Eleventh L.O.V.E
The Gifted Offer
Diaval perasan
sesuatu yang pelik pada Ivy sejak dua tiga hari ini. Okay, semenjak Ivy kena
hukum, burung gagak ni jarang bersama Ivy kerana dia sentiasa ke pixie hollow
untuk mendapatkan rawatan terhebat dari pixie haiwan. Dia ada lawat Ivy setiap
makan tengahari untuk memeriksa jika budak jagaannya ada plan baru untuk
mengambil tongkat sakti The Great Wizard Merlin namun, dua minggu lebih ini Ivy
masih dalam dilemma kehilangan separuh dari magicnya. Dan dia merancang mencari
cara untuk mengembalikan magicnya.
Adakah Ivy dah
jumpa cara untuk kembalikan magicnya semula? Sebab itukah dia kelihatan
gembira? Menyanyi sendiri di depan cermin? Tersenyum sendiri tanpa sebab?
“Stop staring
Diaval.” Ivy tersenyum nakal kearah burung gagak yang berdiri di tepi meja make
upnya. “Turn into a human.” Dia hayunkan jarinya menukar Diaval ke bentuk
manusia dan berdiri di belakang Ivy.
“Kau tersenyum.”
“I can see that.”
Katanya memandang Diaval dari cermin dengan senyuman.
Diaval menjungkit
kening. “Dan mengaku kau tersenyum. That is not the Ivy I know.”
Ivy kerutkan
hidungnya sebelum tersenyum kembali. “Salah ke aku happy? Depress 24/7 tidak
baik untuk kesihatan okay?”
“Defined ‘happy’
kau.” Kata Diaval sambil memeluk tubuh. Dia risau ‘happy’ Ivy tu berarahkan
tinggal di tanah Enchanted.
“Happy; excited
melihat adik Hansel terseksa dengan ‘usikan’ aku.” Katanya dengan senyuman
sinis tertampal pada wajahnya. “Semasa lawatan kami di museum, aku ada
bangkitkan tentang Hansel dengan kayu sakti Fairy Fauna. Nampaknya tiada siapa
tahu cerita sebenar di sebalik kematian Fairy Fauna dan membangkitkan Hansel
time tu memang mengujakan.” Kata menjungkit kening double jerk. “So, selepas
kejadian tu Gretel cuba bercakap dengan aku tapi tak berani mengambil langkah,
kau sendiri tengok muka Gretel macam mana kan? It’s priceless!”
Diaval tertawa
sambil menggeleng melihat perangai Ivy. Diaval agak lega kerana kegembiraan Ivy
atas penyeksaan Gretel, bermaksud Ivy tak berpaling pihak dan mengabaikan
misinya. Itu tak boleh terjadi sesama
sekali.
“Abang dia tiada
untuk kau buli, adik dia pulak jadi mangsa?” Soal Diaval dengan senyuman nakal.
“Apa jadi kalau Hansel tahu?”
“Hmmm…” Ivy
mengusap dagunya seperti dia ada janggut sambil memandang ke siling bilik
dengan senyuman nakal. Berpura-pura memikir. “Dia akan puji aku dan pujuk adik
dia untuk sukakan aku. Besides….” Senyuman ivy berubah menjadi sinis. “Selepas
ini, Hansel akan merayu kat aku untuk selamatkan nyawa mereka dari terbunuh
oleh the Almighty Maleficent. Selepas tembok tu dihapuskan. Isn’t it fun to see
them beg on their knees??”
“You sly witch.” Puji Diaval membuat Ivy
tertawa besar.
“Alright, cukup
berbual. Kau akan ke pixie hollow ke?” Soal Ivy sambil mengambil beg sandangnya
dan melihat Diaval mengangguk. “Okay. oh dan Diaval, time kau ke sana tolong
curikan pixie dust untuk aku?”
“Another mission?”
Soal Diaval melihat Ivy memakai kasut Boot kesayangannya.
Ivy mengenyit
mata. “Aku ada ‘hal’ dengan Gretel esok
pagi. Kau boleh kan? petang ni aku nak.”
“Misi kau ni, kau nak aku bersama kau
ke?”
Ivy menggeleng.
“Aku boleh handle dia sendiri. Kau boleh berseronok dengan Pixie haiwan tu
kalau kau nak.”
