Twenty-second L.O.V.E
(Sebelum kita mula... angah akan balas komen bab sebelumnya sebab angah tak boleh buka website untuk chapter tu... KTW dah block.. he-he-he....
anonymous ~ccc(,)(,) : Angah kena call hospital tanjung rambutan sebab awak dah gila meroyan! hahahaha and angah rasa habit jahat Ivy dah melekat kat angah sikit.. huhuhuhu Sorry not sorry love!
Kembar Maleficent: *sedia fire extinguisher dalam tangan* Kalau bendalah ni tak menjadi Angah call Ezra; the ice Princess untuk bekukan kemarahan awak. huhuhuhu
Nurul Nabila: Babe! Your comments I jawab semua kat sini okay?? Thanks for all the comment in some of the chapters honey! I appriciate it sooooo much! and your plea has been heard by the author... Enjoy this new chapter darling! (^3^)
Yup... that's all for now and Hope you like it--and don't kill me for this Chapter!!)
<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Ivy the Evil Devil
“Would you please stop talking about my
room?” soalnya sakit hati sambil memicit-micit dahinya. “I giving me a
headache. I felt bad about it already so don’t rub it in setiap kali Korang
ungkit pasal mimpi buruk dan bad mood aku.”
Apple hanya menggeleng, dah biasa dengan
nada kasar Ivy. “Anyway, siapa pijak kau? Putera George ke?”
“Jack…”
Langkah Apple Red terhenti. “Jack…. Maksud
kau pakwe Jill? Dia pijak kau ke?—”
“Tak-tak bukan itu.” Potong Ivy cemas,
matanya meliar keudara seperti dia sedang perhatikan sesuatu yang tiada siapa
boleh lihat. “Jack!” jeritnya geram
dan berlari bertentangan arah dari mana mereka datang.
“Hey
Ai—Tunggu!” Apple Red terus mengejar Ivy dan meminta maaf kepada pelajar lain
bagi memihak Ivy yang melanggar mereka. “Ivy! kenapa ni?!”
Ivy berdecit. “Dia dah buat Hal.” Katanya
dengan nada rendah hampir buat Apple Red tak dengar.
Mereka berlari turun ke loby Academy dimana
ramai pelajar berkumpul. Apple red yang termengah-mengah kerana penar berlari
agak terkejut melihat pelajar berada di depan pintu loby sekarang.
“Apa dah jadi—Oh my star…” Dia juga perasan
terdapat pelajar di tingkap Wing C di setiap tingkat dan juga beberapa pelajar
di bawah. “Ivy?”
Ivy mengendahkan panggilan kawannya itu dan
kembali berlari masuk ke dalam wing C untuk turun ke bawah untuk melihatnya
dengan lebih jelas.
“Move it—” Arah Ivy kepada pelajar yang
berada di depan pintu belakang Wing C dan Berjaya berada di depan menara
Pengetua Merlin. Matanya terbeliak bulat bila dia lihat siapa yang berada di
depan menara tersebut, berlutut dan terikat di hadapan the Great Wizard Merlin.
~Sambungan~
“Ha—”
“Hansel!” Gretel
lalu di sebelah Ivy dan berlari kearah abangnya tapi dihalang oleh Pengajar
sekolah. “Let go of me!—Abang!”
Kenapa hansel berada di sini? Macam mana
Jill boleh menangkap Hansel ke sini??
“You Idiot!
Lepaskan abang aku!” jerit Gretel marah bila Jill menarik tali ikatan Hansel
membuat dia jatuh mencium tanah.
“I can’t do that.”
Kata Jill sambil menggeleng. “Dia sepatutnya dah mati. Kenapa dia tiba-tiba
muncul pula? Kau sembunyikan dia ke?—”
“No!” Gretel
memotong, masih bergelut untuk melepaskan diri. “Dia tak pernah mati dia—”
“Dia berada di tanah
Vicious.” Pengetua Merlin bersuara membuat mereka memandang kearah lelaki tua
itu. “It’s rather a complicated story.” Katanya dengan keluhan.
Damn…. Macam mana
ini boleh terjadi?! Desis hati Ivy cemas dalam diam. Matanya meliar melihat
makin banyak pelajar datang untuk melihat kejadian tersebut dan pandangannya
jatuh ke seorang lelaki dalam kalangan pelajar, sedang tersenyum kearah Ivy
dengan pandangan sinis.
Jack! Dia merancang semua ni!! Dia tahu plan
Ivy tentang Hansel dan Gretel dan dia nak musnahkan kerja kerasnya! Membongkarkan
rahsia pertemuan mereka dengan menggunakan Jill supaya dia tiada kena mengena
dengan ni dan cuba memerangkap Ivy. Jack sedang mencabar Ahli sihir muda ini…
dia sedang mengancam Ivy. Berani dia menguji Ivy the Devil.
“Apa dah jadi ni?”
Ivy merasakan
seseorang menyentuh bahunya dan berpaling ke tepi. Ezra.
Ivy menggeleng
laju. “A-Aku—”
“Ia salah saya Pengetua.” Ivy berpaling kearah
mereka semula, kearah Gretel.
Apa dia tengah buat ni?
“Saya guna Black
magic untuk bawa Hansel ke hutan Mahligai. Kami dah berjumpa beberapa kali
sebelum ni kerana saya menggunakan black magic untuk membuka portal ke—”
“Gretel!” Hansel
menjerit, menyuruh adiknya diam. “Tuan, dia tak tahu apa-apa tentang ni. Semua
ini salah saya. saya hanya nak jumpa dengan Gretel sekali je untuk tahu macam
mana keadaannya tapi.. tapi saya terbawa-bawa dan sentiasa berjumpa dengannya
sampai sekarang.”
“Abang!” sahut Gretel menahan tangisannya.
“Tolong jangan bela aku!”
“Aku tak bela
sesiapa!”
Mereka
menyembunyikan kebenaran tentang Ivy… mereka sebenarnya membela Ivy.
Tapi kenapa?
Ini buat Ivy tak
sedap hati. Kenapa mereka nak bela ahli sihir jahat seperti Ivy? Dia menyentuh
hatinya yang mula sakit. Tidak sanggup melihat dua kawannya cuba sedaya upaya
untuk melindungi Ivy. This is not right… mereka tidak boleh buat macam tu. ia
salah.
“Enough!” Pengetua Merlin mengetuk
tongkatnya di tanah membuat angin kuat datang darinya meniup dengan kencang
hampir buat mereka semua terlontar. Membuat Hansel dan Gretel menutup mulut,
juga mengembalikan tumpuan Ivy kepada mereka.
“Saya hanya nak
kebenaran.” Katanya dengan tegas kali ini dia tidak sembunyikan lagi
perasaannya dengan ketenangan. Merenung kearah Hansel, kurang sabar dengan
lelaki muda di hadapannya ini. “Bukan pergaduhan bela-membela. Tell me the
truth.”
Ivy melihat Hansel
tertunduk, menggeletar kerana ketakutan dengan nasibnya sekarang ni. Gretel mula
menangis didalam tahanan pengajar Academy. Makin banyak pelajar dan Pengajar
datang untuk melihat kejadian ini. Royal Fairy pun telah tiba, agak terkejut
melihat Hansel berada diperkarangan Gracious Aademy dan juga tiga puteri;
Hanna, Gweneth dan Apple Red berada di jambatan bersama Putera Edward.
