Thirteenth H.O.P.E


A Short note from the author:

Hello semua, it's been so long since I've right anything in this blog and angah baru perasan cerita ni masih dalam progress selama lima tahun. LIMA. TAHUN. Cerita yang angah buat sebagai satu hobi menghilangkan stress dari belajar, tapi sehingga sekarang tidak habis-habis. kerja makin bertambah dan kehidupan harus dijalankan sehingga angah sendiri lupa plot sebenar cerita ni. 

Bila angah baca balik, cerita ni banyak kekurangan dan banyak kesalahan dan angah sangat-sangat ingin henti menulis novel ni dan terus ke cerita seterusnya sebab angah ada belambak. serious ni berpuluh cerita dalam draft yang kemungkinan akan muncul di sini. Angah tidak pernah berhenti menulis, tapi dengan cerita ni ya. it's a big writter's block on this one dan low-key nak drop cerita ni dan move on. tapi pada masa yang sama angah taknak tinggalkan ia bergantung sebab angah juga seorang pembaca dan faham perasaan bila cerita kita baca terhenti dan segala persoalan tiada jawapan atau penutup. Jadi sebab tu dia terbengkalai selama lima tahun hahahaha, it's sound so sad when i think about it, even now.

apapun, thanks sebab masih sudi menjenguk blog ni walaupun dah lama tak update apa-apa dan masih ada yang tanya kalau-kalau angah akan update semasa MCO ni. Ya, angah menulis banyak dalam masa lapang yang panjang ni dan kutip balik dimana angah tinggal dengan Hope termasuk menghabiskan cerita baru didalam draft yang lama terbengkalai. 

hang in there my readers, Angah akan cuba habiskan cerita ni sebelum habis MCO dan update secepat yang mungkin. i know i say this alot but still, have faith. because kalau bukan disebabkan korang. angah mungkin takkan jumpa passion dalam menulis ni :'D 

thank you my precious and enjoy the chapter 

>X<

The Deal

18 tahun Mareline rasa tidak sedap hati dengan telatah Hansel dengan Jack semenjak dua tiga minggu ini. Mereka sentiasa keluar senyap-senyap dari rumah entah ke mana tanpa beritahu Mareline.

Apa yang mereka berdua sedang rahsiakan darinya? Sudah cukup Mareline risaukan tentang kesihatan Gretel yang kian meneruk, mengapa budak dua itu kena buat hal pula? Dia percayakan dua budak tu, terutamanya Jack tapi Jack… dia kelihatan berbeza. Ada sesuatu yang tidak kena dengan budak tu, dia senang baran, kuat marah dan kurang sabar.. sangat berlainan dari Jack yang dia kenal.

Mareline berharap tiada apa-apa akan berlaku pada mereka.

..

Mareline sedang mengelap dahi Gretel, memeriksa suhu badannya dan menghembus nafas berat. Demamnya makin teruk, segala ubat Mareline telah berikan, patut kah dia panggil Wizard Merlin untuk memeriksanya? Tapi Wizard Merlin seorang yang sibuk, Mareline tidak pasti dia dapat berjumpa dengannya.

“Gretel akan mati ke?” Soal Hansel, matanya berair takut dia akan kehilangan Gretel selepas pemergian ibubapa mereka tahun lalu. “Kak Mare, Hans taknak Gretel pergi. Kalau Gretel tiada…. Hans ada siapa lagi? Tolong kak Mare, tiada apa lagi ke kita boleh buat? Hans sanggup buat apa sahaja yang penting Gretel selamat!”

“Hushhh, Hansel jangan risau okay?” Mareline memeluk Hansel yang dia anggap seperti adiknya sendiri. “Jangan risau Hans, kita akan cari cara untuk selamatkan Gretel okay? Esok Kak Mare akan pergi ke istana dan jumpa Wizard Merlin. Mungkin dia boleh bantu okay? Pergi tidur, hari dah malam ni.”

Hansel hanya boleh mengangguk, mengelap air matanya sebelum mengucap selamat malam pada Mareline. Mareline hanya boleh mengeluh, bersimpati dengan nasib Hansel dan kembali merawat Gretel.

Malangnya, Mareline tidak tahu Jack berada di bilik Hansel. Menghasutnya untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh sesiapa.

..

Mareline berlari kembali ke rumah apabila dia dengar dari pengawal istana tentang budak 10 tahun telah pecah masuk museum dan melarikan diri dengan kayu sakti Royal Faries. Dia tidak terus ke museum kerana firasatnya mengatakan dia kenal siapa budak 10 tahun itu dan seperti dia jangka, sebaik sahaja dia tiba di bilik Gretel, dia lihat Hansel sedang menghalakan kayu saktinya kearah Gretel.

Mareline ingin menghalangnya tapi seseorang muncul dari bayangan Mareline dan menolaknya keluar dari bilik, jatuh ke tingkat bawah. Badan terhempas diatas meja kopi.

Perkara terakhir Mareline lihat ialah Jack yang kelihatan trauma dari tingkat dua dengan bayangan besar dibelakangnya, menyentuh kedua bahu Jack dan memuji keberanian Jack.

“Bagus, dia hanya penghalang rancangan kau Jack. Syabas.”


Mareline perhatikan gambaran Jack dengan bayangan hitam itu melalui cermin ajaib, tangannya digenggam erat di penghulu pedang. Perasaan geramnya tidak terkata, seumpama gunung berapi ingin meletup.

