Ninth F.A.T.E
A
small gift for a big event
Ivy
mendongak melihat Bangunan Kuno di depan matanya dengan rahang jatuh ke lantai,
mata terbeliak bulat dan mindanya mencarut 1001 bahasa warna-warni sehingga dia
sendiri tak tahu bahasa apa yang dia guna untuk mencarut.
Dia
tercegat di depan Gracious Academy, tergamam melihat sekolah bak istana itu seperti
baru sahaja keluar dari buku cerita kanak-kanak yang dia pernah lihat sekali semasa
dia 4 tahun. Academy itu kelihatan seperti sebuah istana sebenar!! Dengan
carpet merah dibentang dari tempat dia tercegat ke pintu masuk utama academy,
tumbuhan hijau; pokok-pokok kecil yang menghiasi laman hadapan Academy telah
dipotong dengan kemas, dihias dengan bebola kaca sekecil guli yang akan
bercahaya bak kunang-kunang bila malam menjelma nanti.
Bendera
banner rasmi Gracious Academy dikibarkan di setiap sisi, berbaris dari Pagar
utama Gracious sehingga pintu masuk Academy. Seumpama ia sedang menjemput semua
pelajar kembali ke Academy itu dengan megah—atau lebih tepat untuk Grand
Ceremony New year Gracious Academy.
Beg
sandangnya menggelongsor jatuh dari bahunya kerana dia dah tak tahu nak bagi
respon apa kepada perubahan extravaganza luar istana itu. Bayangkan macam mana bentuk dalam istana kalau luar istana dah sebegini
megah?
Ivy
memaling ke sisi bila seseorang menyentuh bahunya, Hansel memungut beg Ivy yang
jatuh dan berikan kepada si empunya beg.
“The
Great Wizard Merlin never cease to amaze me.” Katanya seperti nafasnya dicuri
angin. Hansel juga kagum melihat persiapan untuk Opening Ceremony Academy yang
akan diadahkan pada malam itu. “I bet ini kerja tiga Royal Fairies ni. Kalau
Pengetua Merlin tentu tema Ceremony ni pelik-pelik.”
Ivy
mengambil beg sandangnya dari tangan Hansel dengan kasar. “Isn’t Maquerade ball
weird enough for a ceremony?” Soalnya dengan bad mood yang dia pegang dari tadi
pagi lagi. melihat perubahan luaran istana tua tu telah menambah perencah bad
moodnya lagi. sekarang ni dia seperti budak yang kurang tidur dan dapat
migraine teruk time nak ambil exam penting dalam masa lima minit—dan dia tahu
dia akan gagal dalam exam tu.
“Chillax
babe, kau tegang semacam dari semalam lagi. It just one ball.” Usik Hansel dan
mendapat tumbukan di lengan oleh Ivy. “ow!—Okay-okay
but look at the bright side.”
“What
bright side?” Ivy berdesir dengan jelingan mautnya membuat Hansel menelan air
liur kelat. “sepanjang minggu ni korang dua desak aku untuk warna balik rambut
aku dan buang semua make up aku dan paksa
aku bangun awal untuk ubah rutin harian aku dan… berani sogok enam
pixie tu untuk bekerjasama dengan korang. Hanya untuk majlis bangang ni. What bright side? Tell me. Bright side
apa yang bendalah ni akan bagi kat aku?” Dia sengaja tekankan soalan yang sama
semula. mukanya seperti vampire yang bersedia nak membaham mangsanya dalam
beberapa saat sahaja.
Gretel
muncul dari belakang, baru keluar dari kereta kuda mereka dan menepuk-nepuk
belakang grumpy witch itu. “Dah-dah, ambil beg kau ni…” Dia mengambil bagasi
Ivy yang baru sahaja diturunkan oleh pengiring mereka dan berikan kepada
empunya barang. “dan gerak masuk. Kita kena daftar bilik cepat sebelum tiga
puteri tu sampai.”
Mata
Ivy membesar bila Gretel ingatkan dia tiga lagi Pshyco Enchanted yang akan
menghantui harinya sehingga majlis pada malam itu.
Hansel
ketawa kecil melihat Ivy akur cakap Gretel, adiknya menyentuh belakang Ivy,
membawa dia masuk kedalam academy dengan muka masam mencuka. Mulut
berkumat-kamit menyumpah sesuatu yang Hansel tak dapat agak samada dia kutuk
Gretel, penampilan Academy itu atau nasibnya yang agak malang.
“Encik.
Ini semua barang encik.” Pengiring mereka menegur hansel sebelum tunduk hormat
dan naik ke kenderaan itu semula untuk di bawa pergi.
Hansel
mengangkat bednya dan melontarnya kebelakang bahu sebelum berjalan mengekori
dua wanita itu dengan senyuman nakal. Terhibur melihat riaksi wajah Ivy sebaik
sahaja mereka masuk kedalam Academy itu.
Seperti
yang mereka agak, sesiapa sahaja yang bertanggungjawab atas menghiasi satu
Academy itu telah buat kerja yang sangat bagus. Academy itu kelihatan seperti
sebuah istana sebenar yang penuh dengan perhiasan bendera yang melambangan
Simbol tanah Enchanted yang mempunyai pelbagai bentuk dan saiz pada dinding dan
pintu locker mereka.
Apatah
lagi Bangunan asrama; ia sepertinya design dalaman asrama mereka telah
diubahsuai sepenuhnya dari atas hingga bawah. Walaupun bentuk bangunan itu
kelihatan sama seperti tahun lalu, ruang dalamannya sangat berbeza. Ini kerana
Sprites dan Pixie telah bekerjasama (entah bagaimana dua makhluk itu boleh satu
kepala) untuk mengubah suai design dalaman asrama itu. Lobi asrama kelihatan
lebih luas dengan warna putih emas, membuat ia kelihatan lebih mewah dan selesa
untuk pelajar Gracious meluangkan masa di lobi besar itu. setiap tingkat
mempunyai warna tema tersendiri tapi tidak lagi dari dari konsep sebenar; iaitu
kemegahan dan kemewahan diraja. Warna emas tetap terselit pada design dinding
pada setiap tingkat.
Ivy
rasa nak muntah tengok bangunan itu begerlipan pada luar dan dalam bangunan. dia tak pernah tengok bangunan secerah itu
dalam seumur hidupnya.
Ivy
dah pun mengadu kepada ketua penjaga bangunan itu kenapa mengubah konsep ‘old
anchient theme’ kepada ‘luxurious castle theme’ pada asrama mereka. Dia rela
melihat asrama tersebut kelihatan usang dan ketinggalan zaman sama seperti
bangunan didalam buku cerita fairy tale dulu-dulu.
Ivy
kena tegur oleh pengurus asrama itu dan terpaksa menerima perubahan asrama
mereka. Nasib baik Gretel dan Hansel ada pada masa itu untuk menahan ahli sihir
gila ini mengeluarkan kayu saktinya untuk menyumpah pengurus asrama dan juga
mencederakan dirinya sendiri.
