Tenth L.O.S.T
The King’s
Strength, the Witch’s Weakness-
Louis berdiri
tegak di hadapan kerusi diraja didalam bilik takhta Istana, dengan mantel
diraja terbentang megah dibelakangnya, putera raja ini mendongak melihat kerusi
takhta milik Raja Arthur. 1001 perkara bermain didalam mindanya setelah
kejadian malang menimpah keluarga diraja ini malam semalam. Pergaduhan dengan
Raja Arthur, adik kesayangannya disumpah, Villain yang diingini dapat melarikan
diri sekali lagi, hubungannya dengan Ivy dan pertengkahan antara Raja Arthur
dan Permaisuri Genevier awal tadi pagi menggemparkan seluruh keperja istana.
Entah berapa lama
mereka tidak dengar Raja dan Permaisuri Camelot bertengkar sehingga menjerit
seperti itu. Selalunya mereka akan bergaduh sesenyap yang mungkin dan bila mereka
bertengkar menengking; ia memberi petanda buruk kepada seluruh penghuni istana.
Kali terakhir
mereka dengar dua kerabat diraja ini bertengkar seteruk itu pada masa kelahiran
Puteri Charlotte. Bergaduh samada Puteri Charlotte patut dirahsiakan dari mata
dunia; jadikan dia sebagai pekerja istana atau memperkenalkan dia sebagai
dirinya yang sebenar. Seorang puteri Camelot, merahsiakan satu fakta kecil yang
Charlotte bukan anak Raja Arthur.
Kali ini…
pertengkaran mereka tentang Putera kebanggaan mereka pula. George Alexander
Louis. Putera yang selama ini cuba menjadi anak yang baik kepada kedua
ibubapanya, menjaga nama baik mereka—namun semua itu musnah hanya dengan satu
kesilapan.
Dia jatuh cinta.
Adakah mencintai
seseorang satu kesilapan?
Dahi Louis
berkerut, dadanya rasa berat dengan matanya mula rasa menyengit. Louis memejam
matanya dengan erat sambil tundukkan diri, rasa dirinya tidak layak untuk
mengangkat kepalanya dihadapan kerusi takhta Ayahandanya.
Keluhan berat yang
menggeletar terlepas dari celah bibir. Sakit kepala semalam kembali menyeksa dirinya.
Kalau dia seorang
yang naïve, dia pasti akan mencari tempat untuk melepaskan segala keperitan
yang dia rasa didalam dadanya, meluahkannya seperti dia menuang air kedalam
gelas sehingga melimpah. Tidak teragak-agak untuk membuka perasaannya yang sebenarnya.
Namun… Dia seorang
putera. Bakal pemerintah Enchanted yang pertama. Dia tidak boleh tunjukkan
sebarang kelemahan. Tidak. Dia kena buktikan pada seluruh Enchanted yang dia
seorang pemerintah yang kuat, yang boleh memimpin mereka dan tidak goyah akan
masalah seperti ini.
Dia kena jaga
maruah, nama dan pangkatnya sebagai seorang bakal pemerintah Enchanted.
Sekali lagi. Kalau
Louis seorang yang naïve, dia pasti akan tinggalkan semua tanggungjawabnya dan
berlari—melarikan diri bersama Ivy; itupun kalua Ivy masih ingin menerimanya.
“Oh Lord…. Jangan rampas kekuatan Beta…”
Bisikan rayuan
boleh didengar jika kita senyap. Bisikan yang sayu terlepas dari bibir Putera
agung yang disanjungi; yang sedang berdiri di hadapan kurusi takhta Raja
Arthur.
“Jadi dialah
kekuatan Tuanku yang sebenarnya?”
Louis mendongak
sebelum berpaling kebelakang, melihat Puteri Julliana yang kelihatan sangat
jelita seperti selalu, gaun biru yang membuat kecantikannya menyerlah, bersinar
dibawah cahaya matahari yang masuk dari jendela bilik tersebut.
Wajah Julliana
kelihatan sedih. Malah, kelihatan seperti dia juga didalam kesakitan seperti
Louis, namun Puteri Permaisuri Cinderella ini lebih pandai menyembunyikannya
dari Louis.
Puteri Julliana
datang mendekati Louis dan berhenti beberapa meter jauh dari Putera raja itu.
Seperti jika dia dekat dengan Putera George, segala kudratnya untuk memasang
topeng ‘berkompos’ itu jatuh pecah dan menunjukkan keperitan yang hatinya
alami.
