Fifteenth L.O.S.T

The Rightful Mission

“Good Morning Your Highness.”

“Gretel?” Louis berkelip beberapa kali, hampir nak menggosok matanya sendiri (Fyi: satu kelakuan yang kurang sopan bagi seorang putera) kerana tidak percaya, siapa yang dia lihat terpacak depan pintu bilik belajarnya sambil memeluk beberapa buah—maksud Louis sangat banyak—fail dalam tangan.

Gretel tersenyum nakal, hampir serupa dengan senyuman Hansel membuat Louis cringe. “Your’s truly.” Katanya dan mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik itu tanpa kebenaran Louis, datang mendekati bakal pemerintah Enchanted yang duduk di meja kerjanya. “Maaf Patik tak dapat nak tampilkan diri dengan pemakaian yang lebih sesuai, Patil sedang berlatih memanah dengan Lord Alder dari matahari naik dan terlajak—maaf sebab lambat juga.” Gretel meletak fail-fail dalam tangannya diatas meja Louis dengan kasar dan mengelap dahinya yang tidak berpeluh. “Fewww! Ini semua laporan dan perkembangan tentang kes Losing Heart yang telah di failkan dan diringkaskan untuk kesenangan Tuanku. Ia telah di susun mengikut tahun dari—”

Louis mengambil fail yang teratas, membelek helaian kertas yang kelihatan tebal dengan ekspressi muka kesakitan. “Ini yang kamu katakan… ringkasan?”

 “Hm?” Gretel berhenti berleter dan berpaling melihat Louis. “Oh, yes. Patik faham yang Tuanku nak tahu tentang kes ni secara detail namun memandangkan Tuanku sibuk dengan persediaan sebagai Raja Enchanted yang pertama, Kami terpaksa ringkaskannya untuk Tuanku. But no worries, itu sebab patik berada di sini. Menjawab semua persoalan Tuanku.”

Louis memandang muka Gretel seperti dia tidak pernah lihat perempuan berpakaian combat didalam hidupnya. Louis tak faham samada Gretel sebenarnya sedang bersarkastik atau bercakap jujur. Mukanya kelihatan jujur namun ayatnya sangat… menjengkelkan. Adakah ini sebab Gretel teringatkan dia pada Hansel? Lelaki yang suka berkata sarkastik dengannya? Membuat Louis juga terfikir kelakuan Gretel sama seperti Hensel terhadapnya?

Putera George menarik nafas dalam, menggeleng secara mental cuba tidak berfikiran negative sebelum berikan senyuman professional pada Gretel.

“Terima kasih Gretel, Beta rasa beta boleh memahaminya sendiri. Beta rasa kamu boleh pergi—
“Patik dah agak Tuanku akan cakap macam tu.” Gretel menyampuk dengan senyuman nakalnya yang tersangat sama dengan senyuman Hansel. “Tapi patik telah mendapat arahan dari The Great Wizard Merlin dan The Believers yang mengetuai Kes ini untuk sentiasa berada di sis Tuanku, melaporkan setiap perkembangan Kes ini secepat yang mungkin.”

Macam Louis cakap tadi. menjengkelkan. “dan…” Louis menghembus nafas berat, mula membaca fail didalam tangannya. “Dan siapa ketua dalam kes ni?”

“Abang Patik.”

Louis kembali mendongak memandang Gretel dan perasan senyuman nakal itu memegang lebih banyak maksud yang tersirat. Dan ia horror bagi Louis.

Gretel hanya berikan senyuman manis pada Putera di hadapannya. “Dan Abang patik ada pesanan peribadi pada Tuanku—” Dia terus menghentak tangannya di atas meja Louis, ekspressi wajahnya berubah menjadi serious, renungan tajam yang hampir sama dengan renungan maut Hansel, Cuma Hansel lagi menakutkan. “Bila aku kembali ke Camelot pastikan kau bersiap sedia, aku akan pastikan kau sengsara kerana lukakan kawan aku!—Itu pesanan Hansel pada Tuanku.” Suara Gretel kembali menjadi sopan bersama senyuman manis tertampal pada wajahnya.

Louis tergamam. Tidak menyangka Gretel juga mempunyai watak Vicious sama seperti Hansel. Yang lebih mengejutkan, Hansel dapat tahu tentang kejadian malam majlis tu.

Oh Godness Gracious, I’m screwed.

Louis menyentuh dahinya, sudah dapat rasakan stress pagi datang menjelajah kepalanya dan mengeluh. “Biar Beta teka, kamu takkan tinggalkan beta bersendirian kan?”

“Yup.” Jawab Gretel mengambil fail yang Louis tengah baca. “Patik akan terangkan kesemuanya tentang kes ni sementara Tuanku teruskan kerja Tuanku seperti biasa.”

