Final Step: part 2

Part 2

“Suzy! Cepatlah, costumer kita semakin berkurang ni!” Sahut IU begerak ke dapur.

Suzy akhirnya keluar dengan wajah merah bak apple! Dia malu pakai baju ni…. Sangat memalukan. Jadi, inilah 1001 kemungkinan yang memberi amaran kepadanya. Perkara ini akan terjadi.



Mereka melihat Suzy dari atas kebawah memakai baju maid dengan Kitty set special.

“Cyopta!!!” jerit mereka semu di dapur itu.

“Sekarang….” IU memberi talam bulat kepada Suzy. “Buat tabiat gila kau tu. Suara ceria, happy-go-lucky tapi di tambah dengan Meow~~~~” Kata IU buat tangan kucing dan bunyi kucing.

“Practice dulu.”

Suzy mencebik. “Selamat datang Master” mengeluh. “Meow….~”

Yuri dan IU bercekak pinggang. “Suzy!”

“Okay… okay. Apa patut aku buat?” Soal Suzy seronok kerjakan kawannya

“pikat sebanyak mana costumer yang boleh! Oh dan…” IU berikan Card Pin baru kepada Suzy. “dapatkan Sticker heart sekali. Okay?”

Suzy memberi salute dan bergerak keluar dari kelas. Masa untuk mencari Costumer!

“Meow ~~~ Master, M’Lady…. Sila datang ke Kelas 2-A untuk mendapatkan perkhidmatan dari Maid Café.. Meow ~~~” katanya dengan manja kepada semua orang di sekelilingnya.

“Wah comelnya….”

“Aku tak tahu pula ada maid kitten. Tentu best ni.”

“Cam anak patunglah!”

Beberapa orang datang mendekati Suzy dan berikan sticker hati kepadanya. “Meow ~~ Kamsahalmitha~~!”

Dan begitulah kerja Suzy untuk 30 minit seterusnya. Dia menarik perhatian mereka dan mendapat sejumlah sticker yang banyak dari orang sekeliling.

“45 sticker?” Katanya mengira stikernya. “Wow… senangnya.” Dia teruskan kerjanya yang mudah(?) dan dapatkan lebih sticker. Dia kali ini dia ke bangunan sebelah.

Dia nak naik ke tingkat 2 dan tiga tapi di sebabkan staminanya yang lemah, dia di tingkat satu saja lah! Lagi pun dia taknak Kai Nampak dia berpakaian cam tu. Tak kuasa aku.

Suzy menarik perhatian semua pelawat dengan nada manja dan cerianya. Dia mendapat sticker bukan sahaja dengan gayanya malah sifat peramahnya yang menolong orang yang sesat di sekolah itu.

“Bad Kitty Target….”

“Sila datang ke kelas 2-A Meo- Ah!-mmfffppptt!!”

Sepasang tangan mencapai pingang Suzy dan menutup mulutnya. DIa menarik Suzy ke suatu bilik kosong.

“Kau kucing yang saaaangat nakal….”

Suzy terkejut mendengar suara itu dan berputar 180 memandang lelaki itu. “Ka- Woah….. kau Vampire?”

Kai tertawa kecil dan tunduk hormat. “I love seeing my naughty Kitty in purple.”

<><><><><><><><><><> 

IU semakin sibuk apabila berpusu-pusu tetamu datang ke café mereka. Yes! Aku tahu guna Suzy mesti dapat! Desis hati IU dengan gembira.

“Cik, 2 chocolate mousse please!”

“Baiklah Master!!” Sahut IU dengan riangnya. Matanya meliar melihat jam di dinding. 2 petang. Mana Suzy ni?

Tetiba aku terdengar bunyi tapak kaki berderap masuk dalam kelas. Eh? Jess? Kenapa-

“Hey!” aku tetiba di tarik oleh Jess dengan kawannya keluar dari kelas dan turun dari bangunan akademik. “Nak ke mana?”

Jess memandangku dengans senyuman riang. Tapi aku tak suka senyuman tu. “Kau dah terpilih!”

“terpilih? Terpilih apa?!”

Jess menarik aku ke belakang pentas terbuka yang ada di padang sekolah dan menyuruh aku pakai reben bahu warna Merah. “Jangan banyak songeh. Pertandingan dah nak mula. Keluar sana, kau nampak ke lelaki pakai reben merah cam kau ni dan berdiri di sebelahnya okay?”

Aku mengangguk dan lepas itu menggeleng laju. “Nanti, Untuk apa-Hey!!”

Jess menolak aku keluar ke pentas berhadapan dengan pelajar sekolah yang bersorak gembira. Aku memandang sekeliling pentas dan melihat figura belakang seorang lelaki berreben merah yang Jess katakan. Mahu tak mahu, aku terpaksa ikut plan Jess. Aku nampak ada juga pasangan pakai warna biru dan oren. Untuk apa ni?

Sebaik je aku di tepi lelaki ni, belum sempat aku nampak muka dia dah ada bunga kertas di tembak keluar dari penjuru pentas membuat aku terkejut.

“Selamat datang semua peserta terpilih! Pasti korang hairan kenapa korang di sini kan?” aku mencebik melihat Jess bercakap secara slumber memandang kami semua. “Well, kamu terpilih sebab korang adalah Best Couple yang di undi oleh selurh warga sekolah. Pada hari ini, kita akan lihat siapaka Best couple yang terbaik antara tiga couple ini.”

Couple terbaik? Aku terus mendongak memandang lelaki di sebelahku dan OMG!!!

“L?”

“Anyeong.” Katanya dengan senyuman manis. “Aku tak sangka Jess akan buat cam ni. Aku ingatkan aku akan masuk pertandingan ni dengn orang lain…” katanya menghembus nafas lega. “Tak sangka orang yang aku nak main Couple Game ni ada disini akhirnya.”

IU mula blushing dan memandang kearah lain. Dia rasa sangat happy dapat berjumpa dengan L. tambahan dia pakai baju lanun. Dia nampak seperti captain Jack Sparrow.

“Alright peserta Lovey-Dovey kita…” Kata Jess sebagai Host berbicara dengan penuh karismatik. “tahun ini acara Obstacle Race di mana terdapat empat check point. Kamu akan singgah setiap check point untuk mengambil ujian dan jika ujian tu korang tak tamatkan, selagi tu korang tak boleh ke Check point seterusnya. 
Alah… tak susah pun ujian ni.” Kata Jess slamber.

L dan IU berpandangan dan ketawa kecil. “Kita pasti menang.”

IU mengangguk setuju. “Pasti.”

Jess melihat tiga pasang kekasih yang kelihatan teruja untuk mulakan perlumbaan mereka. “Dengar cam senang tapi….. ada satu syarat simple yang senang buat korang tersingkir!” Jess mengenggam kedua tangannya dengan senyuman nakal. “Korang kena berpegangan tangan sepanjang pertandingan ni. Kalau korang terlepas, korang direct tersingkir!”

B’pegangan tangan dengan dengan L? desis hatinya. Dia memandang kearah L dan naik merah. Aku tak pernah holds hand dengan L di depan khalayak ramai! Apa patut aku buat??!!

IU tetiba rasa tangannya di pegang oleh seseorang dan seggera memandang L semula.

“Don’t worry,  Kita boleh menang okay?”

IU tersenyum dan menggenggam erat tangan L. “Okay.”

Manakala Jess, selesai sahaja dia berhujah panjang lebar.. di tangannya terdapat pistol kapur dan hi halakan ke udara. “Alright peserta! Kamu kena cari lelaki yang memegang sign board y bertulis check point pertama. Okay? Sedia? MULA!” Jess menembak pistol kapur itu dan mulalah perlumbaan mereka.

L dan IU berlari anak sambil berpegangan tangan. Dengan adanya ramai orang di tempat itu, agak susah juga mereka nak cari di mana check point pertama.

IU tersenyum apabila melihat seorang pelajar memegang sign board ‘1# checkpoint’ dan segera menarik L ke tempat itu.

“Selamat datang ke gerai ramen kami! Check point pertama kamu ialah makan ramen kami dan kamu boleh teruskan ke checkpoint seterusnya.” Kata pelajar yang menjaga gerai itu.

“Wah! Senangnya, lagipun aku tengah lapar ni!” IU mengambil chopstick di tepi ramen itu dan ingin mematahkannya tapi L taknak lepaskan tangannya yang sebelah. “L, cam ne nak makan kalau tak leh buka?”

“Maaf Eun ji, syarat dalam ujian ni ialah seorang menyuap dan seorang makan. Lagipun, tangan korang tak leh berpisah kalau tak terkeluar.”

“What?” IU menelan air liur tiga kali sebelum beralih pandangan kearah L. “Cam mana ni?”

L tersenyum manis dan mengambil chopstick di tangan IU. Dia mematah dua chopstick itu dengan gigi sebangan pengganti tangan sebelahnya. “L suap n IU makan.” L mengambil mee dari Ramen itu dan angkat separas dengan mulut IU.

“Say Ahhhh….”Muka IU terus naik merah. “Kalau tak cepat, nanti kita kalah.”

IU akhirnya akur dan membuka mulut untuk makan Ramen yang disuap oleh L. happy bila buat cam tu tapi malulah depan orang ramai… Ahhh!! Nasib baik Suzy tiada kalau tak dah tentu dia kena sakat sampai dia koma.

Setelah mereka tamatkan check point pertama, mereka teruskan ke check point kedua di mana mereka di beri  ujian tentang pakwe mereka. Bagi IU, ia senang sebab L sangat terkenal di sekolah dan banyak perkara dia tahu pasal pakwenya so, dia lulus dengan senang. Yea! Mereka teruskan ke check point ketiga iaitu di tingkat 2 kelas 1-D

L ternampak salah satu pesaingnya di hadapan mereka dan tersenyum nakal. “IU, nak main tak?”

IU menjungkit kening. “Time sekarang nak main lagi? Main apa?”

L memuncungkan mulutnya kearah pesaing mereka dan mengangkat kening double jerk. “disqualified.”

IU tersenyum dan mengangguk setuju.

Mereka berdua menggenggam erat tangan mereka dan mula berlari ke antara pesaing mereka untuk memutuskan genggaman pesaing malang itu dan terus cabut lari dengan tawa jahat mereka berdua.

“L!!” jerit si lelaki marah.

L memandang kebelakang dan menjelir lidah. “Sorry bro! tak TER’sengaja!”

IU hanya tertawa melihat wajah shok couple malang itu. Nampaknya seorang lagi nak di tumpaskan.
Merek akhirnya tiba di check point ketiga dan nampak pesaiing terakhir mereka. Eh? Kenapa mereka tak mulakan lagi?

L dan IU berdiri di tepi mereka dengan penuh tanda Tanya. Tapi mereka simpan persoalan itu dahulu kerana penjaga check point 3 dah tiba.

“nampaknya pesaing korang dah terkeluar entah cam mana boleh, jadi tinggal korang dua.” L dan IU ketawa sebab mereka tahu apa sebabnya. “Okay, ujian ke 3 ialah kita main Pocky!”

“Apa?!” IU terus terkejut beruk. Pocky? Nak main benda tu dengan L?? Ottokke???

“Pocky?” L mengusap dagunya sambil memandang IU yang muka merah dengan senyuman nakal. “kenapa ujian ni tambah best setiap kali ke check point seterusnya?”

IU memandang L yang tersenyum nakal. Dia tak suka senyuman tu. Sangat-sangat tak suka.

Si penjaga checkpoint tiga menghulurkan sekotak pocky kepada dua pesaing itu. “pilih, strawberry atau chocolate?”

L mengambil pocky perisa strawberry dan letakkan di bibir IU. “Come on, lebih cepat lebih bagus kan?” katanya dengan nada menyakat tapi lembut.

IU menelan air liur tiga, tak empat kali dan menggigit hujung pocky itu. Kenapa aku rasa L tetiba jadi Suzy? Suka menyakat dengan senyuman tu? Desis hatinya. Jantungnya berdegup-degup laju kalah kelajuan cahaya selama seminit mengelilingi dunia.

L menggigit di hujung Pocky lagi satu dan mengenyit mata. Membuat IU tambah merah.

“Alright? Ready? Eat!!” jerit si penjaga

IU segera menutup matanya apabila L mula menggigit pocky itu dan semakin dekat kearahnya. Sedikit demi sedikit, dia dapat rasakan nafas L dekat dengan wajahnya dan tanpa dia jangka, bibir mereka bertemu.

“L dan IU menang!” sahut si Penjaga. “Korang boleh teruskan ke Check point terakhir!”

IU membuka mata dan melihat L menjilat bibirnya menghabiskan sisah yang tinggal. “alright, ke check point yang terakhir!”

L menarik IU ke tingkat 3 di mana check point terakhir berada. Kelas 3-C.

“Kelas L?!” IU memandang L dengan mata yang mencurigakan. “L rancang ni semua ke?”

L membuat muka tak bersalah. “Mungkin. L tahu tentang check point terakhir sebab mereka nak guna kelas kami. So, kami ambil makmal BIO untuk hunted house kami. Sistem barter cam tu. Tapi L tak tahu yang kita join tapi kan…” L menarik sengih. “L dah jangka kita akan masuk.”

“L!”

“Ye sayang? Jom masuk dan jadi The Best Couple of the Year.” L menarik IU masuk ke dalam kelasnya dan melihat kolam kecil yang di penuhi dengan belon yang berwarna-warni.

“Welcome!! Ini chack point terakhir dan ujian terakhir kamu ialah mencari Voucher yang ada dalam salah satu belon yang bertimbun ni! Siapa jumpa dulu dia pemenangnya.” Kata penjaga check point terakhir.

IU tersenyum. “Senang je! Jom L!!” IU menarik L kedalam kolam belon itu dan mula mencari sambil berpegangan tangan.

IU terjumpa satu belon yang terdapat sesuatu dalamnya dan ingin memecahkannya tapi.. “Oh! Hampir terlupa, korang hanya ada satu peluang je so, pick wisely!”

IU batal letupkan belon tu dan mula menggoncangnya. Bunyi cam berat sikit so, ini bukan. Dia ketepikan belon itu dan memandang L yang mencari dengan mengangkat, menggoncang dan buang.

“Oh mungkin yang ni.” Kata L dngan senyuman melihat ada sesuatu dalam belon itu. Dia menggoncangnya, bungi cam barang yang sangat ringan dan bayangan barang dalam belon itu empat segi.

L memandang IU. “IU nak pecahkannya?”

IU mengangguk dengan gembira. L terus memeluk pinggang IU dan menariknya ke badan L dengan belon di antara mereka.

“A-Apa L buat ni?!” katanya terkejut plus malu.

L tersenyum buat muka tak bersalah lagi. “Pecahkan belon ni bersama-sama.”

POP!

Belon pecah dan serta merta L memeluk IU. “Kan senang cam ni?”

IU memandang L dengan muka merah tahap gaban. “Phabo….” IU mengeluarkan bbarang yang ada di antara mereka dan tersenyum. “KITA MENANG!!!”

<><><><><><><><> 

Setelah memperoleh kemenangan mereka di suruh ke bilik drama untuk mengambil hadiah mereka dan seperti biasa mereka akur.

“IU!” Jess memeluk rakannya dengan senyuman lebar. “tahniah sebab menang! Jom tukar baju kau dan bersedia untuk Malam unggun api!”

Oh ya, mereka dapat Voucher Malam unggun api selepas menang dalam Best Matching Couple in School mereka.

L pula diberikan seset baju oleh salah seorang member dari kelab drama. “Pakai ni dan tunggu-”

“TAK NAK!!!”

L terkejut mendengar suara perempuan menjerit. Semua staff memandang kearah bilik persalinan persalinan perempuan.

Perempuan yang baru je bagi baju kat L terus bergegas masuk kedalam bilik persalinan. Bukan dia saja, ada 2 lagi join in.

“Kau kena pakai! Jangan nak membantah!”

“SHIRO!!  JANGAN HARAP AKU PAKAI BAJU TUU!!!” jeritnya cam nak menangis. “ANDHUEE!!!!”

L rasa seperti dia kenal sangat perempuan yang menjerit dalam bilik persalinan perempuan tu.

“Yo, tahniah sebab menang best Matching Couple.”

L memandang kearah seorang lelaki berpakaian serba royal berwarna biru dengan senyuman paksa. “K-Kai??”

Kai mengeluh. “Aku tahu… nampak cliché kan?”

L menahan ketawanya. “Kenapa kau pakai baju tu?”

Kai menggaru kepalanya yang tidak gatal. “aku menang pertandingan individu.”

“Kau?” L sedikit terkejut dan menuding jari kearah bilik persalinan yang kecoh seperti pasar minggu. “Dan dalam tu ialah….”

“Suzy.” Katanya ngeri melihat bilik persalinan yang kecoh tu. Apalah Suzy buat dalam tu hingga kecoh sangat?

L menggeleng dan menepuk bahu Kai. “Good luck man.” Katanya dan masuk kedalam bilik persalinan lelaki.

“Tak guna kau L. Apa maksud mu good luck huh?”

IU akhirnya keluar dari bilik persalinan yang lagi satu dengan gown bewarna merah hati dan mendekati Kai. “Kai? Apa kau buat di sini?”

“Pertandingan individu.” Jawabnya ringkas.

“Really? Jadi Suzy pasangan kau?” soalnya lagi menuding jari kat bilik pasar ikan.

“Cam mana kau tahu dalam tu Suzy?”

IU tersenyum bangga. “Aku dah masak dengan perangai Suzy. Termasuk dengan suara nyaringnya tu.”

“PHABO-YA?!!”

Mereka berdua tertawa mendengar Suzy memaki orang di dalam tu. IU rasa ini hari Suzy yang paling malang. Dahlah di paksa pakai baju Maid Kitty, di suruh promote kelas satu sekolah pula tu. Sekaranng, di suruh lagi pakai costume R&J(Romeo and Juliet) untuk malam unggun api.

L keluar dari bilik persalinannya dan memandang kearah IU. Terpegun dan kaku sebaik sahaja melihat wanita pujaan hatinya kelihatan seperti seorang puteri dengan mengenakan gaun Juliet berwarna merah hati.
IU pula perasan yang L dah keluar dari bilik persalinan dan turut terpegun melihat ketampanannya. Okay, dia selalu fikir yang L seorang yang sweet, tampan dan Cool seperti seorang putera raja dalam mimpinya tapi bila mimpi jadi kenyataan, ia lebih dari seorang putera yang tergila-gilakan oleh para wanita. DIa Lelaki impian hanya untuk IU.

Kai memandang muka mereka berdua yang sangat menyakitkan hati. Dah lah dia di tengah, dalam keadaan Bad mood lagi… di tambah pula dengan lovey-dovey gaze.

Kai memetik jarinya membuat dua couple itu tersentak kembali ke dunia yang nyata. “Kalau korang nak tenung sesama sendiri, boleh tak nanti? Baik kau layan kawan kau yang satu ni.” Katanya mempromosi diri.
L ketawa kecil dan menepuk bahu Kai. “Apa masalah nye tu kawan?” soal L sambil mengenyit mata kepada IU dan tunjukkan signal OK pada jarinya.

IU tersipu malu dengan pujian L dan ini membuatka Kai memutarkan bola matanya 360 darjah. Tak sudah-sudah mereka dua ni!

Kai menarik L jauh sikit dari IU supaya L tumpukan perhatian padanya dan bukan pada Makwe dia. “Sekarang aku tak tahu nak buat apa. Aku dan Suzy rancang tak nak ikut pertandingan Individu ni sebab tak nak hubungan kami terbongkar. Tapi lain pula jadinya sebab kau dan IU ikut pertanfingan Best Mathing Couple tak guna tu!” katanya berbisik dan menahan marah.

L menjungkit kening. “Jadi kenapa tak lari cam korang dua selalu buat?”

“Dah try…. Mereka dapat tangkap kami. Rupanya mereka dah agak yang kami akan menang dan dah sediakan satu kelas yang khas untuk tangkap kami. Teka siapa ketuanya.” L mengangkut bahu. “Jessica.”

L terus pecah perut mendengar siapa dalang sesi menangkap Kai dan Suzy. “Shincha?” Kai mengangguk membuat L ketawa lebih kuat dari sebelumnya. Tak dapat dia bayangkan cam mana sesi kejar mengejar mereka dengan ahli angkatan tentera Jessica.

Nak tahu??

/Flashback/

Suzy mencebik sambil memeluk tubuh berjalan menghentak kaki di kawasan gerai dengan Kai mengekorinya dari belakang.

“Kau buat orang tambah syok kat kau kalau kau buat muka cam tu.” Tegur Kai turut memeluk tubuh.

Suzy berputar memandang Kai dan menjelir lidah. “Do I care?”

Kai menarik sengih dan menggeleng. “But I do care. Jadi, buka baju kucing entah apa-apa ni ke baju yang lebih elok. Aku tak suka nampak kau cam tu.”

Okay, aku tipu. Ikutkan hati aku nak dia pakai cam tu sepanjang hari tapi bukan di khalayak ramai. Hanya depan ku. Ikutkan hati nak je aku makan dia sekarang tapi…. Arrggghhh! Keadaan tak mengizinkan! Aku dah cakap kat IU yang bagi Free Suzy time festival sekolah tapi bukan cam ni. Kenapa IU suruh Suzy pakai cam ni? Bonus untuk aku ke? kalau ya, ia tak menyenangkan IU. Tak menyenangkan malah menyusahkan desis hati Kai tak puas hati.

“Wah, comelnya dia.” Kai terdengar ayat yang dia tak suka dan lelaki yang sebut ayat tu mendekati Makwenya. “Um awak…”

“Apa?” Suzy yang tidak bersalah menyoal dengan muka simplenya. “oh! Meow… boleh saya tolong?” katanya dengan manja pula. Dia terlupa yang dia perlu buat muka cute untuk dapatkan sticker heart dan tarik costumer.

Lelaki itu terus bagi 3 heart pada Suzy. “Saya rasa phone saya rosaklah, tak leh call orang. Boleh pinjam number phone awak? Nak try kalau phone ni okay ke tak.”

Suzy terus mengeluarkan phonenya dan ingin menyatakan nombor phonenya tapi Kai terus berdiri di hadapan Suzy dengan muka garangnya memandang lelaki di hadapannya yang memang nak mati awal. “Get the hell lost before I tore you apart…”

Lelaki itu kecut perut dan terus bergerak pergi setelah mendapat amaran keras dari lelaki yang terkenal dengan nama dark horse yng membawa maksud lelaki sadist.

“Woah! Street play! Hebatnya!” kata orang yang melihat aksi mereka. Dia terus mendekati Kai dan Suzy untuk berikan Sticker Heart dan begitu juga yang lain. Mereka ingatkan apa yang dua cos-play ni buat street play tapi sebenarnya ia di sebaliknya.

Kai dan Suzy saling berpandangan dan tertawa sesama sendiri. Tak sangka benda cam tu boleh tarik perhatian mereka. Tanpa membuang masa mereka teruskan misi mereka.

“Sila datang ke Makmal BIO untuk melihat melihat vampire sexy seperti aku!” kata Kai nada menyakat.

Suzy mencebik terasa tercabar. “Meow~~~ Master, M’lady datang ke kelas 2-A untuk perkhidmatan Maid seperti saya!” dia terus memeluk perempuan yang berdekatan buat-buat manja membuat Kai naik berang.

“Dah! Jom pergi!” Kai terus menarik Suzy keluar dari khalayak ramai dengan marah. Tak guna, tentu dia yang menang desis hati Kai rasa cemburu.

Beberapa babak berlalu, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berehat di cafeteria mereka yang sudah menjadi tempat pameran pelajar cemerlang.

“143” kata Kai.

“Ish… dua lagi dah kalah kan kau.” kata Suzy mencebik kerana dia hanya ada 142 sticker heart.

“Hehe, itu bermaksud aku lebih terer dari kau.”

“Eh?” Suzy menelan air liurnya. Dia rasa tak sedap hati bila berada di cafeteria tu. 1001 kemungkinannya berdering menyatakan ada orang sedang memerhatikan mereka. Dia tahu yang target mereka adalah dia atau tak pun mereka berdua.

“Kenapa ni Suzy?” Soal Kai rasa hairan dengan perangai suzy yang tegang tetiba.

Suzy memandang sticker heart di tangannya dan memandang Kai. Dia baru perasan sesuatu dan pandang sticker heart di tangannya kembali dengan menelan air liur. “Oh tidak…. Ini tak mungkin… kenapa aku tak perasan niat IU dari tadi?!” jeritnya berbisik seperti tidak percaya yang dia kena tipu bulat-bulat oleh kawannya sendiri.

“Apa maksud kau?” Kai tak faham apa yang Suzy merapukan.

“Kai…. Kita kena lari.” Kai menjungkit kening. “Kai… Listen. Kita dah jadi target untuk pertandingan individu tu! Bermaksud rahsia kita akan terbongkar!” katanya lagi dengan nada rendah dan cemas.

“So?- oh…” Kai baru sedar maksud Suzy. Kalau mereka kantoi bermaksud, no more private life, no more lovey-dovey dan no more cute Suzy yang hanya dia saja selalu nampak. “Oh tidak…. Kita split up dan jumpa di bumbung sekolah. Lari sehingga mereka dah ketinggalan baru naik okay?”

Suzy mengangguk faham. “Ready?” Kai Mengangguk. “Go!”

Mereka berdua terus bangun dan lari berlainan arah keluar dari cafeteria itu.

Pelajar yang menyamar terus keluar dari posisi mereka dan mengejar mereka semua. Dengan menggunakan walky-talky mereka berkomunikasi dengan yang lain. “Target pertama lari ke gerai kawasan padang!”

“Target 2 lari ke halaman utama sekolah!”

Dan bermulalah sesi kejar mengejar mereka. Susah sikit nak menyamar kerana mereka pakai costume dan mudah kantoi. Apa yang mereka boleh buat ialah bersembunyi dan cari hela. Namun itu tak menjadi kerana bila Suzy bertapuk di sebalik pokok, dah ada pelajar teregat kat atas dahan pokok seperti dah agak dia akan bersembunyi di situ.

Kai bersembunyi dalam stor sekolah, dah ada pelajar menunggunya dalam tu. Setiap penjuru mereka sembunyi mesti ada pelajar yang ingin menangkap mereka.

Setelah beberapa kali kantoi dan berlari. Suzy akhirnya tiba di bumbung sekolah tanpa ada orang mengekorinya.

Dia termengah-mengah cuba mengembalikan oksigen kedalam jantungnya. Ini kali pertama dia berlari selama ini. Dari mana dia dapat semua stamina ni? Setahu dia, dialah orang yang terlembik dalam kelas sebab tak pernah ikut kelas P.E.  Tindakan Refleks kot? Atau hormone adrenalina bertindak balas dalam kecemasan? Entahlah walau apapun, dia selamat dari pelajar misteri itu.
Dia tetiba rasa sepasang tangan memeluk pinggangnya dari belakang dan dagu seseorang di kepalanya. Dia dapat rasakan orang di belakangnya juga kepenatan dan cuba bernafas semula.

“Tak… sangka… kau sampai dulu… kan?” Kata Kai memeluk Suzy lebih erat membuat Suzy naik merah.

“W-W-Whea? Kau in-ingat aku ni l-lembik sangat ke?” Soal Suzy tergagap-gagap. Aduh! Ini first time budak Spych gugup dan gementar.

Kai memutar Suzy supaya perempuan pshyc itu memandangnya. “Tak, tak pernah sekali pun. Anyway, tahniah sebab Berjaya sampai dulu.” Dahi mereka bersentuhan dan Kai menutup mata. “Good Job.”

Suzy dapat rasakan nafas Kai kena pada mukanya. Mereka dekat sangat, hanya beberapa inchi jauhnya

Sebaik sahaja Kai membuka mata, mata meraka bertembung dan kedua-dua kaku dan terpukau dengan pandangan masing-masing.

Kai akhirnya tersenyum nakal. “you know… I still need our First Kiss.”

Suzy tersentak dan mukanya tambah merah. “P-Phabo….”

Kai tertawa kecil dan dekatkan mukanya dengan Suzy. Suzy segera menutup mata. Omho… Omho…. Jantungnya berdegup laju bak racing car dah ni. Ini kali pertama dia rasa perasaan cam ni tapi tak salah kan kalau Follow with the Flow?

Kai rasa ini hari hari paling hebat baginya kerana dia hampir dapat apa dia nak dari Suzy hanya seinchi lagi mereka akan ber’kiss dan jadi couple yang sebenar tapi….

BAM!!

Mereka memandang kearah pintu yang terbuka dengan paksa dan melihat 8 orang pelajar berbaju kadet bersama ketua mereka. Kadet pelajar itu terkejut melihat posisi Kai dan Suzy sekarang. Mereka datang pada masa yang salah ke?

Ketua mereka berdehem Manahan malu. Mereka memang datang masa yang salah.

“JESS??!!” jerit mereka berdua melihat ketua mereka adalah Jessica.

“Yo!” katanya dengan senyuman. “Guys, tangkap mereka.” Dengan ikut perintah, lapan pelajar terus menyerbu Suzy dan Kai.

/end of Flashback/

L dan IU hanya tertawa mendengar cerita Kai. Tak sangka Jess bergitu teliti tentang mereka berdua. Ini kali pertama IU dengar Suzy tertangkap bila dia lari dan L juga pertama kali dengar Kai akan cabut dari masalahnya.

“TAK LUCU OKAY!!” jerit Kai marah.

Mereka berdua tambah ketawa pecah perut melihat muka marah Kai. Bukan selalu mereka nampak Kai hilang Cool cam ni!

PACK! PACK!

Orang dari belakang meluku kepala L dan IU secara serentak dan segera dua couple ini memutar. Suzy sedang bercekak pinggang memandang mereka dengan riak wajah marah.

“Ha-ha, very funny.” Katanya ketawa mengutuk. “Dah puas? Nak ketawa lagi ke? biar aku bantu sampai tecabut rahang korang tu. Nak?”

Mereka terus menggeleng laju sambil tersengih-sengih. “Sorry-sorry.”

Suzy memandang Kai dan memeluk tubuh. Mukanya yang marah bertukar menjadi blush. “I look stupid right?”

Kai menggeleng dengan senyuman. Dia mengambil tangan kanan Suzy dan mengucupnya. “My Juliet nampak sangat cute.”

Muka Suzy tambah merah dari sebelumnya dan rasa seperti telinganya dah keluarkan steam seperti kereta api wap!

Member drama club hanya tersentuh melihat mereka berdua. Mereka ingatkan Suzy dan Kai hanya sebagai rakan baik yang sangat rapat dan tak lebih dari itu. Kalau mereka tahu yang sebenarnya dah tentu mereka cemburu buta.

“Cheh, gentlemen lah konon.” Katanya mengutuk Kai. Nak tunjuk baik depan Makwe, dah luput dah tu Kai oi...! kau ketinggalan zaman desis hati L. dia tak berani cakap sebab tentu dia kena oleh Dark horse ni.

Kai merenung tajam kearah L dan menarik Suzy dalam dakapannya dan menolak IU ke dalam dakapan L. “Jangan nak mengada sana. Kita kena ke unggun api untuk sambut pencapaian festival sekolah pada hari pertama. Korang jalan cepat!” Kai menolak dua couple itu keluar dan mereka mengekori.

“Hei Jess, aku nampak mereka dua tu cam couple lah.” Bisik salah seorang member drama club.

Jess menggeleng. “Tak lah, mereka nampak je cam couple sebab mereka rapat sangat. Kita semua tahu kan Suzy hati batu dan lurus bendul dalam soal cinta-cintun ni kan? Dah tentu dia tolak Kai kalau Kai confess kat dia.”

<><><><><><> 

“Shish… korang dua ni terlalu cover sangat. Lambat laun rahsia korang terbongkar jugak tu…” kata L sambil berpegangan tangan dengan IU. Mereka sekarang tiba di tempat unggun api di nyalakan.

Bukan unggun api yang biasa. Unggun api yang mereka buat sangat besar setinggi 10 meter di depan halaman sekolah. Tujuannya ialah menyambut kejayaan hari festival yang pertama. Ianya satu tradisi di sekolah mereka untuk mengeratkan silaturahim. Mereka akan bermain, menari, menyanyi dan banyak lagi aktiviti. Di sebabkan mereka bermalam di sekolah untuk festival yang di jalankan semala 3 hari itu, mereka boleh tidur bila-bila masa sahaja tapi kena bangun esok untuk teruskan kerja mereka

“Ala…. Cam je L tak tahu yang Suzy tu banyak hela. Dah tentu dia dapat cover rahsia dia. Kan Su….zy?” IU berputar memandang Suzy tapi dia dapati yang Suzy dan Kai tiada di belakang mereka. Takkan mereka dah cabut lari semasa L dan IU sedang berborak?

“Ah, L, IU! Jom ke sini!” sahut Yuri dan yang lain memanggil IU dan pakwenya.

“Yuri? Apa kau buat kat sini dengan Senior yang lain?” SOal IU hairan. Dia sepatutnya jaga cake kat kelas.

“Aku staff sampingan pertandingan Voucher Romeo dan Juliet ni. Malam ni kitorang buat malam Unggun api Slow dance. Eh? Mana Suzy dan Kai?”

Mereka berdua mengangkat bahu tidak tahu. “Mereka dah lari lagi.”

Mereka semua tertawa. Mereka dah dengar tentang sesi kejar mengejar mereka. Dah tentu mereka dua ni rapat sebab satu kepala. Tak suka masuk pertandingan individu tu sebab tak nak glamour sangat. (hehe… bukan itu sebabnya..)

“Anyway…” Yuri menekan butang play di Radionya dan lagu Slow mula main. Beberapa pelajar dan mengambil pasangan mereka dan menari di sekeliling unggun api. “Korang kena menari untuk malam ni.  Sebagai Queen dan King. Di sebabkan Dua troublesome couple tu takda, korang bermaharaja rela.” Yuri mengeluh dengan senyuman. “Kenapalah mereka tak couple? Kalau Suzy ni bukan jenis hati batu dah lama Suzy jatuh cinta kat Kai dan tentulah Kai terima sebab dia perempuan pertama aku nampak Kai rapatkan diri sangat.”

L dan IU tertawa janggal. Mereka dah bersama pun Cuma di rahsiakan desis hati mereka.

L memandang wajah IU dan menghulurkan tangan. “Will you dance with me?”

IU menyambut tangan L. “I do.”

Mereka bergerak ke tepi unggun api dan menari slow dance mengikut rentak lagu. “Did I told you, you look stunning tonight?”

IU menggeleng. “Moulla.”

L tertawa kecil dan mengucup dahi IU. “Well, you do. Not to mention, L suka bila Suzy dan Kai takda sekarang ni.”

“Huh? Kenapa?”

“Sebab, tentu Dia sakat kita. Tau kan cam mana Kai tu? Tambah pula Suzy yang suka sakat orang?”

IU tertawa janggal dah mula terbayang apa Suzy akan buat pada dia sekarang. “Yup. Nasib baik. L rasa mereka buat apa sekarang?”

L mengangkat bahu. “Entah, tentunya dating senyap-senyap.”

IU tertawa kecil kerana itulah kebenarannya. Mereka dah tentu dating sekarang ni.

Pandangan IU beralih ke dada langit malam apabila letupan bunga api di lancarkan di lihat dengan dekat yang datangnya dar padang sekolah. “Mereka pasang bunga api!”

“Thé.” Kata L setuju turut memandang bunga api itu.

Sementara bahagian bangunan sekolah di kelas 2-A dimana Kai dan Suzy duduk di window sil yang sudah di hias cantik dengan bantal dan anak patung yang cantik, sedang menikmati letupan bunga api yang cantik.

“Cantiknya...” kata Suzy dengan mata yang bersinar-sinar.

Kai menjungkit kening. “Bunyinya cam kau tak pernah nampak bunga api.”

Suzy menggeleng. “Tak. Aku tak pernah nampak sedekat ni sebab dulu, time ada je perayaan aku suka duduk rumah je sambil mengasah bakat sendiri sebab bunga api jarak jauh boleh di lukis dan tenang tanpa ada sesiapa yang menganggu.”

“Jadi kau tinggal sendiri dalam malam perayaan?” Suzy mengangguk. “Tak sunyi ke?”

“Sunyi gak lah tapi sebaik saja mama dan papa balik dah tentu mereka belikan snack.” Katanya dengan senyuman manis.

“Okay…. Aku dah tak tahan.” Kata Kai mengeluh sambil memandang ke bawah.

Suzy pula rasa pelik. “Kenapa ni Kai?”

Kai menutup mukanya dan menggeleng. “Anyi…”

“Shincha?” Suzy mula risau. Dia mula mendekati Kai tapi Kai menghalangnya dengan mengangkat tangan STOP

Kai mengangguk. “Jangan dekat.”

“Whea?” Suzy mencebik sambil memeluk tubuh. “Kau kenapa ni Kai?”

Kai mendongak memandang Suzy dan menghembus nafas setelah melihat muka murung Suzy. “Jangan salahkan aku dengan apa aku buat nanti.”

“Buat?” Suzy blur. “Buat apa?”

Kai tersenyum nakal dan segera memeluk pinggang Suzy. “Ini.” Satu kucupan di bibir di berikan kepada Suzy membuat Suzy sedikit terkejut tapi dia akhirnya menutup mata terlupa tentang keadaan dan bunga api yang terjadi di luar bangunan sekolah.

Hanya mereka berdua sahaja dan tiada siapa melihat. Jadi tak salahkan jika mereka kiss untuk kali pertama? Rahsia mereka tetap akan menjadi rahsia dan tiada siapa akan mengetahuinya.

Kai memandang wajah Suzy dengan senyuman Nakal membuat Suzy tak sedap hati. 1000 kemungkinannya berdering dengan kuat memberi arahan untuknya lari sekarang.

“A-Apa?”

Kai menjungkit kening tiga kali. “I’m Going to Eat you.”

“M-Mboe??” Suzy menelan air liur tiga kali.

Suzy memandang pembaca yang membaca babak ini dengan muka desperate. “Help me….”

~The End~


(A/N: Hehehehe……. Dah tamat!!! Akhirnya tamat juga Cerita ni kan? Rasanya apa akan Kai buat kat Suzy?? O_o jangan FIKIR yang BUKAN2!!!!)

Comments

  1. woah...best giler...tersengih sensorang time baca...sweet giler...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts