Fifteenth L.O.S.T
The Rightful Mission
“Good Morning Your
Highness.”
“Gretel?” Louis berkelip beberapa kali, hampir
nak menggosok matanya sendiri (Fyi: satu kelakuan yang kurang sopan bagi
seorang putera) kerana tidak percaya, siapa yang dia lihat terpacak depan pintu
bilik belajarnya sambil memeluk beberapa buah—maksud Louis sangat banyak—fail
dalam tangan.
Gretel tersenyum
nakal, hampir serupa dengan senyuman Hansel membuat Louis cringe. “Your’s truly.” Katanya dan mengambil keputusan untuk masuk
ke dalam bilik itu tanpa kebenaran Louis, datang mendekati bakal pemerintah
Enchanted yang duduk di meja kerjanya. “Maaf Patik tak dapat nak tampilkan diri
dengan pemakaian yang lebih sesuai, Patil sedang berlatih memanah dengan Lord Alder
dari matahari naik dan terlajak—maaf sebab lambat juga.” Gretel meletak
fail-fail dalam tangannya diatas meja Louis dengan kasar dan mengelap dahinya
yang tidak berpeluh. “Fewww! Ini
semua laporan dan perkembangan tentang kes Losing Heart yang telah di failkan
dan diringkaskan untuk kesenangan Tuanku. Ia telah di susun mengikut tahun
dari—”
Louis mengambil fail yang
teratas, membelek helaian kertas yang kelihatan tebal dengan ekspressi muka kesakitan. “Ini yang kamu katakan…
ringkasan?”
“Hm?” Gretel berhenti berleter dan berpaling
melihat Louis. “Oh, yes. Patik faham yang Tuanku nak tahu tentang kes ni secara
detail namun memandangkan Tuanku sibuk dengan persediaan sebagai Raja Enchanted
yang pertama, Kami terpaksa ringkaskannya untuk Tuanku. But no worries, itu
sebab patik berada di sini. Menjawab semua persoalan Tuanku.”
Louis memandang
muka Gretel seperti dia tidak pernah lihat perempuan berpakaian combat didalam
hidupnya. Louis tak faham samada Gretel sebenarnya sedang bersarkastik atau
bercakap jujur. Mukanya kelihatan jujur namun ayatnya sangat… menjengkelkan. Adakah ini sebab Gretel
teringatkan dia pada Hansel? Lelaki yang suka berkata sarkastik dengannya?
Membuat Louis juga terfikir kelakuan Gretel sama seperti Hensel terhadapnya?
Putera George
menarik nafas dalam, menggeleng secara mental cuba tidak berfikiran negative
sebelum berikan senyuman professional pada Gretel.
“Terima kasih
Gretel, Beta rasa beta boleh memahaminya sendiri. Beta rasa kamu boleh pergi—
“Patik dah agak
Tuanku akan cakap macam tu.” Gretel menyampuk dengan senyuman nakalnya yang
tersangat sama dengan senyuman Hansel. “Tapi patik telah mendapat arahan dari
The Great Wizard Merlin dan The Believers yang mengetuai Kes ini untuk sentiasa
berada di sis Tuanku, melaporkan setiap perkembangan Kes ini secepat yang
mungkin.”
Macam Louis cakap
tadi. menjengkelkan. “dan…” Louis
menghembus nafas berat, mula membaca fail didalam tangannya. “Dan siapa ketua
dalam kes ni?”
“Abang Patik.”
Louis kembali
mendongak memandang Gretel dan perasan senyuman nakal itu memegang lebih banyak
maksud yang tersirat. Dan ia horror bagi Louis.
Gretel hanya
berikan senyuman manis pada Putera di hadapannya. “Dan Abang patik ada pesanan
peribadi pada Tuanku—” Dia terus menghentak tangannya di atas meja Louis,
ekspressi wajahnya berubah menjadi serious, renungan tajam yang hampir sama
dengan renungan maut Hansel, Cuma Hansel lagi menakutkan. “Bila aku kembali ke Camelot pastikan kau bersiap sedia, aku akan
pastikan kau sengsara kerana lukakan kawan
aku!’—Itu pesanan Hansel pada Tuanku.” Suara Gretel kembali menjadi sopan
bersama senyuman manis tertampal pada wajahnya.
Louis tergamam.
Tidak menyangka Gretel juga mempunyai watak
Vicious sama seperti Hansel. Yang lebih mengejutkan, Hansel dapat tahu tentang kejadian malam majlis tu.
Oh Godness Gracious, I’m screwed.
Louis menyentuh
dahinya, sudah dapat rasakan stress pagi datang menjelajah kepalanya dan
mengeluh. “Biar Beta teka, kamu takkan tinggalkan beta bersendirian kan?”
“Yup.” Jawab
Gretel mengambil fail yang Louis tengah baca. “Patik akan terangkan kesemuanya
tentang kes ni sementara Tuanku teruskan kerja Tuanku seperti biasa.”
