Eleventh H.O.P.E
The Eye of a Seeker
Charlotte
dilahirkan istimewa. Dia mempunyai sepasang mata yang membolehkan dia melihat
rahsia yang tersembunyi disebalik mata mereka. Boleh rasa perasaan terpendam
mereka dengan satu sentuhan kulit dan boleh mendengar bisikan halus yang tiada
siapa boleh dengar. Dia istimewa dimata para Ahli sihir… dia lebih istimewa di
mata Makhluk Mistik.
Tapi dia dilihat
pelik oleh manusia biasa.
Pada mulanya dia
ingat dialah perempuan termalang lahir di dunia dan dirinya di sumpah sebaik
sahaja dia dapat bernafas. Dia salahkan ibu bapanya atas nasibnya dipandang
pelik oleh masyarakat. Dia dilahir sebegitu pelik atas hubungan sulit antara
Permaisuri dan Satria setia Raja Arthur. Ia sebuah sumpahan ditimpah keatas
Charlotte kerana mereka berdua telah membelot kesetiaan Raja.
Dan Charlotte
percayakan mereka. Dia dengar cerita dari pekerja istana yang dia serupa dengan
Mangkat Lady Morgana; sentiasa bercakap seorang diri bila dia fikir tiada siapa
memandang, berkelakuan pelik dari puteri-puteri biasa, bercakap secara rawak
pada orang membuatkan orang ketakutan untuk mendekatinya. Mereka kata dia
dihukum atas perbuatan ibu bapanya, mereka kata suatu hari nanti Charlotte akan
membesar seperti Mangkat Lady Morgana, mereka kata suatu hari nanti Charlotte
juga akan membelot abangnya sendiri seperti mana ibubapanya buat pada Raja
Arthur. DIa akan merampas takhtah Putera George dengan membunuhnya, seperti
mana Mangkat Lady Morgana gagal lakukan pada hari menyambut kelahiran Putera
George.
Mereka kata Charlotte akan sambung kerja
Mangkat Lady Morgana untuk menumpaskan keluarga Pendragon.
Sebab itu
Charlotte ditahan dalam istana dari tinggal bersama Ibu bapanya, supaya Raja Arthur
boleh mengawal gerak geri Charlotte sepanjang masa, Mareline sentiasa berada di
sisi Charlotte dari dia lahir. Tidak pernah meninggal sisinya dan Raja Arthur
kata ia untuk keselamatan Puteri Charlotte kerana dia juga seorang puteri.
Kerabat diraja harus dijaga sepanjang masa.
Tapi macam mana
pula dengan putera George? Abangnya bebas melakukan apa sahaja dia inginkan,
tiada pengawal yang mengawalnya dan sentiasa dimaafkan oleh penjaganya. Namun
Charlotte tidak dapat melarikan diri dari pandangan Mareline. Dia cuba
menyelinap keluar senyap-senyap seperti Putera George tapi Mareline lebih
tangkas menangkapnya.
Mareline tidak
tegas seperti penjaganya tapi itu tidak bermaksud Mareline benarkan dia keluar
istana sesuka hati. Dia cemburukan abangnya dapat lakukan apa sahaja dia
inginkan sedangkan dia dikawal ketat sepanjang masa.
Dia ingin tahu ke
mana abangnya pergi, dia ingin ikut kemana abangnya ingin pergi, dia ingin
menyelinap keluar senyap-senyap ke kota dengan abangnya, dia ingin mengenali
abangnya lebih dekat memandangkan abangnya seorang yang periang dan penuh
bertenaga untuk buat hal di istana.
Tapi entah kenapa
Charlotte rasa abangnya cuba mengelak darinya setiap kali Charlotte cuba
mendekatinya. Adakah abangnya juga percayakan kata-kata orang istana tentang
Charlotte serupa Mangkat Lady Morgana?
Dan dia lihat
bagaimana Mareline menyapa Abangnya, sangat berbeza dari cara dia berbual
dengan Charlotte. Cara Mareline bergurau dengan Putera George dengan
kawan-kawannya, tidak pernah dia seperti itu bila bersama Charlotte.
Dia rasa dia
keseorangan di dalam istana tu, seperti dia dilahirkan untuk dibenci. Seperti
dia lahir sebagai seekor raksasa yang suatu hari nanti akan hancurkan mereka
semua. Tapi… Charlotte tidak pernah berniat seperti itu pada sesiapa. Dia
sentiasa berdoa untuk keselamatan orang-orang Enchanted. Dia sentiasa meminta
pertolongan makhluk Mistik untuk melindungi Camelot secara senyap.
Penghuni istana
Charlotte dapat berbual lebih dari 10 patah perkataan ialah Wizard Merlin dan
Ibunya; itupun mereka datang hanya beberapa kali dalam setahun, hanya apabila
ada majlis berlaku di istana mereka akan kembali dan Charlotte dapat berbual dengan
mereka walaupun hanya untuk seketika.
Wizard Merlin kata
dia seorang yang istimewa. Mengatakan kebolehan yang dia dapat adalah kurniaan
terhebat seseorang pernah ada. Ahli sihir sendiri tidak boleh buat seperti
Charlotte, bercakap dengan makhluk mistik dan melihat perkara yang mereka tidak
boleh lihat.
Charlotte tidak
percaya ia satu kurniaan, dia percaya ia satu sumpahan tapi dia tidak sampai
hati untuk salahkan ibubapanya atas nasibnya lahir didunia seperti itu.
