Nineteenth L.O.S.T

the prisoner 

Ivy membuka matanya dengan perlahan dan dapati dia berada disuatu tempat yang gelap. Tiada lantai, tiada dinding dan tiada penghujung. Dia melihat sekelilingnya jika ada petanda dimanakah dia berada tapi tiada.hanya kekosongan memanjang.

“Jack?” dia terus menyahut, langkah diambil, berjalan dan terus berlari, mencari gerangan lelaki yang sentiasa menariknya masuk kedalam mimpi. “Jack?!”

Ivy terhenti bila dia lihat sesuatu tidak jauh dari dirinya. Seorang budak kecil berbaju kotor sambil memegang anak patung  yang rosak berdiri dihadapan Ivy, mata hitamnya merenung tajam tepat pada mata hijau Ivy, renungan yang menusuk ke jiwa Ivy membuat dia ketakutan. Mata hitam yang memberi maksud ketakutan.

K-Kau siapa?”

Dia tiba-tiba menjerit dengan nyaring membuatkan Ivy menutup telinganya kesakitan, dan ia bergabung dengan gelak ketawa wicked yang menyeramkan. Bisikan-bisikan halus, dan bunyi pukulan kuat bermain diudara, walaumacamanapun Ivy cuba menghalang ia masuk ketelinganya, dia tetap mendengar semua itu dengan jelas.

“Hentikannya! Hentikannya!” Rayu Ivy, jatuh berlutut. “Make it stop!”

Dan semuanya kembali senyap.

Ivy mengdongak dengan perlahan dan temui dia seorang diri sekali lagi dan turunkan tangannya ke sisi. Tapi sebaik sahaja dia memaling kebelakang, wajah seorang wanita yang berlumuran dengan darah dalam keadaan merangkak tercegat dekat di mukanya.

“Hello…. Hood!”

Ivy menutup mulutnya, menahan diri dari muntah kerana bau busuk dari perempuan didepannya dan juga wajahnya yang buruk seperti mayat yang mereput.

“Ohoooo~~ kau seiras dengan muka minah jahanam tu!” mayat hidup dihadapannya tergelak besar keudara, gelakannya seumpama seribu suara yang nyaring. “but the eyes… yes, that eyes is Maleficent’s. such beautiful eyes~~ I wish I have those eyes!”

Ivy membelakangkan dirinya bila makhluk itu ingin mencapai wajahnya. DIa segera berdiri dan mengambil beberapa lagi langkah kebelakang. “K-Kau siapa?!”

“Who me?” Dia tergelak sinis sebelum bangun dengan perlahan, kain putih yang menutup kakinya terbentang disekelilingnya seperti sarang laba-laba. “Aku digelar dengan banyak nama…. Tapi korang hendakkan aku atas nama Mary.”

Mata Ivy membulat.“Villain sumpahan Losing heart…. Aku di mana ni? ini mimpi ke?”

“AKu guna taktik sama dengan Jack. That guy….. buta kerana cinta. Bah! Willing to die just for a selfish witch like you. Kau ada segalanya! Tak cukup lagi ke?! I loath a witch like you! kau jahat, kejam, keji, The Devil Herself tapi kau dapat segalanya yang kau nak?! DIa berikan segalanya yang kau nak! Don’t you have enough!”

Apa? Apa yang kau cakapkan ni?”

“HAH!” Mary tertawa keudara. “No matter how you look at it. Kau bukan ahli sihir jahat. Kau baik, kau sentiasa baik. Aren’t you lucky?!”

“What the….. apa yang kau merapukan ni—” Ayat Ivy tersangkut bila Mary tetiba muncul di hadapannya dan mencekik lehernya, membuat Ivy bergelut didalam tangannya.

“Kau ingat kau boleh kalahkan aku? Kau ingat aku akan kalah tanpa lihat kau terseksa?! I’m a hundred years old witch and you no match for me!” Jeritnya pada muka ahli sihir muda itu. “Aku akan curi kebahagiaan kau. Aku akan hancurkan hati suci kau dan lihat kau merana. Trust me aku akan.”

“A-Apa kau nak buat huh?” soal Ivy mencabar. “Kau dah nak mati—kau tak boleh curi hati lagi—

“Oh aku tak curi hati untuk hancurkan kau.” Dia dekatkan bibirnya di sebelah telinga Ivy. “I just tell you the truth.”

“Truth?” Ivy tak suka mendengar cara perempuan ini bercakap.

Dengan tangan satu lagi, Mary menikam dada Ivy membuat mangsanya menjerit kesakitan dan dengan perlahan, dia mengeluarkan hati rapuh yang mempunyai lapisan tanda ‘X’ diatasnya tapi satu pangkah yang menyerlah.

“tsk, tsk, tsk, tsk. Such a fragile heart…” Mary mengucup hati tersebut dan ia menyakiti Ivy. “Hurt isn’t it? Just a little touch of evil, ia dah mula berkecai.”

“J-Jangan sakiti hati Lo—

“Kau ingat ini hati dia?” Mary tertawa besar keudara, suka melihat wajah Ivy memucat dari sebelumnya. “Oh poor little Devil~~ It’s a killing curse! You can’t do anything to a cursed heart dan kau ingat dia akan berikan hati dia yang telah disumpah pada kau? Hah! Would that be something??” ekspressi wajah Mary kembali tegang dan menolak hati rapuh itu kembali kedalam dada Ivy. Dan lepaskan ahli sihir tersebut.

Ivy terjatuh berlutut, terbatuk teruk dan memegang dadanya yang sakit, air mata mengugut untuk keluar. Dia menarik nafas berat yang beralun dan mendongak melihat Mary yang periksa kuku tajamnya dengan slamber. “A—Apa kau nak cakapkan—ni?”

Senyuman Mary kembali meleret dari hujung telinga ke hujung telinga (Litterally) “I’m talking about the owner of that damn heart!! It’s not him darling, It’s not him! Haha!”

“Apa? Tak… tak mungkin…!”

“Laaalalalaala….” Mary menari mengangkat tangan di hadapan Ivy yang kebuntuan. “Ingatkan dia je ke yang boleh bermain? Aku pun boleh~~ aku pun boleh~~ dan aku akan rosakkan segala rancangannya!

 Ivy menggeleng, memaksa dirinya untuk bangun dengan tangan masih didada, jantungnya bedegup dengan kuat dapat rasakan ia dalam ketakutan. Milik hati itu dalam ketakutan yang Ivy mengetahui kebenarannya.

AKu tak percayakan kau!”

Mary kembali memandang Ivy dengan senyuman wicked itu. “Believe or not~ try ask your sweet Prince charming~~ Don’t believe me! Believe him! believe them! Haha!”

Perempuan ni sama gila dengan Jack! Desis hati Ivy, dia mengeluarkan kayu saktinya dari celah baju lengannya tapi belum sempat dia ingin mengenakan sebarang jampi, Mary kembali muncul tepat pada wajah Ivy, menahan dia dari mengangkat kayu saktinya.

“Now…. Wake up.”

.

.

Bisikan-bisikan suara masuk kedalam telinga Ivy, menyedari ahli sihir muda ini dari terperangkap didalam mimpinya yang gelap dan dengan perlahan matanya terbuka, memandang orang yang sibuk di dalam bilik rawatan yang besar itu.

“Wha—

“Oh Cik Ivy dah bangun!!”

Sumpah Ivy rasa kepalanya nak meletup mendengar suara budak tembam itu menjerit. Dia jatuhkan kepalanya semula diatas bantal dengan satu keluhan berat, matanya dipejam erat kerana kepalanya berdenyut sakit.