“Great.. just Great.” Balas Louis langsung tidak teruja. “dan… memandangkan kamu kawan rapat pada Ivy…” sekali lagi Louis mengeluh, stress pagi dah tiba. “kamu akan secara tidak direct, menyeksa Beta kerana lukakan Ivy.”

“Oh you are so smart Your highness! Patik pasti Tuanku akan jadi pemerintah yang Berjaya nanti!” katanya dengan ceria dan penuh sarkastik. “Now, lets start with the case 20 years ago. Pada mulanya ia berlaku di tanah Etalean….”

Entah berapa kali Louis mengeluh dan kali ini ia sangat ketara membuat Gretel tertawa sambil membaca fail tersebut. “This is going to be a long…. Day.” Bisiknya dan mengusap muka fed up.

>X<

This is going to be a long… mission.” Ivy menutup begnya dengan kasar dan lontarkannya kearah pekerja istana (Hampir buat dia jatuh terduduk bila menangkapnya) dan menghentak kaki keluar dari bilik itu, mengendahkan lelaki berambut perang gelap, berpakaian Formal mengekorinya dari belakang.

“Bukannya teruk sangat pun Vee, malah ini peluang kau untuk dapatkan kayu sakti baru!” Hansel cuba ceriakan kawan baiknya tapi ia tidak berhasil. Hansel mengeluh kecil. “Come on Vee, Aku minta maaf sebab marah kau dua hari lalu. It’s that bratsy prince fault—

“Berhenti panggil dia brat—

“Tu yang kau panggil dia!” balas Hansel dengan senyuman kecil di hujung bibirnya, melihat Ivy menghembus nafas geram. Tambah murung dari sebelumnya.

“Ini semua—Salah kau!” Ivy tetiba menjerit bila burung gagak hitam terbang masuk dari tingkap laluan istana dan Ivy terus menghayun jarinya dengan sebutan ‘into a human’ dan Diaval bertukar menjadi manusia di belakangnya, sebelah Hansel dan berjalan mengikut rentak mereka.

“Hansel dah tahu hubungan sulit korang dari dulu lagi! Dia yang teka, aku tak cakap apa-apa pun!” Diaval menyelamatkan diri sendiri tapi senyuman menjengkelkan terpapar pada wajahnya, Nampak sangat dia tak rasa bersalah beritahu Hansel tentang pergaduhannya pada malam majlis malang di Camelot.

“Tekaannya mungkin salah kalau kau tak bagi balasan padanya!”

“Aku tak bagi apa-apa—

“Ekspressi wajah kau membongkar segala rahsia D.” Hansel menyampuk dan mendapat renungan ‘kau-tak-membantuk-budak’ dari Diaval. Hansel hanya tersengih-sengih sambil angkat tangan tidak bersalah.

“Urrggghh! Korang dua ni sangat annoying!” jeritnya dengan mata melihat ke langit. “Kenapa aku boleh bergaul dengan dua lelaki paling menjengkelkan dalam dunia ni?!”

“Hey, atleast lepas ni hanya seorang je sakitkan hati kau dan kau boleh tukar dia jadi burung kalau kau taknak dengar dia membebel.” Usik Hansel dan sekali lagi renungan membunuh Diaval sampai kearahnya. Hansel endahkan dan lajukan langkahnya supaya berjalan bersebelahan dengan ahli sihir yang berjalan seperti lipas kudung itu.

“Come on Vee, jikalau aku tahu pun, bukannya aku boleh buat apa pun, Aku kat sini dan putera Bongkak—

“Stop calling him names!”

“—Tu jauh di Camelot. It takes 2 days to arrive dan aku takkan buangkan masa aku hanya untuk belasah mamat durjana tu—

“—Hansel!”

“—dan kembali ke sini lagi untuk teruskan kerja aku. Dua kali ganda penat—dan berhenti bela mamat tu selepas apa dia buat kat kau.” Kata Hansel dengan nada sama annoyed.

“Okay, letak masalah lover boy ni ketepi dan fikir pasal kebaikan misi ni.” Diaval pula menyampuk, berjalan di sebelah Ivy. “Kau nak buktikan pada semua orang yang kau… bukan lagi satu ugutan pada mereka kan? The apprientice wand; kayu sakti yang mengalahkan Maleficent pada peperangan dua bilah!—Bayangkan kalau kayu sakti tu jatuh ke tangan kau?” soal Diaval dengan senyuman penuh makna. “It means more than having such power.”

Diaval menjeling kearah Hansel, memberi signal pada lelaki itu untuk sokong ayatnya.