“Percayalah suatu hari nanti kamu akan lihat
dunia akan berubah kea rah lebih baik untuk tuan puteri.” Itu janji Tuan
Merlin padanya setiap kali mereka akhiri perbualan mereka. dia ingin Charlotte
teruskan berharap yang hidupnya akan berubah, yang orang luar tidak lihat dia
seperti pembawa malang tapi seseorang yang lebih baik. Bukan sumpahan tapi
kurniaan.
Sehingga suatu
hari semasa Charlotte berada didalam bilik membaca, makhluk mistic dari hutan
Enchanted datang melawat untuk menceritakan hari-hari mereka untuk menghiburkan
hati sunyi Charlotte.
Kali ini ia kisah dua pasangan muda,
seorang lelaki dan seorang wanita berjumpa secara rahsia.
Tanpa ada sesiapa mengetahui hubungan mereka,
hidup didalam dunia mereka untuk seketika.
Betapa indahnya hari kisah mereka,
Menitiskan air mata mereka yang melihatnya.
Charlotte tertarik
dengan cerita dua pasangan muda itu dan meminta kawan kecilnya datang untuk
menceritakannya setiap kali mereka berjumpa. Setiap kali kawannya datang, kisah
mereka makin sedih kerana mereka tahu betapa berbezanya dunia mereka. Si lelaki
seorang yang dari keluarga yang berada sementara perempuan itu bukan
siapa-siapa.
Lagi mengejutkan
bila Charlotte dapat tahu abangnya ialah orang yang kawan kecilnya selalu
ceritakan kepadanya. Ia berlaku pada hari-hari biasa di Istana bila Charlotte
bertemu dengan George di bilik bacaan, dia sedang tenung buku dihadapannya
namun mindanya berada jauh dari alam reality. Melihat dari keningnya bersimpul
menjadi satu dan posisi duduknya yang tegang, Charlotte mengatur langkah untuk
mendekati abanya, menegur dengan perlahan.
Tapi tegurannya
memberi impak yang besar pada George membuat dia melompat keluar dari kotak
mindanya dan memandang tepat ke mata Charlotte, mendedahkan segala kerisauannya
dan hubungan rahsianya dengan seorang wanita dari dunia Vicious.
Charlotte juga terkejut,
dia dapat rasakan perasaan abangnya pada perempuan itu terlalu dalam, melihat
konflik dimata abangya yang dia akan patah hati jika perempuan itu tinggalkan
dia. Perempuan itu akan tinggalkan dia. dan George sanggup tinggalkan posisinya
sebagai putera raja hanya untuk hidup bersama perempuan itu, tapi bagaimana dia
ingin tinggalkan tanggungjawabnya sedangkan ramai sedang berdamping pada putera
muda ini? Dia tidak boleh bebankan perempuan itu dengan sumpahan yang berada di
dada abangnya dan dia tidak boleh tinggalkan pada adiknya sedangkan nyawa
seluruh Enchanted berada didalam tangannya, dan perempuan itu sendiri
mengugutnya jika dia tinggalkan segalanya untuk perempuan itu, dia tidak akan
jumpa abangnya lagi.
Charlotte dapat
lihat abangnya menggeletar takut, satu-satunya perempuan yang memahami
kesengsaraannya, tidak menginginkan apa-apa dari seorang putera raja dan
melayan George seperti seorang manusia
akan tinggalkan dia begitu sahaja. Perempuan itu boleh lakukannya dengan mudah
kerana dia Vicious.
Untuk pertama kali
didalam hidupnya, Charlotte beranikan diri dan memeluk abangnya dengan erat,
tangan mengusap belakang George dan tenangkan abangnya tanpa berkata apa-apa.
Puteri kecil ini tidak pula menjangka Abangnya akan membalas pelukan Charlotte
lebih erat dan luahkan sepenuh perasaannya dalam nada berbisik; seperti dia
takut seseorang akan mendengarnya walaupun hanya mereka berdua didalam bilik
bacaan itu.
“Kenapa keluarga kita harus dihukum seperti
ini? Maafkan kakanda kerana tersangat mementingkan diri…”
Charlotte tergamam
untuk seketika sebelum air mata mengugut mengalir mendengar persoalan keluar
dari mulut abangnya. Tangannya yang kecil berpaut pada abangnya dan menanam
mukanya di dada George, cuba sembunyikan perasaan sedihnya. Abangnya fikir
inginkan hidup bahagia dengan orang yang dia sayang satu tindakan yang
mementingkan diri? Mereka sekeluarga cukup terseksa dengan segala ikatan yang
di lontar oleh mereka yang berdendam sehingga sumpahan adalah perkara biasa
bagi mereka dan kebahagiaan satu sumpahan. Di antara sumpahan Charlotte, sumpahan abangnya lebih berat, dia lebih
terikat dengan takdirnya di kerusi takhtah, terikat dengan kematian dan terikat
dengan harapan rakyat seluruh Enchanted. Charlotte tidak dapat bayangkan jika
dia berada di tempat abangnya, menanggung segala beban dan satu-satunya manusia
yang membuat dia gembira ialah perempuan yang kemungkinan akan memusnahkan
mereka semua.
Charlotte memeluk
abangnya dengan lebih erat, seperti cuba yakinkan abangnya yang; “semuanya akan
baik-baik sahaja.”, “Apa jua berlaku, Char akan sentiasa di sisi kakanda untuk
membantu.”, “kakanda tidak akan melalui beban ini seorang diri.”