Ivy
mendapat renungan dari pelajar lain kerana aksi yang dia buat di lobi itu tapi
dia endahkan mereka semua—kecuali satu. Puteri Julliana yang memandang jijik
kearahnya, Ivy berikan renungan maut yang boleh buat bulu roma meremang satu
badan dan menghantui mimpi mereka kepada Puteri itu sebelum Ivy kena luku oleh
Hansel kerana berkelakuan biadap terhadap seorang puteri.
Ivy
dan Hansel pula bergaduh untuk seketika.
Setelah
bergaduh dengan hampir semua orang, terutamanya pengurus asrama yang Ivy rasa
kurang ajar itu—sedangkan pengurus asrama 30 tahun lebih tua darinya, Dia akhirnya
mendapat nombor bilik. Biliknya kali ini berada di Winter-Spring 1. Bilik yang
berada di tingkat paling atas dan Ivy mengeluh panjang.
Nak
tak nak dia terpaksa membawa dua beg bagasinya besertakan gaun menyampahnya itu
naik ke tingkat empat—tanpa menggunakan magic dan juga pertolongan dua beradik
Gingerman.
Ivy
kesemputan menaiki tangga asrama itu ke tingkat teratas. Dia rasa seperti dia
baru sahaja habis marathon 10km untuk pertama kali dalam seumur hidupnya. Of
course Ivy bukan perempuan yang jenis suka bersenam, dah tentu dia rasa macam
nak mati naik tangga itu. kakinya menggeletar seperti orang Parkinson hanya
mendaki tangga empat tingkat!! Bayangkan
dia kena naik turun ke biliknya selama 4 bulan ni….
“Oh
Lord… Why?!” sahutnya keudara, berlutut di depan biliknya sendiri kerana
kakinya dah give up dengan dia.
Tiba-tiba,
pintu bilik Ivy terbuka dari dalam dan dua wajah yang dikenali muncul, terkejut
melihat ahli sihir yang juga mereka kenali berlutut depan pintu dengan kedua
tangan ditadah keudara.
Ezra
memeluk tubuh dengan kening terjungkit tinggi. “Kalau kau dah insaf dengan
perbuatan kau, disini bukan tempat untuk kau minta keampunan.”
Hanna
pula terus menyerbu rakannya itu, membuat Ivy jatuh terbaring atas lantai
dengan Hanna diatasnya, memeluk dia dengan erat. “Ivy!! I miss you so much!”
“I—Can’t
breath—Help!” Ivy cuba menghulurkan
tangannya kearah Ezra, meminta pertolongan dari puteri ais itu tapi Ezra hanya
mentertawakan dia. puteri itu tidak langsung berniat untuk tolong ahli sihir
itu.
Sebelum
Ivy mati tercekik oleh death Hug kawannya, Hanna melepaskan Ivy dan bantu dia
bangun. “Aku ingatkan kau datang petang ni dan—Oooooo kau ada beli gaun!”
tumpuannya terus berpindah bila dia perasan gaun yang tersimpan rapi didalam
tempatnya berada di atas bagasi Ivy. “That’s mean kau akan menari dalam majlis
tu esok—This is great!” jeritnya setelah menarik nafas tajam.
Hanna
menarik tangan Ivy masuk kedalam bilik bersama gaun Ivy didalam tangannya, dan
menyuruh Ivy duduk di katil berdekatan. Hanna terus menggantung gaun itu di
tepi katil lagi satu sebelum membuka cover gaun tersebut.
“Oh
my.. this is perfect..” bisiknya sambil memegang kedua pipi. Kagum melihat gaun
frilly Ivy.
Ezra
pula hanya menggeleng melihat telatah sepupunya itu dengan senyuman kecil. DIa
menolong Ivy menarik dua bagasi itu kedalam bilik sebelum menutup pintu bilik
mereka.
Jantung
Ezra berhenti sejenak bila dia perasan kepingan salju meliputi tombol pintu
bilik itu setelah dia memegangnya.
Oh tidak…..
“Ezra!
Apa pendapat kau dengan gaun Ivy ni?”
Ezra
segera berdiri didepan pintu, berdiri di hadapan pintu untuk sebunyikan
kelakuannya dan tersenyum paksa. “Sure… it’s okay. whatever.”
“Aku
tahu. It’s ugly.” Ivy merungut, tahu sangat riaksi mendatar Ezra. “Babe, kau
ambil katil dekat pintu kan?” Soalnya menukar topic dari gaun hodoh itu.
Ezra
memandang katil yang berdekatan denganya dan mengangguk. “Yeah. Seperti biasa.”
Ivy
mengangguk kecil. “Okay ini katil aku.” Dia menepuk-nepuk tilam yang dia duduk
sebelum merebahkan badannya diatas katil tersebut, membuat Diaval yang berada
di bahunya terbang ke meja belajar ditepi katil tersebut. “I hope something
happen to the ceremony tonight.”
“Why?”
Soal Hanna hairan tapi Ezra soal dengan cemas; dan marah.
“Isn’t
it obvious? Aku taknak ke majlis tari menari tu.” katanya dengan keluhan.
“Uggghhh… aku tak tahu kenapa korang excited sangat nak pergi. Bukannya ada
faedah langsung pergi ke sana.”
“Actually
ada faedahnya.” Hanna bersuara, menepuk lutut Ivy, suruh ahli sihir itu ketepi
sikit kerana dia nak duduk sebelah Ivy. “You can dance with your true love!!”
dia menjerit membuat Ivy bangun. Memandang Hanna dengan muka merah.
“What???
Aku—”
“And
there’s a legend said bila kau menari dengan lelaki yang kau suka sehingga
grand Finale, korang akan bersama selamanya! Nothing will saperate you two no
matter what!” Potong Hanna dengan girang sebelum Ivy sempat nak bersuara. “Do
you know what that means??”
Kening
Ivy terjungkit tinggi melihat mata Hanna bersinar-sinar dengan kedua tangan di
genggam erat seperti dia berharapkan sesuatu. Dekat Ivy.
“it
mean…. Kau dapat putera raja idaman kau?”
Hanna
menggeleng masih lagi tersenyum lebar (Ivy tertanya macam mana kawannya satu ni
sentiasa tersenyum tanpa rasa pipi kejang langsung). “Nooo…… kau dapat putera raja idaman kau!”
“What??
Me—Oh kau jangan cakap pasal Putera Edward pulak!” Melihat Hanna mengangguk
laju membuat muka Ivy naik merah. “Noo!!” Ivy menolak kawannya itu tapi
Hanna bergerak lebih pantas, bangun melarikan diri dari ivy membuat dia jatuh
bertiarap atas katilnya sendiri.
“Oooooo
Ivy segan! Can’t wait beritahu yang lain tentang ni—Aku gerak dulu.” Hanna
terus melarikan diri bila Ivy mencapai bantalnya untuk lontar kearah budak
hyper-active itu.
Ezra
yang menyambut bantal Ivy kerana Hanna bersembunyi di belakangnya. Muka Ezra
tak dapat dibaca sekarang ni. Dia diantara sakit hati dan penat. Fed up melayan
karenah mereka berdua.
