Eleventh L.O.S.T
Trust
“Mengambil Takhta kamu sebagai Pemerintah
pertama Enchanted?” Soal seorang Maharaja dari kerajaan Ababwa, memerhati
Putera George dengan teliti sambil mengusap janggutnya. “Selama tiga tahun ini
kamu mengelak untuk mengambil takhtah tersebut tapi kenapa sekarang berubah
fikiran pula? Is… your ‘wisdom’ already enough for you to take this throne?”
“Ini tanggungjawab
yang besar Putera George. Bukan perkara yang boleh dibawa main. setelah kamu
memegang pangkat ini, kamu dah tidak boleh tarik balik. Keselamatan Enchanted
dipikul sepenuhnya di bahu kamu. Are you sure you want to take it now?” Soal
Permaisuri Marida, dengan loghat Scotland yang pekat. Berpaling melihat
anandanya berdiri di hujung bilik dengan pandangan ‘seriously?’ dan Putera
Philipe mengangguk serious.
Putera George yang
duduk di kerusi takhtah yang terdapat di dalam bilik Meja Bulat itu; Mengangguk
dengan yakin. “Patik bersedia menerimanya.”
Para Raja dan
Permaisuri, juga putera-puteri wakil ibubapa mereka yang tidak dapat hadir yang
duduk di meja bulat itu saling berpandangan, berbisik sesama sendiri sedang
berbincang tentang keputusan putera sulung Camelot itu, sebelum berpaling
melihat Raja Arthur.
“This is rather a shocking decision Arthur… are you okay with your son decision?"
Melihat Raja Arthur hanya merenung anandanya dengan lama, renungan yang dingin
tanpa mengata apa-apa dan akhirnya dia hanya menghembus nafas berat dan
memejamkan mata.
Raja Philip, suami
kepada Permaisuri Aurora dah tahu apa maksud keluhan itu. DIa berpaling
memandang Putera George pula. “ adakah ini kerana Kemalangan yang menimpah
Puteri Charlotte beberapa hari yang lalu?” soalnya lagi “Putera George, hanya
disebabkan satu kemalangan yang tidak dijangka tidak bermaksud kamu boleh buat
keputusan terburu-buru—
“Patik dah lama
berniat untuk mengambil takhta tersebut.” Potong Louis dengan nada mendatar,
terdapat unsur kekuasaan didalam nadanya. “Secara jujurnya Patik ingin
mengambilnya setelah menghabiskan
pelajaran Patik di Gracious Academy. Ini kerana Patik mengambil lewa akan
tanggungjawab ini dan berfikir tiada apa akan berlaku jika Patik tidak
mengambil takhtah tersebut namun..” Louis diamkan diri sebentar, keningnya
berkerut sedikit dan memandang setiap pemerintah kerajaan yang hadir di tanah
itu dengan renungan serius. “Nasib yang menimpah Puteri Charlotte telah
menyedarkan Patik yang patik tidak boleh lari dari takdir patik sendiri. Patik
dilahirkan untuk memegang takhta sebagai seorang pemerintah Enchanted yang
pertama dan jika Patik melarikan diri dari takdir patik sendiri, perkara buruk
sahaja akan berlaku di tanah ini.”
“Sumpahan yang
terkena pada Puteri Charlotte ialah salah patik kerana mengambil lewa tentang
tanggungjawab patik yang sepatutnya telah menjadi Pemerintah Enchanted tiga
tahun lalu dan jika patik tidak tangguhkan pengtakhtahan patik, pasti perkara
seperti ini tidak akan berlaku. Patik akan focus kepada keselamatan Enchanted
sahaja dan bukan perkara lain seperti pelajaran patik di Academy.”
“Maafkan Beta tapi
beta harus membantah kata-kata kamu Putera George.” Maharani Cina; Wu Zetian
bersuara dengan penuh sopan santun dan suara dikawal ayu. Mengangkat matanya
yang tajam kearah Putera sulung Camelot dengan tenang. “Pembelajaran kamu
adalah sangat penting dan kami perlukan pemerintah yang berpengetahuan luas;
bukan sahaja dari bentuk pertahanan Putera George. Pemerintah yang baik juga
pentingkan pengetahuannya dalam melindungi tanahnya.” Kata Maharani ini.
“Seperti mangkat Lieutenant General Mulan. Mangkat Ibunda Beta; kedua Mental
dan Fizikal perlulah seimbang untuk jadikan diri seorang pemerintah yang baik.
Keseimbangan Ying dan Yang adalah mustahak Putera George.”
“Patik faham
Maharani Wu Zetian.” Putera George mengangguk sekali. “patik tidak mengatakan
patik akan tinggalkan pembelajaran patik sepenuhnya. Patik mengambil takhta ini
untuk melindungi Tanah Enchanted; tumpukan sepenuh perhatian pada Enchanted dan
pembelajaran beta akan diteruskan didalam istana.” katanya dengan senyuman
nipis. “My study will no longer in Gracious but inside the castle dimana saya
boleh fokuskan kedua-dua aspek ini dengan seimbang. A private tutor will be
hired. Lagipun, bukankah ia memberi banyak kelebihan jika patik memerintah
sekarang? Patik masih muda, itu betul tapi pemikiran patik juga tajam. Apa yang
patik belajar di Gracious telah patik mengetahuinya dari belasan tahun lagi;
patik mengambil kelas tambahan di Gracious dan juga di istana Camelot. Patik
mengetahui banyak benda dari putera puteri biasa.” Dia berhenti sejenak,
memandang mata-mata yang tumpukan perhatian padanya. “Tuanku semua tahu patik
telah bersedia dari tiga tahun yang lalu lagi dan keinginan patik yang
menangguhkannya atas sebab-sebab amatur. Sekarang, Patik tidak lagi memberi
sebarang alasan dan mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya. Bersedia untuk
memerintah Enchanted dan melindungi Tanah kita dari Villain yang ingin
menghancurkan keharmonian Enchanted. Jadi, patik ulang sekali lagi;
Louis bangun dari
kerusi takhtanya, berdiri dengan megah dihadapan pemerintah-pemerintah kerajaan
Enchanted. “Patik, Putera George Alexander Louis Pendragon, I will claim the
throne as the First King of Enchanted.”
Kesemua Raja dan
Permaisuri Enchanted berbisik sesama sendiri, berbincang dan melihat dari
anggukan dan jelingan lembut dari para pemerintah itu, Louis yakin mereka semua
sebenarnya bulat suara dan ini membuat Louis sedikit lega. Namun….
“If you take the
throne… what will happen to The Witch?” Suara Putera Edward menghentikan
perbincangan permaisuri dan raja dalam bilik itu. Memandang Putera raja Permaisuri
Cinderella berdiri di hujung bilik perbincangan dengan tangan memeluk tubuh dan
renungan tajam terlekat pada wajah Louis. “She’s a threat to Enchanted. Garinya
telah dibuka dan dengan kejadian malam semalam, siapa tahu apa dia akan buat
dengan kuasa magic yang dia ada sekarang. She can’t be tame. Not anymore. Apa jadi kalau dia menjadi
punca utama Enchanted musnah?”
Persoalan itu
membuat pemerintah-pemerintah Enchanted kembali memandang Putera George,
menunggu jawapan Putera George tentang masalah ‘kecil’ yang berlaku di hadapan
mata mereka sekarang.
Louis menarik
nafas dalam. Dah agak yang Putera Edward akan soal dia tentang Ivy. Dan dalam
persoalan itu Louis tahu ada maksud tersirat hanya mereka yang tahu tentang
hubungannya dengna Ivy sahja yang akan faham.
