The Chosen One: Chapter 2
Bab 2
Di sebuah taman di belakang sekolah terdapat tiga orang
lelaki yang tengah berehat dari melakukan latihan magik.
Luhan yang tengah bermain dengan wandnya mengubah-ubah warna bunga cherry blossom di hadapannya.
“Woi Luhan, ko tak da kerja lain ke?” Cloud menegur Luhan
yang buat perkara yang tak berfaedah.
“Tak da. Sebab tu aku kerjakan pokok ni.” Luhan senyum
manis. “first, aku ingat nak tukar Jun yang tengah tidur tu tapi, kalau dia
tersedar, mati aku d cekiknya.” Berdiri bulu romanya apabila dia bayangkan Jun
kenakan spell yang kuat untuk balas dia balik.
Cloud bertukar alih kearah Jun yang tidur nyenyak di bawah
pokok cherry blossom. Kata penat minta
break five minit, tapi dah nak dekat tiga puluh minit aku tengok dia tidur
desis hati Cloud.
“Ko ni gay ke apa?” Jun menyoal tanpa membuka mata.
“G.. Gay?!” Cloud bangun dari tempatnya ingin menyepak Jun
tapi di tahan oleh Luhan yang menggunakan spell membeku yang menghentikan
pergerakan lawan.
“Sabar bro. bukan ko tak tahu parangai c Jun ni.” Luhan
mengusap-usap belakang Cloud menenangkan cloud yang sememangnya panas baran.
Nasib baik ada c Luhan ni kalau tak aku cincang dia jadi
cheese cube desis hati Cloud.
Luhan membatalkan spellnya terhadap Cloud apabila Cloud mula
redah. “Ko Jun agaklah mulut tu. Kalau ko tension dengan awek ko jangan
lepaskan kat kita orang.” Kata-kata Luhan memancing Jun kena apabila Jun segera
duduk dari baringnya. Luhan tersenyum sinis melihat respond Jun.
Jun meramas kepalanya dan berdengus kerana mak wenya buat
hal lagi dengan dia. “Aku dah kata aku sibuk hujung minggu ni tapi dia tetap
nak ajak date nanti outing. Tak nye giler aku nak cari alasan untuk si Alex lepaskan
aku dari tugasan.”
Cloud dan Luhan ketawa terbahak-bahak mendengar luahan Jun
yang di simpan. muka Jun menjadi merah menahan marah. “Kau orang nak tolong ke
tak ni?” Jun yang ingatkan rakannya boleh tolong dia selasaikan masalahnya tapi
in the end di tertawakan.
“Tolong apa?” Alex yang muncul di depan mereka secara
tiba-tiba. Dia sedang memegang satu fail berwarna coklat sederhana besar dan
memandang Luhan yang masih gelak pecah perut.
Cloud yang berhenti tergelak memukul Luhan untuk berhenti.
Luhan menelan air liur 3x melihat Alex tersenyum manis di hadapannya dan memberi
fail berwarna coklat tersebut kepadanya. Luhan mengambil buku tersebut tanpa
membantah. Kenapa kerja Jun aku yang dapat desis hati Luhan.
“Baiklah. Masalah selesai betul tak Jun?” Alex senyum kepada
Jun yang mukanya bersinar-sinar. “Aku bukan makan orang. Tak boleh ke tanya aku
tanpa buat idea gila dari Luhan?”
Jun berdiri dari tempatnya dan tunduk 90 darjah.
“Khamsahamitha!” Jun berterima kasih kepada Alex member dia cuti pada hujung
minggu.
“Kejap-kejap, kenapa aku yang ambil kerja Jun?” Soal Luhan
tak puas hati. “Bukan giliran dia ke yang kemaskini report minggu ni?”
Alex memandang Luhan dengan senyuman yang ikhlas. “Sebab ko
kan nak tolong Jun dengan masalah rumahtangganya. Inilah masanya ko tunjukkun
sifat setiakawan.”
Luhan menelan liur apabila melihat senyuman Alex. Ko ingat
senyuman mu tu boleh cover niat jahatmu ke? Tak dapatlah aku outing cari mak we
desis hati Luhan.
Cloud tarik nafas lega kerana dia tidak terjebak dengan
denda. Dia berdiri dan stretching. “Baiklah, mari kita sambung latihan sebelum
peminat-peminat kita keluar dari kandang dia orang.”
Yang lain mengangguk dan hilang
dari taman tersebut dengan sekelip mata
XXX
Di asrama Thunder, bilik 104 dimana Aoi dan Sora menginap.
Aoi beada di meja belajarnya tengah mengemaskini fail-fail pelajar untuk dilaporkan
kepada the Four Lords pada hari jumaat. Manakalah Sora di katilnya sedang makan
twistist melihat gelagat Aoi yang tekun dengan kertas-kertas di mejanya
“….. Macam mana ni?” rungut Violet. “Nak keluar dating pun
tak boleh. Aoi ko dengarkah jugak? Apa ko buat tu?” Violet memanjangkan
lehernya untuk melihat apa yang ada di meja Aoi sampai tidak boleh memandang
kearahnya.
“Stop!” Aku menyuruh Violet supaya tidak melihat kerjanya.
Dia menanggalkan spectacle besarnya dan melihat Violet. “Tentulha aku dengar.
Kalau dia sibuk minggu ni, ko mesti la sabar sebab tidak ada lelaki nak mak we
impatience. Mungkin dia tengah bengang sekarang ni sebab dia tak tahu nak buat
apa. Ko nak pak we kesayangan ko tu giler ke?” Aoi soal sambil mengemas
kertas-kertas tersebut kedalam fail.
“betul tu. Kalau Jun sayang sama ko tentu dia tengah
kecaruan sekarang ni memikirkan masalah kamu dua.” Sora bersuara sambil
mengunyah makanan dalam mulutnya.
Violet menggeleng. “Tapi, Hari sabtu tu ialah ulang tahun
kami yang ke-2.” Kata Violet secara perlahan.
Sora dan Aoi tersentak apabila mendengar kata-kata Violet.
Aoi meletak failnya di menja dan pergi ke arah Violet, begitu juga dengan Sora,
lompat dari katilnya dan berlari arah Violet.“Kenapa tak cakap awal-awal?!”
jerit meraka berdua.
Hish bidak ni, kalau benda cam ni memang penting desis hati
Sora. “Perkara sebegini mesti di raihkan, Aoi!”
Sora memandang kearahku dan aku mengangguk sambil memegang wandku bersedia untuk membual jampi.
“Kita akan tukar kerja pak we ko ke hari yang lain. Ko jangan risau.” Ini lebih
mustahak dari kerja mamat tu desis hati Aoi. Dia menghayun-hayunkan wandnya
sambil membaca satu jampi.
My magic, magic, magic,
My magig, magic, magic.
Omo, omo, omo,
omo, omo, omo,
deringan mobile phone Violet berbunyi dan segera di angkat.
“Hello, babe?”
…..
“Really? Okay!”
Violet memutuskan dial panggilannya dan memegang tanganku
dengan mata yang bersinar-sinar. “Komao chingguya!” Violet memelukku dan Sora
sebelum berlari keluar.
Sora memberi thumbs up kepadaku kerana Berjaya menolong
Violet. Aku melihat wandku dengan penuh kehairanan. Apa da jadi desis hatiku
Sora melihat wajah Aoi yang blur melihat tongkatnya dan sapa
Aoi. “kenapa?”
“Aku belum lagi habis baca
jampi.”
XXX
Aku terbangun dari tidurku kerana mimpi ngeri menghantui
tidur malam ku lagi. Jarum jam menunjuk ke arah empat pagi dan Sora masih tidur
nyenyak di katilnya. Sudah dua miggu aku tak dapat mimpi yang mengejutkan atau
lebih tepat lagi pembayang. Kali ini aku melihat seekor nightwalker, seekor
serigala putih tetapi bersaiz dua kal ganda besarnya dan mempunyai kuasa ice di dalam hutan meraung kesakitan.matanya
seperti baru melihat sesuatu yang luarbiasa dan seutas rantai di lehernya
berbentuk ular kepala dua. Dia bangun dari katilnya dan membuka tingkap biliknya
secara perlahan supaya Sora tidak menyedari pemergiannya. Aoi mengambil semua
fail yang berada di meja dan terbang keluar menggunakan penyapu terbangnya ke
Menare terlarang.
Aoi mendarat di bumbung menara tersebut dan pergi ke meja
kerjanya. Bangunan tersebut ialah bangunan untuk orang yang perting sahaja
seperti, the Four Lords, dan ketua-ketua di sekolah. Aoi ialah pembantu setia
keada the Four lord. Dialah bertanggungjawa atas segalah urusan dengan
ketua-ketua sebelum diserahkan kepada The Four Lords. Walaupun Aoi tidak pernah
berjumpa dengan Lords tersebut, dia tidak pernah ambil tahu tentang mereka.
Dalam perjumpaan ketua-ketuapun the Four Lords tidak sesekali muncul.
Seolah-olah mereka tidak pernah wujud. Walaubagaimanapun, mereka tahu segala-galanya
tentang kejadian yang berada di sekolah dan kejadian di meeting.
Aoi menghidupkan lampu di pejabatnya dan sambung kerjanya
yang tertangguh semasa berperang dengan Sora di bilik. Nasib baik tidak kantoi
oleh waden asramah, Madam Wrisly. Kalau tidak, adalah majik disekat atau kena
denda buat kerja amal atau kedua-duanya, masak wea!
Bersendirian menguruskan segala fail-fail yang diserahkan
oleh ketua-ketua untuk di laporkan kepada The Four Lord. Beberapa fail di
letakkan ke tepi untuk diberi semula kepada ketua-ketua kerana tidak lengkap.
“Kenapalah aku yang dipilih jadi pembantu setia?” Aoi mula
membebel tentang nasibnya yang malang. “Setelah tersandung atas mamat sengal
Alex tu, aku tiba-tiba jadi PS. Macam permainan plusstation pula.” Sambung Aoi.
Suka hati dialah siapa dia nak maki sebab di pejabat itu sajalah tempat dia
meluah segala perasaannya walaupun tiada yang mendengar rungutannya.
“Woi, apasal namaku naik hah?” Soal Alex yang bersandar di
pintu pejabat.
Aoi terkejut melihat Alex masuk ke dalam bangunan tanpa di
tangkap. “How did you…” Aoi hilang kata-kata. rasa malu tambah geram bercampur
aduk di dalam hatinya.
“Bukan susah nak masuk bangunan lama ni.” Kata Alex sambil
menghayunkan wandnya. “Dengan sedikit magik dan Walla! Masuk ke dalam.” Dia
tersenyum manis senyuman yang menggoda para wanita yang melihatnya. Senjata
yang boleh melemah dan melalaikan musuh.
Aoi hanya mengeluarkan nafas mengeluh. ‘Betul-betul malang.
Baru je aku sebut namanya sudah muncul depan mata.’ Desis hati Aoi.
“Apa ko nak?” soal Aoi.
“Aku nak…” Alex memandang ke siling. “Aku nak ko boleh?” dia
soal buat muka tidak bersalah.
E’eleh, macam je hansem sangat mamat sengal ni desis hati
Aoi. Aoi senyum manis kepada Alex membuatkan lelaki itu terkejut. “Boleh. Boleh
bla!” seyumannya lenyap begitu sahaja dan Aoi sambung kerjanya yang tertangguh.
Apa kes jantung ni racing
plak ni desis hati Alex memegang dadanya apabila lihat senyuman perempuan di
hadapannya. Banyak kali ko tengok perempuan senyum, takkan ko race dekat
perempuan skema ni? Agaklah desis hatinya lagi.
“ehem… tak best la ko ni. Ketinggalan zaman betul, no charm at all. Baik aku balik tidur,
lagi bagus.” Alex hilang sekelip mata.
Aoi berhenti dari menulis apabila
terdengar ayat yang amat menyakitkan hati. Aku tak best? Ketinggalan zaman? Dia
rasa marah sangat kerana itu kali pertama lelaki berani mengatakan dia begitu
di depannya(kalau dari belakang dia tak kisah.) “Ko tunggu Alex, kita tengok
siapa lebih bagus.” Katanya tanpa disedari pen di tangannya patah.
Bab 2
Yang lain mengangguk dan hilang
dari taman tersebut dengan sekelip mata
XXX
“Aku belum lagi habis baca
jampi.”
XXX
Aoi berhenti dari menulis apabila
terdengar ayat yang amat menyakitkan hati. Aku tak best? Ketinggalan zaman? Dia
rasa marah sangat kerana itu kali pertama lelaki berani mengatakan dia begitu
di depannya(kalau dari belakang dia tak kisah.) “Ko tunggu Alex, kita tengok
siapa lebih bagus.” Katanya tanpa disedari pen di tangannya patah.
Comments
Post a Comment