“Hanna,
kau patut pergi bersiap. the ball is in 5 hour dan kau tak unpack barang-barang
kau lagi.” Ezra melontar bantal Ivy ke tuannya semula sebelum menolah Hanna
keluar dari bilik mereka. “Go-Go, nanti aku datang periksa kau.”
“Whaaat
tapi aku tak habis melepaskan rindu aku lagi kat Ivy—Nanti!” Dia menahan
dirinya di pintu bilik membuat Ezra berdengus. “Ivy! told her you want me to
stay!”
Ivy
yang memerhatikan bantal dalam tangannya mengodngak melihat Hanna yang teregat
di pintu. “Babe, aku jumpa kau ni malam okay?”
“Tapi
kita takkan kenal satu sama lain!”
“Kau
dah tengok Gaun aku! Mustahil kau takkan kenal aku nanti.” sahut Ivy membuat
Hanna tersengih-sengih.
“Oh
right—”
“Good.
now go!” dengan satu tolakan kuat, Ezra akhirnya dapat melontar sepupunya
keluar dari bilik mereka dan menutup pintu. Dia menyandar pada pintu itu
dengang keluhan pendek. “Finally… some peace.”
Ivy
hanya perhatikan Ezra dalam diam dengan bantal yang di genggam erat dalam
tangan. Dia cuba menahan perasaannya dari meluap keluar atau ekspressi wajah
cemas tertunjuk pada wajahnya. “Hey Erza…”
“What?”
Ezra mendongak memandang Ivy. “Kau nak tanya pasal legend Grand Fanale jugak tu
ke? Or something else—Oh wait. Aku ada bawa barang untuk kau.”
Ivy
tak boleh tahan dari mengukirkan senyuman kecil dihujung bibirnya. Walaupun
Ezra kelihatan bengang sekarang ni, Ahli sihir tu boleh dengar nada prihatin dalam
ayat Ezra. “Barang apa?” soal Ivy dengan senyuman nakal, tangannya bermain pada
hujung kain bantal.
Ezra
membuka laci meja belajarnya, mengeluarkan kotak biru dari laci tersebut
sebelum hulurkannya kepada Ivy. “I thought every Villain likes Jewelries?”
“Jewel—What
did you say?!” Ezra tak pernah tengok Ivy bergerak sepantas itu dalam sepanjang
mereka menjadi roommate. Tak sampai sesaat Ivy dah merentasi bilik mereka ke
hadapan Ezra dengan pantas bak halilintar dengan mata bersinar-sinar.
Tangannya
mencapai kotak tersebut dan tersentuh tangan Ezra. “Babe, tangan kau sejuk—”
“You
creep!” Ezra menarik tangannya dari genggaman Ivy hampir buat kotak biru itu
jatuh. nasib baik Ivy pantas menangkapnya. “Kau laju je bila aku cakap
jewelry!”
Ivy
perasan yang Ezra membelakangkan dirinya dari Ivy tapi dia endahkan dan membuka
kotak yang mengandungi seset barang perhiasan. “Oh my….. Dottie will kill for
this baby..” sahutnya seperti nafasnya telah dicuri angin.
“Siapa
Dottie?”
“A
friend in Vicious apapun…” Ivy menutup kotak itu semula dan memeluk tubuh.
Tersenyum 1001 makna kepada Ezra membuat Puteri ais ini hairan. “What’s the
catch?”
“Patut
kea da catch dalam hadiah?”
Ivy
menarik sengih. “Ezra, Kau bukan macam puteri yang lain. Giving me presents for
no reason. Kalau ada sebab pun tentu ia friendship gifts. Tapi kita bukan
kawan.” Katanya. “So, cut the friendly crap and tell me.”
Ezra
agak terkejut mendengar tanggapan Ivy terhadapnya dan ketawa kecil dengna
gelengan. Ivy menjungkit kening tinggi melihat Roommatenya ketawa.
“It’s
a welcome back gift.” Ezra menyandar pada meja belajarnya sambil memeluk tubuh.
Tersenyum melihat muka buntu Ivy. “Come on, kau ingat aku ni sejahat kau ke?
Aku mungkin dingin dekat orang tapi bukan kejam. Not like you atleast.”
Senyuman Ezra makin lebar melihat Ivy berdengus. “Besides, perhiasan tu sesuai
dengan gaun kau untuk ni malam.”
Ivy
berpaling kepala melihat gaunnya dan kotak dalam tangannya sebelum mengecilkan
mata kearah Ezra. “Soooo…. There’s no catch?”
“Actually
there is—”
“Ah-hah!
Aku dah agak ada umpan—”
“Jangan
rosakkan persembahan aku ni malam.” Ezra memotongnya balik. “Aku tahu kau tahu
aku akan buat Persembahan untuk Grand Fanale dan mengenali kau sepanjang satu
semester ni, Aku tahu kau akan buat something stupid to me tonight. So,
D.O.N.T”
Ini
buat Ivy tersenyum mengalah. “Baik tapi tetap dingin dengan aku. Ouch.” Dia menyentuh dadanya
berpura-pura terluka dengan kelakuan Ezra terhadapnya.
“Sure,
lagipun aku ada ni.” Ivy mengangkat kedua tangannya menunjukkan gelang tangan
emas pada Ezra. “Mustahil aku akan buat muslihat malam ni.”
“Aku
tahu tu tapi kau Ivy The Devil. Tiada
apa yang boleh halang kau bila kau nak buat sesuatu.” Ezra tersenyum nakal
kepada ahli sihir itu. “Just enjoy the show tonight okay?”
“Baiklah
mak…..” Usiknya membuat mereka berdua ketawa. “Oh dan satu lagi. Apa ni?” Ivy
mengangkat bantalnya yang bucu bantal tersebut telah beku dengan ukiran salju.
Senyuman
Ezra pudar untuk seketika sebelum ketawa paksa. “Sebab tu aku bagi amaran
jangan rosakkan Persembahan aku. I’m
Nervous dan kau boleh kacau aku kalau kau dapat tahu aku gemuruh ni malam.”
“Oh
that’s sly…” Ivy agak kagum dengan Ezra. “Kau sengaja tunjukkan gemuruh kau dan
rasuah aku dengan jewelry ni supaya tak ganggu kau ni malam? That’s a brilliant
plan.”
“I
know…” Ezra mengangkat bahu dengan senyuman bangga. “So, Promise me no tricks?”
“Of course! Besides, selepas dapat jewelry 24
karat ni… Aku janji dengan nyawa aku sendiri yang aku takkan kacau persembahan
kau langsung.” dia mengangkat kotak biru dalam tangannya dengan mata yang
bersinar, sama seperti perhiasan dalam kotak itu.
Ezra
hanya menggeleng melihat telatah roommatenya itu. “You are such an idiot.”
“You
welcome.” Balas Ivy dengan senyuman tayang gigi sebelum bangun, mengambil beg
sandangnya dan Diaval sekali. “Well, aku nak ke Academy untuk selesaikan jadual
kelas magic dengan pengetua Merlin. See you tonight?” Ivy masukkan kotak
perhiasan itu dalam beg sandangnya dan beri signal tentang gaunnya. “Look for
me okay?”
