New chapter!

Fitth H.O.P.E

Little Believers Tiada siapa akan percaya jika kamu kata kamu boleh melihat Jack o’the Lantern. Ia hanyalah kisah dongeng dis...

Sunday, 23 October 2016

Ninth L.O.S.T


Everything Changes

“What just happen in that Room was a total digrace!”
Kening Louis berkerut sedikit mendengar ayahandanya menengking sehingga suaranya bergema didalam bilik meja bulat itu. matanya jatuh memandang lantai tidak berani untuk melihat ayahandanya yang berdiri di bahagian seberang meja bulat itu.

“She Kiss you infront of Everyone. Kiss you… Kiss!!” Ulang Raja Arthur dengan kemarahan yang tidak terkata. “Dihadapan orang ramai pula tu!—Geroge, Look at me when I’m talking to you!”

Louis mengangkat pandangannya dengan perlahan. Melihat wajah Raja Arthur, membuat Louis rasa nak tundukkan pandangannya semula tapi itu adalah perintah raja, jadi dia kena tahan dengan segala perasaan dan beranikan diri.

“Ini ke sebabnya kamu bantah pertunangan kamu dengan Puteri Julliana? Kamu ada hubungan sulit dengan Ahli sihir dari Vicious tu?—”

“Dia bukan lagi Vicious Ayahanda—”

“Kelakuannya tadi juga membuktikan dia bukan Enchanted!” Potong Raja Arthur dengan hentakan kedua tangan diatas meja. Merenung anaknya seperti dia ingin membunuh. “Berhenti mempertahankan ahli sihir tu! Dia anak Maleficent, George. Anak Ahli sihir terkejam didunia ni! Hampir membunuh Raja Uther, Raja Stefan, dan semua kerabat diraja! Apa yang kamu lihat pada ahli sihir tu sebenarnya?!”

“Saya tak nampak apa-apa pada Ivy. Saya hanya lihat dirinya sebenar. Bukan sebagai anak Maleficent atau orang dari Vicious—”

“Stop being romantic George, this is not you.” Tegur Ayahandanya. “Kamu seorang Putera dan dia rakyat biasa. Lebih rendah dari itu, dia bekas Vicious. Kamu tahu tak kelakuan kamu didalam majlis tadi sangat memalukan? menepis tangan tunang kamu sendiri; menolak tunang kamu ketepi untuk mengejar perempuan yang bukan siapa-siapa. Yang mempunyai nama yang cukup buruk di tanah ni. Even worse, dia bangga dengan darjatnya di sini.” Kata Raja Arthur dengan nada rendah, menudingkan jari pada permukaan meja Marble itu. “Itu bukan George yang Ayahanda kenal. Putera George Alexander Louis Pendragon ialah Putera yang tidak pernah langgar kod etika diraja dan penuh dengan komposisi diri, pertuturan. Bukan mengejar dan mempunyai hubungan sulit dengan ahli sihir dari Vicious!”

Louis menggenggam penumbuknya di sisi sehingga tulang penumbuknya menjadi pucat. Kedua tangannya menggeletar teruk kerana menahan kemarahan yang marak didalam dirinya. Tidak tahan mendengar hinaan Ayahandanya tentang Ahli sihirnya. Apa Ayahandanya tahu pasal Ivy? Dia tidak pernah kenal siapa diri Ivy yang sebenarnya. Tidak seperti Louis, mengetahui Ivy dari luar dan dalam. Ivy lain dari yang lain. Tidak seperti perempuan lain di tanah ni, yang hipokrit, inginkan Louis kerana pangkat dan namanya sahaja. Bukan sebab diri Louis yang sebenar, dirinya yang penuh dengna kekurangan dan kesalahn. Tidak, hanya Ivy sahaja menerima dirinya yang sebenar. Baik dan buruk Louis. Hanya Ivy yang lain dari semua wanita di tanah itu.

Hanya Ivy.

Tapi Raja Arthur tak nampak semua tu kerana dia tidak ingin melihat langsung. Tidak akan beri peluang untuk melihat.

“Pasti dia telah santau kamu sehingga kamu boleh terkejar-kejarkan dia. Mustahil untuk kamu jatuh cinta padanya. It must be a—”

*Snap*
“Saya Cintakan dia bukan disebabkan sihir atau santauan!” George terus meletup, Ayahandanya telah mencabar kesabarannya dan hinaan itu adalah tolakan terakhir untuk mematahkan kestabilan emosinya. “I Love her from the bottom of my heart and it’s pure as it is! Ayahanda tahu ini bukan Sumpahan! You know better than anyone else!” bentaknya dan membuka kot baju dan butang baju kemejanya.

“George berhenti—

Louis terus menarik baju kemeja itu dengan kasar, sehingga dua butang dari kemeja itu tercabut untuk tunjukkan tattoo yang terukir di dadanya, tepat di atas jantungnya. “Look at this Father! Look at it!” tengking Louis sama tinggi dengan nada Ayahandanya sebelum ini. bergema di bilik hanya mereka sahaja sebagai penghuni.

Louis rasa sakit bila Ayahandanya enggan melihat dia, takut untuk mengangkat pandangan itu melihat tatu yang lahir dengannya. “Ayahanda, tolong…. Pandang sini. You make me feel so ashame if you don’t.”

Mendengar rayuan Anandanya, Raja Arthur mengangkat pandangannya untuk melihat tatu yang terlekat pada dada anaknya. Perasaan bersalah bermain didalam perutnya setiap kali melihat tatu tersebut.

“Ananda tahu ia menjijikkan. Ananda pun bencikan sumpahan ni tapi…” Dia berhenti sejenak, memastikan suaranya tidak pecah. “tapi ini bukti yang Ivy tidak pernah sihir Ananda. Ayahanda sendiri tahu yang ananda tidak akan pernah kena sumpahan lain selain Sumpahan lady Morgana. Ayahanda… Ayahanda tolong dengar cakap ananda ni.” Suara Louis sedikit tegas. “Ananda cintakan Ivy dengan hati ananda sendiri dan begitu juga Ivy—

“Tapi dia merbahaya George. We can’t trust her. Even The Great Wizard Merlin tidak percayakan Apprienticenya sendiri.”

Ini buat Louis terdiam. Kaku untuk seketika sebelum menggeleng tidak percaya. “Itu mustahil, kalau Wizard Merlin tidak percayakan Ivy, kenapa lagi dia ambil Ivy jadi Apprienticenya?”

“Can’t you see?” Soal Raja Arthur dengan nada tegas. “Untuk pastikan Ivy the Devil berada di pihak kita. The War is coming George, Your life is in danger! Ahli sihir Vicious tu satu-satunya peluang kita untuk kalahkan Maleficent dan Jack Skellington! That Witch is gifted. Dia diramalkan sebagai the Next strongest Sorceress in the Century dan kami cuba untuk jadikan dia didalam pihak kita untuk menentang Vicious!”

“Ayahanda ingin mempergunakan dia? Untuk menentang ibunya sendiri?” Soal Louis terkejut. “Kenapa ayahanda ingin buat macam tu? That’s Her mother! Dia takkan berani bunuh Ibunya sendiri!”

“Ya dia boleh. Budak tu masih mentah, Dia perlu lihat keburukan yang ibunya buat adalah salah. Dia akan menghentikan ibunya sendiri. Jika kita tunjukkan kekejaman mereka semua, dia akan berpihak dengan kita dan menentang Vicious. She needs to see the evil side of her mother. We only trying to save her from them.”

