen, saya bukan
taknak berbual dengan encik-encik
sekalian tapi saya ada kelas dengan Pengetua Merlin dan saya tak nak lambat
pada kelas pertama saya.” katanya dengan senyuman manis—yang dipaksa kepada
mereka. “tolong beritahu saya di mana bilik Pengetua Merlin…. Please?” Ivy menggigit lidahnya dengan
kuat kerana menyebut ‘please’ kepada mereka. First time in her life dia
berlakon baik sampai semanis itu.
“Oh Cik Ivy… You
finaly came!” Tumpuan Ivy berubah ke Fairy Godmother yang menyapanya dengan
senyuman manis. “Pengetua Merlin berada di pejabatnya dari tadi subuh hanya
untuk menunggu kamu. Sepanjang tahun saya di academy ni tak pernah saya tengok
Merlin duduk dalam pejabatnya lama sangat. selalunya dia berperap di menaranya
sahaja dan Oh dear dia kelihatan gelisah! Bila dapat tahu tentang kamu, saya
dan pari-pari yang lain teruja!” bebelnya dan menarik lengan Ivy dengan lembut
masuk lebih dalam di bilik pengajar itu. “Dia tentu gembira bila dapat tahu
kamu nak jadi apprientice dia.”
Ini buat Ivy
tersenyum 1001 niat tapi pudar bila dia perasan sesuatu. “Fairy Godmother tahu
tentang Aprienticeship ni?”
“Dear Child,
Everyone in school knew as soon as you step in here!” sahutnya tertawa kecil
sambil memegang pipinya. “Come-come… We have many things to prepare untuk
ceremony purification kamu.”
Langkah Ivy
terhenti, tertanam pada lantai mosac. Ceremony
purification? “A-Apa?” Dia tak salah dengar ke? Fair Godmother kata
Purification…. Purification??????
Fairy Godmother
berputar memandang wajah pucat Ivy. “Why dear? Upacara penyucian diri. kamu
akan jadi apprientice The Great Wizard Merlin, Sumber magic kamu juga perlu
ditukar.”
“tapi kenapa
perlukan Purification?” Soalnya cuba tidak kedengaran cemas. Tapi gagal.
Tangannya sejuk di dalam genggaman Fairy Godmother.
Pari-pari tua itu
tersenyum dan menepuk tangan Ivy dengan lembut, mengenggam tangannya seperti
memberi semangat kepada Ahli sihir muda. “Saya tahu semua ni seems so sudden
dan tak bagitau kamu awal-awal tapi ini arahan Merlin. Bila kamu setuju untuk
menjadi Apprienticenya, kamu kena disucikan.”
“Dari apa?” Soal
Ivy. rasa tak sedap hati.
Jangan kata dari
Vicious. Jangan kata dari Vicious… jangan
kata dari vicious.
“Pengaruh kamu
dari Vicious.”
Shit….
Ivy dah agak dah.
Ia umpama mereka nak pisahkan Ivy dari diri Ivy yang sebenar. Mereka nak
brainwash Ivy!!! Dia patut dengar cakap Hansel tentang orang Enchanted agak
licik walaupun mereka naĆÆve dan innocent. Tu lah, siapa suruh tak dengar cakap
Hansel?
“K-Kalau tak buat
ceremony ni takpa ke?” Soal Ivy masih tidak berganjak dari tempatnya. Enggan
bergerak kemana sahaja Fairy Godmother ingin membawanya.
Fairy Godmother
tertawa kecil. “My Child, kalau kamu tak buat upacara ni kamu takkan capai
tahap the great wizardry. Kamu nak menjadi sekuat The Great Wizard Merlin kan?”
Ivy menelan air
liur kelat. Dah tentu dia nak jadi kuat seperti Pengetua Merlin! Macam mana
dia nak guna tongkat Wizard Merlin kalau tidak sekuat empunya tongkat
sakti?
Ivy mengangguk
kecil. “Dah tentu. More than anything.”
Jawapan itu
membuat Fairy Godmother tersebut dan membawa Ivy ke bilik belakang, melalui
bilik pejabat Pengetua Merlin. Ivy hanya boleh lihat pintu Pejabat itu dengan
muka cuak sambil ditarik—dengan sedikit paksaan oleh Fairy Godmother ke bilik
yang tidak dikenali.