Ezra
mengangguk dengan senyuman. “Sure.”
“Good.
See ya tonight.” Ivy menepuk bahu Ezra dan mereka berdua menjerit kecil bila
gari tangna Ivy mengalirkan renjatan elektrik kepada mereka berdua membuat dua
roommate ini menjauhkan diri dari antara satu sama lain.
Ivy
menyentuh gelang emasnya yang menyengit dan pandang Ezra dengan wajah terkejut.
“Apa benda tu?”
Ezra
yang menyentuh bahunya menggeleng laju. Juga terkejut seperti Ivy. “I—Aku tak
tahu tapi bendalah tu sakit.”
Ivy
memandang gelangnya sebelum mengangguk. “Aku tahu. Tapi kau akan biasa
dengannya bila dah banyak kali kena renjat. Anyways… bye.” Ivy melambai dan
keluar dari bilik itu.
Ezra
juga melambai kearahnya dengan senyuman tapi sebaik sahaja pintu bilik
tertutup, senyuman Ezra berubah menjadi riak wajah cemas, cuak kerana ada
suara-suara sinister didalam mindanya sedang mentertawakan dia.
Tengok apa jadi bila Ahli sihir tu sentuh kau? Now that witch is out
of our way, dah senang untuk kau bunuh Putera George…
“Kau
yakin sangat dia akan tunaikan janji dia… she’s a villain, dia akan mungkiri janji tu.” bisik Ezra pada
suara dalam mindanya.
No worries, This Villain will keep her promise.
“A—Ah-Choo!”
Ivy menutup mulutnya bila dia bersin secara tiba-tiba, membuat burung gagak di
bahunya tersentak. “Sorry D, aku rasa Hansel tengah mengumpat aku. Kau kenapa
menghayal hah?” soal Ivy tahu sangat Diaval takkan terkejut bila Ivy bersin.
Diaval
menyahut sambil arahkan paruhnya ke bilik Ivy memberi signal tentang perbualan
mereka tadi.
“Pasal
hadiah tu?” Diaval menggeleng. “Gemuruh dia?” Diaval menggeleng lagi. “So,
pasal renjatan mengejut tu?” Diaval akhirnya mengangguk membuat Ivy memutarkan
bola matanya. “Itu sebab dia gemuruh but… aku rasa something seems off.”
Bisiknya dengan mata pandang ke siling bilik. Ivy rasa sesuatu tak kena dari
mula dia masuk bangunan asrama itu lagi, dia dapat hidu bau yang kurang
menyenangkan didalam bangunan asrama itu dan Ivy pasti bau tersebut sama dengan
bau semasa dia pergi ‘gown hunting’ tempoh
hari dengan Hansel dan Gretel.
“It’s
the same smell…” Bisik Ivy, mula rasa tak selesa dengan kehadiran gelap
tersebut. “Kau rasa seseorang akan sabotajkan majlis tu ke?” Soalnya dan
mendapat riaksi mengangkat bahu dari Diaval. “Maybe tapi to make sure, aku akan
ke majlis tu. Just to make sure.” Dia ulang ayat itu untuk mengelakkan Diaval
fikir yang Ivy sememangnya nak ke Majlis tersebut.
“There’s
might be something actually exciting to see there~” Sahut Ivy dengan nyanyian
tersirat, matanya naik ke sebelah kanan dengan senyuman sinis terpapar pada
wajahnya.
Diaval
memandang tajam kearah Ivy membuat anak jagaannya tersenyum lebih sinis dari
sebelumnya. “If it is a sabotaj…. The ball will really be a blast. Get what I mean?” Ivy mengenyit mata membuat Diaval menggeleng dengan senang
hati.
Ivy
tersenyum melihat riaksi Diaval. Senyuman yang buat pelajar yang ingin menyapa
Ivy terbatal kerana ketakutan. Senyuman yang boleh menghantui mimpi malam
mereka selama berminggu-minggu.
“Lets
enjoy this beautiful ball.”
.
.
“Apa
kau cakap?—I mean, Tuanku…. This is important. Tuanku tak boleh tak pergi.”
Edward memperbetulkan perbahasaannya kerana mereka berada di dalam istana dan
dia berpangkat lebih rendah dari Putera George walaupun dia juga seorang
putera, dia tetap kena jaga pertuturan bahasa bila mereka di tempat public,
terutamanya di dalam istana Camelot.
Putea
George mengeluh kecil. Ketara pada wajahnya yang pucat dan kesan hitam di bawah
matanya yang dia kepenatan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Putera Raja
Camelot dan juga Enchanted sepanjang minggu tanpa mendapat rehat yang
secukupnya.
Walaupun
dia penat, sebuah senyuman tetap terpapar pada wajahnya. “I’m afraid I can’t. Beta
diarahkan untuk berehat pada malam ini kerana esok dah mula semester
seterusnya. Hari ni sahaja masa yang sesuai untuk beta berehat sepanjang hari.”
“Tapi
tuanku, our friends…. Mereka berharap tuanku menyertai Opening ceremony tu dan
Tuanku tak boleh biarkan Puteri Ezra mendapat sokongan—”
“Tolong
jangan sebut tentang perlumbaan tak guna tu.” Potong George, tidak lagi
tersenyum. “beta tahu Kerajaan Arendalle juga tercalon untuk takhta tu tapi
please… Stop mentioning it infront of me.”
Edward
tersenyum tawar, mengetahui betapa besarnya beban kawannya satu ini sebagai
candidate dalam pertabalan pemerintah Enchanted yang pertama. Dia dan Puteri
Ezra telah di pilih oleh rakyat satu tanah Enchanted sebagai pemerintah besar
seluruh tanah itu.
Mereka
berdua tidak menginginkan takhta tersebut tapi Tanah itu perlukan seseorang
yang membuat keputusan besar untuk mengekalkan kemakmuran dan keharmonian tanah
tersebut. Terlalu banyak pemerintah yang berlainan pendapat bila berkaitan
untuk memperbaiki Enchanted dan banyak juga pemerintah yang bercanggah dengan
idea satu sama lain. Jadi mereka perlukan Pemerintah besar yang akan membuat
keputusan akhir dari segala rancangan mereka.
Supaya
ia semua pemerintah kerajaan mendapat keadilan yang mereka inginkan dan tiada
penindasan antara kerajaan2 Enchanted berlaku.
Dan
Putera Raja Camelot, Putera George Alexander Louis Pendragon, besertakan Puteri
Permaisuri Arendalle, Puteri Ezra Nymperius December Frost telah terpilih dalam
pencalonan tahta besar itu melalui suara rakyat sendiri dan juga suara
Pemerintah. Termasuk ramalan The Great Wizard Merlin—walaupun ahli sihir tua ni
takda kena mengena dalam pertabalan tersebut, pemerintah-pemerintah Enchanted
tetap inginkan pendapat Pengetua Gracious Academy itu dan apa yang Wizard
merlin ini fikirkan?