“By making her kill her only family?” Soal George dan menggeleng. “Ayahanda bukan selamatkan dia. Ayahanda Mempergunakan dia! She’s not a thing you can control, she’s human! Ada perasaan sendiri! Buat keputusan sendiri!”

“Dan keputusannya telah menghasilkan malapetaka dalam majlis tadi malam! Can’t you see what she have done to your sister?! Charlotte terlentar diatas katil dengan symbol Losing Heart di dadanya! Just like your’s!”

“Berhenti tuduh Ivy dengan apa yang terjadi di majlis semalam! Malam tu bukan salah Ivy tapi salah saya! She’s innocent!”

“Just stop defending her George! Kamu tak boleh percaya yang dia tu baik sepenuhnya. Dia dari Vicious!”

“Itu tak bermaksud yang dia jahat!”

“Apa lagi bukti yang kamu inginkan untuk tunjuk pada kamu yang dia Jahat?!” Suara dua anak beranak ini sama tinggi dan terpantul pada dinding bilik itu. berlawanan antara satu sama lain. Nasib baik dinding istana itu tebal kalau tidak pasti orang luar juga dengar pertengkaran mereka.

“You are blind with love George! Open that eyes and see the truth—”

“Saya tak perlu nak buka mata untuk melihatnya, saya tahu kebenarannya dan Ivy tidak jahat!”

Bah! You are just like your mother!” Bentak Raja Arthur dengan tangan diangkat keudara fed up. “Kepala batu, tidak ingin mendengar apa yang Beta katakan. Never listen and do as you like! Betraying my trust! Bring shame to the family again and again!”

Di sini Louis terdiam membisu. Terkilan mendengar ayat yang keluar dari mulut ayahandanya.

Raja Arthur juga kelihatan seperti dia menyesal dengan ayat yang dia katakan tadi kerana wajah anandanya tertulis yang Louis tidak menyangka Ayahandanya cakap seperti itu tentang Louis dan Permaisurinya sendiri.

“You… you are ashamed of me aren’t you?” Soal Louis dengan nada perlahan, tidak ingin Ayahandanya mendengar suaranya yang menggeletar. “Selama ni…. Ananda dah agak. You are ashamed of me.”

“Nanti, George—George!!” Terlambat. Hentakan kuat pintu bilik meja bulat itu bergema di dalam kamar itu menggantikan jeritan antara mereka berdua.

Raja Arthur menghembus nafas lelah dan jatuh terduduk diatas salah satu kerusi meja bulat. Membongkokkan diri memandang lantai dengan siku di lutut dan mencengkam segumpal rambutnya didalam kedua tangan. Tidak kisah jika rambutnya kusut.

“For Heaven’s sake… can this life be a lot worse?” Soalnya kepada udara, mendongak ke atas, berharap didalam hati sesuatu yang mustahil.

Pintu bilik itu terbuka semua membuat Raja Arthur segera komposkan dirinya tapi badannya kembali membongkok bila dia tahu siapa yang masuk tanpa mengetuk. “Merlin…”

Wizard Merlin memberikan senyuman nipis. bersimpati melihat keadaan rajanya dan mengambil tempat duduk di sebelah Raja Arthur. “Mungkin tak juga.”

“Apa?”

“Saya dapat menghentikan sumpahan itu mencuri hati Puteri Charlotte.” Kata Wizard merlin menaikkan harapan Raja Arthur. “Tapi, untuk mengelakkan sumpahan itu lengkap… Saya terpaksa letak Puteri Charlotte in a deep slumber. Arthur, Your daughter will never wake up until we find the this villain.”

Segala harapan Raja Arthur hancur dilanggar boldozer. “Sekurang-kurangnya Beta dapat kepastian yang Ananda beta boleh diselamatkan.”

Wizard merlin menyentuh bahu Raja Arthur, genggamannya dieratkan seumpama memberi semangat kepada Raja Camelot yang juga merupakan kawan baiknya. “You are a strong King, Arthur.”

Raja Arthur hanya berikan senyum pahit. “Tell me, ada lagi berita baik? Beta tak rasa jantung Beta boleh terima semua ni dengan baik lagi. I’m getting too old.”

Merlin ketawa kecil. “Welp, welcome to my world old chum.” Merlin menepuk bahu Raja Arthur membuat kawannya itu juga ketawa. “Dan ya, Patik telah uruskan memori tetamu-tetamu Tuanku.”

“Kamu padam memori mereka?”

Wizard Merlin kerutkan hidungnya dan bawa kepalanya kekiri dan kekanan. “More like, bermain dengan memori mereka. Siapa sangka Cik Ivy tahu mantera brainwash. Kalau dia tak ingatkan saya tentang jampi tu, pasti rosak ingatan orang-orang penting Enchanted. We don’t want that to happen.”

“Ahli sihir tu… bantu kamu?” Soal Raja Arthur meragui ayat Wizard Merlin.

“Dia ahli sihir yang pintar Arthur. Jangan pandang rendah dengan apprientice saya. Dia baik, walaupun dia sedikit nakal.”

“Then… kau percayakan dia?” Soal Raja Arthur, tidak lagi fikirkan pangkat antara mereka berdua. Dia terlalu penat untuk berlakon sempurna.

Melihat Wizard Merlin mengangguk membuat Raja Arthur menggeleng. “How can you—she’s Maleficent’s daughter.”

“Kadang-kala, kita kena lihat seseorang bukan dari latar belakangnya. Tapi kewujudannya sendiri. Saya telah lama perhatikan CIk Ivy and trust me, she’s a pretty messed up kid.” Wizard Merlin ketawa dengan gelengan sebelum berikan senyuman yang pasti. “tapi dia budak yang baik, sedikit terpesong tapi tetap baik.”

Raja Arthur hanya diamkan diri, membasahkan bibirnya sambil memproses ayat Wizard Merlin kedalam mindanya.

Teringatkan kata-kata anaknya sebentar tadi yang dia melihat diri Ivy yang sebenarnya tanpa memikirkan latar belakang ahli sihir itu.

Raja Arthur segera menggeleng. Tidak, dia tidak boleh mudah terpengaruh dengan kata-kata mereka berdua. Keselamatan Enchanted didalam bahaya dan dia tidak boleh bersikap mengambil lewa hanya kerana The Great Wizard Merlin mempercayai ahli sihir vicious itu.

Dia Ivy the Devil. The Heartless witch; gelaran tu bukan diberi dengan suka-suka. Bermaksud Ahli sihir Vicious tu tidak berhati. There’s no kindness in that witch’s body. There’s no love in her… because she has no heart.

Raja Arthur mungkin percaya yang anaknya; Putera George mungkin telah jatuh hati pada ahli sihir Vicious itu tapi dia tidak percaya langsung jika dia juga mencintai anaknya.

Raja Arthur tidak mempercayai ahli sihir Vicious itu.

Tidak boleh di percayai langsung. Walaupun sedikit.

Raja Arthur kena cari cara untuk jauhkan George dari Ivy kerana disebabkan ahli sihir itu, Anandanya sudah berani membantah dia. Putera George yang tahu kedudukannya sebagai seorang Putera, telah berubah. Anaknya berubah selepas kedatangan ahli sihir itu.

Raja Arthur kena pisahkan mereka berdua.