Diaval hanya
mengangguk sebelum Ivy menghayunkan jarinya menukar Diaval menjadi burung gagak
semula dengan ayat ‘into a bird’.
“Bye Diaval. Jumpa
kat Perpustakaan petang ni.” Ivy melambai dan keluar dari biliknya dan menuju
ke Academy.
Ivy dapat beberapa
pandangan dan bisikan dari orang sekeliling tentang dirinya tapi Ivy
endahkannya. Bisikan, kutukan mereka tidak memberi kesan pada Ivy langsung,
malah membuat dirinya bangga.
Dia sepatutnya di buang Academy sekarang.
Apa yang The Great Wizard Merlin fikirkan?
Perempuan keji seperti dia tidak layak di
Academy ni, apatah lagi memijakkan kaki di tanah Enchanted.
She’s a villain. Dah terbukti dia jahat tapi
kenapa dia masih di sini?
Ayat terakhir tu
buat Ivy tersenyum lebar. She’s a
villain. Ya, dia seorang Penjahat. Teruskan membenci Ivy, itu yang dia
perlukan, kebencian mereka, ketakutan mereka kerana satu hari nanti Ivy akan buat
mimpi mereka menjadi reality. Tidak lama lagi. selepas dia dapat balik kekuatan
magicnya.
Tiada lebih indah dari melihat mimpi mengeri
seseorang menjadi kenyataan, apatah lagi mimpi ngeri itu berkaitan dengan Ivy.
Setiba sahaja Ivy di lockernya,
mengambil buku teks subjek astronomy; sehelai kad emas jatuh dari celah bukunya
dan dia memungutnya.
(Click to view)
Ivy melihat
belakang kad itu. Ada lagi ayat ringkat tertulis; ‘Just a small remembrance from the past –The Brat Prince.’
Ivy menjungkit
kening sekali dengan senyuman kecil terukis di hujung bibirnya. Dia menolak
bukunya ketepi dan jumpa patung Kristal fairy kecil yang sedang bermain
seruling di atas bulan sabit.
Oh so cute… charming little spoiled prince desis
hati Ivy berbunga-bunga. Dia cuba tahan dirinya dari cair kerana pemberian
manis Louis.
“Masa untuk
kelas.” Katanya memasukkan kad tersebut kedalam begnya dan ingin menutup pintu
locker, tapi, pintu lockernya di tutup oleh seseorang dengan kasar dan sepasang
mata hitam yang membara merenung tajam kearah Ivy.
“Alright speak.”
Sahut Gretel berdiri di depan locker Ivy sambil memeluk tubuh. “Kau tahu abang
aku kan?”
Well… well… nampak siapa beranikan diri
berdepan dengan ketakutannya? Ivy terhibur melihat keberanian Gretel tapi
ahli sihir jahat ni dapat lihat yang Gretel masih takutkan dia. tangan dia
menggeletar walaupun dia cuba sembunyikannya.
Ivy tersenyum
sinis. “Siapa tak tahu tentang Hansel?” Soal Ivy dan buat-buat muka terkejut.
“Oh ya, Orang Enchanted. Aku masih terfikir kenapa mereka rahsiakan pembunuh
Fairy Fauna. Kononnya ‘young villain’ tu dah mati sekali. Hmmm… apa akan jadi
pada Hansel bila dia tahu dia dah mati di Tanah Enchanted? Oh dan orang
Enchanted tak tertanya ke mana abang kamu menghilang? Atau ada lagi penipuan
tentang Hansel?”
“That’s none of
your business.” Jawab Gretel cepat dengan perasaan marah. “Macam mana orang
jahat macam kau, lahir dalam kejahatan boleh sampai ke sini tapi bukan abang
aku? Sepatutnya abang aku yang berada di tempat kau sekarang ni.” Katanya
menolak bahu Ivy.
Oh budak ni berani sentuh aku….
Ivy menolak Gretel
dengan kasar sehingga dia tersandar pada locker Ivy dan ahli sihir Jahat ini
menghentak tangannya di sisi kepala Gretel. Ivy dekatkan bibirnya pada telinga
Gretel dan berbisik; “Listen here wimp. Abang
kau tu pembunuh.” Ivy tersenyum
sinis bila badan Gretel menjadi tegang. “Dia telah membuktikan dia seorang yang
keji. Dia berhak di Vicious dan mereput di sana.” Ivy kembali memandang wajah
Gretel yang ketakutan. Badannya menggeletar—trauma mungkin?—sehingga beg
sandangnya jatuh dari bahunya.