DIa tidak boleh
janji yang perempuan itu tidak akan tinggalkan abangnya, tapi dia boleh
berjanji yang Charlotte akan sentiasa berada di sisi abangnya dan mengharungi
segalanya bersama.
Dan seperti yang
Charlotte lihat, perempuan itu pergi meniggalkan abangnya, walaupun George
tidak beritahu Charlotte tapi dia boleh lihat setiap kali mereka bertentangan
mata. Putera George cuba berkelakuan seperti dirinya yang biasa, bersenda
ketawa bersama Jack, melakukan tanggungjawabnya dengan baik dan melayan
orang-orang di sekelilingnya seperti seorang putera raja yang sempurna dimata
mereka.
Tapi tidak di mata
Charlotte, Abangnya patah hati. Akan sentiasa menyelinap keluar istana untuk
pergi ke hutan mahligai dan kembali dengan ekspressi wajah yang sedih dan lama
kelamaan, persaan sedih itu berubah menjadi marah. Putera Raja yang peramah
mula menjadi tegas, dia tidak lagi memberi peluang kepada pekerja istana yang
buat salah, tidak memberi peluang kepada penjenayah dan sesekali tidak memberi
muka pada mereka yang hanya mendekatinya hanya kerana pangkat dan nama.
Abangnya bukan lagi putera yang peramah malah, dia tegas dan ini menambat hati
orang-orang Enchanted! Mereka akhirnya percaya yang Putera George akan menjadi
raja yang baik suatu hari nanti.
Perangai abangnya
semakin teruk disebalik imejnya yang sempurna, dia mula berhubungan dengan
seorang perempuan bernama Jill, gadis kampung yang tinggal di hujung Camelot.
Seperti biasa abangnya tidak beritahu Charlotte apa-apa kerana Charlotte
sentiasa lihat dari mata abangnya dan memahami mengapa dia berbuat sedemikian.
Dia sedang cuba melupakan perempuan di hutan Mahligai itu dan juga cuba membuktikan
dia bukanlah putera yang sempurna seperti mereka fikirkan. Cara dia cuba
sembunyikan hubungan mereka bukanlah…. Diusahakan sangat. Seperti abangnya
sengaja biarkan hubungan mereka diketahui, terutamanya pada Jack dan Mareline.
Charlotte tidak sukakan
perempuan bernama Jill tu sebenarnya, ia sebab Jill tidak pernah cuba melihat
Charlotte tepat ke matanya. Ada sesuatu yang pelik tentangnya dan Charlotte
telah beri amaran pada abangnya tentang Jill. Abangnya hanya beri senyuman
kecil seperti dia tahu apa yang Charlotte katakan tapi dia abaikan. Jill bukan
perempuan yang baik, setelah Jack dan Mareline berjumpa dengan perempuan tu,
dia cuba menggoda Jack pula dan Jack seorang lelaki yang setia pada Puteranya,
berjaya mendedahkan keburukan Jill dihadapan khalayak ramai dan Putera George
menghukum perempuan itu dibuang dari Camelot pada saat itu juga.
Raja Arthur berang
dengan kelakuan Putera George memalukan Camelot dengan berhubung dengan
perempuan kampung dan untuk menghapuskan kisah ini dari menjadi buah mulut
orang Enchanted, Raja Arthur mengambil keputusan untuk tunangkan Putera George
bersama Puteri Julliana. Putera George tidak membantah, dia tidak boleh
membantah.
Charlotte menghembus nafas dalam, cuba
tenangkan jantungnya yang berdegup laju dan kumpul segala semangat untuk
mengetuk pintu belajar Abangnya. “Abang… ini Char.” Bisik si puteri kecil
sebelum masuk kedalam tanpa kebenaran abangnya kerana dia tahu abangnya tidak
akan menjawab.
Dia lihat Putera George berada di tepi
tingkap, duduk kelihat tenang di sofa bersama buku khusyuk dibaca dalam tangan.
Charlotte dapat dengar bisikan halus didalam bilik tersebut, seseorang
mengatakan apa yang dilihat tidaklah seperti yang dijangka. Abangnya pandai
menyembunyikan perasaannya yang sebenar, dia putera yang sempurna, sudah tentu
dia tahu bagaimana untuk berlakon yang dia baik-baik sahaja dihadapan orang
ramai.
Tapi pada Charlotte dia tidak boleh.
Charlotte mengeluh kecil dan melabuhkan
punggung di sisi Putera George. “Siapa sangka Jack akan heret Jill ke depan
Raja Arthur dari jumpa dengan abang dan selesaikan hal ni senyap senyap?” Charlotte
ketawa kecil. “Jack tak teragak-agak kalau ia melibatkan keselamatan Putera
kesayangannya.”
“Abang suruh dia senyapkan diri.” George
mengaku, mengangkat pandangannya pada wajah Charlotte yang tidak terkesan dari
pengakuannya. “Dan Cherr tahu tu kan?”
Charlotte mengangguk. “Char minta tolong
dari Jack dan Mareline untuk putuskan hubungan abang dengan Kak Jill.” Katanya,
sedikit rasa bersalah. “Kak Jill seorang perempuan yang baik.. tapi dia berubah
bila dia dapat tahu abang seorang putera. DIa tidak sayangkan abang, dia
sayangkan mahkota abang.” Tegur Char, mengetahui ayatnya pasti diulang berpuluh
kali oleh Jack dan Mareline sebelum ni. “Abang juga tahu tu kan?”