Dia tidak pernah rasa sebegini marah didalam seumur hidupnya, dan dia seorang satria. Hidupnya penuh dengan kemarahan semasa berlawan tapi ini… ini marah pada Jack, pada lelaki yang dia jaga selama ini buat perjanjian dengan makhluk hodoh tu…

“Siapa bersama Jack tu?”

Dia dikenali sebagai Bloody Mary.” Kata cermin itu.

Mata Mareline terbeliak. Bloody Mary?? “Dia buat perjanjian dengan sihir gila tu? KENAPA?! Apa yang Jack inginkan sampai sanggup bekerjasama dengan Villain? Sampai sanggup bunuh Aku?”

Cermin itu kembali tunjuk seorang wanita bergaun putih, rambut hitam ikal jatuh membentuk wajahnya yang putih pucat, matanya kelihatan sedih dan tangannya penuh dengan darah yang kering.

“Ivy the Devil?” MAreline menutup mulutnya, terkejut. “Dia inginkan Ivy the Devil?”

Wanita didalam cermin itu menggeleng. Dia mengangkat tangannya yang berlumuran darah dan diletak pada dadanya sebelum mengeluarkan jantung yang berdegup merah sebelum ia malap dan berhenti berdegup.

Mareline mendongak melihat wajah wanita dalam cermin itu dan bibirnya pula berlumuran dengan darah sebelum dia memejamkan mata, rebah dan hilang dari permukaan cermin itu.

“Dia ingin selamatkan Cik Ivy atau ingin bunuh CIk Ivy?” Soal Mareline balik. “Saya tak faham.”

Sekali lagi wanita itu muncul dan kali ini dia tunjuk cincin yang ada pada jarinya. Sebentuk cincin emas yang diukur dengan sebegitu teliti melambangkan betapa sayangnya si lelaki yang memberi cincin tersebut dan juga dihiasi dengan sebentuk batu permata yang lain dari yang lain.

“Batu Mystic?” Soal Mareline dan wanita itu mengangguk. Dia membuka cincin itu dan tunjuk tulisan yang ada didalam cincin tersebut.

Forever more.

“Mareline?”

Satria wanita ini mengetap gigi, menarik keluar pedangnya dan diarahkan pada lelaki yang berdiri dibelakangnya.

Jack, baik kau terangkan pada aku apa bendalah ni. Sekarang.

Jack mengangkat kedua tangannya, cuak, apatah lagi lihat refleksi yang Cermin itu tunjukkan pada Mareline. “Vivian…”

“Siapa?”

Jack bergegas ke cermin itu, mengambil kain putih ditepi dan menutupnya semula. “Kau tak patut berada di sini, apa kau buat di bawah ni?! Tiada siapa patut tahu pasal benda ni—”

“Oi! Kau dah kenapa menggelabah—Jack! Bertenang!” Satu tamparan padu sampai ke muka Jack, kembalikan dia kea lam reality. “Bertenang… bagitau aku, apa semua ni? Jack, kau pucat. Kau sebunyikan sesuatu dari aku ke?”

Jack mengetap bibir, memandang Mareline tetap pada wajahnya.

Namun Mareline tidak takut. “Apa? Kau ingin bunuh aku macam mana kau tolak aku jatuh dari tingkat dua?”

Mata Jack membulat dan segera menggeleng laju. Dia membelakangkan dirinya dari Mareline sehingga bertemu dengan dinding dan jatuh terduduk diatas lantai. Jack menarik rambutnya kebelakang sebelum jatuh ke menutup muka. “For Heaven’s sake Mare…. Aku minta maaf… Aku terpaksa.”

Mareline berlutut dihadapan Jack, pedang diletak ketepi untuk menarik tangan Jack dari mukanya. “Apa lagi kau rahsiakan dari aku? Jack, selama ni aku tahu kau sedang sembunyikan sesuatu tapi… cermin ni tunjuk kau bunuh aku dan bersubahat dengan Bloody Mary. Apa maksudnya tu? Adakah kau bersubahat dengannya? Dan Cik Ivy? Adakah kau ingin membunuhnya juga? Jack, pandang aku dan beritahu aku. bagi aku faham, aku tahu kau bukan macam tu.”

Jack mendongak melihat Mareline, dia menjangka Mareline akan memarahinya tapi rauk wajah Mareline membuat Jack bertambah rasa bersalah. Perasaan pahit didalam lubuk hatinya membuat dia rasa mual, segala perkara buruk dia pernah buat—sebelum Ivy merentasi masa kembali bermain didalam mindanya, segala dosa dan kesalahan dia telah buat, kebodohan tertipu dengan hela Bloody Mary dan terjebak dalam beratus pembunuhan orang tidak bersalah, termasuk Mareline.

Seluruh badan Jack menggeletar, dia tidak boleh sembunyikannya lagi dari Mareline. Dia tidak ingin sesiapa mengetahuinya.

“Goodness Gracious Jack, kau pucat membeku.” Sahut Mareline bertambah risau, merasakan tangan Jack yang sejuk. “Mari naik dan panaskan diri. Jangan risau, aku tak marahkan kau. Aku buat hot Choco untuk kita dank au boleh terangkan segalanya dengan perlahan okay? Mari.”

Jack hanya mengangguk. Bangkit dengan pertolongan Mareline dan kembali naik ke ruang tamu. Dia sempat berpaling melihat cermin itu semula, menelan air liur kelat sebelum Mareline menutup pintu basement, alihkan tumpuannya dari cermin itu.