“Tambahan pula dia
suka di Vicious.” Ivy membelakangkan dirinya dari Gretel dan memungut beg
sandang Gretel. Ivy tersenyum sinis melihat muka terkejut perempuan itu. “Tak
perlu jaga kau, menjadi pelajar terbaik di sekolah—imagine that? Dan banyak
kawan perempuan.” Ivy melihat wajah sedih Gretel. “sangat banyak. Dia juga bagitau aku yang dia taknak kembali di
tanah ni sebab dia cukup gembira di sana.” Ivy berikan beg sandang dalam
tangannya kepada tuannya semula dan membersihkan baju Gretel dari habuk
halimunan. “isn’t that great? Kau risau dia kena buli di sana kan? sekarang tak
perlu lagi sebab Hansel gembira di
Tanah Vicious.”
Gretel menjeling kearah Ivy, matanya membara
dengan penuh kemarahan dan ia buat Ivy tersenyum puas; puas membalas dendam
kerana Gretel memalukan dia di depan pelajar lain. Tapi Ivy tak jangka yang
Gretel akan mengangkat tangan untuk menampar Ivy.
Ivy memejam
matanya menunggu impak pedis pada mukanya tapi tamparan itu tak pernah sampai
kerana seseorang menahan tangan Gretel.
“Tuanku!” Gretel
segera menarik tangannya kebelakang dan tundukkan diri.
Ivy pula
membelakangkan dirinya dari mereka. “Lou—Putera George.” Hampir dia sebut nama
Louis dan perasan seseorang di sebelah Putera raja itu. Miss Control-freak
Fiancee. Puteri Julliana. Perlu ke
mereka sentiasa bersama 24/7??
“Gretel.” Louis
mengangguk kepada Gretel menyapanya dan menjeling kearah Ivy. “Ivy the Devil.”
Ivy menarik nafas
dalam cuba tidak bertindak meluluh dengan renungan tersebut. Tidak rasa
tercabar dan melawan Louis. “T—Tuanku.” Ivy tidak tunduk tapi alihkan
pandangannya.
“Apa dah jadi kat
sini?” Soal Louis mengunakan kuasanya di Academy itu.
Gretel ingin
bersuara tapi Ivy mengalahkan dia dahulu. “Gretel menghayal tadi sampai
terlanggar pintu locker saya.” Ivy sempat menjeling kearah Gretel suruh dia
diam. “Saya tolong dia bangun dan bagi begnya semula.”
“Jadi kenapa
Gretel nak lempang kamu?” Julliana menyampuk, tidak percaya dengan alasan Ivy.
“K-kami nak high
five.” Gretel sambung dengan mata membesar. “Nampaknya dah b-buat Tuanku salah..
f-fah—faham.”
Ivy tersenyum
dalam diam dengan jari-jemarinya bermain di belakangnya, mengenakan jampi
mengawal Gretel untuk bercakap tanpa kehendak Gretel.
Ivy memberikan
senyuman termanisnya kepada Louis dan Julliana sambil mengangguk. “Betul.”
Louis memandang
mereka berdua, sukar nak percaya tapi dia lepaskan mereka kerana Gretel sendiri
kata ia salah faham. “Baiklah, Ivy… saya sebenarnya nak berjumpa dengan kamu.”
“Saya?” Soalnya
terkejut, menunjuk diri sendiri. “Why?”
“Pengetua ingin
berjumpa dengan kamu.”
“The Great Wizard
Merlin? Why?” soal Ivy hampir menjerit kerana terkejut. Dia sempat pandang
Gretel yang tersenyum sinis, seperti kemenangan miliknya.
Urrggggh… jagalah kau nanti.
“Dia nak bincangkan
sesuatu dengan kamu—jangan tanya saya apa yang dia nak bincangkan. It’s
private. Dia berada di menaranya sekarang dan…. Nah.” Louis menghulurkan
sejenis batu kepada Ivy. “Batu ni akan bawa kamu ke sana dari jambatan Wing C.”
Ivy menerima batu
tersebut dan mengangguk. “That’s all?” Louis mengangguk. “Okay.” Ivy ingin
bergerak pergi tapi dia kembali pandang mereka dan tundukkan diri. “terima kasih tuanku.” Katanya dengan
nada rendah melalui gigi yang diketap. Selepas itu dia bergegas ke Wing C untuk
teleportkan dirinya ke menara Merlin dari jambatan.