Dia mendengar derapan kaki mendekatinya dan dia tiada niat untuk membuka mata.

“Ivy?”

Itu suara Hansel…. Apa Hansel buat kat sini?


“Ivy kau boleh dengar ke?”

Suara kecil pecah dari kerongkongnya, signal pada persoalan Jack. Dia masih enggan membuka matanya sehingga sakit kepalanya hilang. Dan mengapa hidungnya rasa sangat menyengit?

“Oh thank goodness, honestly aku takkan jangka kau akan bangun secepat ni.”

Ivy dapat rasakan Hansel membelai rambutnya dengan lembut membuatkan ahli sihir ni rasa sedikit tenang. Sakit kepalanya mengurang dan dengan sebelah mata dibuka kecil, dia melihat Hansel.

“Apa kau buat kat sini?” Ivy bencikan suaranya sekarang ni. seperti ada ribut pasir melanda trakeanya.

Sepertinya Hansel dapat mengesan ketidakselesaan Ivy, Hansel menuang segelas air kosong dan bantu kawan rapatnya untuk minum.

“Aku datang sebaik je aku dapat berita dari Great Wizard Merlin tentang serangan Mary.”

“Dan kau tak marah?”

“Apa?” Hansel menarik sengih. “kenapa aku nak marah? Ai, kau lakukan yang terbaik untuk selamatkan Great China. Aku dengar semuanya dari Wizard Merlin, sebaik sahaja kau dapat tahu yang masalah dengan sumpahan didalam istana tu bukanlah sumpahan sembarangan, kau cuba laporkannya pada Wizard Merlin namun kau tak dapat nak berhubung dengan Tuan Merlin. Meskipun, kau betul cuba mengambil langkah untuk selamatkan mereka semua sedangkan orang Great China melayan kau dengan teruk. Ia berisiko, ya aku faham tapi kalau bukan disebabkan kau Great China pasti dah jadi pesta penyembelihan yang pertama dan terbesar di tanah Enchanted ni.”

Ivy tertawa kecil sebelum terbatuk kecil. Ini buat sakit kepalanya kembali. “Uggh… Aku beruntung sebenarnya. Kalau aku tak guna jampi serang balas sumpahan tu, pasti aku dah mati sebelum dapat lemparkan sebarang mantera pada Putera Xiao Ai—apapun, macam mana keadaan dua kembar tu?”

“Mereka sedarkan diri semalam. Puteri Shui Ling tercedera dengan terakan tulang rusuknya dan Putera Xiao Ai pada mulanya trauma tapi… dia Putera yang kuat. Dia akan okay.”

Ivy mengangguk, agak lega sebelum dia kembali memandang Hansel. “Apa kau maksudkan semalam?”

“Apa lagi aku maksudkan?” soal Hansel balik dengan kening terjungkit. “Mereka tak sedarkan diri selama 32 jam.”

“Dan aku?”

“Memandangkan kau hauskan magic kau sehingga hidung kau berdarah—by the way, kau memang bangang—kau orang yang patut pitam lebih dari dua hari.”

“Aku tak sedarkan diri selama dua hari???”

“Yes.” Hansel menolak Ivy balik ke katil bila minah seorang tu ingin bangun. “aku sarankan kau rehat lagi sejam dua. Kami sedang menyiasat bilik takhta sekarang ni dan nak soal kau beberapa perkara tapi itu boleh tunggu.”

“Tapi aku ada persoalan.”

Hansel mengeluh kecil dengan senyuman. “Okay, spit it out.”

“Mana Jack?”

.

.

*PACK!*

Diaval menghembus nafas berat keudara, mengelap peluh yang membanjiri dahi sebelum kembali pada budak lelaki dia seronok seksa. Mencangkung dihadapan Jack yang bergari tidak bermaya pada dinding dungeon dibawah istana Great China.

Jack meludah cecair merah dari mulutnya dan masih boleh tersenyum sinis. “Apapun kau buat D, kau tak boleh ubah apa yang terjadi. Anak kesayangan kau perlukan aku—She has to do it!” Jack ketawa keudara. “Kau.. kau fikir macam mana lagi dia tahu jampi serang balas Mary kalau bukan aku yang bagi tahu dia?”

Diaval mencengkam baju Jack. “You filthy prick, kau kata kau takkan biarkan Ivy tercedera! She almost got a brain damage disebabkan jampi tu! She almost died, you assh*le!” satu penumbuk terbang ke rahang Jack, melepaskan kemarahan yang sudah lama tersimpan dari dahulu lagi.

Tapi Jack terima tumbukan itu dengan gelakan hysteria. “She died anyways kalau dia tak tahu jampi tu! HAH! Be grateful I save your sorry for an excuse witch!” Jack datang mendekati wajah Jack, tangannya tetap melekat pada dinding penjara. Dia sengetkan kepalanya dengan senyuman yang meleret. “dan nak tahu sesuatu yang lebih menyeronokkan? She still has some business with me. She still need to know how to save his beloved Prince from dying—

“Tiada cara untuk selamatkan Putera George—

“Oh in the matter of fact there is…” ayat Jack membuat Diaval terdiam dan ini sangat menghiburkan lelaki bergari ini. Dia ketawa sambil terhuyung hayang pada garinya. “Oh dear…. Looks like her little guardian forgot one little detail about the concept of curses and spells~~” sahutnya bernada. “You see… plan aku bukan sahaja nak tolong ahli sihir tu perangkap Mary, tak-tak-tak ia lebih besar dari itu. Aku nak—

“Curi kepercayaannya dan suntik idea-idea gila kau kedalam mindanya?”

Jack memandang Diaval dengan mata yang besar, tersenyum girang. “Correct. FYI, idea gila ialah idea terbaik seseorang pernah ada tapi bukan aku yang suntik idea-idea ni, dia yang mencarinya sendiri dan aku….” Jack menarik sengih. “AKu hanya menolong dia. I would do anything for our beloved witch—

Diaval menampar muka Jack. “Jangan pernah cakap seperti Ivy milik kau.”

Jack hanya ketawa terbahak-bahak. “Oh my—ini kali pertama aku berdepan dengan burung gagak Maleficent selama ni. the last time aku berdepan dengan kau, aku hampir terkencing dalam seluar aku tapi setelah bercakap dengan kau…. Aku dapat tahu kau hanyalah seekor burung gagak. Burung yang tak berguna.”

Sekali lagi Diaval mencengkam rambut Jack, menariknya dengan kuat membuat lelaki itu mengerang kesakitan. “You son of a b*tc—

“You know you can never kill me right?” Jack segera bersuara bila Diaval ingin menghentam kepalanya ke dinding. “Aku beritahu kau segalanya dan kau marah bukan disebabkan aku. Kau marah kerana kau tahu kau tak boleh buat apa-apa untuk selamatkan ahli sihir tu. Sebab tu kau lepaskan marah kau kat aku, sebab kau rasa tak berguna. Useless.” Jack berikan senyuman menawannya, walaupun giginya merah dari kesan seksaan Daival. “Remember D, you need me alive. You need to keep me alive to make sure your beloved Ivy live. Because I’m the key to her future.

Diaval merenung wajah Jack untuk seketika sebelum menarik rambut lelaki itu sekali lagi. “I might not beable to kill you tapi aku boleh seksa kau. Setiap kali aku belasah muka hodoh kau ni, patahkan setiap satu tulang kau, kau akan merayu untuk tamatkan nyawa kau. Dengan perlahan, memastikan kau berada di hujung hayat kau tapi tidak benarkan kau mati. Kau patut dihukum lebih sakit dari kematian.