“Duduk. Aku pergi buat air untuk kita.” Arah Mareline dan bergerak ke dapur.

Jack rebahkan dirinya diatas sofa, cuba tenangkan dirinya dengan menarik nafas sedalam yang mungkin dan lepaskan melalui celah bibir. Fikirannya bercelaru sekarang, tidak tahu apa yang dia patut lakukan atau katakan pada Mareline tentang cermin dibawah dana pa yang Mareline telah lihat. Entah apa saja yang Mareline telah lihat dari cermin tu.

Semuanya makin rumit, bertambah rumit dan ahli sihir Vicious tu pun merumitkan keadaan. Sekarang ditambah dengan Mareline, Jack tidak tahu apa yang akan terjadi selepas ini.

“Nah.” Mareline kembali dengan dua cawan choco panas dan memberi satu pada Jack.

Satria ini bangkit dan menerima minumannya dengan senyap, perhatikan tiga marshmellow didalam cawan itu sementara Mareline mengambil tempat duduknya berdepankan Jack.

Mareline mengambil sehirup dari minumannya, menunggu Jack untuk bersuara. Tapi melihat dari cara dia termenung akan airnya sendiri, kening bersimpul didahi dan bibir diketap erat, dia tahu kawan satrianya ini tidak akan bersuara sehingga dipaksa.

“Aku ingin kau tahu Jack yang… apa sahaja yang aku lihat dari dari cermin ajaib tu, aku tahu kau tidak pernah melakukannya. Sebab aku masih hidup, bernyawa dan berdiri didepanmu sekarang.” Mareline mula. “Pandang sini Jack. Lihat aku bila aku sedang bercakap.”

Jack mengangkat pandangannya, seperti seorang budak kecil yang takut dimarahi oleh kakaknya sendiri. “Bagi kau ia tidak pernah berlaku tapi bagi aku ia nyata. Hanya aku yang mengingatinya dan kamu semua tidak pernah melaluinya.”

Mareline menark nafas dalam. Nampaknya Jack telah terjebak dengan sesuatu yang agak rumit, dia tidak pernah lihat Jack menggeletar seperti ini. “Aku percayakan kau yang kau takkan buat benda yang bukan-bukan kan?” Jack mengangguk. “Aku percayakan kau yang kau buat semua ini demi kebaikan kan?” Sekali lagi Jack mengangguk. “Jadi, tiada apa yang kau perlu takut. Jelaskan segalanya pada aku untuk aku faham apa kau buat selama ni. Adakah cermin itu satu ilusi? Hanya untuk sedapkan hati aku atau ia sedang tunjukkan aku rahsia yang kau simpan selama ini?”

“Aku berdosa Mare.” Jack mengaku, perkataan seterusnya berat untuknya huraikan kerana dia takut apa akan jadi seterusnya. Genggaman pada cawannya mengetat. “Aku… Berjanji pada aku kau takkan beritahu sesiapa. Jika ia sampai ke telinga Ivy, perjanjian ni akan terbatal dan aku tak sanggup kembali dan kecewakan mereka yang tinggal.”

“Perjanjian? Mereke?” Mareline buntu. “Kembali ke mana? Jack, apa kau cuba cakapkan ni?”

“Aku… Buat perjanjian dengan Rumplestiltskin dan Wizard Merlin tahu mengenainya.”


Jack Skellington perhatikan surat perjanjian Rumplestiltskin, membaca isi kandungan kertas tersebut berulang-ulang kali, namun mindanya beralih pada perkara lain, dia memikirkan tentang kesulitan yang little Devilnya sedang hadapi seorang diri di tanah Enchanted, risau jika dia sedang mengharungi masalah ini seorang diri. Tuan Jack tahu Hansel dan Diaval ada untuk melindunginya, mereka sahaja dan satu-satunya orang yang Tuan Jack percayakan untuk pastikan Ivy selamat dari sebarang bahaya.

Namun, Tuan Jack tetap risau kerana dia lihat mimpi-mimpi Ivy. Mimpi ngerinya kian meningkat dan ia menakutkan jantung tua Jack. Seorang Villain tidak mengalami mimpi ngeri kerana dia yang mengawal ketakutan orang-orangnya semasa mereka tidur. Jika Ivy mengalami mimpi ngeri diluar kawalannya, pasti ia mimpi yang ditakuti oleh orang-orang Enchanted.

Adakah hatinya berubah kearah kebaikan? Adakah… Jack telah mengubah persepsi Ivy the Devil?

Tuan Jack mengulung surat perjanjian itu semula dan lenyapkan dari tangannya. Dia rebahkan badannya pada kerusi kerja dengan satu keluhan berat. Tangan naik mengurut dahi yang mula berdenyut. Tuan Jack tidak pernah rasa sakit kepala sebegini teruk selepas dia menerima kenyataan dia dan orang-orang nightmare menetap di Tanah Vicious buat selamanya.

“Adakah kamu risau Ivy menjadi baik?”

Tuan Jack mengenali suara itu dan sekali lagi dia mengeluh berat. “Sayang, saya sudah tidak tahu apa patut saya fikir. Ia terlalu rumit.”

“Adakah dendam kamu lebih penting dari kebahagiaan Ivy?” Nada Sally kedengaran tegas tapi kekecewaannya juga jelas. “Jack, tolong jawab.”