“Great.. just
Great.” Balas Louis langsung tidak teruja. “dan… memandangkan kamu kawan rapat
pada Ivy…” sekali lagi Louis mengeluh, stress pagi dah tiba. “kamu akan secara
tidak direct, menyeksa Beta kerana lukakan Ivy.”
“Oh you are so smart Your highness! Patik
pasti Tuanku akan jadi pemerintah yang Berjaya nanti!” katanya dengan ceria dan
penuh sarkastik. “Now, lets start with the case 20 years ago. Pada mulanya ia
berlaku di tanah Etalean….”
Entah berapa kali
Louis mengeluh dan kali ini ia sangat ketara membuat Gretel tertawa sambil
membaca fail tersebut. “This is going to be a long…. Day.” Bisiknya dan
mengusap muka fed up.
>X<
“This is going to be a long… mission.” Ivy menutup begnya dengan kasar dan lontarkannya
kearah pekerja istana (Hampir buat dia jatuh terduduk bila menangkapnya) dan
menghentak kaki keluar dari bilik itu, mengendahkan lelaki berambut perang
gelap, berpakaian Formal mengekorinya dari belakang.
“Bukannya teruk
sangat pun Vee, malah ini peluang kau untuk dapatkan kayu sakti baru!” Hansel
cuba ceriakan kawan baiknya tapi ia tidak berhasil. Hansel mengeluh kecil.
“Come on Vee, Aku minta maaf sebab marah kau dua hari lalu. It’s that bratsy
prince fault—
“Berhenti panggil
dia brat—
“Tu yang kau
panggil dia!” balas Hansel dengan senyuman kecil di hujung bibirnya, melihat
Ivy menghembus nafas geram. Tambah murung dari sebelumnya.
“Ini semua—Salah
kau!” Ivy tetiba menjerit bila burung gagak hitam terbang masuk dari
tingkap laluan istana dan Ivy terus menghayun jarinya dengan sebutan ‘into a
human’ dan Diaval bertukar menjadi manusia di belakangnya, sebelah Hansel dan
berjalan mengikut rentak mereka.
“Hansel dah tahu
hubungan sulit korang dari dulu lagi! Dia yang teka, aku tak cakap apa-apa
pun!” Diaval menyelamatkan diri sendiri tapi senyuman menjengkelkan terpapar
pada wajahnya, Nampak sangat dia tak rasa bersalah beritahu Hansel tentang
pergaduhannya pada malam majlis malang di Camelot.
“Tekaannya mungkin
salah kalau kau tak bagi balasan padanya!”
“Aku tak bagi
apa-apa—
“Ekspressi wajah
kau membongkar segala rahsia D.” Hansel menyampuk dan mendapat renungan ‘kau-tak-membantuk-budak’ dari Diaval.
Hansel hanya tersengih-sengih sambil angkat tangan tidak bersalah.
“Urrggghh! Korang
dua ni sangat annoying!” jeritnya
dengan mata melihat ke langit. “Kenapa aku boleh bergaul dengan dua lelaki
paling menjengkelkan dalam dunia ni?!”
“Hey, atleast
lepas ni hanya seorang je sakitkan hati kau dan kau boleh tukar dia jadi burung
kalau kau taknak dengar dia membebel.” Usik Hansel dan sekali lagi renungan
membunuh Diaval sampai kearahnya. Hansel endahkan dan lajukan langkahnya supaya
berjalan bersebelahan dengan ahli sihir yang berjalan seperti lipas kudung itu.
“Come on Vee,
jikalau aku tahu pun, bukannya aku boleh buat apa pun, Aku kat sini dan putera
Bongkak—
“Stop calling him
names!”
“—Tu jauh di
Camelot. It takes 2 days to arrive dan aku takkan buangkan masa aku hanya untuk
belasah mamat durjana tu—
“—Hansel!”
“—dan kembali ke
sini lagi untuk teruskan kerja aku. Dua kali ganda penat—dan berhenti bela
mamat tu selepas apa dia buat kat kau.” Kata Hansel dengan nada sama annoyed.
“Okay, letak
masalah lover boy ni ketepi dan fikir pasal kebaikan misi ni.” Diaval pula
menyampuk, berjalan di sebelah Ivy. “Kau nak buktikan pada semua orang yang
kau… bukan lagi satu ugutan pada mereka kan? The apprientice wand; kayu sakti yang mengalahkan Maleficent pada
peperangan dua bilah!—Bayangkan kalau kayu sakti tu jatuh ke tangan kau?” soal
Diaval dengan senyuman penuh makna. “It means more than having such power.”
Diaval menjeling
kearah Hansel, memberi signal pada lelaki itu untuk sokong ayatnya.
Hansel buntu untuk
seketika dan mengangguk teragak-agak. “Ha-Haah… dan kayu sakti tu boleh
buktikan kau seorang ahli sihir yang baik. Show them you are no longer Vicious.