Setiba sahaja dia
di dalam menara The Great Wizard Merlin, rahang Ivy hampir jatuh dari kepalanya
kerana kagum melihat reka bentuk dalaman menara tersebut. Ivy melihat
sekelilingnya, mengenali beberapa peralatan magic yang dia inginkan untuk
dirinya.
“Oh my Star,
Memory globe..” bisiknya melihat Universe Globe di tepi almari buku didalam
menara itu. Globe itu boleh melihat memori sesiapa sahaja dikehendakinya tapi
memerlukan orang itu berada di depan Globe untuk ia berfungsi.
Ivy terlihat Glass
Ball di atas meja kerja Wizard Merlin membuat Ivy melompat riang kearah meja
tersebut. “Ibu tak pernah bagi aku sentuh benda ni..” Ivy memandang setiap
sudut bilik itu memastikan Wizard Merlin tiada di bilik tersebut dan
jari-jemarinya bermain di atas bebola kaca itu. “Let see apa Hansel buat
sekarang…”
“Ehermm..”
Ivy memandang
kearah tempat api di dalam menara tersebut dan Pengetua Merlin berdiri di
tepinya dengan kening terjungkit memandang Ivy.
Ahli sihir jahat
ini terus jauhkan diri dari meja Pengetua dan menyembunyikan tangannya di
belakang. “Err—Uhm…”
“It’s hard to not
get our hands from something fascinating.” Kata Wizard Merlin berjalan ke Meja
Kerjanya dan menyentuh bebola kacanya. “Terutamanya ini.”
Ivy tersengih-sengih,
rasa malu terkantoi memegang barang milik Pengetua Merlin tanpa kebenaran.
“Maaf?”
Pengetua Merlin
tersenyum di sebalik jambangnya yang putih sambil menggeleng. “It’s okay, ia
bagus untuk seorang ahli sihir muda mempunyai rasa ingin tahu tentang benda
yang dia pelajari. Menjadi ahli sihir bukan mudah.” Katanya dan mendepakan
tangan kearah sofa yang ada di hadapan tempat api.
Ivy menjungkit
kening melihat kerusi dan meja kopi di dalam bilik itu dan memandang Pengetua
Merlin. “Tu… memang ada kat situ ke?”
Pengetua Merlin
hanya tersenyum dan duduk di salah satu kerusi tersebut, menuang air kedalam
cawan. “Please seat Cik Ivy.”
Ivy hanya aku
walaupun dia ragu-ragu tentang kewujudan kerusi tersebut. Dia duduk
bertentangan dengan Pengetua Merlin. “Uhm—kenapa pengetua nak jumpa saya? Am I
in trouble?”
“Not quiet.”
Jawabnya dan menghirup kopi yang dia tuang sendiri sebelum bersuara; “Beberapa
hari ini saya agak sibuk dengan beberapa hal yang tidak dapat di elakkan,
berjumpa dengan Raja, masalah di academy, memantau orang Enchanted dan banyak
lagi.” katanya buat Ivy hairan dalam hati, mengapa Wizard Merlin beritahu dia
semua ni. “Dan dua tiga hari ni, setelah menyelesaikan urusan saya di kerajaan
lain saya kembali ke Academy dan saya teringatkan tentang kess kamu.” Katanya
membuat Ivy mendongak memandang pengetua Academy ini. “Saya teringat yang kamu
ambil empat subject pada tahun ini. betul?”
Ivy mengangguk.
“Potion, astronomy, Sejarah dan Magic.” Katanya dengan nada rendah cuba tak
buat nada kurang sopan. “Saya rancang nak drop magic tahun ni.”
“Sebab magical
core kamu makin lemah.” Kata Pengetua Merlin sambil mengangguk.
Ivy agak terkejut
yang lelaki tua di depannya mengetahui masalahnya. “Macam mana Tuan tahu?”
Wizard tua ini
tersenyum kecil. “Saya mempelajari magic juga Cik Ivy. kalau sumber magic kamu
dari Enchanted dah tentu magical core kamu kembali dengan mudah tapi malangnya
magic kamu magic hitam.” Katanya membuat Ivy tak senang duduk. “Sumber dari
Tanah Vicious jadi ia tak boleh kembali kuat dan hanya sisa magic yang tinggal
selepas kayu sakti Fairy Fauna merampasnya dari kamu.”
Ivy tunduk tidak
memandang Pengetua Merlin. Ya, betul kata orang tua itu. Magicnya menjadi lemah
setelah dirampas oleh kayu sakti tersebut. Dia tak boleh mengembalikan magical
corenya atau menguatkannya kerana sumber magicnya dari Tanah Vicious, dari
kesengsaraan dan kegelapan. Di Tanah Enchanted, susah untuk dapatkan sumber
kuasa seperti itu kerana disekelilingnya terlalu puffy-fluffy, ceria dan girang 24/7 and not to mention matahari tak
guna tu yang sentiasa cerah!
“Jadi saya
menawarkan kamu satu peluang.” Pengetua Merlin bersuara menarik perhatian Ivy.”
“Tawaran?”
“Mengembalikan
Magical core kamu.” Katanya meletakkan cawan kosongnya di atas meja kopi. “Saya
akan ambil kamu sebagai apprientice saya.” katanya membuat Ivy tersenyum. “Tapi
ada risikonya. Kamu sanggup?”
Senyuman Ivy pudar
mendengar perkataan ‘risiko’. “Apa risikonya?”
“Tukar sumber
magic kamu.” Katanya membuat mata Ivy terbeliak. “Itu sahaja cara untuk tingkatkan
magic kamu di sini Cik Ivy. dalam mempelajari magic hanya ada dua pilihan
sahaja untuk mencapai the great wizardry. Memilih samada magic kamu dari sumber
kegelapan atau cahaya. Jika kamu inginkan magic kamu kembali, kamu kena tukar
sumber magic kamu.” Dia berhenti sejenak untuk melihat riaksi Ivy. “Saya akan
bantu kamu untuk kembalikan magical core kamu dengan cepat jika kamu bertukar
arah.”
Ivy diam untuk
seketika, merenung lantai bilik tersebut dengan minda bekerja, memikirkan ayat
Pengetua tadi. tukar sumber magic?
Menukar kearah cahaya? Itu umpama membelot ibunya sendiri. Dia berjanji
kepada Ibunya untuk berjalan di bawah kegelapan bila dia mencapai kekuatan
magic yang mutlak. Sekarang dia kena tukar arah? Should she? Tiada cara lain ke dia nak kembalikan magicnya?
“Saya tak berharap
kamu menjawabnya sekarang.” The Wizard Merlin bersuara mengembalikan Ivy dari
pemikirannya. “Saya bagi kamu masa sehingga hari isnin ini. Jika kamu bersetuju
untuk tukar sumber magic kamu, jumpa saya di pejabat Academy, Wing C. Saya akan
tunggu kamu di sana sepanjang hari. Jika kamu tidak datang….” Pengetua Merlin
berhenti untuk seketika. “Saya faham.”
Ivy memandang
wajah the Great Wizard Merlin itu dengan lama. mindanya tidak dapat berfungsi
dengan baik sekarang ni. Mengetahui dia akan abaikan janjinya kepada Ibunya
membuat hati Ivy sakit. Dia perlu masa untuk berfikir. Betul kata Wizard
Merlin. Dia perlu masa untuk membuat keputusan.
“Baiklah. Saya
akan fikirkannya.” Kata Ivy dengan nada sedikit kaku kerana masih terkejut
dengan pilihan sempitnya.
The Great Wizard
itu mengangguk dan menghulurkan batu yang sama Louis berikan kepadanya sebentar
tadi. “Fikirkannya Cik Ivy, tukar sumber magic untuk mengembalikan magic kamu
atau kehilangan magic kamu buat selamanya.”
Batu tersebut
bertukar tangan dan Ivy mengangguk kecil. Dia kembali berdiri dari kerusi
tersebut dan pergi ke penjuru bilik di mana ruang lebih luas, memudahkan dia
teleport keluar. sebelum dia menyeru dirinya keluar dari tempat tersebut, Ivy
sempat menyoal satu perkara yang keluar dari kepalanya. “Kenapa saya?” Soalnya
memandang The Wizard Merlin semula yang dah bergerak ke meja kerjanya. “Kenapa
Tuan nak tolong saya? sedangkan saya Villain?”