“Saya kata saya tidak tahu!” Jack bangkit dari tempat duduknya dan segera menyesal kerana tinggikan suara. “Maaf sayang, saya Cuma taknak kehilangan Ivy, poison berry adalah segala-galanya bagi kamu. Jika dia menjadi seorang Enchanted, kita akan kehilangannya buat selamanya! Apa jadi pada Maleficent nanti? Dia juga kehilangan Ivy buat selamanya.”

Sally tidak berganjak, dia masih berdiri di hadapan meja kerja Tuan Jack sambil memeluk tubuh, merenung tajam pada Suaminya untuk seketika sebelum menggeleng, kecewa. “Saya tidak sangka kamu guna alasan sejijik itu untuk teruskan malapetaka ini. Adakah keinginanmu melihat dunia kucar-kacir lebih penting dari hati dan perasaan Ivy? Kamu tahu saya tidak pernah kisah samada Ivy baik atau jahat, saya hanya inginkan dia gembira. Jika berada di Enchanted membuatkan dia bahagia, saya tidak kisah jika saya tidak akan pernah jumpa dia lagi. Poison Berry saya berhak untuk mendapat kebahagiaan yang dia inginkan, dia tidak bersalah, dia tidak layak menjadi mangsa keegoan kamu semua. Mengapa dia perlu terseksa hanya untuk hasad dengki kamu Jack?”

“Ini bukan saya seorang sahaja—

“Ya tapi kamu yang memimpin semua orang dan memarakkan api kemarahan dalam diri mereka—didalam mimpi mereka. Kamu seorang Raja segala Nightmare and Helloween, for our berry’s sake!” Suaranya tetap lembut walaupun dia dalam keadaan marah, tangan digenggam erat pada dadanya, diatas janjung yang berdegup kuat. Dimana hati suaminya berada. “Kamu boleh lakukan sesuatu—Apa sahaja untuk elak peperangan ini dari berlaku tapi kamu dan Alphaba hanya duduk diam menunggu saat itu tiba sementara Ivy disana bercelaru untuk memilih untuk hidup bahagia dengan orang yang dia sayang atau kembali pada Ibunya. Kamu tidak buat apa selain menyeksa Rumplestiltskin atas perkara yang telah berlaku.”

“Apa yang kamu cakapkan ni Sally.” Kali ini Tuan Jack tidak mengelak. “Sudah tentu dia memilih Ibunya dari orang di sana. It’s her mother for Nightmare’s sake! Tiada anak akan tinggalkan ibunya sendiri—

“Sebab itu kamu mengambil kesempatan tentang tu! Kamu tahu Ivy akan kembali pada ibunya kerana Ivy sangat menyayangi Alphaba! Walaupun Maleficent seorang Villain dan dia tidak! She is Good! Dia layak duduk di Enchanted! Dia bahagia duduk disana, kamu tahu tu tapi kamu berdua enggan untuk menerimanya kerana keegoan kamu masing-masing!”

“Sally! Cukup.

“Dan kamu boleh beritahu Wizard Merlin dan sampaikan pada Ivy tapi kamu enggan!”

“Saya kata CUKUP!!” Kuasa Tuan Jack meletup dan Sally segera mengangkat tangan melindungi dirinya, serangan itu telah mencalar tangan Sally.

“Ouch!”

Tuan Jack tergamam, melihat Isterinya tercedera akibat kemarahannya. “Oh, My love saya tidak bermaksud—

Sally membelakangkan diri dari Jack, enggan disentuh oleh suaminya sendiri. Dia melontar renungan amaran, penuh dengan kekecewaan terhadap Jack. “Sampai hati kamu Jack. Sampai hati.” Sally putar membelakangkan Jack dan beredar pergi, mengendahkan panggillan dan pohon maaf Jack.

“Sally! Sayang!”

BAM!

Pintu dihentam tutup dan Tuan Jack Skellington menjerit keudara melepaskan geram. Dia segera menyeru tiga budak Nightmare dengan kuasanya, dan mereka muncul dalam keadaan berbaju tidur, memeluk bantal sambil tidur dengan lena.

“Bangun!”

Shock, Lock dan Barrel tersentak dari tidur mereka dan perasan mereka berada di pejabat Raja mereka. Dengan segera mereka bangun dengan Shock memaksa Barrel untuk berdiri dan menampar-nampar mukanya.

“Barrel! Kerja! Kerja!”

Lock salut pada Raja mereka. “Apa kamu boleh bantu Tuaaaaaaaaaaaaaaannnn—” dia segera tutup mulutnyayang menguap.

“Shock! Pergi periksa Puan Sally. Dia tercedera dan kembali lapor keadaannya pada saya. Lock, panggil Maleficent datang ke sini sekarang juga dan Barrel! Bangun budak tak guna—Pergi kumpul orang-orang nightmare sekarang juga! Termasuk Cik PolkaDot dan Cik Caramel. Faham??”

“Baik Tuan!” mereka bertiga salute faham dan berlari lintang pukang keluar.

Jack Skelington berjalan ke meja kerjanya dan di melontar segala dipermukaan meja ke lantai, melepaskan geram yang amat didalam hatinya.

“Ivy tinggal di Enchanted?? Bah! Dia tidak akan membelot orangnya sendiri!”

>X<

Ivy rasa seluruh roma badannya meremang tiba-tiba dan dia segera memeluk tubuh, memandang keluar tingkap bilik dan perhatikan bulan penuh menyinari malam yang sunyi.

“Adakah ia menganggu kamu?”

