The Chosen One: Chapter 14
Bab 14
Aoi berada dipejabatnya sedang bersendirian merenung kearah
Messe yang berdiam diri dimejanya. Messe masih berkeras untuk menyembunyikan
buku tersebut dari Aoi walaupun Aoi sudah memujuknya dan memberi offer yang
lumayan kepada Messe tetapi semuanya ditolek mentah-mentah.
Messe menjeling kearah Aoi yang memandangnya dengan wajah
yang risau. “Kau buat muka kesianpun aku takkan buka.”
Aoi mengeluh dan bersandar di kerusinya. Memandang ke siling
bilik yang bertemakan putih telur disertakan kipas siling coklat yang berukiran
flora.
“Kau mengeluh apahal?” Messe menjelmakan wajahnya dan
memandang Aoi yang merenung siling bilik. “Kau patut berterima kasih aku tak
kasih keluar buku ni.”
“Aku tahu. Yang aku risaukan ialah si Aily dan Luhan tu. mereka
dua dah bercouple, lovey-dovey pula tu.”
“jadi? Kenapa kau mengeluh hah?”
“Baguslah begitu. Kalau aku takda, ada Luhan boleh jaga Aily
untukku.” Aoi duduk ke posisi asalnya dan memandang ke frame-frame gambar yang
terdapat didinding biliknya yang bersebelahan dengan rak fail laporan sekolah.
Gambar dia dan rakan-rakannya semasa di party anniversary Violet dan Jun di
Rosette Club, Gambar perasmian Aoi sebagai Penolong setia The Four Lords
bersama semua ketua memakai jaket formal, gambar guru-guru kesayangannya
termasuk pengetua sekolah. Sekarang ada juga gambar baru iaitu gambarnya dengan
Elli. Dia tersenyum sendiri melihat frame tersebut. Dia beralih pula ke frame
gamber yang terletak di penjuru mejanya. Gambar adiknya Aily dan gambarnya
bersama Alex.
Dia mengambil gambarnya bersama Alex dan merenungnya dengan
lama. Banyak kenangan manis bersama insan yang tersayang ini. Saat manis, pahit
dikongsi bersama. Pertengkaran setiap hari mengeratkan lagi hubungan mereka.
Aoi meraba cincin dijari kanannya. Hadiah Alex yang pertama dan rantai untuk
melindunginya dari bahaya. Ini semua tidak akan terjadi jika dia tidak
tersandung diatas Alex masa awal tahun persekolahan. Terima kasih kepada Sora
yang membuat dia tersandung. Aoi tertawa kecil tetapi matanya mula berkaca dan
hatinya rasa sangat sakit sekali
Messe memandang wajah Aoi. “Kau dah dapat mimpi tu?” dia
menyoal Aoi tanpa memandang tepat kearahnya. Dia sendiri rasa berat hati untuk
menanyakan soalan itu tetapi dia harus tahu.
Aoi mengangguk perlahan, air mata yang mengalir turun ke
pipi sambil memandang tepat kewajah Alex, insana yang disayangi. Dia mengelap
Air matanya dan memandang Messe dengan senyuman tawar. “Aku dah sedia nak beri
badan ni ke Permaisuri Biru.”
Messe hanya mengeluh kecil. Dia dapat tahu yang Aoi belum
bersedia untuk memberikan badannya ke Permaisuri Biru. “Hanya satu sahaja yang
aku boleh beri tahu kau. Ada sesuatu yang lebih berkuasa dari spells dan cures
iaitu….”
Pintu dibuka tanpa diketuk. Senior Kai berarak kearah Aoi
dan menghentam meja dengan wajah yang serius memandang wajah Aoi. “Apa
maksudnya kau menjadi korban?!”
Aoi mulanya terkejut kerana Kai masuk dengan wajah yang
menggerunkan dan akhirnya dia tersenyum memandang Junki.
“Kenapa kau masih tersenyum? Tolong buat urgent meeting
sekarang juga!” Junki menaikkan suara volume 3. “Kita kena beritahu yang lain
tentang ni! Aku akan inform yang lain yang kita akan buat meeting ni sekarang.”
Kai mengeluarkan telefonnya dan SMS semua orang yang terlibat.
Aoi segera berdiri dari kerusinya dan bergerak kesisi Kai
memegang tangan Kai yang sedang rancak menekan butang-butang di phonenya. Kai berhenti
dari menaip dan memandang wajah Aoi yang tersenyum tetapi dia dapat lihat dari
mata Aoi yang dia sedang bersedih.
“Maaf senior tetapi tolong rahsiakan benda ni dari yang
lain.” Tangan Aoi menggeletar dan suaranya serak menandakan dia menahan
tangisannya.
Kai terkejut mendangar apa yang Aoi katakana sebentar tadi.
“Kau dah gila ke!” Junki naik berang dengan perangai Aoi. “Kau tak payah
berlagak kuat untuk menghadapinya sendiri! Kami tahu yang kau kuat dan
merancang sesuatu yang luar jangkaan kami tetapi hal ini kau tidak boleh
menanggungnya sendiri!” suaranya naik ke volume Lima. Dia memandang Aoi yang
hanya berdiam diri memandang dia dengan wajah yang sayu. Kai memeluk Aoi dengan
erat seperti dia tidak mahu lepaskan perempuan dihadapannya itu. “Kau tahu tak betapa aku sayangkan kau selama
ini? Aku berusaha untuk memendam hati yang amat sakit ni dari kau apabila aku
tahu kau bersama Alex. Apabila aku mendapat tahu yang Pengganti Permaisuri
Biru, aku tak tahu apa nak buat dan segera ke sini untuk kepastian. Kenapa
semua ni kau kena tanggung sendiri? Kenapa kau yang terpaksa pergi?”
kedengaran suara tangisan kecil dari telinga Aoi. Dia hanya
berdiam diri kerana tidak tahu nak respon. Dia tidak tahu yang Senior Kai yang
selalu dingin terhadap semua orang juga menyimpan perasaan terhadapnya. “Senior… tolong aku kali ni. Tolong rahsiakan perkara ni dari yang lain.”
Kai memandang wajah Aoi yang tersenyum tawar. “Sampai bila kau
nak buat senyuman palsu tu? Kau tahu itu hanya buat kau lebih terluka.”
Aoi menggeleng. Dia menafikan ayat terakhir Kai dan
mengenggam erat tangan Kai. “Aku ingin pergi dengan senyuman bukan dengan
kesedihan. Dalam masa-masa terakhir ini, aku nak tempuhinya bersama kamu semua
dengan senyuman.” Aoi mengambil phone dari tangan Kai, dia menekan butang merah
dan memasukkan kedalam poket dada jaket sekolah Kai. “Kadang kala, ada
sesetengah perkara tidak patut disebut. Mungkin ia lebih elok dirahsiakan buat selamanya.
Tetapi, setiap rahsia yang tersimpan rapi akan dibongkar jua dengan semula
jadinya. Jadi, biarlah rahsia ini terbongkar apabila masanya telah tiba.” Aoi
tersenyum kearah Kai meminta sedikit kepercayaan dari Kai. Dia mengambil Messe
dari mejanya dan beredar keluar meninggalkan Kai sendiri didalam pejabatnya.
Aoi teruskan berjalan dalam laluan tersebut sambil memandang
kebawah. Rasa bersalah terhadap Kai kerana merahsiakan hal tersebut darinya.
“Kau rasa dia akan rahsiakan ke?” Soal Messe memandang pintu
pejabat Aoi yang semakin jauh dari mereka.
Aoi menggeleng tanda tidak tahu. Dia takut yang Kai akan
bongkarkan hal tersebut dan memberi pukulan yang kuat kearah mereka. perkara ini
juga akan membuat dia rasa lebih berat hati untuk tinggalkan mereka. “Mungkin
lebih baik aku tak tersandung atas Alex….”
XXX
Dark melepaskan geramnya dengan menjerit sekuat hati apabila
mendengar berita yang buruk dari Angelica. “Arrrggghh! Tak guna punya budak!
Habis rosak semua rancangan aku!!!”
Angelica hanya berdiam takut untuk bersuara kerana tiada
orang berani berhadapan dengan Dark yang menakutkan apabila dia marah.
Dark memandang matahari yang sedang terbenam dari muka bumi.
Sedang berfikir bagaimana perempuan biasa boleh kalahkan sumpahan Angelica. “Pasti
dia juga yang bertanggungjawab keatas benteng tu. memang tak syak lagi!”
Angelica hanya memandang Dark bercakap sendirian memikirkan
tentang Aoi. Dia juga hairan bagaimana perempuan seperti dia dapat kalahkan
mereka dengan mudah. Mereka berdua ialah immortal sorcerer yang tidak akan
mengalami penuaan selagi tuan mereka masih bernafas.
“Kita tiada masa untuk menghancurkan buku tersebut terima
kasih kepada budak jahanam tu. Angelica, kau pasti mereka belum jumpa buku tu?”
Dark menjeling kearah Angelica. Dia dapat berita yang Elli juga belum menemui
buku tersebut, juga bermaksud sekolah tersebut juga tidak dapat menemuinya.
Angelica mengangguk. “Walaupun Elli telah sedar dari
sumpahanku, aku pasti yang Elli juga tidak menemui buku tersebut. Kerana,
perempuan yang berlawan denganku ialah Penolong Setia the Four Lord yang
berkuasa dan mengetahui dalam semua hal. Elli rapatkan diri dengan perempuan
itu untuk mendapatkan maklumat tetapi tidak membuahkan hasil.”
Dark mengangguk tanda faham. “Bermaksud, buku itu tidak akan
ditemui sampai bila-bila. Bagus.” Dark ketawa berdekah-dekah mrita yang
mendengar berita yang sangat memuaskan hatinya. “Baik kita bergerak ke The
Acursed mountain dengan segera sebelum masanya tiba.”
“Acursed Mountain? Bukannya tempat tu tempat keramat ke?”
Dark tersenyum sinis. “Kalau kau mahu tahu… disanalah kita
akan bangkitkan Lord Black dari tidurnya.” Dark bergerak mendahului Angelica
dan Angelica hanya mengekorinya tanpa banyak menyoal.
XXX
Hyomin berada di dalam Library sedang mencari maklumat
tentang Kelemahan bayangan hitam selain dari cahaya. Suasana di perpustakaan
sangat sunyi hanya bunyi Jam berdetik sahaya kedengaran, suara orang berbisik
juga tidak bergema diruang library kerana, para pelajar sedang sibuk berlatih
untuk membantu mereka mempertahankan sekolah mereka. perpustakaan sememangnya
sunyi sejak dua tiga hari ni. Hanya Hyomin dan Miss Wresly berada di situ.
Matanya kusyuk membaca setiap baris yang tertulis dalam buku
tersebut mencari cara ataupun clue tentang bayangan hitam itu. Dia sebagai
R.C.M.C seharusnya mengetahui tentang bayangan hitam ini.
Apa sebenarnya bayangan hitam ni? Apa yang sebenarnya dia
cari? Buku tu? atau mangsa baru? Banyak persoalan bermain diminda gadis muda
ini. Setiap soalannya tidak terdapat dalam beberapa buku yang related dengan
kajiannya.
Buku ditangannya ditarik dari atas membuat Hyomin hairan
tangan lelaki mana yang berani mengganggunya. Bukan abang desis hati Hyomin
melihat tangan jejaka yang menarik bukunya berlainan dari pergelangan tangan
Jeff. Dia mendongak keatas dan terkejut melihat Elli membaca buku yang dia
sedang kaji.
“Kau rasa bayangan hitam ni cam mana?” Elli bergerak duduk
disebelah Hyomin tanpa melepaskan pandangannya dari buku tersebut.
Apa dia buat kat sini? Desis hati Hyomin. Jantungnya berdegup
kencang apabila jejaka idamannya tiba-tiba berada disisinya. Ini sangat
janggal, selalunya Elli hanya melekat dengan Aoi. kalau tak pun dengan Phoenix
untuk berlatih. “Err… Bayangan hitam ni…. Well…..” HELP!!! Lidah aku dah freeze
desis hati Hyomin.
Elli beralih pandangan kearah Hyomin kerana kegagapannya.
“Well?”
Muka Hyomin merah malu apabila Elli memandang dia tepat
kewajahnya. Bertahan Hyomin! Inilah masa kau untuk bersama dengan Elli. Bukan
selalu kau dapat perhatian Elli desis hati Hyomin menguatkan semangatnya untuk
bersuara. “Dalam theory aku, bayangan hitam boleh dikatakan benda yang bergerak
bebas kemana sahaja mereka mau dengan satu tujuan iaitu mencari hati hitam.
Tapi, kebanyakannya menghala ke sekolah kita. Persoalannya kenapa? Aku juga
fikir yang mereka juga mendapat ‘misi sampingan’ dari tuan mereka.” Hyomin mula
mencari sehelai kertas yang berselerak di atas meja. “Ni dia…” Dia terus
hulurkan kertas tersebut kepada Elli. “mungkin the Creator kepada Bayangan
hitam ni memberi arahan kepada mereka untuk menghancurkan sekolah kita
disertakan dengan mencari buku tersebut. Lebih banyak lebih senang untuk
mencarinya betul?”
Elli mengangguk tanda setuju. “Boleh tahan juga kau ni.”
Elli tersenyum manis memujinya membuat Hyomin tersipu malu. “tak sangka kau
dapat fikirkan semua ni. Jadi, ada cara lain ke nak haling mereka dari
menghancurkan sekolah kita?”
Hyomin menggeleng, mukanya mula berubah menjadi sedih
apabila misi yang diamanahkan oleh Aoi kepadanya belum selesai lagi. “Kau rasa
Senior akan marah tak? Dia selalu Tanya tentang perkara ni tetapi aku selalu
gagal untuk mencari jalan penyelesaiannya.”
Elli menepuk bahu Hyomin dengan perlahan memberi semangat
kepadanya. “Jangan risau, I’m sure yu can do it!”
Hyomin tergamam melihat senyuman Elli yang dahulunya susah
untuk diberi. Elli hanya tersenyum dengan Aoi sahaja dan bersikap dingin dengan
ketua yang lain. Senyuman yang jarang dia lihat akhirnya berada didepan
matanya.
Hyomin mengangguk dan terus menyambung kerjanya tanpa
memberi sebarang respon kepada Elli. Dia cuba menyembunyikan rasa gembiranya
tentang kemesraan Elli terhadapnya dengan membaca mana-mana buku yang
dicapainya dahulu.
Elli tertawa kecil melihat telatah Hyomin yang kelam-kabut.
Kenapa aku tak perasan yang si hyomin ni sememangnya comel? Desis hati Elli
terus memandang hyomin dengan senyuman yang terukir dibibirnya.
XXX
Suasana didalam kelas 4 Storm amat senyap kerana pelajarnya
yang ketakutan dengan bayangan hitam diluar benteng sekolah sedang menunggu
untuk membaham hati hitam mereka.
Jess sedang menggigit kuku memikirkan nasibnya yang akan
berlaku jika benteng tersebut terbatal. “Ayu, kau rasa kita akan selamat ke
tinggal di sekolah ni?”
Ayumi menggeleng. “Aku pun tak tahu. Aku rasa sekolah kita
ialah tempat yang paling selamat di Xanvera city ni.”
“lagipun, 10 ketua sekolah sekali dengan the Lords ada
bersama kita untuk melindungi kita kan? Jadi, kita tentu akan survive nanti.”
Sambung Lya cuba menyedapkan hati masing-masing.
Sora berada di tempat duduknya seperti selalu bersendirian
bersama Nightwalker. Jadi babysitter lagilah tu.Dia mengusap badan Nightwalker
dengan perlahan cuba tidak membangunkan haiwan tersebut dari tidurnya.
Sora mengeluh panjang memikirkan hari persekolahannya yang
membosankan sejak dua tiga hari ini kerana rakan karibnya tidak masuk ke kelas.
Satu sibuk dengan urusan sekolah, satu lagi sedang berlatih dengan The Four
Lords(?) dan yang satu lagi berlainan kelas.
Sudahlah tidak banyak guru yang masuk kelas, bersendirian
pulak tu. pastu, ditambah pula jaga Nightwalker? Memang nasib aku malang. Tapi,
okay juga guru sejarah tak masuk desis hati Sora.
Bunyi ringtone dari phone Sora diangkat dengan segera.
Terukir senyuman di bibir apabila membaca text tersebut.
FROM: My Love
Do you miss me? I
know you do…
Cloud tertawa kecil membaca balasan Sora. Ada-ada jak dia ni
desis hati Cloud
FROM: my partner in
heaven
Weck! :P kalau dah
tahu kenapa Tanya?? Bila Korank nak masuk kelas hah?? I’m lonely dengan Night
;’(
Sora mendapat SMS dari Cloud dan tersenyum gembira.
From: My Love
Kami enter kelas masa ketiga. Wait for me okay?
Cloud membaca text balasan Sora dan menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
FROM: my partner in heaven
Aoi datang sekali tak? Dah berapa hari aku tak nampak batang hidung
pompuan tu….
“Alex, Aoi kat mana
hah?”
Alex yang baru sahaja pakai uniform sekolah menoleh kearah
Cloud. “Dia cakap dia di pejabat. Ada urusan.”
FROM: My Love
Entah… pak we dia sendiri pun tak tahu…
Sora mengeluh kecil. Dia tak masuk kelas lagi lah tu desis
hati Sora. Selepas membalas SMS Cloud, dia sambung mengusap badan Nightwalker.
Dia hairan kenapa Nightwalker jarang bersama Aoi sejak
kebelakangan ni, ia kelihatan seperti Night menghindarinya dengan bersama Sora
atau Aily.
Sora teringat sesuatu semasa mereka membuat circle runes
untuk melindungi sekolah.Suara Aoi time tu sangat lain dari yang biasa, seperti
suara seorang wanita matang. Time tu juga Nightwalker lari bersembunyi
dibelakangnya. Selepas kejadian tu, Night selalu menjauhkan diri dari Aoi.
“Night, mungkinkah kau juga takut Aoi akan pergi? Atau kau
takut dengan Tuan pertama engkau?”
Nightwalker hanya berdiam diri. Tiada respon dari serigala
kecil itu walaupun sedikit.
Sora rasa seperti orang bodoh. Aku tak patut Tanya haiwan
yang tidak boleh bercakap desis hati Sora.
“Bark!” nightwalker akhirnya memberi respon. Dia mula
bergerak cuba memberi signal kepada Sora untuk membuka buku latihannya dengan
mencakar buku tersebut.
“Kau nak buat apa?” Sora ikut apa yang Night inginkan. “Kau
nak jawab soalan ku ke? Cam mana?” Sora tertawa kecil memikirkan haiwan tidak
bole menulis. Dia terus terdiam apabil dia dapat Idea. “Mungkin boleh.” Sora
menyebut satu spell dan sebotol dakwat merah muncul diatas mejanya. Sora
membukakan tutup botol tersebut. “Kau boleh tak tulis pakai ekor kau? Kaukan sama
giler cam Aoi, mesti kau boleh buat kan?” sempat lagi Sora memberi persamaan
antara Aoi dan Nightwalker.
Nightwalker mencelup ekornya dan mula menulis diatas buku
latihan Sora dengan berhati-hati supaya ia tidak tumpah ke tempat lain.
AOI DAH
KESUNTUKAN MASA
Terbeliak mata Sora melihat hasil karya Nightwalker. “Tak
sangka kau boleh menulis!” Sora mengusap-usap kepala Night memujinya. “Apa
maksud kau kesuntukan masa?”
AOI
-> BIRU
“Biru? Maksud kau?” Sora segera bangun dari tempat duduknya
dan keluar kelas bersama Night dalam dakapannya. Air matanya bergelinang turun
kepipi, rasa takut menguasai diri. Tidak mungkin Aoi akan pergi dengan begitu
jak kan? Tidak kan? Desis hati Sora berasa cemas. phone dalam genggamannya
segera mendail Cloud dalam perjalanan mencari Aoi.
“Hello?”
“C… cloud…..”
Suara Sora menangis teresek-esak kedengaran dari lubang
suara phone membuat Cloud menjadi cemas.
“Kenapa?!”
Yang lain terus memandang kearah Cloud apabila suara cloud
kedengaran seperti orang cemas.
“Aoi… dia mungkin..
ber.. bertukar men… jadi Permaisuri biru..”
“Apa?” Cloud terus memandang kearah Alex membuat Alex tidak
sedap hati. Selepas bercakap Sora di talian dia terus menyuru Alex mencari Aoi.
“Cari dia dipejabat, Cepat!”
Alex hanya mengangguk dan bergegas ke bangunan lama tanpa
banyak Tanya. Hanya persoalan yang banyak bermain di mindanya. Yang paling
jelas ialah harap Aoi tak apa-apa.
XXX
Aoi berada didalam biliknya merenung keluar tingkap
memikirkan nasibnya yang akan berlaku selepas mengalahkan black. Biliknya dibiarkan
gelap kerana dia ingin bersendirian buat semantara waktu tanpa diganggu oleh
Ketua yang mungkin akan mencarinya. Terutamanya, Senior Zack dan Senior Jeff,
kalau Aoi tiada dalam pejabat confirm dicari di biliknya. Itulah sebab utama
lampu bilik dipadam.
“Kau dah buat keputusan?” Messe yang sentiasa berada
disisinya akhirnya bersuara selepas Aoi kelihatan lebih tenang.
Aoi menjeling kearah Messe. Aku patut buang dia keluar
tingkap tadi desis hati Aoi. Dia mahu bersendirian dengan menyuruh Messe
berdiam diri. Tapi, beg tua tu tetap bersuara jua.
“Apa jeling aku cam tu? aku nak tau juga.”
Aoi kembali merenung keluar tingkap memandang bulan penuh
yang menyinari suasana malam disekelilingnya. “do I have a choice? Sebanyak
mana pun aku fikir. Aku tetap akan lenyap dimuka bumi ni. Nightwalker dapat
kesan magic tuannya yang pertama dalam diriku, sebab tulah dia larikan diri.
Aku takut untuk tinggalkan mereka.” Mata
Aoi mula berkaca tidak ingin meninggalkan orang yang disayangi.
Tiba-tiba terhidu bau yang harum datang dari belakangnya
membuat dia berputar kearah pintu bilik dan melihat Permaisuri Biru berdiri
dengan senyuman yang manis dengan latar belakang yang putih. Latar terebut
mengelilingi Aoi membuat biliknya tidak kelihatan. Messe juga tiada disisinya lagi.
Aoi tidak bercakap sepatahpun dihadapan Permaisuri biru
hanya tunduk ke lantai dengan rasa bersalah. Tentu dia dengar apa yang aku
cakap tadi. Aku memang orang yang tak pandai kotakan janji! Desis hati Aoi.
“Angkat kepalamu, Aoi.” suara yang merdu Permaisuri Biru
menyuruh Aoi memandangnya.
Aoi mendongak kearah Permaisuri Biru dan terkejut apabila
permaisuri Biru terus memeluknya. “Yo.. your…”
“Maafkan aku sebab aku telah buat kau hidup merana. Aku tahu
kau tidak inginkan semua ni, tapi ia belum terlambat untuk batalkannya.”
Aoi menolak pelukan Permaisuri Biru dan menggeleng. “A
promise is still a promise.” Aoi memandang Permaisuri Biru dengan wajah yang
serius. “Aku tak akan gembira kalau aku tarik balik perjanjian kita. Lagipun,
hanya kau yang boleh kalahkan Black. Ianya telah ditulis didinding Enchanted
Library yang Permaisuri Biru akan mengalahkan Black bersama dengan The Four
Lords dan Lords of the Thunder. Itu bermaksud aku tidak boleh tarik balik
perjanjian ini.” Aoi mengelap air matanya. Dia tidak mahu jadi orang yang
pentingkan diri, jika dia tarik perjanjian mereka, ramai orang akan terkorban
disebabkan dia memilih untuk diri sendiri. “Jadi, Aku bersedia untuk berikan
jasadku kepada mu.”
XXX
“AOI!!” Alex membuka pintu pejabat Aoi tetapi tiada sesiapa
didalam bilik tersebut. Hati Alex mulai rasa resah dan segera berlari keluar
bangunan sambil berfikir dimana Aoi kemungkinan berada.
Library? Tak mungkin dia akan belajar time-time begini.
Kelas? Tak, Sora dari kelas tadi. Asrama! Desis hatinya terus bergegas masuk
keasrama tanpa menulis nama dalam buku laporan. Kakinya berlari semakin laju
sepertimana jantungnya berdegup kencang.
Phone segera di keluarkan dari poket sekolahnya dan mendail
nombor rakannya.
“Hello? Kamu jumpa Aoi?” Soal Alex.
“Belum. Dia tiada di
taman ataupun bersama ketua yang lain.” Jawab Jun.
Langkahnya terhenti apabila sampai di hadapan pintu bilik
Aoi. dia tercugap-cugap penat dari berlari. Tanpa membuang masa dia membuka
pintu bilik Aoi.
“Aoi! kau….” Ayatnya terhenti apabila melihat seorang wanita
berpakaian serba biru bersama dengan tongkat saktinya ditangan. Alex terkejut
melihat anak mata wanita tersebut yang berwarna jingga membuat dia terlutut
dihadapan perempuan itu. Telefon yang berada
ditangan terjatuh kelantai.
“Bunyi apa tu? Alex
kau okay ke?!”
“Saya amat berbesar hati berjumpa dengan kamu, Lord Alex.”
“Per… Permaisuri Biru….”
“Hello? Alex? Kau kenapa? Answer me!!”
Comments
Post a Comment