She cannot be tamed. Not anymore.
Hubungan Louis dan Ivy sekarang boleh menjadikan punca Ivy berpaling tadah kea
rah Villain yang berlegar didalam bayangan Enchanted dan Ya, Ivy mungkin boleh
menjadi punca kemusnahan Enchanted.
“Putera Edward,
kamu tahu yang dia dibawah pantauan Wizard Mer—
“Dan dengan itu
dia dapat kepercayaan Wizard Merlin dan juga kelemahan Ahli sihir Enchanted.
Wizard Merlin mempercayai Ivy the Devil tapi adakah Ivy menghargai kepercayaan
Wizard Merlin?” Putera Edward berhenti sejenak, nadanya tiada maksud yang dia
akan berhenti di situ sahaja. “She’s from Vicious, a place of full of hatred,
death, darkness, betrayal and evil person who ever has step on the face of this
land. Dia mungkin telah menjadi rakyat Enchanted, itu tak bermaksud kisah
silamnya di Vicious terpadam begitu sahaja. She once evil and she can be evil
again. What will you do about that?”
Dan kali ini para
pemerintah berbisik sesame sendiri, setuju dengan Putera Edward sebelum
memandang Putera Goerge. Menunggu apa jawapan yang Putera George akan berikan
pada mereka.
Putera George
memandang rakan-rakannya yang hadir di bilik itu. Putera Xiao Ai, Philipe, dan
puteri Ezra yang mengetahui rahsianya. Mereka agak bersimpati kepada Putera
George kerana disoal putera yang marah pada Louis kerana telah melukakan hati
adiknya. Mereka faham mengapa Putera Edward berbuat sedemikian, bukan atas
sebab marah sahaja, tapi ingin mendapatkan penjelasan yang rasional dari George
dan ingin mengetahui jika Goerge bersedia untuk bertanggungjawab atas segala
kelakuannya di masa hadapan kelak.
Putera George
mengangguk kecil, seperti menerima cabaran dari persoalan Putera Edward dan
ingin bersuara tapi, belum sempat dia menghasilkan sepatah perkataan, Raja Arthur
menyahut.
“She is a threat.”
Ayatnya membuat mereka berpaling pada Raja Camelot itu. Raja Arthur pula hanya
memandang anaknya dengan ekspressi wajah yang tegang. “Ahli sihir tu telah
menjadi Apprientice The Great Wizard merlin tapi itu tidak mengubah fakta yang
dia ialah Ivy The Devil; the Heartless witch and the off-spring to Maleficent.
Kita tidak tahu apa yang ahli sihir muda itu fikirkan, samada dia merbahaya
atau tidak bila dia berada di tanah kita.” Raja Arthur tumpukan perhatiannya
pada Louis dengan teliti. “Apa pendapat kamu tentang Ivy the Devil, Putera
George. She is no matter what still a threat to every Enchanted’s eye dan apa
kamu akan buat tentang kehadiran ahli sihir itu?”
Louis memandang
Ayahandanya seperti apa yang keluar dari mulut Raja Arthur hanyalah satu khayalan.
Tapi Louis tahu itu tidak akan berlaku dan apa yang ayahandanya cakapkan adalah
benar.
“Nothing.” Putera
sulung Camelot ini membalas renungan sama darjat dengan Ayahandanya. “Not yet
atleast. Patik tidak nafikan yang Ivy the Devil sangat merbahaya kepada tanah
kita dan seperti kamu fikirkan, Ahli sihir itu susah untuk dipercayai. Namun,
dia bukanlah satu ancaman utama kita bila dia berada di sisi The Great Wizard
Merlin.” Balasnya dengan tenang dan professional. “Kita semua tahu bila urusan
dipegang oleh The Great Wizard Merlin, segala urusannya dijamin berjaya.
Selesai tanpa sebarang halangan. Begitu juga dengan Ivy the Devil dia bukan
satu ancaman kepada kita pada waktu ini, jadi dalam kesempatan ini kita hanya
perlu tumpukan perhatian pada kejahatan yang berlegar di sebalik bayang-bayang
Enchanted—
“Bagaimana kalau
Ivy the Devil telah capai tahap the Great Wizardry?” Soal Putera Edward. “The
Royal Fairies sendiri menyatakan yang Ivy the Devil is a gifted witch dan
diramalkan akan menjadi lebih kuat selepas The Great Wizard Merlin. Then what?
Dan bagaimana jika dia—let just say, kembali kearah kejahatan? The Great Wizard
Merlin tidak boleh melawan ahli sihir itu lagi.”
“Then I will deal
with her personally.” Jawapan Louis membuat kesemua pemerintah tergamam. “Mark
my Word, patik akan buat Ivy the Devil berada di bawah kawalan Patik. Tuanku
semua boleh meragui Patik sekarang dan itu tidak akan menghentikan janji patik
bila Patik kata Patik akan pastikan Ivy the Devil tidak akan menjadi satu
ancaman pada kita semua.”
“Dan bagaimana
rancangan kamu untuk ‘menjinakkan’ ahli sihir Vicious ini?” Soal RAja Arthur
dengan kening terjungkit mencabar.
Louis membenarkan
tarikan sengih di hujung bibirnya. “Kami berada di dalam satu Academy dari mula
Ivy the Devil jejakkan kali di sini. Patik memerhatikan ahli sihir itu,
menyelidik tentangnya dan kelemahannya. I know her weakness and flaws. Patik
lihat apa yang dia boleh buat dan tidak boleh buat. Kelemahannya yang terulung
ada pada Patik.” Jawab Louis pada persoalan kepada semua Pemerintah tapi ia
lebih ditujukan khas kepada Raja Arthur dan Putera Edward. Memandang
Ayahandanya sambil dia katakan kesemua janji-janji Pemerintah Enchanted.
Raja Arthur
terdiam dengan pengakuan Louis. Adakah Louis cuba sampaikan pada Ayahadanya yang
kelemahan IVy the Devil ialah dirinya sendiri? Putera George adalah kelemahan
Ivy the Devil. Jadi, Selagi Ivy masih mencintai Louis, Ivy the Devil tidak akan
naikkan tangannya untuk melakukan sebarang kesalahan yang akan mengecewakan
Louis.
Rancangan Louis
untuk menjinakkan Ivy the Devil sebenarnya telah lama berlaku dari dahulu lagi.
Dia tidak perlu buat apa-apa kerana.... Anandanya; telah berjaya buat Ivy the
Devil tunduk padanya.
Dengan hubungan
sulit mereka.
Raja Arthur
menarik nafas dalam, tidak tahu samada dia patut lega atau bertambah risau
dengan kenyataan itu.
“Bagi Beta, keputusan kamu sangat
terburu-buru. Amatur dan tidak strategic langsung. Selama tiga tahun kamu
mengelak dari tanggungjawab ini namun setelah karma membalas kesalahan kamu
pada Puteri Charlotte, kamu akhirnya menerima takhta ini. Juga, memanggil
kesemua Pemerintah ke sini sehari selepas majlis kamu tanpa pengetahuan Beta
adalah sangat mengecewakan. Kamu patut beritahu Ayahanda dahulu jika kamu ingin
membuat perbincangan Royal seperti ini.” Katanya dengan tegas, nadanya hampir
buat Louis tertunduk rasa bersalah tapi dia gagahkan dirinya untuk berdiri
dengan tegak seperti seorang pemerintah yang berani dengan apa jua masalah yang
datang menimpahnya.
“Namun….”