Plus, kau kan nak buat kayu sakti baru? Takkan kau nak lepaskan peluang untuk
mendapatkan kayu sakti wizard Merlin?”
soal Hansel, saja tekankan empat perkataan terakhir dengan senyuman nakal.
Ivy menjeling ke
kiri dan ke kanan, dapat rasakan dua durjana tu sedang menghasutnya dan turun
tangga utama istana, menuju ke pintu masuk. “korang lupa satu maklumat penting…
kayu sakti tu dah di sumpah lenyap dari
dunia nyata remember?” soalnya dan menjeling kearah Diaval. “Kau tolong ibu dapatkan kayu sakti tu. Remember?”
Diaval hanya
mengangkat tangan tidak bersalah sambil tersengih-sengih.
Ivy memutar bola
matanya, geram dengan Diaval kadang-kadang. Ivy perasan yang Wizard Merlin dan
keluarga diraja Etalean berada di hadapan pintu utama istana dan merungut dalam
diam.
Great, sekarang dia kena berdepan dengan
seluruh keluarga musuh ibunya.
Belum sempat Ivy
fikirkan cara untuk melepaskan diri dari bercakap dengan mereka, mentor kesayangannya perasan kehadiran
Ivy datang dan menyapanya.
“Ah cik Ivy! Nasib
baik kamu sempat turun, Mereka dah nak pergi buat kerja mereka. Come-come.”
“oh really? Kalau
aku tahu aku jalan lambat-lambat.” Bisiknya serendah yang mungkin sebelum
tersenyum terlalu manis. “Coming—ow!” Ivy
berpaling melihat Diaval. Berbisik into a bird pada lelaki yang memukul
belakangnya dan berikan renungan maut pada Hansel.
“Aku pergi tengok
kalau mereka dah siap kemas barang korang.” Hansel melajukan langkahnya keluar
dari istana, sempat menyapa keluarga diraja itu dan pergi ‘memastikan’ barang
Ivy sudah lengkap untuk perjalanannya yang agak panjang.
Diaval pula
terbang keluar mengejar Hansel. Taknak dia melekat dengan Ivy, kang bulu
pelepahnya dicabut oleh ahli sihir yang sedang marah itu.
“Your highnesses.”
Ivy tundukkan kepalanya sikit menyapa semua kerabat di raja dengan senyuman
seikhlas yang dia boleh buat. Matanya jatuh pada seorang budak kecil didalam
tangan Puteri Blair Rose.
Budak kecil itu
tersenyum pada Ivy dengan riang dan tangan kecil ingin mencapai ahli sihir itu.
Membuatkan Ivy membelakangkan sikit dari dia.
“Oh, kamu tak
pernah jumpa lagi anak Beta. Ini Putera Jeremaiah.” Putera Benjamin
memperkenalkan putera sulungnya dengan formal.
Ivy hanya berikan
senyuman separuh. “Dia….. comel.” Sebelum berpaling memandang Wizard Merlin.
“So, macam mana batalkan sumpahan ibu
pada kayu sakti Tuan?”
“Bunyi macam kamu
tak yakin kamu akan dapatkan kayu sakti tu?” Soal Wizard Merlin dengan senyuman
terhibur.
“Logic speaking,
ni sumpahan Maleficent kita cakapkan. Sumpahan Ibu susah nak dibatalkan. Almost like a killing curse.” Kata Ivy dengan
satu tangan berada di pinggang. “It’s unbreakable.”
“Tapi Cik Devil,
sumpahan ni bukan satu sumpahan membunuh.” Permaisuri Aurora bersuara dengan
tenang, terukis senyuman kecil pada hujung bibirnya membuatkan Ivy tidak selesa
dengan permaisuri itu—sebenarnya, Ivy tak selesa langsung dengan kehadiran
Puteri yang disumpah oleh Ibunya.
“Bermaksud ada
cara untuk membatalkan sumpahan Maleficent.” Puteri Briar Rose bersuara dengan
lembut. “Beta tahu apa yang kamu fikirkan Cik Devil. Ibu kamu memang kuat tapi
semua orang ada kelemahan dan magic Maleficent ialah Royal Fairy.”
“Dorang cuba buka
laluan untuk batalkan sumpahan tu kan?” Soal Ivy kedengaran seperti dia tahu
jawapan itu. “Dengan rahmat dari mereka, tentu ada kemungkinan untuk kembalikan
kayu sakti tu.”
“Cik Devil, kamu
kena fikir positif untuk dapatkan kayu sakti ni. teruskan perangai kamu seperti
ini, kamu takkan layak menyerunya.” Permaisuri Aurora menegur dengan penuh
tertuturan. Kedua tangan disimpul dihadapannya. “kamu kena buktikan yang kamu—
“Saya layak dapat
kayu sakti Wizard Merlin, yeah.. yeah I know.” Potong Ivy kelihatan sangat
menjengkelkan. Ivy alihkan perhatiannya dari renungan kerabat diraja itu, tidak
ingin melayan mereka tapi renungan Mentornya membuat Ivy mengeluh berat.