‘Such
troublesome Politics…. I’m too old for crying out loud for this kind of
things.’ –Merlin is 125 years old after all.
Mereka
berdua tercalon pada usia yang tersangat muda; 13 tahun dan semenjak itu beban
yang berat ini tepikul di bahu mereka sehingga ke hari ini. tiada cara untuk
mereka mengelak dari takhta tersebut setelah mereka berdua bersetuju dan
besumpah untuk lakukan yang terbaik sehingga mereka mendapat takhta tersebut.
Tanggungjawab
itu lebih besar bila mereka juga merupakan bakal pemerintah kerajaan sendiri.
Mereka tidak boleh lari dari peranan mereka di dalam Kerajaan sendiri walaupun
mereka tercalon dalam Pemerintah Besar Enchanted kerana mereka tidak tahu apa
akan jadi pada hari pertabalan itu. Jika salah satu dari mereka berdua
tertabal, yang tidak beruntung itu tetap akan menggantikan pemerintah dalam kerajaan
sendiri bila masanya telah tiba.
Edward
menyentuh bahu George seumpama memberikan semangat kepada Putera Raja itu. “Hujung
minggu ni? Out duty in Shopping Galery?”
Perkataan
tersebut membuat George ketawa kecil. Tahu maksud kepada ayat Edward dan mengangguk.
“Kita akan tunggu dan lihat—”
“Nah-ah!”
Edward mengangkat jari telunjuknya; memotong ayat Putera itu dengan senyuman
nakal. “I take no excuses. Before we all turn into a royal pain in the ass
Ruler dan sentiasa bertekak mengenai politic sehingga kita mengupah assassin
untuk membunuh satu sama lain…. Baik kita nikmati masa muda kita sebaiknya.”
Katanya berlawak, tidak maksudkan apa yang dia katakan—kecuali bahagian ‘royal pain in the ass’.
George
memutar bola matanya tapi tetap tersenyum. Bersyukur dia mendapat kawan yang
memahami seperti Edward. “What do I do without you Ed.”
“Muka
kerepot pada usia 20 an.” Jawabnya membuat senyuman George sama sepertinya.
“Dah-dah… Jom siapkan kerja ni cepat. Patik ada date untuk masquerade ball ini
malam. Taknak buat dia tertunggu pula.” Dia menepuk-nepuk bahu George dengan
satu kenyitan mata sebelum mereka masuk ke laluan kanan istana di mana bilik
study Putera Raja itu berada tapi langkah mereka terhenti di laluan hadapan
laluan tersebut bila George memerhatikan corak tingkap kaca pada laluan istana
itu.
Edward
juga mendongak, melihat kaca yang terukir khas itu. “Patik dah lama tertanya.
Benda ni wujud 20 tahun lalu kan?”
George
mengangguk tanpa melepaskan pandangannya pada tingkap kaca yang menggambarkan
seorang wanita berambut hitam ikal, berjubah kelabu dan memegang kayu sakti
yang di angkat ke atas kepalanya, bercahaya terang seumpama dia ingin membaca
satu mantera besar. “I always stop to stare at this whenever I walk through
this hall.” Bisiknya dengan perlahan, hampir buat Edward tak dengar. “Saya tak
tahu kenapa… ia memukaukan.”
“Kearah
keburukan atau kebaikan?” Soal Edward menjungkit kening melihat wajah George.
Dia kelihatan lelaki yang sedang bernostalgik dengan tingkap kaca itu. apatah
lagi ia bersinar kerana pantulan cahaya melalui tingkap tersebut.
George
mengangkat bahu. “Both maybe.”
Edward
ketawa kecil. “who knows, mungkin perempuan ni cantik giler kalau jumpa dia
depan-depan.”
“Perempuan
tu Lady Morgana.” Dengan itu dia berpaling, masuk ke laluan di kiri mereka.
Jauhkan diri dari tingkap tersebut. dia masukkan kedua tangannya ke dalam poket
seluar. Menyembunyikan tangannya yang menggeletar setiap kali dia sebut nama
perempuan itu.
Kerana
Perempuan itu telah jatuhkan sumpah keatasnya.
Mata
Edward terbeliak bulat dan mengejar rakannya itu. “W-what? Really!”
“Mungkin..”
“Georg—I
mean Tuanku betul-betul lah!”
Suara
mereka bergema di laluan kosong itu, meninggalkan seorang budak kecil yang
sedang memeluk kucing kesayangannya di laluan tersebut dengan senyuman lebar
terpapar pada wajahnya.
“Abang
tak pergi ke ball?” soalnya pada diri sendiri sebelum memandang kucing
kesayangannya dalam tangan. “Tahu apa maksudnya tu Mr. Wiskers? I have Ivy all to myself!”
>X<
Dua jam sebelum Opening
Ceremony itu…..
Ivy
kesemputan, termengah-mengah seperti ikan kurang air di tangga tingkat tiga
asrama itu, berpaut pada railing tangga dan tangan lagi satu menyentuh
lututnya.
Sumpah
dia rasa nak mati sekarang ni. Dia tak pernah rasa sepenat itu sepanjang
hidupnya. Sure, guna magic hingga
kelimitnya dan pitam or even worst koma tiga hari kerana memaksa diri tapi ini
lain cerita. Dia rasa nak pitam dan koma pada masa yang sama—walau dua benda tu
adalah perkara yang hampir sama tapi itu yang Ivy rasakan sekarang. malangnya
dia tak boleh benarkan dirinya pitam. Apatah lagi koma.
Ivy
menarik nafas panjang yang tajam, kembalikan nafasnya yang hilang sebelum
mengeluh melihat satu lagi tangga yang dia perlu daki.
Noted yourselve… semester
ni, atur jadual sebaiknya dan elakkan kembali ke bilik sepanjang hari desis hatinya sebelum mengumpul semangat yang tinggal untuk naik
satu lagi tingkat untuk ke biliknya.
Dia
juga salahkan kepenatannya ni kearah tiga puteri yang menjengkelkan,
terserempak dengan tiga puteri itu di laluan Academy semasa dia ingin mencari
The Great Wizard Merlin untuk bincangkan kelas Magicnya dengan orang tua itu
tapi terbatal bila trio gila itu mendesak Ivy untuk kembali ke asrama kerana
Ceremony itu akan bermula hanya dalam masa 5 jam.
Mereka
kata 5 jam tidak cukup untuk bersiap untuk majlis pembukaan tahun baru Academy
itu.
Dan
Ivy tak faham sangat kenapa mereka beria-ia Ivy pergi ke sana. She Hates it. No. Despise the ball.
Mereka
heret Ivy macam karung kembali ke asrama dan sekat dia di dalam bilik Gwen dan
Apple Red (mereka dah jadi roommate sekarang) untuk membantu Ivy dalam make upnya.
Cara
Ivy bermake up teruk sangat ke sampai mereka haramkan Ivy make up wajahnya
sendiri untuk malam itu???
Ini
buat Ivy merungut dan menjerit bila mereka membersihkan
wajah Ivy sepenuhnya. Buat emergency treatment pada wajahnya yang pucat supaya
kelihatan lebih ‘bernyawa’ mereka kata.
