Twelfth L.O.V.E
–Worthy Trust-
”Siapa?” soal penghuni bilik itu dengan
suara mengantuk
Ivy tahu itu Gretel. Ivy meletakkan kayu
saktinya pada lehernya untuk menukar nada suaranya ke suara penjaga Wing
Winter. “Cik Gretel, saya Warden.”
“Coming…” sahutnya dan tak lama kemudian
Gretel membuka pintu dengan mata yang tertutup. “Ada apa—” Rasa mengantuk
Gretel terus hilang bila dia tahu siapa yang berdiri di hadapan biliknya
sekarang.
Ivy tersenyum nakal dan mengankat tangan.
“Hai.” Bisiknya dan sebelum Gretel sempat menjerit, Ivy dah pun melontarkan
jampi ringkas iaitu ‘unconcious spell’ membuat
Gretel tidak sedarkan diri dan Ivy segera melontarkan pixie dust pada Gretel
sebelum perempuan itu jatuh terhempap atas lantai. Apungkan dia di udara.
Ivy tersenyum lebar. This is fun… desis hatinya riang dan menarik Gretel keluar dari
bilik tersebut, menutup pintu bilik itu dengan perlahan. Ivy mendongak melihat
Gretel yang terapung di atasnya sambil bercekak pinggang. “Baiklah. Jom
jalan-jalan.” Katanya mengeluarkan tali dari beg sandangnya untuk mengikat
pinggang Gretel. Mengelakkan Gretel terapung naik ke langit. Dia mengikat erat
tali pada pinggang Gretel dan pergelangan tangannya.
Setelah itu Ivy mengeluarkan dua botol
potion invisibility untuknya satu dan Gretel. Ivy memandang potion itu dengan
jijik. Entah da berapa kali dia minum bendalah tu dan sampai sekarang dia masih
tidak sukakannya. Taste like dog poop dan Vomit Troll.
Dengan perasaan terpaksa dia minum cecair
itu dengan menutup hidung dan membuka satu lagi botol untuk masukkan ke dalam
mulut Gretel.
Yang baiknya ‘Inconcious Spell’ ni, apapun terjadi pada si mangsa mereka takkan
bangun selagi si penyihir tidak bangunkan mereka. Jadi Cecair teruk itu takkan
bangunkan Gretel langsung.
Setelah mereka berdua menjadi halimunan,
Ivy kena pastikan tali dalam tangannya tidak terlepas kerana bukan sahaja dia
akan kehilangan Gretel tapi orang lain akan lihat Gretel terapung di udara
dalam keadaan tidak sedarkan diri bila potion itu habis tempoh. Plus, boleh
mati bila pixie dust itu dah habis.
Ivy memandang Gretel yang terapung di udara
dengan senyuman sinis. Lets have some
fun...
~Sambungan~
Hansel keluar dari
lubang tembok berduri itu dan pandang lubang itu untuk memastikan tiada siapa
mengekorinya. Melihat pada hujung lubang tersebut gelap menandakan batu yang
Hansel letak telah menyembunyikan lubang tersebut.
“Okay.” bisiknya
lega dan pandang ke dada langit yang akan cerah tidak lama lagi.
Hansel mula
bergerak ke Tasik di mana dia dan Ivy akan berjumpa dan seperti yang dia
jangka, Ivy tidak sampai lagi. Dah tentu. kedudukan academy agak jauh dari
Hutan Mahligai. Mustahil untuk mereka sampai dahulu dari Hansel.
Apatah lagi bawa Gretel Desis hatinya
risau yang Gretel akan meroyan dalam perjalanan ke hutan Mahligai itu. Ye lah,
Gretel benci Villain. Entah macam
mana Ivy akan pujuk Gretel tapi Hansel tau Ivy akan bawa Gretel ke sini.
She promise… Ivy tak pernah mungkiri
janjinya…
Hansel mengambil
keputusan untuk duduk di tepi tasik tersebut sementara menunggu Ivy tiba. Dia
mencabut rumput-rumput dan melontarnya ke arah tasik tanpa berfikir.