Dia kembali
memandang kerabat diraja itu dengan bahu dipeluk erat. “Maaf.” Katanya seikhlas
yang boleh. “It’s sounds impossible to me. Bukan saya cakap saya tak percayakan
tuanku permaisuri tapi….” Ivy mengangkat bahu. “It just is.”
Permaisuri Aurora
dan Wizard Merlin saling berpandangan dengan senyuman kecil terukir pada hujung
bibir mereka seperti mereka dah agak jawapan tersebut dari Ivy.
Ivy rasa seseorang
menyentuh bahunya dan berpaling kebelakang, agak terkejut bertemu mengetahui
kehadiran raja Philip di belakangnya, tersenyum manis pada Ivy.
“Tuanku.” Ivy
tundukkan kepalanya sedikit, mata tidak lepas dari wajah tua raja tersebut.
Bukan kerana wajahnya dah kerepot. Tak, ia kerana Ivy tak menyangka Raja
Etalean itu kelihatan agak tampan untuk orang tua berumur 82 tahun. 82 tahun.
Senyuman Raja
Phillip yang menenangkan itu membuatkan Ivy tertanya jikalau Ayahnya masih
hidup, adakah dia kelihatan seperti Raja Phillip? Wajah berkedur dan rambut
beruban tapi kelihatan sangat tampan.
Ivy segera
menggeleng secara mental, memasang ekspressi wajah menjengkelnya semula.
Dan Raja Phillip
tetap berikan senyuman ‘menenangkan’ itu. “Selamat pagi Cik Hood.”
“Ivy.” Suara Ivy sangat mengancam.
“perkataan pendek
untuk Vivian, kan?” Soal Raja itu tetap tersenyum. “Beta tak sangka beta
akhirnya dapat bertemu dengan anak Robin dan Maleficent.”
“Nampaknya Tuanku
tak senang berjumpa dengan saya.” Dia tetapkan dengan perangainya yang
menjengkelkan. Mendapat gelengan dari keluarga Raja Philip dan Mentornya
sendiri.
“Sebenarnya. Beta
gembira.” Jawabnya membuat Ivy tergamam. Raja Etalean ini tersenyum terhibur.
“Ibu kamu melalui banyak penyeksaan, kesengsaraan yang dia tak patut lalui tapi
Ayah kamu selamatkan dia. I can see, mereka berdua akhirnya jumpa kebahagiaan
yang mereka inginkan.”
“Yeah? Kalau ya,
tolong jelaskan apa Ibu buat kat Ayah saya 17 tahun lalu.” Katanya cuba
kedengaran menjengkelkan tapi wajah murung Raja Philip kelihatan lagi tidak
menyelesakan dari senyumannya. Dan kenapa
renungannya membuatkan Ivy terbayangkan wajah…… ayahnya?
Seperti Ivy telah
mengecewakan ayahnya—Ivy segera menggeleng dan minta maaf dalam nada terendah
dia ada.
Raja Philip
kembali tersenyum. “Jangan risau Cik Hood. Beta juga minta maaf kerana tidak
bertemu dengan kamu sepanjang masa kamu berada di sini. Beta agak sibuk dengan
kejadian yang berada di didalam Etalean dan juga pengurusan dalam pertakhtahan
Putera George.” Katanya dengan kepala ditunduk sebagai tanda maaf. “Apapun,
Beta harap kamu dapat memulangkan Kayu sakti Merlin Cik Ivy.”
“Korang berharap
sangat dengan perempuan datang dari Vicious.”
Ivy kata dengan nada sarkastik. “Apprientice wand tu telah disumpah oleh Ibu. Kayu
sakti yang dikatakan ‘terkuat’ dan mampu menumpaskan ibu telah di sumpah oleh… Ibu saya.” Ivy memandang kesemua orang
Enchanted bersamanya dengan gelengan. “mustahil untuk saya kembalikan kayu
sakti yang di sumpah ‘tiada ahli sihir
yang layak menyeru kembali kayu sakti tu dan akan selamanya hilang.’ Dan
apa pengubahsuaian Royal fairy buat pada sumpahan itu lagi?”
“Kayu sakti Tuan
Merlin kembali ke alam reality bila ahli sihir yang layak memegangnya datang.”
Hansel datang mendekati mereka dan tunduk hormat pada orang-orang berpangkat
tinggi didalam kumpulan itu. “Tuanku sekalian.”
