Eighteenth F.A.T.E
Crushed
Hari pertama; Ezra ingatkan segumpal baju kotor dibawah selimut Ivy. Rasa jijik
dengan roommatenya kerana pengotor tapi dia abaikan.
. . .
Hari kedua; Bukan baju kotor kerana baju
kotor tidak bergerak. Fikir Ezra dan mengetahui roommatenya sebenarnya
berada di sebalik selimut itu. Jadi Ivy
skip kelas semalam… Sekali lagi Ezra mengabainya. Agak pelik Ivy skip kelas
tapi dia tetap abaikannya kerana tahu Ivy tu jenis pemalas.
. . .
Hari ketiga; Ezra dah dapat rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan Roommatenya
satu tu. Diaval mula meronta setiap pagi cuba bangunkan Ivy tapi ahli sihir itu
tidak bangun. Ezra tidak masuk campur sehingga dia dengar pada tengah malam,
tangisan kecil dari dari kati lagi satu. Okay.
Ezra mula risau.
. . .
Hari keempat; Home sick. Dah tentu Ivy Homesick! Kenapa lagi ahli sihir bongkak
ini menangis kalau tak dia rindukan ibunya? Kelemahan Ivy hanyalah ibunya.
Memandangkan dia dah kena buang dari tanah kelahirannya, tentu dia akan rasa
homesick satu hari nanti dan masa itu adalah sekarang. Adakah Ezra menegurnya? No. Heavens no. Ezra masih menyayangi
nyawanya kerana Ezra lihat Diaval tegur Ivy dan ahli sihir itu hampir panggang
haiwan perliharaannya hidup-hidup. Jadi, Ezra biarkan dia sehingga dia
tenangkan diri dan tolong Ivy menjaga burungnya. Bawa dia keluar dan makan di
Cafeteria—kesian burung tu tiga hari tak makan—dan tanya jika burung itu tahu
kenapa Ivy seperti itu—dan Diaval mengangkat bahu juga tidak tahu.
. . .
Hari kelima; The Gingerman mula risaukan ‘anak angkat’ mereka. Dua beradik itu
datang mendekati Ezra tanya pelbagai soalan tentang Ivy. ‘adakah Ezra nampak Ivy’, ‘adakah Ivy okay?’, ‘PMS ke dia?’, ‘Dia dapat
hukuman baru lagi dari Pengetua ke?’,
‘Ivy menghilang kemana selama 5 hari ini?’ Ezra malas nak jadi penyampai
berita kepada dua beradik menyakitkan hati itu—mereka serbu Ezra sebab Diaval
bersamanya dua tiga hari ini—Ezra membawa dua beradik itu ke bilik mereka.
Tunjukkan ahli sihir tidak berhati perut menjadi kepompong hodoh diatas
katilnya.
Gretel
ingin gertak ahli sihir itu, nak tarik selimut Ivy dan tengking perempuan itu
kerana buat mereka semua risau tapi Hansel menghalangnya. Gretel nak marah
Hansel pula kerana halang dia tapi Hansel yang lebih mengenali Ivy memberi
amaran kepada adiknya.
“Ivy?
Babe, apa dah jadi dengan kau ni?” Soal Hansel dengan perlahan, tidak berani
dekatkan diri dengan Ivy—Atas sebab-sebab mengikut pengalaman Hansel hidup
bersama Ivy selama 10 tahun.
“F*ck
off.”
Jawapan
pendek? Check. Mencarut? Check. Nada dingin? Check. Seperti orang baru menangis? Check. Ingin bersendirian? Double
check. Unusual behaviour? Check.
Homesick? Definitely Not.
Sesuatu
yang tak kena dengan Ivy desis hati hansel mula rasa risau dengan bestfriendnya
satu ni. Hansel beritahu Ezra dan Gretel untuk biarkan Ivy berseorangan untuk
ni malam. Hansel meminta Ezra bermalam di bilik sepupunya kalau boleh, bawa
Diava sekali. Dia sempat beritahu dua wanita itu untuk tidak beritahu sesiapa
tentang keadaan Ivy. Kata Ahli sihir itu kena campak dan perlu ambil cuti
sehingga dia baik dan Ezra tidak ingin berjangkit dengan campak Ivy.
Ini
buat Ezra, Gretel dan Diaval risau. Apa dah jadi dengan Ivy? Hansel juga tidak
tahu tapi ini sahaja cara untuk dapatkan jawapan dari ahli sihir itu. tunggu
dia tenangkan diri. Mungkin makan masa yang lama kali ini tapi mereka kena
bersabar. Hansel akan urus surat sakit Ivy di bilik rawatan.
