L.O.V.E -Prologue-
Prologue
Hutan
Mahligai, yang terletak di antara dua kerajaan, menjadi dinding melindungi
Kerajaan Enchanted dari kerajaan Vicious yang membencikan kerajaan Enchanted.
Akar berduri tumbuh menjadi pagar sepanjang hutan Mahligai pada bahagian
kerajaan Vicious tersebut untuk menghalang orang Vicious untuk menyeberangi ke
tanah Enchanted. Tiada siapa pernah lepas dari pagar berduri itu, tidak orang
Vicious malah orang Enchanted juga. Ini kerana Magic Pari-pari telah membuat
pagar tersebut untuk mengelakkan peperangan dan malapetaka berlaku di kerajaan
Enchanted itu lagi. setelah memisahkan orang berhati hitam dan berhati mulia
kepada dua kerajaan, tanah besar tersebut kembali hidup dengan aman dan
tenteram setengah dekad lamanya. Ketenteraman yang mereka tinggal di Kerajaan
Enchanted inginkan selama ini.
Hanya orang Enchanted sahaja boleh
masuk ke dalam hutan Mahligai, melihat keindahan kehidupan di dalam hutan itu,
kejaiban yang hanya wujud di dalam hutan tersebut. Makhluk enchantic, seperti
unicorns, fairies, sprites, nymphs dan banyak lagi makhluk ajaib yang hidup di
dalam hutan tersebut.
Kisah ini bermula dari sebuah
pertemuan antara dua kanak-kanak berumur 8 tahun di tepi tasik twilight jauh
terletak di dalam hutan Mahligai. Seorang budak lelaki berpakaian serbah mewah,
kain di perbuat dari fabric terbaik yang ada di tanah tersebut dan di sulam
dengan tangan yang pakar. Berambut emas, bercahaya bila terkena mentari. Di
lengkapkan dengan sepasang mata biru bak langit cerah pada pagi hari. bersinar
bak pantulan cahaya pada air sungai dan memenangkan hati yang melihta sepasang
mata biru itu.
Mata yang penuh dengan ingin tahu
ini memandang ke kiri dan ke kanan, memastikan tiada siapa mengekorinya masuk
ke dalam hutan. Setelah itu, dengan hati yang penuh girang, dia berlari masuk
menuju ke hutan Mahligai, terus ke tempat pertemuan dengan seorang gadis kecil
misteri. Seorang gadis yang dia jumpa beberapa minggu yang lalu tanpa
mengetahui asal usul perempuan tersebut.
‘Perempuan
itu lain dari yang lain!’ Desis hati kecil budak lelaki ini sebaik sahaja
dia mengenali si gadis kecil itu.
Usai sahaja dia tiba di tasik
tersebut, langkah si lelaki muda ini terhenti pada hujung hutan yang
mengelilingi tasik tersebut kerana matanya terpaku kepada teman barunya yang
sedang duduk di tengah-tengah taman bunga yang berwarna ungu; sedang
mendendangkan lagu yang dia tidak ketahui dengan halus sambil membuat mahkota
bunga.
Gadis kecil itu mempunyai rambut
berwarna hitam pekat yang lurus bak air terjun. Pada hujung rambutnya berwarna
ungu yang lebih pekat dari warna bunga yang mengelilinginya. Wajah yang bulat,
kulit putih dan bibir berwarna kemerah-merahan. Sama seperti pipinya.
Lelaki kecil ini tersenyum lebar,
mata bersinar mengetahui teman barunya datang seperti mana yang mereka
janjikan.
“Ivy!” sahutnya menarik perhatian
teman baru untuk melihat dia.
Sepasang mata berwarna hijau, hijau
seperti batu Jed; dan ia kelihatan bercahaya bila dia mula tersenyum melihat
rakannya berlari kearahnya. “Louis!”
Louis berdiri di sebelah Ivy dengan
senyuman lebar terpapar pada wajahnya tanpa berkata apa-apa. Hanya melihat Ivy
yang juga memandang tepat kearah matanya.
“Oh! Maafkan saya—” Louis akhirnya
hulurkan tangan dan tunduk tanda perkenalan. “Apa khabar?”
Ivy tertawa (Tidak sesopan yang Louis
selalu dengar tapi dia tak kisah) dan tepuk tempat di sebelahnya, menyuruh
Louis untuk duduk. “Tak perlu nak formal sangat dengan saya lah.” Katanya
sambung menyulam mahkota bunga dalam tangannya.
“Awak datang.” Sahut Louis sebaik
sahaja dia melabuhkan punggung di sebelah Ivy. Dia perasan Ivy berhenti
menyulam untuk beberapa saat sebelum menyambungnya.
“Saya tak nampak apa salahnya saya
datang.” Ivy memandangnya dan tersenyum. “Saya dah janji saya akan datang kan?
Dah tentu saya tunaikannya.”
Louis mengangguk sekali. “Urrm…
tapi masa tu aw—awak kelihatan seperti nak tak nak je datang.”
Ivy kerutkan hidungnya mengingatkan
kisah tersebut dan mengangguk. “Ya. saya tak pasti saya akan datang lagi ke tak
tapi…” ayatnya terhenti seperti mana tangannya menyulam. Dia memandang
sekelilingnya yang penuh dengan keindahan. “Siapa taknak datang ke tempat
seperti ini?” Dia mendepakan tangannya bila seekor rama-rama datang dan
rehatkan diri pada jari telunjuknya. “Ia menakjubkan.” Katanya dan melepaskan
rama-rama itu terbang semula.
“Awak datang hanya untuk lihat
suasana tepi tasik ni?” Soal Louis tak puas hati dan meluk tubuh. “Itu sahaja?”
“Of course untuk jumpa awak juga!”
Ivy tertawa dan habiskan sulaman terakhir pada mahkota bunganya. “Selesai!
Amacam? Okay tak?” soalnya tunjukkan pada Louis.
Louis melihat mahkota tersebut dan
mengangguk. “Awak pandai menyulam. Mama awak ajar ke?”
Senyuman Ivy pudar dan menggeleng.
“Ibu takkan bagi saya belajar seperti ini. dia kata ia tak berfaedah.” Dia
tertawa tapi matanya menunjukkan sebaliknya. “Dia kata saya patut belajar
menjadi perempuan yang berdedikasi, penuh dengan disiplin dan tahu cara guna
magic. Dia takkan bagi saya berseronok macam ni.” Katanya bermain dengan
mahkotanya.
Louis hanya tundukkan diri. rasa
kasihan dengan Ivy dan juga bangkitkan tentang mamanya, sedangkan Louis tahu
Ivy tak suka mereka bercerita tentang mamanya.
“Tapi awak berseronok.” Katanya
dengan senyuman. “Disini. Dengan saya. Awak dah langgar arahan ibu awak.” Dia
cuba sedapkan hati Ivy.
Ivy kembali tertawa dan menggeleng.
“Yea…. Ia berbaloi. So, Ini untuk awak!” Ivy meletak mahkota bunga itu atas
kepala Louis.
“What?! No—” Louis nak menanggalkan
mahkota tersebut tapi Ivy memukul tangannya. “Hey! Saya lelaki, tak perlukan
bunga macam ni atas kepala saya!” sahutnya dengan muka merah dan mahkota itu
jatuh menutup matanya dan tolak nak ke kepalanya semula. “Dan ia besar!”
Ivy mengendahkan rungutannya dan
memakai Tiara bunganya sendiri. “Sekarang kita sama!” katanya dengan senyuman
lebar membuat Louis terdiam. “Lihat tengah tiara ni bunga daisy, seperti
Permata putih Enchantia. Seperti yang awak katakan tentang tiara Permaisuri
Enchanted!” Ivy bangkit dan bersihkan seluarnya. “Ini hari kita main
Rumah-rumah! Or patut kata Istana.. Hmmm…” Ivy menggeleng. “Apapun, Awak putera
raja dan saya seorang puteri.” Ivy memegang hujung blousenya dan tunduk ala-ala
puteri raja. “Selamat Berkenalan Putera Louis.” Katanya dengan suara penuh
sopan santun. Bila Louis tidak memberi respon dia mendongak tanpa bergerak dari
posisinya untuk melihat Louis. “Say something Lu!” bisiknya dan kembali tunduk.
Muka Louis naik merah dan dengan
gopoh dia juga tundukkan diri. “Y-Ya, Se-selamat berke—Ah!” Mahkotanya hampir
jatuh dari kepalanya tapi Louis sempat menyelamatkannya dan betulkannya semula.
“Sorry.”
Ivy menggeleng. “Saya buat mahkota
awak besar sangat. Nak saya betulkan ke?—”
“Tak perlu!” dia menggeleng laju
sambil memegang mahkotanya supaya tidak terlontar. “Awak dah susah payah buat
untuk saya. Biarkan awak buat semula kira sia-sia.” Louis betulkan mahkotanya
dengan sangkut mahkota itu di sebalik kedua telinganya mengelakkan mahkota itu
jatuh. “See… tak perlu nak betulkannya.”
Ivy tersenyum dan mengangguk. “Baiklah. Tapi kalau dia jatuh lagi saya
tak nak betulkan untuk awak.”
Louis tertawa besar. “Baik lah,
baik lah.” Katanya dan kembali tersenyum. Dia tundukkan diri dengan satu tangan
pada dadanya dan sebelah lagi di belakang. “Salam perkenalan puteri Ivy. Saya
Putera Louis dari Kerajaan Enchanted.”
Ivy turut tunduk sambil memegang
hujung blousenya. “Salam perkenalan Tuanku.”
Louis dan Ivy tertawa sesama
sendiri dan berdiri tegak. Louis menghulurkan tangannya kepada Ivy. “Sudikah
Tuan Puteri menari dengan saya?”
Ivy menjungkit kening. “Tapi kita
tiada music.”
Tak lama selepas itu, sekumpulan
makhluk kecil muncul dari celah-celah pokok, mengelilingi mereka sambil
menyanyi dengan merdu.
“What the….” Bila salah seekor
fairy tersebut mendekati Ivy dia nak menepisnya tapi Louis memegang tangan
tersebut. “What?” soalnya sakit hati.
“Mereka fairy music. Kita tak boleh
sakiti mereka.”
“Yeah? Tapi mereka menjengkelkan.
Kenapa mereka tiba-tiba—” Ivy menghembus fairy itu bila ia terbang dekat
dengannya. “—datang menganggu! Ow! Stop
that!” Ivy menggeleng laju cuba membuang fairy yang menarik-narik rambutnya.
Louis hanya tertawa. Menyentuh
rambut Ivy yang di pegang oleh fairy tersebut dan memujuk mereka untuk lepaskan
Ivy. “Dia tak biasa dengan Fairy. Tolong maafkan dia?” pintanya dan Fairy itu
melepaskan Ivy. Mereka terbang jauh dari Ivy dan berada di belakang Louis.
“Now Shoo.” Arah Ivy.
Sekali lagi Louis ketawa sambil
menggeleng. “Awak sendiri kata kita tiada music, jadi mereka datang untuk
hiburkan kita. Sekarang awak nak halau mereka pula?”
Ivy menjeling kearah pari-pari
kecil itu membuat mereka jadi takut dan bersembunyi di belakang Louis. “Saya
kata tiada music tak bermaksud kita menari tiada music. Saya maksudkan saya tak
nak menari.”
“Awak nak kata macam tu sebab tak
sanggup nak reject saya? Awak takut sakiti hati saya ke?” soalnya mengusik
membuat muka Ivy naik merah. “Aww… baiknya awak Ivy!”