The Great Wizard
berputar memandang Ivy dan menarik nafas dalam, seperti dia memikir. “Sebab
kamu seperti saya.” jawabnya ringkas. “Curious tentang magic. Menginginkan
banyak barang yang berkaitan dengan ilmu magic, mengetahui cara menggunakannya
dengan cepat dan tidak menggunakannya secara random—sometimes.” Katanya tertawa
kecil, dekahan yang rendah. “Saya memberi tawaran ini kepada kamu kerana kamu
gifted. Bukan mudah mempelajari magic pada usia muda apatah lagi mencapai
kekuatan magic yang cukup tinggi pada usia 20-an seperti kamu. That is a rare
gift among the wizardry Ivy. You are
gifted.”
Ivy hanya diamkan
diri, tidak bersuara kerana agak terharu mendengar pujian dari Ahli sihir
terkuat di tanah itu. Ivy hanya mengangguk dan teleportkan dirinya dari tempat
tersebut kembali ke Jambatan Wing C.
Ivy membuka
tangannya melihat batu teleport itu sudah hilang dalam tangannya. Ia hanya
untuk penggunaan sekali. Ivy menggenggam semula tangannya teringatkan ayat
Pengetua Merlin sambil memejam mata dengan erat.
Ivy mencapai kekuatan magic yang tinggi
untuk usia yang muda. Tidak semua boleh mencapai kejayaan itu dengan senang
seperti Ivy. Dia gifted. Magic dalam
diri Ivy adalah gifted.
*Ding*ding*Dum*
Ivy tersentak
mendengar loceng academy Berdering tanda kelas astronomynya telah pun tiba dan
tanpa banyak fikir, dia kembali masuk ke academy dan menuju ke kelasnya dengan
ayat ringkas berulang-ulang dalam mindanya.
You are gifted… You are gifted… You are
gifted…
Aku gifted.
.
.
Sehinggalah Ivy
kembali dari kelasnya, menyambung kerja di perpustakaan sehingga malam dan
berada di atas katil biliknya. Tawaran The Great Wizard Merlin masih bermain
dalam mindanya. Sepanjang hari itu dia tak dapat focus langsung kerana tawaran
tersebut. Dalam kelas dia asyik tak dapat jawab soalan lecturer astronomynya
dan ia buat lecturer tersebut agak terkejut. Sehingga Ivy sendiri bengang
kenapa dia tak dapat jawab dan marah lecturer itu jangan tanya dia soalan untuk
kelas pada hari ini sahaja. Semasa dia mengira buku di tingkat tiga juga
terganggu, terhilang kira di tengah jalan kerana memikirkan tawaran itu lagi.
Dia terpaksa kira dari awal dan tulis di tepi rak buku berapa banyak buku dalam
satu rak pada setiap section.
Ezra yang jarang
tegur Ivy, juga menegur ahli sihir muda itu kenapa dia asyik termenung dari
mula dia masuk bilik. Ivy hanya menggeleng sambil termenung melihat siling
bilik mereka.
Ezra hanya
menggeleng dan keluar dari bilik kerana dia ada meeting kelab pada malam itu.
Kalau tak pun dia pergi jumpa sepupunya di bilik tingkat bawah.
Ivy termenung
sehinggalah Diaval balik bilik melalui tingkap dan Ivy segera menghayun
jarinya. “Into a bird.”
Diaval mendarat
dengan cantik di hadapan Ivy dengan senyuman nakal kerana dalam tangannya ada
satu beg kecil pixie dust. Dia perasan muka berkerut Ivy dan menyoal; “What
with the face.”
“Aku dapat tawaran
dari The Great Wizard Merlin untuk jadi apprienticenya.” Jawab Ivy straight to
the point.
Diaval tersenyum
lebar. “That’s great!—nanti.. asal muka kau macam kau baru nampak hantu?”
soalnya melihat muka pucat Ivy. “Dia nak ajar kau bermaksud kau boleh kembalikan
magic kau.”
“That’s the
problem.” Balas Ivy. “Kalau aku nak kembalikan magic aku, aku kena bertukar
arah.”
“Tukar arah?
Maksud kau—” Mata Diaval terbeliak bulat. “Sumber magic cahaya??”
Ivy mengangguk.