Kelihatan risau terhadap Gretel.
Pandangan Ivy
jatuh ke dua beradik diraja yang baru sahaja tiba di sisi kawan-kawannya di
jambatan. Puteri Charlotte dan Louis.
Ia buat Ivy
menyentuh rantai didalam bajunya. Tak.. tak.. tak.. Dia kena buat sesuatu tapi
apa? Kalau dia mengaku Ivy akan kembali ke Viciouse berdepan dengan ibunya. Dia taknak. Jika dia diamkan diri..
kawan-kawannya dalam bahaya.
Apa patut dia
buat? Fikirannya bercelaru sekarang ni. Dia tidak boleh berfikir dengan lurus
kerana terpengaruh dengan mimpi buruknya. Dia tak tahu apa nak buat! Ivy tak
tahu mana satu dia nak percaya. Mimpi ngerinya atau apa yang dia ketahui
sekarang ni. Yang kawannya tak tahu apa-apa, yang mereka tidak buat apa-apa di
belakang Ivy. Dia nak percaya yang kedua tapi mindanya berkata sebaliknya.
Ivy mendongak ke
langit yang mendung mencari kelibat Guardiannya dan sedikit lega bila dia lihat
Diaval sedang terbang di atas mereka semua, juga melihat situasi itu.
Apa patut aku buat Diaval?
Apa kau nak buat?
Sepertinya Ivy
dapat baca Diaval dari pandangan mata burung gagaknya itu. Ivy menggenggam erat
rantai pemberian Louis dan mengangguk. Dia
tahu apa dia nak buat.
“Baiklah..” Hansel
akhirnya bersuara dan memandang Pengetua Merlin semula. “Sebenarnya ini semua
salah—”
“That enough
Hansel.” Ivy bersuara dan membuka rantainya. Dia keluar dari kalangan pelajar
sambil memasukkan rantai itu ke dalam poketnya. Wajahnya kelihatan kosong,
tiada siapa boleh baca ekspresi wajah Ivy sekarang ni.
Diaval turun dan
mendarat pada tangan Ivy yang didepakan sebelum Ivy meletak Diaval di bahunya.
“Kau tak perlu nak cari alasan untuk bela aku lagi.”
“Ivy…”
Pelajar Academy
mula bising, berbisik sesama sendiri, tertanya apa sebenarnya dah berlaku
sekarang ni. Apa pula kena mengenanya dengan Ivy tentang dua beradik ini?
“Cik Ivy.” Pengetua Merlin kelihatan
berang. Dahinya berkerut, mengetahui Apprentiecenya ada kena-mengena dengan
masalah ini. “What is the meaning of this?”
Ivy tampil ke
hadapan Hansel, tidak gentar langsung dengan suara tegang Mentornya. “Saya
takkan minta maaf kepada Tuan kerana semua ini idea saya. I meant it all.”
katanya membuat mereka semua terkejut. Termasuk kawan-kawannya.
“Ivy… apa kau buat
ni…!” bisik Hansel menahan marah. “Kau sia-siakan—”
“Shut it.” Ivy menjeling kebelakang
bahunya. Menyuruh Hansel tutup mulut sebelum memandang Pengetua Merlin semula.
“I manipulate them dan guna mereka untuk kepentingan saya.”
“Abang… Ivy buat
apa tu?” Soal Charlotte berpaut pada lengan abangnya. Takut melihat situasi
tegang di bawah mereka. “Ivy cakap benda yang Char tak faham…. dia jahat ke?”
Louis mengeleng
perlahan. “A-Abang tak tahu…” Ivy… what
the hell are you doing??!
“Apa yang kamu
cuba sampaikan kepada saya ni Cik Ivy?” kesabaran Pengetua makin tipis.
Atmosfera di sekeliling mereka semakin berat dengan setiap minit yang berlalu.
“Kamu nak katakan yang kamu menggunakan magic kamu kearah kejahatan?”
“Tak.” Ivy
menjawab dengan senyuman sinis. “Saya rancang temukan mereka berdua sebelum
saya datang ke sini lagi. semasa saya masih menggunakan Black magic.” Katanya
sambil mengusap badan Diaval. “The Truth is, saya merancang untuk mengambil
kesempatan atas mereka berdua untuk mendapatkan kepercayaan orang Enchanted.”
Apa?! Hansel dan Gretel terkejut mendengar pengakuan
Ivy. bukan itu sahaja, kawannya yang lain juga terkejut mendengarnya.
Terutamanya pengetua Merlin.
“Guna si abang
untuk mendapat kepercayaan si Adik. Thank goodness dia membenci saya pada masa
tu, so it easier for other people untuk percayakan saya selepas Gretel berkawan
dengan saya.” Dia menarik sengih kearah rakan-rakannya di atas jambatan. “Such
a pity they fall for it so easily.”
“Why You—” Gretel ingin menyerang Ivy
tapi pengajar the three musketeers menahannya. “Kau penipu!”
“Heh… Kau betul
tentang tak percayakan aku. Jangan
percayakan seorang villain.” Katanya dengan renungan maut. “Apapun, mereka
berdua hanya mangsa dalam rancangan saya.” katanya dengan nada sedikit
terhibur. “Hansel betul-betul nak jumpa adiknya. Of course… sebagai kawan saya
akan tolong dia. kau sendiri tahu kan Hansel? Aku takkan berbuat baik tanpa ada
niat tersendiri?”
Hansel berdecit,
merenung kearah Ivy dengan jijik. “Tapi aku tak sangka kau sanggup pergunakan
aku.”
“Meh… I enjoy
playing with my food.” Katanya tidak takut dengan Hansel langsung. “It fun
while it lasted.”
“Dan apa tujuan
kamu buat semua ni?” Pengetua Merlin kembali bersuara. Menarik nafas dalam,
sedalam yang mungkin untuk tenangkan hatinya yang membara. “Apa tujuan kamu
sebenarnya? Mendapat kepercayaan kami, menjadi apprentiece saya dan semua ini
untuk apa?”
“Isn’t
it obvious? Just to F*ck you up.” Katanya dengan nada rendah, mengancam. “Kau
ingat aku nak ke datang ke Enchanted ni? HAH! datang ke sini buat maruah aku
jatuh di Vicious! Do you even know who I am? I’am Ive the Devil, ahli sihir
terkejam, terkeji dan tidak berhati perut di tanah ini! Then your little owl
datang cuba menggugat gelaran aku.”
Ivy menyentuh dadanya tujukan pada diri sendiri. “Kau ingat aku ni naïve sangat
ke akan termakan dengan surat tawaran tu, ‘ceremony purification yang kononnya untuk menukar sumber magic,
Good Deed untuk menguatkan magic aku? Kau ingatkan aku buat semua tu sebab kau
fikir aku akan jadi baik ke?” Ivy menarik sengih sebelum ketawa terbahak-bahak
sehingga satu sekolah dengar ketawa wickednya.
“Haiiihlah…”
dia mengusap air mata ketawanya secara dramatic. “Aku rancang untuk
mempermainkan the great wizard Merlin dengan mengikut kemahuannya kerana memaksa
aku datang ke tempat hodoh ni dan tuah menyebelahi aku kerana sejarah dua
beradik ni.” Katanya mendepakan tangan kearah Hansel yang berlutut di
belakangnya.