“Dan another good news is; Saya akan bawa Cik Ivy ke luar Kerajaan nanti.”

Raja Arthur terus mendongak memandang kawannya. “Kau baca minda aku ke?”

The Great Wizard Merlin hanya berikan senyuman 1001 mana dan menepuk bahu Raja Arthur, bersimpati.

>X<

“Macam mana dengan Cher?”

Permaisuri Geneviere mendongak melihat Louis masuk kedalam bilik kelihatan penat. Permaisuri Camelot ini berikan senyuman simpati. “Ayahanda kamu cakap benda yang tak patut lagi kan?”

Louis menghembus nafas panjang dengan anggukan dan duduk di sebelah Charlotte yang terlantar diatas katil tidak sedarkan diri. Dia mengusap rambut adiknya dengan lembut sebelum melihat Ibundanya yang duduk di kerusi katil bahagian sebelah. “Macam mana dia boleh kena sumpahan? Setahu ananda sekuriti istana telah ditingkatkan.”

“It’s my fault.” Kata Permaisuri Geneviere dengan sedih, memegang tangan puteri kecilnya dari awal Charlotte di bawa ke biliknya, tidak pernah melepaskan tangan puterinya. “Ibunda tak patut biarkan dia tinggalkan sisi ibunda.”

“Apa yang ibunda cakapkan ni?” Soal Louis tidak seberapa faham. Ibundanya nak kata yang adiknya pergi ke suatu tempat? Ke mana lagi Charlotte nak pergi seorang diri? Dan sejak bila Charlotte pandai pergi ke tempat lain tanpa peneman?

“Dia kata dia terjumpa kawannya, jadi dia nak pergi sapa kawannya kejap.”

“Dia ada kata siapa nama kawannya?”

Permaisuri Geneviere menggeleng. “No. bila diingatkan balik… dia kelihatan agak cemas, ibunda tak persoalkan kenapa tapi—

“Bila dia tinggalkan Ibunda?”

“Semasa kamu menari dengan Tunang kamu.”

Kening Louis terjungkit tinggi dan memandang wajah tidur adiknya. Siapa kawan Charlotte? Setahu Louis, Charlotte tak banyak kawan—well, kawan manusia. Dan kalau ada pun, tak banyak putera puteri belasan tahun datang dan yang sebaya dengan Louis pula hanya putera puteri anak pertama sahaja yang datang mewakili raja dan permaisuri yang tidak dapat hadir. So, siapa kawan Charlotte?

“Wizard Merlin kata Charlotte akan bangun bila villain yang letak sumpahan pada Charlotte di tangkap.” Louis kembali memandang ibundanya. Permaisuri Geneviere menolak rambut depan Charlotte ketepi dan tersenyum tawar, sebelum ia jatuh menggeletar tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya. “Kenapa nasib keluarga kita seperti ini…” Ibunda Louis terus tertunduk, tidak ingin Louis melihat wajahnya. “First you… t-then your sister—What kind of curse has been put apon our family?” Soal Ibunya didalam tangisan senyap. “A-Apa salah kami sampai kamu berdua dapat padahnya?”

Louis pula hanya diamkan diri, tidak berkata apa-apa atau bergerak ke sisi ibundanya. Tidak mengambil usaha untuk sedapkan hati Ibundanya sendiri; beritahu dia yang semuanya akan jadi okay, semuanya akan berakhir dengan baik.

Tapi… Louis tidak berhak untuk beritahu ibunya semuanya akan jadi baik-baik sahaja sedangkan dia sendiri tidak yakin jika semuanya akan jadi okay. Dia tidak boleh berikan sebarang janji kepada ibundanya yang dia akan buat sesuatu untuk selamatkan nasib keluarga mereka yang makin rumit, semakin kucar-kacir itu.

Apa yang dia boleh janji hanya lah satu.

“Ananda akan gunakan segala kuasa ananda untuk cari Villain yang buat Charlotte seperti ini—tak, kesemua mangsa yang telah diserang oleh Villain tu.”

Permaisuri Geneviere segera mendongak, melihat Louis dan menggeleng. “Kamu jangan cakap kamu nak—

“I will take the throne.” Louis mengangguk serius. “Ananda tahu apa yang Ibunda fikirkan tapi ananda telah bersedia. Bersedia untuk pikul tanggungjawab sebagai pemerintah pertama Enchanted.”

Permaisuri Geneviere bangun dari tempat duduknya, bergerak ke sisi Louis dan dengan teragak-agak, dia mencapai bahu Louis dahulu. “Kamu pasti ke? Tanggungjawab tu sangat besar dan… kalau kamu buat seperti itu… sumpahan Lady Morgana—

“Ibunda..” Louis memegang tangan ibundanya yang berada di bahunya. “Sooner or later, sumpahan tu akan sampai juga. Jadi baik ananda gunakan masa yang ada ni sebaik yang mungkin. Ananda dilahirkan sebagai seorang pemerintah dan Ananda akan jalankan tanggungjawab itu sebagai seorang pemerintah yang unggul.”

Permaisuri Geneviere memandang wajah anandanya. Betul-betul melihat dan dia perasan yang Putera George telah berubah. Anandanya telah menjadi matang. Budak lagi seorang Putera tapi… seorang Raja.

“You’ve Grown my son…” bisik Permaisuri Camelot itu dengan pilu, menyentuh kedua pipi Louis. “Macam mana ibunda tak perasan yang kamu dah besar. Ibunda pasti kamu akan jadi seorang pemerintah yang hebat. Sangat pasti.” Permaisuri Geneviere memeluk Louis dengan erat, mengucup bahu anaknya sebelum pipinya. “I’m so proud of you.”

Louis membalas pelukan ibunya dan mengangguk kecil. “Louis akan jadi Raja yang baik Ibu. Louis akan cuba.”

Permaisuri Geneviere tergelak dalam tangisan gembiranya. “Dah tentu kamu akan. Apa sahaja keputusan kamu, ibu ingin kamu tahu yang ibu sentiasa akan sokong kamu.”

Itu sahaja yang Louis ingin dengar dari Ibundanya. Seseorang menyokong dia dan bangga apa sahaja dia buat, apa sahaja dia jadi. Pelukan Louis, dia eratkan menyembunyikan ekspressi wajahnya pada bahu ibundanya. Bersyukur ada seseorang masih percayakan dia setelah apa dia buat. “Thank you… mother.”

.

.

Sementara itu di dalam sebuah salah satu bilik tetamu yang terdapat didalam istana Camelot, Ivy berdiri di tengah-tengah bilik yang telah hangus terbakar dari api kemarahan yang dilepaskan selepas membatalkan sumpahan ‘Locking Heart’. Mengunci hatinya membuat dia tidak rasa apa-apa langsung. Tidak kebaikan atau kejahatan. Seperti mayat hidup.

Namun, bila sumpahan itu dibatalkan.. segala perasaan yang dikunci kembali meluap-luap didalam dadanya dan dilepaskan dengan api kemarahan berwarna hitam. Api yang setengah mati disembunyikan dari mata dunia namun terlepas tanpa kawalan kerana emosi yang tidak stabil.

Setelah meluahkan segala perasaannya dengan menghapuskan segala kewujudan didalam bilik tidur itu, Ivy hanya tercegat ditengah-tengah bilik bersama sisa api hitam yang menjilat perabot yang telah hangus terbakar.