Hansel buntu untuk seketika dan mengangguk teragak-agak. “Ha-Haah… dan kayu sakti tu boleh buktikan kau seorang ahli sihir yang baik. Show them you are no longer Vicious. Plus, kau kan nak buat kayu sakti baru? Takkan kau nak lepaskan peluang untuk mendapatkan kayu sakti wizard Merlin?” soal Hansel, saja tekankan empat perkataan terakhir dengan senyuman nakal.

Ivy menjeling ke kiri dan ke kanan, dapat rasakan dua durjana tu sedang menghasutnya dan turun tangga utama istana, menuju ke pintu masuk. “korang lupa satu maklumat penting… kayu sakti tu dah di sumpah lenyap dari dunia nyata remember?” soalnya dan menjeling kearah Diaval. “Kau tolong ibu dapatkan kayu sakti tu. Remember?”

Diaval hanya mengangkat tangan tidak bersalah sambil tersengih-sengih.

Ivy memutar bola matanya, geram dengan Diaval kadang-kadang. Ivy perasan yang Wizard Merlin dan keluarga diraja Etalean berada di hadapan pintu utama istana dan merungut dalam diam.

Great, sekarang dia kena berdepan dengan seluruh keluarga musuh ibunya.

Belum sempat Ivy fikirkan cara untuk melepaskan diri dari bercakap dengan mereka, mentor kesayangannya perasan kehadiran Ivy datang dan menyapanya.

“Ah cik Ivy! Nasib baik kamu sempat turun, Mereka dah nak pergi buat kerja mereka. Come-come.”

“oh really? Kalau aku tahu aku jalan lambat-lambat.” Bisiknya serendah yang mungkin sebelum tersenyum terlalu manis. “Coming—ow!” Ivy berpaling melihat Diaval. Berbisik into a bird pada lelaki yang memukul belakangnya dan berikan renungan maut pada Hansel.

“Aku pergi tengok kalau mereka dah siap kemas barang korang.” Hansel melajukan langkahnya keluar dari istana, sempat menyapa keluarga diraja itu dan pergi ‘memastikan’ barang Ivy sudah lengkap untuk perjalanannya yang agak panjang.

Diaval pula terbang keluar mengejar Hansel. Taknak dia melekat dengan Ivy, kang bulu pelepahnya dicabut oleh ahli sihir yang sedang marah itu.

“Your highnesses.” Ivy tundukkan kepalanya sikit menyapa semua kerabat di raja dengan senyuman seikhlas yang dia boleh buat. Matanya jatuh pada seorang budak kecil didalam tangan Puteri Blair Rose.

Budak kecil itu tersenyum pada Ivy dengan riang dan tangan kecil ingin mencapai ahli sihir itu. Membuatkan Ivy membelakangkan sikit dari dia.

“Oh, kamu tak pernah jumpa lagi anak Beta. Ini Putera Jeremaiah.” Putera Benjamin memperkenalkan putera sulungnya dengan formal.

Ivy hanya berikan senyuman separuh. “Dia….. comel.” Sebelum berpaling memandang Wizard Merlin. “So, macam mana batalkan sumpahan ibu pada kayu sakti Tuan?”

“Bunyi macam kamu tak yakin kamu akan dapatkan kayu sakti tu?” Soal Wizard Merlin dengan senyuman terhibur.

“Logic speaking, ni sumpahan Maleficent kita cakapkan. Sumpahan Ibu susah nak dibatalkan. Almost like a killing curse.” Kata Ivy dengan satu tangan berada di pinggang. “It’s unbreakable.”

“Tapi Cik Devil, sumpahan ni bukan satu sumpahan membunuh.” Permaisuri Aurora bersuara dengan tenang, terukis senyuman kecil pada hujung bibirnya membuatkan Ivy tidak selesa dengan permaisuri itu—sebenarnya, Ivy tak selesa langsung dengan kehadiran Puteri yang disumpah oleh Ibunya.

“Bermaksud ada cara untuk membatalkan sumpahan Maleficent.” Puteri Briar Rose bersuara dengan lembut. “Beta tahu apa yang kamu fikirkan Cik Devil. Ibu kamu memang kuat tapi semua orang ada kelemahan dan magic Maleficent ialah Royal Fairy.”

“Dorang cuba buka laluan untuk batalkan sumpahan tu kan?” Soal Ivy kedengaran seperti dia tahu jawapan itu. “Dengan rahmat dari mereka, tentu ada kemungkinan untuk kembalikan kayu sakti tu.”

“Cik Devil, kamu kena fikir positif untuk dapatkan kayu sakti ni. teruskan perangai kamu seperti ini, kamu takkan layak menyerunya.” Permaisuri Aurora menegur dengan penuh tertuturan. Kedua tangan disimpul dihadapannya. “kamu kena buktikan yang kamu—

“Saya layak dapat kayu sakti Wizard Merlin, yeah.. yeah I know.” Potong Ivy kelihatan sangat menjengkelkan. Ivy alihkan perhatiannya dari renungan kerabat diraja itu, tidak ingin melayan mereka tapi renungan Mentornya membuat Ivy mengeluh berat.