“LISTEN
EVERYONE!” dia menjerit sekuat mungkin, memastikan semua orang mendengar Ivy
dengan jelas. “Nak tahu kenapa Hansel berada di Tanah Vicious? Nak tahu siapa
bunuh Fairy Fauna? Nak tahu apa sebenarnya dah terjadi pada tragedy 10 tahun
lalu?? You guess it!! Here’s the
‘young villain’ yang kononnya dah mati yang telah ‘membunuh’ Fairy Fauna.” Ivy
tersenyum puas melihat wajah terkejut semua pelajar academy. Mula bising
tentang perkara itu dan melontarkan banyak persoalan kepada sama sendiri.
“Oh
there’s more…” Ivy menjungkit kening kearah Pengetua Merlin. Mencabar ahli
sihir tua itu. “Kalau korang ingat Orang tua ni ‘Hebat’ sangat, Royal Fairy ni
‘Adil’ sangat. kenapa mereka humban seorang budak lelaki berumur 10 tahun yang
tidak tahu betul dan salah ke dalam Tanah Vicious? Tempat di mana true Villain
tinggal?? Sedangkan mereka tahu kenapa budak
malang ni mencuri kayu sakti Fairy Fauna. Mereka tahu Gretel sakit. Mereka
tahu mereka hanya ada sesama sendiri dalam dunia ini dan mereka tahu yang
Hansel tidak bersedia untuk lepaskan satu-satunya keluarganya yang tinggal
selepas ibubapa mereka dah mati. Ya…” Ivy menarik nafas dalam. “betul Hansel
salah menggunakan kayu sakti tu untuk sembuhkan adiknya, dia sanggup korbankan
nyawanya untuk selamatkan adiknya sedangkan dia tidak mempunyai magical core.
Dia hampir mati disebabkan menggunakan kayu sakti itu dua kali.”
“Menyelamatkan
nyawa adiknya dan tidak sengaja membunuh Fairy Fauna.” Ivy berpaling memandang
tiga Royal Fairy dengan senyuman sinis. Matanya bercahaya bersama bajunya
terbakar dengan api Jingga tanda dia teruja. “Dua fairy yang sedih kawan
baiknya mati. Mereka membalas dendam atas kematian fairy Fauna dengan menghukum
budak lelaki itu—budak 10 tahun yang tak tahu baik buruk itu tanpa
belas kasihan dan menghumban dia ke Tanah Vicious tanpa menghadap pengadilan.
Oh dear… is the little fairy gone bad?” Soalnya buat muka terkejut sebelum
kembali tersenyum sinis. “Yes… yes they are. Mereka ketepikan semua ‘moral’
mereka dan buat perkara yang bukan ‘orang enchanted’ akan buat. Tidak berhati
perut dan memisahkan dua beradik yang yatim piatu ini.”
“AND
THAT’S THE TRUE STORY OF THE 10 YEAR TRAGEDY!” Sahut Ivy keudara, finale
penutup storytellingnya. “Well, back to my story….” Dia kembali memandang
mereka semua. “AKu gunakan mereka untuk dapatkan kepercayaan semua orang dan
menjadi apprientice Pengetua Merlin—lucky me. Hanya untuk mempermainkan the
Great Wizard Merlin.. Oh what a beautiful day it is.” Katanya dengan riang
sambil memandang langit yang mendung. “Finally I can get it all out from my
system. Few… that is a lot of saliva to swallow right?” soalnya memandang
Hansel dengan senyuman manis. Terlalu manis.
Senyap….
Mereka semua
senyap, tidak memberi sebarang riaksi, hanya memandang Ivy dengan ekspresi
wajah yang terkejut, tergamam.
“Oh come on…
Cerita tu taklah sedih sangat.” katanya dengan nada terhibur sambil mengipas
tangannya. “Apa kata tragedy 20 tahun lalu? tentang The All famous Robin Hood
dan kakak dia, The Red Riding Hood? This is more interesting—”
“BER.HEN.TI.”
Aura berat datang
dari The Great Wizard Merlin dan angin taufan muncul secara tiba-tiba. Bola di
tongkat saktinya bercahaya dengan kuat dan badannya mengeluarkan cahaya putih,
tanda dia sangat marah.
“Cukup. Ivy.” katanya dengan nada
mengancam.
Diaval menjerit di
bahu Ivy dengan kuat sebelum terbang pergi kerana angin kuat itu boleh bawa
burung kecil itu pergi, jadi dia beredar ke tempat yang lebih selamat.
Ivy menarik
sengih, menyembunyikan rasa takutnya. Dia tak pernah rasa magic sekuat itu
dalam seumur hidupnya. ia sepertinya satu bom kuat yang merbahaya di hadapannya
yang tunggu untuk meletup pada bila-bila masa sahaja dan menghancurkan kewujudan
yang ada di sekeliling mereka.
“Well… well… well…
Tengok siapa dah cabar kesabaran the Wee
Wizard Merlin?” soalnya sambil sengetkan kepala. Berjaya menyembunyikan
ketakutannya. “Apa kau nak buat? Bunuh aku? Go ahead dan langgar peraturan
pertama Enchanted. Never kill if it was
threatening. Saya mengancam seluruh Enchanted ke? No.” dia menjawab
soalannya sendiri. “Saya hanya mempermainkan Pengetua Merlin. Mentor kesayangan
saya.”
Ivy mendepakan
kedua tangannya kesisi, sepertinya dia menyerah diri tapi senyumannya tetap
melekat pada bibirnya. “Do it and make the same mistake you do. Over… and over
again.”
Ahli sihir muda
ini memastikan matanya terbuka untuk melihat apa yang The Great Wizard Merlin
akan buat kepadanya kerana aura berat itu semakin kuat dari sebelumnya. Tapi
harapan Ivy punah kerana semua kehebatan dan keterujaan datang dari Ahli sihir
tua itu hilang dengan serta merta. Angin berhenti bertiup, langit kembali cerah
dan cahaya putih disekeliling Pengetua Merlin telah hilang.
Pengetua Merlin
arahkan tongkat saktinya kearah manteenya. “Ivy the Devil, You are expaled from
this Academy dan akan kembali di tanah kelahiran kamu malam ni juga.” Katanya
dengan tegas. “Kembali di tanah Vicious.” Dia memandang Hansel pula. “Kamu akan
mendapat pengadilan kamu petang ini dan tiga Royal Fairy wajib datang ke pengadilan ini.”
Setelah itu dia
kembali memandang kearah Ivy. “Kamu akan diletakkan dibilik kurungan Academy
sehingga pengadilan Hansel selesai dan dikembalikan ke Vicious.”
The Three
Musketeers melepaskan Gretel, membiarkan dia pergi kepada abangnya dan
menangkap Ivy pula.
“Get your hand of
him.” Marah Gretel menolak Jill ketepi dan membuka ikatan pada tangan abangnya.
“Abang okay?” dia melihat Hansel mengangguk membuat Gretel tersenyum lega.
Ivy membiarkan
dirinya ditangkap dengan senyuman nakal terpapar pada wajahnya. “Well, Pengetua
buat keputusan yang betul kali ni.” Katanya sebelum pengetua Merlin lenyap dari
penglihatan mata.