Apa?
Mereka fikir Ivy tu Vampire ke?
Setelah
penyeksaan yang ditawarkan kepada Ivy ditangguhkan kerana mereka juga perlu
bersiap untuk majlis tersebut, Ivy mengambil kesempatan ini untuk melarikan
diri dari trio gila itu dengan menyelinap keluar sesenyap yang mungkin. Nasib baik Diaval melarikan diri dahulu
semasa Ivy kena heret kalau tak tentu Ivy kantoi dengan bunyi kepak burung
Diaval.
Dan
kita kembali ke masa sekarang; Ivy tanpa make up pada wajahnya di tangga
tingkat tiga asrama yang kosong. Kepenatan dengan segala karenah yang telah
terjadi pada hari itu. Dia sendiri tertanya pada dirinya samada jika dia perlu
ke majlis itu ke tak? sebab dia ada perasaan kalau dia pergi tentu tambah teruk
jadinya. Dan dia bukan maksudkan sabotaj yang mungkin akan berlaku pada Majlis
malam tu.
Ivy
kembali mendaki tangga terakhir itu sebelum merempuh masuk kedalam biliknya dan
biarkan dirinya bertiarap, mencium carpet biru nila itu. dia dah tak larat
untuk semua sandiwara Enchanted itu.
Dia
nak tidur!! Berehat! katilnya yang memanggil namanya dengan mendayu-dayu,
selimut mengibaskan tangannya memujuk Ivy untuk naik keatas katil dan bantal
empuk yang gebu itu menunggu ketibaan kepala Ivy untuk bermesraan bersamanya
sepanjang malam. apatah lagi pada malam yang sejuk itu. lagi selesa untuk
lelapkan mata.
Dengan
segala kudratnya yang tinggal, secara dramatic dia mengheret dirinya ke
seberang bilik dan mendaki katil tersebut seperti zombie tiada kaki.
“Ahhhh~~~”
Dia tak pernah rasa begitu selesa di atas katil empuk itu dan tenggelamkan
dirinya secara rela. Menikmati tangan-tangan selimut memeluk dirinya secara
automatic kerana dia menghempap badannya diatas katil itu.
Dia
alihkan pandangannya ke katil Ezra dan perasan nota kuning melekat pada pintu
bilik.
Ia
tertulis; Out first… rehearsing Grand
Finale.
Oh ya…. Persembahan Ezra…. Desis hatinya dengan nada malas. Dia hampir lupa tentang janjinya
kepada roommatenya. Tak ganggu dia time persembahannya lagi, walaupun Ivy
sebenarnya sememangnya nak kacau Ezra
kerana dah tahu dia gemuruh time Grand Finale itu.
Mungkin aku tak patut pergi
desis hati Ivy agak lega dengan pilihan itu kerana
sekarang dia rasa agak penat. Dia mungkin tertidur dalam berdiri bila dia di
sana juga nanti. It’s boring!
Dahi
Ivy terus berkerut bila dia rasa sesuatu di dalam udara, kehadiran gelap yang
Ivy kenali dan segera bangun dari baringnya. “Jack….” Nama tersebut buat hati Ivy tenggelam dengan penuh
kebencian.
Nak
tak nak dia kena pergi. Perasaan bermalasan dan menikmati katilnya kena
ditangguhkan. Dia dapat rasakan lelaki itu ada kena mengena dengan bau busuk
sumpahan itu.
Tepat
pada waktunya, Diaval terbang masuk kedalam biliknya melalui tingkap dan
mendarat di pangkuan Ivy. “Hey D. Bersedia untuk tengok aku memperbodohkan
diriku?” Soalnya dan mengusap badan burung gagak itu.
Diaval
menyahut, sepertinya dia ketawa kecil dan menggeleng.
Ivy
juga tertawa kecil. “Hey, boleh tolong aku tak?” Ivy tersenyum nakal melihat
Diaval sengetkan kepala tanda persoalan. “Aku nak tidur sejam. Bangunkan aku
lepas tu?”
Ivy
tahu sangat apa yang Diaval akan katakan kalau dia cakap macam tu, walaupun dia
tak faham bahasa burung.
“Aku
penat sepanjang hari ni. Kang aku tetidur time makan kat sana and I need my
energy untuk lindungi diri aku kalau something happen tonight.” Dia cuba
yakinkan Diaval dan melihat burung itu mengangguk membuat Ivy tersenyum.
“Yeay….” Bisiknya sebelum menguap.
Ivy
meletak Diaval ketepi sebelum merebahkan dirinya semula di atas katil dan
melelapkan mata. Tak sampai seminit, dia dah pun terlena, tidak sedarkan diri
dari dunia Reality itu selama sejam.
>X<
George
menutup pintu biliknya dan menyandar pada pintu itu dengan satu keluhan
melepasi celah bibirnya.
Akhirnya segala tugas
berkaitan Camelot dan seluruh Enchanted dah selesai
desis hatinya lega sebelum senyuman manis terukir pada bibirnya.
Walaupun
dia sibuk sepanjang cuti itu dan kurang mendapat rehat yang secukupnya, entah
kenapa dia rasa bertenaga tanpa sebab!
Ini
mungkin kerana dia teruja untuk buat satu hela yang Putera Raja Camelot tak
sepatutnya lakukan. Menipu yang dia tidak akan ke majlis pembukaan tahun baru
Academy sedangkan dia sememangnya akan
pergi.
Terima
kasih kepada tema majlis itu pada kali ini kerana dia boleh menyamar menjadi
orang lain dan tidak timbulkan sebarang perhatian yang tidak diinginkan. Ye
lah, dia kan Putera Raja Camelot dan juga Enchanted, mustahil tiada siapa tidak
tumpukan perhatian kepadanya dan menjangka yang Louis akan menghiburkan
tunangnya sepanjang malam itu.
No.
Kali
ini Louis ingin menikmati malamnya bersama orang yang dia sayang. Lantaklah
mereka fikir Putera George tidak hiraukan rakyatnya. Lantaklah Putera George
tidak ingin menikmati waktu istimewa itu bersama tunangnya. Putera George lebih
mementingkan kerja dari rakan-rakannya. Putera George yang tidak pandai
berseronok, putera George itu, Putera George ini.
Ini
malam, ini kali dia ingin menjadi Louis.
Hanya
Louis.
Dan
meluangkan masa bersama Ivy.
Hanya
Ivy.
Membayangkan
dia menari di lantai menari bersama Ivy membuat dia tersenyum sendiri. Tipulah
kalau dia kata dia tak pernah inginkan menari bersama Ivy didalam Majlis
Formal. Call it an obsession,
halusination or whateve…. Dia sebagai orang Enchanted, sentiasa ke majlis
tari menari, dah tentu akan terbayang menari dengan perempuan yang dia suka
sekali dua. Bukan menari dalam majlis sahaja, malah banyak lagi yang berkaitan
dengan etika diraja.
Dia
berjalan merentasi biliknya menuju ke walk in closet di mana baju formal untuk
malam itu telah tersedia rapi oleh pekerja istana.