George meletak bukunya ketepi sebelum
menghembus nafas lelah, segala lakonan jatuh dan ekspressi wajah terluka
terpapar jelas. “ABang Cuma ingin lupakan dia.”
“Tapi dengan membenarkan diri abang dilukai
oleh perempuan tu bukan caranya!” marah Charlotte tangan di pinggang dengan
comel. “Abang, Char tahu abang cuba lupakan dia tapi… memaksa diri abang untuk
mencintai orang lain… apatah lagi abang tahu dari awal yang kak Jill seorang
perempuan yang…. Tidak baik.”
Charlotte memutuskan untuk tidak panggil bekas teman wanita abangnya nama yang
buruk-buruk. “Hanya masa yang boleh memulihkan hati yang hancur.”
“Abang fikir abang boleh cuba mengubahnya…
Iv—dia lebih teruk dari Jill, dia
seorang Vicious. Kalau abang tidak boleh ubah seorang Vicious, kenapa abang
tidak mengubah Jill yang datang dari Enchanted?”
“ABang, Kak Jill bukan Iv—Perempuan tu!”
Mereka berdua berjanji untuk tidak menyebut nama perempuan itu lagi untuk
kebaikan hati Putera George yang patah. “Apa yang abang nak buktikan? Kepada
siapa abang nak buktikan? Abang hanya lukakan diri abang lebih teruk dari
sebelumnya dengan perempuan seperti kak Jill.” Charlotte dekatkan diri pada
abangnya dan menggenggam erat tangan Putera George. “Char tahu abang lakukan
semua ni untuk buktikan sesuatu tapi… walaupun abang berhasil pun, abang hanya
patahkan hati Kak Jill bila dia dapat tahu abang mempergunakan dia dan… abang
akan bertambah sakit sebab, abang sendiri tahu. Dia tidak akan kembali.
Selamanya.”
George memandang wajah adiknya dengan lama,
melihat betapa risau Charlotte dengan keadaan George yang cuba melakukan kerja
yang sia-sia. George tahu apa yang Charlotte kata itu betul tapi mengaku yang
Ivy… mereka tidak akan berjumpa lagi sangat sakit. Dia terlalu berdamping
dengan Ivy selama ini untuk membantunya menghadapi masalah hidup dengan Mangkat
Lady Morgana dan adiknya. Ivy menolong dia untuk tidak melihat mereka dari
paras rupa mereka atau latar belakang mereka. tidak mendengar dari kata-kata
orang lain tentang seseorang, seperti adiknya Charlotte. Dialah manusia
terbaik, paling manis dan peramah didalam Enchanted dan dia terlalu buta untuk
melihatnya kerana dia berdendam dengan Ayah Charlotte merampas ibunya.
George mengusap rambut adiknya dengan
lembut, adiknya tidak salah dan dunia tidak patut menghukum insan yang suci
seperti adiknya. Dia kagum dengan ketabahan Charlotte dengan segala hinaan
diberi oleh orang-orang Camelot tentangnya. DIa terus tersenyum dan menolong
mereka yang memerlukan, walaupun tidak semua membalas perkara yang sama.
“Cherr… jika abang buka kes tentang kematian
Lady Morgana. Apa akan terjadi?” Soal abangnya dengan lembut.
Charlotte terdiam untuk seketika, dia dapat
dengar bisikan-bisikan kemungkinan bermain diudara, dari mana bisikan itu?
Charlotte tidak dapat pastikan tapi ada beberapa ayat yang dia dapat tangkap. ‘Persalahkan
Bloody Mary’, ‘Hentikan the Devil’, ‘Jangan biarkan Vicious terlepas!’, ‘Adinda
tidak bersalah’, ‘Berikan keadilan pada Lady Morgana’, ‘hapuskan sumpahan
Camelot!’.
Mata Charlotte membulat. “Lady Morgana tidak
bersalah dan kemungkinan sesiapa sahaja dalang Mangkat Lady Morgana punca semua
ini terjadi.” Katanya sedikit hilang nafas, membenarkan telinganya mendengar
suara-suara halus tu agak membebankan untuk budak seorang puteri 8 tahun.
“Abang… Kenapa abang nak buka kes Lady Morgana?”
“Sebab abang berjanji yang abang akan ubah
pandangan Enchanted terhadap kamu dan Wizard Merlin kata… dia kata Mangkat Lady
Morgana hanyalah mangsa untuk sumpahan ni…” George menyentuh dadanya. “Abang
ingin tangkap siapa dalang membuat seluruh keluarga kita sengsara dan memberi
keadilan pada nama Mangkat Lady Morgana. Begitu juga pada Cherr.”
Charlotte tidak
dapat menghalang abangnya bila dia sudah membuat keputusan. Setelah pertunangan
antara Putera George dan Puteri Julliana, Putera George mula tubuhkan The Mind
of The believers, memanggil empat Lord yang terkenal dengan kedegilan mereka
untuk tidak tunduk kepada mana-mana kerabat diraja kecuali mangkat puteri
kesayangan mereka. namun Putera George berjaya meyakinkan mereka untuk mencari
penjenayah sebenar pada malam sumpahannya berlaku, Putera George tahu ramai
yang akan membantah rancangannya, sebab itu dia melakukannya secara berahsia
hanya mereka yang dipercayai sahaja tahu akan kewujudan organisasi The
Believers. Dengan Satria Jack dan Wizard Merlin disisi Putera George tiada apa
boleh terlepas dari pencarian mereka. Tiada rahsia tidak terbongkar oleh The
Mind Of The Believers, secara perlahan pertubuhan ini membesar, Putera George
berjaya mengumpul orang-orangnya sehingga ia menjadi sebuah pertubuhan yang
utuh dan ia bukan sahaja mencari dalang pembunuh Mangkat Lady Morgana malah
menyelesaikan masalah pasaran gelap dan penyeludupan barang terharam keluar
masuk kerajaan diseluruh Enchanted.