Apa dia nak buat
sementara menunggu mereka? Hansel menyesal tak bawa apa-apa ke sini. Kalau dia
bawa buku sekurang-kurangnya dia ada bahan untuk menghilangkan bosannya. Takpa
lah, dia akan tunggu mereka.
Tiga pari-pari
music muncul dari celah semak bila mereka perasan Hansel berada di tepi tasik
itu dan menyapanya.
Hansel tersenyum
kecil. “Hey, maaf mengganggu tempat korang. Saya tengah tunggu Ivy.”
Pari-pari itu
saling berpandangan dan mengangkat bahu sebelum memainkan lagu merdu kepada
Hansel. Menemani lelaki itu sementara menunggu kawannya.
Hansel tunduk
kepada mereka tanda terima kasih dan termenung kearah tasik sambil menikmati
irama lagu merdu itu dari mereka.
Tidak lama
kemudian, Hansel terganggu dengan bunyi semak berdekatan dengannya. Dia segera
bangun takut kalau-kalau pixie sedang memantau mereka. Pari-pari music tu pun
menghentikan irama mereka kerana bunyi tersebut.
Pari-pari ini tak
melarikan diri bermaksud tiada bahaya akan datang dan mereka tak tolak Hansel
untuk bersembunyi juga bermaksud bukan pixie. Jadi apa yang buat semak tu
bergoyang?
Tiba-tiba, entah
dari mana; Ivy muncul tepat di depan Hansel dengan senyuman lebar tertera pada
wajahnya hampir buat Hansel melompat terkejut.
“Kau nak bunuh aku
ke?” soal Hansel mengurut dadanya. “Awal kau datang.”
“Dah tentu.”
jawabnya dengan senyuman nakal. “Oh dan kali ini aku tepati janji aku.”
Hansel memandang
sekeliling sebelum pandang Ivy semula dengan kening terjungkit. “Mana adik
aku?”
Ivy menghayunkan
kayu saktinya ke udara di belakangnya dan muncul Gretel yang tidak sedarkan
diri di udara dan terikat pada tali di pergelangan Ivy.
Mata Hansel
terbeliak bulat melihat adiknya di sihir oleh Ivy. “Apa kau dah buat dengan dia???” soalnya dengan Horror, menarik
adiknya ke darat.
“Oh relaks—pegang
dia kuat-kuat.” Kata Ivy membuka tali pada tangannya. “Kau pasti tiada orang
ikut kau?”
Hansel mengangguk.
“Aku datang sini time nak subuh. Now, unspell
her.”
Ivy hanya tertawa mendengar ancaman Hansel
dan menghayunkan kayu saktinya kearah Gretel, membatalkan jampinya dan juga
pixie dust pada Gretel.
Sebaik sahaja jampi
itu terbatal, Gretel terus menyambung tindakannya sebelum dia di sihir. Menjerit.
“Aaaaaaaahhhhhh!!—Hmmph!!” Hansel segera menutup mulut Gretel sebelum
mereka terkantoi oleh jeritan Gretel.
“Shhhhhh” Hansel suruh adiknya diam.
“Gretel, ini abang. Hansel, its okay. its okay….”
Mata Gretel
terbeliak bulat melihat hansel dan terus memeluk abangnya dengan erat.
“Hansel!” sahutnya dengan tangisan. Dia melepaskan pelukan mereka dan memegang
kedua pipi abangnya. “Oh god, abang… Gretel ingatkan Gretel takkan jumpa abang
lagi.”
“Abang pun sama.
I’m so glad you are okay.” Bisiknya mengucup dahi adiknya sebelum memeluk
Gretel semula.
Gretel mengangguk
dengan tangisan gembira. “Gretel okay. Abang?” dia menanam wajahnya pada bahu
abangnya kerana air matanya mula mengalir.
Hansel juga yang
bermata merah mengangguk. “Abang Okay. Jangan risau pasal abang.”
“Thank goodness.”
Sahut Gretel lega dan teruskan menangis dalam dakapan abangnya.
“Shhh… its okay.
jangan nangis.” Pujuk si abang pula.
Sementara itu,
orang ketiga dalam reunion family ini, yang asyik memandang menjejak kasih
mereka bersuara. “Awww…. Sweetnya korang.”