Dengan perlahan dia membuka matanya seumpama hatinya juga terbuka, perasaan sebenar disebalik topeng kemarahannya jatuh membasahi pipi sepertimana lututnya jatuh keatas lantai, jatuh pecah bersama tangisan teresak-esak. Seumpama jantunnya retak teruk dan akan pecah berkecai namun tidak pernah pecah. Ia sangat sakit. Sangat perit dan dia tidak boleh buat apa-apa tentangnya.

Hanya menangis dan menangis dan menangis sehingga dia tidak boleh menarik nafas baru untuk mengisi paru-parunya.

“T-this is—A-all my f-fa-fault…. It’s a-all My Fault!!!”

Ivy menangis sehingga dia bersujud diatas lantai, memeluk tubuh dengan air mata bergelinang jatuh ke lantai, memadam api hitam dibawahnya. Menangis teringatkan balik kejadian didalam majlis malam tadi bila dia mengetahui Louis telah mengkhianatinya.

Rasanya begitu sakit. Tersangat sakit seperti dia kena tikam berulang-ulang kali, rasa nak mati. Tapi tak boleh. Ia keperitan yang tidak terhingga didalam dadanya. Hati itu yang merasakan keperitan yang Ivy rasa.

Hati Louis sudah cukup rapuh untuk dia rasakan keperitan yang Ivy alami sekarang ni. Dia taknak rosakkan lagi hati itu. sebab tu Ivy ingin hatinya dikunci supaya dia tidak dapat rasakan apa-apa.

Supaya dia tidak terbawa-bawa dengan emosinya sendiri dan sakiti orang lain. Kerana emosi hanya membebankan dia.

Disebabkan emosinya Puteri Charlotte terlentar diatas katil dibilik sebelah dengan symbol losing heart didadanya.

Semua ini salahnya….
.

..

“Ivy!”

Ivy mendengar suara kecil yang halus sedang memanggilnya dan segera berpaling kesisi, melihat diantara orang-orang berada, Puteri Charlotte cuba menarik perhatian Ivy dari jauh.

Ivy menarik Hoodienya lebih kedepan, menyembunyikan mukanya dan berpaling bertentangan arah dari Charlotte, keluar dari didalam kalangan orang ramai dan keluar dari pintu yang terdapat dibawah tangga Dewan tari menari itu.

Dia perasan yang bilik itu bilik lukisan diraja, terdapat lukisan portrait kemegahan keturunan diraja tapi dia tiada masa untuk meneliti satu persatu. Ivy mencari tempat untuk bersembunyi namun tidak jumpa sebarang tempat persembunyian yang sesuai.

Jadi Ivy mengambil keputusan untuk bersembunyi di belakang pintu masuk bilik itu bila Charlotte datang masuk. Memegang mulut Diaval denga erat, mengelakkan sebarang bunyi datang dari belakang pintu itu sambil berharap Charlotte tidak mencari dia di tempat persembunyia yang tidak seberapa strategic itu.

“Ivy?” Suara Charlotte hanya berada di sebalik pintu itu. “Ivy, Char boleh rasa yang Ivy bersedih… dan… dan Char tahu kenapa dan Char tahu Ivy ada didalam bilik ni!” sahutnya dengan nada sedikit tinggi. “So… Jadi Char harap Ivy tolong keluar dan… dan dengar apa yang Char nak cakap pada Ivy tentang Abang. Ivy? Ivy please keluar?”

Diaval mendongak melihat Ivy dan ahli sihir itu menggeleng laju. Tidak ingin berjumpa dengan Charlotte langsung.

“Ivy?—”

“Tuan Puteri cari CIk Devil ke?”

Mata Ivy terbeliak bulat mendengar suara yang dia kenal itu. Jack….

Ivy tunduk meliaht Diaval yang meronta-ronta minta untuk dilepaskan tapi Ivy melawan, menahan Diaval didalam tangannya tidak membenarkan Diaval untuk keluar dari tempat persembunyian itu langsung.

“Uhm… Tuan siapa?” Soal Charlotte dengan lembut.

“Saya kenalan Cik Devil, dan tak silap saya Cik Devil keluar dari pintu tu, dia pergi ambil angin di laman istana.” katanya dengan manis.

Ivy pula hanya diamkan diri disebalik pintu itu, tidak buat apa-apa mendengar sahaja perbualan mereka.

“Oh… okay, uhm.. baiklah—”

“Saya boleh bawa Tuan Puteri keluar mencari Cik Devil. Tak baik biarkan Tuan puteri keluar bersendirian. How about it?”

Diaval meroyan didalam tangan Ivy ingin menghentikan lelaki itu tapi Ivy tidak. Dia yang hentikan Diaval. Menahan burung itu dari terlepas dengan duduk berlutut, menahan Diaval dengan kakinya juga.

“Baiknya Tuan…” kata Charlotte dengan nada ceria. “Dah tentu, tolong tunjukkan beta dimana Ivy pergi.”

“Dah tentu.”

Ivy duduk diam dalam posisinya untuk seketika, mendengar tapak kasut mereka berdua berjalan pergi sehingga bunyi pintu ditutup kedengaran. Ahli sihir ini terus melepaskan Diaval terbang dari tangannya dan keluar dari tempat persembunyian.

Diaval terbang mengelilingi bilik itu dengan sahutan yang nyaring, seperti memarahi Ivy tapi Ivy hanya diamkan diri memandang kasutnya. Menggenggam erat kain jubah di sisi dan cuba tidak terganggu dengan sahutan Diaval.

Tidak tahan, Ivy berpaling ke pintu mana dia masuk meninggalkan burung gagak itu menjerit sepuas hati dia nak.

Sekali lagi Diaval menjerit, terbang sepantas mungkin ke hadapan Ivy, menghalang ahli sihir itu keluar dari bilik itu.

“Bukan salah aku yang dia tu naïve sangat percayakan strangers! It’s not my fault!” Bentak Ivy dan menolak burung itu ketepi, segera keluar dari bilik tersebut dengan Diaval mengekorinya dari belakang. Masih menyahut Cuma tidak lagi sekuat seperti tadi.
.

..

SH*T!
Ivy mendongak keudara, menutup kedua mata dengan kedua tumit tangannya, menahan air mata mengalir lebih deras. Perasaan bersalah melimpah ruah didalam dirinya kerana terikutkan perasaan marah pada Louis menyebabkan dia biarkan Charlotte pergi dengan Jack.

Charlotte tidak bersalah… dia hanya nak tenangkan Ivy tapi apa Ivy buat?

Sh*t.
Sebab tu Ivy tidak perlukan hatinya. Kerana ia membebankan, buat Ivy keliru dengan matlamat hidupnya yang sebenar. Mempunyai perasaan dan belas kasihan yang dia; the Heartless Ivy the Devil tidak perlukan!

Kalau dia tidak mempunyai hati, dia tidak akan rasa sesakit ini. sakit di khianati, sakit mengkhianati.

Semua ni takkan terjadi! Ivy tidak akan terjebak dengan semua ni! Dia mungkin akan bahagia tanpa hatinya atau hati yang terperangkap dalam dadanya!

Hati pinjaman atau tidak, Ivy tidak perlukannya. Hatinya atau hati Louis. Ivy tidak pernah inginkannya!

Ini semua salah ayahnya.
Ivy menjauhkan tangan dari matanya, menunjukkan mata hijau yang membara dengan dendam pada yang telah mati. perasaan marah berganti balik dan dengan sekelip mata api kemarahan membakar jubahnya lagi; merangkak turun ke lantai bilik itu, memberikan pantulan cahaya kejahatan di dinding bilik membuat ia lebih menyeramkan. Bayangan perabot hangus bilik umpama makhluk gelap yang menari pada dinding kerana api hitam itu.

“Kenapa….?” Nadanya bermula dengan nada berbisik yang merbahaya. “Kenapa?! Apa gunanya hati ni kalau ia hanya menyusahkan Vee!” Dia menjerit sekuat hati sambil menumbuk dadanya. “It hurt too much dammit! I don’t need this heart—Take it back! Take—it—Back!tengkingnya dalam pergelutan; dia meletak kedua tangannya diatas dada, mengeluarkan hati yang terletak didalam dadanya, hati yang kelihatan seperti diperbuat dari kaca dan ia retak teruk, berdegup dengan perlahan. Juga, terdapat tanda ‘X’ berwarna ungu menyala pada hati kaca itu, bercahaya kerana Ivy cuba membuangnya.

“Aku tak perlukan hati Louis! Dia sakiti Vee! Ayah dia sakiti Vee! I don’t need his heart anymore!!”
Jeritnya didalam keperitan dengan memaksa hati itu keluar dari dadanya. Ivy bergelut namun tetap berkeras untuk membuang hati itu. disebabkan dia cuba melanggar janji matinya, mukanya menjadi pucat, nafasnya menjadi singkat seperti dia cuba mencabut ajalnya sendiri.

“Arrrrrgggggghhhh!”
Vivian, berhenti!” Hood muncul dari celah cahaya bulan yang masuk dari tingkap bilik, berlutut dihadapan Ivy dan menarik kedua tangan ahli sihir muda itu dari menarik hatinya sendiri. “You’ll die!”

“lepaskan aku, Hood! Lepaskan aku!”
“Please! Ayah kamu taknak melihat kamu seperti ini! berhenti Vivian!” Jeritan Hood membuat Ivy kaku. Memandang Hood dengan mata bulat yang mencerminkan perasaannya yang rapuh. Hood kekalkan pandangannya pada mata Ivy, tenangkan perempuan itu dar meroyan dan biarkan hati rapuh itu kembali masuk kedalam dada Ivy.

“Jadi Ayah nak lihat Vee macam mana?” Suaranya menggeletar teruk dengan perasaan sebenar di tunjukkan. Kedua tangannya jatuh ke lantai dijadikan sebagai tongkat untuk badannya tidak jatuh bersujud diatas lantai lagi. menangis teresak-esak dengan air mata jatuh seumpama hujan membasahi pipi. “Kalau dia taknak lihat Vee macam ni kenapa buat Vee berjanji untuk simpan hati ni?!”

“You know why… He want’s you to be happy—”
Ivy mendongak memandang Hood dengan mata bercahaya dan jubahnya membara api hitam. Juga terbentuk sepasang tanduk diatas kepalanya dari api hitam tersebut. “Aku kelihatan gembira ke sekarang ni?!” Soalnya dengan nada menggerunkan. “It hurt so F*cking much, like I’m dying! Macam mana aku nak bergembira jika semua orang mengkhianati aku? Everyone lies! They all lied to me!”

“Mereka tak tipu kamu, mereka hanya—
“Apa? mereka hanya apa?”

“Mereka hanya sembunyikan perkara yang sebenar dari kamu. Kerana kamu belum bersedia lagi untuk tahu kebenarannya.”
BullSh*t.” Decit Ivy dengan renungan jijik. “Kau dengan yang lain sama je. I can’t even trust my own aunt.”

Hood agak terkilan mendengar nada keras Ivy tapi cuba sembunyikannya. “Vivian sayang…. If you just believe—

“I don’t believe. There’s nothing to believe in this Hell so called Heaven. Everything is just a lie! Don’t you get it?! Aku tak percayakan sesiapa lagi! tak kau, tak ayah dan tak Louis—” suara Ivy tersekat di kerongkongnya, hanya rintihan pilu yang terlepas dicelah bibir nipis yang murung itu sebelum dia tertunduk. Seumpama mengalah. Penat. Sudah tidak bermaya untuk tinggikan suara lagi. “Apa hantu macam kau boleh faham apa yang aku lalui? Kau hanya roh tidak aman. Just….. go away and leave me alone.”

Hood memerhatikan Ivy untuk seketika, anak buahnya mengalihkan pandangannya dari Hood supaya Hood tidak mengorek perasaan sebenar Ivy lagi. Ini buat Hood murung, dia ingin membantu anak buahnya tapi jika Ivy tidak ingin, dia tidak boleh memaksa.

Dengan perlahan, Hood cuba mencapai bahu Ivy, api kemarahan itu malap dimana Hood menyentuh dan ini cukup buat Hood menghembus nafas lega dalam diam. “It’s nice of you to came back and check on Princess Charlotte.” Dia bersuara. “Tolong Putera George menangani kejadian dalam majlis tu tadi. Memory charm.”

“If I don’t, mereka akan tuduh aku sebagai Villain Losing Heart tu. I’m only saving myself.”

“… Juga Melindungi Puteri Charlotte dari Villain tu. You are a Good child.”
Ivy segera berpaling semula dan melihat Hood kembali lutsinar dan hilang dari pandangan, membuat Ivy melihat hanya refleksi terkejutnya dari cermin panjang yang terdapat di dalam bilik itu.

“Good in what way?” Soal Ivy dengan lemah, persoalan lebih kepada refleksinya dicermin panjang itu. mencerminkan Ivy yang berjubah wicked dan terbakar dalam api kemarahan yang makin malap.

Melihat dirinya sendiri secara menyeluruh membuat Ivy berpaling dari cermin itu. “There’s no good in me.”

Pintu biliknya dibuka tanpa kebenaran dan figura serba hitam menyelit masuk kedalam biliknya sebelum menutup pintu itu semula bersama sebatang lilin didalam tangan.

Ivy melihat cahaya lilin bermain pada wajah tetamunya dan mengeluh. “Is he dead?” Soalnya dengan keluhan berat, baring diatas lantai. Kalau boleh biarkan dirinya sebati dengan lantai tersebut. Jadi karpet or something.

Diaval menjungkit kening tidak seberapa faham sebelum menarik sengih. Dia mendekati anak jagaannya dan menghidupkan lilin kecil disekeliling mereka. menjemput cahaya kecil didalam kegelapan malam, cahaya untuk mereka berdua sahaja. Supaya Diaval boleh lihat keadaan Ivy sahaja dan bukan keadaan bilik tidur yang musnah itu. (Diaval tahu ia sudah musnah hanya dengan menghidu bau hangus yang berlegar didalam udara)

“Kalau kau maksudkan mati sebab di tangkap atau kena serangan jantung…” Diaval letak lilin didalam tangannya diantara mereka. Dia menggeleng. “Maaf menghampakan harapan kau.”

Ivy menjeling pada lelaki serba hitam berwajah calar-balar itu. “Then, dia di mana?”

Tarikan sengih Diaval hilang bila dia perasan kesan merah seperti jangkitan terselit dibawah baju bahagian dada Ivy dan segera menarik Ivy bangun. “Kau cuba keluarkan hati kau lagi?!”