Dia kembali memandang kerabat diraja itu dengan bahu dipeluk erat. “Maaf.” Katanya seikhlas yang boleh. “It’s sounds impossible to me. Bukan saya cakap saya tak percayakan tuanku permaisuri tapi….” Ivy mengangkat bahu. “It just is.”

Permaisuri Aurora dan Wizard Merlin saling berpandangan dengan senyuman kecil terukir pada hujung bibir mereka seperti mereka dah agak jawapan tersebut dari Ivy.

Ivy rasa seseorang menyentuh bahunya dan berpaling kebelakang, agak terkejut bertemu mengetahui kehadiran raja Philip di belakangnya, tersenyum manis pada Ivy.

“Tuanku.” Ivy tundukkan kepalanya sedikit, mata tidak lepas dari wajah tua raja tersebut. Bukan kerana wajahnya dah kerepot. Tak, ia kerana Ivy tak menyangka Raja Etalean itu kelihatan agak tampan untuk orang tua berumur 82 tahun. 82 tahun.

Senyuman Raja Phillip yang menenangkan itu membuatkan Ivy tertanya jikalau Ayahnya masih hidup, adakah dia kelihatan seperti Raja Phillip? Wajah berkedur dan rambut beruban tapi kelihatan sangat tampan.

Ivy segera menggeleng secara mental, memasang ekspressi wajah menjengkelnya semula.

Dan Raja Phillip tetap berikan senyuman ‘menenangkan’ itu. “Selamat pagi Cik Hood.”

Ivy.” Suara Ivy sangat mengancam.

“perkataan pendek untuk Vivian, kan?” Soal Raja itu tetap tersenyum. “Beta tak sangka beta akhirnya dapat bertemu dengan anak Robin dan Maleficent.”

“Nampaknya Tuanku tak senang berjumpa dengan saya.” Dia tetapkan dengan perangainya yang menjengkelkan. Mendapat gelengan dari keluarga Raja Philip dan Mentornya sendiri.

“Sebenarnya. Beta gembira.” Jawabnya membuat Ivy tergamam. Raja Etalean ini tersenyum terhibur. “Ibu kamu melalui banyak penyeksaan, kesengsaraan yang dia tak patut lalui tapi Ayah kamu selamatkan dia. I can see, mereka berdua akhirnya jumpa kebahagiaan yang mereka inginkan.”

“Yeah? Kalau ya, tolong jelaskan apa Ibu buat kat Ayah saya 17 tahun lalu.” Katanya cuba kedengaran menjengkelkan tapi wajah murung Raja Philip kelihatan lagi tidak menyelesakan dari senyumannya. Dan kenapa renungannya membuatkan Ivy terbayangkan wajah…… ayahnya?

Seperti Ivy telah mengecewakan ayahnya—Ivy segera menggeleng dan minta maaf dalam nada terendah dia ada.

Raja Philip kembali tersenyum. “Jangan risau Cik Hood. Beta juga minta maaf kerana tidak bertemu dengan kamu sepanjang masa kamu berada di sini. Beta agak sibuk dengan kejadian yang berada di didalam Etalean dan juga pengurusan dalam pertakhtahan Putera George.” Katanya dengan kepala ditunduk sebagai tanda maaf. “Apapun, Beta harap kamu dapat memulangkan Kayu sakti Merlin Cik Ivy.”

“Korang berharap sangat dengan perempuan datang dari Vicious.” Ivy kata dengan nada sarkastik. “Apprientice wand tu telah disumpah oleh Ibu. Kayu sakti yang dikatakan ‘terkuat’ dan mampu menumpaskan ibu telah di sumpah oleh… Ibu saya.” Ivy memandang kesemua orang Enchanted bersamanya dengan gelengan. “mustahil untuk saya kembalikan kayu sakti yang di sumpah ‘tiada ahli sihir yang layak menyeru kembali kayu sakti tu dan akan selamanya hilang.’ Dan apa pengubahsuaian Royal fairy buat pada sumpahan itu lagi?”

“Kayu sakti Tuan Merlin kembali ke alam reality bila ahli sihir yang layak memegangnya datang.” Hansel datang mendekati mereka dan tunduk hormat pada orang-orang berpangkat tinggi didalam kumpulan itu. “Tuanku sekalian.”