Diaval
ingin bersama dengan Hansel pada malam itu tapi Hansel tidak bersetuju. Dia
suruh Diaval bersama Gretel atau Ezra. Ini buat Diaval tidak puas hati. Hanya
Hansel sahaja dapat tahu kemungkinan Ivy seperti itu tapi Hansel tidak ingin
berkongsi dengan Diaval seperti selalu. Ini
buat Diaval tambah risau.
Apa dah jadi dengan anak
jagaannya itu?
. . .
Hari keenam: semua rakan mereka dengar berita tentang Ivy terkena campak,
termasuk Putera George dan Puteri Charlotte. Mereka semua tanya pelbagai soalan
pada Ezra dan Hansel. Tanya bagaimana keadaan Ivy sekarang, berada lama dia
kena campak? Adakah dia makan dan minum air secukupnya? Bagaimana pula dengan
pelajarannya? Hansel dan Ezra menjawab dengan tenang, seperti Ivy kena campak
adalah satu penipuan yang jujur. Putera George juga tanya Hansel secara private
jika Ivy betul-betul kena campak ke tidak. Hansel terpaksa menipu. Ini untuk
kebaikan Ivy dan Putera itu juga—Sedikit untuk puaskan hati Hansel. Tapi
selebihnya untuk tidak buat Putera itu risau dan mengganggu tugasnya sebagai
putera raja Camelot dan bakal pemerintah Enchanted.
Rakan-rakannya
hantar hadiah ke depan bilik Ivy, buah tangan, bunga, kad ucapan semoga cepat
sembuh. Berita ivy kena campak tersebar satu sekolah dan peminat Ivy juga
memberi hadiah kepada Ivy didepan pintu ahli sihir itu.
Ezra
dan Hansel pula bertanggungjawab atas kelas dan kerja Ivy di perpustakaan.
Gretel, Gweneth menolong Ivy mengumpul nota pada setiap mata pelajaran
sementara Hana dan Apple Red menolong Ivy dengan kerjanya di Perpustakaan. Ezra
dan Hansel pula urus makanan Ivy, menghantar makanan 3 kali sehari secara bergilir-gilir
kepada Ivy, meletak didepan pintunya tapi Ivy tidak pernah menyentuh makanannya
walau sekali pun.
Mereka
semua mula risaukan ketidakhadiran Ahli sihir sinister dan sarkastik itu tiada
didalam hari-hari mereka. Ia mula rasa suram. Bukan pada rakannya sahaja pada
seluruh pelajar Gracious Academy. Letupan dan jeritan Ivy telah menjadi rutin
harian kepada mereka semua, berita tentang kehebatan dan perangai Ivy sentiasa
sampai ke telinga pelajar lain tidak lagi berlegar di udara. Mereka mula rindukan
ahli sihir jahat itu. rindukan karenah dan keseronokan yang dia bawa ke koridor
academy itu.
. . .
Hari ketujuh: Louis akhirnya dapat melawat Ivy. Tapi sebaik sahaja dia mengetuk
pintu itu, tanya khabar Ivy. Satu letupan void berlaku disebalik pintu itu
membuat Louis melompat kebelakang dan melihat semua hadiah didepan pintu Ivy
menjadi habuk. Louis tahu sesuatu tak
kena dengan Ivy, teringatkan air mata Ivy pada hari terakhir Louis jumpa
Ivy meyakinkan bukan Campak yang membuatkan Ivy berkurung didalam bilik itu.
Dia berjumpa dengan Hansel. Bergaduh. Hampir bunuh satu sama lain. Akhirnya
Hansel mengaku dan kata; “Aku juga tak tahu. Dia macam tu secara tiba-tiba.”.
Louis beritahu tentang hari terakhir dia lihat Ivy seminggu lalu. Hansel dan Louis pasti ada sesautu berlaku
pada ahli sihir mereka itu. Dan menyelidik pada hari terakhir mereka lihat
Ivy, seminggu lalu… mereka konklusikan ia ada kaitan dengan Jack.
“Hah!
That intention whore? Tentu plot untuk dapatkan tumpuan lebih—” Ayat Jack
tersangkut di kerongkongnya bila Louis arahkan pedang ke leher lelaki itu. “Now…
now, korang taknak cederakan instructor korang sendiri kan? Especially you
Hans, kau nak kena buang academy ke?” Soal Jack dengan senyuman sinis walaupun
lehernya dalam bahaya.
Hansel
berdecis. “I don’t give a f*ck about that, beritahu aku apa kau dah buat kat
Ivy!”
Jack
cuba menelan air liur tanpa halkumnya terbelah dua oleh pedang Louis. “Semuanya
salah aku huh? Blame the oldest… selalunya salahkan yang paling muda. Tapi kali
ini lain cerita.” Dia ketawa pada lawaknya sendiri. “Or, korang boleh fikir
punca lain dia merajuk sampai berperap dalam biliknya.”
“seperti
apa?” Soal Louis sambil menjungkit kening, pedang tidak lari dari leher Jack.
“Seperti apa?!”
Jack
jungkit kan kakinya, cuba menyelamatkan lehernya dari pedang tajam itu walaupun
belakangnya dah bertemu dengan pokok. “Heh—mungkin salah korang berdua. Korang
paling banyak rahsia dari dia. Aku hanya nak claim reward didalam seluar—” Jack
membelakangkan lehernya dari pedang Louis, telah meninggalkan garisan darah
yang halus di hujung lehernya. “hey-Hey, like I said, bukan aku je yang salah.
Korang juga. Turunkan pedang tu kalau kau nak dengar kemungkinan aku.” Arahnya
dan Louis memandang kearah Hansel.
Hansel
mengangguk.
Jack
menghembus nafas panjang bila lehernya tidak lagi dalam bahaya. “baiklah
kemungkinan. Hansel; Kau ada simpan sebarang rahsia kat Ivy ke?” Soal Jack
dengan nada tidak bersalah. “kalau ada rahsia besar yang kau taknak Ivy tahu…
mungkin Ivy dah dapat tahu tentang rahsia kau tu?—no? okay…” Jack kata bila
lihat Hansel hanya diamkan diri, melihat tanah lebih menarik dari wajah Jack.
Lelaki lebih tua ini memandang kearah Putera George pula. “You Your highness, kemungkinan ni agak
tinggi. Ivy akhirnya sedar yang hubungan korang adalah mustahil dan menyesal
luangkan masanya, spread her legs for you—Atau….”
Jack segera menyambung bila Louis dah naikkan pedangnya sedia untuk pancung
Jack. “Or Tuanku sememangnya dah sentuh Ivy and… she’s pregnant.”
Kemungkinan
itu membuat Hansel memandang kearah Putera Camelot itu. “Did you?” ekspresi
Viciousnya muncul seperti raja gargoyle ingin membunuh mangsanya.
“I
would never—” Louis ingin belasah Jack tapi lelaki itu dah lenyap dari
penglihatan mereka. Louis naik berang. “He made that up!!”
“Uh-huh,
ye lah tu. Macam aku tengok korang tidur berdua di atas sofa rumah aku. He made that up too.” Kata hansel tidak
percayakan Louis langsung. Menolak bahu putera itu dengan kasar dan bergerak
pergi, meninggalkan putera raja itu naik marah dan melepaskan geramnya pada
pokok bekas Jack sandar.
Dua
lelaki ini kembali bermusuh; tambah teruk dari sebelumnya.
. . .
Hari kelapan: Hari berjalan seperti biasa, bangun pagi, bawa sarapan pada Ivy dan
mengambil makan malam yang tidak disentuh di depan pintu biliknya dan kembali
ke bangunan Academy, menjalankan kelas harian mereka dengan kerja tambahan,
mengumpul nota untuk Ivy, menggantikan tempat Ivy di perpustakaan academy dan
buat hal-hal lain untuk alihkan tumpuan mereka pada ahli sihir yang berkurung
selama seminggu itu.
Mereka
tidak lagi cari kemungkinan mengapa Ivy seperti itu, tidak lagi mencari orang
terakhir yang berjumpa dengan Ivy, tidak lagi memikirkan mengapa Ivy menangis
pada hari terakhir mereka semua lihat Ivy.
Kerana…
makin banyak mereka kaji, makin besar kemungkinan buruk muncul dikepala mereka.
Memikirkan kemungkinan remeh-temeh mustahil untuk goyahkan ahli sihir berego
besar itu. kemungkinan besar dicari sehingga ia membuat mereka semua ketakutan.
Takut kalau rahsia terbesar, terdalam dan tersulit Enchanted akhirnya sampai ke
telinga Ivy. Atau rahsia tergelap mereka sampai ke telinga Ivy.
Hansel
dan Louis yang paling takut diantara kalangan mereka, diantara kalangan The
Believers.
Hansel
orang yang Ivy paling percayakan, Dia mula risau kalau punca Ivy berperap dari
dunia sebab Ivy mula bertanggapan lain tentang Hansel menjadi The Believers dan
akan membelotnya. Hansel tak dapat menolak perasaan resahnya tentang Ivy
mengubah fikiran tentang Hansel. Mereka rakan baik, mereka tempuhi susah senang
bersama, melindungi belakang sesame sendiri. Hadapi hidup mata bersama
(Litterally semasa mereka nak bunuh The Big Bad Wolf) Adakah Ivy mula
mempersoalkan kepercayaan Hansel? Adakah dia dah mula bertanggapan yang Hansel
lelaki yang selama ini tidak kisahkan dia? Yang Hansel mungkin merahsiakan
sesuatu darinya lagi? Kalau Hansel merahsiakan sesuatu yang baru, Hansel akan
tahu tapi dia tak tahu apa yang dia rahsiakan dari Ivy!
Disebabkan
rasa bersalah, Hansel sentiasa bersama Diaval, meluahkan segala ketakutannya
pada Diaval, tentang beritahu pada Ivy tentang dirinya sebagai pengintip, the
Believers. Hansel tahu Diaval syak tentang diri Hansel selama ini, jadi bila
lihat Diaval tidak marah dan hanya mendengar keterangan hansel membuat lelaki
itu rasa lega dan takut pada masa yang sama. Tapi dia tetap luahkan segalanya
pada Diaval, dia perlu keluarkan segala masalah yang mengganggu dalam mindanya
dan siapa lagi yang setia mendengar kalau bukan Diaval? Lelaki itu penasihat dan
pendengar yang terbaik bila ia berkaitan dengan anak jagaan kesayangannya.
Hansel yakin tentang peranan Diaval mengikut pengalamannya berada di Vicious
selama 10 tahun.
Louis
juga tenggelam dalam ketakutannya sendiri. Takut Ivy telah hilang kepercayaan padanya
tentang hubungan mereka dan Louis terlambat untuk bertindak, menyelamatkan
hubungan mereka dan biarkan ia terlepas dari tangannya. Setelah apa dia buat
untuk dapatkan Ivy di sisinya semula untuk memastikan dia selamat didepan
matanya, dia mula risau kalau dia terlalu lega Ivy didepan matanya sehingga dia
leka yang Ivy sebenarnya terlepas dari dakapannya.
Bagaimana
kalau Jack betul? Ivy dah sedar yang Louis tidak layak untuknya lagi? yang Ivy
tidak sanggup dengan hubungan mereka lagi? Sebenarnya mereka tiada hubungan
langsung. Mereka tidak pernah mengaku mereka inginkan sebarang hubungan. Louis
ingat hanya dengan tunjukkan perasaan mereka sudah cukup bagi mereka. Malah
Louis meluahkan perasaannya pada Ivy untuk buktikan pada ahli sihirnya yang
perasaannya itu tidak akan berubah.
Adakah
Ivy perlukan lebih dari itu? atau dia sememangnya meragui hubungan mereka dari
dahulu lagi? Oh Heavens above… makin
lama Louis memikirkannya, putera Raja ini bertambah takut.
Mengapa Ivy meragui hubungan mereka? Adakah
kerana Julliana? Adakah kerana pangkatnya sebagai bakal pemerintah Enchanted? Enchanted? Itu yang dia takutkan? Atau
dia tidak yakin untuk menjadi permaisurinya? Melindungi tanah Enchanted
bersamanya? Melindungi Enchanted dari kejahatan—Wait…
Ivy
sebahagian dari Kejahatan! You stupid bafoon! Can’t you see? Ivy mungkin tidak
yakin dia boleh berdiri di sebelah Louis kerana dia sebahagian dari kejahatan.
Hansel pernah kata,Ivy dipanjang hina kalau dia berada di sisi Louis. Ivy
sendiri pernah kata, dia taknak jadi penghalang Louis dari segala kerja
kerasnya pada Enchanted. Adakah itu subab dia meragui hubungan mereka? Dia
meragui dirinya sendiri?
Louis
nak tergelak pada persoalan itu. Bukan mentertawakan Ivy tapi agak lega kerana
kalau itu menjadi punca Ivy tidak ingin meneruskan hubungan mereka, Louis akan yakinkan ahli sihirnya yang dia tidak
kisah pasal reputasinya dan tetap inginkan Ivy menjadi permaisurinya, biar apa
yang dunia katakan tentang mereka. Katakan tentang pilihan Permaisuri Louis,
yang penting dia mempunyai Permaisuri yang dia sayangi, itu cukup baginya. Dia taknak lebih dari itu.
Senyuman
Louis tetiba lenyap bila dia fikirkan satu lagi kemungkinan. Yang lebih teruk. Dia
segera ke depan tiga cermin panjang dan
menarik collar bajunya untuk tunjukkan satu symbol di atas dadanya.
Atau dia dah tahu tentang
benda ni?
Louis
bertambah takut dari sebelumnya.
. . .
Hari kesembilan: Hansel jumpa Charlotte tidur didepan pintu bilik Ivy pada awal pagi
semasa Hansel nak hantar sarapan untuk rakannya. Hansel agak terkejut melihat
puteri kecil itu tidur di depan pintu Ivy dengan selimut sendiri. ‘Dia berjaga sepanjang malam di sini ke?’ soalnya pada diri sendiri dan bangunkan
Charlotte secara perlahan.
“Hey,
Good morning Princess.” Sapa Hansel dengan senyuman lembut. “kenapa Tuan Puteri
tidur di sini?”
Charlotte
kelihatan segan kerana terkantoi tidur didepan bilik Ivy. Dia menggeleng kecil.
“Nothin’. Hanya temankan Ivy keseorangan.” Katanya dengan nada segan.
“Tapi
ivy sakit.”
“I
know.” Charlotte mengangguk kecil. “Ch—Beta bercakap dengan Ivy semalam.”
Ini
buat mata hansel terbeliak bulat. “Dia cakap dengan Tuan puteri semalam?”
Chalotte mengangguk. “Semalaman? Sepanjang malam?”
Charlotte
mengangguk sekali lagi, Dia sengetkan kepala,hairan kenapa hansel soal dia
seperti itu. “Nak tahu apa Ivy kata semalam?” Hansel pula mengangguk seperti
budak kecil. “Dia kata…. ‘Aku dah cuba. Dah cuba berkali-kali tapi aku tetap
tak boleh buatnya.’ Itu dia kata. Hansel tahu apa yang Ivy maksudkan dengan
tu?”
Hansel
tidak menjawab. Dia rasa seluruh darahnya membeku dan tangannya basah;
berpeluh. “I-Itu sahaja dia cakap?”
Charlotte
menyentuh dagunya sambil memandang siling koridor tingkat empat itu, mengingati
perbualan mereka semalam. “Oh hampir terlupa! Dia ada satu pesanan kat korang
semua. Kat Diaval; ‘I’m ashame of
myselves.’. Pada Hansel; ‘Aku tak
rasa aku ada kekuatan lagi’. Pada yang lain; ‘maaf sebab risaukan korang.’.”
Mendengar
pesanan Ivy pada Diaval dan Hansel membuat lelaki ini cemas dan segera bangun,
ingin mengetuk pintu bilik itu tapi terhenti bila Charlotte mencapai siku
Hansel. Dia tunduk kebawah, melihat mata merayu puteri kecil itu.
“Ivy
kata berikan dia masa lagi. Bila dia dah sihat dia akan keluar. Bagi dia
sekidit lagi masa.” Rayu puteri itu, hampir kedengaran terdesak.
Hansel
turunkan tangannya ke sisi dan mengangguk. “Baiklah. Apa kata saya temankan
Tuan Puteri kembali ke bilik Tuan Puteri?”
Charlotte
kelihatan teragak-agak. “Uhm… takapa. Beta nak ke bilik Putera George.” Katanya
dengan lembut dan segera bergegas pergi meninggalkan Hansel.
Hansel
mempunyai sedikit kemusykilan pada puteri kecil itu seperti dia sedang
sembunyikan sesuatu tapi dia ketepikannya. Meletak sarapan pagi Ivy didepan
pintu dan mengetuk pintu tersebut. “Babe, you need to eat something. Kau mati
kebuluran nanti.” Katanya sebelum mengeluh, tahu Ivy tidak akan berikan
sebarang respond an bergerak pergi, mencari Diaval sahaja, untuk sampaikan
pesanan Puteri Charlotte.
Sementara
itu, Puteri Charlotte tiba di dalam bilik abangnya, masuk ke dalam dan memeluk
Louis seerat yang mungkin sebelum menangis dalam pelukan abangnya.
Louis
biarkan adiknya menangis dahulu, walaupun lidahnya gatal nak menyoal kenapa
adiknya dah menangis awal pagi ini tapi dia tahan. Tunggu sehingga dia
tenangkan diri dan bercakap sendiri.
“Ivy
bukan demam campak kan? Abang beritahu Char yang Ivy bukan kena demam campak.”
Pintanya dalam tangisan membuat Abangnya terkejut. Macam mana dia tahu??
“Char
bercakap dengan Ivy semalam, dia kedengaran sedih disebalik pintu tu abang.
She’s… she’s crying! Ivy menangis!” air mata kembali bergelinang ke pipi ngina
kecil ini. “She’s in pain Abang… Sh-she—is she dying??”
“Tak!!”
jawab Louis dengan cepat, berlutut dihadapan charlotte supaya separas dengan
adiknya. “Cherr, be positive. Ya, Ivy tak kena demam campak—”
“jadi
kenapa dia berkurung?? Penyakitnya lebih teruk ke?? Then’s she’s dying!” dia
menangis lebih kuat dari sebelumnya.
Louis
pula mengetap bibir, menggigit lidahnya untuk tidak cakap benda tidak
sepatutnya pada adiknya. “Cherr, look at me..” Louis menyentuh dagu adiknya
dengan lembut. “Ivy tak apa-apa, yakin dengan cakap abang ni. Kalau dia sakit
tentu dia beritahu charlotte kan? I mean, dia taknak bercakap dengan kami semua
tapi dia bercakap dengan charlotte. Tentu dia beritahu Charlotte semuanya kalau
dia rahsiakan sesuatu. Jangan risau, kalau Ivy tak cakap apa-apa, tentu dia
baik-baik sahaja. Okay?”
Charlotte
memejam erat mulutnya yang menggeletar, menahan menangis dan mengangguk
perlahan. Tangannya menggenggam erat baju dibahagian dadanya, disebalik baju
yang menyembunyikan seutas rantai locket yang menyembunyikan pendant Ivy.
“O-Okay…
Ivy ada pesanan untuk abang jugak…” Ini buat Louis terdiam. “Dia kata; ‘Maaf
atas kelakuanku selama ini. Aku betul-betul minta maaf.’ Itu yang dia katakan.”
Bibir Charlotte menggeletar teruk, matanya juga kembali berair tanda dia dah
tak boleh menahan tangisannya lagi.
Louis
segera memeluk adiknya dengan erat, biarkan Charlotte menangis kembali,
risaukan ahli sihir itu semula. Louis? Dia juga menahan tangisannya. Matanya
mengalirkan air mata tapi tiada suara yang keluar.
Louis risau… sangat risau.
. . .
Hari kesepuluh: Ivy. Dia duduk di penjuru biliknya, di belakang pintu bilik, memeluk
lutut dengan muka disembunyikan di antara lututnya. tidak lagi menangis atau
meronta lagi, tidak lagi meletup dengan kemarahan yang hampir mengancam nyawa,
tidak lagi melepaskan geram secara fizikal dengan menghancurkan segalanya yang
wujud didalam bilik itu.
Keadaan
biliknya seperti aftermath selepas peperangan. Cadar katilnya dan Ezra koyak
rabak, karpet bilik hangus terbakar, masih ada bau asap api berlegar di udara
tanda api karpet itu baru sahaja mati. Almari dan cermin panjang dijatuhkan,
berkecai diatas lantai. Kedua almari dan cermin dalam bilik itu, hancur menjadi
serpihan kecil di atas lantai, menjadikan lantai bilik itu seperti bilik
perangkap. Barang diatas mejanya dan meja Ezra juga bertaburan diatas lantai.
Siling dan dinding bilik itu mempunyai kesan hitam seperti seekor naga datang
masuk dan menghembuskan nafas apinya ke setiap sudut dinding dan siling bilik
itu.
Cuma
tiada naga yang datang.
Hanya
Ivy.
Keadaan
Ivy juga tidak kurang teruknya. Dia memakai baju tidurnya yang sama seperti
sepuluh hari yang lalu, rambutnya kusut masai, mukanya teruk. Pucat membiru,
lebih pucat dari warna kulit sebenarnya, bahagian bawah bibirnya bengkak kerana
di kunyah. Kesan hitam dibawah matanya tanda dia kurang tidur sepanjang 10 hari
itu. dia tidak boleh tidur. Mindanya penuh dengan persoalan dan keraguan.
Mindanya terlalu bercelaru untuk mengambil masa sebentar berehat.
Dia
juga bertambah kurus dari sepuluh hari yang lalu kerana kurang makan—tidak
makan langsung kecuali minum air paip di bilik air. Tulang-tulang badannya mula
kelihatan terutamanya tulang pipi, tulang dipergelangan tangannya, dan buku
lalu yang tajam. Seperti ia boleh dijadikan senjata dan menyucuk mata orang.
Kalau dilihat disebalik pakaiannya, tulang pelvisnya juga menonjol keluar,
rangkanya jelas kelihatan.
Pergelangan
tangannya kembali melecur, tanda dia tidak dapat mengawal kemarahannya lagi
tapi kali ini kesan melecur itu naik sehingga paras sikunya, dia masih dapat
rasakan keperitan dari renjatan elektrik itu walaupun ia tidak memberi sebarang
riaksi lagi. gari tersebut juga retak, tidak dapat menahan kuasa magic Ivy
terlalu lama atau magic Ivy terlalu kuat untuk gari itu tahan. Tapak kakinya
berdarah dari memijak serpihan kayu dan kaca yang bertaburan diatas lantai,
tidak menghiraukan kesakitan kulitnya di tusuk ribuaan kaca, tidak menghiraukan
badannya yang makin lemah. Tidak menghiraukan penglihatannya bertambah kabur.
Kerana
dia terlalu penat.
Penat
marah. Merontah, menumbuk udara, menghancurkan barang, menahan kemarahannya,
menahan magicnya dari meletup.
Penat
Bersedih. Menangis sepanjang hari, menjerit tanpa henti, berada dibawah
pancuran air sepanjang malam, dan bersimpati atas refleksi wajahnya di cermin
bilik air—yang dia dah hancurkan selepas bersimpati atas dirinya yang
menyedihkan itu.
Penat
berlawan. Lawan dengan dirinya, mindanya, hatinya—dia tidak ingin menggunakan
hati itu untuk memperoleh sebarang perasaan dalam dirinya tapi dia tidak boleh
mengelak dari hati itu. Dia mempergunakan hati itu lagi. penat berkali-kali
mencuba mengeluarkan hati itu dari badannya dan pitam beberapa kali atas
percubaan itu.
Kalau
boleh dia nak shut down untuk selamanya.
Ya,
mungkin itu pilihan Ivy sebenarnya. Nak tidur. Mungkin kalau dia cuba pejamkan
mata kali ini dia mungkin akan dapat
tidur yang dia nakkan. Ya… setelah berlawan dengan dirinya, memikirkan pilihan
antara vicious dan Enchanted, tenggelam lebih kedalam kegelapan dan memikirkan
kehidupannya yang menyedihkan.
Dia
tak pernah nak kenangkan kehidupannya tapi ‘pilihan’ yang Merlin persoalkan dia
membuat dia memikirkan kisah hidupnya sekali lagi. betapa kosongnya hidupnya,
tidak pernah buat apa-apa pilihan dan terdesak dalam diam untuk banggakan
ibunya.
Dia
dapat lihat betapa menyedihkan dirinya sepanjang hidupnya itu. She didn’t live
is life after all this years… she tried to survive it. Cuba bertahan untuk
hidup pada esok hari dan keesokan harinya. Memastikan dia tidak pernah gagal tapi
tidak terlalu sempurna untuk ibunya. Merancang untuk tidak graduate hanya untuk
buktikan pada ibunya yang dia juga seorang budak yang memberontak.
Heh… boleh jadi penulis
script yang terkenal, malah pelakon yang hebat desis
hatinya dengan senyuman yang hampir wujud di hujung bibirnya.
Ya,
dia dah penat. Matanya dah terlalu berat untuk dia buka. Sepanjang beberapa
hari dia berada di penjuru bilik itu, matanya hanya tertumpu pada satu benda.
Kasut Boot yang berdiri cantik diatas katilnya yang hancur. Kasut boot usang
itu yang Ivy sepatutnya buang tanda dia bencikan Ayahnya kerana tinggalkan dia
dengan beban didalam dadanya tapi menafikan dirinya sendiri dengan berpegang
paut pada kasut orang mati itu.
Patut
kah dia berterima kasih kepada ayahnya kerana buat dia bersumpah untuk simpan
hati itu? kerana ayahnya tahu ia milik soulmatenya? Milik Louis? Dia tahu Ivy
akan alami semua ni?
Atau
dia patut pergi ke alam ayahnya untuk bunuh lelaki itu untuk kedua kali kerana
buat dia terseksa seperti ini. bergantung dan berharap pada orang yang telah
mati. Tapi menafikan perasaan sayang pada lelaki itu kerana dia terlalu takut
pada ibunya sendiri.
Dia
tak tahu… dia tak boleh buat sebarang pilihan. Dia takut.. Ivy the Devil,
heartless witch and the most wicked one in the century… takut.