Enchanted makin
mekar dengan adanya The Believers disebalik bayangan Enchanted, menyelesaikan
masalah kerajaan sendiri tidak dapat melaksanakan. The Believers mempunyai
peraturan tersendiri yang kerajaan tidak dapat jalankan dan ia membantu mereka
untuk hapuskan jenayah di seluruh Enchanted. Adakah pertubuhan rahsia ini
diketahui oleh orang-orang Enchanted? Sudah tentu, khabar angin merebak
sebegitu cepat tentang organisasi yang memberkas penyeludup haram, menangkap
penjenayah merbahaya. Organisasi yang digeruni oleh pedagang haram untuk
beroperasi dan bergelut untuk mencari cara untuk tidak ditangkap oleh
orang-orang The Believers.
Nama Putera George
kembali naik, malah disanjungi oleh Raja Permaisuri yang mengetahui tentang The
Believers. Mereka lihat potensi Putera George walaupun dia masih muda,
ciri-ciri seorang raja yang boleh memimpin seluruh Enchanted kearah yang lebih
mahsyur.
Kenapa lagi Putera
George dipilih sebagai High King Enchanted dan bukannya Puteri Ezra? Ia kerana
impression yang Putera George tunjukkan pada rakyat tentang dirinya. Seorang
Putera Baik dan peramah tapi dalam senyap dia seorang yang tegas dan tidak memberi
peluang kepada sesiapa yang cuba melawannya. Mereka tidak ingin rakyat takutkan
bakal pemerintah tinggi mereka, ia kemungkinan akan mencetuskan sebuah rusuhan
diantara kerajaan, mereka perlukan Raja yang baik dan kejam pada masa yang
sama. Baik dimata rakyat dan kejam bila menjalankan tugasnya, dan Putera George
berjaya menambat hati raja-raja dan permaisuri Enchanted.
Seperti yang
Putera George rancang dari mula.
Dan dia hampir
mendapat apa yang dia inginkan selama ini. Ia semakin dekat.
Kuasa mutlak.
Charlotte tahu apa
niat tersirat didalam hati abangnya. Dia bukan sahaja ingin memberi keadilan
pada Mangkat Lady Morgana, membuktikan Charlotte bukan pembawa malang seperti
mereka katakan dan hapuskan apa sahaja sumpahan yang terletak pada keluarga dan
dirinya.
Tidak, dia lakukan
semua ini untuk membuktikan kepada seseorang yang dia boleh melakukannya. Jika dia cuba sedaya upaya, melangkaui
kemampuannya sendiri… dia boleh dapat apa yang dia inginkan.
JIka mereka cuba
sedaya upaya, melangkaui kemampuan mereka sendiri, pasti mereka dapat apa yang
mereka berdua inginkan.
Tapi Ivy mengalah.
Dia tinggalkan
abangnya.
Ivy tinggalkan
abangnya berfikiran seperti ini, menghancurkan kebahagiaan abangnya dan obsess membuktikan sesuatu yang tidak
akan dipandang oleh ahli sihir Vicious itu.
Charlotte tidak
pernah begitu bencikan seseorang didalam hidupnya. Ivy seorang Vicious yang kejam. Menghancurkan hati abangnya,
mengapa dia tidak pergi dan tinggalkan hidup abangnya buat selamanya? Dan tidak
berlegar didalam minda George dan meninggalkan impak sebegitu dalam pada
pemikiran abangnya?
Charlotte tidak
dapat agak samada tindakan abangnya ini akan memberi kesan yang baik atau
buruk. Terlalu banyak bisikan bergema disekelilingnya membuat Charlotte pening,
hanya dalam masa sesaat dia dapat dengar ratusan bisikan kemungkinan akan
berlaku jika abangnya teruskan obsesinya ini.
Dia tidak dapat
agak, dia tidak dapat focus pada bisikan paling dekat. Kesemuanya berebut
ditelinganya seperti beribu perkara akan berlaku dan ia sendiri tidak tahu yang
mana paling penting untuk Charlotte mendengarnya. Perkara seperti ini tidak
pernah terjadi, semasa perbincangan besar untuk memilih pemerintah besar dari
Raja dan Permaisuri Enchanted, Charlotte dapat mendengar keputusan mereka
jelas—malah hanya satu jawapan. Abangnya menjadi Raja Tertinggi tapi mengapa
semasa dia ingin mendengar kemungkinan atas perbuatan abangnya mempunyai beribu
jawapan? Adakah ini petanda buruk?
Persoalan
Charlotte terjawab bila dia dapat tahu Ivy… wanita yang Abangnya cuba lupakan,
perempuan Charlotte cuba tolong abangnya lupakan tiba di Enchanted. Di Gracious
Academy.
Atas pertolongan
Wizard Merlin.
Dan Hansel
Gingerman adalah agent dihantar ke Vicious untuk memantau ahli sihir itu.