“Puteri Jul—”
“Dan bukannya
Jill?” Potong Puteri Julliana dengan nada terkhianat. “Selama ini perjuangan
saya dengan orang yang salah….” Bisiknya lebih kepada diri sendiri sebelum
kembali memandang Putera George. “I don’t get it…. Macam mana ahli sihir tu
boleh jadi—sedangkan Tuanku baru kenal dia setahun yang lalu. Tuanku tak boleh
jatuh cinta padanya macam tu sahaja… itu—itu tak adil bagi saya. Mana peluang
saya—
“Ia tak semudah tu
Jull, kamu takkan faham—
“Than make me understand!—” Julliana
menutup mulutnya dengan tangan belakang, menahan dirinya dari jatuh berkecai,
namun setitis air mata agak sukar untuk ditahan. Badannya menggeletar kerana
tangan kiri di sisinya di genggam erat. Kalau dia tidak bersarung lengan, pasti
terlihat tulang penumbuknya pucat dan mungkin kukunya mencengkam tapak
tangannya sehingga berdarah.
“Tell me George…
stop keeping me under the dark! Saya tunang kamu dan saya berhak untuk tahu!
I’ve loved you for as long as we’re engedge and not a single moment you let me
enter your heart!” sahutnya dengan nada rendah namun kedengaran sayu, membuat
Louis bertambah rasa bersalah. “I’ve been wounded for a long years George….
Atleast—sekurang-kurangnya beritahu saya bagaimana? Saya hanya nak tahu…. Saya
berhak tahu siapa yang sebenarnya yang telah takhluk hati kamu. Saya merayu
Tuanku.”
Louis memandang
wajah Puteri Julliana untuk seketika, melihat dirinya menggeletar dengan
kemarahan, kesedihan; expressi wajah yang keperitan dan mata yang berkaca
menunjuk kesakitan yang hatinya alami.. namun disebalik air mata bertakung itu,
mata biru Puteri Julliana tetap membara, seperti dia masih berjuang untuk
keadilan hatinya walaupun dia tahu dia telah tumpas.
Dan pada saat itu,
Louis faham akan perasaan Julliana.
Louis mengangguk
tanda dia setuju dan menarik nafas dalam. “Ya, selama ini bukan Jill tapi Ivy.
There were never Jill from the start—
“Bagaimana?—
“Beta kenal Ivy
dari kecil lagi.” Jawab Louis membuat Puteri Julliana tambah tertanya-tanya. “Kami
berkenalan pada umur 7 – 8 tahun didalam hutan Mahligai—jangan Tanya bagaimana
dia boleh lalu tembok berduri tu… kami berdua masih tertanya-tanya juga tapi
dari situ persahabatan kami bermula.” Louis berikan Puteri Julliana satu
senyuman nostalgic. “It all started because both of us… are two broken doll.”
Katanya lagi. “Hidup dibawah kawalan dan pandangan orang ramai, menginginkan
kesempurnaan pada diri kami. Sedangkan… kami berdua penuh dengan kelemahan.
Jadi….” Louis berpaling arah dari menatap mata PUteri Julliana, kerana dia
sedang mendedahkan rahsia yang tiada siapa pernah tahu. Dan ia sangat
menggentarkan. “Dengan perlindungan pokok Hutan Mahligai dan keajaipannya,
persahabatan kami terjalin, kelemahan kami tertunjuk pada sesame sendiri dan
terhasillah… satu dunia kecil hanya kami berdua.”
Louis berhenti
seketika, mengusap lehernya kerana rasa segan untuk teruskannya. Sedikit serbuk
merah tertabur pada pipi Louis dan senyuman assymetri terukir di hujung bibir.
Namun, ia segera jatuh bila ayat seterusnya di sambung. “Like every fairytale
story, friendships turn into love. A very dangerous love dan kami berdua sedar
akan risiko itu.”
“Kami datang dari
dua dunia yang berbeza, beta dan dia tidak mungkin akan bersama dan kami berdua
sedar… tahu yang suatu hari nanti, kami tidak akan berjumpa lagi. Perasaan kami
akan menjadi sangat merbahaya jika ia bertambah dalam.”
“Kalau Tuanku
tahu, mengapa Tuanku tidak berhenti?”
Louis memandang
Puteri Julliana dengan expressi wajah yang lembut. “If you are to fall in love,
don’t you want to cherish every single moment with them? As long as you could?”
Persoalan itu
membuat Puteri Julliana terdiam. Kerana dia juga seperti itu. Mencintai Putera
Raja dihadapannya dan akan buat apa sahaja untuk berada di sisinya, menghargai
setiap saat selama mana yang dia boleh.
Melihat Julliana
tundukkan pandangannya membuat Louis tersenyum sedih. “The funny thing is… Ivy
tak fikir macam tu. Dia beritahu Beta untuk berhenti jumpa dia, kami patut
berhenti sebelum ia terlambat, sebelum kami berdua terluka lebih dalam. Namun…
setiap perjumpaan ‘terakhir’ kami… setiap kali dia kata dia ‘mungkin’ tidak akan
datang lagi… dia tetap datang. Dan dia panggil Beta seorang lelaki yang bodoh
kerana berharap untuk dia kembali.” Louis tertawa kecil teringatkan masa silam
itu.