Ekspressi wajah Raja Arthur melembut sedikit. “You’ve made your own decision
and never hesitated. Beta bangga dengan keputusan kamu untuk mengambil
tanggungjawab ini tanpa sesiapa meminta atau memaksa kamu. Ia kehendak kamu
sendiri dan Beta pasti kamu boleh menjadi seorang Pemerintah yang sangat baik
untuk Enchanted.”
Louis tersenyum
lega dan tundukkan kepalanya tanda hormat. “Terima kasih Tuanku.” Dia bangkit
dan memandang Putera Edward.
Putera Edward
hanya mengangguk, menunjukkan yang dia juga faham maksud yang Louis cuba
sampaikan dan dia berpuas hati dengan jawapan itu.
Satu tepukan kuat
menarik perhatian mereka dan berpaling pada Permaisuri Marida. “There’s no need
to worry Arthur! This Boy is blessed with The Royal Faries Magic! Saya pasti
anak kamu boleh jadi pemerintah yang baik!” sahutnya dengan nada lantang. “Well
then, masalah ni dah selesai bila The formal Meeting diadahkan? The other Kings
and Queens kena tahu tentang bendalah ni and then we go straight dengan
pertakhtahan Putera George!?”
Raja Philip hanya
ketawa melihat telatah Permaisuri Merida. “Relax Merida, saya tahu kamu tak
sukakan formal meeting ni—
“You bet I don’t!”
sahutnya dengan girang.
“—It takes weeks
to prepare one, maybe months. Bukan semua pemerintah ada masa free dan
berkumpul seperti kita ni kawan kolej mengadakan reunion. Dan kita tak tahu
jika mereka yang lain bersetuju dengan keputusan ni.
“Saya rasa
walaupun tidak semua yang bulat suara akan pertakhtahan Putera George secara
mengejut ini, majority Pemerintah bersetuju. Saya rasa pelancaran pertakhtahan
ini tiada masalah langsung.” Permaisuri China bersuara dengan suara lembut bak
sutera. “The question is, bila masa yang sesuai untuk buat majlis pertakhtahan
Putera George?”
“Saya ingin kata
lebih cepat lebih baik tapi The Great Wizard Merlin berada di luar kerajaan,
sedang menjalankan beberapa tugas penting. It may take months—”
“Biar saya bertanggungjawab pada
persiapan majlis perasmian pertakhtahan Putera George sebagai Raja Pertama
Enchanted nanti.” Maharani Wu Zetian bangkit, mewakilkan diri sebelum yang lain
mengambil tanggungjawab itu. “Saya berbesar hati untuk menolong The Great
Wizard Merlin untuk menjayakan Upacara ini secepat yang mungkin. Kita tidak
boleh membazir masa dan tunggu Wizard Merlin. jika saya tolong Wizard Merlin,
pasti mengurangkan beban The Great Wizard Merlin. He is, cannot be denied old.”
“Saya setuju dengan Maharani Wu Zetian! Formal
meeting dah makan berbulan takkan persiapan upacara ni pun nak makan berbulan
kan?” Maharaja Aladdin pula menghentak penumbuknya diatas meja, setuju. “Even
better, saya boleh minta Genie untuk tolong. Dia akan mempercepatkan proses
persiapan Upacarah Pertakhtahan.”
“Di Istana
Enchanted.” Raja Eric, suami kepada Permaisuri Ariel bersuara. Menarik
perhatian yang lain. “We’ll make a grand ceremony. Merasmikan penduduk di kota
itu dan sekali memperkenalkan istana pertama Enchanted kepada kerabat diraja
yang lain. Termasuk rakyat; we’ll make it a public ceremony.”
“Istana tu dah
siap?” Louis pula bersuara dengan kening terjungkit. Setahu merek semua, istana
rasmi kepada Raja Enchanted masih tidak lengkap lagi kerana ia diubah suai lagi
sekali memandangkan Louis menangguhkan pertakhtahannya. Mereka upgrade istana
itu menjadi lebih mewah dan lebih sesuai untuk Raja Enchanted (Sedangkan Louis
tidak pernah minta istana itu dimewahkan lagi sedangkan ia dah nampak sangat
mewah dari mula)
“Almost, Maharaja
Aladdin boleh minta Genie cepatkan pembinaan terakhir istana tu.” Jawab Raja
Eric. “The question is, bila pertakhtahan itu diadahkan?”
“As soon as
possible.” Kata Putera sulung Camelot dengan nada tegas.
“Then, We better
get ready!” Permaisuri Marida menghentak tangannya diatas meja bulat,
mengejutkan para pemerintah dengan kelakuan ganasnya tapi Permaisuri Merida
mengendahkan pandangan mereka dan tergelak.
Namun tawa
Permaisuri Merida terbantut bila satu tepukan dingin menarik perhatian mereka
dan memandang kebelakang. Puteri Ezra memandang mereka semua dengan muka
serious. “Perkara ini menyeronokkan dan Ya, semua orang teruja tapi jangan terbawa-bawa.”
Katanya kali ini membuat Pemerintah Enchanted terduduk segan atas keterujaan
mereka. Mereka Pemerintah for crying out loud! Dan putera Puteri Enchanted ada
didalam bilik itu menyaksikan ibubapa mereka yang sepatutnya membuat meeting
yang penting!
“Persiapan upacara
Putera George akan bermula, hanya
akan bermula setelah Formal meeting. Kita tidak tahu lagi jika ada pemerintah
akan mengubah fikiran mereka. Kita taknak sebarang pertengkaran berlaku hanya
kerana Tuanku sekalian ‘yakin’ akan keberhasilan perasmian ini.” Katanya dengan
tegas, malah dingin kedengaran sama seperti Permaisuri Elsa.
Louis memandang
Puteri Ezra dengan kagum. Tak menyangka Putera ais ini boleh membuat Pemerintah
pemerintah Enchanted terdiam seperti kena marah oleh ibu mereka.
Louis berdehem,
menyembunyikan keterujaannya dan mengangguk. “Saya bersetuju dengan Puteri
Ezra, saya taknak perkara yang tidak diingini pula berlaku disebabkan keputusan
mendadak saya. Thank you Puteri Ezra.”
“Don’t get me
wrong.” Puteri Ezra bersuara dengan tenang. “Saya tiada niat untuk membantah
pertakhtahan Putera George malah saya lega dia mengambil takhta tersebut dari
saya yang memegangnya. Saya tahu saya tidak dapat memikul tanggungjawab sebesar
itu.” Katanya lagi. “I’m doing this untuk mengelak Ibunda saya mempersoalkan
professional para pemerintah je. She will freeze the room kalau dia tahu Tuanku
semua tidak bertindak sewajarnya nanti pada formal meeting.”
“Looks like Puteri
Ezra selamatkan kita dari kedinginan Ibundanya sendiri.” Raja Eric tertawa
kecil. “Then, Kita mulakan persiapan selepas Formal Meeting!”
“Alright then, apa
yang pasti ialah Majlis pertakhtahan akan diadahkan secara public! Semua orang
di jemput datang ke majlis Pertakhtahan Putera George dan jadikannya semeriah
kemenangan orang Enchanted!” Maharaja Aladdin pula bersorak. “Rakyat tentu
gembira dapat tahu kita menjemput mereka sekali.”
“Well, tunggu apa
lagi?” Soal Raja Naveen dengan tawa kecil. “walaupun persiapan tak boleh
dimulakan sekarang, sekurangnya kita boleh rancang
bagaimana bentuk upacara tu.” Katanya dengan kening terjungkit nakal. “Mari
kita buat persediaan untuk Majlis terbesar pernah dibuat selepas setengah abad.