“Dan Ahli sihir yang layak memegang kayu saktu tu hanyalah Ahli sihir mulia. Dan aku bukan orangnya.” Ivy kata mencapaikan tangan keudara untuk Diaval mendarat dan letakkan di bahunya. “Kayu sakti tu diperbuat dari bulu pelepah white swan and the purest gold in this land. Oh, the blue dust from the Pixie Queen serta magic Royal Faries… Ibu tak dapat nak gunakan kayu sakti tu. It’s too good untuk magic gelap Maleficent. Jadi Dia sumpah untuk lenyapkannya dari muka bumi.” Ivy merenung pada wajah orang-orang atasannya. “Dan…. Korang lupa satu maklumat penting. Tiada ahli sihir boleh pegang kayu sakti tu.

“Salah, tiada ahli sihir di tanah ni boleh pegang kayu sakti apprientice. Kamu datang dari tanah sebelah.” Wizard Merlin berikan senyuman orang tuanya.

“Tapi saya bukan ahli sihir yang baik.” Ivy menyentuh dadanya sendiri, menyatakan yang kenyataan.

“Kau/kamu nak kayu sakti tu ke atau tak?” Soal Mereka semua dengan serentak. Membuat Ivy geli geleman sekejap dan melihat Hansel siap mengeluarkan kayu sakti Ivy dari beg sandangnya. Berikan pada Ivy.

Ivy mengambil kayu sakti itu, merenung kayu sakti pemberian ibunya didalam tangan, melihat ukiran halus yang dia reka balik untuk mempermainkan mata Enchanted tentang dirinya yang sebenar.

Berfikir adakah dia sanggup musnahkan hadiah pemberian dari ibunya hanya untuk kayu sakti yang dia tak tahu samada dia akan mendapatkannya atau tidak.

Ivy mendengar Putera Benjamin sedang berbisik sesuatu pada Isterinya dan berpaling memandang kedua suami isteri itu. Mereka meminta kebenaran untuk beredar kerana mereka ada hal. Dan mereka berpaling melihat Permaisuri dan Raja Etalean pula, diamkan diri memandang Ivy seorang.

“Bukan TUanku berdua ada hal nak buat ke?” Soal Ivy dengan kening terjungkit.

“Apa yang Ivy maksudkan ialah Permaisuri Aurora sepatutnya berada di jamuan minum petang bersama tetamu Tuan Permaisuri bukan?” Wizard Merlin bersuara, memperbetulkan ayat Ivy yang sedikit kasar.

“Oh ya, nasib baik kamu ingatkan saya Emrys. Well then, kalau macam tu saya beredar dulu.” Katanya tapi sebelum dia pergi dia datang menyentuh bahu Ivy. “Cik Devil, Beta harap… Sangat berharap kamu dapatkan Kayu sakti Apprientice tu.”

Ivy menghembus nafas lembut, mata tidak tinggal pada wajah Permaisuri Etalean itu. “Tuan Permaisuri berharap dari orang yang salah.”

Permaisuri Aurora tersenyum kecil. “Tak bagi Suami Beta.” DIa berpaling memandang Raja Philip yang mengangguk setuju.

“Then, Kedua Tuanku salah.”

Ini buat Raja Philip tertawa, mencapai tangannya memanggil Permaisuri Aurora. “Come my Queen, Masa untuk kita pergi.”

Permaisuri Aurora menyambut tangan suaminya dan diselitkan pada lengan si Suami. Meminta diri pada Mereka semua sebelum kedua Suami isteri diraja itu beredar meninggalkan Ivy yang sedikit kebuntuan.

“Kenapa Raja Philip ketawa?” Soalnya memandang Wizard Merlin dan dia dengar Raja itu tertawa dari jauh. Membuat DIa bertambah musykil. “Kenapa Dia ketawa??”

Dan Tawa Wizard Merlin bukan apa yang Ivy nakkan, serta tolakan lembut dari Mentornya membawa dia ke kereta kuda mereka.

“Tuan Merlin!” sahutnya tidak melawan tapi merungut, menunggu Mentornya menjawab persoalannya.

Hansel hanya menggeleng dengan senyuman asymmetry yang menawan tertampal pada wajahnya. “Kau tak pernah tertanya ke kenapa Raja Philip baik dengan kau? Sedangkan dia dan Isterinya ada sejarah dengan Maleficent?”

“Sebab mereka Enchanted? Forgiveness is like breathing to you guys.” Balas Ivy sambil mengangkat bahu.

Wizard Merlin menggeleng. “Dahulu, Raja Philip dan Robin kawan baik. Before Robin kena culik dan dijadikan hamba abdi Ibu kamu.”

Ivy tertawa sarkastik. “Macam mana kerabat diraja boleh berkawan dengan anak yatim?”