Bila mereka masuk
bilik tersebut, Fairy Flora dan Marywhether sudah pun menunggu Ivy didalam
bilik itu dengan sehelai dress putih tergantung di tepi cermin panjang. lengkap
dengan perhiasan di atas meja berdekatan.
“You finally here…
Oh this is good news!” sahut Fairy Flora mendekati ivy dan menarik perempuan
itu ke tengah-tengah bilik bersama Fairy Marywhether. “You are going to be Beautiful!”
“Huh…. Tak sangka
young Villain ni akhirnya berpihak kepada kita.” Kata marywhether sambil
memeluk tubuh, melihat Fairy Flora mengukur badan Ivy di depan cermin panjang.
“But I still don’t like you.”
Ivy menjeling
kearah Fairy Marywhether dengan jelingan membunuh. No shit, aku tak berniat nak ke ‘pihak’ korang. Aku terpaksa. Desis hatinya menahan marah, merelakan dirinya di
ukur oleh Fairy Flora. Kalau bukan disebabkan menginginkan magic the great
Wizardry, tak hingin Ivy buat purification merapik ni apatah lagi berlagak baik
dengan mereka semua.
“Now-now
Marywhether, sekarang bukan masa untuk itu. Kita kena siapkan Cik Ivy sebelum
mereka tiba di Ceremony Ground.” Katanya sambil meneruskan kerjanya mengubah
suai gaun putih yang tergantung di sebelah cermin panjang mengikut ukuran baju
Ivy menggunakan magicnya.
Fairy Marywhether
mengeluh tapi akur. “Baiklah. tapi saya tetap nakkan corak gaun tu biru.”
katanya dan menarik Ivy kebelakang tirai. Memaksa Ivy masuk disebalik tirai dan
strip
her.
“HEY!!
GET YOUR F*CKING HAND OF ME!”
Fairy Flora
tertawa kecil mendengar jeritan Ivy dan di balas dengan magic Fairy
Marywhether, menutup mulut Ivy dari mencarut lebih banyak. Mungkin juga mengikat
Ivy dari lari dari sebalik tirai itu?
Fairy Flora
mengangkat bahu dan menyambung kerjanya dengan nyanyian halus, mengubah suai
gaun tersebut dengan corak pink (tidak menghiraukan permintaan Fairy
Marywhether)
“It’s done!”
sahutnya mengagumi hasil rekaannya sebelum membawa gaun tersebut ke sebalik
tirai dan menolong Fairy Marywhether memakaikan gaun tersebut kepada perempuan
meroyan yang telah diikat(betul tekaan fairy Flora) dengan magic Fairy
Marywhether.
Beberapa minit
kemudian, Ivy telah memakai gaun tersebut dan berdiri di cermin panjang semula sambil dua pari-pari di raja itu menghias rambutnya pula. Tertera pada wajah
Ivy yang dia bencikan gaun tersebut. Apatah lagi style rambutnya sekarang ni.
Dalam seumur hidupnya Ivy tak pernah pakai gaun apatah lagi skirt. Gaun Putih?
tak pernah mimpi langsung, fikir pun tak!!
So much for a beautiful day… desis
hatinya kecewa, meniup rambut depannya yang jatuh kemuka.
(Bayangkan rambut hitam)
“Oh you look
beautiful, child!” Sahut Fairy Flora dengan riang.
Fairywhether
mengangguk, setuju dengan Fairy Flora. “Yes, Yes… saya mengaku dia nampak—Dear
Lord!” Fairy Marywhether menarik nafas tajam melihat corak gaun putih Ivy. “Blue!” Dia menghayunkan kayu saktinya ke
corak gaun Ivy menukar warna corak bunga tersebut.
“No-no
Marywhether… ia sepatutnya pink.”