Kita tak banyak masa untuk merancang majlis sebesar tu, jadi setiap masa adalah
penting.”
“Yes-yes… mari
kita pergi buat perancangan.” Raja
Arthur mengangguk setuju juga tergeleng pada masa yang sama. “Baiklah itu
sahaja perbincangan untuk ni hari. Para pemerintah boleh tinggal di sini untuk
bermalam atau pulang pada hari ini juga. Penghantar Beta sentiasa bersedia
untuk menghantar kamu semua kembali. I’ll send the Formal letter to everyone as
soon as possible.”
Kesemua pemerintah
Enchanted beredar dari bilik itu sambil merancang majlis perasmian Pertakhtahan
Putera George dan meninggalkan Putera yang menjadi tajuk utama itu bersama
empat putera puteri.
“Aiyaiya…. Mereka
tak faham Bahasa langsung.” Puteri Ezra menggeleng sambil menyentuh dahinya.
Fed up dengan pemerintah-pemerintah Enchanted. Persediaan dan Perancangan adalah maksud yang sama!
Putera George
mengukirkan senyuman terhibur. “Benda dah tak boleh dihalang.”
Puteri Ezra
mengangkat tangan mengalah. “Well, bukannya kita ada di sana untuk lihat Ibunda
saya mengamuk. Apapun, tahniah Putera George.”
“Yeah…. Nampaknya
dalam beberapa bulan akan datang, kitorang dah tak boleh nak lepak dengan kau
dah.” Putera Philipe bersuara dengan keluhan, tapi senyumannya masih terukir.
“Aku yakin kau boleh lakukannya Georgy.” Katanya sambil menumbuk bahu Louis.
“Thanks Dude.
Appriciate it.”
“No problem. Kami
pasti kau boleh buat.” Kata Putera Xiao Ai pula sambil memperbetulkan kaca
matanya. “Now excuse us, aku dah Philipe ada urusan nak buat.” Katanya dan
Tarik Philip eke pintu keluar.
“We do?” Soalnya
sedikit buntu.
“Yes we do.” Kata
Putera Xiao Ai dengan serious, cukup meyakinkan Putera Philipe. Dia sempat
menjeling ketiga-tiga putera puteri itu sebelum melontar Putera Philipe keluar
bilik dan menutup pintu meninggalkan mereka bertiga.
Tiga kerabat
diraja ini hanya melihat pintu bilik tersebut ditutup. Sebelum Putera Edward
bersuara dulu; “I swear Putera Xiao Ai tahu kewujudan the Believers.”
Puteri Ezra dan
Putera George mengangguk setuju, tanpa sebarang bantahan.
“Anyways… aku
harap apa yang kau cakapkan betul.” Putera Edward terus mengubah tajuk, kembali
memandang Putera George. “Aku masih tak percaya tentang hubungan korang berdua
dan aku berhak mendapat penjelasan dari kau.”
“Ya, Aku tahu.
Edward jangan risau, aku akan beritahu kau semuanya.”
“Good.” Edward
mengangguk puas hati. “Jadi, macam mana kau nak jinakkan Ivy? Since she’s free from her cuff, pasti villain tu
targetkan dia.”
“Selagi dia berada
di dalam Gracious, Villain tu takkan berani mendekati Ivy kerana terlalu banyak
mata-mata pada dinding Academy. Villain tu mengambil risiko yang besar jika dia
serang Ivy didalam sekolah.”
“Yeah, the problem
is Ivy tiada di Academy.” Puteri Ezra bersuara membuat mata Louis terbeliak
bulat. “Apa? Kau tak tahu ke? Wizard Merlin bawa dia keluar dari Academy untuk
menjalankan tanggungjawabnya sebagai Apprientice Wizard Merlin yang pertama.”
“Wha—Apa—”
Louis tergamam, dia memicit rangka hidungnya kerana migraine mula naik
ke kepalanya. Dua tiga hari ini sudah cukup buat George tidak tidur malam dan
stress memakan dirinya, dan mengetahui peratusan Ivy berhubung dengan Villain
itu naik disebabkan Orang tua gila yang Louis sepatutnya percayai adalah
perkara terakhir untuk buat Louis naik gila.
Louis menarik
nafas dalam, sedalam yang mungkin untuk tenangkan hatinya yang membara sebelum
bersuara; “why in the world, orang tua tu
bawa Ivy keluar academy sedangkan dia tahu risiko bawa Ivy keluar?”
“Untuk apa lagi?”
Soal Putera Edward. “Selesaikan Kes Losing Heart tu lah.”
“N-nanti… jadi
korang berdua tahu tapi tidak menghalang Ivy dari pergi?” Soalnya hampir
menjerit.
“Aku baru tahu tadi
dari Ezra.” Edward bersuara. “Dan aku ingatkan kau dah tahu sebab tu aku Tanya
macam mana kau nak jinakkan Ivy—Wow….. hubungan korang seteruk tu ke sekarang?”
Soal Putera Edward dengan sarkastik dan mendapat renungan dari Louis.
“Aku tak faham,
mengapa Wizard Merlin rahsiakan perkara sepenting ni dari aku? Tapi beritahu
kepada kamu semua? Aku berhak tahu ada benda yang lebih besar sedang berlegar
di luar sana, I’m the future King of Enchanted for Heaven’s sake!” sahutnya
dengan geram, tangan di pinggul dan satu lagi di dahi, menahan diri dari
meramas rambutnya dari rosak kerana urusannya berkaitan pertakhtahan masih
belum selesai.
Setelah mengetahui
sumpahan Losing heart pada malam adiknya kena sumpah, Louis berdepan dengan
Raja Arthur sendiri tentang kes sulit itu, apa sebenarnya losing heart dan
mengapa ia dirahsiakan darinya.
Raja Arthur
beritahu Louis apa yang ayahandanya tahu dan ia diketuai oleh The Great Wizard
Merlin. Setelah mendapat tahu kebenaran tentang kes tersebut, Louis pergi
mencari the Great Wizard Merlin untuk mengetahui apa telah berlaku dan
perkembangan kes Losing Heart namun, Louis tidak dapat menjumpai THe Great Wizard
Merlin selama tiga hari itu berturut-turut.
That old Bafoon
cuba melarikan diri dari Louis!
Dammit!!
Dan tadi pagi
sebelum meeting, Louis berhasrat dia dapat berjumpa dengan The Great Wizard
Merlin walaupun untuk seketika tapi belum sempat dia ingin keluar ke menara
Wizard Merlin di istana Camelot, burung hantu ahli sihir tua itu datang
mengetuk tingkap biliknya dengan segulung kertas kecil terikat di kakinya
mengatakan yang ahli sihir kerepot itu telah kembali ke Academy dan akan
bertolak untuk menjalankan kerjanya sebagai Ahli sihir lagenda.
“Itu sebab selama
ni dia sentiasa ke luar kerajaan. Untuk menyelesaikan kes Losing Heart, bukan
sebab kerja ‘remeh-temeh’ Raja Arthur. Dan korang mengetahuinya. You guys make
me look like a fool bila aku dapat tahu tentang Kes ni.”
Puteri Ezra
tersenyum simpati pada Louis, untuk pertama kali, dia mengangkat tangannya
untuk menyentuh bahu Louis membuat dua putera ini terkejut akan tindakan sip
uteri dingin. “Kau tahu mengapa Tuan Merlin tidak beritahu kau tentang kes ni.”