Charlotte bergegas
untuk berjumpa dengan Wizard Merlin dan tanpa mengatakan apa-apa dia menarik
janggut ahli sihir tua itu untuk melihat tepat ke matanya dan…. Charlotte tidak
menjangka betapa arifnya Wizard Merlin menyembunyikan rancangannya untuk
membawa Ivy ke Enchanted selama ini. Charlotte sentiasa berjumpa dengan Wizard
Merlin dana pa yang dia lihat hanyalah jamuan minum petangnya dan rancangan
untuk membantu orang-orang Enchanted, dia berjaya menolak rancangannya jauh
dihujung kotak mindanya sehingga Charlotte tidak dapat membacanya langsung. Dia
kagum dan geram dengan Wizard Merlin atas tindakannya.
“Dia Ivy…. The Devil! Ahli sihir terkejam diatas permukaan bumi ni dan Tuan
ingin dia belajar di Gracious? Bersama beribu puluh pelajar?” soal Charlotte
cemas, menggenggam gaunnya dengan erat sehingga tangannya menggeletar. “Dia
akan musnahkan Enchanted kalau dia dapat tongkat sakti tuan!”
“Kamu sudah bertemu dengannya?” Soal Wizard
Merlin dengan tenang.
Charlotte senyap untuk seketika sebelum
menggeleng perlahan. “Tapi dia anak Maleficent.”
“Juga anak kepada Robin Hood. Tuan Puteri,
saya tahu kamu risaukan keadaan Putera George tapi Putera George perlukan Cik
Ivy.”
“Tak, Abang tak perlukan dia! Abang cuba
lupakan dia bertahun dan Tuan tak
boleh bawa dia macam tu je atas alasan ‘Abang perlukan ahli sihir tu’. Tak!
Abang tak perlukan dia dan perempuan tu hanya akan rosakkan segala kerja keras
abang selama ni! macam mana kalau rakyat tahu hubungan mereka yang dahulu?
Abang dah bertunang dan dia akan menjadi Raja Tertinggi dan Ahli sihir itu
hanya menghalang abang untuk mencapai impiannya!”
Charlotte tahu
semua itu tidak betul. Dia tahu Impian abangnya bukanlah terletak di kerusi
Raja Tertinggi, tapi ingin bersama ahli sihir kejam dari Vicious; Ahli sihir
yang akan ditakdirkan untuk menghancur seluruh Enchanted. Charlotte tahu
abangnya akan tinggalkan segala kerja kerasnya bila dia dapat tahu Ivy kembali
ke Enchanted. Mereka dapat peluang kedua untuk bersama, angan-angan yang dahulunya
mustahil hampir menjadi reality. ABangnya tidak pernah kisah apa pendapat orang
luar atas kelakuannya selama ini, apatah lagi jika dia mengambil keputusan
untuk tunaikan impian kanak-kanaknya untuk melarikan diri bersama Ivy dan
lenyap dari pandangan orang Enchanted.
Tapi ia tidak
semudah yang Putera George inginkan.
Kerana penghalang
untuk impian mereka menjadi kenyataan bukanlah rakyat Enchanted tapi Ahli sihir
itu sendiri. Dia tidak ingin bersama Putera George.
Charlotte salah
anggap tentang Ahli sihir Vicious tu, dan juga rasa bersalah menuduh Ivy tanpa
mengenalinya dahulu. Rupanya Ivy bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan. Ya,
dia kejam dan suka kenakan orang tapi dia tidak pernah sakiti sesiapa kecuali
terpaksa. Ivy kemungkinan kelihatan kejam dan tidak berhati perut, tapi diri
Ivy yang sebenar jauh berbeza dari apa yang dia tunjukkan. Ivy seorang yang
prihatin, dia risaukan akan keadaan kawan-kawannya, sentiasa menunaikan
janjinya pada kawan-kawannya tidak kisah betapa susah, dia menolong orang lain
walaupun mereka membencinya dan paling penting… dia tidak pernah menghalang
Abangnya dari tinggalkan posisinya mengejar kerusi takhtah, malah dia mengugut
abangnya untuk teruskan jika tidak Ivy tidak akan tegur abangnya lagi.
Siapa sangka, Ivy
seorang yang selfless bila melibatkan tentang apa yang dia inginkan. Dia
korbankan kehendaknya untuk orang lain. Pada mula Charlotte menyentuh Ivy dan
melihat rancangan jahat Ivy, dia terdengar bisikan ‘paksaan’, ‘tidak rela’,
‘demi ibunya’, ‘cuba buktikan dirinya jahat’ dan Charlotte hairan mengapa dia
mendengar tanggapan tersebut dari Ahli sihir yang tidak berhati, ingin
hancurkan seluruh Enchanted rasa benda yang dia buat ini adalah satu paksaan?
Dia dapat jawapannya sehingga lah dia dapat rantai yang mengandungi hati Ivy.
Hati yang disembunyikan dari dunia Vicious kerana kesuciannya. Ia hati seorang
budak, penuh dengan impian dan harapan. Hati yang ingin hidup bahagia bersama
orang yang dia sayang, inginkan ibunya bangga dengan apa yang dia buat,
inginkan semua orang hidup dengan aman dan tenteram. Tiada peperangan diantara
dua tanah.
Hatinya
dibuang—tak, disimpan kerana hati sesuci ini boleh rosak jika ia terdedah di
Vicious. Ivy simpan kerana dia masih berharap, suatu hari nanti bila dia bertemu
dengan Putera George dia masih lagi perempuan yang George kenal kali erakhir
mereka bertemu. Dia masih berharap yang mereka masih bersama setelah bertahun
berpisah. Kedua-duanya berimpian untuk menjalani hidup bersama-sama.