Diaval melepaskan Jack dan kembali berdiri. Memperbetulkan kot kelabunya dan bergerak keluar dari penjara itu. Dia sempat dengar jeritan Jack sebelum dia kembali naik ke istana; “Kau tahu tempat kau D! kau tiada pilihan!”

Dan Diaval benci betapa betulnya ayat Jack.

.

.


“Jack kena penjara? Dia okay ke? Luka dia dah kena rawat ke?”

“Is it my ears or aku dengar kau actually risaukan mamat tu?” soal Hansel sambil menahan kawannya bangun dari katil.

“Hans!”

“Ai, kau pasti ke kau tak apa-apa? Kau tak terkena brain damage kan or that spell messed up your mind? Aku pergi panggil doctor suruh dia periksa kau sekali lagi—

Langkah Hansel terhenti kerana Ivy mencapai lengan bajunya. “Hans….”

“Ai, aku risaukan kau ni. lepaskan aku—

“Aku tak apa-apa. Seriously aku okay.” Ivy berdecit bila Hansel mengangkat keningnya tidak percaya. “Hans, kau kena tahu sesuatu.” Bisiknya memberi signal yang dia sahaja boleh tahu.

Hansel kembali duduk di sisi Ivy, sempat memandang nurse diraja berjalan keluar sebelum memandang Ivy semula. “Okay, aku akan terus jerit nama doctor tu kalau kau mula merapu lagi. Faham?”

Ivy mengangguk. Tapi dia tak terus beritahu Hansel, dia menarik nafas panjang dahulu, seperti sediakan dirinya secara mental untuk menempuhi letupan berapi Hansel. Dia tahu Hansel akan meletup.

“Jack…..” nama Jack dah buat Hansel nak berdiri dari kerusinya. Sebaik sahaja Ivy bangun, nama Jack terus menerus di sebut dan ia merisaukan Hansel. “Jack… dia—

“Sekali lagi kau sebut nama mamat tu dengan nada yang sama, sumpah aku panggil doctor pakar sakit jiwa ke sini.” Hansel memberi amaran tapi Ivy tak dapat nak tahan dirinya dari ketawa. “Aku serious Ai.”

“Maaf.” Ivy cuba menahan senyumannya dari menutup mulut. “Okay… okay hans, dia yang tolong aku perangkap Mary.”

Hansel perhatikan muka Ivy seperti kulitnya dah berubah warna sebelum tergelak. “Nice one Ai, aku hampir tertipu tadi—

“Aku serious Hans.” Kali ini wajah Hansel yang lebih pucat dari Ivy. “Dia yang tolong aku cari buku counter-spell untuk selamatkan Putera Xiao Ai.”

“Nanti-nanti kau nak cakap dia tolong kau sabotaj taunnya sendiri?” Ivy mengangguk. “Jadi kau berhutang dengannya? Apa dia nak, lepaskan dia dari execution-nya lusa?”

Mata Ivy membesar. “Dia akan dipancung?”

“Dia seorang Henchmen, a criminal for years, a murderer and almost kill royalties and the wizard Apptientice; Ya, dia akan dipancung.”

“Oh tak-tak-tak tak… tak Hansel kau kena selamatkan Jack!”

“are you nuts? Kau dah lupa ke siapa lelaki tu? Dia Gila dia nak kau mati. He is a manipulative *ss. Kau nak dia mati dan sekarang kau cakap kau nak aku selamatkan nyawanya? Tak Ivy. Dia akan dihukum bunuh atas perbuatannya sebaik sahaja matahari terbit. So, forget all this nonsense, and be ready to answer the Believers question nanti tengahari. Ingat, lupakannya kalau kau taknak Putera George kena serangan jantung kalau dia tahu kau dan Jack ada hubungan dalam kes ni.”

“Kau…. kau akan beritahu Louis?”

“Tak.” Hansel berhenti untuk seketika, bangun dari kerusinya. “Dia akan tiba pada malam ni untuk pembicaraan penghukuman Jack dengan The believers.” Hansel memperbetulkan kotnya sambil berikan renungan terakhir pada Ivy sebelum bergerak pergi meninggalkan ahli sihir yang kelihatan lebih pucat dari sebelumnya bersendirian.

Terlihat horror didalam anak mata Ivy, tertanya apa dia perlu buat untuk melepaskan dirinya dari situasi ni.

Mengapa Louis kena datang? Oh Lord ini akan rosakkan segala rancangannya. It’s too risky…. Kalau dia beritahu mereka yang Jack menolongnya, Louis juga akan tahu tentang perkara ni dan perkara terakhir Ivy ingin lihat ialah wajah Terkhianat Louis. Dia tak mengkhianati Louis, dia cuba selamatkan puteranya! Tapi Louis pasti takkan faham dan kalau dia cuba fahamkan Louis pasti riaksinya sama seperti Hansel. Mereka tetap ingin Jack mati. Keinginan mereka lebih kuat dari sebelumnya.

Ivy menyentuh dahinya teringatkan mimpinya bertemu dengan Mary. Tangannya segera turun ke dadanya….

Tak mungkin.. tak mungkin ini bukan milik Louis….

Setengah dari diri Ivy lega yang hati rapuh itu bukan milik Puteranya tapi setengah lagi dia risau. Kalau bukan milik Louis… jadi siapa? Siapa berikan hatinya pada Ivy?

Oh Lord…. This is so messed up.. desis hati Ivy, mencengkam dadanya kerana kesakitan yang dia rasa tidak dapat ditanggung, bukan kerana hati itu tapi perasaan sedih yang melimpah ruah.

Air mata bak rantai mutiara bergelinang turun membasahi pipinya dan esakan kecil terlepas dari bibir nipis yang murung itu.

Ia mustahil hati Louis…. It’s a killing Curse. Louis tak boleh berikan hatinya pada Ivy… sumpahan tu takkan benarkan Louis keluarkan hatinya. He will die, samada dia simpan atau berikan hati itu kepada sesiapa.

It’s not his heart….. then who is???

Ivy dah tak tahu apa yang dia nak percaya. Patutkah dia percaya Villain tu? Atau Jack? atau dirinya sendiri? Lord.. dia tak percayakan mindanya sendiri kerana ia menjerit tentang fakta killing curse. Ia tidak boleh di batalkan, ia sumpahan mutlak. Sumpaham melibatkan pengorbanan ialah sumpahan yang tiada penawarnya.

Louis akan mati begitu sahaja?

Tangan Ivy naik tertanam di celah-celah rambut dan dicengkam segumpal.. “Oh Lord… this is soo so messed up.”

“Lil’miss?”

Ivy mendongak, melihat Diaval berdiri di didepan pintu masuk dengan pemakaian serba kelabu dan terdapat titisan merah pada bajunya. “D…..”

Diaval terus bergegas ke sisi anak jagaannya mengetahui Ivy dalam masalah. “Ivy… kenapa ni?”

“D…. apa patut aku buat?”

>X<

“Mengikut laporan dari The Believers, Hansel Gingerman; Penilik diraja menilik suatu kehadiran gelap berlegar didalam istana Great China dan Maharani Wu Zetian memanggil The Great Wizard Merlin untuk menyiasat jika kehadiran itu suatu yang besar atau kecil. Setelah mengenal pasti tahap merbahaya kehadiran itu, Wizard Merlin arahkan apprienticenya untuk selesaikan masalah ni kerana dia percaya Cik Ivy boleh lakukannya dan juga sebahagian dari latihan Cik Ivy sebagai Apprientice Tuan Merlin.”

“Namun?” Louis seperti cacing kepanasan duduk didalam kereta kuda bersama Gretel, dalam perjalanan ke Great China.

Gretel sempat menjeling kearah Louis sebelum mengeluh. Mengetahui betapa risaunya Putera ini. “Namun, setelah Cik Ivy membuat siasatan tentang kehadiran tersebut—mengetahui seseorang bermain sumpahan didalam dinding istana, dia dapati ia hanyalah hela kecil untuk mengalihkan perhatian mereka dari niat sebenar si penyumpah. Mary, dalang dalam sumpahan-sumpahan kecil tu.”

Louis menarik nafas berat. Perasaan marah meluap naik secara perlahan.

Gretel bersuara semula. “Ia rancangan Mary untuk meletakkan sumpahan Losing Heart pada Putera Xiao Ai memandangkan putera itu selalu menyendiri dan dengan orang istana tumpukan perhatian pada ahli sihir terkenal dari Vicious ini, ia peluang yang terbaik untuknya mendekatkan diri dengan Putera Xiao Ai.”

Sumpah Louis akan bunuh Villain tu dengan tangannya sendiri. Bukan sahaja Ivy dia mempermainkan tapi juga kawan rapatnya. She will be dead when he gets his hand on her.

“Berdasarkan dari temuramah dengan The Great Wizard Merlin; sebaik sahaja Ivy mengetahui ia hela dari Villain Mary, Cik Ivy cuba berhubung dengan Mentornya namun telekomunasi mereka terganggu. Ada sesuatu yang menghalang dari dua ahli sihr ini berkomunikasi; so, Ivy take this matter into her own hand. Nak taknak dia kena cari cara untuk menghentikan Mary seorang diri memandangkan dia tak tahu bila Wizard Merlin akan kembali. Luckily, walaupun dia tidak Berjaya menangkap The True Villain, Ivy the Devil Berjaya menyelamatkan nyawa Putera Xiao Ai dan menangkap Jack.”

“And her health?”

 “Mengikut Laporan dia mungkin tak sedarkan diri untuk beberapa hari but we both know macam mana Ivy kan? Dia pasti dah bangun dan buat kekecohan didalam istana tu sekarang.” Gretel tersenyum secara senyap dan memaling kepalanya keluar tingkap. “cakap pasal istana, Here we are Your Highness. The Great China, kerajaan yang kenali dengan pengetahuan tinggi mereka.”

Louis hanya mengangguk, memerhatikan istana Maharani Wu Zetian yang berada di hujung matanya, makin lama makin dekat setiap kali matahari tenggelam di horizon dunia.

“Lets finish this quick.”

.

.

Istana Great China kecoh bila mendengar ketibaan Putera George di hadapan pintu istana. Para dayang dan pengawal istana bergegas ke hadapan istana untuk menjemput Bakal raja Enchanted datang ke Great China, malangnya sambutan mereka tidak semeriah yang mereka inginkan kerana insiden malang terjadi dua hari lalu. Mereka mengucapkan tanda maaf mereka pada Bakal Raja itu kerana tidak dapat menyambutnya dengan meriah dan Putera George memaafkan mereka dengan senyuman yang sempurna. Membuat dayang-dayang istana cair akan kebaik raja tersebut, cair kerana seperti khabar angina kata tentang putera sulung Camelot ini. Tersangatkan kacak dan boleh buat mereka cair hanya dengan duduk sebilik bersama Putera itu.

“Ah, my boy…. I’m glad you could make it here safely!” Wizard Merlin menyapa Louis sebaik sahaja dia tiba di bilik takhta dimana Wizard Merlin dan The Believers sedang menyiasat tempat itu.

Louis mengangguk kecil. Senyuman menawan itu hilang, berganti dengan ekspressi serious yang menggerunkan. “Mana bajingan tu?”

Senyuman girang Wizard Merlin juga berubah ke senyuman yang menenangkan, menyentuh bahu Louis dengan lembut. “Bertenang George, Saya taknak kamu buat sesuatu kamu akan menyesal.”

“Kill him will be a pleasure.” Bisiknya seperlahan yang mungkin.

Wizard Merlin tertawa dengan gelengan kecil. “So as Miss Ivy tapi itu kerja penghukum esok pagi. Tuanku tidak dibenarkan untuk mendekati lelaki tu.”

“Just let me see him for a minute or two. Bring the guards if you must. Aku ada something nak tanya kat dia.”

Wizard Merlin mengeluh kecil, tapi dia mengangguk. “Baiklah…. Kamu akan pergi bersama Encik Hansel.”

Belum sempat Louis ingin membantah, Wizard Merlin dah pun memanggil ketua kes Losing heart yang berada di hujung bilik itu—Louis tak perasan pun kewujudan Hansel sehingga Wizard merlin memanggilnya.

Kedua lelaki ini berdepan dengan satu sama lain. Tertera wujudnya atmosfera tegang diantara mereka berdua dan orang disekeliling mereka mengecut ketakutan.

Dah tentu kecuali Wizard Merlin tidak perasan ketegangan yang hampir buat semua orang tercekik kekurangan udara. “it’s best to bring Mr. Hansel with you. Dia mengetahui kelicikan Encik Jack lebih dari sesiapa.”

“Tuanku.” Erti maksud tersirat; kau hutang aku satu penumbuk kerana sakiti hati Ivy

Encik Hansel.” Balasan maksud tersirat Hansel; One scratch from my face and You ass is in the dungeon with Jack.

Senyuman Hansel tak pernah seketat itu didalam seumur hidupnya.

Maddison berpaut pada belakang baju Tom Thumb kerana ketakutan melihat dua musuh ketat itu. Takut kalau-kalau mereka terus membunuh satu sama lain di tempat itu juga.

“Apa yang Tuanku tunggu lagi?” F*ck you george.

“Lead the way Encik Hansel.” Deal with it, Pr*ck.

Hansel menahan dirinya dari menarik sengih. “Mengikut perintah, Tuanku.” Dengan tundukan hormat, Hansel membawa Putera Raja itu ke Penjara di bawah istana.

Sebaik sahaja mereka keluar dari bilik takhta itu, formality antara dua musuh ini hanyut ditelan ketegangan malam. Hansel mulakan dahulu dengan memecahkan senyuman sinis pada wajahnya.

“Apa yang lawak sangat?” Louis berikan renungan jijiknya pada senyuman assimetry Hansel.

“Remind me to punch your face after all this over.”

Louis hampir tergelak. “Kau memang tak sayang nyawa.”

“aku mati dengan gembira untuk calarkan muka sempurna baby prince Enchanted ni.” Balas Hansel saja nak provoke putera itu, tapi dia ketepikan perasaan Louis dengan mengubah tajuk. “Apapun, Kau ambil langkah yang salah untuk berjumpa dengan Jack.”

“mengapa pula?” Kening Louis terjungkit, mengetahui jika mereka saling mencabar dan mencaci satu sama lain, masalah baru pula muncul di dalam istana itu.

Hansel mengangkat bahunya dengan kedua tangan disumbatkan kedalam poket uniformnya. “He’s nuts, lagi gila dari sebelumnya dan…. Setiap ayat yang keluar dari mulutnya membuatkan kau rasa nak bunuh lelaki tu. Dan… apa jua persoalan kau nak tanya kat Jack, aku tak pasti kau akan dapat apa-apa dari dia.”

“Bunyi macam dia memang nak mati.”

“Kau akan dapat peluang kau belasah dia.”

“Aku tak berniat untuk sakiti dia.”