“The both of us
are morons… but I’m the biggest fool.” Louis menarik nafas dan menghembus. “You
see, Beta tidak kuat… Beta sangat lemah dan dengan segala tekanan orang
Enchanted beri…. Kamu tak tahu berapa banyak kali Beta berhasrat untuk lepaskan
takhta beta kepada Putera Ezra.”
“But you can’t.”
“That what she
said.” Kata Louis dengan nada sedikit lawak. “Dia siap ugut Beta. ‘If your dare thinking of running away,
don’t aspect seeing me again or the daylight again, chicken.’ Bayangkan dia
cakap ayat tu pada bakal pemerintah yang digeruni seluruh Enchanted. Sounds
like an idiot right? Tapi kerana dia, Beta dapat bertahan dengan
beban-tanggungjawab ni. she’s pushed me to exceed my limit, she pulls me up
when I’m down… she was there when I need her. She was—is my strength Julliana.
Always.”
“Sehingga Tuanku
dan ahli sihir itu… berpisah…” Puteri Julliana bersuara, menarik perhatian
Louis.
Louis mengangguk
kecil. “Dia menjadi kekuatan dan
kelemahan Beta. Beta sangat marah bila dia tinggalkan Beta… Beta masih
berharap, tetap berharap suatu hari nanti dia akan kembali ke hutan mahligai
seperti mana dia selalu buat bila dia kata dia mungkin takkan kembali. Selama
bertahun Beta menunggu sehingga Beta terima kenyataan yang dia…. Takkan
kembali…” Louis memandang kedua
tangannya sebelum menggenggam dengan erat. “Beta sedari Beta dah kehilangan
kekuatan beta dan…. Beta rasa kosong, tiada harapan untuk dia kembali… Dia
umpama mimpi dalam tidur beta dan lenyap bila beta bangun. Bangun kedalam dunia
reality yang sangat pahit.”
“Dan dengan
kekosongan yang Dia tinggalkan, dan kemarahan terhadapnya kerana buat Beta seperti
ini… beta cari cara untuk mengisi kekosongan ini, berfikir yang Beta boleh
lupakan dia dan…. Pada masa tu, Jill muncul dalam hidup beta.” Louis kembali
memandang Puteri Julliana dengan senyuman pahit. “DIkhianati oleh wanita tu
hanya kerana Beta tidak boleh lepaskan Ivy. Beta yang salah kerana
mempergunakan Jill dan cuba tidak mengulangi kesalahan itu lagi tapi… kamu
muncul. Sebagai tunang Beta dan… sekali lagi… beta melukai mereka yang mengambil
berat tentang diri beta.”
Louis mengambil
beberapa langkah mendekati Puteri Julliana sebelum berlutut dihadapan Puteri
itu. “Dan Beta tersangat kesal kerana melukai hati kamu Puteri Julliana. Beta
tak tahu bagaimana nak tebusi kesalahan Beta terhadap kamu.”
Puteri Julliana
segera tunduk berlutut, sedikit rendah dari Louis. “Please raise your head Your
highness. Tolong jangan letak diri Tuanku lebih rendah dari saya.” Katanya
dengan nada menggeletar, air mata jatuh membelai pipinya yang kemerah-merahan.
“Ini bukan salah Tuanku. Tolong jangan salahkan diri Tuanku. Ia… ia salah saya
kerana tidak dapat memahami perasaan Tuanku, tidak memikirkan kesukaran yang
Tuanku alami selama ni. Ini salah saya, saya sebagai tunang Tuanku patut
perasan semua ini.”
“Tapi Jull—
Puteri Julliana
menggeleng, mencapai tangan Louis dan bawa putera raja itu bangun. “Jangan
salahkan diri tuanku… saya… saya taknak jadi beban pada Tuanku, saya nak jadi
kekuatan—tapi…. Tapi nampaknya perkara itu agak mustahil….” Puteri Julliana
melepaskan tangan Louis dan mengambil beberapa langkah kebelakang. “M-Maafkan saya T-Tuanku… saya…” Kali ini dia
tidak dapat menahan perasaannya dan segera berpaling kearah pintu keluar dan
berlari pergi sambil kepala tertunduk tanpa berkata apa-apa pada Louis.
Semasa Puteri
Julliana membuka pintu, dua Putera raja berada dihadapannya, hampir melanggar
salah seorang putera itu.
“Woah, maaf Puteri
Jull!” Putera Phillipe segera mengangkat kedua tangannya dan membelakangkan
diri dari Puteri Julliana, agak terkejut kerana dia baru sahaja nak buka pintu
tersebut tapi telah dibuka oleh puteri Julliana dari dalam.
Phillipe perasan
air mata yang membasahi pipi Puteri tersebut dan ingin menyoalnya tapi Puteri
Julliana segera beredar meninggalkan dua putera itu di hadapan pintu dengan
expressi buntu tertera pada wajah mereka.