“Semasa zaman gelap, pangkat diantara orang Enchanted tak seberapa penting. Mereka semua bersatu dan bergabung tenaga untuk kalahkan Villain.” Hansel bersuara, membuka pintu kenderaan untuk mereka. “Dan…. Ayah kau tolong Raja Philip keluar dari haluan maze berduri ke istana Etalean dan tunjukkan dimana Permaisuri di kurung.”

“Dan sebagai balasan budi, Robin minta Raja Philip untuk tidak bunuh Maleficent.” Merlin sambung ayat Hansel. “Raja Philip teragak-agak tapi dia tunaikan janjinya. Mempercayai Robin dan mengetahui yang Robin juga akan pegang janjinya pada Raja Philip.”

“And that is?”

“To bring peace to Enchanted.” Hansel depakan tangannya kearah pintu kenderaan. “Lady’s fisrt?”

Ivy memutar bola matanya dengan senyuman, ada-ada je perangai Hansel dan masuk kedalam kenderaan itu dan disusuli oleh Wizard Merlin. “Lebih banyak aku tahu tentang Ayah, makin besar rupanya pengaruh Ayah dalam Perang Dua Bilah ni.”

Sekarang kau tahu kenapa Cerita Dongeng Robin Hood ditulis untuk seluruh rakyat Enchanted.” Hansel memeluk tubuh di hadapan pintu kenderaan itu dengan senyuman nakal. “Now, Good luck dalam menjalankan misi korang mendaparkan Apprientice wand tu. Dan Ivy, Be careful okay?”

“Aku masih tak faham mengapa korang percaya aku boleh dapatkan kay utu.”

Hansel menarik sengih, menutup pintu kenderaan kuda untuk mereka. “Keep denying Vee, kau pun tahu kenapa.— Kamu boleh bawah mereka pergi!” sahut Hansel dari luar pada pemandu kereta kuda dua ahli sihir terkenal itu.

Ivy mengeluarkan kepalanya dari tingkap itu dan melambai pada Hansel. “Tu masalahnya! And its terrifying!”

“Kau akan okay Nenek sihir! Trust me!” sahut Hansel ketawa sambil melambai kearah kereta kuda yang bergerak pergi meninggalkan perkarangan Istana.

Ivy jatuhkan lambaiannya dan kembali duduk dengan kening berkerut. Mendongak memandang Mentornya. “Tuan Merlin…”

“Hm?”

“Boleh Tuan ceritakan pada saya kisah sebenar pada malam Raja Philip kalahkan… Ibu saya?”

“Nak tahu apa ayah kamu buat sampai membuatkan Raja Philip juga percayakan kamu?”

Ivy mengangguk dan ini buat Wizard Merlin tersenyum gembira disebalik jambangnya.

“Well… di mana patut saya mula?” katanya dengan nada lawak membuat Ivy juga tersenyum.

>X<

It’s now or never my Lord!”  sahut Rumplestiltskin tanpa meninggikan suara, memandang pelajar Dementis di sekeliling mereka. Cuak dengan renungan menakutkan pelajar, Rumplestiltskin melajukan langkahnya, mengejar Pengetua Dementis yang berkaki panjang itu.

“Bah! Kau ingat masuk ke dalam mimpi seseorang tu suatu kerja yang mudah?” Soal Jack Skellington, menghayun tangannya keudara. “Aku mungkin menikmati mengacau mimpi indah kanak-kanak, memberi harapan pada anak-anak Vicious tapi… kau kena tahu yang mimpi adalah salah satu pengaruh besar pada minda seseorang dan kalau tersalah langkah, budak tu boleh jadi gila.” Kepala Jack Skellington berputar 180 darjah tanpa badannya bergerak, merenung kearah Rumplestiltskin sebelum kembali kehadapan dengan melengkapkan satu putaran.

“T-tapi tu je caranya untuk pengaruh jahat The Devil kekal!” Rumplestiltskin ingin bergerak ke sisi Tuan Jack namun renungan gelap Jack membuatkan Rumplestieltskin ke tempatnya semula. “Listen Dear Lord, dia berdarah Enchanted juga dan tidak mustahil kalau dia terpengaruh dengan orang-orang di sana dan menjadi baik. Kemungkinan dia menjadi baik sangat besar!” sahutnya seperlahan yang mungkin, walaupun laluan istana itu kosong dari sesiapa.

“Tuan, Kalau dia menjadi baik, peluang kita untuk jadikan peperangan ni jadi kenyataan takkan tercapai.” Bisik Rumplestiltskin sekali lagi, mula rasa sakit hati bila orang berkali ganda lebih tinggi darinya tidak melayan dia. “Tolong, Tolong Tuan Jack…. Hanya Tuan boleh berkomunikasi dengannya sekarang. Hanya Tuan boleh ingatkan dia siapa dirinya sebenar.”