Dia memandang
semua orang yang ada di tempat itu dengan senyuman puas terpapar pada wajahnya.
Memandang rakan-rakannya yang ketakutan dijambatan, Tiga Puteri Itu sepertinya
tidak percaya yang Ivy sebenarnya jahat selama ini. termasuk Putera Edward
kelihatan kecewa.
Senyuman Ivy makin
lebar bila dia lihat wajah kecewa Louis yang memeluk adiknya yang menangis.
Setelah itu
pandangannya jatuh kearah lelaki yang buat harinya kucar-kacir tapi indah pada
masa yang sama.
Jack.
Lelaki itu
merenung tajam kearah Ivy sambil mengetap gigi, perasaan marah yang amat kearah
Ivy.
Heh.. kau ingatkan kau boleh ugut ivy the
Devil? Sebelum kau hancurkan kesemua rancangan aku, biar aku yang bertindak dahulu
dan khianati mereka dengan mulutku sendiri. Apapun rancangan mu selepas ni
takkan berlaku lagi kerana ia telah checkmate.
Catur Hitam menang.
“Come
mademoiselle.” Salah satu the Three muskerteers bersuara, menolak Ivy dengan
perlahan kearah bilik tahanan Academy berada. Di bawah menara Pengetua Merlin.
Ivy sempat
memandang Hansel dan Gretel, memberi senyuman tawar sebelum bergerak pergi,
dibawa oleh tiga pengajar itu.
“Wait!” Hansel
segera bangun, ingin mencapai Ivy tapi Gretel menahannya. “Ivy, tunggu!”
Ivy berputar
memandang Hansel. “Hmm?”
“Why?”
Ivy tersenyum.
“Sebab aku berjanji untuk temukan kamu berdua semula. aku tak pernah mungkir
janji.”
“Tapi kau tak
berjanji untuk satukan kami semula.” Hansel menegas.
“Really?” Soalnya
dengan muka tidak bersalah sebelum tersenyum nakal. “Bagi aku ‘temukan’ dan
‘satukan’ adalah maksud yang sama.” Dia mengenyit mata dan beredar dari tempat
itu. Meninggalkan Hansel yang tergamam mendengar jawapan Ivy.
>X<
Beberapa jam
kemudian….
Ivy berada di
dalam sebuah bilik kecil terletak di bahagian bawah menara Pengetua Merlin,
bilik tersebut kosong dan kotor. Tiada pintu kerana ia hanya boleh dibuka oleh
mereka mempunyai magic sahaja. Ivy tidak dapat menggunakan magicnya kerana
tangannya digari dengan magic Merlin, menghalang dia menggunakan magicnya.
Hanya tingkap
kecil sahaja yang ada di bilik kecil itu, satu-satunya lubang untuk Ivy melihat
apa yang berlaku di luar bilik itu. Masalahnya, diluar bilik itu hanyalah
laluan kosong dengan dinding batu yang sama dengan dinding penjaranya.
Ivy mengeluh.
“Pengadilan Hansel dah bermula ke?” Soalnya pada diri sendiri sambil memandang
gari tangannya. Semua barang peribadinya telah diambil oleh pengajar tadi
sebelum meletakkan Ivy di dalam bilik tersebut dan dia tak tahu kemana beg
sandanya disimpan.
Kayu sakti dan
buku jampinya ada di dalam beg tu.
Ivy segera
mendongak melihat kearah tingkap penjaranya bila dia dengar bunyi loceng(?)
datang mendekati biliknya. Dia menjungkit kaki untuk melihat siapa yang datang
kerana tingkap tersebut agak tinggi baginya.
“My child!”
“Fairy Godmother?”
Ivy menjungkit kening hairan. “bukannya sekarang ni pengadilan ke?”
“Yes, dalam masa
beberapa minit.” Katanya kelihatan agak cemas. “Ivy, saya nak tahu sesuatu
sebelum saya ke pengadilan Hansel.”
“Apa dia? soalnya
cuba bertahan untuk berjungkit tapi kakinya mula sakit dan mengalah. Dia
berdiri seperti biasa. “Cakap je, saya mendengar.”
“Kenapa kamu
beritahu masalah Hansel dan Gretel kepada semua orang? Kita boleh bincangnya
dengan baik tanpa buat kekecohan seperti ini.”
Ivy menarik
sengih. “For justice.” Ivy menyandar dibawah tingkap penjaranya dan memandang
siling bilik itu. “Saya tahu kalau berbincang secara Private, resultnya nanti
saya dan Hansel akan kembali ke Vicious. Meninggalkan Gretel kembali
bersendirian. So, kalau semua pelajar tahu, Pengetua Merlin kena buat
pengadilan public. Membuat keputusan yang adil untuk semua orang. Keputusannya
hanya saya sahaja yang kembali ke Vicious.”
“Dan Hansel?”
“Dah tentu tinggal
di Enchanted. Pelajar Academy semua baik. Mereka akan simpatikan budak 10 tahun
dari pari-pari beratus tahun.” Katanya dengan senyuman kecil. “Pengetua Merlin
tahu pelajar akan sokong Hansel bersama pada Gretel semula dan nak tak nak dia
juga kena hukum Fairy Flora dan Fairy Marywether.”
“Macam mana pula
tentang kamu mempergunakan Hansel dan Gretel?” Soalnya lagi.
“Setengah darinya
betul. Ya, saya pergunakan sejarah mereka untuk dekati Gretel tapi saya tiada
niat nak bongkarkan kepada Pengetua Merlin tentang pertemuan mereka. I have to
sebab saya taknak Hansel dalam masalah. Cukup saya buli adik dia.” Ivy ketawa
kecil sebelum ia pudar. “It fun while it lasted. Bermain dengan mereka semua….
Gretel, Apple Red, Gweneth, Hanna, Putera Edward. Puteri Charlotte dah tentu,
siapa boleh benci budak tu?” Soalnya dengan senyuman teringatkan Charlotte yang
tersenyum riang. “Hansel…. Dah setengah tahun aku tak nampak dia, tup-tup jumpa
balik time macam ni. Nampaknya ini hari akan jadi perjumpaan terakhir kami.”
“Kamu tak sedih ke
tinggalkan Academy ni? Saya tahu kamu bencikan Enchanted tapi…”
“Saya akan
merindui tempat ni tapi sedih tak.” Ivy menggeleng kecil. “Fairy Godmother
patut pergi sekarang. Taknak terlambat ke pengadilan Hansel pula.”
Fairy Godmother
terdiam untuk seketika sebelum mengangguk. “Baiklah.”
“Fairy Godmother?”
Pari-pari ini
kembali memandang tingkap penjara Ivy. “Yes my Child?”
“Tolong sokong
Hansel kembali ke Enchanted. Dia terlalu baik untuk jadi orang Vicious.” Pinta
Ivy dengan suara rendah tapi jelas. “Dan…” Ivy mengeluarkan rantainya dari
poket jaket bajunya. “Please take this dan berikan kepada Charlotte. Beritahu
dia, saya sebenarnya gembira bila dia datang ke perpustakaan temankan saya
setiap hari dan sentiasa berada di sisi Putera George bila dia dalam kesusahan.
Senyumannya ialah kekuatan Putera George dan…” Dia menarik nafas dalam. “And
Never to forget me.”