Putera Phillipe
dan Putera Xiao Ai saling berpandangan sebelum beralih pada kawan rapat merka
yang berada di dalam bilik takhta diraja. Melabuhkan punggung di anak tangga
terakhir naik ke kerusi takhta Raja Arthur.
“You look charming
as always Your Highness.” Putera Xiao Ai bersuara dan mendapat pukulan di perut
oleh Putera Phillipe. “Apa?” Soalnya dengan kedua tangan didalam poket, datang
mendekati rakan mereka sebelum bersuara lagi. “kesan hitam bawah mata Tuanku
Nampak sangat menawan—
“Enough Xiao!
Maan…. Kalau kau nak berlawak, bukan sekarang masanya.” Tegur Phillipe. “Kau
tak tau nak baca keadaan ke?”
“In the contrary…
aku tahu apa yang terjadi sebenarnya dan aku tak berlawak. It is called
sarkastik. Ever heard of it?”
“Thank you Xiao Ai, aku rasa kau takyah
nak panggil aku Tuanku kalau niat kau nak buat aku rasa tambah bersalah.” Louis
melontarkan renungannya yang menggerunkan pada Putera China itu.
Putera Xiao Ai
menarik sengih. “Come on dude, you get what you deserve. Aku sebenarnya agak
kagum mendengar kau dan Ahli sihir tu ada hubungan. All this time I thought the
two of you will be enemy for life but….” Putera Cina ini tertawa dengan
gelengan tidak percaya. “Who have thought you two having a secret rendezvous
all this time. For a long time.”
Putera Phillipe
memutar bola matanya dan mencangkuk depan Louis, menyentuh lutut Louis seumpama
memberi semangat. “Selama ni aku ingat aku putera yang paling rebel antara kita
bertiga tapi rupanya…. kau lebih gila dari aku.” Katanya dengan gelakan
terhibur membut Putera China dan bakal pemerintah Enchanted ini juga tertawa.
“Thanks guys,
sebab setia di sisi aku selepas korang tahu tentang perkara ni.” kata Louis
dengan senyuman berterima kasih.
Putera Cina ini
menepuk bahu Louis. “Hey, there’s no prince in Enchanted is perfect. Aku lega
mengetahui kau ada kesilapan. Kesempurnaan kau buat aku meluat kadang-kadang
dengan kau tau tak?” Usiknya sambil menghulurkan tangan. “Besides, kita Power
Trio kebanggaan Enchanted. We get your burden George.”
Putera Phillipe
kembali bangun, memperbetulkan bajunya sebelum menghulurkan tangan kepada Louis
juga. “Dan aku kagum dengan kau juga sebab antara kita bertiga, kau tanggung
beban yang paling besar dan kau dapat hormat aku kerana dapat bertahan selama
ni, rather than breaking down like a whiny brat.”
Putera Xiao Ai
menyiku perut Putera Phillipe. “That’s you, you moron.”
Phillipe berikan
senyuman nakal pada putera cina itu. “Kata Putera perfection yang ada ayah yang tak berperikemanusiaan.”
“You bring up
again about my f*cking dad and I will slit your throut.”
“See? Breaking
down.” Putera Phillipe menuding jari pada Putera Xiao Ai. “Semua orang ada
kelemahan. Including this Perfect Prince.”
Louis hanya
tertawa dengan gelengan melihat kedua rakannya sempat bertelingkah
dihadapannya. Dia memandang kedua tangan mereka yang masih terhulur dan dengan
senang hati dia menyambutnya. Kembali berdiri dengan pertolongan Putera Xiao Ai
dan Putera Phillipe.
“Really guys,
thanks for understands me.”
“No biggie,
princy...” Putera Scotish ini memeluk bahu Louis sambil mereka bertiga bergerak
keluar dari bilik takhta itu. “But, no promises with Prince Edward thou. Kau
hancurkan hati Putera Julliana. His sweet precious Sister.”
Putera Xiao Ai
pula menepuk belakang Louis. “Dia putera yang berfikiran rasional. Dia pasti
nakkan penjelasan dari kau, talk to him when you have the chance.”
“Fat chance that
is.” Tambah Putera Phillipe dengan senyuman nakalnya yang terkenal. “Isn’t
Putera Edward juga simpan perasaan pada Ahli sihir kau yang gila tu George?”
“But if you put a
good word to him, aku pasti Putera Edward akan faham. He knows how you feel.”
Tambah Putera Xiao Ai.
Louis menggeleng
kepalanya dengan tawa kecil. Berfikir yang dua rakannya ini umpama Devil dan
Angel. Berbisik pada telinganya apa yang dia patut buat.
Ini buat Louis
menghembus nafas lega, mendepakan tangannya belakang mereka dan memeluk leher
kedua rakannya. “I would trade the world for you two.”
Putera Phillipe
ketawa berdekah. “Louis dah start merapu! Dah-dah, Jom cepat sebelum Raja
Arthur makan kau lagi macam semalam!”