Tapi mengapa dia
tidak mengambil hatinya semula dan bersetuju untuk melarikan diri bersama
Putera George? Kerana Ivy tidak pernah
pentingkan diri. Dia simpan hatinya untuk pastikan dia dapat banggakan
ibunya dengan kejahatan dia buat, dia simpan hatinya untuk pastikan Putera
George masih mengenalinya bila mereka bertemu. Dia tidak mengambil hatinya
semula kerana dia masih ingin banggakan ibunya dan orang-orang Vicious, dia
tidak mengambil hatinya semula kerana dia tidak ingin melihat Putera George
sia-siakan kerja kerasnya selama ini hanya untuk bersama perempuan yang bakal
patahkan hatinya dipenghujung hari.
Ivy rasa dia tidak
berbaloi berada di sisi Putera George, sebab itu dia cuba sedaya upaya untuk
buktikan pada seluruh Enchanted yang dia layak berada di sisi abangnya, layak
berada di sisi Bakal Raja Tertinggi sebelum dia bersedia untuk umumkan pada
dunia tentang hubungan mereka.
Bagi Putera
George, cukup mereka yang mengenali Ivy menerimanya sebagai ahli sihir baik
tapi itu tidak cukup bagi Ivy, bukan untuknya tapi untuk menjaga reputasi
Putera George. Dia memutuskan bila dia layak untuk berdiri di sisi abangnya,
dan sebelum tu, dia akan terus berusaha sehingga Enchanted memandangnya bukan
satu ancaman, tapi satu harapan juga.
Pada yang lain itu
mungkin kelihatan tindakan yang mulia, layak menjadi bakal pengganti The Great
Wizard Merlin suatu hari nanti tapi pada Charlotte, yang boleh mengetahui
perasaan seseorang, melihat isi hati Ivy… ahli sihir muda ini bergelut dalam
diam.
Dia masih belum
dapat memilih untuk berpihak sepenuhnya pada Enchanted atau menurut arahan
Ibunya untuk menghapuskan tembok berduri dan cetuskan peperangan sekali lagi.
Kenapa lagi kayu sakti apprientice tidak dapat dikawal sepenuhnya? Kerana Ivy masih
ragu-ragu dengan dirinya.
Mereka mungkin
tidak beritahu Charlotte apa yang mereka sedang hadapi tapi Charlotte memahami.
Dia selalu perhatikan Ivy dan mengetahui perkembangannya sepanjang masa terima
kasih pada hati Ivy berada bersamanya. Dia dapat rasakan bila Ivy dalam
konflik, dalam bahaya dan gembira.
Tapi Charlotte
masih tertanya, Hati siapa yang ada pada
Ivy? Mmandangkan Charlotte boleh membaca isi hati Ivy sedangkan hatinya
bersama Charlotte? Hati kedua siapa tu? Charlotte tidak pernah tanya kerana dia
tahu bukan tempatnya untuk menyoal melainkan Ivy sendiri yang beritahu. Hati
yang rapuh, hati yang boleh hancur pada bila-bila masa sahaja. Hati yang telah
rosak akibat dipengaruh oleh Vicious tapi ia tidak pernah berkecai kerana ia
terikat dengan satu sumpahan. Ivy juga terikat dengan sumpahan yang dia sendiri
tidak ketahui. Ivy lihat tali merah mengikat hati itu dari berkecai, menahan ia
selama ini untuk Ivy menggunanya. Memberi Ivy hati dan perasaan, tidak mengubah
Ivy menjadi seorang Villain sepenuhnya.
Charlotte risau
kalau-kalau suatu hari nnti, bila Ivy mendapat mengawal kuasa sakti itu
sepenuhnya… adakah dia akan membelot Puteranya sendiri dan cetuskan peperangan?
Mungkin bukan sekarang, tapi suatu dimasa hadapan kelak. Setelah semuanya
berakhir dan hidup happily ever after…
bagaimana kalau Ivy masih fikir dia tidak layak kerana dia seorang Villain?
Seorang Villain tidak layak happily ever
after dalam hidup mereka. Bagaimana kalau dia berfikir seperti itu dia akan
belot abangnya?
Tiada siapa tahu
apa akan jadi di masa hadapan. Tidak Ivy, tidak Charlotte dan tidak The Great
Wizard Merlin sendiri. Mereka hanya boleh mengagak kemungkinannya dan berharap
semuanya baik-baik sahaja di pengakhiran. Tiada ramalan yang lebih tepat dari
ramalan The Great Wizard Merlin dan Charlotte bergantung pada ramalan itu dan juga
Ivy seorang ahli sihir yang baik. Itu yang dia percaya
Dan kepercayaannya
naik bila suatu hari, semasa Charlotte sedang membaca buku ‘Advance potion’
didalam biliknya pada waktu petang; Ivy mengetuk pintu biliknya, datang dengan
ekspressi wajah tegang.
Charlotte dapat
rasakan hati Ivy yang bergantung dilehernya hangat kerana Ivy akhirnya dapat
membuat pilihan. Dan melihat dari mata hijaunya yang membara, Charlotte takut
untuk mendengar apa yang Ivy ingin meminta tolong dari Charlotte.
Apa jua pertolongan
yang Ivy inginkan, Charlotte sedia membantu selagi Ivy melibatkan keselamatan
Abangnya. Masa depan seluruh Enchanted bergantung di tangan Ivy sekarang.