Fairy Godmother
agak terkejut mendengar permintaan Ivy tapi dia akur dan mengambil rantai itu. “Baiklah.
I will.” Katanya membuat Ivy tersenyum lega.
“Thank you.”
Fairy Godmother
menyentuh dadanya rasa sedih mendengar ucapan terima kasih Ivy. sepertinya dia
bersedih meninggalkan tempat itu. Dia sia-siakan peluangnya di Enchanted hanya
untuk seorang kawan. Tak… untuk sebuah keluarga.
Fairy Godmother
tunduk melihat seorang budak perempuan yang menutup mulutnya menahan diri dari
mengeluarkan sebarang suara. Menangis dalam senyap. Air matanya deras mengalir
turun membasahi tangannya.
“Come my child.”
Bisiknya menolong Charlotte untuk bangun dan naik semula ke bilik pengetua
melalui tangga yang ada di menara tersebut.
Sebaik sahaja
mereka tiba di pejabat Merlin, keluar dari antara rak buku di bilik itu;
Charlotte terus memeluk Fairy Godmother menangis dalam dakapannya.
“Shhhshhhshhh….
There-there… jangan risau Tuanku, saya janji semua akan okay. Jangan menangis
lagi.” bisiknya sambil mengusap belakang Charlotte, menenangkan puteri kecil
itu.
Charlotte hanya
mengangguk tapi dia tetap tidak berhenti menangiskan keadaan Ivy sekarang ni.
Dia nak cakap yang; Ivy tidak jahat, dia tidak pernah jahat. DIa berlakon jahat
untuk selamatkan Hansel dan Gretel tapi tiada suara yang keluar hanya tangisan
dan tersedu-sedu.
“Here…. CIk Ivy
ingin kamu memegangnya.” Fairy Godmother memakaikan rantai itu kepada puteri
Charlotte. “kamu dengar apa yang dia cakapan tadi kan?”
Charlotte
mengangguk masih menangiis teresak-esak tapi tak seperti sebelumnya dan
memandang rantai milik Ivy. Ini buat dia rasa nak menangis lebih kuat. “Ini
rantai kesayangan Ivy…” bisiknya dengna nada menggeletar. Dia sentiasa perasan
yang Ivy selalu pakai rantai tersebut kemana sahaja dia pergi. Ia penting bagi
Ivy dan dia berikan kepada Charlotte.
Charlotte akan jaga rantai itu dengan baik
sehingga Ivy kembali ke sini Desis hatinya sedih dan menutup mulutnya
menahan diri dari menangis sekali lagi.
.
.
“Aaaarrrggghhh!!!”
Louis melontar
kerusi meja belajarnya kearah cermin almarinya membuat ia pecah menjadi
serpihan kaca jatuh bak kepingan salji ke atas karpet hijaunya.
Kemarahannya
menggelegak dalam dirinya sehingga apa yang dia ingin baut ialah menghancurkan
semua barang yang berdekatan dengannya. Menghancurkan apa-apa sahaja atau
sesiapa sahaja yang dekat dengannya.
Cadar katilnya
ditarik hingga koyak dan melontar bantal-bantalnya ke pintu biliknya, barang di
atas meja belajarnya ditolak ketepi, jatuh bertaburan. Almari buku dirobek dari
dinding dan jatuh terhempap membuat semua barang kaca, fragile dalam almari itu
pecah.
Louis
termengah-mengah, mula rasa penat dan dia menyandar pada dinding biliknya
sebelum menggelongsor kebawah, terduduk sambil menutup mukanya dengan satu
tangan. Sebelah lagi rehat di lututnya.
Dia marah.
Tersangat marah.
Marahkan semua
orang.
Dia marah kepada Hansel
kerana muncul tiba-tiba dan buat kecoh. Dia marahkan Jill kerana bawa Hansel ke
Academy. Dia marah dekat Pengetua Merlin dan juga Royal Fairy. Dia marah dekat
dirinya sendiri! Dia tidak boleh buat apa-apa semasa kekecohan itu berlaku. Apa
yang dia boleh buat ialah melihat dari jauh. Dia benci pada dirinya bila dia
tak dapat buat apa-apa sedangkan dia ada kuasa.
Masalahnya
kuasanya terhad! Dia hanya putera Mahkota dalam latihan. Bukan Raja!
Disebabkan ini dia
melepaskan marahnya didalam bilik seorang diri. melupakan semua tentang
tatasusila seorang Putera dan melepaskan segalanya yang terbuku didalam hati.
Namun…. Entah
kenapa, dia tak dapat nak marahkan Ivy. Dia telah mengkhianati mereka semua,
dia mengaku dia mempergunakan mereka semua untuk kenakan Pengetua Merlin, dia
mengaku dirinya jahat dan tidak pernah sesekali ingin menjadi baik dan semua
kelakuannya hanyalah satu lakonan.
Tapi Louis tetap
tak dapat marahkan dia. Hanya dia seorang Louis tak boleh marah…
Nafas Louis
menjadi pendek dan dadanya mula rasa sakit. Matanya menyengit menggungat untuk
mengalirkan air mata dan Louis memicit kedua matanya cuba menahan sebarang air
mata keluar tapi gagal. Ia tetap turun membasahi pipinya.
Shit.. shit-shit-shit-shit! Dia menumbuk
lantai di sebelahnya dengan setiap perkataan disebuat dalam hatinya, melepaskan
sisa perasaannya yang masih ada didalam dirinya.
Sekali lagi Ivy
akan hilang dalam hidupnya. ini kali kedua Louis akan kehilangan Ivy dan dia
tak boleh buat apa-apa tentangnya!
Kenapa ia harus
jadi begini? Semasa hubungan mereka dah kembali pulih seperti dahulu pasti ada
sesuatu akan menamatnya di tengah jalan. Menarik Ivy keluar dari hidupnya,
Satu-satunya kenyataan didepan mataya di rampas oleh takdir semula.
Dia taknak
kehilangan Ivy lagi! dia taknak Ivy kembali ke Vicious. Entah bila lagi dia
akan berjumpa dengan orang yang dia sayang. Mungkin tidak akan…
Kenapa Ivy? kenapa
kau pertahankan Hansel dan Gretel?? Kau korbankan tempat kau di Enchanted untuk
mereka berdua. Dia mungkin akan bertukar tempat dengan Hansel. Ivy pergi dan
Hansel tinggal di sini.
Louis berharap dia
boleh buat sesuatu untuk halang Ivy kembali ke Vicious. Dia sanggup buat apa
sahaja untuk Ivy kekal disisinya. Walaupun dia hanya boleh lihat dari jauh yang
penting dia ada dipandangan matanya. Dia tak sanggup kehilangan perempuan itu
lagi.
Ketukan pintu
biliknya membuat Louis menahan nafasnya. Diamkan diri dari membuat sebarang
suara yang akan buat pelawatnya curiga.
“Tuanku?
Pengadilan Hansel akan bermula. Tuanku diminta untuk ke bilik persidangan
sekarang.”
Louis menarik
nafas dalam beberapa kali dan mengelap mukanya dengan tangan. “Baiklah.” dia
mengawal suaranya dari pecah. “Saya datang dalam masa beberapa minit lagi. You
may go now.”