Ivy kembali tumpuannya pada Wizard Trude, dia berpakaian serba formal untuk makan malam bersama raja yang baru sahaja tamat tidak sampai sejam yang lalu dan sekarang mereka sedang berbincang tentang rangan Wizard Trude inginkan Diaval dalam kes menangkap Bloody Mary.

“Maaf, aku.. sedang berfikir.” Katanya dan kembali memandang suasana malam, perhatikan angin bertiup lembut tapi udara tidak sesenang angin mendayu. Dia kembali pada Wizard Trude dahi berkerut risau. “Aku faham aku tidak boleh mengikut serta dalam kes ini atas sebab-sebab tertentu tapi aku tidak boleh berhubung dengan Diaval langsung? Mengapa? Dia penjaga aku, takkan aku tidak boleh berjumpa dengannya sekali sekala?”

“Saya tahu ia agak melampau tapi ini untuk langkah berjaga-jaga, kami tidak ingin Bloody Mary dapat menjejak kamu atau Daival bocorkan sebarang maklumat pada kamu.”

“Jikalau ya, apa aku boleh buat?”

Wizard Trude memandang Ivy seperti dia ni senang diperdaya dengan ayat Ivy. Wizard Trude menyimpul tangannya di belakang, bersabar dalam berunding dengan Ivy. “Saya lakukan semua ini atas persetujuan dengan Encik Hansel. Saya sebenarnya inginkan kamu tapi Encik Hansel enggan kerana takut akan keselamatan kamu. Saya setuju menggunakan kamu agak berisiko tinggi, jadi saya pergi peluang kedua terbaik yang kita ada. Diaval, burung gagak kamu.” Dia pandang burung hitam yang duduk di tingkap, merenung tajam kearahnya. “Bloody Mary mungkin ingin berhubung dengan kamu memandangkan kamu seorang Vicious, dan jika kami menggunakan Diaval untuk tangkapnya. Bloody Mary akan cuba berhubung dengan Diaval dahulu—atau cuba mengikut jejaknya untuk mencari kamu, mencari peluang untuk berhubung dengan kamu. Untuk mengelak sebarang kemalangan berlaku—Bloody Mary bertemu dengan kamu, saya sarankan kamu tidak bertemu langsung. Mengelakkan Bloody Mary menyumpah kamu pula dan mengawal kamu, seperti Mangkat Lady Morgana, memandangkan kamu telah memiliki Apprientice wand.”

“Dia tidak boleh menyumpah saya dengan mudah.” Lawan Ivy, dia rasa terkilan Wizard Trude fikir dia seorang ahli sihir yang lembik tidak boleh melindungi dirinya sendiri. “Saya pernah melawannya dan saya boleh menumpasnya dengan mudah.”

Wizard Trude hanya boleh menarik nafas dalam, kedegilan Ivy sangat mencabar kesabarannya. “Saya tahu tapi tolong bekerjasama untuk memudahkan kerja kami Cik Ivy. Saya tidak minta banyak, hanya kerjasama Cik Ivy dan pertolongan dari Diaval. Putera George inginkan penjenayah ini ditangkap secepat mungkin dan kembalikan keadilan pada Mangkat Lady Morgana.”

Ivy diam untuk seketika, memandang Diaval yang menyahut kecil padanya. Ivy menghembus nafas berat dan Ivy memetic jari mengubah Diaval menjadi manusia.

“Apa pendapat kau?”

“Aku tak percayakan Ivy boleh ditinggalkan seorang diri tanpa sesiapa pantau dia.”

Ivy tergelak kecil sebelum berubah menjeling kearah Diaval. “Kau ingat aku budak kecil ke?”

“Tak, aku kenal kau macam mana. Entah apa je kau akan buat kalau aku tiada nak halang kau. Aku setuju untuk ikut serta kalau Gretel ada memastikan Ivy tidak melakukan sebarang kerja gila.”

“Gretel?” Soal Ivy dengan horror.

“Malangnya Cik Gretel bekerja untuk Putera George. Tapi…. saya pasti Putera George boleh lepaskan CIk Gretel jika ia mengenai keselamatan Cik Ivy.”

Ivy kembali memandang Wizard Trude. “Maaf tapi apa? Mengapa pula? Pastinya Gretel lebih penting untuk Putera George dari aku. aku boleh jaga diri aku sendiri.”

“Itu syarat saya Tuan. Jika boleh menunaikannya, saya bersetuju untuk membantu kamu menangkap Bloody Mary.”

“Baiklah. Saya terima syarat kamu.” Wizard Trude menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Diaval. “Esok sila datang jumpa saya bersama Encik Hansel dan Cik Gretel akan dipindahkan untuk menjaga Ahli Sihir kamu.”

“It’s a deal.”

Ivy yang perhatikan mereka bersalaman naik geram, tidak menyangka Diaval buat persutujuan tampanya—Ahli sihirnya!

“Nanti-nanti-nanti! Bukannya kau minta persetujuan dari aku ke? Kenapa tiba-tiba dengan Diaval? Aku tak bersetuju!”

“Malangnya Cik Ivy, saya ingin kebenaran Diaval dari awal dan kamu disini untuk formality sahaja. Tidak eloklah saya buat perjanjian dengan burung kamu tanpa kehadiran Ahli sihirnya.” Wizard Trude tunduk sedikit pada Ivy sebelum membutang kotnya semula. “Baiklah, saya beredar dahulu, masih ada hal saya perlu selesaikan sebelum perbincangan esok. Encik Diaval.” dengan anggukan pada burung gagak itu, Wizard Trude beredar dari bilik tersebut dan hanya Ivy sahaja yang tinggal dalam keadaan tak terkata dengan Diaval yang menarik senyuman sinis pada ekspressi wajah anak jagaannya.