“Aku akan belot Ibu kalau aku buat macam tu.” bisiknya takut. “Apa patut aku
buat Diaval? Magic aku akan hilang sebab sumber magic aku dari kesengsaraan dan
kegelapan. Benda tu tiada di Enchanted. Jadi kalau aku taknak magic aku hilang
aku kena tukar sumber magic ke cahaya. Kalau aku buat macam tu aku membelot
ibu!” sahutnya hampir menangis. “Aku taknak belot dia dalam seumur hidup aku,
tapi kalau aku kehilangan magic, aku dah tak boleh guna tongkat sakti Merlin
untuk robohkan tembok tu! Aku akan menghampakan ibu aku! Oh lord… aku tak tahu
nak buat apa.” Bisiknya memegang dahinya. Kepalanya mula sakit kerana fikir
tentang benda tu sepanjang hari.
Diaval duduk di
sebelah Ivy dan mengusap belakangnya dengan lembut, menenangkan anak jagaannya
itu. “Aku rasa baik kau ambil tawaran tu.” katanya membuat Ivy pandang Diaval
dengan persoalan pada wajahnya. “Aku tahu kau taknak belot ibu kau tapi kau dah
tiada pilihan lagi. Aku rasa ada baiknya kau terima tawaran tu.”
“Baik? Apa? Tukar
aku jadi ‘baik’?” Soal Ivy menahan marah.
“Tak. Fikir, kayu
sakti Fairy Fauna merampas magic hitam kau. Kita tak tahu kenapa mungkin sebab
ia taknak di pegang oleh ahli sihir gelap. Kalau kau bertukar arah, kau boleh
guna magic tu untuk menguasai tongkat sakti merlin nanti. kalau tongkat sakti
tu tolak kuasa jahat sepeti Fairy Fauna punya tentu mudah kau menggunakannya
dengan ‘magic baik’. Apatah lagi jadi apprientice Wizard Merlin. Magic kau
boleh meningkat dengan kuat dan memusnahkan tembok tu.”
Ivy memproses ayat
Diaval dan tersenyum. “dan bila aku rapat dengan Pengetua Merlin dia takkan
syak yang aku akan rampas tongkatnya! Dia ingat aku akan ke arah kebaikan
seperti dia nakkan sedangkan aku akan belot dia nanti!” Ivy menutup mulutnya
teruja. “Oh my Lord that’s perfect!” terukir senyuman sinis
pada bibir Ivy sama seperti Diaval. “Ibu pasti marahkan aku tapi bila tahu aku
bertukar arah untuk mendapatkan tongkat tu dan hancurkan tembok tentu dia akan
maafkan aku! Oh Diaval kau Genius!” Sahutnya
mengangkat tangan keudara.
Diaval tertawa
melihat Ivy kembali gembira dan berikan pixie dust kepada Ivy. “Well, nampaknya
masalah kau dah selesai. Sekarang misi kau pulak dengan Gretel.”
Ivy mengambil
Pixie Dust itu dari tangan Diaval dan berikan senyuman tayang gigi. “Oh that
won’t be a problem. Enjoy your weekend Diaval, sebab aku nak manipulasikan otak Gretel esok.” Katanya
dengan tawa jahat.
Diaval hanya
menggeleng melihat Ivy, sama seperti ibunya. Kalau Maleficent tengok sekarang ni tentu dia berbangga dengan Ivy desis
hatinya dan menjentik dahi Ivy, kembalikan dia ke dunia reality. “Aku nak
tidur.”
Ivy berdecis
sambil menggosok dahinya yang sakit. “Turn into a bird.” Dia hayunkan tanganya
dan melihat Diaval rehatkan diri di tiang rehatnya. “Oh dan thanks Diaval. Kau
memang membantu.”
Diaval tunduk
sambil gembangkan kepaknya tanda dia berbesar hati membantu Ivy dan lagipun ia
memang kerja Diaval untuk membantu anak jagaannya.
Ivy kembali
bertiarap di atas katilnya dan mengeluarkan buku magic yang dah lama dia tak
buka dari beg sandangnya; membelek muka surat buku magicnya mencari mantera
yang sesuai untuk Gretel esok pagi.
“Hmm… yang ni
okay.” bisiknya jumpa mantera yang sesuai dan membelek lagi untuk satu lagi
mantera. “Oh… bagus.” Katanya dengan senyuman sinis. This is PERFECT for her.
Masa berlalu
dengan pantas pada malam itu dan Ivy bangun beberapa jam sebelum matahari
terbit unutk menjalankan side missionnya. Dia bangun sesenyap yang mungkin dan
keluar dari bilik tanpa membangunkan roommatenya dan turun ke tingkat satu.
Tingkat Spring, di mana bilik Gretel berada.
Dia dah stalk
Gretel beberapa hari lalu untuk mengetahui di mana biliknya dan thanks to
invisibility potion, dia dah tahu di mana bilik minah durjana tu.
Ivy sekarang
berada di depan bilik Gretel dan mengetuk pintu bilik itu dengan perlahan,
supaya bilik lain tak mendengarnya.
”Siapa?” soal
penghuni bilik itu dengan suara mengantuk
Ivy tahu itu
Gretel. Ivy meletakkan kayu saktinya pada lehernya untuk menukar nada suaranya
ke suara penjaga Wing Winter. “Cik Gretel, saya Warden.”
“Coming…” sahutnya
dan tak lama kemudian Gretel membuka pintu dengan mata yang tertutup. “Ada
apa—” Rasa mengantuk Gretel terus hilang bila dia tahu siapa yang berdiri di
hadapan biliknya sekarang.
Ivy tersenyum
nakal dan mengankat tangan. “Hai.” Bisiknya dan sebelum Gretel sempat menjerit,
Ivy dah pun melontarkan jampi ringkas iaitu ‘unconcious
spell’ membuat Gretel tidak sedarkan diri dan Ivy segera melontarkan pixie
dust pada Gretel sebelum perempuan itu jatuh terhempap atas lantai. Apungkan
dia di udara.
Ivy tersenyum
lebar. This is fun… desis hatinya riang
dan menarik Gretel keluar dari bilik tersebut, menutup pintu bilik itu dengan
perlahan. Ivy mendongak melihat Gretel yang terapung di atasnya sambil bercekak
pinggang. “Baiklah. Jom jalan-jalan.” Katanya mengeluarkan tali dari beg
sandangnya untuk mengikat pinggang Gretel. Mengelakkan Gretel terapung naik ke
langit. Dia mengikat erat tali pada pinggang Gretel dan pergelangan tangannya.
Setelah itu Ivy
mengeluarkan dua botol potion invisibility untuknya satu dan Gretel. Ivy
memandang potion itu dengan jijik. Entah da berapa kali dia minum bendalah tu
dan sampai sekarang dia masih tidak sukakannya. Taste like dog poop dan Vomit
Troll.
Dengan perasaan
terpaksa dia minum cecair itu dengan menutup hidung dan membuka satu lagi botol
untuk masukkan ke dalam mulut Gretel.
Yang baiknya ‘Inconcious Spell’ ni, apapun terjadi
pada si mangsa mereka takkan bangun selagi si penyihir tidak bangunkan mereka.
Jadi Cecair teruk itu takkan bangunkan Gretel langsung.
Setelah mereka
berdua menjadi halimunan, Ivy kena pastikan tali dalam tangannya tidak terlepas
kerana bukan sahaja dia akan kehilangan Gretel tapi orang lain akan lihat
Gretel terapung di udara dalam keadaan tidak sedarkan diri bila potion itu
habis tempoh. Plus, boleh mati bila pixie dust itu dah habis.
Ivy memandang
Gretel yang terapung di udara dengan senyuman sinis. Lets have some fun...
~to be continued~
(A/N: Happy New Year everyone!!!! My gosshh rancang nak post tengah malam new year tapi tetido pulak and than angah and whole family pegi sambut new year semalam... hahahaha alaaaa lambat sehari jewww anyways, enjoy le neu chapitar!--thats french accent for enjoy the new chapter... huhuhuhu Wish uolls have a wonderful year in 2016!!)
With hugs and kisses
D-Un'known
\(^3^)/
Azam 2016: Be more creative and create more memories DAN mereput dalam bilik sepanjang masa sebelum sambung degree in architecture ^_~
[Previous] | [MiT] | [Next]
Lagi...lagi...dan lagi...
ReplyDeleteHi Salmi! hahahaha... dah lama tak nampak Salmi dalam ruang komen, maaf honey, angah sibuk for a couple of days ni, But don't worry... angah akan update secepat yang mungkin bila 'kerja' angah dah siap ^_^ be patience uolls *Bows apologizing*
ReplyDelete