“That what Diaval said.” Hansel tergelak kecil dan memberi signal dengan dua jari diangkat kepada dua pengawal yang menjaga pintu ke penjara bawah tanah. Salah seorang mengangguk dan membuka pintu tersebut untuk mereka. “Jack ended up with scar and bruises. After you Your majesty.” Hansel siap bagi tundukan courtesy pada Hansel.

Louis memutar bola matanya, fed up dengan perangai Hansel dan turun ke penjara bawah tanah itu.

“Hans? Welcome back baby~~”

Langkah Louis terhenti di tengah-tengah tangga bila suara Jack yang bernada bergema di bawah bilik itu. Berpaling memandang Hansel untuk kepastian kalau itu betul-betul suara Jack.

Hansel mengangkat bahu dengan senyuman nakal. “Like I told you. He’s nuts.”

Bila mereka tiba dihadapan penjara Jack, Louis terkejut melihat keadaan banduan itu tersangat teruk. lelaki itu berlumuran dengan darahnya sendiri, dahinya luka seperti seseorang telah tendang kepalanya dengan kuat. Mata kiri bengkak dan rahangnya juga biru. Mengikut darah yang membasahi abdomen kiri Jack, Louis tahu dia juga tercedera dibahagian tu. Dan mungkin lebih banyak lebam disebalik bajunya. Louis juga perasan lengan kirinya yang bengkak seperti lengannya pernah terluka tapi telah pulihkan.

“Jack?”

Hansel perasan riaksi Jack bila dia leihat Louis berada di sisinya, sepertinya dia tidak menyangka yang Putera George akan datang turun untuk berjumpa dengannya. Hanya untuk seketika Hansel dapat lihat ekspressi sebenar Jack sebelum senyuman wicked itu kembali terukir pada wajahnya.

Bratsy~! Bratsy-bratsy prince….. how are you? miss your favorite mentor?”

“Jack, sekarang bukan masanya untuk bermain.”

“Oh really?” Jack mendongak keudara seperti dia cuba fikirkan sesuatu sebelum mengangkat bahu. “Meh, no fun at all? So, mengapa cannimon bun kita berada di tempat yang menjijikkan seperti ini?”

“Cannimon bun?” Hansel menarik sengih, memandang Louis semacam. “Really?”

Bukan Hansel sahaja yang beri riaksi janggal dengan panggilan tu, Louis juga. Tak pernah-pernah orang panggil dia cannimon bun.

“Oh yeah, it’s just in my head that the three of us are friends.” Dan Jack tertawa sendiri.

“Mustahil.” Louis dan Hansel menjawab serentak membuat Jack ketawa sekali lagi.

“So..” Jack mengubah posisi duduknya, cari keselesaan dan menyandar pada dinding yang menggari tangannya di atas kepala. “What can I pleasure you two ladies?”

“cepat sikit Tuanku, kita hanya ada dua minit.”

Louis mengangguk dan kembali memandang kawan lamanya didalam penjara. “Jack… Aku nak tahu… kenapa adik aku?”

Persoalan itu membuat senyuman sengih terukir dihujung bibirnya sebelum dia ketawa besar keudara. “Really? Kau tanya kenapa? Kau seriously tak tahu ke?” senyuman Jack membesar melihat Louis menggenggam penumbuknya erat di sisi, menahan geram. “That’s right Bratsy Prince, aku tahu adik kau special. Kau boleh sembunyikannya dari seluruh Enchanted tapi tak dari aku. Remember, aku tahu segalanya. Your sister’s heart is too pure and a great power for the Villain. Kau patut tahu memandangkan kau dah siasat tentang Red Hood untuk ketahui specialty adik kau.”

“Tapi itu tak bermaksud kau serang adik aku!” suara Louis naik lebih tinggi dari sebelumnya, merenung tajam pada Jack membuat lelaki itu ketakutan tapi dia cuba sembunyikannya. “She’s just a child!”

“Because she’s a child her heart is still pure!” balas Jack dengan Wicked. “Get the concept Bratsy and deal with it!”

“Why you—”

Tuanku.” Hansel menghalang Louis sebelum dia bertindak masuk kedalam penjara itu dan belasah Jack. Ikutkan hati dia nak biarkan Louis lakukan apa dia nak tapi dia kena ingatkan dimana tempat Putera ni. dia tak boleh cederakan penjenayah ni.

Louis menggenggam dan melepaskan penumbuknya beberapa kali, dan menarik nafas dalam. Kembali tenangkan diri sebelum bersuara sekali lagi. Kali ini suaranya rendah dan tersusun. “aku ingatkan kau berubah kerana ia perkara biasa tapi… ini lebih dari biasa, become Henchmen? Apa dah jadi pada kau sebenarnya?”

“Apa lagi? Dibelasah oleh kawan kita seorang ni dan juga burung gagak yang marah kerana aku cederakan anak jagaan kesayangannya.” Katanya dengan tangan kiri diarahkan pada Hansel..

“Jack, kau tak menjawab persoalan aku.” Tegur Louis dengan nadanya. Dia diamkan diri untuk seketika, melihat keadaan Jack dengan teliti sebelum dia menghembuskan nafas lelah. “Sejak bila kau jadi macam ni? Jack, kami berdua sanjungi kau. Jadikan kau sebagai idola kami—anggap kau macam abang kami. Kau berimpian untuk menjadi seorang satria mulia! Satria Camelot ambil kau sebagai apprientice mereka, dan kau sia-siakan semuanya dalam satu malam dan…. Dan jadi seperti ini. Tell me Jack, mengapa kau jadi seperti ini? Apa puncanya?”

Hansel mengangguk, nak taknak dia bersetuju dengan ayat Louis. “You have to tell us the real story J.”

 Jack memerhatikan wajah dua lelaki disebalik palang penjaranya, muka-muka ingin tahu mereka yang membawa Jack ke masa lalu.

“Jack, boleh ajar beta pegang pedang tak? Maksud beta, pedang betul…. Please please please pleaseeee!

. . .

“Hey J, aku tahu kenapa kau suka pegi ke hutan mahligai. Supaya tiada orang tengok kau berlatih kan? Kau tahu aku dan Gret tak kisah kau berlatih belakang rumah kitorang.”

Jack tertawa pahit, tundukkan kepalanya membuat rambut depan menutup matanya. “Korang pernah jatuh cinta.” Jika mereka dengar dengan teliti, suara Jack beralun. “Perasaan ingin melindungi orang yang korang cintai dan sanggup buat apa sahaja untuk dia bahagia. That what happen Kids, I fell to deeply in love and it kills me.”

“Tapi ia tak berbaloi Jack, tunang kau dah mati.” Louis telah dengar latar belakang Jack dari Gretel, tentang Jack mempunyai tunang yang telah meninggalkan dia dan punca dia seperti ini kemungkinan ada kena mengena dengan kematian ‘Vivian’. Dan disebab nama itu Jack terkejar-kejarkan Ivy.

“Korang akan buat apa sahaja untuk Ahli sihir tu kan?” Soal Jack, membuat Hansel dan Louis saling berpandangan. Jack, menarik sengih. “Apa yang korang rasa pada ahli sihir tu, itu yang aku rasakan sekarang dan aku akan buat apa sahaja untuk dia.”

“tapi dia dah mati.”

“belum lagi.” Balas Jack dengan senyuman pahit. “Dan aku takkan benarkan dia mati lagi.”

“See… aku dah kata.” Hansel gunakan nadanya yang terendah hanya untuk Louis sahaja yang mendengarnya. “Dia ingat Ivy betul-betul tunang dia.”