Dua beradik ini
terus melepaskan sesama sendiri bila teringatkan Ivy ada di sisi mereka dan
mengelap air mata masing-masing.
“Oh… aku
mengganggu ke?” Soal Ivy dengan innocent. “Sorry, aku pergi tempat lain.
Sambung menjejak kasih korang.” Kata Ivy hanya berlawak.
“No sh*t witch,
kau culik aku.” Marah Gretel menjeling kearah Ivy. Hansel memegang lengan
Gretel, memarahi Gretel melalui renungannya. “T-tapi abang dia—”
“Dia rancang untuk
temukan kamu dengan abang.” Hansel memotong. “Kamu patut berterima kasih kepada
dia.”
Gretel menjeling
kearah Ivy. “Fine. Thank you.”
“No big—oh wait it is. Kau tahu tak betapa
susahnya aku nak pujuk kau baik-baik
untuk bawa kau ke sini?” Soal Ivy memeluk tubuh.
Gretel memandang
Ivy dengan wajah ‘tidak percaya’. “Oh… time aku tanya pasal abang aku kenapa
kau tak bagi tahu?”
“Payback is a
b*tch.” Katanya dengan senyuman nakal.
“Why you—”
“Gretel!” Hansel
menghalang Adiknya dari menampar Ivy dan berdiri diantara mereka. “She’s evil.
Apa boleh buat? Dah cukup baik dia bersusah payah dia bawa kamu ke sini.”
“Dengan culik
Gretel?” Soal Gretel menunjuk dirinya sendiri. “Dia menyamar menjadi wadern dan
culik Gretel. Plus, dia letak jampi kat Gretel! Abang menyebelahi dia kenapa?”
“Sebab dia sanggup
buat semua tu untuk bawa kamu jumpa abang.” Katanya. “Walaupun dia perangai
teruk dengan kamu, dia tetap bawa kamu ke sini.”
“Yeah.” Ivy
menambah. “Kalau aku bagitau kau yang aku nak bawa kau jumpa abang kau, kau
akan percaya ke?” Soal Ivy memeluk tubuh. “Kau tak percayakan aku langsung.
Sebab aku ni Villain. Siapa nak percayakan Villain?”
Gretel ingin
membalas tapi terbatal bila dia fikirkan apa yang Ivy katakan. “Baiklah. kau
betul.” Katanya terpaksa mengalah walaupun dia tak sukakannya. “Maaf sebab
marah kau bila kau nak bercakap dengan aku dan juga tak percayakan kau.”
Hansel akhirnya
menurunkan tangannya dari menghalang perempuan itu dari bergaduh. “Good. Ivy?
kau ada apa-apa nak cakap ke?”
“Me?” Soal Ivy
memandang Hansel tak percaya. Dia kena minta maaf jugak ke?? bila lihat muka
serious Hansel, Ivy berdengus. “Fine. Sorry sebab usik kau.”
“Itu saja?” Soal
Hansel menjungkit kening. Memberi amaran.
Ivy menarik
sengih. “Aku takkan minta maaf sebab culik dia. Its Fun.” Katanya membuat Hansel mengeluh. “Well, aku biarkan
korang berdua menjejak kasih. Aku berada di seberang tasik kalau korang nakkan
sesuatu.” Kata Ivy menuding kearah tasik besar itu. “Lagipun, aku tak nak
dengar musyi-wusyi dua beradik ni.” Usiknya dan berlari pergi bila Hansel nak
tengking dia. “See ya!”
Ivy berjalan
mengelilingi tasik itu untuk keseberang tasik dengan tiga pari-pari music
mengekorinya. Ivy tersenyum kepada mereka. “Thanks sebab temani aku.”
Pari-pari itu terbang
dengan riang mengelilingi Ivy tanda mereka tidak kesah malah sukakan Ivy.
Sebaik sahaja Ivy
dapat tempat yang sesuai untuk duduk dan pari-pari itu berehat di pangkuan Ivy,
dia memandang kearah dua beradik di seberang tasik sedang bercerita sesama sendiri,
menghilangkan rasa rindu mereka setelah 10 tahun tidak berjumpa.