Fairy Flora mengubah warna corak itu semula dan bercekak pinggang kepada Fairy
Marywhether. “Kita kena jumpa Fairy Godmother. Kita tiada masa untuk bergaduh
warna corak tu.” katanya berjalan kearah pintu. “Kami akan datang balik Cik Ivy.
selepas itu kita ke Ceremony Ground.” Sahutnya tanpa memandang Ivy yang
tercegat melihat dirinya di cermin.
“Saya tetap nak Biru.” Fairy Marywhether menghayunkan
kayu saktinya menukar warna corak ke Biru semula dan mengekori Fairy Flora
keluar.”
“It’s Pink.” Fairy Flora tukar semula sebelum
mereka berdua keluar dari bilik tersebut.
Tapi Fairy
Marywhether membuka pintu itu sedikit dan berbisik ‘make it blue’ sambil
arahkan kayu saktinya pada gaun tersebut. Menutup pintu bilik tersebut dan
mengejar Fairy Flora yang tidak tahu apa-apa.
Sementara itu, Ivy
yang mengendahkan pergaduhan mereka tentang gaunnya… Ivy bencikan kedua-dua
warna corak bunga itu apatah lagi warna gaun tersebut.
Dia rasa macam nak
melarikan diri. perutnya mengecut, jantungnya rasa seperti nak berhenti
sekarang kerana berdegup terlalu kuat. Kalau boleh ia jatuh ke perutnya kerana
gagal berfungsi dengan elok.
Ivy cuak
memikirkan dia akan di sucikan, brainwash, untuk mengembalikan magicnya semula.
Adakah dia buat keputusan yang betul? Apa akan jadi setelah dia disucikan?
Adakah dia akan mengkhianati Orang Vicious? Ibunya? Melupakan dirinya dan
menjadi baik? Membelot orangnya sendiri?
Fikiran ini
membuat Ivy rasa nak muntah. Kalau boleh dia akan muntahkan semua isi perutnya
di bilik itu juga—atas gaun tu.
Ivy terdengar
bunyi burung masuk kedalam biliknya dan melihat Diaval berdiri di atas cermin
panjang di depannya. “t-Turn into a
human.”
Diaval berubah dan
berdiri di sebelah Ivy dengan wajah risau tertampal pada wajahnya. Dia mencapai
tangan Ivy yang menggeletar. “Kau takut.” Bisiknya menggenggam erat tangan
tersebut.
“I am.” Katanya menahan tangisan dari
mengalir. “Apa patut aku buat?”
“apa kau nak buat?”
Soal Diaval balik. Dia tahu bukan tempat Diaval untuk bagi Ivy keputusan. Kali
ini Diaval tidak akan beri nasihat kepada Ivy. Bagi Diaval ini penentuan samada
Ivy betul-betul inginkan misi ini Berjaya atau hentikan semua dan kembali ke
Vicious.
“A-Aku tak tahu. Aku
taknak mengkhianati Ibu aku tapi aku taknak menghampakan dia juga.” Sahutnya
memandang kebawah. “Aku takut aku akan lupakan diri aku selepas upacara ni.
Macam mana kalau aku menjadi ‘baik’? Ibu akan berang kat aku dan… dan… aku tak
dapat bayangkan apa dia akan buat Diaval… Aku takut.” Suara Ivy pecah dan
menggenggam erat tangan penjaganya meminta pertolongan dalam senyap.
Berat hati Diaval
melihat Ivy seperti ini. Dia menjaga Ivy dari kecil, tidak pernah dia lihat
ahli sihir muda ini setakut sekarang. Menggeletar, pucat, sejuk. Apatah lagi
menangis.
“Breath kid.” Dia
menyentuh bahu Ivy. “Think. Aku tahu kau takkan mengalah setelah kau sampai ke
sini. There must be a way.”
Ivy hanya
mengangguk. Menarik nafas dalam beberapa kali cuba tenangkan dirinya yang
menggigil, takut. Setelah dia tenangkan diri, dia kembali mendongak melihat Diaval.
“Kau kena ada di Ceremony tu.” katanya membuat Diaval tersenyum kecil. “Dalam
bentuk manusia.” Dan senyuman Diaval hilang.
“Kenapa?”