“Char, Aku harap
kau faham. Aku juga taknak benda ni berlaku tapi… ini sahaja caranya untuk
pastikan kedua pihak berhenti dari
berperang.”
Charlotte
menggeletar satu badan, mendengar rancangan Ivy. Betapa tinggi risiko Ivy ambil
untuk selamatkan orang-orang yang dia sayang.
“Ivy pasti ke ini
akan berhasil? Ia… terbukti berkesan ke?”
Ivy berikan
senyuman lembut, mengusap rambut Charlotte cuba tenangkan hati risau si puteri
kecil. “Hey, ini Ivy the Devil yang merancang. Pernah ke plan aku gagal sebelum
ni?”
Charlotte hanya
boleh berikan senyuman tawar, tangan menggenggam rantai di lehernya lebih erat.
Jantungnya berdegup dengan kencang; memandang tepat ke mata Ivy, merasakan
sentuhan kulit Ivy dan bisikan halus datang disekelilinginya memberitahu
Charlotte betapa bahayanya rancangan ini, ia membunuh, ramai orang akan
terbunuh dan Ivy kemungkinan akan terbunuh.
Tapi Charlotte
percayakan Ivy. Terlihat jauh dilubuk hati kedua Ivy, bahawa dia juga tidak
ingin melakukan perkara ini tapi dia terpaksa, ini sahaja cara yang dia boleh
lakukan dan dia meminta, merayu untuk
Charlotte sudi menolongnya kerana tiada siapa akan membantunya jika mereka tahu
akan rancangannya ini. Hanya Charlotte sahaja yang boleh, hanya Charlotte
sahaja harapan Ivy untuk jayakan rancangannya.
“Abang pasti akan
berang.”
“Sejak bila dia
tak berang dengan aku?” Ivy berlawak dan dapat tawa kecil terlepas dari bibir
sip uteri kecil. “Jadi… kau akan tolong?”
Charlotte
menggenggam erat rantai Ivy dan mengangguk. “tapi… bagaimana dengan pemilik
hati kedua tu?”
Ivy segera
menyentuh dadanya, dapat rasa ia berdegup kuat dari Charlotte perasan akan
kewujudannya. Ivy memejamkan mata, cuba menenangkan jantung rapuh itu sebelum
bersuara dengan perlahan. “Dia berhak tahu, aku akan beritahu dia.”
“Dia akan
bersetuju ke?”
“Dia mesti.”
Tiada siapa boleh
halang Ivy the Devil bila dia telah membuat rancangannya. Samada Charlotte
setuju atau tidak setuju, Ivy tetap akan teruskannya dan cari cara lain untuk
menjayakan apa yang dia fikir terbaik untuk semua orang.
Betul, Charlotte
tidak sukakan rancangan Ivy tapi dari menolak rancangan Ivy sepenuhnya… dia
menolong kerana rancangan ini cukup merbahaya, dan dia taknak Ivy mencari cara
yang lebih teruk dari ini. Charlotte dapat rasakan renungan tajam DIaval datang
dari luar tingkapnya, mengetahui Diaval kecewa kerana Charlotte bersetuju
dengan apa jua rancangan Ivy. Sepertinya Diaval juga membantah, tapi apa
Charlotte boleh buat? Dia juga ingin menolong dan ini kali pertama Ivy, atau
sesiapa sahaja meminta tolong darinya selain suruh dia duduk di penjuru dan
lihat semua benda berlaku didepan matanya, sedangkan dia boleh buat sesuatu
untuk mengubahnya.
Ivy meninggalkan
Charlotte didalam biliknya keseorangan selepas itu, meinggalkan Charlotte untuk
berfikir akan punca dan akibat yang akan berlaku dimasa hadapan. Adakah dia
membuat pilihan yang betul untuk menolong Ivy? Mengapa dia rasa bersalah
merahsiakan perkara ini pada abangnya? Mengapa dia berjanji untuk tidak
beritahu abangnya? Dia tahu kalau abangnya tahu tentang rancangan ni pasti dia
membangkang tapi ini untuk kebaikan abangnya juga. Ada cara untuk menghapuskan
sumpahan tu dan Ivy tahu caranya.
Salah ke Charlotte
ingin menolong Ivy selamatkan abangnya dari sumpahan Lady Mor—Sumpahan Bloody
Mary?
>X<
“Aku takkan
benarkan.”
Ivy berpaling pada
Diaval. “Apa?”
“Kalau kau rasa nyawa
aku ni…” Diaval mengetuk dadanya. “… Penting. Kau takkan
melakukannya.”
“Kau mengugut aku
ke?” Ivy perhatikan Diaval dengan mata membesar sebelum ia menggelap serupa
Diaval dengan perencah haba panas. “Kau berani mengugut aku??”
“Kau dah lupa apa
tujuan kau ke sini? Kau nak sia-siakan segala kerja keras kau?”
Ivy diam untuk
seketika, mata tidak berhenti merenung wajah Diaval. “Kau takkan beritahu?”
“Takkan.”
(A/N: Eyy! I manage to post another after baca 75 BAB! every chapter ada atleast 10-14 pages and angah like, demn, old me semangat nak tulis panjang-panjang and manage to update once a week. ada jugak seminggu tu dua kali. wew, old me I salute you. however, new me dah tak boleh nak tulis panjang-panjang sebab free time dah takda. sobs sobs. I just glad I can finally write again. Apapun! See you in the next chapter! hoping dapat update lagi cepat lepas ni! huhueee~~)
Comments
Post a Comment