“Enlighten me.”
Kata Louis geram.
Tangan Ezra
berubah tempat dari bahu Louis ke dadanya. Memandang tepat ke wajah Louis tanpa
mengatakan apa-apa. Nampaknya gesture Ezra sampai pada Louis kerana ekspressi
bengang Louis berubah untuk sementara waktu sebelum dia kembali bengang.
“Dammit.” Kali ini dia meramas rambutnya,
dengan keluhan berat terlepas dari celah bibir yang kelihatan pucat.
“Kau dah tanggung
banyak beban sebagai bakal pemerintah Enchanted dari umur 13 tahun lagi George, dari kau lahir lagi.” Puteri Ezra
menurunkan tangannya ke sisi. “Pengetua Merlin taknak kau risau tentang kes ni.
sebab tu dia rahsiakannya dari kau. Sebab tu dia rahsiakannya dari semua
pemerintah Enchanted. For your sake.”
“But it’s
important.”
“It is, sebab tu
Pengetua Merlin tubuhkan ‘The believers’ bersama The Four Briliant Brothers.
Hanya beberpa orang sahaja yang kena tahu tentang kes ini, mereka yang boleh
dipercayai untuk simpan rahsia ini sehingga waktunya didedahkan pada kau.” Kata
Putera Edward pula. “Come on dude, Tuan Merlin kata kalau kau tahu tentang kes
ini, tentu kau akan bersikap terburu-buru.”
“Aku bersikap
terburu-buru? In what way?” Soal Louis, terasa dirinya di simpan didalam
kegelapan terlalu lama. Dia tak faham apa yang mereka cuba cakapkan.
Kali ini Putera
Edward mengangkat bahu. “Beats me, kami hanya ikut arahan. For now, takyah la
nak fikirkan sangat tentang kes ni. Apa kata kau tumpukan perhatian kau dalam penerimaan takhta kau sebagai Raja Enchanted
nanti. Kalau ada apa-apa perkembangan tentang kes ni, kami akan laporkannya
pada kau. You are our will-be King of Enchanted.”
“Dan kami akan cari seseorang untuk terangkan
segalanya tentang kes ni pada kau. Kau akan tahu segalanya George dan kita akan
hentikan gelagat dia secepat yang mungkin. Okay?” tambah Puteri Ezra pula,
dengan senyuman kecil. “Now, sementara menunggu, apa kata kau serahkan kes ini
pada kami dan percayakan tindakan The Great Wizard Merlin. Hmm?”
“Yeah,
setelah mengetahui dia bawa Ivy keluar dan tinggikan risiko Ivy berhubung
dengan Villain tu, aku dah mula meragui Wizard Merlin.” Katanya dengan
sarkastik membuat dua kawannya menggeleng dengan senyuman.
Putera Edward ingin bersuara tapi ketukan
pintu menarik perhatian mereka dan seorang pekerja istana masuk sambil
tundukkan kepada kepada mereka.
“Puteri Ezra, Putera Edward… kereta kuda
tuanku telah tiba untuk bawa tuanku kembali ke Gracious.”
“Oh yeah… aku ada urusan dengan malam ni
dengan Papa koala di Academy. Well, I better get going.” Puteri Ezra menepuk
bahu Putera George dengan lembut. “I wish you all the best George.” Katanya dan
bergerak keluar setelah mendapat anggukan terima kasih dari George.
Putera Edward melihat Ezra meninggalkan
mereka sebelum berputar memandang Louis. Dia berdiam diri untuk sejenak,
seperti dia menunggu ayat yang sesuai untuk bersuara apa yang bermain dalam
kepalanya. “Aku…. Tahu kau risaukan keadaan Ivy sekarang.”
“Tak disyak lagi.” Balas Louis cepat. “Aku
risau dengan keadaan kami sekarang, villain tu mengambil kesempatan dan…. Kau
tahu la… cuba memanipulasi fikiran Ivy semula kearah…” Louis menarik nafas
panjang, seperti ayat itu akan berlaku jika dia menyebutnya.
Putera Edward mengangguk faham. “Tapi dia
takkan… kan?”
“Apa?”
“Ivy.” Edward memandang tepat pada wajah
Louis. “Dia takkan mengkhianati kau kan?”
Putera Camelot ini terdiam untuk seketika,
melihat mata biru Edward yang meminta kepastian darinya. Louis dapat lihat, ada
sedikit ketakutan di mata biru Edward. Satu ketakutan yang Ahli sihirnya
berpaling tadah dan menghancurkan tanah kelahiran mereka.
Louis menggeleng dengan yakin. “Dia takkan.
Dia mungkin gila, kepala batu dan susah nak dengar cakap tapi… dia jenis yang
tidak akan pernah mungkir janji. Dia tidak pernah berdalih dari apa yang dia
pernah cakap.” Louis berhenti sejenak. “Dia tahu Enchanted penting pada aku,
dia yang menggalakkan aku untuk tidak berputus asa. Jadi… aku tahu, dia takkan
mengkhianati aku, hanya kerana hubungan… pertunangan aku dengan… Julliana.”
“Kau pasti?” Soal Edward lagi
“Aku berharap.”
“Then that’s good enough for me.” Balas
Edward dengan hembusan kecil. “Everything based on hope dan selagi kau, our
future king masih berharap. Aku boleh rasa tenang.” Kata Edward membuat Louis
ketawa kecil.
“You trust me too much Edward. Setelah apa
aku buat pada adik kau.”
“I know.” Balas Putera Edward dengan
senyuman menawan. “tapi aku pasti kau ada sebab logic dan aku pasti Julliana
akan terangkan semua kepada aku. Aku mungkin takkan faham pasal semua ni nanti
but… aku tahu nak cari kau kat mana nanti.”
Louis ingin bersuara namun terbatal dan
mengangguk, mengikut sahaja. “Alright. Aku sentiasa bersedia untuk beritahu kau
segalanya.”
Edward menarik sengih. “Make sure you make
me understand okay? Kang aku declare perang dengan Camelot.” Katanya dengan
nada berlawak membuat Louis ketawa. “So, See you soon okay?” Putera Edward
menghulurkan tangannya
Dengan senang hati Louis menyambut salam
Putera Edward. “Okay.”
Dan Edward mengambil langkah keluar namun
langkahnya terhenti di depan pintu, berpaling sambil berkata; “And… um, kau
patut kemaskan rambut kau tu. Don’t want to look unprofessional nanti.” dengan
kenyitan mata sebelum menghilangkan diri di sebalik pintu bilik itu.
Sebaik sahaja pintu itu tertutup, senyuman
Louis jatuh murung sama seperti satu badannya jatuh terduduk di atas kerusi
takhtanya bersama satu keluhan berat. Memicit dahinya yang mula sakit kerana
menempuhi hari-hari yang berat dan kerisauan menimpa dirinya setelah mengetahui
kekasih hatinya berada di luar sana bersama The Great Wizard Merlin untuk
mengangkap Penjenayah Losing Heart.
Menangkap Jack.
Apa yang Merlin
fikirkan? Jack seorang lelaki yang tidak waras! Louis takut, jika Ivy pergi
tangkap lelaki itu, Jack akan cederakan dia. Mengapa-apakan ahli sihirnya.
Dammit! Louis tahu Ivy boleh menjaga
dirinya sendiri dan jika ada apa-apa berlaku, The Great Wizard Merlin ada
bersamanya untuk menolong tapi, Louis tetap risaukan Ivy kerana dia berdepan
dengan lelaki terlicik, terumit dan paling merbahaya.