Putera Xiao Ai
menarik sengih. “Kau terharu lebih Phil, tapi kau betul. Taknak buat para
kerabat diraja tunggu keputusan terbesar Bakal Pemerintah Enchanted akan
umumkan pada mereka.”
“Is that a joke
Xiao?” Soal Louis dengan kening terjungkit.
Putera Xiao Ai
berikan senyuman nakal yang jarang terukir pada bibirnya. “Now you know that I
too, can joke.”
“yang paling
teruk. Aku setuju.” Usik Putera Phillipe dan mendapat pukulan padu di belakang
kepalanya dari Putera Xiao Ai. Ow—Oi!”
“Heh… now, I
wonder apa ahli sihir gila kau tengah buat sekarang. Memandangkan dia dah bebas
dari hukumannya.”
“Nothing...” Louis
berhenti sebelum dia mengeluh. “I hope. Korang, aku percayakan dia, Aku harap
korang atleast boleh percayakan aku tentang Ivy.”
Putera Phillipe
yang mengusap kepalanya berpaling melihat Louis. “Dude, she got you good.”
“Yes. Yes, she
is.”
“And it’s a good
thing.” Tambah Putera Xiao Ai lagi, dengan senyuman lembut pada Putera di
antara mereka. “You’ll see.”
>X<
“Well, well….” Suara Gretel menarik
perhatian Ivy dari membaca buku magic ibunya, mendongak melihat adik kawan
rapatnya menyandar pada pintu bilik. “You look pretty…… dead.”
Ivy menggosok
matanya dengan penat dan melontar buku Black Magic pemberian ibunya masuk kedalam bag sandang. Dia mengusap mukanya dengan keluhan, melabuhkan punggung
di tepi katil.
“Kau pasti ke kau cukup sihat untuk keluar
jalankan kerja kau sebagai apprientice Wizard Merlin? Selepas kejadian
mengejutkan terjadi di Majlis tari menari malam semalam? I heard it went pretty
bad.”
Ivy berikan
senyuman tawar dan bangun dari katil. Memanggil Diaval yang berada di tiang
rehat ke bahunya. “Aku okay Gret, lagipun, kalau aku tinggal di sini lagi
teruk.” Katanya, mengambil beg sandangnya dan bergerak keluar dari bilik
bersama Gretel. Sempat meninggalkan nota pada meja belajar Ezra sebelum menutup
pintu biliknya. “Majority kerabat diraja salahkan aku yang sumpah Puteri
Charlotte into deep slumber. Tentu khabar angin ni dah tersebar ke seluruh
Academy.” Ivy menjeling pada para pelajar yang lalu di tepi mereka berdua, juga
menjeling pada Ivy dan berbisik pada sesame sendiri. “See? I have to get away
until the rumour died down.”
Gretel menepuk
bahu Ivy sebelum memeluk bahu kawan rapat abangnya itu. seumpama bagi semangat
untuk Ivy bersabar. Gretel dapat tahu, pada malam majlis tari menari itu,
selepas pengumuman rasmi Ivy sebagai apprientice The Great Wizard Merlin, satu
kejadian yang mengejutkan berlaku; Puteri Charlotte telah diserang oleh Villain
Losing Heart.
Tiada siapa tahu
tentang Sumpahan Losing Heart yang telah lama berlaku di tanah tersebut; hanya
orang-orang tertentu sahaja dan ini menyebabkan Ivy mendapat nama buruk yang
dia telah meletak sumpahan keatas Puteri Charlotte.
Banyak konspirasi
yang dibuat oleh kerabat diraja pada malam itu. Ivy the Devil dekatkan diri
dengan Puteri Charlotte selama ini hanya untuk menyumpah Puteri itu. Ingin
menghancurkan Kerabat diraja Camelot; Bermula dengan Puteri kecil sebagai
amaran dan akan menyerang setiap ahli keluarga Raja Arthur.
Konspirasi ini di
kukuhkan lagi bila beberapa orang dari tetamu yang datang pada malam itu
mengaku yang mereka lihat Puteri Charlotte mengejar Ivy the Devil keluar dari
dewan tari menari sebelum kejadian itu bermula. Memang tidak syak lagi mereka
jangka Ivy the Devil yang meletak sumpahan keatas Puteri Charlotte.
Puteri Ezra, The
Great Wizard Merlin dan beberapa kerabat diraja yang merupaka ‘The Believers’
cuba mempertahankan Ivy mengatakan dia tidak bersalah tapi—Ye lah, Ivy dari
Vicious, tiada siapa yang tidak akan syak ahli sihir muda itu untuk berbuat
sekeji itu.
Ivy tak kisah. Dia
sebenarnya tidak seberapa kisah tentang konspirasi itu, malah dia juga
menyalahkan dirinya sendiri kerana terbawa-bawa dengan perasaan marahnya dan
biarkan Puteri Charlotte mengikut Jack.