“Dan Ahli sihir
yang layak memegang kayu saktu tu hanyalah Ahli sihir mulia. Dan aku bukan orangnya.” Ivy kata
mencapaikan tangan keudara untuk Diaval mendarat dan letakkan di bahunya. “Kayu
sakti tu diperbuat dari bulu pelepah white swan and the purest gold in this
land. Oh, the blue dust from the Pixie Queen serta magic Royal Faries… Ibu tak
dapat nak gunakan kayu sakti tu. It’s too
good untuk magic gelap Maleficent. Jadi Dia sumpah untuk lenyapkannya dari
muka bumi.” Ivy merenung pada wajah orang-orang atasannya. “Dan…. Korang lupa
satu maklumat penting. Tiada ahli sihir
boleh pegang kayu sakti tu.”
“Salah, tiada ahli
sihir di tanah ni boleh pegang kayu
sakti apprientice. Kamu datang dari tanah sebelah.” Wizard Merlin berikan
senyuman orang tuanya.
“Tapi saya bukan
ahli sihir yang baik.” Ivy menyentuh dadanya sendiri, menyatakan yang
kenyataan.
“Kau/kamu nak kayu
sakti tu ke atau tak?” Soal Mereka semua dengan serentak. Membuat Ivy geli
geleman sekejap dan melihat Hansel siap mengeluarkan kayu sakti Ivy dari beg
sandangnya. Berikan pada Ivy.
Ivy mengambil kayu
sakti itu, merenung kayu sakti pemberian ibunya didalam tangan, melihat ukiran
halus yang dia reka balik untuk mempermainkan mata Enchanted tentang dirinya
yang sebenar.
Berfikir adakah
dia sanggup musnahkan hadiah pemberian dari ibunya hanya untuk kayu sakti yang
dia tak tahu samada dia akan mendapatkannya atau tidak.
Ivy mendengar
Putera Benjamin sedang berbisik sesuatu pada Isterinya dan berpaling memandang
kedua suami isteri itu. Mereka meminta kebenaran untuk beredar kerana mereka
ada hal. Dan mereka berpaling melihat Permaisuri dan Raja Etalean pula, diamkan
diri memandang Ivy seorang.
“Bukan TUanku
berdua ada hal nak buat ke?” Soal Ivy dengan kening terjungkit.
“Apa yang Ivy
maksudkan ialah Permaisuri Aurora sepatutnya berada di jamuan minum petang
bersama tetamu Tuan Permaisuri bukan?” Wizard Merlin bersuara, memperbetulkan
ayat Ivy yang sedikit kasar.
“Oh ya, nasib baik
kamu ingatkan saya Emrys. Well then, kalau macam tu saya beredar dulu.” Katanya
tapi sebelum dia pergi dia datang menyentuh bahu Ivy. “Cik Devil, Beta harap… Sangat berharap kamu dapatkan Kayu sakti
Apprientice tu.”
Ivy menghembus
nafas lembut, mata tidak tinggal pada wajah Permaisuri Etalean itu. “Tuan
Permaisuri berharap dari orang yang salah.”
Permaisuri Aurora
tersenyum kecil. “Tak bagi Suami Beta.” DIa berpaling memandang Raja Philip
yang mengangguk setuju.
“Then, Kedua
Tuanku salah.”
Ini buat Raja
Philip tertawa, mencapai tangannya memanggil Permaisuri Aurora. “Come my Queen,
Masa untuk kita pergi.”
Permaisuri Aurora
menyambut tangan suaminya dan diselitkan pada lengan si Suami. Meminta diri
pada Mereka semua sebelum kedua Suami isteri diraja itu beredar meninggalkan
Ivy yang sedikit kebuntuan.
“Kenapa Raja
Philip ketawa?” Soalnya memandang Wizard Merlin dan dia dengar Raja itu tertawa
dari jauh. Membuat DIa bertambah musykil. “Kenapa Dia ketawa??”
Dan Tawa Wizard
Merlin bukan apa yang Ivy nakkan, serta tolakan lembut dari Mentornya membawa
dia ke kereta kuda mereka.
“Tuan Merlin!”
sahutnya tidak melawan tapi merungut, menunggu Mentornya menjawab persoalannya.
Hansel hanya
menggeleng dengan senyuman asymmetry yang menawan tertampal pada wajahnya. “Kau
tak pernah tertanya ke kenapa Raja Philip baik dengan kau? Sedangkan dia dan
Isterinya ada sejarah dengan Maleficent?”
“Sebab mereka
Enchanted? Forgiveness is like breathing to you guys.” Balas Ivy sambil
mengangkat bahu.
Wizard Merlin
menggeleng. “Dahulu, Raja Philip dan Robin kawan baik. Before Robin kena culik
dan dijadikan hamba abdi Ibu kamu.”
Ivy tertawa
sarkastik. “Macam mana kerabat diraja boleh berkawan dengan anak yatim?”