Louis mengangguk faham sebelum tumpukan perhatiannya sekali lagi pada Jack. “kalau kau nak lindungi Ivy, mengapa kau risikokan nyawanya? Dia hampir terkorban Jack—

“Dia lebih kuat dari itu.” Jack memotong ayat mereka. Renungan tajam Jack sangat menggerunkan membuatkan bulu roma di belakang leher dua lelaki itu meremang. “Jangan pandang rendah pada dia. Korang berdua tahu tu, dia akan menjadi ahli sihir yang terkuat dan aku sedang menolongnya.”

Hansel tergelak sinis, menggeleng dengan mata diputarkan ke kiri. “Menolong my *ss.

“Believe it or not Hans, Ahli sihir tu lebih kuat dari Wizard Merlin. Kitorang satria mungkin takkan faham dunia magic ni, tapi jika kamu tanya Wizard Merlin sendiri dia akan jawab Ivy telah melangkaui kuasanya. Kenapa lagi aku berikan serang balas tu kat Ivy dan bukan Wizard Merlin?”

“Aaaaand he starts to talk non-sense.” Hansel mengangkat tangannya keudara, mengalah. “Kau pandai putar belitkan situasi untuk selamatkan nyawa kau tapi itu tak berhasil kerana Ivy dah confess semuanya tadi tengahari.”

Jack memerhatikan wajah Hansel seperti dia telah tumbuh sepasang tandung di kepalanya sebelum ketawa terbahak-bahak. “Oh Heavens……. I’ve messed up everything!” dia teruskan tawanya membuat Hansel dan Louis tidak selesa. “Awww… korang tak perlu kesah tentang aku, I can’t be cured, no more but enough about me. Macam mana keadaan ahli sihir tu?”

she’s Dead—” Perkataan ini buat mata Louis dan Jack membulat. “—Almost.” Hansel tak pernah rasa berkuasa hanya dengan satu perkataan pada dua lelaki yang dianggap menggerunkan di tanah Enchanted. Dan dia sukakannya. “Dia baru je bangun tadi pagi tapi kembali tidur—

 “Seminit lagi Tuan Hansel.” Suara Pengawal dari pintu masuk kedengaran.

Jack menarik sengih. “Let makes this quick. Hans, Ahli sihir tu dah bangun kan?” persoalannya tidak dijawab, hanya kening terjungkit musykil dan Jack teruskan ayatnya. “Well…. If I were you right now, aku pergi periksa dia dari segi fizikal dan mental. She knows a lot more than what you guys think.” Katanya membuat kedua muka lelaki disebalik palang besi itu memucat, cuak. “Well—she is Ivy the Devil, pandang rendah pada ahli sihir tu ialah satu kesilapan yang besar dan memandangkan dia tu jenis keras kepala... siapa tahu apa dia akan buat selepas ini. Believe me or not… she knows the truth.

Hansel terkejut beruk bila Louis tiba-tiba meletup, memukul palang pintu penjara Jack dan menyalak; “Kau beritahu dia tentang sumpahan Lady Morgana ke?”

Jack juga terkejut tapi dia pandai menyembunyikannya disebalik senyuman sinis. “Dan biarkan seluruh perhatian dia kat kau je? Hell, aku takkan beritahu dia but…. To be sure, apa kata kau pergi tanya dia sendiri. Aku pasti dia ada sesuatu nak bagi tahu kau.”

aku nak beritahu kau sesuatu dan aku taknak beritahunya melalui surat….

Mata Louis membesar. “Sh*t—

“Tuanku, Tuan Hansel masa dah tamat—

Pengawal penjara itu hampir jatuh terduduk bila Louis menolaknya ketepi untuk naik keluar dari tempat itu, dengan Hansel dalam kekeliruan mengekorinya dari belakang. Jack yang ketawa berdekah-dekah seperti orang kena hysteria di dalam penjaranya.

Shut his trap!” Arah Hansel sebelum menghilangkan diri dari pintu masuk penjara itu, melajukan langkahnya untuk mengejar Louis.

“Tuanku! Tuanku! George!” Hansel memutar badan Louis dengan tarikan dari bahu tapi putera itu kembali berjalan, Cuma lebih perlahan supaya Hansel boleh mengekorinya. “Jangan cakap kau percayakan lelaki gila tu?”

“Will you?” Soal Louis balik membuat Hansel terdiam. “Kita semua tahu Ivy macam mana Hansel, You live half your life with her dan dia kekasih aku. Orang yang tahu perangai Ivy di Enchanted ni ialah kau, aku dan Wizard Merlin—she might know dan aku taknak dia—” Langkah Louis diperlahankan lagi dan berjalan dengan lebih berkompos bila orang bawahan Hansel muncul di laluan mereka.

“Oh, Encik Hansel! Maharani Wu Zetian perlukan Encik dan juga…. Tuanku.” Dia tundukkan diri pada Louis. “Putera Xiao Ai ingin berjumpa dengan Tuanku.”

“Beta akan bertemu dengannya sebentar lagi.” Louis mengangguk dan ingin beredar tapi Hansel menahannya dari bahu.

“Kau takkan dapat buka mulutnya kalau kau macam ni.” Hansel gunakan nada rendah, kerana kehadiran Maddison bersama mereka. “Pujuk dia. Kau tahu dia macam mana.” Katanya dan menepuk belakang Louis sebagai tanda ‘selamat berjaya’ sebelum beredar bersama Maddison.

Dan Louis bergerak ke bilik rawatan istana, dimana dia dapat tahu yang Ahli sihirnya telah diahlikan ke biliknya semula setelah dia di soal siasat oleh the Believers bernama Tom Thumb. Louis mengucapkan terima kasih kepada doctor diraja itu setelah menyoal dimana terletaknya bilik Ivy dan terus pergi ke sana.

Apabila dia sampai dihadapan pintu ahli sihirnya, Louis mula teragak-agak untuk mengetuk. Beribu persoalan dan kemungkinan akan berlaku bila dia berdepan dengan Ivy semula. Terutamanya ayat yang bermain didalam mindanya ‘apa yang Ivy ingin beritahu padanya?’ adakah Ivy mengetahui rahsianya? Louis terus menyentuh dadanya yang mempunyai tattoo sumpahan Morgana. Cuak. Apa riaksi Ivy tentang tu? Adakah dia marah? Bersedih? Atau rasa dikhianati lagi? Louis takut mereka akan bergaduh sekali lagi dan pergaduhan mereka makin buruk dari sebelumnya. Patut ke dia tunggu hari esok untuk menyoal ahli sihirnya semua ni? Ivy telah baru sahaja sedarkan diri dari koma dua hari; dia tentu penat dari disoal oleh The Believers dan dia perlukan rehat yang secukupnya memandangkan dia dijangka akan sedarkan diri lebih lama dari dua hari. Wizard Merlin yang katakannya sendiri, Ivy restless sekarang. dan semua orang inginkan dia rehat secukupnya.

Dan Louis bangkitkan perkara ni sekarang pasti memburukkan lagi keadaan. DIa menghembus nafas panjang dan turunkan tangannya. Mungkin dia patut bagi Ivy rehat.

Pintu Ivy terbuka dengan mengejut dan Louis berdepan dengan lelaki beserbakan kelabu dan sedikit bau besi datang darinya.

“Is that blood?” Soal Louis melihat percikan merah pada baju Diaval.

Diaval berikan renungan tajam pada putera itu untuk sesaat sebelum membalas; “Ya dan aku terfikir nak tambah koleksi.” Nada Diaval tersangat merbahaya. “Apa kau nak budak? Ivy baru je tidur, kalau kau nak jumpa dia.”