Ivy memutar
kepalanya ke beg sandang yang tergantung di tepi cermin panjang itu, bekas
menggantung gaunnya. “Kalau aku telah disucikan… kayu sakti aku dan buku aku
mungkin terkena effect.” Dia kembali memandang Diaval. “Kau diselubungi
kejahatan. Lindungi kayu sakti aku dan juga buku aku. Kalau aku terlupa tentang
misi aku, sekurang-kurangnya influence magic ibu boleh membantu.”
Diaval diamkan
diri untuk seketika, memandang kedua mata Ivy yang masih basah. “Kau yakin ke?”
Ivy menggeleng.
“Tak… tapi aku berharap. Ini sahaja cara untuk mengelakkan aku jadi ‘enchanted’
sepenuhnya.”
Diaval mengangguk
perlahan, mengambil beg sandang Ivy dan kembali ke sisi anak jagaannya. “Nak
pegang untuk kali terakhir?” Soal Diaval mengeluarkan kayu sakti Ivy.
Ivy tertawa kecil
dan mengambil kayu sakti itu. “Aku nak buat magic terakhir dengan kayu sakti
ni.” Katanya memandang Diaval dengan senyuman nakal.
“Atas aku?” Soal
Diaval melihat senyuman Ivy makin lebar, Diaval mengeluh tapi mengangguk. “Go
ahead.”
“Aku patut buat
banyak ceremony macam ni kalau kau sanggup jadi bahan magic aku.” Kata Ivy
sambil menghayunkan kayu saktinya di atas Diaval. “It’s nothing big. Hanya….”
Dia melihat baju gelap Diaval berubah menjadi baju lebih cerah dan ringan serta
rambut Diaval berubah style. “Penyamaran kecil, encik D.”
Diaval melihat
pemakaiannya pada cermin panjang dan tersenyum. Dia nampak lebih segak dan
macho. “Mr. D huh? Kau patut panggil aku Prince Charming.” Katanya mencapai
tangan Ivy dan mengucupnya ala-ala gentlemen. “Cinderella.”
Ivy tertawa besar
melihat lakonan Diaval. “Di dalam beg tu ada invisibility potion. Minum dan kau
akan halimunan selama beberapa jam. Aku rasa kau akan kembali seperti asal bila
kau tiba di Ceremony Ground—entah di mana tempat tu.”
Diaval keluarkan
potion tersebut dan pandang Ivy yang memberi senyuman terlalu innocentnya. “Kau
teringin tengok aku minum potion ni dan muntah kan?”
Ivy tersenyum
tayang gigi. “Payback’s—”
“A B*cth. Remind
me jangan usik kau lagi pasal ni.” Katanya dan memandang cecair hijau dalam
botol kecil itu dan minum dalam sekali teguk. “Ueerck!!!! Aku tahu benda ni teruk tapi tak terbayang seteruk ni!”
Ivy tertawa
memeluk perut melihat muka biru Diaval sebelum dia menghilangkan diri. “This is
priceless. Aku akan ingat muka kau tu buat selama-lamanya.”
“Don’t you dare.”
Sahut Diaval walaupun Ivy tak nampak dia lagi. “See you there, Ivy.”
Ivy rasa tangan Diaval
mencapai Pipinya membuat Ivy tersenyum. “Be there.”
“I will.” Bisik
Diaval kedengaran serius, menyentuh rambut Ivy dengan lembut seperti dia cuba
menenangkan Ivy. “Be strong little
mistress.”
Setelah Itu,
tangan Diaval tiada lagi pada Ivy dan tak lama selepas itu tiga pari-pari di
raja masuk dengan senyuman lebar pada wajah mereka.
“Oh dear, kamu
betul.” Sahut Fairy Godmother melihat Ivy dari atas hingga bawah. “Baiklah
semua, kenderaan kamu telah tiba my dear. Mereka dah tunggu.”
Ivy memandang tiga
pari-pari di raja itu dan menarik nafas dalam, kembalikan komposisinya dan
mengangguk. Berjalan keluar dari bilik itu bersama tiga pari-pari di raja ke
Ceremony Ground.
Be there Diaval… I need you to be there for
me…
I’ll
never leave your side Little Mistress… wherever you go, no matter you went.
.
.
Ivy melihat
ceremony Ground itu dengan perasaan cuak dan kagum bercampur aduk. Rupanya
tempat dia akan menjalani upacara penyucian diri rupanya didalam dewan ruins.
Bekas dewan di raja sebelum Perang Dua Bilah.
Perkara yang buat
Ivy rasa nak pitam ialah orang yang datang ke upacara itu. Orang-orang penting
seperti Makhluk mistic; Permaisuri Pixie bersama beberapa pixie penting. Wakil
makhluk nymphs, Forest Sprites dalam bentuk manusia, Puteri Ezra dan Hanna?—apa
mereka buat kat sini? Adakah mereka orang penting?
Ivy melihat Hanna
memberi lambaian kecil kepada Ivy dan buat penumbuk pada dadanya sebagai signal
Ivy boleh lakukannya. Ini buat ahli sihir muda ini tersenyum kecil, mengangguk
tanda terima kasih.
Ada banyak lagi
saksi datang tapi Ivy tak kenal datang ke ceremony itu sebagai saksi penyucian
diri Ivy. Paling penting; keluarga Di Raja Camelot sendiri datang menghadiri
upacara tersebut.
Raja Arthur,
Permaisuri Guinevere, Puteri Charlotte dan Louis; Putera George.
Mata Ivy tak
berganjak dari kawan rahsianya itu berdiri bersama keluarganya lengkap baju
formal diraja. Ini kali pertama dia lihat Louis berpakaian formal seperti itu,
dengan mahkota dan cape di raja. Betapa jauhnya beza Louis yang dia ingat dahulu
kecil dan Louis sekarang..
Semua perkara berubah… lambat atau cepat.
Tiada benda yang kekal sama buat selama-lamanya. Terdetik ayat itu di dalam
hati Ivy melihat Louis.
Sepertinya
pandangan Ivy satu panggilan senyap, Louis menoleh kearahnya dan tersenyum
kecil. Ini buat ivy alihkan pandangannya dari lelaki itu. Semuanya dah berubah walaupun ia kelihatan sama desis hatinya.
Perhatian semua
saksi di dalam dewan lama itu beralih kepada seorang lelaki tua yang masuk ke
tengah-tengah bilik tersebut bersama satu buku lama di dalam tangan. Berjalan
dengan perlahan tapi setiap langkah menunjukkan kekuatan sakti didalam dirinya.
Ivy dapat rasakan kuasa tersebut. Terlalu kuat hampir buat Ivy tercekik
kekurangan udara. The Great Wizard Merlin
sedang menggunakan magicnya…. Ini kah kuasanya?
Ivy rasa seseorang
menyentuh bahunya dan berpaling kesisi melihat Fairy Godmother tersenyum kecil
kepadanya. “It’s time.”
Ivy kembali
melihat platform bulat di tengah-tengah dewan ruins itu, pixie penjaga serbuk
datang mengelilingi platform tersebut, berdering dengan riang menunggu Ivy naik
keatas platform tersebut.
Ivy menarik nafas
dalam dan mengambil langkah naik ke atas platform itu, setiap langkah membuat
Ivy bertambah takut. Memikirkan kemungkinan yang akan terjadi keatasnya. Berubah
menjadi baik. Menjadi orang Enchanted selamanya. Lupa tentang Membalas dendam
terhadap orang Enchanted mengurung mereka buat selamanya. Menyelesaikan
misinya. Membuat ibunya bangga.
Dia menelan air
liur kelat, menahan tangisannya dari berderai bila dia sampai di atas platform
tersebut, berdiri di tengah-tengah di mana terdapat satu lukisan circle ruins
kecil.
“Let’s the
Ceremony Begins.” Suara Raja Arthur bergema di dalam Dewan tersebut, memberi
restu untuk memulakan upacara itu. Seperti dunia mendengar suara Raja Arthur,
awan berarak ketepi membenarkan cahaya masuk dari celah-celah lubang siling
dewan itu, menyunari Ivy yang berada di atas platform tersebut.