“T-Tak! Issshh!” Dia menghentak
kaki dan bergerak menjauhkan diri dari Louis ke tepi tasik. “Its not funny!”
Pari-pari music itu mengekori Ivy dari
belakang sambil menyanyikan irama baru dan juga bertukar pelbagai jenis warna
merah.
“Stop following me!” marah Ivy
sambil mengipas-ngipas pari-pari tersebut pergi darinya tapi mereka berkeras
menyanyi di atas kepalanya. “Urrrggghh!” Dia mengalah dan duduk memeluk lutut
di tepi tasik.
Louis menutup mulutnya, menahan
diri dari mentertawakan Ivy. Kasihan Ivy kena usik oleh pari-pari music yang
berputar di atasnya sambil menyanyikan lagu mengejek. Warna pink juga tidak
membantu kerana pari-pari music boleh bertukar warna mengikut perasaan manusia
yang berdekatan dengannya.
Louis berjalan mendekati Ivy dan
duduk di sebelahnya. “Awak okay?”
Ivy menjeling kearah Louis dan
alihkan mukanya, tidak ingin memandang Louis. “I hate this.”
Louis memujuk pari-pari music itu
pergi dengan lembut sebelum memandang Ivy semula. “Benci apa?”
“Pari-pari, bunga..” Dia membuka
tiaranya dan letakkan ketepi. “Awak.”
“Saya?” Soal Louis hairan. “Apa
salah saya?”
Ivy menggeleng. “Tak. takda apa-apa.”
Dia kembali bangkit dan bersihkan keluarnya.
Louis turut berdiri, hairan kenapa
Ivy berperangai seperti kali pertama mereka bertemu. Dingin dan jauh. “Awak dah
nak balik ke?”
Ivy mengangguk tanpa senyuman. Dia
melihat matahari yang dah nak jatuh sebelum memandang Louis. “Ibu akan cari
saya kalau saya keluar rumah lama sangat. Saya takut dia soal mereka saya lari
ke mana lagi.”
“Mama awak pernah perasan awak
menghilang?” soal Louis risau.
“Ya, tapi selalunya dengan yang
lain—”
“yang lain?”
“Budak sebaya dengan saya.”
Jawabnya. “kalau ibu tanya ke mana saya menghilang dan bukan dengan yang lain,
tentu dia musykil dan hantar gagak dia ekori saya.”
“Oh… burung tu boleh sampai ke
sini?”
“hanya ke pintu ke sini. Dah cukup
buat Ibu musykil kat saya.” Katanya dengan keluhan. “Saya pergi dulu.”
“A-Awak akan datang ke sini lagi
ke?” Soal Louis dengan segera sebelum Ivy sempat mengambil langkah untuk pergi.
Ivy berpaling memandang Louis dan
menggeleng. “Saya tak tahu. Mungkin. Mungkin tak lagi. Saya tak boleh selalu
datang ke sini. Ia merbahaya.”
Louis diamkan diri. Dia tidak faham
apa yang bahaya sangat sampai Ivy tak boleh datang ke hutan itu setiap hari. Bukannya
Ivy buat hal pun. Kenapa mama Ivy protective sangat dengan Ivy?
“Janji dengan saya.”
“huh?”
Louis mendongak memandang Ivy.
Mereka pernah berjanji untuk berjumpa dan Ivy tunaikannya walaupun dia kata dia
MUNGKIN takkan datang. Tapi dia tetap datang. Mungkin kali ini kalau mereka
berjanji sekali lagi dia akan datang juga.
“janji kita akan berjumpa lagi—”
“Itu tak mungkin.”
“Bukan hari-hari. mungkin seminggu
sekali? Sebulan sekali? Please, Ivy. Saya taknak persahabatan kita terhenti di
sini sahaja.”
Ivy terdiam untuk seketika sebelum
menghembus nafas lelah. “Baiklah. Dua minggu dari sekarang? Saya mungkin boleh
senyap-senyap keluar.”
Sebuah senyuman lebar terukir pada
wajah Louis dan mengangguk. “Baiklah. Kita jumpa kat sini dua minggu dari
sekarang. Janji?” Dia keluarkan jari kelingkingnya.
Ivy nak ketawa melihat jari Louis
tapi dia ikut sahaja dan simpul jarinya dengan jari Louis. Louis yang ajar dia
berjanji guna jari kelingking. dia fikir ia mengarut tapi melihat keyakinan
pada muka Louis, nak tak nak Ivy buat juga.
“Janji. Tapi saya tak pasti.”
Louis mengangguk, tetap tersenyum.
“Yang penting awak Janji. Itu cukup untuk saya.”
Begitulah persahabatan antara Louis
dan si gadis misteri Ivy. Pertama kali mereka bertemu di tepi tasik tersebut,
Louis sedang mencari kudanya yang menyorok darinya (Dia tak faham kenapa
kudanya suka buat hal dengan dia). Tapi dia terjumpa Ivy yang sedang
memerhatikan ikan yang berada di dalam tasik. Menyucuknya dengan batang kayu.
Louis tegur Ivy sebab menyakiti
ikan tersebut. Walaupun suara Louis menegur Ivy tidak kuat, Ivy melompat terkejut
dan jadikan batang kayu tersebut sebagai pelindungnya.
Ia agak susah nak yakinkan Ivy yang
dia tak akan apa-apakan Ivy. Sangat
susah. Dia dapat yakinkan Ivy bila Kuda Louis, Majestic datang dan gunakan
kuda itu untuk dekati Ivy. Sepanjang hari, Ivy taknak bercakap dengan dia hanya
dengan Majestic. Kalau dia nak bercakap dengan Louis pun melalui Majestic.
Sebelum matahari terbenam, dia dah menghilangkan diri tanpa Louis sedari.