“Dia tak ubah kau jadi burung gagak semula?” Soal Louis dengan perlahan. Berhati-hati.

“Aku ada urusan dengan Wizard Merlin lepas ni. Dia akan ubah aku selepas urusanku selesai.” Sumpah nada Diaval tak pernah kedengaran sebegitu mengancam. “Now, move.”

Louis bergerak ketepi, memberi laluan pada Diaval pergi dan kembalikan tumpuannya pada pintu bilik Ivy.

Ivy dah tidur…. Louis mengeluh dengan anggukan kecil. Itu yang terbaik, biarkan dia rehat—

Sekali lagi pintu Ivy terbuka dan kali ini tuan empunya bilik yang membukanya dan Ia buat Putera Raja ini terkesima, walaupun Ivy kelihatan pucat—mengetahui dia penat tapi matanya menunjukkan yang sebaliknya. Matanya hijaunya cerah dibawah cahaya lampu tanglung, ia menunjukkan keberanian, kekuatan dan sesuatu yang membuatkan Louis tidak terkata. Ia menarik hati Louis setiap kali melihatnya.

Dan Putera raja ini rindu untuk melihat sepasang mata amerald yang membara itu.

“Ivy, kau—

Tidak memberi kesempatan, Ivy menarik Louis kedalam biliknya hampir membuat Putera raja ni jatuh mencium lantai sementara Ivy menutup pintu.

Goodness Gracious, Ivy kau—” Louis kehilangan nafasnya bila Ivy betul-betul menghumban dirinya pada Louis, hampir membuat puteranya jatuh sekali lagi tapi terima kasih pada tindakan refleksnya yang cukup baik. Louis dapat kembalikan keseimbangannya sambil memegang Ivy didalam dakapannya.

Sepasang tangan melingkar ke belakang Louis, memeluknya dengan erat dan wajah ahli sihirnya tertanam pada bahu kirinya. Seperti dia ingin cairkan badannya pada Louis. “I miss you so much…

Louis tak menjangka perkataan itu keluar dari bibir Ivy sendiri tapi ia buat Louis tersenyum, dan membalas pelukan ahli sihirnya. Merehatkan pipinya diats kepala Ivy. “I know… I miss you too.”

“Dan aku nak minta maaf.”

Louis membuka matanya dan merenggangkan pelukan mereka untuk melihat kekasihnya, tertera pada wajahnya yang penuh dengan perasaan rasa bersalah. “Ai… aku yang sepatutnya minta maaf.”

“Tapi aku meletup pada malam tu dan…” DIa memejam matanya, terlihat betapa sukarnya perkara ini bagi Ivy. “Aku rosakkan segalanya Lou, aku tahu korang dah bertunang tapi aku tetap bertindak seperti itu kerana aku cemburu dan marah dan… dan aku….” Dia tidak dapat menyambung ayatnya dan tertunduk, malu.

“Hush now, aku juga bersalah.” Dia menyentuh dagu Ivy, mengangkatnya dengan lembut untuk mata mereka bertentangan. “Aku sepatutnya beritahu kau dari awal lagi tapi aku takut kau akan terluka dan aku menyesal tidak beritahu kau. Kerana aku sakiti kau lebih teruk, kau layak tahu tentang tu lebih awal dan aku minta maaf.”

Ivy tersenyum kecil, sedikit petunjuk pada matanya yang dia ingin menangis. “You are too good for me, my prince.”

“really?” Louis menjungkit kening kirinya membuat Ivy tertawa kecil. “Should I rebel a little to reach your standards?”

“aren’t you already?” Ivy memandang sekeliling biliknya yang hanya mereka sebagai penghuni sebelum kembali pada Louis, senyuman nakal yang membuat Louis jatuh hati padanya terukir cantik di hujung bibir nipis itu.

Dan Louis tertarik pada bibir nipis itu. “I think I have.”

Yes.” Bisik Ivy dekat pada bibir puteranya. “Yes, you have.” Dan dia tergelak kecil.

.

.

A million miles away and I'm still thinking 'bout my baby….

Jack terbatuk sedikit, memegang sisinya yang kesakitan sambil mata termenung ke siling bilik penjaranya.


Ain't misbehavin', no, you don't need to worry
I'm having a good time, oh oh…..

Senyuman pahit terukir pada bibirnya, ia rasa menyengit tapi dia endahkan.

And I've had one too many
But you're the only one on my…. Mind.

Nyanyian Jack terhenti kerana dia rasa sentuhan halus pada bahunya. Jack menarik sengih bila bayangan memori lama tersimpan rapi bermain didalam mindanya, seperti dia sedang mengalaminya sekarang.

“It’s rude to touch someone without permission.” Sahutnya dengan mata tertutup, memori masih bermain dalam mindanya.

Red Hood dalam usia remajanya sengetkan kepala dengan ekspressi sedih pada wajahnya. Menjatuhkan tangannya kesisi dengan perlahan. “Dear Jack…. You’ve done so much but earn so little.”

“Aku tak harapkan sebarang ganjaran dari semua ni, Hood.”

Tapi ia menyedihkan.” Suara Hood pecah, dia segera menutup mulutnya kerana gagal menyembunyikan perasaannya dari Jack.

Jack membuka matanya dengan perlahan, berpaling melihat hantu tidak tenang di sebelahnya. Jack berikan senyuman halus di hujung bibir. “Aku tak perlukan simpati kau. Just do what you do best Hood. Help me save her.”

Sedakan kecil terlepas dari celah tangan Hood, tidak dapat menahan air mata yang bergelinang turun membasahi pipi. Dia ingin membantah tapi melihat wajah merayu Jack, membuatkan Hood memaksa diri untuk mengangguk. “May your soul being saved my child.”

Jack tidak membalas, hanya melihat Hood menghilangkan diri dari pandangan matanya dan bila hantu itu menghilang… Jack bersuara. “I don’t need saving.”

Perhatian Jack beralih bila dia terdengar bunyi datang dari atas dan menarik kepalanya untuk melihat siapa yang datang melawatnya lagi dan kali ni Jack hanya diamkan diri bila dua pelawatnya berdiri disebalik penjaranya.

“Evening..” Wizard Merlin menyapa tahanan kerajaan itu dengan tundukan kecil, atas sebab kesopanan.

“Tuan Merlin.” Jack mengangguk, menerima sapaan ahli sihir tua itu.

“Alright, lets get on with the plan.” Diaval mengeluarkan tangannya dari poket seluar dan memeluk tubuh, sempat toleh kebelakang untuk memastika pengawal penjara itu tidak curi dengar. “kita ada 16 jam sebelum kau dihukum pancung.”

Jack menarik sengih dalam diam. “Aren’t we all eager D.”

>X<

Dua hari kemudian….

Mentari pagi merangkak naik ke horizon dunia, menyinari tanah Great China menyapa rakyat dengan kengatannya yang menenangkan namun pada pagi itu, kesejukan musim sejuk tidak dapat mengalahkan kedinginan didalam hati orang-orang didalam istana.

Para pembesar, Maharani dan putera puterinya, The Great Wizard dan Aprientice, Kerabat diraja dan para The Believers berkumpul dihadapan istana dimana upacara memancung penjenayah terkenal dilangsungkan sebentar lagi. Upacara menghukuman itu dibuka kepada para rakyat untuk melihatnya, memberi harapan kepada mereka bahawa mimpi ngeri mereka tidak lama lagi berakhir, tiada lagi ketakutan disebalik bayang Enchanted, tiada lagi ancaman pada orang-orang Enchanted.