Dahulu ya, Louis
memandang rendah pada kebolehan Jack. Berfikir yang perangai Jack tidak lebih
dari sifat nakal—hanya berada di hujung garisan antara baik dan jahat. Berbuat
benda-benda buruk yang tidak akan membawa malapetaka pada tanah mereka.
Namun tindakan
Louis membiarkan Jack bebas membuat apa sahaja dia nak adalah salah dan
sekarang Jack telah Berjaya meletak sumpahan keatas adiknya.
Louis tidak
menjangka yang lelaki itu bersubahat dengan Villain Losing HEart!
Kenapalah dulu aku percaya yang Jack boleh
berubah semula desis hati Louis pahit. Tidak menyangka kawannya yang baik
hati telah hilang. Hanya lelaki yang tidak berhati perut tinggal dalam jasad
bernama Jack.
Sebenarnya bukan
Louis sahaja berharap Jack menjadi baik semula, The Great Wizard Merlin, orang
yang mengenali lelaki itu, juga Hansel berharap Jack kembali kearah yang benar
dan tinggalkan kejahatannya.
“Bukan semua orang
ingin berubah…” Louis menghembus nafas kecil, teringatkan Ahli sihirnya yang
telah tinggalkan kejahatan. Masih ada lagi sifat Vicious didalam diri Ivy tapi
dia cuba untuk berubah. Ini buat Louis tersenyum gembira. Gembira yang dia
tidak perlu menentang ahli sihirnya jika peperangan diantara Enchanted dan Vicious
akan tercetus suatu hari nanti.
Tapi sebelum
perkara itu berlaku, Louis kena pastikan dia menebusi kesalahannya pada Ivy.
Dia kena buktikan pada Ivy yang dia tiada niat untuk khianati Ahli sihirnya,
dia akan cari cara untuk yakinkan Ivy yang Dia; Louis adalah milik Ivy seorang
dan Ivy adalah milikya seorang.
Dengan gelarannya
sebagai Pemerintah Raja Enchanted yang pertama akan menyelesaikan segala salah
faham antara mereka berdua. Ia mungkin akan masa yang lama untuk mengatasi
salah faham itu tapi Louis sanggup untuk Ivy.
Dia akan bawa Ivy
ke sisinya. Dengan segala kuasa yang dia ada.
Kalau boleh,
lebih.
>X<
“Saya tahu kamu
berdua dah lama menyelidik latar belakang Jack.” Wizard Merlin menghayunkan dua
jarinya kearah Diaval, menukar burung di dalam pakuan Ivy menjadi manusia dan
duduk di sebelah anak jagaannya.
Ekspressi wajah
Ivy dan Diaval sama, terkejut. “Dan saya juga tahu yang Jack telah lama
mengejar Cik Ivy.”
“Kalau tuan tahu
kenapa Tuan diamkan diri—
Ivy menahan Diaval
dari tinggikan suara pada Mentornya. Menggunakan pandangan, menyuruh Diaval
untuk bersabar. Biar dia yang bercakap. “Jadi Tuan tahu bekas kekasih dia yang
dah mati sama nama dengan saya?”
Wizard merlin
memandang Ivy dengan kening terjungkit tinggi, tertulis pada wajahnya yang dia
tertanya bagaimana menteenya tahu tentang informasi peribadi seperti itu. Dia
terus memandang kearah Diaval.
Diaval mengangguk.
“Saya sempat korek informasi tentang Jack pada malam majlis tari-menari malam
semalam. Saya beritahu Ivy tentang Jack. Apa yang Jack cakap pada saya.”
“Hanya kamu?” Soal
Pengetua Merlin sambil mengecilkan matanya pada Diaval.
Burung gagak
manusia itu mengangguk sekali. “Hanya kami berdua didalam bilik itu.”
“Dan dia beritahu
hal sebenarnya?”
“Kesemuanya.”
Wizard Merlin
mengusap janggutnya, kembali menyandar pada kerusi didalam kenderaan itu dan
memandang kearah luar tingkap, seperti dia sedang memikirkan sesuatu.
Seseorang.
“Jack seorang
budak yang baik. Bertanggungjawab dan disegani oleh ramai orang walaupun dia
hanya seorang pekerja didalam istana.” Wizard Merlin bersuara. “Satria mulia
menyukainya, pekerja dalam istana menyayanginya, rakan sebaya menyanjunginya,
Kerabat diraja dan bangsawan memuji dia. Namun…. Suatu hari, tanpa sebarang
sebab dia menghilangkan diri dari istana. Tiada siapa tahu dia ke mana dan bila
dia kembali ke Camelot. Dia telah berubah.”
“Berubah macam
mana?” Diaval menyoal.
Wizard Merlin
berpaling melihat kedua orang Vicious itu, lebih tertumpu pada Ivy sebelum
menghembus nafas lelah. “Dia mula tunjukkan perangai buruknya pada orang
Camelot. Memperguna kawan-kawannya—Hansel dan Gretel, pasti kamu dengar cerita
ni dari dua beradik tu kan?” Ivy mengangguk. “Dia menguji kekuatan pedangnya
dengan mencabar 12 satria mulia Camelot. Dan dia Berjaya menumpaskan mereka. Tinggalkan
segala impiannya dan buat hal di dalam bayangan Camelot.”
“Mencuri hati-hati
orang tak bersalah?” Soal Ivy ingin tahu.
Wizard Merlin
mengangguk kecil. “Saya tidak faham mengapa dia berbuat seperti itu sehingga
Hood muncul didalam menara saya suatu hari. Dia bantu saya untuk memahami niat
sebenar Jack. Mengapa dia curi hati-hati itu selama ni.” Merlin melihat wajah
kedua orang Vicious itu, tahu apa yang bermain dalam minda mereka. “His heart
broke into million pieces…”
“But it never
really broken.” Diaval bersuara, memandang keudara sebelum memandang The Great
Wizard merlin semula. “His heart Cracked into
million pieces but still intact…”
“That’s why he’s a
mess?” sampuk Ivy, memandang kedua orang yang lebih tua dari dia. “Aku tak
pernah dengar hati berfungsi macam tu. dah berkecai tapi masih terbentuk;
kenapa dia masih pegang hati hancur tu sedangkan dia nak jadi—Lord who’s know,
an ultimate villain?”
“hati tu tak
hancur Ivy.” Diaval bersuara. “ia retak seribu tapi masih berfungsi. Dia masih
mempunyai hati.”
“Dan disebabkan
dia tidak terima kekasihnya mati…” Wizard Merlin memandang Diaval. “Dia berpaut
pada hati itu. jika dia menjadi jahat sepenuhnya, rasa kasih dan sayang pada
kekasihnya juga akan hilang. Dia tak nak itu berlaku.”
Ivy memandang mentornya
agak lama, mendengar dari penjelasan Wizard merlin, Ivy dapat tangkap sesuatu
tentang niat Wizard Merlin untuk menangkap Jack. “Tuan nak tolong dia. Tangkap
dia bukan untuk paksa dia buka mulut tentang Villain sebenar Losing Heart, tapi
untuk bantu dia kembali baik dan dia berikan identity Villain itu secara rela.
You pitied him.”
Wizard Merlin
hanya berikan senyuman halus pada Ivy, ayat Ivy bukanlah satu persoalan pada
Wizard merlin tapi satu penyataan tentang tanggapan Wizard Merlin pada Jack.
Dan apa yang Ivy katakan ialah benar.