Dia patut lebih
tahu untuk tidak biarkan lelaki psycho itu bawa Puteri Charlotte pergi. Lelaki
itu terlalu merbahaya dan Ivy tahu fakta itu. Namun dia tetap biarkan Jack bawa
adik Louis pergi.
Dan tengok apa dah
jadi sekarang? Charlotte terlentar diatas katil didalam eternal slumber dan
Jack berjaya melarikan diri dari jenayahnya. Menghilangkan diri dari Academy
entah ke mana tiada siapa yang tahu. Tiada siapa dapat menjejak di mana lelaki
durjana itu berada sekarang.
Ivy mengeluh
berat. Sekurang-kurangnya berita tentang hubungan Ivy dan Louis tidak sampai ke
telinga orang luar. The Great Wizard Merlin telah Berjaya memutar belitkan
memori tetamu yang ada didalam majlis; memadam memori mereka tentang Ivy
mendedahkan hubungannya dengan Louis pada khalayak ramai dan Louis mengejar Ivy
dari memilih untuk berdiri di sebelah Tunangnya. Menukarnya kepada Ivy membuat
persembahan agak menakutkan dan Putera Geroge menegur kelakuan Ivy dan ia
menghasilkan pertengkaran diantara mereka berdua sehingga Ivy dengan kurang
sopan keluar dari dewan itu. Putera George mengejar Ivy menyuruh dia meminta
maaf namun ahli sihir muda ini menepis putera George ketepi.
Ivy yang cadangkan
memori itu diubah seperit itu dan nak taknak The Great Wizard Merlin terpaksa
bersetuju untuk selamatkan nama Putera George. Tambahan pula, mereka tiada masa
untuk fikir sketsa lain untuk mengubah memori mereka pada saat itu.
Dah tentu Puteri
Julliana mengetahui hubungan mereka tapi Puteri itu bersetuju untuk tutup mulut
selagi Ivy jauhkan diri dari Louis.
Jangan risau. Ivy
akan jauhkan dirinya dari Louis.
Untuk kebaikan
mereka berdua juga.
Ivy pernah kata dahulu; mereka berdua tidak
boleh bersama. Situasi mereka tidak membenarkan mereka untuk bersama. Ivy dan
Louis hidup didunia yang berbeza.
Tapi ayat Louis
pada malam selepas majlis tari menari itu bermain didalam minda Ivy; ia telah
lama bermain selama dua hari itu tanpa henti seperti filem titanic. Sangat
sedih tapi tetap di tayang berulang-ulang kali tanpa rasa jemuh.
“I will take the throne dan dengan kuasa
yang beta ada, beta akan kekalkan Ivy di sisi beta. No matter what it takes, I
will never let her go. So….” Ivy
bersembunyi di sebalik langsir mengetap bibir, menahan diri dari tidak buat
sebarang suara dan dedahkan persembunyiannya. “beritahu dia untuk bersabar dan yakin dengan beta yang beta akan
selesaikan semua masalah ini. untuk kita berdua. I want my future filled with
her.”
Dia masih nakkan
aku dalam hidupnya… desis hati Ivy, susah ingin percaya kata-kata Louis namun
nadanya cukup meyakinkan. Tapi perasaan dikhianati lebih kuat tertanam dalam
hati Ivy untuk percayakan kata-kata Louis lagi.
“So, if you by any
chance jumpa abang aku, tolong tanya kalau dia makan healthy okay? Aku risau
ketagihannya dengan manisan bertambah teruk tanpa sesiapa pantau dia.” Gretel
bersuara semula bila mereka sampai di depan pintu masuk asrama, dimana
kenderaan kuda Ivy telah menunggu dia dari tadi dan didalam kenderaan itu ada
The Great Wizard Merlin sedang menunggu. Dia kelihatan sibuk dengan bebola kaca
didalam tangannya.
“Kalau aku jumpa
dia. Masalahnya dia tak bagitau aku kami pergi ke mana, It’s top secret.” kata
ivy mengangkat bahu kurang pasti. “Aku hanya ikut ke mana The Wizard Merlin
pergi. Aku harap aku boleh membantu Wizard Merlin nanti, I’m his apprientice.”
Gretel menarik
sengih. “mungkin keluar tangkap mamat gila tu dan kau jadi umpan untuk dapatkan
Jack. Aku takkan sangka lelaki tu obsess dengan kau. tentu sesi kejar-mengejar
korang sangat seronok kan?”
“Oh come on, kau buat
kedudukan aku nampak sangat menyedihkan.” Ivy bercekak pinggang dengan bibir
dicebik. “Yes, lebih kurang macam tu but a little cooler. Sebab aku dah ada
magic.” Ivy menggoyangkan jari jemarinya, menghasilkan sedikit percikan majik.
Gretel ketawa
sambil menggeleng. “Just don’t try to fry him. Dia saksi pada true Villain
Losing Heart. He’s dead and we’re back to square one.”