Baju
dan masknya tergantung rapi di tengah-tengah bilik itu membuat Louis tersenyum
puas. Penjahit diraja menjalankan tugas
mereka dengan sempurna. Ingatkan diri untuk berikan mereka ganjaran esok pagi
sebelum kembali ke academy desis hatinya, kagum melihat pemakaiannya yang
agak simple dan luxurious pada masa yang sama.
Take
notice; baju Formal Louis tidak ada kena mengena dengan tanah Camelot langsung
menandakan ia sesuai untuk penyamarannya.
Tiada
siapa akan cam Louis pada malam itu nanti.
“I
think the ball already started.” Bisiknya kepada diri sendiri teringatkan malam
telah lama menguasai alam sebelum dia kembali ke biliknya.
>X<
Ivy
terbangun secara mengejut. Rambutnya berserabut seperti mukanya sekarang. tapi
Kepalanya pula kosong. Tidak tahu apa nak fikir tapi dia rasa cemas semacam.
Jadi
matanya jatuh ke Penjaganya yang berada di sisinya, menyahut dengan kuat, punca
Ivy bangun dari tidur.
Kenapa Diaval bangunkan
dia?
Mata
Ivy membesar, teringatkan punca dia tidur dan kenapa dia perlu dibangunkan pada
waktu malam oleh Diaval.
“THE BALL!!” jeritanya lebih nyaring dari suara Guardiannya dan melompat turun
dari katil. “Oh lord, Oh lord, Oh lord, Oh lord!! Kenapa kau tak bangunkan
aku!”Ivy membuka pintu almarinya dengan kasar dan mula mencari gaunnya. Dia
dengar Diaval bersuara membuat dia menjeling dari bahunya.
“This
is your fault, you dim-witted-chicken!” gelangnya percikkan sedikit elektrik
tanda kemarahannya ingin marak. “And where’s that damn bloody gown??”
Diaval
hanya memutarkan bola matanya melihat karenah Ivy yang membelek baju-bajunya
dengan kasar. Diaval dah cuba bangunkan Ivy dengan jeritan yang dia boleh buat
tapi anak jagaannya itu tidur mati!! Macam batu, tak berganjak langsung! Dia
gigit tangan Ivy, menarik rambutnya dan juga menggigit hidung Ivy kerana
terpaksa tapi dia ditepis dengan mudah seperti seekor lalat pada Ivy.
Dan
dia salahkan Diaval kerana tak bangunkan dia??? That forsaken child of barbarian Hood—
“AAAARRRGGGGHHHH!!!” Jeritan
unlady-like Ivy menarik perhatian Diaval dan burung gagak itu juga terkejut
sepertinya. Dia terbang ke tiang rehatnya bila Ivy meletakkan gaun tersebut di
atas katil.
Muka
Ivy pucat. Lebih pucat dari warna kulitnya yang sebenar melihat keadaan gaunnya
sekarang ini.
Bawah
Gaun Ivy koyak rabak seperti seseorang telah mengoyaknya menggunakan gunting
dan bahagian atas gaun itu pula penuh dengan cat berwarna terang. Hijau muda,
biru muda, pink, dan macam-macam lagi warna terang yang dah kering. Sepertinya
ia telah di rosakkan pada waktu tengahari atau petang.
SIAPA BERANI SABOTAJ
IVY??????
Ivy
jatuh berlutut di kaki katilnya, dah tidak bermaya untuk rasa marah dan biarkan
dirinya rasa kekalahan yang dia sendiri tak tahu punca kekalahannya itu.
“Ini
ke plan sabotaj yang mereka rancangkan? Terhadap aku?”
Apa
yang dia tahu ialah dia rasa sangat kecewa. Dia sebenarnya teringin ke majlis
tersebut dan buat kali pertama teruja untuk majlis itu! Selalunya dia akan cari
alasan untuk tidak pergi ke mana-mana keramaian tapi… bila dia ingin pergi…
walaupun sentiasa merungut tentangnya… Niatnya tak tercapai kerana seseorang
telah rosakkan gaunnya.
Kenapa sekarang? kenapa tak
dari semester lalu lagi? desis hatinya tidak faham
dengan si pensabotaj. Kalau ini salah satu niat pembulian mereka seperti apa
yang Gretel katakan semester lalu.. kenapa mereka nak buli Ivy sekarang? Samada
mereka semua tu bodoh kerana ingin mati di tangan Ivy atau mereka terlalu
berani untuk berhadapan dengan ahli sihir kejam itu.
Atau mereka tahu Ivy dah
tak berkuasa kerana gelang emas itu.
Fikiran
Ivy terganggu bila dia rasa renjatan tepercik pada lengannya. Renjatan tersebut
makin kuat seperti mana hatinya naik marah, membara kerana rasa tercabar dengan
mereka yang pandang rendah terhadap kelemahan Ivy sekarang ini.
“Tak…
Tidak….” Dia menggeleng kecil. Dia tak boleh marah… dia kena kawal
kemarahannya. Kalau mereka lihat tangannya melecur lagi tentu mereka risau,
timbulkan banyak persoalan kenapa Ivy marah sehingga biarkan dirinya melecur
seperti ini.
Jadi
dia memejamkan mata secara perlahan. Mengira didalam hati dan menarik nafas
dalam untuk beberapa kali sehingga hatinya kembali tenang dan gari di
pergelangan tangannya itu berhenti merenjat dia.
Ivy
kembali membuka mata, perkara pertama dia lihat ialah Diaval yang berdiri di
hadapannya, sengetkan kepala seperti Diaval risaukan keadaan anak jagaannya.
Ivy
tersenyum kecil, memberi tahu secara senyap yang dia tidak apa-apa. tapi
senyuman itu juga menunjukkan dia sedikit sedih.
Sedih
kerana dia sememangnya dalam keadaan lemah tanpa magicnya.
Sedih
kerana dia berada di dalam kalangan musuh dan kena menahan segala perasaan
sebenar yang dia ingin luahkan.
Sedih
kerana dia tak boleh ke majlis pembukaan Academy itu untuk melihat malapetaka
yang Puteri Ais itu akan buat nanti.
Lebih
menyedihkan…
dia
tidak pandai menjahit untuk perbetulkan gaunnya.
“I
bet the Lords are laughing at me right now.” Katanya dengan nada sarkastik
sebelum bergerak ke tingkap biliknya. Duduk di tingkap sil itu bersama Diaval
diatas pangkuannya dan membuka jendela tersebut. melihat suasana meriah yang
berlangsung di Academy sekarang. penuh dengan cahaya terpancar di langin malam
dan pelajar Academy yang berpakaian serba mewah keluar dari asrama menuju ke Academy
melalui Jambatan.
Tersenyum
riang dan bersenda ketawa sesama sendiri dan pasangan mereka.
Ivy
menyandar pada bingkai jendela, melihat suasana yang bersinar, berwarna-warni
menari dibawah langit malam yang ditemankan ribuan bintang yang begerlipan, umpama
menari bersama keriangan yang sedang berlaku di dalam perkarangan Academy.