“Semasa zaman
gelap, pangkat diantara orang Enchanted tak seberapa penting. Mereka semua
bersatu dan bergabung tenaga untuk kalahkan Villain.” Hansel bersuara, membuka
pintu kenderaan untuk mereka. “Dan…. Ayah kau tolong Raja Philip keluar dari
haluan maze berduri ke istana Etalean dan tunjukkan dimana Permaisuri di
kurung.”
“Dan sebagai
balasan budi, Robin minta Raja Philip untuk tidak bunuh Maleficent.” Merlin
sambung ayat Hansel. “Raja Philip teragak-agak tapi dia tunaikan janjinya.
Mempercayai Robin dan mengetahui yang Robin juga akan pegang janjinya pada Raja
Philip.”
“And that is?”
“To bring peace to
Enchanted.” Hansel depakan tangannya kearah pintu kenderaan. “Lady’s fisrt?”
Ivy memutar bola
matanya dengan senyuman, ada-ada je perangai Hansel dan masuk kedalam kenderaan
itu dan disusuli oleh Wizard Merlin. “Lebih banyak aku tahu tentang Ayah, makin
besar rupanya pengaruh Ayah dalam Perang Dua Bilah ni.”
Sekarang kau tahu
kenapa Cerita Dongeng Robin Hood ditulis untuk seluruh rakyat Enchanted.”
Hansel memeluk tubuh di hadapan pintu kenderaan itu dengan senyuman nakal.
“Now, Good luck dalam menjalankan misi korang mendaparkan Apprientice wand tu.
Dan Ivy, Be careful okay?”
“Aku masih tak
faham mengapa korang percaya aku boleh dapatkan kay utu.”
Hansel menarik
sengih, menutup pintu kenderaan kuda untuk mereka. “Keep denying Vee, kau pun
tahu kenapa.— Kamu boleh bawah mereka pergi!” sahut Hansel dari luar pada
pemandu kereta kuda dua ahli sihir terkenal itu.
Ivy mengeluarkan
kepalanya dari tingkap itu dan melambai pada Hansel. “Tu masalahnya! And its
terrifying!”
“Kau akan okay
Nenek sihir! Trust me!” sahut Hansel ketawa sambil melambai kearah kereta kuda
yang bergerak pergi meninggalkan perkarangan Istana.
Ivy jatuhkan
lambaiannya dan kembali duduk dengan kening berkerut. Mendongak memandang
Mentornya. “Tuan Merlin…”
“Hm?”
“Boleh Tuan
ceritakan pada saya kisah sebenar pada malam Raja Philip kalahkan… Ibu saya?”
“Nak tahu apa ayah
kamu buat sampai membuatkan Raja Philip juga percayakan kamu?”
Ivy mengangguk dan
ini buat Wizard Merlin tersenyum gembira disebalik jambangnya.
“Well… di mana
patut saya mula?” katanya dengan nada lawak membuat Ivy juga tersenyum.
>X<
“It’s now or never my Lord!” sahut Rumplestiltskin tanpa meninggikan suara,
memandang pelajar Dementis di sekeliling mereka. Cuak dengan renungan
menakutkan pelajar, Rumplestiltskin melajukan langkahnya, mengejar Pengetua
Dementis yang berkaki panjang itu.
“Bah! Kau ingat
masuk ke dalam mimpi seseorang tu suatu kerja yang mudah?” Soal Jack
Skellington, menghayun tangannya keudara. “Aku mungkin menikmati mengacau mimpi
indah kanak-kanak, memberi harapan pada anak-anak Vicious tapi… kau kena tahu
yang mimpi adalah salah satu pengaruh besar pada minda seseorang dan kalau
tersalah langkah, budak tu boleh jadi gila.”
Kepala Jack Skellington berputar 180 darjah tanpa badannya bergerak, merenung
kearah Rumplestiltskin sebelum kembali kehadapan dengan melengkapkan satu
putaran.
“T-tapi tu je
caranya untuk pengaruh jahat The Devil kekal!” Rumplestiltskin ingin bergerak
ke sisi Tuan Jack namun renungan gelap Jack membuatkan Rumplestieltskin ke
tempatnya semula. “Listen Dear Lord, dia berdarah Enchanted juga dan tidak
mustahil kalau dia terpengaruh dengan orang-orang di sana dan menjadi baik.
Kemungkinan dia menjadi baik sangat besar!” sahutnya seperlahan yang mungkin,
walaupun laluan istana itu kosong dari sesiapa.
“Tuan, Kalau dia
menjadi baik, peluang kita untuk jadikan peperangan ni jadi kenyataan takkan
tercapai.” Bisik Rumplestiltskin sekali lagi, mula rasa sakit hati bila orang
berkali ganda lebih tinggi darinya tidak melayan dia. “Tolong, Tolong Tuan Jack…. Hanya Tuan boleh berkomunikasi dengannya
sekarang. Hanya Tuan boleh ingatkan dia siapa dirinya sebenar.”