Ivy kerutkan
hidungnya, tahu sahaja Gretel yang Ivy ingin seksa lelaki durjana itu. “Fine.
Aku takkan bakar dia sebelum dia
buka mulut.”
“Vicious as
always.” Komen Gretel. “Oh dan bawa rantai ni, ia akan lindungi kau dari
Villain—”
“Ivy!!”
Tidak sempat Ivy
berpaling ke suara yang menjerit, sekujur badan telah pun merumpuhnya dan takle
dia di leher dengan erat ke lantai. Membuat Ivy tercekik dengan pelukan maut
itu. “H-Hanna…. Aku—Tak boleh bernafas!”
Gweneth menarik
Hanna dari atas Ivy, menyelamatkan ahli sihir muda itu dari dibunuh dengan
kasih sayang kematian Hanna.
Apple Red pula
menghulurkan tangan, menolong Ivy bangun semula. “Kau okay?”
Ivy mengangguk
sebelum memandang ketiga puteri itu dengan riak wajah pelik. “Apa korang buat
kat sini?”
Gweneth memutarkan
bola matanya. “To say goodbye to you, duh! Kalau bukan disebabkan Gretel
beritahu kami tadi pagi yang kau nak jalan tengahari ni, tentu kami takkan
jumpa kau lagi.”
“Yeah!” Hanna
mengangguk setuju. “Asal tak bagitahu kami kau dah nak pergi buat kerja
apprientice kau ni? We should make a goodluck and goodbye party last night!”
Apple Red
menyentuh bahu Ivy dan berikan senyuman lembutnya. “Ivy, aku tahu kenapa kau
tak bagitau kami tapi… kami kawan kau, dah tentu kami percaya yang kau takda
kena mengena dengan sumpahan yang terkena pada Puteri Charlotte.” Apple Red
memegang kedua tangan Ivy dengan erat. “You should trust us better Ai…”
Ivy memandang
keempat-empat kawannya sebelum air mata mula mengugut untuk turun. Rasa terharu
semacam dengan empat kawan enchantednya ini.
Juga perasaan
rindu pada Dottie dan Caramel bila lihat perangai mereka seperti itu.
“Deja vu” sahut Ivy membuat yang lain
buntu tapi Ivy abaikan dan melontar tangannya kearah mereka berempat.
Empat sekawan ini
saling berpandangan tertanya kenapa Ivy tiba-tiba emotional tapi tidak
mempersoalkannya dan membalas pelukan kawan ahli sihir mereka itu.
Sementara itu;
“Ah-choo!” Dottie menggosok hidungnya tiba-tiba bersin
tanpa sebab dan memandang kearah budak lelaki emo, berbaju serbah hitam yang
menyedihkan dan muka pucat bagai mayat yang tercegat di belakangnya selama mana
Dottie boleh ingat. “Athens, aku dah kata. AKu tak boleh bawa kau ke Gunung
Furious. Its Dangerous.”
Melihat dari
renungan mata hitam pekat Athens buat Dottie mengeluh berat. Merungut dalam
diam; tertanya kenapalah Budak tu tiba-tiba melekat dengan dia selepas
pemergian Hansel. “Fine. Get on.” Katanya menghulurkan tangan kepada budak
lelaki berambut panjang, menutup sebelah matanya itu untuk naik haiwan
perliharaannya yang berkepala tiga.
Athens tersenyum
gembira dan menyambut tangan seniornya itu.
. . .
“Ah-choo!”
Utopia mendongak
melihat seniornya yang tiba-tiba bersin tanpa sebab. “Kak Carie allergic dengan
hairspray ke?” Soalnya sebelum melihat dirinya didepan cermin, rambut didandan
cantik oleh Caramel.
Caramel hanya
kerutkan hidungnya yang gatal sebelum menggeleng. “No, there’s a b*tch talking
about me again.” Caramel mengeluh dengan cantik. “aku terlalu menawan sampai
semua perempuan cemburukan aku dan kau…” Caramel menyentuh kedua bahu Utopia.
“kau akan jadi secantik aku! Just like me, Dottie and Ivy. You’ll fine your own
soulmate with this pretty face of yours!”
Utopia tersenyum
lebar dan mengangguk. “A prince!”
Caramel hanya
ketawa sambil menggeleng. Tidak berkata apa-apa kerana tidak ingin
menghancurkan impian Utopia. Lagipun, suatu hari nanti Utopia akan sedar juga
yang dia takkan dapat seorang putera raja atau pergi ke tanah seberang.
Mungkin. Kalau
pergi ke tanah seberang pun dia tidak akan dapat putera raja yang dia nakkan.
Kerana mereka
semua akan mati.
Senyuman wicked
terukir pada bibir merah jambu Caramel, tidka sabar menunggu saat saat itu
terjadi.
Kembali di
Enchanted, Rakan-rakan Ivy berikan ahli sihir muda ini semua barang yang dia
perlukan untuk pengembaraannya. Kebanyakannya barang yang tidak diperlukan,
jadi Ivy terpaksa tolak dengan baik dan ambil beberapa benda sahaja untuk sedapkan
hati tiga puteri itu.