“Jangan kecil hati Ivy. Sekurang-kurangnya plan kau berjalan dengan lancar.”

“Ya, tapi Gretel! Kau tahu betapa menjengkelkan adik Hansel tu???? Aku dah cukup bersyukur kami dah masuk semester dan aku jauh dari dia—bukan aku tak suka dia tapi dia….. melawan.

“Kenapa lagi aku suruh Gretel perhatikan kau? Sebab dia tak takutkan kau dank au takkan sakiti dia sebab Hansel.” Kata Diaval. “Aku boleh jalankan tugas aku dengan tenang tampa fikirkan kau buat kerja gila dibelakang aku.”

“Oh Fuck you.”

“You can’t. That’s bestiality.”

ew… Bodoh!”

Diaval ketawa pecah perut melihat muka merah Ivy menghentak kaki keluar dari bilik sebelum dia ditukar menjadi burung semula dan mengejar Ivy keluar.

>X<

Mareline rasa otaknya hampir pecah. Mendengar penjelasan Jack tentang perjanjiannya dengan Rumplestiltskin yang telah dirahsiakan dari rakan-rakannya sendiri—dari Putera George dan hanya Wizard Merlin sahaja yang tahu? Jack sepatutnya boleh dilontar kedalam penjara kerana membuat perjanjian terlarang dengan Villain tapi Mareline tidak boleh menangkap Jack kerana perjanjian itu dibuat dimasa hadapan. Bermaksud perjanjian itu tidak wujud lagi tapi ia telah wujud pada waktu sekarang? Adakah itu bermaksud Jack boleh dijatuhkan hukuman atau tidak?

“Jap, kalau kau ditahan sekarang. Bermaksud dimasa hadapan kau takkan buat perjanjian tu dengan Rumplestiltskin kan?”

Jack menggeleng. “Walaupun ia dibuat dimasa hadapan, ia telah terjadi dan masa silam sekarang tidak sama dengan masa silam sebelum perjanjian itu dibuat. Ia dibuat pada timeline yang berbeza, jadi ia tidak memberi sebarang kesan jika aku tak buat perjanjian tu nanti di masa hadapan. Sebab aku dah buat di masa hadapan sebelumnya.” Katanya membuat Mareline menyentuh dahi, bertambah berdenyut kepalanya disebabkan penerangan Jack.

“Ini sebab aku tinggalkan hal-hal magic sepenuhnya pada ahli sihir sahaja.” Kata Mareline meletak cawan kosong di atas meja semula. “Bagitahu aku, kenapa kau lakukan perjanjian ini? mengapa Wizard Merlin tidak cuba menangkap kau? Dan apa akan jadi jika kau batalkannya? Apa yang kau pertaruhkan?”

Jack menggenggam penumbuknya dengan erat, memandang wajah serious Mareline dan membasahkan bibirnya. Dia ragu-ragu untuk beritahu Mareline takut ia akan membawa lebih banyak kerumitan.

“Sebab aku… tak boleh terima kenyataan.” Jack mula, dengan perlahan. “Di garis masa aku buat perjanjian itu, perang diantara Enchanted dan Vicious telah tercetus disebabkan Bloody Mary berjaya menghancurkan tembok berduri. Nenek sihir tu berjaya sekali lagi mengumpul beribu hati manusia untuk mencipta magic yang cukup kuat untuk menghancurkan tembok tu; cuma di garis masa itu, tiada siapa tahu dia sedang memakan hati orang Enchanted dan the Believers tidak wujud langsung. Kerana semua orang percaya Lady Morgana menyumpah anak buahnya kerana hasad dengki, bukan angkara Bloody Mary. Selama 20 tahun tiada siapa tahu kewujudannya kecuali hari-hari terakhir dia muncul… muncul didalam mimpi Ivy. Menghantui malam Ivy, memberi amaran padanya peperangan akan tercetus dan Ivy akan mati didalam tangan ibunya sendiri, Ivy telah memberi amaran pada Putera George tentang mimpinya tapi itu tidak cukup untuk orang-orang Enchanted bersedia untuk berperang manakala orang Vicious telah bersedia dan terus menyerang sebaik sahaja tembok itu jatuh.”

Jack mengangkat bahu, tangannya menggeletar bila teringatkan balik memori lama yang sudah disimpan jauh didalam kotak mindanya. “Enchanted kalah. Semua orang mati dalam peperangan tu, semua orang yang kita kenal. Putera George mati kerana sumpahan Lady Morgana dan tiada siapa tahu tentang sumpahan tersebut kerana dia tidak inginkan Ivy mencari cara untuk selamatkan dia.”

“Kenapa? Ivy seorang ahli sihir yang hebat, mustahil dia tidak boleh cari cara untuk batalkan sumpahan tu.”