“My
Little Devil tahu siapa dirinya sebenar!” Perhatian yang
Rumplestiltskin inginkan diberi dengan satu letupan marah dan aura membunuh
muncul disekeliling Tuan Jack. “Saya tidak meragui kejahatan Miss Devil, dia
ahli sihir terjahat didalam dunia ni! Dia akan cetuskan peperangan diantara dua
tanah ni. SAya percayakan dia, Kamu
sendiri kata takdirnya tidak akan berubah. Jadi mengapa kamu meragui
kebolehan Miss Devil?”
Rumplestiltskin
mengambil selangkah kebelakang dengan tangan dinaik keudara sebagai
perlindungan. “S-s-saya bukan meragui C-Cik Devil… T-tapi Lelaki tu mungkin akan mengambil langkah… buat sesuatu untuk
pastikan Cik Devil di jalan yang betul dan mungkin… peperangan ini akan makan
masa yang agak lama—
“Budak tu takkan ganggu Miss Devil! I’ve seen his dreams; I’ve seen his
nightmare. Dia takkan berani mengambil sebarang langkah.” Marah Tuan Jack lagi,
dia berhenti di hadapan pintu pejabatnya berdiri dengan penumbuk digenggam erat
di sisinya sambil merenung RUmplestiltskin.
“Now.. Bugger off! Sebelum aku masuk kedalam mimpi kau malam ni dan
berikan kau mimpi buruk yang paling teruk
sehingga kau menggila. NOW BE GONE!” Kata Tuan Jack sebelum dia menghempas
pintu pejabatnya di depan muka Rumplestiltskin. Meninggalkan lelaki kerdil itu
tergamam di tempat dia berdiri, kaki menggeletar ketakutan dan dahi berpeluh
teruk risau.
“Oh Dear… Oh my…
Oh no…….” Sahutnya dalam bisikan cemas dan terus memandang sekelilingnya,
seperti memastikan tiada siapa di tempat itu sebelum berjalan pergi sambil
menggigit kuku ketakutan. “Lelaki tu akan
buat apa sahaja untuk Devil…” Bisiknya sambil pergi.
Tanpa dia sedari,
di hujung laluan terselit dua pelajar Dementis, Satu menutup mulut terkejut,
seorang lagi menyandar pada dinding memeluk tubuh dengan gula getah ditiup.
Pop!
“My Sweet—Dots!
Kau dengar tak tu?”
“Duh!” Dottie
memutar bola matanya. “Entah apalah Ivy buat sampai dirinya terjebak dalam hal
seteruk ni. She’s an Idiot.” Dottie
mengeluh berat dan bangun dari menyandar. “Come on, kita ada kelas tak lama
lagi. Kita kena pegi lapor cepat.”
Caremel hanya
mengangguk dan mengekori Dottie, Dia sempat paling ke pintu pejabat Tuan Jack
dan berubah pandangan ke Dottie. “Hey, kau rasa Ivy akan jadi baik ke?”
“Sebenarnya… Aku
taknak dia baik.” Kata Dottie kedengaran sedikit sedih, memandang keudara
sebelum berikan renungan tajam pada Caremel. “Tapi… kita tunggu dan lihat.
Kalau dia betul-betul baik—
“Kita kena bunuh
dia.” Caremel ketawa kecil disebalik tangannya membuat Dottie menarik sengih.
“Kau rasa bila peperangan ni berlaku?”
“Soon… tak pasti
jika ia berlaku akhir tahun ni atau kita kena tunggu setahun lagi but soon.”
Mengeluarkan sebatang rokok dari poketnya dan letakkan diantara bibir. “Then,
We will see their perfect little fairy tale life ruin into ashes.”
“Nightmare become
a reality.”
Kedua-dua
Villainess ini ketawa sesame sendiri dengan keji, gelak mereka bergema di
laluan kosong itu seumpama mereka berdua ialah Villain sebenar dan terkejam di
tanah itu.
Dan tanpa mereka
sedari, di hujung laluan itu ada seorang budak lelaki serba hitam dan separuh
muka pucatnya tertutup dengan rambut depan. Memeluk erat buku rujukan ‘The
Enchanted’s Creature’ pemberian Ivy kepadanya dengan horror.
Dia menggeleng
tidak percaya apa yang dia dengar dari dua senior itu tapi dia lebih tidak
percaya yang dua perempuan yang sepatutnya kawan rapat The Heartless Witch, Ivy
the Devil ingin membunuh ahli sihir yang terperangkap di tanah sebelah.
Dan Ivy the Devil
menjadi baik?
Jadi, apa yang mereka cakap Cik Devil
terperangkap di tanah sebelah adalah satu penipuan? Cik Devil sebenarnya orang
baik? Enchanted? Dan disebabkan itu mereka berdua ingin membunuh Cik Devil?
Anak Maleficent—Sebentar—Adakah
Mistress Maleficent tahu anaknya menjadi baik?