“isn’t it nice?”
Soal Ivy melihat hansel dan Gretel. “Akhirnya Hansel dapat jumpa adiknya.”
Tiga pari-pari itu
mendongak memandang Ivy kelihatan yang mereka tidak faham maksud Ivy.
Ivy tertawa kecil.
Dah tentu mereka tak faham. “Hansel dipisahkan dari Gretel 10 tahun lalu. dia
di hantar ke Vicious kerana membunuh Fairy Fauna.” Ayat tersebut membuat tiga
pari-pari ini terbang semula. Ivy menangkap mereka dari terbang kearah Hansel
dan bersuara. “Jangan salahkan dia. Dia tak sengaja.” Katanya membuat pari-pari
itu kembali duduk di pangkuannya. “Dia desperate. Dalam hidupnya hanya Gretel
yang tinggal dan dia taknak adiknya mati—Gretel dahulu sakit tenat.” Katanya
memandang tiga pari-pari itu. “Nak tak nak dia curi kayu sakti Fauna untuk
sembuhkan adiknya dan tak sengaja membunuh Fairy Fauna. Dia tak sengaja. Bukan
salah dia.” katanya memandang hansel kali ini, tertawa bersama adiknya. “apa
budak 10 tahun boleh buat? Dia masih kecil dan tak sanggup kehilangan adiknya
selepas ibu bapanya tinggalkan mereka. Mereka tak patut buang Hansel macam tu
je. He’s just a kid.” Marah Ivy menggenggam rumput di sisinya dengan erat
sehingga ia tercabut. “What are the Enchanted thinking?”
Pari-pari itu
perasan mata Ivy membara dan segera terbang ke muka Ivy. menyuruh dia tenangkan
diri. Ivy tersentak dan tersenyum kepada mereka. “Jangan risau.
sekurang-kurangnya ini yang aku boleh buat untuk Hansel dan Gretel. Mereka
hanya ada satu sama lain dan tiada siapa berhak hidup bersendirian.” katanya
kembali memandang Hansel dan Gretel. “terutamanya mereka.”
Tiga pari-pari ini
memerhatikan Ivy tersenyum kecil melihat kawannya dan mereka saling
berpandangan. Mereka mengangguk pada sesama sendiri dan terbang mengelilingi Ivy.
membuat Ivy tertawa kecil. “Apa kamu buat ni?” Soalnya dan lihat bunga lavender
mula tumbuh disekeliling Ivy.
Pari-pari itu
terbang keatas sambil berputar dan buat letupan bunga lavender diatas Ivy.
serta memegang mahkota lavender dalam tangan mereka.
Ivy tertawa kecil
bila tiga pari-pari itu memakaikan mahkota itu di kepala Ivy. “Thanks korang.”
Katanya dengan senyuman manis. “I love it.”
Sementara itu di
seberang tasik, Gretel dan Hansel memandang kearah Ivy yang dihiburkan oleh
pari-pari music.
“See, dia tak
jahat sebenarnya.” Kata Hansel tersenyum melihat Ivy dikelilingi bunga lavender
yang cantik.
Dahi Gretel
berkerut. Selama ini, cara Ivy melayannya semua palsu? Susah untuk dia percaya
yang Ivy berlakon didepannya. But she’s
evil… Mustahil orang yang sememangnya jahat boleh berlakon jahat. Tapi bila
lihat bagaimana Ivy bersama pari-pari itu… Gretel mula ragu-ragu. Betul ke dia
tidak jahat?
Senyuman manis Ivy
membuka mata Gretel. Dia tak pernah lihat Ivy tersenyum seperti itu. Ivy the
Devil, tersenyum manis di sekeliling bunga lavender yang subur, bersama
pari-pari music, bersenda tawa dengan mahkota bunga di atas kepalanya.
Kalau Ivy seorang
Villain, dia akan menghancurkan bunga itu, akan membunuh pari-pari itu, akan
merosakkan mahkota tersebut. Takkan
tersenyum seindah itu.