“It’s a killing curse.” Jawab Jack dengan pahit. “Mustahil untuk batalkannya tapi betul, Ivy boleh mencari cara untuk selamatkan Putera George tapi Putera Bebal tu enggan untuk meminta tolong dan Ego, berfikir dia boleh selamatkan Enchanted dalam masa yang singkat. Perang tidak makan masa setahun dua. Apatah lagi bila kita tidak bersedia untuknya. Jadi kita kalah.” Jack tergelak seperti ia satu lawak, tapi jelas nadanya pecah dari perasaan sebak. “Aku terdesak bila aku lihat George mati… mati didalam dakapan Ivy, melihat Ivy menangis—Aku hampir pergi bertemu dengan Rumplestiltskin.”

“Hampir?”

Jack mengangguk. “Kalau bukan disebabkan Ivy, aku sudah lama pergi tapi dia menghalang dan kata dia akan cari cara untuk selamatkan Enchanted dari Villain. Aku percayakan dia dan kami tetap lawan tanpa seorang raja. Tanpa seorang pemimpin. Sehingga… Ivy ditangkap oleh ibunya sendiri dan diseksa dengan sumpahan terteruk—” Jack terdiam, menutup mulutnya menahan diri dari jatuh menangis, teringatkan bayangan ahli sihir itu terbentang tidak bernyawa di katil pesakit dengan badannya berlumuran dengan darah.

Jelas didalam memorinya dimana dia jatuh berlutut ditepi katil Ivy, menangis akan kehilangan ahli sihir itu, satu-satunya kekuatan yang tinggal pada Enchanted dan segala harapan punah pada malam itu. Semangat Enchanted telah hancur.

Jack memandang tangannya, tangan yang mengangkat Ivy masuk kedalam keranda, tangan yang mengubur Ivy kedalam tanah. Tangan yang gagal selamatkan orang yang dia sayang.

Mareline perhatikan Jack yang menggeletar, menggenggam kedua tangannya sebelum naik ke bibir. Bergelut untuk menenangkan diri. Nampaknya Mareline telah membuka kenangan pahit Jack, dan dia sememangnya tak pernah lihat Jack seperti ini. Traumanya sama seperti seorang askar kehilangan orang-orang yang dia sayang, adakah apa yang dia katakan semuanya betul? Mereka akan berperang dan kalah? Putera George mati dan begitu juga Ivy.

“Adakah selepas itu kamu pergi berjumpa dengan Rumplestiltskin?”

Jack mengangguk kecil, mengelap bukti airmata yang menggugat untuk jatuh. Dia menelan air liur pahit sebelum bersuara. “Y-Ya… Aku buat perjanjian untuk mengubah takdir, kembali ke permulaan mencari cara untuk menghalang semuanya dari berlaku, tapi apa pun yang aku cuba lakukan, pastinya akan berakhir benda yang sama. Berulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali, pastinya akan berakhir dengan benda yang sama dan apabila itu berlaku aku akan kembali di permulaan dan aku akan menjalani hidup yang sama berulang-ulang kali sehingga aku naik gila. Aku lihat kamu semua mati berkali-kali, Aku berkorban nyawa, aku mengorbankan nyawa orang tidak bersalah—aku menjadi Villain hanya untuk selamatkan takdir tapi—semuanya berakhir dengan benda yang sama.” Rumplestiltskin pasti berseronok sekarang, mengetahui aku gagal tanpa henti untuk selamatkan orang yang aku sayang. Pasti dia suka melihat aku terseksa dan menghadapi hidup yang sama berulang-ulang kali dan berakhir dengan pengakhiran yang sama. Aku terperangkap. Aku dah tak boleh patah balik dan…. Dan a-aku tak sanggup untuk patah balik dan—b-berdepan dengan kubur Ivy sekali lagi.” Katanya dalam sebak, segera dia menutup mulutnya dengan belakang tangan, membongkok ke lantai cuba menyembunyikan tangisannya dari Mareline. Tapi ia bergelinang turun membasahi lantai, bertali-tali air mata jatuh meluahkan perasaan yang sudah lama dipendam, penyeksaan dia sendiri hadapi tanpa sesiapa tahu kerana ketakutan ia akan sampai ke telinga Ivy dan segalanya berakhir dan kembali ke permulaan. Terperangkap dalam sebuah roda yang berputar sehingga Jack sendiri muak untuk meneruskan niatnya untuk selamatkan mereka.

“S-Sebab itu aku berpaling pada Bloody Mary. Kerana aku terdesak untuk menamatkan sumpahan yang aku sendiri letak pada diri aku dan aku buat apa sahaja untuk pastikan aku keluar dari seksaan ni. Aku cuba bunuh diri tapi aku tetap kembali ke titik permulaan, mengetahui apapun aku buat takdir tidak akan pernah berubah. Tiada siapa boleh mengubah takdir, dan aku bodoh percaya aku boleh melakukan benda yang mustahil. Aku terdesak Mare, Aku terdesak. Aku hanya inginkan orang yang aku sayang selamat tapi apapun aku buat dia tetap mati dan aku tak boleh buat apa tentangnya.” Katanya diantara tangisan pilu yang gagal disembunyikan lagi.

Jack dapat rasa sepasang tangan mengelilinginya dan memeluk Jack dengan erat, menepuk belakangnya dengan lembut dan ini membuat satria mulia hancur berkecai, tidak menjangka dia aka nada seseorang mendengar luahan hatinya.

Mareline merehatkan dagunya dibelakang Jack, membiarkan lelaki ini menangis sepuas hati kerana dia tahu bagaimana perasaannya menanggung segala beban seorang diri. Mareline pernah lihat dan ia serupa dengan Putera George yang meluahkan perasaannya akan beban sumpahan dihatinya dan keraguan memimpin seluruh Enchanted hanya seorang diri. Mereka berdua telah memikul beban yang tiada siapa akan faham, beban tiada siapa yang lihat dan tiada siapa boleh tahu, hanya untuk melindungi orang yang mereka sayang.