Terutamanya rantai
yang Gretel berikan pada Ivy. pelindung dari terkena sumpahan Losing Heart. The
Believers kena pakai rantai tersebut untuk mengelakkan informasi mereka
terbongkar pada Villain itu. juga menghilangkan jejak mereka dalam mencari si
Villain ini.
“Be careful okay.”
Gretel memicit bahu Ivy, seumpama memberi semangat kepada ahli sihir muda itu
sekali beritahu dia untuk sentiasa berjaga-jaga di luar sana.
Ivy mengangguk dan
mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawannya, naik kedalam kenderaannya dan
duduk di hadapan The Great Wizard Merlin dengan Diaval berada di pangkuannya.
“Dah bersedia Cik
Ivy?” Pengetua Merlin masukkan bola kristalnya di dalam topi ajaib sebelum Ivy
sempat menjenguk gambaran didalam bola tersebut. The Great Wizard Merlin
berikan senyuman manis pada Menteenya.
Ivy mengangguk;
tidak seberapa kisah apa yang terkandung dalam bebola Kristal itu dan mengetuk
dinding kenderaan bahagian coachman itu. “Jom pergi.”
“Baik cik Ivy.”
Coachman itu bersuara dan mengarahkan kuda-kudanya untuk bergerak.
Ivy pula keluarkan
kepalanya dari tingkap kenderaan dan melambai selamat tinggal kepada empat
rakannya yang berdiri didepan pintu asrama academy. Mengendahkan renungan dari
pelajar lain padanya dan tetap melambai pada rakannya dengan senyuman lebar.
“See you soon!”
Wizard Merlin
hanya melihat kelakuan Ivy; kembali duduk dihadapannya setelah mereka dah jauh
dari bangunan asrama academy. “Kamu ada kawan yang baik.”
“Hmm?” Ivy
tumpukan perhatiannya pada Wizard Merlin dan mengangguk kecil. “Ya. Saya
beruntung dapat kawan seperti mereka.”
Wizard Merlin
mengangguk setuju dan mengeluarkan sesuatu dari lengan jubah bajunya; sebuah
buku kecil dan berikan pada Ivy.
“Apa ni?” Soal Ivy
menerima buku tersebut. Tidak seberapa faham tulisan kuno yang tertulis pada
cover buku kecil itu.
“Charmed book.”
Jawab Pengetua Merlin dengan senyuman kecil melihat Ivy membuka buku kecil itu
dan dapat tahu ia kosong. “Buku ni mengandungi 1001 pengetahuan, ia akan muncul
bila kamu betul-betul perlukannya.”
Ivy kembali
mendongak memandang Pengetua Merlin. “Macam…. Nota tambahan subjek philosophy
dari Prof. Hawkthorn?”
Seperti apa yang
Ivy inginkan, buku tersebut menunjukkan barisan ayat diatas muka surat kosong.
Mata Ivy terbeliak bulat bila dia baca isi kandungan yang wujud secara magic
didalam buku tersebut. “Ni nota Prof!” sahutnya dengan girang. “No way… saya
takkan ketinggalan pelajaran kalau macam ni! Dan… oh Lord, kerja kita akan jadi
lebih senang dengan adanya buku ni. Dari mana Tuan dapat buku ni?”
“Dari seorang
kawan. Tapi itu tak penting, yang penting kamu boleh gunakannya bila kamu
perlukannya.” Kata Pengetua Merlin dengan senyuman. “So, saya harap tiada
alasan tentang prestasi akademik kamu merosot nanti ujian akhir semester ni.
Faham?”
“Yes sir!” sahut
Ivy dah ingin membaca buku tersebut, tapi niatnya untuk mula membaca terbatal
dan melihat Wizard merlin semula. “uhm.. anyway, kita nak ke mana sebenarnya?”
“You’ll see dear.”
>X<
(A/N: YESSSS!! YAASSSS! Finally an update! ini bermaksud semester angah dah tamat and I'm free to write! boleh update chapter weekly again! I have so many Ideas for the latest chapter and can't wait to share it to all of you!! tapi for the next novel tak start lagi cam mana plot BUT THAT CAN WAIT!! anywayssss enjoy my peeps! and the next chapter will out in a couple of days! I promise thy~ lol *Hug&kisses*)
P/S: we interrupt this programme to promote a new e-novel blog! http://mysticalwritings2017.blogspot.my/ ! ! ! angah dah baca her first novel called 'The Pit' and so far so good! It's really Goooooooood! Angah sarankan korang pegi blog dia and read it for yourself! huhuhuhuhuhu and if the author reading this now~~ Good luck on your writing love!! I know you can do it!
Thank you thank you thank you for promoting my blog. :D
ReplyDeleteYou welcome darling~~ *kisses*
Delete