The Chosen One: Chapter 13

Bab 13


Aoi sedang berlari anak dalam satu laluan rahsia menuju kesatu tempat. Dia mengambil kesempatan untuk pergi ke salah satu bilik rahsia didalam sekolah mereka semasa rakannya sedang sibuk dengan latihan, hal sekolah dan sebagainya. Dia menutup mukanya dengan robe merah tua kepunyaannya sendiri untuk mengelakkan orang lain melihat wajahnya. plus, ia selamat dari disyaki kerana orang lain mengendah orang yang memakai robe merah tua kerana khabar angin mengatakan dia ialah penunggu sekolah tersebut.

Dia terhenti apabila dia ternampak dua lubang kecil di dinding kiri laluan kecil tersebut. Semantara sudah terhenti di sini, bagus aku intip apa yang dorang buat diluar desis hati Aoi. Dia melihat melalui lubang tersebut dan nampak suasana dewan pertempuran dimana Phoenix dan Elli sedang melakukan latihan. Matanya tertumpu kepada Alex yang sedang tekun berlatih dengan Elli.

Alex kelihatan seperti orang lepaskan marahnya terhadap Elli. Dia menyerang Elli tanpa henti. No mercy. Kasihan Elli yang terpaksa mengelak semua serangan ganas Alex tanpa mendapat peluang untuk menyerang balas.

Aoi tergelak kecil. “Cemburulah tu.” Aoi menjauhkan jaraknya dari lubang tersebut dan sambung perjalanannya ke bilik rahsia.

Luhan yang sedang berlatih dengan Cloud dan Jun berhenti menyerang apabila dia terdengar tapak kaki berlari berdekatan dengannya.

Cloud perasan yang Luhan sedang memandang kearah lain. Cloud juga berpaling kearah mana Luhan sedang perhatikan. Hanya dinding batu yang usang yang banyak retakan diatas permukaannya. “Luhan, apa yang kau perhatikan tu?”

Luhan tersentak dari lamunannya dan segera menggeleng. “Tak da apa-apa.” Luhan mengukirkan senyuman dan mereka kembali berlatih. Aku sumpah aku rasa kehadiran seorang perempuan tadi desis hati Luhan memandang kearah dinding tersebut.

Aoi tercugap-cugap kepenatan sebaik sahaja tiba di pintu masuk bilik tersebut. Dia terus cepatkan langkahnya apabila dia dapat rasakan yang Luhan juga dapat rasakan kehadirannya di padang pertempuran tersebut.

Pintu usang yang diperbuat dari kayu dan dihias cantik dengan besi ukiran flora ditenung lama. Sudah berapa lama Aoi tidak masuk kedalam bilik disebalik pintu tersebut? Oh ya, selepas balik dari mencari barang di Allyway dia tidak pernah lagi ke bilik ini lagi.



Aoi menarik nafas dalam dan mengetuk pintu tersebut.

“Siapa?” terdengar suara serak-serak basah datang dari sebalik pintu.

“Aoi.” Katanya sepatah.

Tiada jawapan diberi tetapi Aoi tetap menunggu dengan sabar. Suatu bunyi tersengar dari sebalik pintu seperti kunci pintu dibuka. “Masuk.” Suara itu memberi izin kepada Aoi untuk masuk.

Aoi menolak pintu tersebut dan masuk kedalam. Robenya ditanggalkan dan digantung. “Afternoon Messe..” Aoi berdiri dipenjuru office table memandang setiap sudut dibilik tersebut. “Dia belum balik lagi ke?”

“Enam hari Tuan Leordo tak pulang kesekolah.” Suara tersebut bergema di ruang kamar tersebut.

Aoi mengeluh mengangguk. “pedap aku dengan orang tua ni. Dia cakap balik dalam masa seminggu.” Dia menghentak kaki kearah rak buku yang terdapat di bilik tersebut dan mencari Buku coklat tersebut jika ia masih dikedudukannya yang telah Aoi sembunyikan. Aoi mula cemas apabila buku tersebut tiada di rak buku. Dia cari lagi sekali jika dia terlepas pandang tetapi tidak. Takkan Pengetua dah jumpa buku tu desis hati Aoi cemas.

Dia baru tersedar sesuatu. Tidak mungkin Pengetua yang ambil kerana Aoi menyelitkan buku tersebut di rak buku bilik pengetua dua hari selepas Pengetua keluar menyelesaikan tugasnya. Ini bermaksud hanya seorang sahaja yang boleh mengambil buku tersebut.“Messe, mana buku tu?”

“Buku? Buku Apa?”

Aoi mengenggam tangannya menunjukkan penumbuk, menahan marah. Dia buat tak tahu lagi desis hati Aoi.

 Dia berputar 90 darjah dari tempatnya dan mendekati leather bag jenis messenger yang sederhana besar di atas meja kecil di barat daya bilik. Ia kelihatan seperti sudah berumur berats tahun kerana warnanya yang mula tidak sekata dan kelihatan usang.



Aoi membuka lidah bag tersebut tetapi tidak Berjaya. Aoi cuba lagi sekali lagi dengan menggunakan sedikit tenaga, malangnya ia tetap tidak dapat dibuka. Dia meniup rambutnya yang jatuh ke muka. Sakit hati dibuatnya. Kau nak main-main dengan aku ye? Baiklah mari kita main desis hati Aoi.

Dia menggulung sleeve bajunya dan merenggangkan otot dibahagian lengannya. “Ambik NI!!” Satu penumbuk melayang kearah bag tersebut.

“ADUH!!” Mata dan mulut muncul diatas bag leather itu dan buat buat. “Kau nak bunuh aku ke?”

Aoi menarik sengih. Puas hatinya menumbuk bag bercakap tersebut. Bercakap jugak kau akhirnya, ye Messe desis hati Aoi. “Woi! Kenapa kau tak nak buka hah?”

Muka bag tersebut berkerut. “Tak kuasa aku nak jawab soalan kau tu.” Mukanya mula menghilang.

Aoi meramas rambutnya. “Aku kira hingga tiga. Kalau kau tak mengaku kau ambil yang ambil. Aku….”

Daremo ga butterfly butta spider (Yeah ah)

Amai kaori to flavor (Oh flavor of flower)
Butterfly butta spider (Yeah ah)
Kokoro madowasu color (Oh color of flower)
Flower …..Hakanaku koi ga
Flower….. Ayashiku saita


Lagu Snsd - Flower Power diphone Aoi berdering menandakan Aoi menerima satu panggilan. Aoi segera keluarkan phonenya dari pocket jaket sekolahnya.

Muka Messe muncul sekali lagi apabila Aoi tidak habiskan ayatnya dan terdengar lagu “Pak we kau ke?”

Aoi memukul Messe menyuruh dia senyap. “Hello?”

“Aoi, kau dimana sekarang?” kedengaran suara hyomin dari lubang phone Aoi.

“Kenapa?” Aoi mengendahkan soalan Hyomin. “Ada yang penting ke?”

“Ya. Ketua Pelajar nak kau ke padang pertempuran melatih beberapa pelajar. Termasuk aku.”

Aoi tergelak kecil. Apa yang Zack tengah plan lagi ni? “Okay. Aku jumpa kau di sana nanti. Bye.”

Aoi memutuskan taliannya dengan Hyomin dan memandang Messe.

“Aku tak suka kau pandang aku cam tu.”

“Kau tak nak buka kan? Takpa. Aku terpaksa bawa kau keluar.” Aoi memakai Messe seperti bag sandang dan mengambil robenya.

“Aku taknak menyamar jadi beg sandang kau!” Messe meronta-ronta cuba lepas dari bahu Aoi.

Aoi mengubah warna robenya dari merah tua ke warna kelabu iaitu warna robe tingkatan 4. Aoi menumbuk Messe yang berada di pinggangnya. “Kau sendiri tak nak mengaku. Itu bermaksud buku tu sama kau.”

 Aoi mengeluarkan tongkat sakti di tangan kirinya dan mengetuk Messe dengan tongkat tersebut. “Bagus juga kau pegang benda tu. Senang kerjaku nak menapuk. Pandai-pandailah kau guna hela kau untuk sembunyi buku tu dari dijumpa oleh orang lain selain aku okay?”

Messe mencebik. “Aku tak dengar arahan dari budak yang tak penting.”

Aoi tergelak kecil. Yalah tu desis hati Aoi. Dia menghayunkan wandnya sambil membaca jampi teleport dan dia muncul didalam padang pertempuran. Dia nampak sekeliling hanya Phoenix dan Elli yang sedang tekun berlatih hingga tak sedar kehadiranya. Aoi tak kisah, malah dia gembira melihat mereka berlima serius tentang petarungan akan datang. Mata Aoi tertarik dengan seseorang yang berada di tempat duduk penonton barisan hadapan. Aoi menggeleng kepala melihat perempuan itu yang tekun memerhatikan salah seorang dari mereka berlima.

Aoi memetik jarinya dan muncul disebelah Hyomin. “Best ker jadi stalker?”

Hyomin tersentak dan berpaling kearah Aoi. Mukanya merah, malu kerana Aoi menegurnya. Hyomin terus alihkan pandangannya dari Aoi. “Takda lah. Aku observing cam mana nak berlawan je.”

Aoi ketawa mendengar alasan Hyomin yang tak munasaba. “Nak buat apa kau perhatikan cara Lords bertarung? Kau sendiri takda natural power.” Aoi beralih pandangan kearah lima lelaki yang sedang berlawan. “kau asyik memandang Elli je. Kau shok kat dia yea?” Aoi menjungkit kening tiga kali.

Hyomin memukul beg sandang yang ada di pinggang Aoi. “Shh!! Nanti dia dengar…” kata Hyomin seolah-olah berbisik.

Aduh! Tak guna minah ni pukul muka aku desis hati Messe yang terpaksa berdiam diri supaya kewujudannya tidak diketahui.

Aoi ketawa besar mendengar rungutan hati Messe. Ditambah pula Hyomin shok kat Elli, pecah perut dibuatnya.

Hyomin pedap dengan Aoi yang ketawakan dia. Mukanya merah kalah merah sebiji epal. Rasa nak mati disebabkan malupun ada. "SENIOR!!!"

Aoi menahan gelaknya apabila dia perasan muka hyomin merah hingga keluar asap dari telinga. “Sorry-sorry. Aku bukan nak ketawakan kau. Cuma…. Kalau abang kau tahu, nahaslah kau kena ceramah.”

Hyomin mencebik. “Tak mungkin Elli suka aku. Senior sendiri tahu yang hyomin ni tak pandai cam Senior. Elli lebih pandai sampai boleh lompat kelas plak tu. Tak selefel lah ngan aku.”

Aoi memeluk bahu Hyomin memberi semangat kepada perempuan yang setahun muda darinya. “Belum try belum tahu. Kita suka kat orang bukan dari paras rupa atau pangkat tapi, dari hati.”

Aoi bangun dari tempat duduk tersebut dan menarik Hyomin ke tengah padang tanpa mengganggu lima lelaki tersebut berlatih.

“Kau kata kita akan berlatihkan?” Aoi bercekak pinggang. “Daripada aku sakat kau hingga kau koma nak mampus, lebih bagus kita berlatih sambil tunggu yang lain.”

Hyomin hanya mengangguk. Lega giler si hyomin kerana Aoi tak sakat dia lagi. Dia keluarkan tongkat saktinya dan sedia untuk berlawan.

“Wah, wah… semangat nampak.” Aoi mengangkat kening double jerk. “Nak sangat sakit ke?” Aoi menanggalkan beg sandangnya dan lempar ketepi. Aoi tergelak kecil sambil menyeru wandnya  mendengar Messe merungut kesakitan dalam hati.

Hyomin menelan air liur dan buat posisi bersedia. Dia takut melihat Aoi ketawa kecil semasa mengeluarkan wandnya. Aoi seorang ahli sihir yang kuat dalam segi academic dan juga aktiviti luar. Memang patut digeruni oleh ahli sihir yang tidak seberapa seperti Hyomin.

“Apa lagi, mulalah.” Aoi memberi peluang kepada Hyomin untuk menyerang dahulu.

Hyomin mengangguk dan menghalakan wandnya kearah Aoi. Jampi Lightning dipilih untuk menyerang Aoi.

Aoi membaca jampi dan muncul shield melindunginya dari serangan Hyomin. Dia tertolak kebelakang sedikit kerana menahan serangan Hyomin. Tanpa membuang waktu, Aoi menyebut earth spell dan menghalakan wandnya kearah Hyomin.

Tanah dimana hyomin pijak bergegar membuat dia cemas. Dengan segera daia melompat kebelakang. Semasa di ingin mendarat. Aoi memnyebut lagi earth spell tersebut membuat lubang dimana hyomin akan mendarat. Terbeliak mata Hyomin memandang lubang dibawahnya.

Luhan mengesan perasaan seseorang yang cemas berdekatan dengannya terus berpaling kearah Hyomin dan Aoi berlatih. Luhan menangangkat tangannya memberi signal kepada rakannya yang lain untuk berhenti berlatih dan memandang kearah Aoi san Hyomin. Mereka terus tumpukan kepada perlawanan dua perempuan ini.

"Wah, Hyomin nampak serius sangat lawan dengan Aoi. Kau rasa siapa menang?" Cloud menyiku perut Jun.

"Tentu Aoi." 

Aoi tersenyum dapat memerangkap Hyomin. Hyomin segera menyebut spell teleport dan Hyomin selamat dari jatuh ke dalam lubang tersebut. Dia menghalakan wandnya kearah Aoi dan menyebut satu spell yang menyerang Aoi dengan beberapa bebola api. Aoi segera mengelak dengan melawan balik menggunakan spell yang timbulkan segumpal air yang sama saiz bebola api Hyomin dari bawah tanah menghala kearah bebolah api dan melindungi Aoi dari terkena serangan. Lebihannya pula menjadi penyerang. Segumpalan air itu bertukar menjadi ais sebaik sahaja Aoi menyahut perubahan spell iaitu dari liquid ke solid.

Hyomin bertindak dengan mengheret wandnya ditanah sambil menyebut spell tanah pendinding. Sebuah letupan berlaku membuat Hyomin terlempar dari kedudukannya. Wand digenggamannya juga terlepas jauh dari tempat dia terjatuh.

“Woah! Awesome!” Luhan memberi tepukan kepada perlawanan mereka.

“hebat juga Hyomin ni.” Jun memuji kekuatan magic Hyomin dapan menyerang balas magic Aoi.

“Dia sepatutnya melawan dengan Api untuk hapuskan serangan Aoi.” Cloud mula memberi komen dengan serangan Hyomin. "Nampaknya budak tu masih lemah dalam merancang strategic."

Alex tersenyum bangga. siapa tak happy awek sendiri menang dalam pertempuran kan? kan?

“Nampaknya kemenangan Aoi yang ambil.” Kata Elli memandang Aoi yang masih berdiri tegak.

Aoi tersenyum melihat Hyomin diatas tanah melihat kearahnya ketakuatan. Aoi mengambil wand Hyomin hanya dengan mendepakan tangannya kearah tongkat tersebut dan menyerunya untuk datang.

Hyomin terkejut yang Aoi boleh berbuat seperti itu. Aku dah kalah desis hati Hyomin.

Aoi tergelak kecil dan melontar wand Hyomin kearahnya. “Nah, kau perlukannya.”

Hyomin menyambutnya dan berdiri. Dia bersihkan bajunya dan berlari kearah Aoi. “Senior, ajar aku seru tongkat dari jauh cam tadi tu, boleh?”

Aoi mengusap rambut Hyomin dan tersenyum. “No problem.”

Serangan bebola ais darang menghala kearah Aoi dan Hyomin. Lima lelaki itu sendiri terkejut melihat serangan tersebut. Aoi segera bergerak di hadapan Hyomin melindunginya dan menyebut spell pendinding api melenyapkan bebola ais tersebut. Wap terhasil disekelilingi mereka berdua membuat mereka tidak dapat melihat sekeliling.

Phoenix dan Elli menjadi cemas apabila wap yang menyelubungi Aoi dan Hyomin. Mereka ingin bertindak tetapi Luhan menghalang mereka dengan spell mengeraskan pergerakan mereka. Luhan tersenyum sinis. “Siapa yang menang ya?”

Aoi dan Hyomin backing up. Mereka bergabung bersama melihat sekeliling yang dipenuhi dengan wap. Serangan  twisted fire datang dari tiga hala keluar dari wap tersebut. Aoi dan Hyomin segera membaca spell double protection dengan gabungan dua magic membentuk shield yang tidak dapat ditambusi.

Aoi dan hyomin ber’high five kerana dapat mengelak serangan tersebut. Tetapi kemanagan belum berpihak kepada mereka lagi. Mereka harus berjaga-jaga dengan serangan seterusnya. Hyomin dapat mendengar sesuatu di bahagian baratnya dan tanpa teragak-agak dia menyerang dengan spell lightning bolt.

“AHH!” jeritan seorang perempuan kedengaran menandakan hyomin kena tepat pada targetnya.

“Nice.” Aoi memuji kejayaan Hyomin. “Aku tak suka wap ni…. Jom hilangkan dan berdepan dengan minah-minah pengecut ni. Cover me.” Hyomin mengangguk tanda faham.

Aoi memejamkan mata dan mendepakan tangannya keudara. Mulutnya berkumat kamit mambaca satu jampi angin. Hyomin pula cuba memberi Aoi sedikit masa dengan melindunginya dari serangan.

Senyap. Tiada satu bunyi disekelilingnya. Dia terdengar bunyi datang dari dua hala tapi tidak kelihatan. Hyomin mengheret wandnya sekali lagi membaca spell yang membuat benteng yang diperbuat dari akar pokok disekeliling mereka.  akar tersebut menjadi layu dan tidak berdaya apabila terkena serangan tersebut.
Hyomin tersenyum sinis. “Silent roar rupanya.”

Mata Aoi terbuka dan wap disekelilingnya ditiup pergi dengan sekelip mata. Kelihatan semua disekeliling mereka.

“Vee!” Jun terkejut melihat Violet cedera di tangan kerana terkena serangan Hyomin.

“Mereka bertiga rupanya yang buat serangan tu.” Luhan akhirnya dapat melihat rupa sebenar kehadiran tiga perempuan yang dia rasakan tadi.

Vee memegang lengannya yang cedera, Menahan sakit yang amat. "Cheh, jahanam kau Hyomin. aku pandang rendah tentang kau."

Aoi menarik sengih melihat Sora, Violet dan adiknya sendiri Aily menyerang mereka. Ini pasti seronok desis hati Aoi. “Sedia Hyomin?”

Hyomin menjeling ketiga lawannya. “Sedia.”

mereka berlima mula berlawan dengan sekuat tenaga mereka. Dua lawan tiga. Ketua sekolah versus Pelajar. Siapakah yang akan menang?

Nigthwalker berada disisi Messe yang mengandar didinding batu menonton perlawanan sengit.

“Kau rasa…  who the last girl standing?” Soal Messe kepada Nightwalker seolah-olah berbisik.

“Bark!” Mata nightwalker tertumpu dengan tuannya yang sedang seronok berlawan. Tetapi yang lain serius.

Messe mengeluh. “Aku dah agak kau akan sokong tuan kau.”

Aily ganas menguasai badan. confirm susah nak jatuhkan dia desis hati Aoi. Dia membaca spell clon untuk mengalihkan perhatian Aily. Aily masuk dalam perangkap Aoi dan berlawan dengan clon Aoi. Itu boleh lah, buat seketika desis hati Aoi. dia tahu Aily ganas tidak akan tertipu dengan clon itu dengan muda. Tak lama lagi dia sedar lah tu.

Aoi dan Hyomin mula menyerang Sora dan Violet. Violet dan Sora bergabung tenaga dengan menyatakan spell mereka dengan serentak. Dragon wind diseru dengan wand mereka menyerang Aoi dan Hyomin.

Hyomin dan Aoi juga bergabung menyeru Phoenix bird. Burung api dan naga angin betembung membentuk satu letupan besar membuat mereka berempat terlempar jauh.

Aily perasan yang clon Aoi mula menghilang dan mengetap bibir. “Tak Guna!” Dia rasa tertipu kerana muslihat Aoi mengalih perhatiannya dari perlawanan dua lawan dua.

Sora, Violet dan Hyomin tidak dapat berdiri lagi kerana magic mereka sudah sampai hadnya.

 Aoi masih dapat bertahan tetapi tangan kakinya luka menyebabkan dia berjalan pincang berputar kearah Aily. Darah didalam mulut diludah. Aily yang last desis hati Aoi.

Cloud, Jun dan Elli segera menyelamatkan yang tercedera keluar dari medan pertempuran.

Mereka diletakkan ditempat yang selamat dan dirawat oleh Jun dan Alex. Sekarang pertempuran sahabat berubah menjadi perlawanan antara adik dan kakak.

“Aoi lebih kuat dari yang kita sangkakan.” Jun merawat Violet yang cedera.

“Dengan luka di kakinya, kita tak tahu kalau dia bertahan.” Alex menyentuh luka Hyomin dan merawatnya “Tahan.”

“OUCH!!! Panas! Panas!” Hyomin menjerit kesakitan yang rasa lengannya seperti dipanggang.

“Luhan kau rasa siapa yang menang?” Soal Cloud tanpa mengalihkan pandangannya dari perlawanan yang hebat itu.

Luhan menggeleng tidak tahu siapa yang akan menang. Dia terus memerhatikan Aily yang menyerang kakaknya dengan penuh semangat. "Adakah aku buta atau Aily nampak ganas?" Luhan tersedar perubahan watak Aily yang sedang rancak berlawan dengan kakaknya. Aily ke tu desis hati Luhan.