Hampir sejam Mareline mengusap belakang Jack, mengetahui dia perlukan ini lebih dari segalanya. Berikan masa untuk Jack bertenang dan boleh kembali teruskan penerangannya. Satria wanita ini juga membuat minuman panas baru untuk mereka berdua, kali ini the jasmine untuk tenangkan Jack.

Bila Mareline kembali di tempat duduknya, Jack sudah kembali tenang tapi kerisauannya masih lagi bermain dirauk wajahnya. Membuat MAreline tertanya, adakah Jack ingat segalanya dari kecil? Kesalahan dia buat? pengorbanan dan kematian kawan-kawannya? Ini buat Mareline bersimpati pada Jack, entah berapa kali dia terpaksa melalui semua ini seorang diri dan sehingga sekarang dia masih lagi kuat dan menolong mereka untuk menangkap Bloody Mary untuk elak peperangan.

Tapi Mareline tertanya. “Aku soal cermin ajaib kenapa kau lakukan semua ni dan gambaran Ivy didalam gaun putih muncul. Pada mulanya aku fikir kau ingin membunuhnya tapi… sekarang aku faham.” Kata Mareline, kedepankan badannya untuk melihat Jack tepat pada matanya. “Jujur dengan aku. Perjanjian itu, kau buat untuk selamatkan orang yang kau sayang. Seorang; dan orang itu adalah Ivy the Devil. Betul kan?” Soal Mareline. “Kau cintakan Ivy the Devil. Sebab tu kau sanggup harungi perjanjian neraka ni.

Segalanya tertulis pada wajah Jack dan bila Jack mengeluarkan segulung cincin dari poketnya untuk diberikan pada Mareline; Persoalannya terjawab.

Forever more.

>X<

 Ivy terdengar ketukan dari pintu dan memakai jubah tidurnya, turun dari katil dengan perlahan memastikan dia tidak bangunkan Diaval yang tidur di bakul tidur dan membuka pintu balkoni untuk melihat siapa berani mengganggunya ditengah malam buta.

“Hei.”

Ivy hampir menjerit mendengar suara Louis yang bersebunyi sebelah pintu kalau bukan Louis segera memeluknya dan menutup mulut Ivy.

“Husshhhhssshhhh” bisik Louis sambil menahan ketawa.

Mata Ivy membesar dan memukul bahu Louis. “Ish, buat terkejut je.”

Louis tertawa dalam senyap dan menutup pintu balkoni Ivy, hanya mereka berdua sahaja di luar bersendirian dengan Louis memeluk erat pinggang Ivy.

“Kau ingat aku takkan ambil peluang untuk bersendirian dengan kau sementara kau ada di rumah aku?” Soal Louis dengan senyuman yang menawan.

Ivy mencebik tapi tangan tetap naik mengelilingi leher Louis. “Dari mula aku datang sampai habis makan malam aku tengok kau asyik sibuk je. Aku mula ingat aku takkan dapat bercakap dengan kau langsung tanpa kau lari pergi bercakap dengan orang lain.”

Louis tertawa kecil. “Maaf, Ayahanda pilih hari yang salah untuk buat majlis makan malam. Hari ni jadual aku agak ketat dengan meeting.”

“Ya aku boleh Nampak tu.” Kata Ivy dengan sarkastik. “So?”

“So apa?” Soal Louis balik.

“Are you going to kiss me or not? Sebab kalau tak aku nak masuk tidur bali—” Belum sempat Ivy habiskan ayatnya, Louis terus tunduk memberi kucupan manis pada bibir Ivy dan ahli sihir ini tersenyum dan memejamkan mata, membalas kucupan Louis sambil bermain-main dengan rambut puteranya.

Louis membelakangkan diri, melihat Ivy membuka matanya semula dan lihat mata hijau Ivy bersinar dibawah rembulan. “I miss you.”

Ivy menggigit bawah bibirnya, tersenyum girang. “I miss you too.”

Hati Louis berbunga-bunga mendengarnya dan memberi satu lagi kucupan manis. “I love you Ivy.”

“Hmm… I love you too, bratsy.”

>X<

(A/N: Dear Lord I never feel so guilty in my entire life. I have made something that even myself regret writing it TT____TT But the plot must go on!!!)

[Previous] | [MiT] | [Next]

Comments

  1. angah smbunglah smpai ending dia huhuhu dh lebih 8 9 kali ulang dari awal hingga ep ni untuk tahu seterusnya huhuhu ,,all this story mmg cantik sbb saya suka cerita jenis fantasii , jrg sangat dpt baca cerita mcmni mcm disney cartoon tpi ni nmpak mcm betul2 wujud,, saya harap awak dipermudahkan urusan sambung cerita ni smpai ending ,, tak sabar nak tahu next nya apaa apalagi ending hope sangat ivy dgn louis bersama ,mak ivy terima ivy huhhu,, pleasee smbunglaa nak tahu sangat apa jdi...:(((((

    ReplyDelete
  2. Hai angah.. setiap tahun akn cari blog angah utk tahu ending cite ni.. mintak tolong sngt jgn stop.. rasa nk dekat 8 tahun jgk nurul baca semua cite angah nii.. sampai sekarang masih tunggu angah update

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts