The Chosen One: Special (part 1)
Special Episode(Part 1)
Aoi berada di meja kerjanya dengan fail kerja+laporan+kerja
rumah dari Ketua-ketua sekolah dan cikgu selepas sebulan lebih dia tak sedarkan
diri. Rasa cam nak gila nampak kerja yang berlambak diatas mejanya. Cam gunung,
bukan satu tapi dia gunung mencecah siling! Bermacam-macam warna fail
terlonggok atas mejanya, buta warna si Aoi tak lama ni.
“is it me or… Ketua sekolah ni semua bodoh? tak boleh ke
dorang pendekkan semua laporan ni dan bagi aku kerja senang siiiikit?” Aoi
mengeluh panjang. Tak gunanya dia mengadu sebab ketua-ketua sekolah semua tu
hanya pelajar dan seperti dia juga; kena catch up dengan pelajaran mereka juga.
So much for a dream land vacation Aoi, tak merasa lah kau
cuti umum selepas semua tragedy ni berakhir desis hati Aoi. Dia memandang
kearah Night yang berada di atas sofa putih enak tidur dibawa arus mimpi yang
indah. “Seronoknya kau Night….. cubalah aku jadi kau, boleh tidur 24/7 tapi…..”
Aoi menarik tangannya keudara dan menghembus nafas. “Yang penting diutamakan.”
Dia menyambung kerjanya yang well…. Menyeksakan..
Sementara di dalam hutan larangan, Phoenix sedang berlatih
seperti biasa walaupun keadaan telah kembali aman. Heh… berlatih? Mereka
sebenarnya skip kelas. Dah biasa keluar kelas dan lagipun, mereka berlima lebih
tahu banyak magic daripada pelajar biasa, jadi… kalau mereka tak masuk kelaspun,
mereka tetap dapat high score dalam ujian tapi, tak lah setinggi Aoi. minah tu
ada chip dalam kepala hotaknya tu. entah cam mana dia boleh simpan semua ilmu
tu? Elli sendiri tak dapat ingat semuanya dalam buku. Cyborg keapa budak satu
tu?
“AMBIK NI!!” Jun melibas akar berdurinya kearah Lord of the
water element, Luhan.
Luhan tersengih dan mengelak dengan menarik air keluar dari
tanah dan menjadikan ia sebuah pelindung. “Miss me!”
“My turn!” jerit Elli yang berada jauh kedudukan Luhan dan
melontarkan lighting blade kearah Luhan.
Luhan terlambat untuk bertindak dan Cloud came to the
rescue! Dia melompat dihadapan Luhan dan membentuk tornado yang mematahkan
serangan Elli kembali kepada tuannya.
Elli terkejut dan ingin membalas serangannya sendiri tapi,
Alex yang berada di atas pohon bertindak dahulu dengan melontar bebola api
kearah petir yang terbang laju kearah Elli.
BOOM!!! Satu letupan terjadi melontar keempat Lords yang
berada di atas tanah. “I win!” jerit Alex dengan bangga terjun ke tanah
memandang kearah rakannya yang kalah dalam perlawanan uji kekuatan mereka.
“Water: 1, Earth:2, Air:2, Thunder:1 dan Fire:4. Seperti
biasa, Alex menang.” Kata Violet mencatat rekod peribadi mereka.
Sora memanjangkan lehernya memandang rekod mereka dan
tertawa kecil. “mereka takda chan nak lawan Alex.”
Apa? Sora dan Violetkan dah jadi pengurus jadual the five
Lords, jadi… mereka kena ekori kemana sahaja the five lord pergi. Hey, ini
namanya rezeki jangan ditolak, bala jangan di cari. Lebih kuranglah…. Mereka
semua ni cam cari bala dengan rezeki yang mereka ada. Hmm…. Mengambil
kesempatan dalam kesempitan? Ya… itu lebih tepat.
Sora melontar botol mineral kepada setiap seorang Lords dan
menyuruh mereka take 5. “Selapas ni nak ke mana? aku bosan nampak korang
berlawan terus, tak best kalau jadi penonton terus.”
Cloud duduk disebelah Sora. “Well, kita boleh pergi date
tapi….. Aily dan Hyomin ada ujian minggu ni dan Aoi pula…. Berlambak dengan
laporannya.”
Luhan dan Jun tertawa. “Kesian awek kau Lex, baru je buka
mata… dah ada kerja berlambak depan mata. Kau tak kasihankan dia ke?” Luhan
menyiku bahu Alex.
“Kalau aku jadi kau… aku bawa dia date dan tinggalkan kerja
melambak tu sendiri. Blackkan dah mati, so… ini saatnya kita Chill out.” Tambah
Jun pula sambil memeluk bahu Violet, menuang minyak keatas api.
Alex meneguk mineralnya sampai habis untuk menghilangkan
marah. “Kau ingat aku nak ke nampak dia berperap dalam pejabat tu seharian?
Bukan korang tak kenal si Aoi tu, selagi kerjanya tak siap, selagi tulah dia
duduk di tempat tu sehingga selesai. Kalau kau kacau…”
“NGAP!!” kata mereka semua dan tertawa besar. Haha….
Betullah, Aoi pantang di kacau kalau dia ada kerja, skema… skema. Cam manalah
si Alex boleh fall dengan budak beauty nerd ni?
Sora letak fullstop di tawanya membuat mereka semua
memandang kearahnya dengan hairan. “Korang tak ingat ke?” dia memandan wajah
mereka satu persatu.
Elli menjungkit kening. “Apa? Kau kenapa tiba-tiba out of
the subjek?”
Sora menggeleng keras. “Minggu depan…. Korang semua ingat
betul-betul! 8 hari dari sekarang.”
Mereka semua start memikir apa ke jaddah yang Sora nak
berikan kepada mereka. lapan hari dari sekarang…. hmmm…. Apa yea???
“GAWAT!!!”
Mereka semua tersentak dan memandang kearah suara tersebut. Kelihatan
Aily dan Hyomin terbang menggunakan penyapu terbang kearah mereka. dia gadis
ini land di depan mereka dengan riak wajah cemas. “lagi lapan hari!! Lagi lapan
hari!!” jerit Aily secemas orang yang nak ambil ujian SPM. (haha… itu angah
yang rasa kalau seminggu lagi ujian… but anyways… back to the stories…)
Mereka semua rasa hairan kecuali Sora. “Apa yang lapan hari
lagi?!”
“B’day Kak/senior Aoi!” jerit Hyomin dan Aily serentak.
Mereka terkejut beruk. Bolehnya mereka lupa pasal benda ni?
Aoi akan jadi 16 tahun dalam masa lapan hari dan mereka lupa tentang tu? kawan
ke mereka ni?
“Apa nak buat?” “Cam mana aku boleh lupa?” “Kenapa lambat
sangat beritahu?” “Apa kita nak prepare untuk dia?” “Korang rasa Aoi nak apa?”
“Outing lama lagi, cam mana nak beli present?” bermacam soalan yang bertembung
antara satu dengan lain tentang harijadi Aoi.
“CHOP! Chop!chop!chop!” Violet memotong segala ayat-ayat
yang bertembung yang berbunyi cam burung murai tak dibagi makan sepuluh hari.
Kebulur! “Okay, cam ni…. kita buat surprise party untuk dia dengan ketua-ketua
sekolah yang lain. Amacam?”
Aily dan hyomin akhirnya melabuhkan punggung diatas rumput
dan memandang Violet. “setuju!” kata mereka semua.
“Tapi, Aoi tentu curiga dengan kalau kita rahsiakan benda ni
dari dia dan dia kan boleh read mind… remember?” Kata Luhan sambil membuat
kedua jari telunjuknya berputar di kepala.
Elli mengangguk setuju. “Plus, nak buat di mana?”
“Di bilik mesyuarat. FYI, Aoi kan skema tahap gaban… so, dia
tak mungkin keluar pejabat kalau kerjanya belum beres. Kita selamat buat parti
tanpa kantoi punya.” Sora mengusap dagunya dengan yakin. Heh… ini BFFnya apa?
Tentu tahu pasal kawan sendiri kan?
Luhan memetik jari setuju dengan Sora. “Yup! Thanks to kerja
Aoi yang berlambak tu, kita ada chan nak buat surprise parti!!”
“Okay! jadi korang semua setuju kan? Great!” Kata Jun tanpa
mendapat respon dari yang lain. “Aily dan Alex pergi minta kerjasama dari ketua
yang lain untuk guna bilik mesyuarat. Hyomin, Elli, dan Luhan pula ke bandar
beli apa yang perlu dibeli. Sora dan Violet pula korang BFF dia kan? Pergi
selongkar barang dia dan cari apa dia nak sebagai present. Aku dan Cloud…” dia
tersengih-sengih. “uruskan Night. Hidung dia tu tajam sangat kalau terhidu
sesuatu fishy yang berkaitan dengan Tuannya. Nanti dia pula jadi party pooper
kita. Semua setuju? Siapa setuju angkat tangan!”
Mereka semua angkat tangan termasuk Jun sendiri.
“Bagus! Mari mulakan misi kita. Kita ada lapan hari sebelum
hari jadi Aoi so… lets get the ball rolling!” kata Alex dengan semangat.
Dua hari akan datang…..
“Yes!!” Aoi menjerit keudara dengan tangan keatas, memandang
siling pejabatnya. “akhirnya siap juga kerjaku!” Aoi mengemas fail terakhirnya
dan letakkan di atas fail yang lain. Dia memandang kekiri dan kekanan, setiap
sudut bilik tersebut. “Mana Night? dah sehari suntuk aku tak nampak dia…” Aoi
mengangkat bahu sambil mencebik. “oh well, mungkin dia dengan Alex. Baguslah,
aku nak tidur sepanjang hari ni!! vacation here I come!!”
(Oh-ouw….. Aoi dah siap kerjanya dan laluan keluar dari
bangunan tu kena limpas bilik mesyuarat. Itu bermaksud….. KANTOI KE? apa kan
jadi kalau kantoi? Jeng… jeng-jeng! Nantikan part 2!!)
wohaa...best giler...sambung cepat..tak sabar nak tau kantoi ke tak?
ReplyDeletehoho sgt xsabar mau tahu smbungannya...sambung cepat angah...^^
ReplyDelete-sky-