Jack betul.. aku memang
seorang penakut.
Ivy
memeluk lututnya lebih erat dan ingin mengalirkan air mata sekali lagi tapi
matanya yang merah lagi sembab itu tidak dapat menghasilkan setitis air mata
lagi. Jadi dia hanya merintih, bersedih atas dirinya yang menyedihkan ini.
Setelah
beberapa minit menangis tanpa tangisan, dia kembali memandang kasut boot itu.
dalam diam berharap kali ini dia akan berjumpa dengan ayahnya semula.
Membayangkan berjumpa dengan ayahnya itu membuat dia tersenyum lembut diantara
separa sedar. Dia dah lupa bagaimana wajah
ayahnya…
Dan
dia pejamkan matanya. Dia nak shut downkan dirinya buat selamanya.
‘Viv?’
Panggilan
halus itu berlegar dalam minda ahli sihir muda ini.
‘Viv, sayang?’
Viv?
Tiada siapa pernah panggil dia Viv selain ayahnya.
Mata
Ivy terbuka secara perlahan atas panggilan itu dan dia mendongak, melihat wajah
seorang wanita yang bermata biru yang memukaukan, berlutut di hadapan Ivy
dengan senyuman lembut pada wajahnya.
“Viv, Sayang? Boleh buka
mata kamu untuk makcik?” Soal perempuan itu suara
lembut bak sutera. “Stay with me love,
He’s on the way here…” Ivy rasa
sentuhan sejuk pada pipinya, menolak rambutnya kebelakang telinga. Sentuhan itu
terlalu sejuk membuat bulu romanya meremang tapi ia sangat lembut seperti
hembusan angin pantai dan tenang seperti langit malam.
Ivy
mengangguk lemah. “Ayah datang ke?”
Perempuan
itu berikan senyuman simpatinya, mata biru itu menjadi sedih mendengar anak
buahnya itu menginginkan ayahnya. “He’s
coming.”
Dan
pintu bilik Ivy terbuka secara mengejut, membuat Ivy jatuh ketepi kerana
dilanggar oleh pintu tersebut. Ivy cuba mengangkat pandangannya, melihat figura
yang berdiri cemas dihadapannya.
Mata
Ivy terbeliak bulat melihat lelaki itu berada di depan matanya sekarang. Dia
tercekik tangisannya sendiri.
“Vivian!!”
>X<
~to be continued~
(A/N: Angah tahu.. chapter
ni pendek dan clift-hanger. Hehehehehe *sweat drops* apapun pada chapter
seterusnya mungkin ada chapter yang kurang depressing seperti ini.
understatement: Mungkin.
Huhuhuhuhuhu stay loyal until the next chapter!! *Hug&kisses*)
P/S: Pendek sebab angah busy buat kuih raya... Huhuhuhuhuhu Let's hope kuih angah tak hangus sebab buat 3 kerja dalam satu masa (^____^)
Oh angah. Adakah yang datang itu Louis? Dan..mmg pendek ntry kali ni. Tak puas baca. Walaupun bz sgt2 tapi sudi jgk kasi ntry baru. Thank you.
ReplyDelete-minah-
Yes, angah di sini.. Huhuhu, kita akan tahu siapa datang in the next chapter! Hehehehehe and thank you sebab memahami angah tntang short chapter ni 💓💓💓💓
DeleteMak cik cantek tu morgana ya?
ReplyDelete-awek cun -
Awek cun~~~ first, angah terpikat dgn nama awak *wink wink* hahahahahaha
DeleteAnd siapa mak cik lawo tu akan diketahui in the next chapter huhuhuhuhu
Kenapa selalu macam ni...bila part yang best saja...bersambung...huhuhuhu
ReplyDeleteSebab angah kekadang suka buat penontong angah suspen and buat korang tertunggu2
DeleteMWAHHAHAHAHAHAHAHAHA *sinister laugh inserted*
vivian? nama ivy adalah vivian?
ReplyDeleteYes, ayah Ivy panggil Ivy, 'Viv' which stand for 'Vivian'
DeleteNanti in the new future chapter akan diterangkan kenapa Ivy ada dua nama, okay???? Huhuhuhu
Angah suka sgt buat macam ni. Hate you!!T_T (act, love you) angah, next entry tu janganlah update lama sgt. Huhu
ReplyDeleteHohohohohohoho I take that as a Compliment Aaaaaand The New chapter dah ada! Enjoy reading Love~~~ *Kisses*
Delete