Ivy menepis tangan Diaval dan menutup kesan merah dengan jubahnya sambil memeluk tubuh. “Just answer the question D. mana Jack?”

Diaval menghembus nafas mengalah. Risau akan keadaan Ivy tapi dia endahkan dahulu dan menjawab persoalan anak jagaannya itu; “Melarikan diri—”Ivy terus menerkam collar baju Diaval. Berikan renungan mautnya namu Diaval tidak gentar. Kerana cengkaman Ivy tidak kuat, dia kepenatan dari segi mental dan fizikal. “Calm down little Devil. Aku tak boleh buat apa-apa bila dia menghilang didalam bayangan. Dia ada magic remember? Dia menghilang sebelum aku sempat tanya dia apa-apa lagi.”

Ivy melepaskan Diaval dan kembali duduk dihadapan burung gagak berubah manusia itu. “Atleast kau dapat tahu macam mana nak undo sumpahan Charlotte. Kan?”

Diaval nak je berikan senyuman nakal, dapat teka yang Ivy sebenarnya risaukan puteri kecil itu tapi dia tahan dan menggeleng. “He’s not the Villain, dia hanyalah Henchmen.”

“Apa?!” Ivy melepaskan Diaval dengan tolakan kasar. Kembali duduk sambil memegang dahinya dengan rungutan panjang. “That son of a b*tch! Saja nak buat aku stress. Aku tak faham betul lah dengan mamat tu. What’s with him anyway? Kacau hidup aku, buat aku merana, buat aku keliru and… and Arrrggghhh! I hate that assh*le!” sahutnya dengan tangan di hayun secara rawak, melepaskan geram.

“He’s a pr*ck.” Diaval mengangguk setuju, memerhatikan anak jagaannya menghembus nafas panas sambil merenung keudara. “tapi dia sayangkan kau.”

“Apa?” Ivy kembali memandang Diaval.

Diaval menarik nafas dalam, menjilat bibirnya seperti dia cuba cari ayat yang sesuai untuk terangkan pada Ivy supaya dia tidak meradang atau meletup bila dia mula suara. “Aku dapat tahu punca kenapa dia terkejarkan kau. Dia sayangkan kau Ivy—

“Aku tahu dia sukakan aku, tapi itu muslihat dia—

“Tak. Dia betul-betul sayangkan kau—maksud aku…” Diaval berhenti sejenak. “dia terkejarkan kau kerana nama kau…”

“Kenapa dengan nama aku?”

Diaval membasahkan lagi bibirnya, teragak-agak untuk beritahu Ivy. “Nama kau sama dengan nama orang yang dia pernah sayang; sampai sekarang dia masih sayang.” Kata Diaval. “Kekasihnya yang dah mati.”

Ivy tergelak dengan sarkastik. “Apa? kau nak cakap dia keluar dari novel melodramatic, Dia hilang kewarasannya kerana kekasihnya dah mati dan berkhidmat untuk kejahatan? Then terjumpa dengan perempuan yang sama dengan nama makwenya dan terus obsesif macam tu?” Soal Ivy membuat Diaval mengangguk serious. Ivy pula menarik sengih. “You’ve got to be kidding me. Itu penipuan yang paling menyedihkan pernah aku dengar. Tiada orang Enchanted ingin namakan anak dia Ivy—

“Vivian.” Diaval bersuara membuat kening Ivy terjungkit tinggi. “Nama makwe dia Vivian.”

Ivy berdengus tidak percaya. “Dia mesti tahu perbezaan antara ‘perfect mayat makwenya’ dan aku.”

“Dia tahu kau orang lain sebab tu dia nak kejar kau; either wanting you for himself or… killing you for having the same name as his dead lover. Ivy, dia lelaki merbahaya. Aku sarankan kau jauhkan diri dari dia.

“Aku dah agak dia tu lelaki psycho….” Ivy memutarkan bola matanya dengan gelengan. “Aku memang takda kena mengena dengan lelaki tu. dia yang terkejarkan aku remember? Making my life miserable but… aku tak takutkan dia.” Ivy mengangkat tangan dan menghasilkan percikan magic pada tapak tangannya. “I’ll kill him if he get closer to me again.”

Meremang bulu roma Diaval mendengar suara mendatar Ivy. tanpa teragak-agak dia kata ingin membunuh lelaki dia benci. Tertera dalam nada Ivy yang dia terluka. Lukanya terlalu dalam sehingga membuat lubang yang besar dan lubang yang susah untuk ditimbus dengan kepercayaan lagi.

Ivy mengangkat pandangannya semula pada burung gagak di sebelahnya. “Jangan pandang aku begitu D. Aku tak perlukan simpati kau—

Diaval membunyikan lidahnya, muka tegang bukan perasaan simpati langsung; tapi marah. “I’ve told you before haven’t I? berhati-hati dengan Putera bongkak tu. Sekarang tengok apa dah jadi, kau tahu kau akan mati kalau kau keluarkan hati tu kan?”

“How should I know that he—That Stupid—Louis…..” Ivy nak membalas ayat Diaval kerana seketul batu naik ke kerongkongnya membuatkan dia sukar untuk bersuara. Juga matanya mula menyengit, Ivy segera berpaling, tidak ingin Diaval melihat mukanya. “Aku tahu tu…. Aku tahu aku tak patut… ta—tapi apa aku boleh buat?” Ivy menutup wajahnya dengan keluhan berat, sembunyikan bibirnya jatuh menggeletar. “I love him so much D… I just love him—and it hurts so much…

Diaval hanya perhatikan anak jagaannya merintih disebalik tangannya. Menyembunyikan wajahnya namun esakan kecil kedengaran menunjukkan betapa sakitnya dia rasa sekarang ni.

“Aku nak je buang hati ni—kalau boleh bagi balik pada Louis dan—maybe destroy everything that hurts me tapi… tapi aku tak boleh.” Tangisannya akhirnya dilepaskan, kepalanya tertunduk lebih rendah sambil memeluk tubuh, air mata jatuh membasahi lantai bilik itu. “I just can’t…. Kalau aku buat macam tu….”
“Kau akan mati.” Sambung Diaval dengan nada sedih sebelum menggeleng. “Tak, kau risaukan Louis dari nyawa kau. Ai, aku tahu. Walaumacammanapun kau cuba sembunyikannya, kau tetap risaukan putera tu.”

“Tapi aku berharap sangat untuk berhenti risaukan dia, D, Aku cuba tidak hiraukan dia—

“Jangan bagi alasan Ivy…” Diaval mengusap pipi Ivy dan berikan senyuman kecil. “Itu sememangnya perangai kau, secara lumrah, sejak kau kecil lagi perangai kau ambil berat tentang orang yang kau sayang tidak pernah hilang. Even if you start to hate that person, kau tetap ambil berat tentangnya.”

“Dan kau benci perangai aku tu?”

“Tak.” Diaval mengusap rambut Ivy dengan lembut. “Kau adalah diri kau Ivy, kau boleh buat apa sahaja kau nak. Tiada siapa yang menghalang dan sekarang pun, kau boleh buat apa sahaja kau nak. Apa kau nak buat?”

Ivy diamkan diri untuk seketika, matanya liar memandang sekeliling mereka, melihat cahaya malap dari lilin di sekelilingnya membuat bayangan pada dinding dari perabot yang hangus terbakar oleh api kemarahannya. Apinya telah terpadam beberapa minit yang lalu. Hanya tinggal asap sebagai bukti ia perbuatan Ivy sahaja; sebelum matanya kembali memandang Diaval.