Hari kedua, Louis datang kembali ke
tepi tasik atas perasaan ingin tahu. Adakah perempuan itu akan datang? Ingin
mengetahui kenapa perempuan itu berperangai pelik, dia tak pernah jumpa Fairy
dan kelihatan seperti semua benda di dalam hutan itu perkara baru yang dia
lihat. Seperti yang Louis jangka, perempuan itu datang. Bukan untuk menerokai
hutan tu tapi untuk berjumpa dengan Louis.
Persahabatan mereka terjalin, kali
ke-empat mereka berjumpa. Ivy mula bercakap dengannya, tidak banyak tapi banyak
menyoal tentang kehidupan dalam hutan tersebut. Dia tak pernah tanya siapa nama
Louis dan tak nak beritahu namanya yang sebenar. Dia sendiri teragak-agak bila
Louis tanya namanya. Kedua-dua rakan ini tidak tahu asal-usul rakan mereka
sendiri. Mereka dari mana? Keluarga? Kehidupan? Louis tak tanya sebab sebaik
sahaja tahu Ivy tak suka bercerita tentang mamanya, Louis tak bangkitkan lagi
tentang kehidupan Ivy. Dan Ivy tak pernah nak tanya tentang kehidupan Louis. Lagipun,
bukannya Louis nak beritahu Ivy tentang kehidupannya pun.
Begitulah persabahatan mereka.
Sebuah persahabatan yang pelik, berjumpa hanya untuk seketika. Hanya mereka
berdua. Tidak terikat dengan perkara lain di dalam hidup mereka. Hanya dua
rakan misteri yang berseronok tanpa memikirkan masalah dalam kehidupan mereka.
Sebuah persahabatan yang di
rahsiakan. Rahsia hanya mereka sahaja yang tahu.
.
.
“Patutkah kita hentikannya di
sini?”
Louis yang berumur 12 tahun yang
termenung melihat ikan yang berwarna-warni di dalam tasik tersebut, mendongak
memandang Ivy. Hampir buat lehernya patah sebab mendongak laju sangat. “Tak.”
jawabnya dengan yakin.
Ivy yang termenung ke udara,
memutar kepalanya memandang Louis. Matanya kelihatan sedih walaupun dia tersenyum.
“Come on Lu, aku tahu kau fikir tentang ni juga. Bukankah 4 tahun cukup lama
dari apa yang kau nakkan?”
“Tak boleh ke lebih lama dari ini?”
Soal Louis, hampir berharap. “Kita boleh bertahan selama 4 tahun. Kenapa nak
berhenti sekarang?”
“Sebab ia tak berbaloi.” Kata Ivy
bangkit dan membersihkan seluarnya. Dia sempat mengusap rambutnya yang dah
panjang cecah belakang sebelum tunduk memandang Louis. “Kita hanya buang masa
Lu. Ada benda lebih penting perlu di buat.”
“Apa yang lebih penting dari ini?”
Soal Lousi, juga berdiri dan memeluk tubuh melihat Ivy. “Ivy, kau bercakap
macam orang tua.”
“Ha-ha very funny.” Ivy memutarkan
bola matanya. “Aku serious ni. Kita dah 12 tahun. Dah start sekolah. Kau ada
kerja—jangan nak tipu aku. Majestic selalu pujuk kau balik setiap kali kita
berjumpa.” Ivy cakap cepat bila Louis nak bagi alasan. “Bila cuti sekolah ni
tamat, aku tak tahu bila lagi kita akan jumpa. Dalam masa setahun ni kita hanya
berjumpa lebih banyak pun 5 kali. Tahun ni hanya 3 kali.”
“Tapi—”
“kau sibuk Lu. Kau mungkir janji
dengan aku dah banyak kali, you big jerk!” Dia memukul bahu Louis dan tuding
jari kearahnya. “Itu membuktikan kau sibuk.”
Louis menggosok bahunya dan
mencebik kearah Ivy. “Kau cakap macam ni sebab kau marah aku mungkir janji ke?”
“Tak, you butthead.” Ivy menarik
nafas dalam sebelum mengusap rambutnya sekali lagi. “Aku cakap benda yang
betul. Aku pun dah mula sibuk. Ibu aku mula mengawal aku dengan ketat. Aku
mungkin tak dapat datang lagi.”
“Kau sentiasa cakap tu Ivy. Mungkin
tak datang. Mustahil datang. Tak dapat datang… tapi kau tetap datang.” Louis
memegang erat penumbuknya disisi. Dia tak faham kenapa Ivy bangkitkan subjek ni
dan mencari cara untuk hentikan persahabatan mereka. “Kau tak pernah mungkir
janji kau.”
“tapi kau pernah.” Bisik Ivy tanpa
memandangnya. Bisikan itu boleh di dengar oleh Louis.
Louis mengetap gigi. Jadi Ivy nak
salahkan dia sebab dia mungkir janji? Ivy tahu Louis sibuk dan faham kenapa dia
sibuk. Tak pernah tanya pun kenapa dia sibuk. Kenapa sekarang dia bangkitkan
tentang ni? Dia sepatutnya faham kenapa dia sibuk. Louis bukan macam budak 12
tahun yang lain. Ivy patut faham. Ivy sentiasa faham.
Louis menarik nafas dalam sebelum
menghembusnya. Dia buat perkara ini untuk beberapa kali untuk tenangkan
perasaannya yang membara. “Aku minta maaf sebab mungkir janji. kau tahu aku
sibuk kan?” Ivy mengangguk. “Aku tak tahu macam mana nak tebus kesalahan aku
kat kau. Kau sentiasa jadi kawan yang baik untuk aku. Sentiasa ada untuk aku
tapi aku…” Dia mengeluh. “Maaf.”
Ivy kembali memandang Louis yang
tundukkan diri rasa bersalah. Matanya beralih kearah Majestic yang berada di
sebelah Louis sebelum kembali kepada si Tuan. “Kau tak perlu minta maaf. Bukan
salah kau tak dapat datang. Orang yang buat kau sibuk yang salah.” Kata Ivy
dengan nada mengusik membuat Louis tersenyum. “Apa kata kita—” Ayat Ivy
terhenti bila dia lihat Majestic mula menarik lengan baju Louis. “Bila kau
free?”