“You believe me
now?” Soal Hansel menarik perhatian Gretel semula. “Gretel, kalau bukan di
sebabkan dia Abang takkan ada di sini. Dia menyelamatkan abang, bersama abang
sepanjang masa. Abang yakin semua kejahatannya tu hanya lakonan. Dia tinggal di
tanah Vicious, semua orang aspect dia jadi jahat. Ibu dia nak dia jadi jahat. Apa dia boleh buat ialah berlagak
jahat.” Kata Hansel kembali memandang Ivy di seberang tasik. “Sedangkan…. Dia
tak jahat langsung.”
“Dan abang tak
sedarkan dia tentang ni?” Soal Gretel.
Hansel menggeleng.
“Dia takkan mengaku dirinya baik. Dia terlalu kepala batu.” Katanya membuat
mereka berdua tertawa. “Dia yakin dia jahat tapi tanpa dia sedar dia sebenarnya
baik. Dia secara semula jadi baik tapi diseliputi dengan kejahatan.”
“Hanya façade.”
Bisik Gretel dan mengangguk. “Yeah… dia teruk sangat. susah orang nak percaya
dia baik kalau perangainya jahat.”
Hansel tertawa.
“Itu Ivy. Dia akan ada cara tersendiri untuk buat orang percayakannya. Just
see.” katanya mengenyit mata. “That’s Ivy the Devil we’re talking about. The
daughter of maleficent.”
Gretel memandang
abangnya dengan lama sebelum bersuara. “Abang pasti ke abang dengan dia tiada
hubungan?” soal Gretel menjungkit kening. “Sebab Gretel taknak kakak ipar
seorang Villain.”
Hansel tertawa
besar dengar rungutan Gretel. “Tak. mustahil kami bersama. Dia tiada hati.”
Dua beradik ini
teruskan bercerita tentang benda lain, tentang diri mereka selama 10 tahun itu
sampai petang sehinggalah Ivy datang menganggu mereka beritahu Gretel masa
untuk mereka balik.
Dengan perasaan
sedih Gretel memeluk abangnya dengan erat sebelum memandang Ivy. “Macam mana
kita nak balik?”
Ivy memberi
invisibility potion kepada Gretel. “pegang ni.” Katanya dan mengambil tali
untuk mengikat tangan Gretel dengan tangannya.
“Apa kau buat?”
Soalnya melihat Ivy mengambil satu potion dari tangan Gretel.
“Invisibility
potion. Kau minum dan jadi halimunan tapi kau tak dapat nampak aku kalau kau
halimunan juga.” Katanya membuka penutup botol potionnya. “jadi mengelakkan kau
sesat, aku ikat kau dengan aku.”
Hansel tertawa
melihat tangan mereka yang terikat. “Alright Girls. Have a safe journey.”
Ivy salute kepada
Hansel sebelum memaksa dirinya menelan potion tersebut. “Euugghh….”
Gretel mula
ragu-ragu minum potionnya bila dia hidu potion tersebut. “Seriously?”
“Drink up.” Kata
ivy menolak potion itu masuk mulut Gretel bila dia nak halimunan.
Gretel hampir
termuntah bila dia tak tersengaja tertelan semua cecair itu sekali gus. “Eeeeeeiii—Weck!”
Hansel hanya
menggeleng melihat mereka. Nasib baik dia tak perlu minum potion bagai. “See
ya.” sahut Hansel melambai kepada dua perempuan yang menjadi halimunan pada
mata Hansel.
“bye Hans.”
“See you again
abang.”
Itu yang Hansel
dengar sebelum dia sendiri berputar kembali ke lubangnya tanpa pandang belakang
kerana dia tahu dia takkan dapat lihat mereka pergi.
>X<
Sehari kemudian…..
Ivy berada di
cafeteria mengambil makanannya seorang diri bersama burung gagaknya di bahunya.
Dia melihat sekeliling ruang cafeteria itu mencari tempat duduk kosong. Tiada.
“Diaval.” Pinta
Ivy dengan senyuman berniat.
BUrung gagak itu
berbunyi sinis faham maksud Ivy dan terbang kearah satu meja berdekatan,
menakutkan tiga pelajar yang makan di atas meja tersebut, menghalau mereka dari
situ.