“Aku akan keluar dari sini.”

Diaval menjungkit kening tinggi. “Balik Vicious?”

“Aku tak nak balik ke sana juga.”

“So, kau nak ke mana?”

Ivy kembali diam, membelakangkan diri untuk dia menyandar pada kaki katil dengan lutut di bawa ke dada dan dipeluk. Memerhatikan lilin panjang yang berada diantara mereka. “Aku—kita akan ikut Pengetua Merlin keluar kerajaan lusa. Dia tanya tadi selepas tidurkan Puteri Charlotte, dia ajak aku untuk ikut dia ke kerajaan Etalean. Dia ada urusan di sana dan aku nak join sekali. Aku tahu dia nak ke mana dan aku nak ikut serta. Dia… aku nak tebus kesalahan aku pada Charlotte.”

Diaval mengangguk, tidak berkata apa-apa kerana dia tahu Ivy belum habis bercakap lagi.

Ivy mengangkat pandangannya pada Diaval. “Aku mesti pergi D. Aku selamatkan Charlotte, dengan ini aku boleh alihkan tumpuan aku sehingga aku tenang. aku kena jauhkan diri dari Louis. I need a distraction. Aku rasa ikut Pengetua Merlin peluang yang baik untuk aku… you know, fikirkan semua ni… hubungan aku dengan Louis.. betulkan balik arah tuju aku dan… maybe, moving on?” Ivy mengangkat bahu, kurang pasti. “kau rasa? Patut ke aku buat macam tu?”

Diaval sengetkan kepalanya sedikit dengan kening kiri terjungkit. “Berapa lama kau pergi? Kelas kau? Kau kena kekalkan kedudukan kau sebagai pelajar terbaik untuk kekalkan biasiswa kau. Pergi ikut Wizard Merlin tak menjejaskan prestasi akademik kau ke?”

“Aku dah aturkan masalah tu. History dan Magic lesson dari Pengetua Merlin, manakala Philosophy dan Care to Mystical Creature… aku akan minta nota tambahan dari Prof. Hawkthorn dan Apple Red. Dia dah ambil subjek tu semester lalu jadi aku belajar dari nota-notanya.” Ivy mengangkat bahu. “Mungkin aku ketinggalan sedikit pelajaran tapi aku akan minta tolong dari yang lain untuk coverkan subjek mana aku ketinggalan. Dan aku pasti yang lain bersetuju. Apatah lagi Pengajar Academy.”

Diaval memandang anak jagaannya seperti Ivy baru sahaja buat pembedahan plastic kerana dia tak kenal siapa yang dia pandang sekarang ni. Ivy yang dia kenal akan tanya ‘apa patut aku buat’ pada Diaval dan merungut, meroyan tanpa henti sehingga Diaval membantu anak jagaannya tapi… sekarang Ivy ada plan tersendiri, merancangnya tanpa pertolongan Diaval dan… hanya minta kebenaran Diaval? Itu sahaja? Tiada rungutan atau sebarang nasihat untuk Diaval berikan pada Ivy.

Dia fikirkan semuanya.

Diaval terus menarik Ivy kedalam dakapannya, memeluk anak jagaannya itu dengan erat.

Ivy pada mulanya agak terkejut dengan tindakan Diaval namun dia tidak persoalkannya dan membalas pelukan burung gagak itu dengan menyelit kedua tangannya kebelakang Diaval. “Aku rindukan pelukan kau…” bisik Ivy di dada Diaval.

Diaval ketawa kecil dan mengucup ubun-ubun rambut Ivy. “Aku akan rindukan rungutan kau.” Burung gagak ini mengeluh. “Kau dah makin matang.”

“Is that a bad thing?”

Diaval menggeleng. “I’m proud of you.”

Ini buat Ivy tersenyum dan mengeratkan pelukannya. Tidak kata apa-apa kerana bersyukur, dia masih ada Diaval walaupun dunianya makin tunggang terbalik dari sebelumnya. Diaval sentiasa ada di sisinya walau apapun keputusan yang Ivy buat. Menjadi jahat, menjadi baik… berdiri diantara baik dan jahat. Diaval sentiasa ada bila Ivy perlukan dia, sentiasa memerhatikan Ivy dan berikan semangat.

Dia bersyukur ada Diaval. Selagi burung gagaknya itu; selagi penjaganya ada di sisi Ivy dan bantu dia sepanjang perjalanan hidupnya yang berliku, Ivy pasti dia boleh menempuhinya; walaupun perlahan tapi dia boleh lakukannya.

“I just wish… this heart wasn’t his.” Bisik Ivy dengan wajah tersembunyi di baju Diaval.

Mata Diaval membesar mendengar ayat tersebut dari mulut anak jagaannya dan terus mengeratkan pelukannya pada Ivy, seperti memberi semangat kepada Ivy untuk tabah. Mungkin lebih dari itu.

“Ivy..”

“Hm?”

“Apa kau rasa sekarang?”

“Penat…” balas ahli sihir itu dengan lemah. Seperti dia sedang lemas tapi tidak tenggelam.

“Aku dah agak.” Diaval mengusap rambut Ivy dengan penuh kasih sayang. “Kita kena cari bilik baru untuk kau. Banyak kau dah lalui ni malam.”

Ivy tidak menjawab. Hanya mengangguk kerana dia semamang penat. Terlalu penat.

>X<

Louis menghembus nafas berat. Menghentikan langkah dan rebahkan badannya ke sisi, menyandar pada dinding laluan istana itu. memicit batang hidungnya kerana kepalanya rasa tersangat sakit. Tambahan pula dia rasa sangat mengantuk. Penat dari segi mental dan fizikal hanya kerana kejadian pada majlis yang telah berakhir lebih awal dari apa yang George rancangkan.

Louis rasa malam itu malam yang paling panjang dalam hidupnya kerana terlalu banyak perkara terjadi pada satu malam. Pengumuman perkahwinannya dengan Puteri Julliana, Sumpahan Losing Heart terkena pada adiknya, bertengkar dengan Raja Arthur, dan Kemarahan ahli sihirnya. Banyak lagi perkara yang terjadi pada malam itu, lebih mendalam dari itu namun hanya beberapa perkara sahaja yang penting bagi Louis.

Esok pagi tentu masalah bertambah besar bila dia berdepan dengan Puteri Julliana dan Putera Edward. Mereka pasti minta penjelasan dari Louis tentang kejadian malam tadi. Tentang hubungannya dengan Ivy.

Louis tiada masa untuk menjawab persoalan mereka dan dia harap Pengetua Merlin brainwash otak mereka juga namun itu tidak mungkin terjadi.

Kedua adik beradik itu berhak tahu kerana mereka juga terjebak didalam masalah itu, nama keluarga mereka dipertaruhkan hanya kerana Louis memilih Ivy dari tunangnya sendiri.

“Goodness sake…. Sampai bila masalah ni akan berterusan?” Soal Louis, memicit matanya dengan jari telunjuk dan ibu jari. Air mata menggugat untuk turun. Tangan lagi satu mencengkam dadanya yang sakit. Bukan sebab sumpahan lady Morgana tapi kerana dia telah melukakan ahli sihirnya. “This is all my fault…”

“You bet that right.”