Louis menolak Majestic ketepi
sebelum memandang Ivy. “Kau dah nak balik?” Dia pandang matahari di kepala
mereka sebelum pandang Ivy semula. “Hari masih awal.”
Ivy masukkan kedua tangannya
kedalam poket seluarnya dan mengangkat bahu. “Aku dah kata Ibu aku mula kawal
aku dengan ketat.”
“Sejak bila Mama kau tak kawal kau
dengan ketat?” Louis menolak kepala Majestic bila ia menarik lengan baju Louis
lagi. “Not now boy.” Bisiknya.
“Ferret.” Kutuk Ivy dengan
senyuman. “Aku kena pergi. So… bila?”
“huh? Oh.. Umm—Lusa?”
“Lusa?” Ivy lebih persoalkan tanda
soal dalam ayat Louis. “Be serious Lu. Aku taknak bersendirian dengan pari-pari
jahanam tu lagi.”
Louis tersengih-sengih sambil
mengusap lehernya. “Okay. Lusa. Aku janji jumpa kau lusa.”
Ivy kecilkan matanya, tidak yakin
dengan Louis. “you better be here. Promise?” Dia angkat jari kelingkingnya.
Louis mengangguk dan simpulkan jari
mereka. “Cross my heart and hope to die.”
“Kau mesti berada di sini lusa
kalau tak, aku yang bunuh kau.” Katanya memberi amaran tapi senyuman kecil
terukir di hujung bibirnya.
Sebuah persahabatan yang ingin
berkekalan akan mendapat pelbagai ujian. Apatah lagi persahabatan yang
dirahsiakan dari dunia. Malah, persahabatan mungkin akan berkembang kearah yang
lebih jauh.
.
.
“Fuck! Aku lambat!” Jerit Louis berlari masuk kedalam kandang
kudanya.
“Languange!” tegur seorang pekerja
perempuan didalam kandang kuda tersebut
“Sorry!” sahutnya dan pandang
Majestic yang meringkik seperti mentertawakan dia. “Shut up. Ivy bunuh aku kali
ni tapi… Hey, kau rasa dia terima ni tak? sekali, tidak. Dua kali, ya.” Louis
mengeluarkan seutas rantai dari poket seluarnya tunjukkan kepada Majestic. Kuda
itu meringkik sekali lagi sambil menghentak kaki dua kali.
Louis melihat rantai yang mempunyai
batu jade berukirkan kucing yang memeluk berlian biru. “Yea. Dia mungkin akan
sukakannya. Jom gerak!” Louis tunggang kudanya ke Hutan Mahliagai sepantas
Majestic boleh bawa mereka.
“Come on boy, Ivy akan marah kalau
dia fikir kita tak datang lagi.” pujuk Louis kepada Majestic untuk lajukan lagi
lariannya.
Setiba sahaja dia di tempat
perjumpaan mereka, seperti yang dia jangka seperti selalu, Ivy dah pun tunggu
di tepi tasik. Berdiri dengan kedua tangan masuk ke dalam poket jaket leather
hitamnya sambil termenung jauh ke tengah tasik. Melihat dari wajahnya Louis
tahu Ivy tunggu dia dengan lama kerana bibirnya yang mencebik dan dahi yang
berkerut.
I’m
dead… Itu ayat pertama keluar dari kepalanya dan ingin berpatah balik tapi
bunyi kaki Majestic berputar menarik perhatian Ivy dan berpaling kearah mereka.
Shit.
“Louis!!!!”
Louis segera turun dari Majestic
bila Ivy berlari kearahnya. “I—Ivy maaf aku lambat aku ada hal—”
“Sorry my ass!” Ivy lontarkan satu penumbuk kearah Louis tapi Louis
dapat mengelaknya dengan mudah.
“Kau pakai lipstic ke?” Soal Louis
dengan senyuman nakal. Menjungkit kening melihat lipstic purple Ivy.
Muka Ivy naik merah. “Arrrgggh!” satu lagi penumbuk dari
tangan sebelah terbang ke muka Louis tapi lelaki itu dapat menangkapnya dan
memutar badan Ivy dengan belakang Ivy di depannya. Memerangkap perempuan yang
lebih kecil darinya dalam tangannya.
“Seriously Ai? kau tahu kau tak
boleh kalahkan aku kan?” katanya mengusik Ivy.
“Think again Butthead.” Dia gunakan
kepalanya sebagai senjata ke muka Louis. Membuat Louis mengerang kesakitan dan
lepaskan Ivy. “Hah! Jangan pandang rendah dengan aku—Lu?” Dia melihat warna
merah keluar dari celah jari Louis. “Oh My—Lu! Hidung kau berdarah!”
“Thank you captain obvious.”
Katanya dengan suara sengau. Dia melihat tangannya dan menyentuh hidungnya
semula. “teruk ke?”
“Teruk?—Musnah! Mari sini!” Ivy
menarik lengan Louis ke tepi tasik dan suruh dia baring atas pahanya dengan
segera. “I’m so-so-so-so-so sorry! Aku tak sengaja..” Ivy mengeluarkan sapu
tangannya. “Pakai ni.”
Louis menggunakan sapu tangan Ivy
untuk mengelap darah dari hidungnya. “Tahniah, Kau berjaya patahkan hidung
aku.”
“Oh shut your trap.” Marahnya.
“dongakkan kepala kau sedikit. Aku nak lihat hidung kau.” Louis hanya akur dan
dongakkan kepalanya. “Oh god… Mak kau akan bunuh aku kalau dia tahu aku
patahkan hidung kau.”
“Tak. dia marah aku kalau sebab
ingat aku bergaduh dengan budak lelaki. Dia tak tahu kau wujud Ai.”