Ivy pertahankan mereka pasti ada sebab. Louis
berharap sangat Ivy buat semua ini ada sebabnya. Dia tak dapat terima yang Ivy
betul-betul mempergunakan semua orang untuk kepetingannya sendiri.
Dia kenal Ivy dari
kecil lagi dan dia tak pernah fikir tentang dirinya sendiri. Louis berharap
tanggapannya betul.
Tolong
jadikan tanggapanku betul… desis hatinya, berharap sebelum beredar dari
bilik yang tukang pecah itu ke bilik persidangan dimana pengadilan Hansel akan
diadakan.
>X<
Bulan telah naik
menguasai langit malam bersama ribuan bintang sebagai peneman pada malam yang
sunyi itu. Semua penghuni Academy kembali ke asrama dan rumah masing-masing, tidur
untuk menamatkan hari yang kucar-kacir itu dan bersedia untuk memulakan hari
baru apabila matahari kembali terbit.
Pada tengah malam,
setelah kejadian Hansel muncul di Academy dan pengadilan Hansel dijalankan di
bilik persidangan Academy telah dijalankan tanpa gangguan lagi, Ivy akhirnya
dilepaskan dan sekarang berada di depan pagar utama Academy bersama hanya beg
sandang tergantung di bahunya dan juga Burung gagaknya yang setia di bahunya.
Dia dikeluarkan
pada waktu malam untuk mengelakkan pelajar lain berjumpa dengan Ivy. setelah
pengakuan Ivy tentang dirinya seorang Villain, ia agak bahaya untuk Ivy
berjumpa dengan mereka lagi kerana takut pelajar akan mencederakan Ivy ataupun
yang sebaliknya.
Bagi Ivy dia pergi
dengan senyap adalah cara yang terbaik kerana dia taknak berdepan dengan
sesiapa. terutamanya kawan-kawannya, dia taknak mereka datang dan minta
penjelasan tentang tindakan Ivy. Sama
seperti mimpi ngerinya. Tak… biarlah ia sebagai mimpi ngeri dan tidak
dijadikan sebagai satu kenyataan.
Sekarang dia
berada di pagar utama Academy menunggu pengiringnya datang mengambilnya dan
bawa dia kembali ke Vicious.
Teringatkan tempat
tinggalnya membuat Ivy menelan air liur kelat. “Hey D, aku tak pernah rasa
segemuruh ni untuk balik rumah. Kau rasa apa akan terjadi kalau aku kembali ke
sana?” Soalnya dengan suara mendatar, tiada perasaan langsung diletakkan dalam
nadanya. Dia hanya merenung keudara sambil memikirkan apa yang orang Vicious
akan buat kepadanya.
She probably dead meat as soon she step into
Vicious that obvious…
Lamunan Ivy
terhenti bila dia terdengar bunyi disebalik semak dan segera berpaling
kebelakang. “Siapa tu?”
Tapi tiada. Ini
buat Ivy memandang Diaval untuk seketika sebelum mengeluarkan kayu saktinya
kearah semak tersebut. Dia membaca satu mantera dan kayu saktinya bercahaya.
“Wait! Wait!—Ivy!”
“Hansel?” Ivy
segera turunkan kayu saktinya dan memandang sekeliling. “Kau kat mana?”
“Depan kau.”
Jawabnya membuat Ivy pandang hadapan. “Aku guna invisibility potion yang kau
bagi kat Gretel. So, uncharm me.”
Ivy menghayunkan
kayu saktinya dihadapannya dengan mantera pendek membuat lelaki halimunan itu
kembali kelihatan pada mata kasar. “Apa kau buat kat sini? Kau sendiri ke?”
Hansel meramas
rambutnya dan mengangguk. Dia kelihatan gelisah. “Ya. aku datang nak beritahu
kau tentang pengadilan aku.”
“Kau akhirnya
dapat balik ke sini.” Ivy tersenyum kecil. “Aku dah tahu tentang tu.” katanya
dan menumbuk bahu Hansel bila lelaki itu murung. “Jangan sedih sangat lah, aku
boleh jumpa kau di hutan mahligai kalau kita ada masa free.”
“Lubang di tembok
tu dah ditutup.” Ini buat senyuman Ivy pudar. “Time pengadilan mereka tanya
macam mana aku boleh berada di hutan Mahligai dan aku terpaksa cakap pasal
lubang tu—tapi jangan risau, aku kata kita jumpa lubang tu sama-sama dan ia
idea kau untuk masuk ke seberang. Kita jumpa seminggu sebelum kau dapat surat
tawaran tu.”
Ini buat Ivy lega.
“Thanks sebab back up aku.”
Hansel mengangkat
bahu dengan kedua tangannya didalam poket seluar. “Hey, kau dah selamatkan aku
dengan Gretel. Atleast ini aku boleh buat untuk kau.” Katanya dengan senyuman
tawar. “So, kau betul-betul akan kembali ke Vicious?”
“That’s my home
Hansel—”
“Tapi kau akan
mati di sana.” Hansel bersuara dengan tegas tapi matanya menunjukkan dia risau.
“Jangan nak tipu aku Ai. Aku tahu apa kau akan kata; ‘mereka tidak berani bunuh Ivy the Devil, mereka menempah maut.’ Dan
‘Aku anak Maleficent, ibu aku akan marah
tapi takkan bunuh anak sendiri’ atau ‘Kau
Hansel baik fikir nasib kau di Academy dari nasib aku di tanah aku sendiri. Kau
tu bekas Vicious.’ Kau tak boleh sembunyikannya dari aku.” Katanya membuat
Ivy agak terkejut. “Kita berdua tahu apa akan terjadi sebaik sahaja kau
menjejak kaki semula di tanah Vicious tu.”
“Kau/Aku akan
mati.” Jawab mereka serentak cuna berlainan ekspresi wajah. Hansel cemas tapi
Ivy tidak tunjukkan sebarang ketakutan langsung.
“Then merayu dekat
The Great Wizard Merlin Ai, beritahu mereka apa akan jadi bila kau kembali ke
vicious, beritahu mereka tentang rancangan Maleficent dan Jack Skellington. Aku
tak nak kau mati—”
“Cukup Hans.” Ivy
menyentuh bibir Hansel dengan jari telunjuknya. Tersenyum kecil dan menggeleng.
“Ivy the Devil tidak akan pernah merayu.” Katanya dengan nada rendah.
“This is not about
your pride anymore Ai!” Hansel menepis tangan Ivy, matanya merah menahan diri
dari menangis. “Ini nyawa kau kita cakapkan, kau sanggup mati untuk maruah?”
Ivy hanya diamkan
diri untuk seketika. Menggenggam erat kayu saktinya.
Hansel menunggu
untuk Ivy bersuara tapi nampaknya Ivy tetap berkeras untuk kembali ke Vicious.
“Then aku akan beritahu pengetua Merlin. Aku akan beritahu semuanya dan kau tak
akan kembali ke Vicious! Kau tak boleh mati sebab ibu kau—” Ivy melontarkan ‘hipnotise spell’ kearah Hansel membuat
lelaki itu berdiri tegak, kembali tenang dan memandang keudara.
“Hansel, Listen to
me.” Ivy bersuara membuat Hansel tunduk memandang Ivy. “Kau takkan beritahu
sesiapa tentang aku ingin memusnahkan tembok berduri itu kepada sesiapa, kau
takkan beritahu sesiapa apa yang kau tahu tentang rancangan orang Vicious dan
setiap kali orang tanya kau hanya mengelak seperti kau tak tahu apa-apa. Dan
kau lupa kita pernah buat perbicaraan ini. Faham?”
Hansel mengangguk
sekali dengan perlahan tanpa matanya berganjak dari Ivy.
“Good.” Ivy
memetik jarinya menamatkan pukauannya dan melihat Hansel menggeleng sebelum
memegang kepalanya.
“Sorry… apa yang
aku cakap tadi? aku terfikir tentang sesuatu tadi.” katanya dengan
tersengih-sengih. Tidak ingat langsung tentang rayuan kepada Pengetua Merlin.
Ivy tersenyum
kecil bila dia perasan salji mula turun dari langit dan mendongak melihat ke
dada langit malam. “It’s snowing. First snow fall mesti petanda buruk untuk
seorang Villain.” Katanya mencebik membuat Hansel tertawa.
“Nampaknya aku
takkan jumpa kau lagi.” sahut Hansel kembali memandang rakan baiknya. “Will you
miss me?”
Ivy terus memeluk
Hansel dengan erat, dan memejam matanya. “Don’t forget me.” Bisiknya dan merasakan
Hansel jatuhkan bahunya, akhirnya melepaskan perasaan yang dia tahan selama ini.
Menyembunyikan wajahnya di bahu Ivy. “Never Forget me.”
“I won’t….no one
won’t sebab Aku akan ceritakan kepada budak-budak kecil di sini tentang kau
sebagai bedtime story mereka. supaya kau tidak akan lenyap di Enchanted ni,
supaya tiada siapa akan lupakan kau. No one will ever forgotten your sacrifice..”
Bisiknya dah tak kesah suaranya pecah. Memeluk Ivy seerat yang dia boleh.
Ivy tertawa kecil
dan menepuk belakang Hansel dengan lembut. “Thank you Hans…” bisiknya sebelum
melepaskan pelukan mereka. “Kau patut pergi sekarang. Kenderaan aku akan sampai
beberapa minit lagi.”
Hansel hanya
memandang wajah Ivy untuk seketika sebelum mengangguk. “Okay. Okay….” kali
kedua dia menyebut tanda dia bersedia melepaskan Ivy. “See ya and don’t want to
be ya!” katanya cuba berlagak gembira walaupun air matanya masih lagi basah di
pipi dan menghilangkan diri di sebalik semak.
Ivy pula hanya
melambai kecil. “Goodbye Hansel… Thanks for everything.” Bisiknya sedih. Tiada
air mata perlu di tangiskan.
Tidak lama
kemudian, kenderaannya tiba di pagar utama dan Ivy menaikinya bersama Diaval di
bahunya semula.
Setelah kereta
kuda itu bergerak pergi, jauh meninggalkan perkarangan Gracious Academ, Ivy
menghayunkan tangannya kearah Diaval. “Turn into a human.”
Diaval berubah dan
duduk berhadapan dengan anak jagaannya. “Kau tak takut ke?” Soalnya dan
mencapai tangan Ivy yang sejuk. Dia memang takut. Tapi kenapa dia tak
tunjukkan pada wajahnya?
“I am… tapi aku
bersedia.” Katanya dengan hembusan nafas panjang. “Kau tak perlu risau tentang
aku lagi D.”
Dahi Diaval
berkerut. Ini bukan Ivy yang aku kenal…
ada sesuatu yang tak kena padanya. Matanya kosong, sepertinya tiada lagi
semangat yang tinggal dalam diri Ivy. Ini kali pertama aku lihat Ivy seperti
ini desis hatinya risau.
Diaval pernah
melihat seseorang seperti ini dahulu. Ivy sepertinya seseorang yang telah
mengalah, putus segala harapan untuk hidup. Sama seperti seorang yang dia kenal
berpuluh tahun yang lalu.
Mata Diaval
terbeliak bulat. “Ivy… dimana hati kau sebenarnya?” soalnya melihat anak jagaannya
yang memalingkan kepala kepadanya. “Sebelum ni… ia di mana?”
“I locked it
away.” Jawabnya membuat Diaval sekali lagi terkejut.
Sebab tu dia masih ada perasaan bertimbang
rasa terhadap nasibnya dan bertolak ansur dengan orang Enchanted… kerana hati yang
dikunci boleh dibuka bila dia inginkan desis hati Guardian Diaval. Itu bermaksud selama ini dia masih berhati.
“Kau mengunci hati
kau lagi?” Soal Diaval sekali lagi hanya mendapat renungan kosong Ivy. “Did you
curse it?”
Ivy tersenyum
kecil. “Jangan risau Diaval. Kekosongan ni hanya untuk sementara waktu.”
DIa menyumpah hatinya sendiri Desis hati
Diaval dengan horror. Sebab tu mata Ivy kelihatan kosong dan tidak merasakan
apa-apa kecuali kekosongan di dalam dirinya. Sebab itu dia tidak menangis bila
Hansel menangis. Tidak takut bila dia sebenarnya takut. Mindanya katakan apa
yang dia patut rasa tapi hatinya tidak dapat merasakan apa-apa langsung. Kerana
dia telah menyumpah hatinya yang telah di kunci untuk tidak mengeluarkan
sebarang perasaan langsung. Termasuk perasaan benci, keji, dendam dan semua
perasaan buruk yang orang Vicious ada.
Sebab tu Ivy
seperti ini….
Kerana dia tidak
ingin rasa apa-apa bila dia berdepan dengan ibunya. Dia tahu apa yang ibunya
akan buat kepadanya dan dia tidak ingin menyimpan dendam terhadap ibunya
sendiri.
“Kita akan sampai
ke sempadan.” Sahut pengiringnya membuat mereka berdua berpaling kearah tembok
berduri yang akan terbuka untuk mereka.
Diaval terus
memeluk Ivy dengan erat membuat Ivy sedikit hairan tapi tidak mempersoalkan
bila Diaval melepaskannya. “Turn me into a bird.” Arahnya memegang kedua-dua
bahu Ivy, mata tepat memandang mata Ivy.
Ivy menghayunkan
jarinya kearah Diaval. “Into a Bird” Dia melihat burung gagak itu terbang
keluar dari kenderaan mereka dan melepasi tembok tersebut sebaik sahaja ia
terbuka. Terbang pergi ke tanah Vicious dahulu sepantas yang mungkin.
Ivy hanya
memandang tembok berduri itu terbuka luas untuk kenderaannya masuk tanpa ada
sebarang riaksi pada wajahnya. Dia tidak rasa takut, marah, sedih atau gemuruh
bila dia semakin dekat dengan pagar berduri itu. Dia hanya rasa kekosongan
dalam dirinya.
Ivy menyandar pada
kerusi empuk kereta kuda itu dan memejam matanya dengan perlahan. Bersedia
untuk bertemu dengan takdirnya. Bersedia untuk lenyap didalam dunia itu.
Bersedia untuk
berdepan dengan The Almighty Evil Sorcerers Maleficent.
Sementara itu, di
atas bumbung Library; Louis melihat kearah langit gelap yang menyelubungi tanah
seberang dengan perasaan sedih. Teringatkan Ivy yang telah pergi dalam hidupnya
sekali lagi.
Dalam tangannya
ialah patung Kristal Ivy yang dia ambil dari bilik mereka yang terbakar.
Mengambilnya sebelum Sprites academy membuang semua barang milik Ivy.
MInda Louis tidak
dapat menerima kenyataan yang Ivy telah kembali ke tanah seberang semula.
semasa Ivy datang ke Enchanted, Louis ingat mereka akan kembali bersama.
Ia agak susah
untuk impian Louis menjadi kenyataan. Tapi hubungan mereka bertambah baik dari
masa ke semasa. Pertama kawan rahsia, selepas itu menjadi civil, dan secara
rasmi menjadi kawan. Louis ingatkan kalau Enchanted telah menerima Ivy, Louis
akan beritahu perasaannya semula kepada Ivy dan akan memutuskan pertunangannya
dengan Julliana. Louis tahu dia akan mendapat tentangan besar dari Raja Camelot
tapi kalau Enchanted dapat menerima Ivy, dah tentu Ayahnya sendiri akan
menerima perempuan yang dia cintai itu.
Tapi…
Malangnya masa
yang Louis inginkan impiannya tercapai tidak panjang. ia dah berakhir sebelum
Louis perasan dia dah kesuntukan masa. Impian tinggal menjadi angan-angan.
Bunyi petir besar
berwarna hijau menyambar di tanah Vicious membuat Putera Raja ini Terkejut
sehingga patung Kristal dalam tangannya jatuh pecah di depan kakinya.
Petir berdentum
itu sangat kuat hingga satu Enchanted boleh mendengarnya dan ia buat Louis
tidak sedap hati. Dia memandang kearah tanah Vicious dan melihat awan gelap itu
mula bergelora dan petir sambar menyambar di sana.
Matanya terbeliak
bulat. “Ivy….”
Hansel yang berada
di bumbung asrama Academy, masih risaukan Ivy juga terdengar dentuman kuat yang
menyeramkan. Dia segera memandang kearah mana tanah Vicious berada walaupun dia
tidak dapat melihatnya dari situ.
Seluruh darahnya
menjadi sejuk dan jantungnya berdegup dengan kuat mengetahui siapa yang buat
dentuman itu. Hanya seorang sahaja boleh buat dan itu ialah Maleficent.
Muka Hansel
menjadi pucat.
Tak mungkin….
“IVY!!!!”
>End of L.O.V.E<
MUST READ!!!
And that’s the End of L.O.V.E! dan di
sambung ke Volume seterusnya F.A.T.E!!
Angah takkan biarkan cerita ni habis macam tu je sedangkan masih banyak
persoalan tidak terjawab di dalam cerita ni! Angah rancang untuk buat Cerita
ni mengikut situasi. ^___^
Lavender of Venus Encounter a.k.a L.O.V.E berfokuskan tentang diri Ivy dan rancangannya untuk memusnahkan Enchanted. dalam perjalanan mencari cara mendapatkan kuasa yang lebih kuat untuk memusnahkan tembok tersebut tapi pada masa yang sama membongkar sedikit rahsia disebalik bayangan Pengetua Merlin juga. You know; the Believers and sumpahan yang Jack katakan~~~
Sekali pasal kisah romance Ivy dengan Louis; Villain becinta dengan Good Prince dan menempuhi pelbagai rintangan--of course benda ni akan ada pada setiap Volume. its a musth!!
Volume kedua pula F.A.T.E a.k.a Fairy’s’ And Tale’s Enchanting L.O.V.E.
!!!! dan dari sini kita akan lihat ke mana Idea angah berpanjangan.; Angah rancang kat sini kita kupas rahsia bahagian Enchanted pula… By The
Way: thanks to your support angah dapat buat cerita ni dengan perasaan gembira
dan sedih pada masa yang sama. *Blowkiss*
Anyhow-way-where-when…. See you in the new
Volume F.A.T.E ^____^
*With tragic love and
angst*
D-Un’Known
(P/S: I always want to
try novel with volumes huhuhuhuhu)
nak tahu jgk ape jadi dgn ivy..mak dia dgn tengkorak hidup tu buat ape dgn dia?
ReplyDeleteape perasaan merlin..bsalah ke apa?
"tengkorak hidup" HAHAHAHAHAHA angah gelak pecah perut fikir sape lah tengkorak ni... rupanya Jack Skellington..
DeleteAnd apa yang mereka nak buat pada Ivy... we'll wait next chapter dalam F.A.T.E (^_~) wait patiently my love <3 *Kisses*
Sis, saya pun nak tahu jgk apa jadi dengan Ivy. Anyway, karya sis tak pernah jemu untuk buat saya ternanti-nanti the next story.
ReplyDeleteAwwww.... thanks awak! angah gembira korang sukakan citer angah kali ni... it means all my hardwork paid off.. *cries in spanish*
Deletehaha.. anyways, sebarang spoilers takkan diberikan dalam sebarang komen ni. so, lets us wait and see!
Nak nangis..sob sob siannya ivy
ReplyDelete*Bagi kotak tisu y angah beli kat tesco beberapa bab yang lalu*
DeleteI will not responsible for your tears but I'd be glad to wipe it for you (,,9_9,,)
hhuhuhu u make me cry...hohoho lagi pass ke tanjung rmbutan ni..gelak...geram...sedih.... cukup pakej dh angah...but pls angah....sambng la cecepat...bcoz all the chapter make my day...hilang smua stress keje...duniawii...i just get in to ivy's world.... hoho
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Awww.... am glad citer ni menghiburkan hati korang! buat angah semangat nak karang cepat2! but angah dah ada kerja kat duniawi so kena tangguh juga dunia Ivy ni... huhuhuhuhu *Cries in Korean*
Deletestill rasa x cukup...apa jadi pada ivy...n dark magic ivy warna hitam ?...lu n ivy akan jumpa lagi x nanti ?..n rasa cam morgana tu malifiecient...just teka.Kadang2 rasa org enchanted lbh kejam...damm u make us suffer...tunggu en3 baru cepat2.
ReplyDeleteOH! Oh! oh! theory yang bagus pasal Morgana and Maleficent! and enchanted lebih kejam tu pun bagus jugak! BUT.... angah takkan bagi komen apa-apa pasal tu.. hehehehe
DeleteP/S: This is the first time someone 'damn'-ing me in the comment section... HAHAHAHAHAHA
tidak... tak sabar nak baca novel fate
ReplyDeleteJust wait okay??? angah takkan janji bila angah akan update sebab hal duniawi dah mula datang menyerang angah Hehehehe... be patient my readerss *kiss kiss*
DeleteAngah!!! Lmbt lagi k smbngannya? Angah suka sngt buat suspens! *cry*
ReplyDeletethere's not telling hujung minggu ni atau awal minggu depan akan ada n3 baru.. heeeeeee *Bagi tisu kat awak* relaxation depan lappy 24/7 dah berakhir. *Cry too*
Deletesuch a great story. enjoyed reading it. good job writer. hehehe *winkwink*
ReplyDeleteAww glad u enjoy my story (^^)/ and thank you for the compliment love!! Harap awak enjoy the continuous story in F.A.T.E too! *wink*wink*wink*
Delete