Kereta kuda dari luar istana yang mempunyai pelbagai bentuk dan perhiasan
lambang kerajaan tersendiri kelihatan tiba di hadapan pagar utama Academy,
Wanita dan lelaki yang keluar dari kereta kuda tersebut berpakaian serbah mewah
dan unik. Para wanita itu memastikan gaun mereka lain dari yang lain dan akan
terserlah di lantai tarian nanti. para budiman juga tidak kurang segaknya.
Bersuit hitam, putih, kelabu dan banyak lagi warna yang menarik perhatian para
wanita untuk ingin menari dengan mereka. rambut di sikat kemas dan topeng yang
unik menyembunyikan wajah mereka membuat mereka kelihatan sangat mysterious dan
menggoda pada masa yang sama.
Ivy
menghembus nafas dalam. Tak kah Ivy rasa ironiknya bila dahulu kecil dia
sentiasa tepersona melihat buku-buku fairy tale yang menggambarkan majlis tari
menari seperti ini? Buku yang dibacakan oleh Ayahnya pada waktu malam sebelum
dia masuk tidur. Mendengar suara lunak ayahnya membaca setiap ayat yang
berbaris didalam buku itu dengan penuh kesabaran dan kasih sayang, senyuman
halus terukis pada wajahnya bila dia cuba fahamkan ivy yang empat tahun
bagaimana bentuk gaun orang Enchanted dan juga perhiasan istana yang
bertentangan dari Vicious.
Ivy
yang dahulunya suka mendengar Ayahnya membaca buku-buku cerita tentang
Enchanted, teringin melihatnya dengan matanya sendiri. Ayahnya berjanji untuk
tunjukkan padanya suatu hari nanti bagaimana suasana majlis tari menari
Enchanted yang sebenar.
Tapi…
Setelah
Ayahnya pergi meninggalkan dia, Ivy mula menanam kebencian terhadap Enchanted
hanya untuk menimbulkan rasa benci terhadap ayahnya sendiri.
Dan
sekarang? dia rasa kagum melihat suasana malam majlis tari menari itu.
Ivy
tertawa pada dirinya sendiri itu kerana mempunyai niat amatur. Sebanyak mana
pun dia bencikan tanah yang penuh kebaikan itu, dia tak boleh bencikan ayahnya.
Lelaki itu ialah seseorang yang sangat penting dalam hidupnya. Dia yang
membantu Ivy dalam waktu sukarnya dengan hati kedua yang muncul dalam hatinya.
Menyembunyikan dan melatihnya untuk menyembunyikan hati misteri itu dari
Ibunya.
Menyelamatkan
hari-hari suram Ivy bila Ibunya kecewa akan kegagalan Ivy dalam mengusai magic
asas.
Lelaki
itu ialah Ayah Ivy yang dia sanyangi.
Tapi
juga dia benci.
Kerana
Ayahnya telah buat Ivy bersumpah untuk tidak membuang empunya hati yang tidak
diketahui didalam dadanya itu.
Ivy
terus menyentuh dadanya bila dia rasa hati itu tenggelem. Dia merintih
kesakitan.
Diaval
mendongak melihat anak jagaannya dengan risau. dia menyahut kecil menarik
perhatian Ivy.
Ivy
tersenyum tawar. “Hati ni buat hal lagi.Cuma kali ni kesedihannya lebih dalam
dari sebelumnya. It hurts.” bisiknya
dan memejam mata dengan erat. Sekali lagi dia rasa kesedihan yang amat itu
merebak di dalam dadanya. Ivy rasa dia tenggelam di dalam lautan gelap dan
tidak dapat bergerak langsung untuk selamatkan dirinya. Dia rasa kebas satu
badan. tidak dapat membuka mulut untuk meminta tolong mahupun untuk bernafas.
“Oh Lord… This old heart will be the
death of me.” Katanya dengan nada sarkastik sebelum dia merintih sekali lagi.
“Tak boleh ke kau berperasaan seperti sebelumnya? Marah dan penuh dengan
dendam? I need that emotion in me! Bukan kesedihan…. This sad lonely feeling!
Be mad!!” Bisiknya dengan nada kasar. Kesakitan itu masih lagi membakar
dadanya. “Supaya aku boleh gunakannya untuk hancurkan Enchanted.”
Diaval
hanya mengangguk, tidak dapat buat apa-apa selain melihat anak buahnya
menanggung beban didalam dadanya itu. Walaupun dia telah membuang hatinya yang
sebenar, hati milik seseorang tidak dikenali itu tidak akan pergi. Kerana Ivy
telah bersumpah dengan ayahnya untuk tidak akan membuangnya walauapapun
berlaku.
Dia
melihat Ivy menarik nafas dalam dan satu badannya kembali relaks, dia kembali
menyandar pada bingkai jendela biliknya sebelum pandang semula keluar tingkap.
“How
nice….” Bisiknya dengan nada mendatar sambil mengusap badan Diaval. Dia cuba
melupakan kesedihan hati pendua itu. “Now I felt like Rapunzel stuck in a
tower.” Katanya dengan nada lawak yang pahit. “Patut ke aku nyanyi lagu ‘I’ve
got a Dream’?”
“Atau kamu boleh nyanyikan
lagu ‘A dream is a wish’.”
Satu
suara lembut bak loceng berdering kedengaran dari dalam biliknya membuat Ivy
berpaling bertetangan.
Mata
ahli sihir muda ini membesar melihat satu cahaya biru yang cerah muncul di
sudut biliknya dan secara perlahan membentukkan diri menjadi seorang manusia
bersayap kaca dengan senyuman manis.
“Good
Evening my dear….”
“Fairy Godmother???”
>X<
~To be continue~
(A/N: Salagadoola mechicka boola bibbidi-bobbidi-boo, put them together and what did you got? bibbidi-bobbidi-boo!! *sambil menghayunkan kayu sakti angah kearah u readers* See you at the next part of the chapter!!)
[Previous] | [MiT] | [Next]
ohhhhh myyyyy.... angah. .cepat laaaaa sambunggggg .....cepatlaaaaaa angah...........
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Oh my... So many mulitples aaaaa's, gggg's and ohhhh myyyy's... Hahahaha angah tak boleh tolak permintaan ni, angah akan cuba post secepat y mungkin!! Wait naaaaa *huggsss*
DeleteAngahhhhh! Hurry up! Pos laa smbngannya. *cry cry*
ReplyDelete*Bagi tisu kat fyzrin* no-no, don't cry! Angah dlm proses karang chapter seterusnya! Angah buat secepat y mungkin!! (つд⊂)
Deletewahhhhh double triple besssssstttttttt -nsk
ReplyDeleteHeyyy!! Ooh nsk? Bunyi macam commentr baru ヽ(゚∀゚)ノ! Hahaha apapun, thanks for the compliment!! *hugs&kisses*
DeleteWow!!!!!! [Speechless]b( ̄▽ ̄)d
ReplyDeleteWuuuuuuuuuuuuuuuhuuuuuuuu!! [Breathless] o(≧∇≦o)
Delete