Penghukum berada di tepi batu pemancungan, mengasah kapaknya sementara menunggu masa untuk menjalankan tugas, bunyi desiran batu pada besi kapak yang menyengitkan kedengaran dari dalam istana. Membawa kegerungan kepada mereka yang mendengarnya.

Wizard Merlin berdiri di sebelah Maharani Wu Zetian, di salah satu beranda istana dimana mereka dapat lihat penghukum itu dengan jelas; bersama Putera Puteri Maharani Great China ini.

Wizard Merlin berpaling ke bahagian kiri veranda istana dimana The Mind of The Believers dan para orang bawahannya; Gretel, dan beberapa The Believer penting diwajibkan hadir untuk melihat pemancungan itu berlansung. Namun, Hansel tidak kelihatan didalam kumpulan tersebut. Wizard Merlin hanya boleh menghembus nafas panjang, mengetahui apa akan berlaku bila lelaki itu dapat tahu.

Di sebelah kanan veranda istana pula kerabat diraja yang hadir untuk melihat hukuman itu berlangsung dengan mata mereka sendiri, bersama para-para pembesar.

“Dear Emrys…. Mana Bakal pemerintah Enchanted?” Bisik Maharani Wu Zetian dengan nada tersangat rendah. Mata tidak lari dari melihat penjenayah mereka telah keluar bersama beberapa orang pengawal menuju ke si Penghukum.

“sesiapa ada terserempak dengan Apprientice Wizard Merlin?”

“Anyone see her nor the black bird?!”

 “Oh dia akan datang. Dia terlajak bangun; agak penat kerana memaksa dirinya dua tiga hari ni. tapi dia akan datang.” Balas Wizard merlin, mata juga tidak lepas dari dua pengawal di bawah, berjalan masuk kedalam istana semula untuk mengambil banduan mereka.

Putera Xiao Ai berdengus dengan senyuman nakal, mendapat pukulan lembut dari adiknya.

“Yeah right.”

“kakanda...!”

Maharani Wu Zetian berikan renungan pada dua anaknya sebelum mengeluh kecil. “Tuanku kena cepat, upacara ni takkan berlangsung jika dia tiada. The faster the lower the risk lelaki gila ni terlepas.”

Wizard Merlin tidak menjawab, hanya diamkan diri dengan ekspressi wajah yang sukar dibaca.

“Maaf Beta lambat.” Dan mengikut jadual, Putera George akhirnya menyertai mereka dengan pemakaian diraja yang serba lengkap dengan makhkota.

“Akhirnya…” bisik Putera Xiao Ai dan mendapat tendangan senyap dari kedua adik dan rakan rapatnya. Berbaloi.

Tidak lama kemudian, dua pengawal itu kembali tanpa banduan, dan langkah mereka laju mendekati si pemancung. Seperti mana derapan kasut laju dari dalam istana belakang Wizard Merlin dan tanpa dia berpaling kebelakang untuk melihat siapa yang datang ke bahagian veranda itu; Hansel bersuara dengan nafas berat. “Ivy the Devil telah hilang.”

Si Penghukum menghentam kapaknya diatas batu membelah ia kepada dua—mengejutkan seluruh rakyat Great China sebelum menjerit. “JACK HAS ASCAPED!!”

dan sekumpulan burung hitam beterbangan di sekeliling istana itu dan menyerang rakyat dan mereka yang berada di Veranda istana. Jeritan horror dan sahutan burung gagak bergema diudara seumpama ia satu mimpi ngeri pada mereka dengan rakyat Great China lari lintang pukang melarikan diri dari serangan burung-burung itu dan the Believers bertindak dari sisi mereka untuk menyelamatkan rakyat.

Sementara di Veranda di mana Wizard Merlin dan Maharani Wu Zetian, mereka tidak diserang langsung, terkesima melihat rakyat mereka di serang secara mistery oleh sekumpulan gagak hitam, mencederakan rakyatnya, memercik darah ke salji putih.

“What—takkan Villain tu dah menyerang?! Encik Hansel, kamu kata dia takkan buat sebarang tindakan untuk beberapa hari!” Marah Wu Zetian, nadanya naik okta 5. “Explain this, now?!”

Hansel menggeleng, hilang kata-kata kerana dia juga tidak menjangka akan ada serangan secepat itu. Adakah tafsirannya salah? Adakah dia memandang rendah terhadap musuhnya? Jack sendiri kata Mary takkan lakukan apa-apa dalam masa terdekat ini. Adakah Jack menipu? Dia tak patut dengar cakap lelaki tu!

T-Tuanku, Patik—

“Bukan Bloody Mary yang menyerang.” Mereka semua beralih pada lelaki berjubah kelabu, berjanggut putih, berdiri di hujung beranda bersama seekor burung didalam tangannya. Dahinya berkerut teruk memerhatikan burung tersebut sebelum matanya beralih pada mereka semua.

“Diaval?” Hansel buntu seketika sebelum reality menghempap kepalanya. “Ivy did this?”

“Tak…. tak…” Putera George menggeleng, langkahnya kebelakang beberapa langkah dari mereka semua. Jantungnya jatuh keperut melihat wajah serious Wizard merlin, dia makin memucat. “tak mungkin….. Ivy?”

Hansel menggenggam kedua penumbuknya di sisi sehingga menggeletar teruk, dia rapat rasakan darahnya menggeledak naik mendadak, seperti sesuatu didalam badannya ingin meletup. Dia pernah rasa seperti ini dahulu, semasa dia di Vicious, wajahnya berubah warna, bibirnya naik menayangkan barisan gigi yang diketap erat. Perasaan yang menggeledak naik dari lubuk hatinya terlepas ke udara, didengar oleh semua penghuni istana itu dan menakutkan mereka di Veranda.


Dan lelaki bekas Vicious ini meletup.

>X< 

Will be continued~

(A/N: Welp.... just in time upload the next chapter! Lol, exam dah habis dan cuti semester menyambut angah dengan penuh....kerja rumah. bukan kerja rumah homework, Gosh no, I mean is sebaik je balik rumah, me mum drag me buat kuih raya--I know awal lagi. but It has and I've been kicking my butt for hours to finish quick and write this chapter late at night. And I don't know but I feel somethings missing. Meh, next chapter boleh cover. for now, this is good enough. Hahahahhaa Apapun, Enjoy my readers and see you on the next Chapter!! *Hugs&kisses*)

Comments

  1. ah sudah.. bala apa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. BAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

      dear person who comment this, you have somehow made my day a lot better *Hugsss*

      Delete
    2. mana tak bengang.. lepas satu bala, datang satu bala.. baru nak enjoy sikit... huhu....

      Delete
    3. Jangan risau, tak lama boleh la enjoy balik but.... bala takkan habis Hahahahaha *Runs away*

      Delete
  2. Da agak Jack dengan Merlin bersubahat untuk tangkap Mary. Hope dorang dapat tangkap Mary secepat mungkin. Huhuhu.
    taksabar nak tunggu mext episode . And Angah cerita Angah memang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohooooooo~~~~ *kembang sikit sebab kena puji*

      Awww shucks... huhuhu thanks awak! and yes, jom berharap Mary cepat2 mati!

      Delete
  3. Omg makin tak sabar nak tunggu apa ivy buat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES! ANGAH PUN DAN NAK POST TAPI ANGAH BUSY SO WILL POST IT A.S.A.P! this weekend maybe lewl

      Delete

Post a Comment

Popular Posts