My Little Devil tahu siapa dirinya sebenar!” Perhatian yang Rumplestiltskin inginkan diberi dengan satu letupan marah dan aura membunuh muncul disekeliling Tuan Jack. “Saya tidak meragui kejahatan Miss Devil, dia ahli sihir terjahat didalam dunia ni! Dia akan cetuskan peperangan diantara dua tanah ni. SAya percayakan dia, Kamu sendiri kata takdirnya tidak akan berubah. Jadi mengapa kamu meragui kebolehan Miss Devil?”

Rumplestiltskin mengambil selangkah kebelakang dengan tangan dinaik keudara sebagai perlindungan. “S-s-saya bukan meragui C-Cik Devil… T-tapi Lelaki tu mungkin akan mengambil langkah… buat sesuatu untuk pastikan Cik Devil di jalan yang betul dan mungkin… peperangan ini akan makan masa yang agak lama—

Budak tu takkan ganggu Miss Devil! I’ve seen his dreams; I’ve seen his nightmare. Dia takkan berani mengambil sebarang langkah.” Marah Tuan Jack lagi, dia berhenti di hadapan pintu pejabatnya berdiri dengan penumbuk digenggam erat di sisinya sambil merenung RUmplestiltskin.

Now.. Bugger off! Sebelum aku masuk kedalam mimpi kau malam ni dan berikan kau mimpi buruk yang paling teruk sehingga kau menggila. NOW BE GONE!” Kata Tuan Jack sebelum dia menghempas pintu pejabatnya di depan muka Rumplestiltskin. Meninggalkan lelaki kerdil itu tergamam di tempat dia berdiri, kaki menggeletar ketakutan dan dahi berpeluh teruk risau.

“Oh Dear… Oh my… Oh no…….” Sahutnya dalam bisikan cemas dan terus memandang sekelilingnya, seperti memastikan tiada siapa di tempat itu sebelum berjalan pergi sambil menggigit kuku ketakutan. “Lelaki tu akan buat apa sahaja untuk Devil…” Bisiknya sambil pergi.

Tanpa dia sedari, di hujung laluan terselit dua pelajar Dementis, Satu menutup mulut terkejut, seorang lagi menyandar pada dinding memeluk tubuh dengan gula getah ditiup.

Pop!

“My Sweet—Dots! Kau dengar tak tu?”

“Duh!” Dottie memutar bola matanya. “Entah apalah Ivy buat sampai dirinya terjebak dalam hal seteruk ni. She’s an Idiot.” Dottie mengeluh berat dan bangun dari menyandar. “Come on, kita ada kelas tak lama lagi. Kita kena pegi lapor cepat.”

Caremel hanya mengangguk dan mengekori Dottie, Dia sempat paling ke pintu pejabat Tuan Jack dan berubah pandangan ke Dottie. “Hey, kau rasa Ivy akan jadi baik ke?”

“Sebenarnya… Aku taknak dia baik.” Kata Dottie kedengaran sedikit sedih, memandang keudara sebelum berikan renungan tajam pada Caremel. “Tapi… kita tunggu dan lihat. Kalau dia betul-betul baik—

“Kita kena bunuh dia.” Caremel ketawa kecil disebalik tangannya membuat Dottie menarik sengih. “Kau rasa bila peperangan ni berlaku?”

“Soon… tak pasti jika ia berlaku akhir tahun ni atau kita kena tunggu setahun lagi but soon.” Mengeluarkan sebatang rokok dari poketnya dan letakkan diantara bibir. “Then, We will see their perfect little fairy tale life ruin into ashes.”

“Nightmare become a reality.”

Kedua-dua Villainess ini ketawa sesame sendiri dengan keji, gelak mereka bergema di laluan kosong itu seumpama mereka berdua ialah Villain sebenar dan terkejam di tanah itu.

Dan tanpa mereka sedari, di hujung laluan itu ada seorang budak lelaki serba hitam dan separuh muka pucatnya tertutup dengan rambut depan. Memeluk erat buku rujukan ‘The Enchanted’s Creature’ pemberian Ivy kepadanya dengan horror.

Dia menggeleng tidak percaya apa yang dia dengar dari dua senior itu tapi dia lebih tidak percaya yang dua perempuan yang sepatutnya kawan rapat The Heartless Witch, Ivy the Devil ingin membunuh ahli sihir yang terperangkap di tanah sebelah.

Dan Ivy the Devil menjadi baik?

Jadi, apa yang mereka cakap Cik Devil terperangkap di tanah sebelah adalah satu penipuan? Cik Devil sebenarnya orang baik? Enchanted? Dan disebabkan itu mereka berdua ingin membunuh Cik Devil? Anak Maleficent—Sebentar—Adakah Mistress Maleficent tahu anaknya menjadi baik?