“Issh… faham lah sikit maksud aku.”
Katanya lebih kepada risau dari menjengkelkan. “Oh! Aku tahu macam mana nak
betulkan hidung kau.”
Louis melihat Ivy mencapai sesuatu
di belakangnya yang Louis tak dapat nampak dan dia kembali memandang Louis.
“Apa dia?”
“Magic.” Katanya sambil
menggoyangkan jari jemarinya. “Just a little magic boleh betulkan hidung kau.”
“K-K-kau pasti ke?” Soal Louis
ingin bangun tapi Ivy menahannya.
“Relaks… Aku dah berlatih magic
dari umur 10 tahun—well, selalunya gagal—tapi sekarang aku dah kira pangkat
reben perak. So, aku rasa aku boleh buat.” Dia mematah-matahkan jarinya dan
juga lehernya.
Louis menelan air liur tiga kali
melihat jari jemari Ivy mula bercahaya hijau bila mulutnya berkumat-kamit
membaca mentera.
“N-Nanti!” Ivy berhenti dan
memandang Louis dengan kening terjungkit. “K-Kau pernah buat magic ni ke?”
“Practice magic ni pada dummy? Ya.
Real human? No. So, kau patut berbesar hati menjadi orang pertama. Ready?”
soalnya dengan senyuman nakal.
Louis menggeleng.
“Oh come on. Aku janji aku baiki
hidung kau, tanpa kecederaan lebih teruk.”
Louis merenung kearah Ivy dengan
lama sebelum mengeluh. “Fine. Promise?” dia angkat kelingkingnya.
“Promise. Now, stay still dan
alihkan tangan kau ketepi.” Ivy tertawa melihat Louis ragu-ragu. “Trust me
okay?”
“I do trust you. Aku tak percayakan
magic kau.” Louis melihat Ivy memutarkan bola matanya, tahu sangat bermaksud
Louis dah mula berdramatic dan Louis tak suka Ivy fikir dia ni Mr. Drama. “Fine.”
Dia ketepikan tangan dari hidungnya. “Do it.”
Ivy tersenyum dan menggoyangkan
jari jemarinya dengan mulutnya berkumat-kamit membaca mentera. Aura hijau
keluar dari tangannya membuat Louis memejam matanya dengan erat. Berharap magic
tersebut tak cederakan dia lebih teruk. Dia dapat rasakan hidungnya mula rasa
gatal seperti ada bulu pelepah mengusik hidungnya. Dia rasa nak bersin. Dan
selepas itu…
*PACK*
“Fucking he—arrgghh!!” Louis
berguling, bertiarap di atas tanah, memegang hidungnya yang sakit. Mengerang
kesakitan yang amat. “Kau kata kau takkan sakiti aku!”
Ivy hanya tersenyum dengan
innocentnya. “Aku kata aku takkan cederakan
kau. Bukan sakiti kau. Aku tak janji yang magic ni takkan sakiti kau.”
Louis mendongak merenung Ivy. “I
hate you.”
“Awww…. Sweetnya kau.” Ivy mencuit
pipi Louis dan di tepis oleh Louis membuat Ivy tertawa. “So, kau kata kau ada
surprise untuk aku. Apa dia?”
Marah Louis terus hilang bila dia
ingatkan barang di dalam poketnya. “Oh ya. Tunggu kejap.” Dia duduk di depan
Ivy dan keluarkan seutas rantai tersebut. “Taa-daa! Suka tak?”
Ivy mengambil rantai tersebut
dengan kasar dan melihat Jade kucing tersebut. “Eww… kucing ni macam kucing
Makcik Godzilla.”
Louis berdengus. “Oh come on Ai,
Tak boleh ke kau berlagak gembira?”
“Nak buat apa? Aku tak cakap pun
aku akan terima rantai ni. Nak buat apa berlagak gembira pulak?”
Louis mengeluh panjang. Dia
berpaling kearah Majestic yang meringkik seumpama mentertawakan dia. “Shut up!”
Dia kembali memandang Ivy. “Kalau macam tu bak sini rantai tu balik.” Dia nak
ambil rantai tersebut dari tangan Ivy tapi Ivy menghalangnya.
“Aku tak juga tak cakap aku tak
sukakan rantai ni. Kau nak buruk siku ke ambil barang yang kau dah bagi kat
aku?”
“Tadi kau kata kau taknak
terimanya.”
“Aku kata aku tak cakap aku
terimanya sebab aku tak cakap lagi. Sekarang aku cakap aku terima rantai ini
walaupun nampak macam kucing makcik Godzillah.”
“Kau mengelirukan aku kadang-kadang
tau tak? suka memanipulasikan ayat.”
Ivy mengangkat bahu dengan senyuman
tidak bersalah. “Deal with it.” Dia berikan rantai tersebut pada Louis semula
dan berputar, duduk membelakangkan Louis.
“Kau buat apa sekarang? Jangan
cakap kau tak terima pula rantai ni.”
“Pakaikan untuk aku lah. Duh!”
sahutnya membuat Louis kerutkan hidungnya. “Cepat lah, aku nak pakai rantai tu
sekarang.” Dia mengumpul rambutnya dalam genggamannya untuk menyenangkan Louis
memasangkan rantai tersebut pada lehernya.
Setelah pasangkan rantai tersebut
kepada Ivy. Ivy kembali berdepan dengan Louis untuk Louis melihat bagaimana
rupa Ivy dengan rantai tersebut. “So, sesuai tak dengan aku?”
Louis hanya mengangguk kerana
tergamam melihat Jade rantai itu sesuai dengan mata Ivy.
“Dude, say something.”
“H-Happy 15th birthday?”
Ivy tertawa besar. “Lu! Birthday aku
5 bulan akan datang!”
“Hadiah birthday untuk tahun lalu.”
jawab Louis selamba.
Ivy hanya menggeleng mendengar
alasan Louis. “Cheesy. Anyways, aku sukakannya. Thanks Lu.”
Louis mengangkat bahu dengan
senyuman bangga terpapar pada wajahnya. “Don’t mention it. Lagipun aku memang
nak bagi kat kau.”
Sepanjang hari mereka hanya
bercerita kosong dan bermain seperti biasa, melepaskan stress masing-masing
dengan senyap. Beginilah cara mereka hilangkan rasa tertekan dalam menjalankan
kerja harian mereka yang makin bertambah setiap tahun. Hanya dengan mereka
berdua bersama dan berbual kosong cukup untuk membuat mereka lupakan dunia
luar. Melepaskan tekanan di dalam diri mereka.
“Ya, minggu depan aku dah masuk
private school—tapi aku mungkin boleh keluar senyap-senyap dari asrama untuk
jumpa kau di sini! Jangan risau!”
“Dan biarkan kau kena tangkap dan
gantung sekolah?” Ivy menggeleng. “Itu kerja aku escape sekolah. Bukan kau.”
“hey, kau ingatkan lelaki tak boleh
escape ke?”
“Budak lelaki Enchanted? Tak.
Langsung tak.” Ivy tertawa melihat Louis terngangah. “Rahsia kita dah bertahan
selama 7 tahun. Kau nak lebih dan kau dapatkan apa yang kau nakkan…” Ivy
berhenti seketika. “masa untuk berhenti Lu. Kau akan masuk Private school dan
aku akan jadi apprentice Ibu aku. Kita mustahil akan berjumpa lagi.”
“kau jadi apprentice Ibu kau?” Soal
Louis agak terkejut. “Bila?”
Ivy mengalihkan pandangannya ke
tengah tasik. “Minggu depan. Sama hari kau masuk Private School tu.”
Louis segera bangun kerana perasaan
marah menggeledak di dalam dirinya. Apa yang dia marahkan sangat dia tak tahu.
Samada sebab Ivy menjadi Apprentice Ibunya yang Ivy sendiri tak suka atau
menjadi Apprentice ibunya pada hari dia masuk sekolah? Kenapa tak setahun
selepas dia masuk Private School? Kenapa dia nak jadi Apprentice Ibunya? Atau
Louis marah sebab persahabatan rahsia mereka telah sampai ke penghujungnya.
“Tapi… aku tak nak hentikannya. 7
tahun Ivy. Kau… kau kawan aku dari kecil. Satu-satunya kawan yang aku percaya
dan aku taknak hilangan kau.”
Ivy menarik tangan Louis untuk
duduk di sebelahnya semula. “Jangan macam ni Lu. Kau sendiri tahu ini mustahil
kan?”
“tapi kita sentiasa dapat
melakukannya. Selama 7 tahun.” Louis mencebik sambil memeluk lututnya. Tidak
ingin memandang Ivy.
Ivy mengeluh panjang dan jatuhkan
badannya di atas rumput. Memandang langit biru dan awan yang berarak dengan
perlahan. “Lu….”
“Hmm?”
“Baring sebelah aku.” Katanya lebih
kepada pujukan dari arahan seperti selalu.
Louis memutar bola matanya dan
baring di sebelah Ivy. “Then what?”
“Keep quite.” Marah Ivy dan memejamkan
matanya. menikmati suasana di sekelilingnya.
Louis hanya pandang Ivy seperti
kawan di sebelahnya ini telah berubah warna kulit. “Ivy?”
“Shut up.”
Louis terus menutup mulutnya. Dia
tahu apa Ivy cuba sampaikan. Suruh dia tenangkan diri dan fikir tentang
persahabatan mereka. Sebenarnya dia dah fikir dan dia tahu persahabatan mereka
takkan bawa mereka ke mana-mana. Suatu hari nanti ia akan berakhir juga Cuma
Louis tak nak ia berakhir sekarang.
Dia hanya pandang wajah Ivy dengan
senyap. Memerhatikan setiap sudut wajah perempuan itu. Dia masih ingat kali
pertama mereka jumpa. Betapa jauh beza wajah Ivy semasa kecil dan sekarang.
Dahulu Ivy kelihatan suci dan periang. Suka buat benda yang dia nak. Seperti
perempuan yang bersopan-santun. Agak pemalu. Tapi semakin mereka membesar
bersama. Setiap kali berjumpa dengan Ivy. Perempuan itu makin berubah. Mula
berpakaian serba gelap. Pakai Boot, jaket rock dan jeans koyak-rabak.
Perangainya juga berubah menjadi lebih ganas dan suka bersarkastik. Tambahan
pula make up dia. Louis tak merungut bila Ivy mula pakai make up. Cuma make up
itu menyembunyikan wajah sebenar Ivy. Wajah yang Louis kenal dan tahu.
“Ai..”
“Hmm?”
“Mungkin kau betul. Kita patut
akhirkannya.”
Ivy membuka matanya sebelah untuk
melihat Louis. “You serious? Kau bersetuju untuk tamatkan persahabatan kita?”
Louis mengangkat bahu sambil
mencebik. Dia berpaling memandang langit biru. “Ia untuk kebaikan kita berdua.
Kau betul. Kita tak boleh bersama. Ia mustahil. Ia kena berakhir sooner or
later.”
Ivy mengunakan tangannya sebagai
tongkat untuk kepalanya untuk memandang Louis dengan lebih jelas. “So, kita
jadikan pertemuan terakhir kita ni lebih bermakna.” Ivy memandang kearah
matahari yang ingin menyentuh pokok dalam hutan tersebut. “takda banyak masa.”
Louis mengangguk kecil. “Just a few
minutes.”
Mereka berdua diamkan diri, tidak
cakap apa-apa kerana tenggelam dengan pemikiran masing-masing. Tidak tahu nak
buat apa dan tidak inginkan ia berakhir begitu sahaja. Ia terlalu cepat untuk
satu jangka masa yang sangat panjang.
Kedua-dua tidak ingin hentikannya.
Mereka taknak hentikan hubungan mereka. Tapi terpaksa. Mereka ingin hentikannya
tapi tidak seperti itu. Ada banyak benda mereka ingin lakukan. Berjanji untuk
buat bersama. Nampaknya mereka tak dapat nak buat semua tu lagi selepas mereka
berpisah.
“Lu..”
“Hm?” Louis berpaling melihat Ivy.
“Tutup mata kau.” Louis menjungkit
kening. “Tutup je lah.”
Louis akur dan menutup matanya.
“Then what?”
“Just shut your trap.” Arah Ivy.
“dengar apa yang aku nak cakap sebab aku hanya cakap sekali ni je.” Katanya.
“Aku nak kau tahu aku sayangkan persahabatan kita selama 7 tahun ni. Ia
merbahaya tapi kita sanggup ambil risiko setiap kali kita berjumpa. Ia
berbaloi. Meluangkan masa dengan kau selama 7 tahun ini sangat bermakna bagi
aku.” Ivy menutup mata Louis bila dia ingin membuka matanya hanya kerana suara
Ivy yang menggeletar. “Jangan buka.”
“Ivy….” Louis memegang tangan Ivy
yang menutup matanya.
“Please Lu. Buka mata kau bila aku
suruh. Okay?”
“Ivy.”
“Promise!”
Louis menghembus nafas panjang dan
mengangguk. “Janji.”
Louis dapat rasakan Ivy menarik
tangannya semula dari matanya. seperti yang dia janjikan, Louis tidak membuka
mata.
“Aku nak buat banyak benda lagi
dengan kau. Tapi itu dah tak mungkin berlaku selepas ni. So, aku nak buat satu
benda ni. Hanya satu perkara yang aku nakkan dari kau. Aku tak tahu apa yang
kau rasakan sebenarnya tapi aku tak kesah. Untuk kali terakhir… benarkan aku
untuk buat perkara ni kat kau.”
Louis hanya menunggu apa yang Ivy
nak buat kat dia. Louis tahu Ivy nak sangat kalahkan Louis dalam perlawanan
mereka. Dia kata dia nak tumbuk Louis sampai lebam. Kalahkan dan mentertawakan
Louis sehingga hatinya puas. Adakah Ivy nak belasah dia semasa matanya tertutup
seperti ini?
Louis hanya mengangguk. Benarkan
Ivy untuk belasah dia. “Tapi lepas ni kau kena sembuhkan aku dengan magic kau
okay?”
Ivy hanya tertawa. Louis dapat
rasakan deruan nafas Ivy pada pipinya. “Aku tak rasa magic aku boleh sembuhkan
kau.”
Kenapa suara Ivy dekat sangat?
Tanpa Louis jangkakan, dia dapat
rasakan benda lembut di tekankan pada bibirnya. Pada mulanya dia agak terkejut
tapi bila dia tahu ia rupanya milik Ivy. Dia kembali relaks dan menerima
kucupan tersebut.
Ia tak lama. hanya beberapa saat
sebelum Ivy menarik diri.
“Ivy?” Louis memanggil bila Ivy tak
cakap apa-apa. “Boleh aku buka mata sekarang?”
Tiada respon.
Ia membuat Louis rasa cemas dan
segera membuka matanya. duduk dengan tegak untuk melihat sekelilingnya. Mencari
kelibat Ivy.
“Ivy?”
Dia dah pergi.
“IVY?!!”
Dadanya mula rasa sebak dan matanya
rasa seperti nak terbakar. Dia segera memeluk lututnya dan menyembunykan
mukanya pada celah lutut. Menahan, menyembunyikan rasa sedih yang dia rasa di
dalam hatinya.
Adakah Ivy menyukai dia juga? Dia
perlukan keterangan itu tapi dia takkan pernah jumpa Ivy lagi. Dia dah tiada.
Persoalan tersebut menyakitkan hati Louis. Umpama racun yang membakar
jantungnya. Sumpahan yang memakan dalamannya.
Sumpahan yang tidak boleh
dibatalkan. Tiada magic yang boleh batalkan sumpahan tersebut. Seperti yang Ivy
sendiri katakan;
Magic Ivy pun tak dapat nak
sembuhkan luka di dalam hati Louis.
.
.
‘maafkan
aku. Aku pentingkan diri sendiri. Aku tak patut buat macam tu tapi aku taknak
tinggalkan sebarang penyesalan. Aku tahu kau akan bencikan aku selepas ini. Apa
yang aku nak dari kau hanyalah satu. Bahagia untuk aku. Kalau boleh biarlah aku
hanya menjadi kenangan lama di dalam hidupmu. Hanya cebisan kisah pendek dalam
kehidupanmu. Suatu hari nanti kau akan melupakan aku. Mungkin akan bermusuhan
dengan aku bila kau mula membenciku. Tapi, perasaan ini. perasaan di dalam hati
ini biarlah aku simpan sebagai tanda betapa pentingnya kau bagiku. Yang
mengubah, memberi harapan di dalam kehidupanku.” – Ivy
‘Bagaimana
aku boleh bencikan kau kalau kau telah mencuri hatiku dari mula lagi? Aku yang
pentingkan diri sendiri kerana tidak ingin melepaskan kau dari dulu lagi. Aku
seorang pengecut kerana tidak dapat menghuraikan perasaan aku dekat kau semasa
kita masih bersama. Kalau lah aku lebih berani, yakin yang kau juga mempunyai
perasaan yang serupa, mungkin ini bukan penghujung hubungan rahsia antara kita
berdua. Tapi… semua itu telah terlambat. Dan semuanya menjadi sebuah kenangan
di dalam kehidupan. Sebuah kenangan yang indah namun pada masa yang sama sangat
pahit. – Louis
Comments
Post a Comment