Muka Athens
menjadi lebih pucat dari sebelumnya dan berpaling bertentangan arah, ingin
beredar tapi langkahnya terhenti bila dia bersemuka dengan perempuan berpakaian
serba black tutu dan tiara silver berbatukan delima hitam yang begerlipan
diatas kepalanya, tersenyum dengan penuh wicked bersama jari telunjuk di bibir.
“Hush dear cousin… or the walls knows your
secret.” Kata Utopia dengan kenyitan mata membuat bulu roma Athens remang
satu badan. Ketakutan.
.
.
Kembali pada Raja
Mimpi Ngeri, Dia berdiri depan tingkap bilik pejabatnya, memandang para pelajar
sedang menjalankan hari-hari mereka (Menyeksa pelajar lain dan staff-staff
istana) dengan segelas minuman didalam tangannya, air merah pekat digaul
perlahan didalam tangan.
Jack Skellington
mengeluh, tidak dapat nak buang kata-kata Rumplestiltskin tentang mempengaruhi
minda Devil kesayangannya melalui mimpi ngeri.
“Tak masuk akal.
Dia sendiri kata yang Little Devilness akan
cetuskan peperangan ni, saya tak perlu masuk campur lagi!” Dia menghembus
nafas panjang dan meletakkan minumannya diatas meja, bergerak ke sebalik tirai
yang tersembunyinya pintu rahsia.
Dia memandang
pintu berwarna putih itu dengan tajam. Berfikir dua kali jika dia ingin masuk
kedalam ataupun tidak.
Setiap kali dia
masuk kedalam, ia buat Jack Skellington sakit kepala dan jantungnya rasa berat
dan membebankan. Tempat itu umpama bilik racun bagi Jack Skellington.
Tempat yang
terlalu tenang, aman dan Suci bagi
Jak Skellington.
Tapi, dia
beranikan diri. Memulas tombol pintu itu dengan perlahan dan bertemu langit
malam dengan bintang bergelipan indah, lantai merupakan awan ungu yang gebu.
Di hujung awan itu
terdapat lelaki tua yang Jack paling benci tapi malangnya tidak boleh bunuh.
Dia mengambil
langkah masuk kedalam tempat tersebut dan bunyi menutup pintu membuat si
penghuni tempat itu berpaling melihat Jack Skellington.
“Saya ingatkan
kamu takkan datang lagi ke sini.” Soal Merlin dengan senyuman manis sebelum
kembali memandang langit malam.
Jack skellington
menghembus nafas menggeletar, rasa geram hanya mendengar suara kereput Wizard
Merlin. “I’ve been meaning to ask you something.”
“Pasal Cik Hood?”
“Ya. Pasal Miss Devil.” Nadanya umpama satu ancaman
dan berdiri di sebelah Merlin. Mata turun memandang Wizard Merlin dan membesar.
Melihat seorang
budak kecil tidur didalam pangkuan orang tua itu. Kelihatan tenang sambil
menghisap ibu jarinya. “Siapa—
“Kau hanya ada
satu persoalan Jackie..” Wizard Merlin bersuara dengan lembut, mendongak
melihat Lelaki tengkorak itu. “dan perlahankan suara kamu. Nanti dia
terbangun.”
Kening Jack
ternaik tinggi, tertanya tapi dia mengangguk. Mengetahui lebih baik dia tidak
mengenali siapa didalam pangkuan Wizard Merlin dan terterakan persoalannya; “Adakah
dia menjadi…. Baik?”
Wizard Merlin
tertawa kecil, tunduk memandang budak lelaki yang tidur dalam pangkuannya,
membelai kepala budak itu dengan manja. “Bukan kamu je yang nak tahu, Jack.
Bukan kamu sahaja.”
>X<
(A/N:
Welp…. I can hear someone di depan screen sedang internally screaming kerana plot makin tebal dan tak sudah-sudah
suspen diberi. Dan itu angah nak buat
sebenarnya! Mwahahahahaha!)
P/S: I've post one early than plan!! YEAH BONUS UNTUK KORANG! *Celebrate*
P/S: I've post one early than plan!! YEAH BONUS UNTUK KORANG! *Celebrate*
[Previous] | [MiT] | [Next]
Yes angah. And you did it. I'm screaming from the bottom of my heart. Please please stop this torturing. It's hurt you know. Haha. Bila nk endingnya ni angah~~ mcam makin byk je. Huhu
ReplyDeleteAnyway, thanks sbab upload. Lama dah eden tunggu.
I know honey, I'm hurting too! rasa macam nak je lontar semua apa dalam kepala angah terus ke office word and post everything all at once! but technology kita tak sampai tahap canggih tu lagi so kena bersabar T__T
Deletelagipun, kalau angah habiskan macam tu je confirm ramai tak puas hati. Good plot is important! lololol
and you welcome Eden! glad you enjoy this chapter love! *Hugs&kisses*