Louis mendongak, melihat lelaki serba hitam, muka bercalar balar berdiri sedepah jauh darinya. Mata Louis membesar. “Kau—

“Good Evening your Highness.” Diaval menyampuk dengan nada mendatar, tunduk sedikit pada Louis. “Ya, saya Diaval. Burung Lilttle Mistress.”

Dahi Louis berkerut. Nama burung gagak Ivy kedengaran sangat familiar, baru sekarang dia perasan akan nama burung Ivy. Diaval. Dari mana dia pernah dengar nama tu?

“Dan mana Ivy sekarang?”

Diaval diamkan diri seketika, matanya memandang satu sudut sebelum kembali tumpukan perhatiannya kepada si putera raja. “Adakah Tuanku ingin berjumpa dengannya?”

Louis menggeleng. “Tak… Beta rasa jika saya jumpa dia… tentu kami akan bertengkar dan beta tak rasa kami berdua nakkan perkara itu berlaku ni malam.”

Diaval hanya mengangguk faham.

“Uhm… Diaval..” Louis bersuara semula. “Boleh sampaikan sesuatu pada Ivy untuk beta?”

“bergantung pada apa yang patik akan sampaikan pada Little Mistress.”

Louis menarik nafas dalam, rasa tidak selesa untuk beritahu burung gagak yang Louis tahu tidak sukakan Louis sangat. Tapi, bila lagi Louis akan berjumpa dengan Ivy? esok pagi dia akan berdepan dengan ayahandanya lagi dan mungkin makan masa yang lama didalam bilik meja bulat, berbincang—mungkin bertengkar. Juga banyak dia perlu bincangkan dengan Raja Arthur.

Dia memejamkan matanya, sebelum membukanya semula; bersedia untuk bersuara; “Tell her… Please believe in me.” Dia berhenti seketika, memandang tepat pada wajah Diaval, memastikan burung gagak itu mendengar pesanannya untuk Ivy. “Beta tidak berniat untuk sakiti hatinya atau mengkhianati Ivy, Trust me I never did. Beta berharap dia tetap percayakan beta dan kalau boleh bersabar. Beta akan buat sesuatu tentang semua ni kerana beta tidak ingin lepaskan dia. Tidak lagi. tidak akan.”

“Beta dah berjanji tidak akan membuang takhta beta hanya kerana ingin bersama dia dan Beta akan tunaikan janji itu tapi… Beta juga tidak ingin melepaskan Ivy—

“Isn’t that a little greedy Your highness?” Diaval menyampuk. Merenung muka Louis, menahan perasaan marahnya dari jadikan Louis sebagai mangsa. “You can’t have both—”

“Yes I can.” Jawab Louis tanpa keraguan. “I will take the throne dan dengan kuasa yang beta ada, beta akan kekalkan Ivy di sisi beta. No matter what it takes, I will never let her go. So….” Renungan Louis melembut. “beritahu dia untuk bersabar dan yakin dengan beta yang beta akan selesaikan semua masalah ini. untuk kita berdua. I want my future filled with her.”

Diaval sekali lagi diamkan diri. Tidak mengangguk, tidak buat apa-apa langsung. Hanya perhatikan Louis yang mengeluh dan mengusap rambutnya kebelakang.

“Itu sahaja pesanan Beta. Jadi, tolong sampaikan kepadanya apa yang beta katakan. Setiap patah perkataan. Faham?”

“Bagaimana kalau Little Mistress Patik tidak ingin percayakan Tuanku lagi?” Diaval kembali bersuara.

Louis agak terkilan mendengar persoalan itu tapi ia takkan buat Louis goyah. Dia menggenggam kedua penumbuknya di sisi, seumpama menahan dirinya dari jatuh hanya dengan satu persoalan yang kurang pasti. “Tak kisah kerana Beta percayakan dia. I believe in her even thought she didn’t think otherwise. Beta akan sentiasa percayakan Ivy.”

Diaval mengangguk sebelum tundukkan diri tanda dia faham. “Patik akan sampaikan kesemua pesanan Tuanku dengan sempurna.”

Louis mengangguk puas dan bergerak pergi, menuju ke mana Diaval tidak tahu. Hanya perhatikan belakang Putera Raja yang tegang itu, memikul tanggungjawab yang sangat berat sehingga putera itu hilang di laluan hujung istana.

Barulah Diaval bersuara. “Kau dengar kan?”

Di sebalik langsir tingkap, Ivy menunjukkan dirinya dan mengangguk perlahan. Mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Louis. Tertunduk menyembunyikan matanya dengan rambut depannya.

Ivy mencapai siku Diaval dan memeluknya dengan erat. Seumpama meminta tenaga baru dari burung gagaknya itu. “Bawa aku ke bilik aku D. aku nak berehat.”

Diaval hanya mengangguk, memegang tangan Ivy yang memeluk lengannya dan bawa anak jagaannya itu ke bilik tetamu yang baru. Kerana bilik yang disediakan untuk Ivy tadi sudah hangus terbakar. Tiada apa yang tinggal kecuali bukti kemarahan Ivy the Devil.

>X<

(A/N: I felt like punching someone in the face right now… Arrrggghhh!!! Drama! drama dunia dah bermula pada dua pasangan fav kita ni!! Apa salah dorang sampai dorang kena harungi semua ni?! It’s so unfair!—Apapun, plot dah makin gelap dan merbahaya…. Dan angah dah masuk sem baru! Damn… angah menghilang selama sebulan lebih sebab project *coughtakgunacough* ni… haiissh, no promises for next chapter thou but angah akan menaip bila angah ada masa free! wish me luck and see you in the next chapter! *Hug&kisses*)

P/S: for those who still waiting for the next chapter... you are the real MVP *Cries*Cries*

8 comments:

  1. Waa new chapter new chapter . Sangat teruja bila bukak blog angah terus nampak bab 2o . Hoho . Takpe angah take your time . Utamakan pelajaran tapi selitkan jugak laa novel ni . And like always best gilee . Hahaha 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uuuuuuu *cries* thanks honey! really appreciate it! no new chapter this week thou but just a little treat for uolls *wink* hope uolls like it *kisses*

      Delete
  2. Waaa~~~ finally, penantian berakhir. *menangis terharu dkat bucu katil* hahaha. Anyway, keep it up. Good luck in whatever things you done. Angah, do wish me luck for my internship position. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Goodluck! oh no, angah lambat wish ke? Ooooo just hope you did it love! I know you'll make it with flying colours!

      Delete
  3. huhuhuh thanks a lot angah...i will...nooo.... i always n always wait ur new entry...bcoz its my therapy rite.... n also its just like a drugs u know.... take me n never let me go.....huhuhu keep it up angah...chaiyok chaiyok...fighting!!!!!~~~`
    ~ccc(,)(,)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You need to go a rehab honey, Drugs no good for you espacially from an evil witch name Ivy. Her name means Poison and that is not enough warning for you to stop taking 'Ivy Drug' hahahahahahaha Chaiyook for angah!!! and I. Will. Never. EVER. let you go!!

      Delete
  4. dah pengsan tunggu jawapan... bayangkan sebulan jadi mcm org tak betul.. haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahahaha.... I can imagine... now, bayangkan pengarang citer ni dah macam tak betul sebab nak menaip tapi takda masa. My sanity has gone through out the window *Criesss*

      Delete

Savior of Tales