“Baiklah.” Wizard Merlin bersuara. “Mari kita
mulakan upacara penyucian kita.” Dia membuka buku dalam tangannya dan melihat
Pixie-pixie yang memulakan kerja mereka, melakar sesuatu di atas platform
tersebut di sekeliling Ivy menggunakan pixie dust yang berbagai warna.
Jantung Ivy
berdegup dengan laju, melihat lakaran Pixie itu hampir siap dan matanya meliar
mencari seseorang di dalam dewan itu.
Diaval….
Penjaganya ada
antara saksi-saksi di dalam dewan itu, memandang Ivy dengan renungan risau.
Tertulis pada wajah anak jagaannya yang dia rasa takut sekarang ni, takut akan
teorinya menjadi kenyataan. Menjadi baik; menjadi ahli Enchanted buat
selamanya. Diaval rasa hatinya terbelah dua melihat Ivy tidak dapat berbuat
apa-apa di atas sana.
Tapi apa dia boleh
buat untuk menenangkan Anak jagaannya itu? Dia hanyalah seeokor burung gagak
biasa. apa yang dia boleh buat ialah menerima arahan dari Ivy. menjaga kayu
sakti dan buku manteranya. Serta berada di sana untuk menemani anak jagaannya
itu.
Kau akan okay, Little Mistress…. Kau akan
okay…
Ivy mengangguk
kecil seperti faham apa ekspressi wajah Diaval cuba sampaikan kepadanya. Dia
kembali memandang The Great Wizard Merlin dan mengangguk. Bermaksud dia
bersedia.
The Great Wizard
Merlin tersenyum dan mula membaca mantera di dalam bukunya sebaik sahaja
Pixie-pixie itu selesai melakar dan terbang ke tepi.
Praestante penes me
Testibus per ipsum Regem et Mythicals,
Hanc fenestram aperueritis, Young magus oculi ad lucem,
Purga cor suum.
Ea non amplius habere in tenebris,
dante beatitudine et felicitate.
Purga cor suum.
Ea non amplius habere in tenebris,
dante beatitudine et felicitate.
Serbuk pixie itu
terbang mengelilingi Ivy semasa The Great Wizard Merlin membaca Manteranya,
menyelubungi Ivy. Ahli sihir muda ini menarik nafas dalam dan memejam mata,
bersedia menerima akibat dari upacara tersebut.
Diaval yang dari
jauh melihat serbuk tersebut mengelilingi Ivy yang memejamkan mata, mendepakan
tangannya ke sisi tanda dia menerima penyucian diri itu. Setelah The Great
Wizard Merlin habis membaca manteranya, pixie dust itu menyelubungi badan Ivy,
bercahaya di setiap sudut badannya.
The Great Wizard
Merlin mengetuk tongkat saktinya di atas tanah, membuat bebola sakti di atas
tongkat tersebut bercahaya sama seperti circle ruins di bawah kaki Ivy. “Cum hoc quae purificati sunt a tua priore
actum!!” Wizard Merlin mengangkat tongkatnya keudara dan satu silhouette
hitam keluar dari badan Ivy dan mengelilinginya.
Ivy membuka mata
secara mengejut bila dia rasa sesuatu dari dalam dirinya di tarik keluar dan
melihat silhouette hitam berbentuk dirinya berdiri di hadapan Ivy. mata tajam
merenung kearah ahli sihir muda dan mengelilingi Ivy untuk beberapa kali.
Silhouette itu
mencapai tangan Ivy dengan lembut, sejuk desis
hati Ivy merasakan sentuhan bayangan hitam itu, membawa Ivy berputar sebelum ia
terbang ke udara masih memegang—berpaut pada tangan Ivy dan dengan perlahan
pegangan itu terlepas dan Ia meletup seperti bunga api, meninggalkan serbuk
pixie jatuh di sekeliling Ivy.
Ivy memandang
tangan yang memegang bayangan tersebut dengan lama sebelum memandang The Great
Wizard Merlin dengan senyuman manis. “Thank you.”
Ahli sihir Tua itu
tersenyum dan tundukkan diri. “You are welcome, Cik Ivy.”
Ivy melihat
kesemua saksi di dalam dewan itu dengan senyuman lembut yang boleh menenangkan
hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Tunduk sambil menyilang kaki kepada
kesemua saksi itu sepertinya tanda terima kasih dan juga salam perkenalan.
Saksi-saksi itu
juga tunduk kepada Ivy. termasuk Diaval, tertunduk dengan jantung berdegup
kencang. Takut. Melihat senyuman ikhlas terbentuk pada bibir Ivy.
Dia telah disucikan… dia dah suci.
Akhir sekali Ivy
berdepan dengan Pemerintah Camelot, tidak memandang tepat ke mata mereka dan
tunduk, duduk di atas platform dengan kaki tersilang. “Your Magesty.” Sahutnya
suara selembut sutera. “Terima kasih kerana memberi peluang kedua kepada
makhluk keji seperti saya.”
Raja Arthur
mengangguk perlahan penuh dengan megah. “Raise my child.” Ivy bangun mengikut
arahan tapi tetap tidak pandang Raja Arthur. “Kamu di sini kerana diri kamu
sendiri. Kamu telah membuktikan kamu layak berada di sini dengan Upacara
penyucian diri ini. sekarang kamu adalah rakyat beta dan Beta bergembira
mempunyai ahli sihir berpotensi seperti kamu di kerajaan Beta.”
Ivy tersenyum,
tersipu malu. “Saya takkan menghampakan tuanku.” Sahutnya dan kali ini dia
memandang kearah seseorang. Seseorang yang sentiasa berada di sisi Ivy selama ini.
“Encik D.”
Wajah tenang Ivy
membuat Diaval nak melarikan diri. Ini
bukan Ivy…
Ivy menghulurkan
tangannya memanggil Diaval datang mendekatinya. Diaval mengambil langkah
teragak-agak mendekati Anak jagaannya itu dengan pemikiran yang Ivy telah
berubah, rancangan Ivy telah gagal. Dia bulan lagi Orang Vicious. Dia bukan
lagi seorang Villain.
“My wand.”
Pintanya dengan lembut.
Diaval mengangguk
kecil dan mengeluarkan kayu sakti tersebut. Patut
kah aku bagi kepadanya? Diaval melihat mata Ivy dan memberi kayu sakti itu
kepada anak jagaannya. Aku percayakan kau
Ivy….
Ivy memandang kayu
saktinya sebelum menggunakan magicnya, mengubahsuai bentuk kayu sakti tersebut.
Semua orang di
dalam dewan itu rasa lega melihat Young Villain itu telah berpihak pada Enchanted
dan kayu sakti itu menjadi bukti yang Ivy betul-betul disucikan. Tiada lagi
kejahatan di dalam dirinya.
Namun tidak bagi
Diaval…. Ia umpama mimpi ngeri kepada burung gagak ini.
Setelah tamat
upacara penyucian diri itu, Pengetua Merlin suruh Ivy rehatkan diri dan akan
memulakan pelajaran mereka pada esok pagi. Dia perlu rehat secukupnya kerana
esok Pengetua Merlin akan ajar Ivy untuk menukar sumber kuasa magicnya.
Putera Louis yang
asyik perhatikan Ivy perasan yang perempuan itu langsung tidak memandang kearahnya
selepas penyucian diri itu selesai. Ini buat putera itu risau.
Adakah Ivy berubah sepenuhnya?
Ivy kembali
kedalam kereta kuda yang disediakan untuknya dan naik bersama Diaval. Hanya
mereka berdua kerana pari-pari di raja itu mempunyai sedikit urusan dengan
Pengetua Merlin.
Dalam perjalanan
kembali ke Academy, kedua penumpang ini hanya diamkan diri, Diaval takut untuk
bersuara dan ivy termenung jauh keluar tingkap.
“Ivy…”
“Yes Diaval?” Ivy
memandang Diaval dengan senyuman manis membuat Diaval tambah takut.
“Kau okay?”
“Never been better
in my life.” Jawabnya dengan penuh sopan santun.
Diaval rasa nak
muntah tengok Ivy seperti ini. dia sanggup minum 100 botol invisibility potion
dari dengar Ivy bercakap lemah lembut seperti itu.
“Kau siapa?”
“Ivy… mereka di
tanah Vicious panggil aku Ivy the Devil.” Tetap bersopan santun.
“Kau menyebelahi
siapa?”
“Aku menyebelahi
mereka yang aku fikir betul.”
Diaval mula rasa
risau. Dia mengeluarkan buku mantera Ivy dari begnya. “Apa misi kau?”
Ivy melihat buku
itu dan mengambilnya dari tangan Diaval dengan lembut. “Mencapai tahap magic
the Great Wizardry.” Dia menyentuh cover buku yang mempunyai gambar logo black
magic atasnya. “Menguatkan diri aku untuk mengelakkan…”
Diaval menelan air
luar kelat, menunggu ayat Ivy seterusnya.
Ivy mendongak
memandang Diaval dan sebuah senyuman sinis
terukir pada bibir nipisnya. “mengelakkan misi memusnahkan tembok durjana itu
dari gagal.”
“Oh Lord…” Diaval
menghembus nafas lega, merebahkan kepalanya pada kepala kerusi kereta kuda itu.
“Aku ingatkan kau dah hilang.”
Ivy tertawa besar.
“Kau ingat ceremony kecil macam tu boleh ubah aku dengan senang ke?”
“T-tapi… bayangan
hitam tu—”
“mereka hanya
membuang tanggapan aku tentang Enchanted.” Jawabnya slamber bermain dengan kayu
sakti barunya. “Aku terdengar mantera Wizard Merlin tadi. ‘Purga cor suum.’ Maksudnya ‘sucikan minda, hati dan jiwanya’.” Ivy
tersenyum sinis kepada Diaval dengan kening terjungkit. “Aku takda hati remember? upacara tu dah Berjaya
membuang tanggapan buruk aku tentang Enchanted tapi niat aku nak hapuskan
tembok tu tak berubah.”
Diaval tersenyum
seperti mana Anak jagaannya tersenyum. Dia dah pandang rendah dengan kebolehan
Ivy. “Jadi, apa langkah kau seterusnya, you
sly witch.”
“Di sini, bahagian
senang bermula. Berlakon menjadi budak baik dan kuatkan kuasa aku.” Katanya
melihat kayu sakti dalam tangannya. “Kalau aku boleh capai kuasa mutlak aku
boleh buat tongkat saktiku sendiri dan hapuskan tembok itu sendiri.” Bisiknya
dengan ekspressi wajah sinister. Mendapat jalan yang lebih bernas.
Yup, hari ini hari yang indah untuk Ivy
seorang…
Bulu roma Diaval
meremang satu badan melihat wajah Ivy. ini kali pertama dia lihat Ivy tersenyum
sejahat itu. Dia akan jadi Villain
terkejam suatu hari nanti… mungkin lebih kejam dari Maleficent dan Jack
Skellington.
>X<
(A/N: *Evil laugh Inserted*
MWAHAHAHAHAHAHAHA!!!! There’s no way Ivy akan berubah macam tu je. She’s
stronger dan lebih wicked dari itu! Anyways… see uolls in next chapter!)
Arghhhh..stress sgt tunggu chapter ni..akhirnya berbaloi..lega yg ivy masih jahat..
ReplyDeleteHahahaha (^3^) saja nak suspenkan korang, terlalu awal untuk ubah Ivy jadi baik hehehe
ReplyDeletebest...sgt..janganlah buat orang tunggu lama2...
ReplyDeleteFinal dah habeh. Boleh bagi fokus 100% kat L.O.V.E.. Hehe. Semoga idea mencurah-curah angah. ^_~. -epi-
ReplyDeleteHehehehe... Angah akan cuba sedaya upaya untuk update new n3 dengan cepat! no worries baby!! hahahaha
ReplyDeleteEpi!! Woohoo! Give that 100% to the L.O.V.E babe! hahaha Yes, semoga Angah dapat Idea non-stop dan tiada halangan untuk update cepat2. huhuhu (^______^)
Go angah go!!!X sabar nak tunggu next chapter \^0^/ ~
ReplyDelete(qees)
Hey Qees!! Yes! Go Angah Go!! \(>A<")/ May the Force be with us all <3 <3 <3 hahahaha
ReplyDelete