Muka Athens menjadi lebih pucat dari sebelumnya dan berpaling bertentangan arah, ingin beredar tapi langkahnya terhenti bila dia bersemuka dengan perempuan berpakaian serba black tutu dan tiara silver berbatukan delima hitam yang begerlipan diatas kepalanya, tersenyum dengan penuh wicked bersama jari telunjuk di bibir.

Hush dear cousin… or the walls knows your secret.” Kata Utopia dengan kenyitan mata membuat bulu roma Athens remang satu badan. Ketakutan.

.

.

Kembali pada Raja Mimpi Ngeri, Dia berdiri depan tingkap bilik pejabatnya, memandang para pelajar sedang menjalankan hari-hari mereka (Menyeksa pelajar lain dan staff-staff istana) dengan segelas minuman didalam tangannya, air merah pekat digaul perlahan didalam tangan.

Jack Skellington mengeluh, tidak dapat nak buang kata-kata Rumplestiltskin tentang mempengaruhi minda Devil kesayangannya melalui mimpi ngeri.

“Tak masuk akal. Dia sendiri kata yang Little Devilness akan cetuskan peperangan ni, saya tak perlu masuk campur lagi!” Dia menghembus nafas panjang dan meletakkan minumannya diatas meja, bergerak ke sebalik tirai yang tersembunyinya pintu rahsia.

Dia memandang pintu berwarna putih itu dengan tajam. Berfikir dua kali jika dia ingin masuk kedalam ataupun tidak.

Setiap kali dia masuk kedalam, ia buat Jack Skellington sakit kepala dan jantungnya rasa berat dan membebankan. Tempat itu umpama bilik racun bagi Jack Skellington.

Tempat yang terlalu tenang, aman dan Suci bagi Jak Skellington.

Tapi, dia beranikan diri. Memulas tombol pintu itu dengan perlahan dan bertemu langit malam dengan bintang bergelipan indah, lantai merupakan awan ungu yang gebu.

Di hujung awan itu terdapat lelaki tua yang Jack paling benci tapi malangnya tidak boleh bunuh.

Dia mengambil langkah masuk kedalam tempat tersebut dan bunyi menutup pintu membuat si penghuni tempat itu berpaling melihat Jack Skellington.

“Saya ingatkan kamu takkan datang lagi ke sini.” Soal Merlin dengan senyuman manis sebelum kembali memandang langit malam.

Jack skellington menghembus nafas menggeletar, rasa geram hanya mendengar suara kereput Wizard Merlin. “I’ve been meaning to ask you something.”

“Pasal Cik Hood?”

“Ya. Pasal Miss Devil.” Nadanya umpama satu ancaman dan berdiri di sebelah Merlin. Mata turun memandang Wizard Merlin dan membesar.

Melihat seorang budak kecil tidur didalam pangkuan orang tua itu. Kelihatan tenang sambil menghisap ibu jarinya. “Siapa—

“Kau hanya ada satu persoalan Jackie..” Wizard Merlin bersuara dengan lembut, mendongak melihat Lelaki tengkorak itu. “dan perlahankan suara kamu. Nanti dia terbangun.”

Kening Jack ternaik tinggi, tertanya tapi dia mengangguk. Mengetahui lebih baik dia tidak mengenali siapa didalam pangkuan Wizard Merlin dan terterakan persoalannya; “Adakah dia menjadi…. Baik?”

Wizard Merlin tertawa kecil, tunduk memandang budak lelaki yang tidur dalam pangkuannya, membelai kepala budak itu dengan manja. “Bukan kamu je yang nak tahu, Jack. Bukan kamu sahaja.”


>X<

 (A/N: Welp…. I can hear someone di depan screen sedang internally screaming kerana plot makin tebal dan tak sudah-sudah suspen diberi. Dan itu angah nak buat sebenarnya! Mwahahahahaha!)

P/S: I've post one early than plan!! YEAH BONUS UNTUK KORANG! *Celebrate*

Comments

  1. Yes angah. And you did it. I'm screaming from the bottom of my heart. Please please stop this torturing. It's hurt you know. Haha. Bila nk endingnya ni angah~~ mcam makin byk je. Huhu

    Anyway, thanks sbab upload. Lama dah eden tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know honey, I'm hurting too! rasa macam nak je lontar semua apa dalam kepala angah terus ke office word and post everything all at once! but technology kita tak sampai tahap canggih tu lagi so kena bersabar T__T

      lagipun, kalau angah habiskan macam tu je confirm ramai tak puas hati. Good plot is important! lololol

      and you welcome Eden! glad you enjoy this chapter love! *Hugs&kisses*

      Delete

Post a Comment

Popular Posts