Jun beralih pandangan ke perlawanan tersebut. Dia juga rasakan yang Aily menjadi ganas tidak takut dan tidak memberi belas kasihan terhadap Aoi. apa dah berlaku ni? Desis hati Jun.

Dua beradik yang rancak berlawan terhenti apabila Aoi ketawa mendengar kata hati Jun dan Luhan.
Dahi Aily berkerut. Tidak faham kenapa kakaknya tiba-tiba ketawa asalkan tadi bukan main serius nak kalahkan dia.

Aoi menahan gelaknya apabile muka Aily penuh dengan tanda soal. “Aily, bagus kita stop sekarang.”

Aily memegang erat tongkat saktinya. “Kenapa? Ini hela Kak Aoi lagi ke?”

Aoi menggeleng kepala dan menunding kearah Luhan dan lain-lain. “Dorang perasan character changing kau.” Aoi menjungkit kening. “Apa jadi kalau mamat pujaan kau tahu ye?”

Aily memandang kearah Luhan yang sedang memerhatikan dia dari tadi. Personality Aily berubah serta-merta menjadi Aily pemalu. Wand ditangan dilenyapkan dan berlari kebelakang Aoi kerana malu yang amat terhadap Luhan.

Aoi berputar kearah Aily dan tersenyum nakal. Terdetik dalam hatinya ingin mengusik adik kesayangannya. “Matilah kau Aily. Luhan dah tahu dah…”

Aily mula terasa takut dan matanya berkaca. Takut Luhan tidak akan menerima personalitynya yang kedua. “Kak Aoi… tolong….”

Aoi tertawa kecil. Cengeng juga adik ku satu ni desis hati Aoi. Dia mengusap kepala Aily cuba menenangkan hati Aily. “Tak lah. Kakak yakin Luhan terima kau seadanya.”

Aoi bersiul memanggil Nightwalker memberi signal membawa beg tersebut sekali. Nightwalker segera menggigit tali beg dan mengheret Messe kearah Aoi.

Aoi tertawa meilhat Messe diseksa oleh Nightwalker. Messe terpaksa tahan seksa kerana menyembunyikan kewujudannya seperti Aoi mahukan. Ikutkan hati nak aku libas punggung haiwan ni biar serik dia desis hati Messe menyumpah serana Nightwalker.

Aoi mengambil Messe dari Nightwalker dan meletakkan Nightwalker di kepalanya seperti selalu. “Beg ni tak rosak walaupun diheret? Beg tua yang kuat.” Sempat dia mengejek Messe beg tua. Aily hairan kenapa Aoi tersenyum memukul beg di pinggangnya beberapa kali.

Aily memegang tangan Aoi dengan erat. “Jom bersama dorang.” Aily tersipu malu menjeling kearah Luhan.
Aoi mengangguk.

Mereke berjalan kearah yang lain dengan Aily menolong Aoi untuk berjalan. Terpincang-pincang budak tu berjalan menahan sakit dikakinya. Aoi duduk ditepi Hyomin yang penat dari berlawan.

Mereka berdua ber’high five kerana menang dalam perlawanan mereka. Yang lain hanya ketawa melihat mereka berdua gembira kerana kemenangan berada dipihak mereka.

“Hebatnya Senior! Aily boleh undur diri tiba-tiba.” Hyomin memberi thumbs up kepadaa Aoi.

Aoi membalas balik. “Tak susah pun.” Dia memandang kearah Aily dan Luhan yang sedang berbincang tentang personality kedua Aily. “lagipun, ia untuk kebaikan Aily juga.” Aoi tersenyum melihat Aily ganas mengambil tempat dihadapan Luhan.

Alex mendekati Aoi dan meluku kepalanya. “Kalau ya pun. Jangan sampai cedera buat risau orang je.” Alex tunduk dihadapan Aoi dan memegang kaki Aoi yang sakit.

Aoi menelan air liurnya. Dia tahu Ales mahu menyembuhkan lukanya tetapi, Panas giler wo! Tak sanggup nak laluinya lagi sekali.

“Ini hukuman Aoi kerana pernah peluk si Elli sengal tu.” Kata Alex seolah-olah berbisik matanya merenung kearah Aoi dengan wajah yang marah. Tangannya mula mengeluarkan cahaya warna merah merawat kaki Aoi.

Cam mana dia tahu? Desis hati Aoi risau. “Aduh! Panas, Panas!!”

Comments

Popular Posts