Ivy dah mula terdedah dengan semua masalah
ni… tak lama lagi dia akan tahu kebenarannya tentang Putera George….harap bukan
pasal Jack desis hati Wizard Merlin, terdetik perasaan risau akan kebenaran
yang Ivy semakin dekat nak capai.
“Kita dah sampai.”
Coachman mereka bersuara, menarik perhatian ketiga-tiga penumpang dan dibukakan
pintu untuk mereka. “Kita berada di rumah Encik Jack.”
Diaval yang turun
dahulu dari kenderaan itu, disusuli oleh Ivy dan akhir sekali The Great Wizard
Merlin.
“Mari kita siasat
rumah ni.” Kata ahli sihir tua itu, memimpin mereka masuk kedalam rumah kosong
kepunyaan Jack.
Masuk melalui
pintu depan, mereka bertemu dengan ruang tamu kecil yang mempunyai perabot yang
agak usang. Sofa dan meja kopi dihadapan fireplace kelihatan sangat usang
seperti ia telah berumur berpuluh tahun. Tempat api juga kotor dengan habuk
arang api seperti tidak pernah dibersihkan langsung.
Ruang tamu rumah
Jack tersangatlah kotor dengan sesawang laba-laba dan habuk tebal menyeliputi
lantai.
“Rumah ni macam di
tinggalkan lama.” Komen Diaval dan tunduk melihat kesan tapak kaki keluar masuk
dari rumah, dapur dan naik ke tingkat atas. “Cuma penghuni rumah ni masih
tinggal di sini.”
“Melihat dari
tapak kaki ni.. Jack baru sahaja melarikan diri. Mungkin semalam.” Tambah Ivy,
mengekori kesan tapak kaki yang paling jelas diatas lantai itu, masuk kedalam
dapur dan keluar ke pintu belakang.
Diaval mengalihkan
kepalanya ke sisi. Melihat The Great Wizard Merlin dengan satu signal didalam
pandangannya.
The Great Wizard
Merlin menepuk bahu Diaval, suruh dia bertenang. “Tiada bahaya di dalam rumah
ni. I assure you.”
Diaval hanya
mengangguk dan mengejar Ivy yang pergi ke laman belakang. Dan langkahnya
berhenti mendadak di pintu dapur itu; terkejut melihat keadaan laman belakang
rumah Jack.
Sebuah taman mini
yang telah dihancurkan teruk. Pokok-pokok bunga di pijak dan di cabut dengan
kasar. Tanah laman itu berlubang seperti kena gali secara rawak hanya untuk
menghancurkan rumput tersebut. Pokok rendang di hujung taman itu hangus
terbakar seperti di sambar petir.
Yang buat Diaval
terkejut ialah kebanyakan bunga yang tertanam di laman itu tidak wujud di Tanah
Enchanted. Bunga Ros Ungu.
Cuma satu sahaja
bunga yang hidup liar di laman tersebut, Berjaya hidup dicelah-celah pokok
bunga yang telah mati.
Bunga Spider lily
merah.
“Bunga ni yang aku
rasa semasa dia nyanyi lagu tu.” Ivy masuk kedalam pandangan mata Diaval,
memetik sekuntum bunga liar itu. “Bunga ni pun tiada di Enchanted.” Ivy
berpaling memandang Diaval. “What do you think happen here?”
Diaval
memerhatikan anak jagaannya memegang bunga tersebut membuat jantungnya jatuh ke
perut. Rasa cuak tanpa sebab. Diaval membasahkan bibirnya sebelum menggeleng.
“Dia mungkin hancurkannya.”
Ivy hanya mengangguk,
kembali melihat laman tersebut secara menyeluruh. “Adakah taman ni milik
kekasihnya yang dah mati?”
Diaval perasan
mata hijau Ivy menjadi sayu dan terus mencapai siku anak jagaannya. “Kita kena
keluar dari sini.”
Ivy terus menarik
lengannya dari pegangan Diaval. “Kau dah kenapa ni? Cemas tetiba?”
“I told you to
stay alert with this guy! Aku lihat dalam mata kau Ivy, kau bersimpati pada
lelaki tu!”
Ivy menggeleng,
menafikannya. “Aku cakap je! Kenapa lagi dia nak hancurkan taman ni sebelum dia
melarikan diri? Tentu taman ni penting bagi dia, means ini pasti taman Vivian
tu. Stop being Paranoid D.”
“Aku tak paranoid.
Aku berjaga-jaga.” Bantah Diaval. “And throw that flower Ivy. It’s bad luck.”
“Ye lah tu tak
paranoid.” Ivy memutarkan bola matanya tapi akur, melepaskan bunga itu ketanah.
“Aku pasti tanaman ni milik bekas kekasihnya. Bunga spider-lily ni sebagai
bukti.”
“Hmm…” Wizard
Merlin bersuara dari belakang mereka. “Bunga tu tanda kematian. Saya rasa kamu
betul Cik Ivy.”
Ivy berikan
senyuman nakalnya. “Senang je nak teka. Sebelum Jack melarikan diri, dia pergi
ke laman belakang rumahnya dan hancurkan taman mini ni. Tiada sebab lain lagi
kenapa dia singgah ke sini hanya nak hancurkan taman ni sedangkan dia boleh
datang dan pergi untuk melarikan diri.” Ivy kembali memandang taman tersebut.
“This garden must be precious to him. Apa yang paling berharga pada Jack?
Kekasihnya yang dah mati. Mungkin dia hancurkan taman ni supaya dia tiada sebab
nak balik Camelot lagi. dan Spider-lily tumbuh secara liar selepas
ditinggalkan; mengukuhkan lagi bukti yang taman ini sememangnya milik bekas
kekasihnya yang mati.”
Wizard Merlin
ketawa kecil mendengar teori Ivy dengan senyuman bangga tertampal pada
bibirnya. “Itu tidak membantu kita ke mana Jack melarikan diri Cik Ivy.”
“Tapi kita tahu
dia takkan kembali.” Ivy berikan senyuman tayang gigi. “So, apa kita naik ke
tingkat atas? Mana tau ada sebarang petunjuk di biliknya mungkin?”
“Done that.”
Wizard Merlin mengangkat gulungan kertas didalam tangannya, juga buku nipis berjudulkan
tulisan ruin. “Saya datang ke sini untuk dapatkan ini sahaja. Now, lets go.
Kita ada dua hari perjalanan ke kerajaan seterusnya.”
Ivy hanya
mengangguk dan mengekori Mentornya dari belakang kembali ke kereta kuda mereka.
Diaval pula
ketinggalan kebelakang. Memerhatikan taman mini yang telah hancur oleh lelaki
yang patah hati; bunga spider-lily yang mula tumbuh menguasai laman tersebut.
Kerutan hodoh
terbentuk diantara keningnya, takut melihat keadaan laman tersebut dan perasaan
pahit didalam dadanya. Seperti sesuatu yang buruk; perkara tersangat sedih
berlaku di laman tersebut.
Bukan Ivy sahaja
yang rasa sayu pada laman tersebut, Diaval juga merasakan kesedihan yang masih
segar berlegar didalam udara.
Diaval rasa seram
sejuk, berdiri lama-lama di laman tersebut dan melangkah keluar dari tempat itu
secepat yang mungkin.
Apa sahaja Diaval
rasa di dalam laman itu…. ia sangat teruk. Membuat Diaval sendiri tertanya. Apa
yang Jack lalui selama ini? keperitan, kepahitan dan beban yang dia rasa
didalam dadanya. Perasaan tidak ingin melepaskan yang terkandung dalam dirinya.
Bagaimana Jack boleh tanggung semua itu dan masih boleh stabilkan hati dan
mindanya?