Ivy tersenyum
dengan puas hati dan duduk di meja makan yang telah pun dikosongkan oleh
Diaval. “Thanks dude.” Katanya dan mengasingkan ikan panggang dari talam
makanannya untuk Diaval makan.
Ivy melihat
makanannya satu persatu. Steak panggang saiz medium dengan mash potato (fav
baru Ivy), kuah steak, sos BBQ, dessert crème bule dan minuman chocolate shake.
Ivy mengeluh
panjang dan memandang kearah Apple Red yang duduk tidak jauh darinya bersama
rakan-rakannya.
Oh well… dia dah biasa.
Ivy mengambil pisau
makan dan garfunya dengan mulut yang berliur, bersedia untuk melahap makanannya
tapi semasa dia memotong steaknya tiba-tiba setalam makanan muncul di hadapan
Ivy dan seorang wanita yang dikenali duduk depan Ivy bersama buku melekat di
hidungnya.
“Gretel?” Ivy menjungkit
kening, secara perlahan senyuman terukir pada bibirnya.
Gretel menjeling
kearah Ivy sebelum kembali pada bukunya. “Tiada meja yang tinggal. Shut up.”
Ivy menahan
dirinya dari tersenyum lebar dan mengangguk dengan serius. “Oh, okay.”
Gretel menghempap
bukunya keatas meja sebab dia perasan Ivy tak dapat sembunyikan muka
terhiburnya dengan baik. “Okay. Listen, aku terima kau sebab kau kawan abang
aku.” Bisik Gretel sambil arahkan garfunya pada Ivy. “Aku berhutang budi dengan
kau sebab tolong abang aku selama ni dan kita dah even so, get of my back with
your sinister act.”
Act? Mesti Hansel tipu Gretel lagi ni desis
hati Ivy. dia berterima kasih kat Hansel sekarang dan sebagai balasan kepada
Hansel, Ivy akan layan Gretel seperti mana dia layan Hansel. “Sure. Okay.”
“Satu lagi. kalau
aku dapat tahu kau dan abang aku betul-betul ada hubungan…” Dia buat signal
kerat leher guna garfunya.
Ivy mengangguk
laju dengan senyuman nakal. Ingat dia rasa terancam dengan ugutan kecil tu? Ivy
tak membantah kerana dia terlalu terhibur sekarang ni. “Noted.” Itu yang dia
kata sambil menahan ketawanya.
“Good.”
Baru je Ivy nak
makan, tiga lagi talam makanan muncul di atas mejanya. Satu sebelah Gretel dan
dua lagi di sebelah Ivy.
Gretel memandang
kearah Gweneth yang melabuhkan punggung di sebelahnya. “Kau berkawan dengan
Ivy?”
Gweneth yang
meniup gula-gula getahnya mengangguk. “Sekarang. Ya.” jawabnya dan hulurkan
tangan kearah Ivy. “Even?”
Ivy tersenyum dan
menyambut tangan itu. “Even.”
Hanna yang duduk
di sebelah Ivy pula juga bersalaman dengan Ivy. “Gweneth rasa kau baik sebab
Gretel datang duduk dengan kau. Bermaksud dah terbukti kau tak jahat. By the
way, aku Hanna.”
Ivy tertawa kecil
melihat keriangan Hanna. “Hai, aku Ivy.”
“See?” Soal Apple
red yang duduk bahagian kanan Ivy pula. “I told you.”
“Yeah-yeah
sweetheart. Aku dan Ivy dah berbaik. So jangan ungkit.” Kata Gweneth dan
kembali pandang Ivy. “kau ada plan petang ni?”
Me?
Ivy menggeleng.
“Perpustakaan duty, remember?”
Gweneth dan Hanna
saling berpandangan sebelum Gweneth bagi signal suruh hanna bersuara.
“Oh, kalau kami
tolong kau, kerja kau boleh habis sampai petang ni ke?” Soalnya dengan
senyuman.
“Mungkin.”
“Good!” Apple Red
pula menyahut. “Kami tolong kau kat perpustakaan nanti dan lepas tu kau ikut
kitorang okay?”
“Err…” belum
sempat Ivy nak bersuara Gweneth bercakap dahulu kepada Gretel.