Kalau Diaval dia
akan naik gila. Gila.
Diaval terus
memandang Anak jagaannya, Ivy yang menjadi target Jack hanya kerana nama Ivy
dan kekasih Jack sama.
Ivy didalam bahaya.
>X<
Sementara itu, di dalam bilik seorang
puteri kecil yang telah disumpah ke dalam eternal slumber, tidur diatas
katilnya bersama berjambak bunga segar mengelilinginya. Bunga pemberian dari
kerajaan lain dan rakan-rakannya di Gracious Academy, mendoakan Puteri kecil
ini sedar dari sumpahannya suatu hari nanti.
Tangan Charlotte tersimpul cantik di atas
dadanya, memakai gaun tidur yang diperbuat dari kain sutera cina dan kain
siffon. Rambutnya di tocang tepi dan dihias beberapa permata batu indah yang
membuat wajah kecilnya yang tidur menyerlah bila pantulan matahari senja datang
dari tingkap biliknya, terpantul pada perhiasan rambutnya.
Bilik tersebut dihias umpama mahligai untuk
si puteri kecil yang sedang tidur itu. Membuat dia kelihatan dia sebuah patung
cina yang sangat fragile terlentar diatas katil. Sangat rapuh, sangat berharga
dan sangat-sangat di sayangi.
Namun, sebaik sahaja matahari senja
menghilangkan diri disebalik horizon dunia, satu bayangan hitam muncul di
penjuru bilik bak mahligai itu. Bayangan umpama tangan-tangan mimpi ngeri
terbentuk menjadi satu figura yang tidak berwajah, mata merah berdarah. Mata
tersebut tertumpu pada si puteri kecil yang tidak sedarkan diri itu.
Senyuman wicked yang mengerikn terukir pada
wajah yang kosong itu, tersenyum lebar dari telinga ke telinga. Ia datang
mendekati Puteri Charlotte bersama gelak ketawa gelap, tangan didepakan kearah
Puteri itu.
Semakin dekat dia dengan Charlotte, cahaya putih
makin bersinar muncul dari dalam dada Puteri Charlotte, membuat figura gelap
itu tergelak lebih wicked dari sebelumnya. Matanya membesar, teruja yang dia
akan mendapat hati tersuci di atas tanah Enchanted itu.
Hati yang boleh membuat dia hidup selama
100 tahun lagi dan kuasanya menjadi berlibat kali ganda lebih kuat dari
sebelumnya.
Akhirnya setelah berpuluh tahun menunggu
kewujudan hati suci itu, dia Berjaya meletak sumpahan atas puteri kecil itu.
Akhirnya… akhirnya dia akan bebas dari penyamarannya yang menyedihkan dan
menjadi ahli sihir yang berkuasa di atas tanah tersebut—“Ah!!”
Figura hitam itu menarik tangannya dan
mengambil beberapa langkah kebelakang bila satu pendinding terbentuk,
melindungi hati suci Charlotte semasa dia ingin mengambil hati tersebut.
Dia memegang tangannya yang lenyap kerana
renjatan kuat datang dari pendinding itu. Dia berdesir kesakitan dan menjeling
kearah pendinding berwarna ungu yang datang dari tangan Charlotte yang
tersimpul diatas dadanya. “Tak… tak mungkin….!”
“Kau takkan
pernah menang Mary…”
Figura ini mendongak melihat ke seberang
katil tersebut dan seorang wanita bermantel merah muncul dari pandangannya.
Merenung sama pada figura hitam itu. “Hood…..”
Bibir Hood jatuh murung melihat wanita
berbayang hitam di hadapannya. “Kau
takkan dapat hati budak ni.”
“Jampi apa yang Emrys buat dengan
pendinding tu?!” soalnya dengan suara nyaring, seperti bunyi helang menyahut
yang membingitkan.
Hood menggeleng dengan senyuman kemenangan.
“Bukan Emrys… tapi Vivian. Bukan jampi… tapi
kasih sayang. Mengalah lah Mary, kau dah kalah.”
Figura tersebut berubah pandangan ke
pendinding ungu itu sebelum menjeling buruk pada Hood. Bayangan hitam di
sekelilingnya mula bertindak gila seperti mana figura hitam itu mula rasa marah
sebelum dia meleput, menjerit sekuat hatinya. “NEVER!” dan terbentuk tornado
kecil di sekelilingnya dan melenyapkan diri.
Bila figura negative itu telah hilang, Hood
menghembus nafas lega dan datang mendekati Puteri Charlotte.
Hood tersenyum kecil melihat wajah tidur
Charlotte. Kelihatan sangat suci, sangat comel. Dia membelai rambut Charlotte,
pipinya dan menyentuh tangan Charlotte yang tersimpul diatas dadanya. Di mana
rantai Ivy tersembunyi rapi.
“kau
betul Char…. Kau betul tentang Ivy.” Kata Hood dengan nada menggeletar, bukan
sedih tapi gembira. “Aku harap kau akan bangun dan beritahu Ivy yang kau
betul.”
Hood tunduk dan memberikan kucupan halus
pada dahi Puteri Charlotte sebelum dia juga menghilangkan diri menjadi gerlipan
cahaya dan terbang menghidupkan lilin-lilin didalam bilik itu.
Tidak lama kemudian, Permaisuri Geneviere
masuk kedalam bilik dengan sebatang lilin dalam tangan. Permaisuri Camelot ini
terkejut bila dia perasan yang lilin didalam bilik Charlotte telahpun di
hidupkan.
Dia berjalan mendekati Charlotte dengan
mata yang terbeliak bulat, melihat setiap lilin sememangnya telah dinyalakan.
Permaisuri Geneviere meletak lilin dalam
tangannya di meja tepi katil Charlotte dan duduk di penjuru katil. Memandang
anaknya dengan senyuman kecil. “Abang kamu ke datang hidupkan lilin?” soalnya
sambil membelai rambut Charlotte dengan lembut. “Kamu pasti dah tahu yang Abang
kamu akan jadi Raja Enchanted kan? So, hurry up wake up my dear dan beritahu
abang kamu apa yang kamu cakap betul.” Kata Permaisuri Geneviere sebelum
mengucup dahi Puteri kecil itu. “He will be a great king. Now, for a bed time
story.” Katanya membuka laci meja di tepi katil itu dan mengambil sebuah buku
kanak-kanak dan mula membacanya untuk Charlotte.
“Once Upon a time, land far away, lives an old
man who wanted a son….”
Jika Permaisuri Geneviere tidak tumpukan
perhatiannya membaca buku tersebut dan memerhatikan wajah Charlotte, pasti dia
akan perasan senyuman halus yang indah terukir di hujung bibir puteri yang
disumpah ini.
>X<
(A/N: Lol.... the plot getting a little bit intense~~~~ See you next time peeps! *kisses*)
hohohohoho scary....scary sb jantung nk melotop kegembiraan..gud job angah as usually......keep it up...cecepat update tau....
ReplyDelete~ccc(,)(,)
Wuuuuuu glad you like it dear! the chapter will out as soon as possible! jgn risau~~~~
DeleteMary tuh adik Raja Arthur tu ke ? Yang da sumpah Louis ? Hmm hmm satu2 rahsia da terbongkar . And apa lagi rahsia Louis yang Ivy taktaw and yang Merlin takutkan tuh ?
ReplyDeleteThats the question semua orang nak tahu! and akan diceritakan in a few more chapters foward. Jangan risau, everything will be clear! keep questioning love~~~~
Delete