“Babe, join us.”
Gretel menjeling
kearah Ivy dahulu sebelum mengangguk. “Yeah, sure. Boleh je.”
Setelah itu tiga rakan ini kembali bercerita
seperti biasa dan Gretel pula kembali pada bukunya. Manakala Ivy memandang
kearah Diaval yang juga terkejut dengan kedatangan mereka secara tiba-tiba.
What just happen? Ivy dapat lihat
persoalan itu pada wajah Diaval dan Ivy mengangkat bahu. Dia sendiri tak faham
apa dah jadi sebenarnya.
“See? I told you everything will be okay.”
Mata Ivy membesar
terdengar bisikan suara budak dan melihat sekeliling cafeteria itu. Dia perasan
di penjuru cafeteria itu, seorang budak 8 tahun memakai mantel merah berdiri
dengan senyuman manis pada wajahnya. Setelah itu dia lenyap.
Everything will goes well… itu yang Ivy
ingatkan Hood beritahu dia semasa dia dan Louis kembali berkawan. Ini buat Ivy
tersenyum lega. Semua akan baik-baik
sahaja desis hati Ivy dan dia makan makanannya dan bercerita dengan yang
lain, saling kenal mengenali.
Dia ada kawan. Dia tidak keseorangan…..
Kerana tiada siapa berhak keseorangan.
(A/N: Feewwwwww!!! I smiled dengan chapter
ni. Suka je Ivy kenakan Gretel. Takda abang nak kacau, adik pulak jadi mangsa.
Hahahahaha… see you in next chapter!)
Angah!!!!! Tenkiu. Muahahaha. Setiap hari bukak tgk ada update dak. Hehe. Good luck. ^_~. -epi-
ReplyDeleteBila nk sambung??siyesli..menarik..
ReplyDelete....peminat baru cerpen ni...
Epi!!! You Welcome Babe <3 <3 huhuhuhuhuhu sebaik je balik rumah terus menaip sepanjang malam untuk bab ni, feel inspired right now!! *Hwaiting!!*
ReplyDeleteUuuu... Unknown Comment-er!!! Hey awak, update for satu bab makan masa dua ke tiga hari but sometime seminggu bila ada hari sibuk dalam real life... huhuhu anyhow... WELCOME TO MY BLOG UNKNOWN!!! Thanks for visiting and liking my story *Hug&kisses*
Tau tak wak2 kelas addmath kt skola tadi,,tetiba teringat cerpen ni..pastu tringt juga komen sapa ntah tanya sapa ayah ivy..then trus terpikir..ayah ivy....the great wizard merlin???
DeleteHuwaaaa. Lps ni x blh dh nk baca story angah sbb baru masuk form 5. Ishk2! Sedihnya...
ReplyDeleteAngah,
ReplyDeleteSebenarnya baru terjumpa your blog dan payah jumpa writer yang buat cerita fantasi ni.
acikzai suka sangat all your stories sampai ulang baca dua tiga kali, amazing blog, extraordinary stories..keep it up and all the best.
Sekaranh ni setiap hari jengah blog ni tunggu next n3.
Acikzai
fyzrin boleh jadikan citer ni sebagai tempat hilangkan stress time study nnti! Gerenti jamin, stress study hilang dgn L.O.V.E... huhuhu and good luck 4 ur spm honey! I wish u the best of luck *hug&kisses* ^_^
ReplyDeleteHai Acikzai
First, welcome to my humble domain And thank you for the compliments (,,^_^,,) angah gembira dengar ada lagi readers sukakan cerita angah. It encourage me to write more!! Please look foward everyday acikzai! Really apprieciate it <3 <3
Hmmm... theory yang baik wahai kembar maleficent... hahaha But who knows, Mungkin boleh jadi buuuuuuuuuut.. kita akan tahu juga nanti. Tak nak spoil apa-apa! hehehehe
ReplyDeleteWoah! Best...sambung...sambung
ReplyDeletehihihihi sukeeee .... ^____^
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Nak lagi..best sangat~
ReplyDelete(qees)
Yeay!!! gembira dengar korang sukakan bab ni! ^_^ *Kiss Kiss*
ReplyDelete