Seventeenth L.O.S.T

November 14th, Great China.

Sudah 6 minggu misi mencari The Apprientice’s wand berlalu dan setakat ini hanya cebisan-cebisan petunjuk yang ditemui. Kali ini kami berada di dalam The Great wall dibawah jagaan anak-anak Permaisuri Wu Zetian; Puteri Shui Ling dan Putera Xiao Ai dalam berlatih menjadi ahli sihir yang layak memegang kayu sakti Wizard Merlin.

Selama enam minggu ini, aku masih meragui kebolehanku dalam menyeru kayu sakti tersebut walaupun mereka; orang-orang Enchanted berharap untuk aku kembalikannya semula. Aku tahu mereka juga meragui diriku. Siapa tidak?

Apapun, musim luruh kian berakhir dan di sini tanda-tanda datangnya musim sejuk makin ketara. alam menjadi putih, tumbuhan kembali tidur dan nafas umpama awan. Salji putih menebal dan pemandangan umpama mahligai di pagi hari dan umpama alam maya pada waktu malam.

The Great China, seperti apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Sebuah negara yang sangat indah, sangat maju dan sangat mengujakan.

Terdapat banyak dugaan dalam mencari kayu sakti ni, dan dalam menempuhinya, aku dapat belajar benda baru, perkara yang aku selama ini tidak terfikir untuk membuatnya. Perkara yang aku sendiri tidak tahu kewujudannya.

Dan, tanpa aku sedari… aku menyukainya lebih dari apa yang aku bayangkan. Aku tidak patut meragui The Great Wizard Merlin. WAlaupun dia kelihatan tua dan mungkin sedikit lembab, gelaran ‘the Great wizard’ bukan hanya perhiasan di depan namanya.

Dia mempercayai aku boleh lakukannya, walaupun misi ini agak pelik bila dijalankan oleh The Great Wizard Merlin, tapi hasilnya sangat berbaloi, lebih berbaloi dari apa yang aku jangka.

Dan… terima kasih pada Wizard Merlin, secara perlahan… orang Enchanted mula memandangku dari sudut yang berbeza.

Dan ia buat aku gembira. Sangat gembira.

Yo snow witch, penghantar surat dah sampai!”

“Okay!” sahut Ivy, mengakhirkan ayatnya dengan tiga perkataan terakhir di bawah kertas itu dan selitkannya kedalam sampul surat. Mengikatnya dan bergegas keluar dari bilik betemakan kerabat china, meninggalkan DIaval yang tidur di palang rehatnya.

Sebaik sahaja dia keluar dari bilik itu, makhluk merah seumpama ular kecil datang melingkar naik ke bahunya dan berkata; “Tulis surat lagi? Girl, sekarang aku mula syak kau ada boyfriend.”

Ivy hanya berikan senyuman termanisnya pada Mushu membuat naga itu terngangah.

Belum sempat Mushu ingin bersuara, mereka telah tiba di bilik menunggu dimana si kembar dan Penghantar surat sedang berbual tentang surat-surat yang berada di dalam tangan putera China itu.

“Oh Ivy!” Puteri Shui Ling mengambil beberapa pucuk surat dari tangan Putera Xiao Ai dan berikan pada Ivy. “Ni surat untuk kamu dan—Is that another letter?”

“Yup!” Jawab Ivy mengangkat dua pucuk surat didalam tangannya dan berikan pada Penghantar surat.

“Uuuu…. Tak pernah tak hantar surat. Kamu buat saya fikir kamu ada boyfriend.”

“That what I said!” Mushu bersuara hampir memekak telinga Ivy. “Maaf sayang—dan dia ada boyfriend! Kau boleh percaya tak?!”

“Cik Ivy sememangnya perempuan yang menawan.” Putera Xiao Ai bersuara tanpa memandang wajah terkejut dari adik dan ahli sihir—termasuk penjaga (Mushu) mereka. Dia mengucapkan terima kasih kepada Penghantar surat untuk surat-surat untuknya dan bergerak pergi.

“Jangan lupa Cik Devil, ni malam ada dinner dengan Permaisuri.” Dia sempat bersuara sebelum menghilang disebalik pintu masuk bilik itu.

Puteri Shui Ling menarik sengih. “Kadang-kala kakanda saya agak mengejutkan. Tak sangka dia boleh kata kamu menawan—ma-maksud saya—

“jangan risau Tuan Puteri, saya juga terkejut.” Ivy berikan senyuman menenangkan sebelum bertukar pada Penghantar surat. “Tolong hantar pada mereka berdua secepatnya. Okay?”

“B-Baiklah Cik—Devil—maksud saya, CIk Ivy.” Dia melatah bukan kerana takut tapi tersipu malu kerana ahli sihir Vicious itu kelihatan cantik seperti apa yang mereka katakan. Apatah lagi berpakaian seperti orang-orang China.  Dia kelihatan sangat exotic.

Puteri Shui Ling memetic jari, perasan bagaimana Penghantar surat itu memandang tetamunya dan beritahu penghantar surat itu yang dia boleh beredar dengan nada yang penuh sopan santun.

“Seriously.” Puteri Shui Ling menggeleng dengan tawa kecil. “Saya minta maaf atas kelakuan kakanda saya dan… penghantar surat tu.”

“Tak perlu minta maaf Tuan Puteri. Saya dah biasa dengan perangai Putera Xiao Ai dari Academy lagi.”

“Dan saya….” Puteri Shui Ling mencapai kedua tangan Ivy. “Tak biasa lagi dengan kamu! I mean, all this time saya ingatkan kamu seorang yang… you know, keji, kejam, gelap dan menakutkan tapi…” Puteri Shui Ling mencapai rambut Ivy yang kian memanjang, jatuh cantik dibahu kanannya. Melihat wajah putih Ivy seumpama salji putih, pipi dan hidung kemerah-merahan kerana cuaca sejuk dan bibir nipis yang merah seumpama buah ceri. “Kamu kelihatan seperti seorang wanita yang saya tidak kenali. SAngat berbeza.”

Uh-huh, dia belakon saja di depan kau.” Mushu bersuara bertukar bahu dari Ivy ke Anak jagaannya sendiri dan bercekak pinggang. “Kau patut tengok perangai dia yang sebenar bila korang berdua takde. Dia merupakan apa yang kita semua fikirkan! Keji. Kejam. Gelap. Dan menggerunkan!”

“Oh hush Mushu. Kamu ni paranoid sangat.” Puteri Shui Ling menyentuh hidung naga itu membuat dia terkejut.

“Dan jangan sentuh aku macam aku ni haiwan perliharaan kau Shui Ling. Aku penjaga kau. Seekor naga. Naga yang menggerunkan. Faham?”

“Tu yang aku cakap kat Diaval!” Ivy tertawa kecil. “Dia paranoid kalau aku cuai dalam misi ni. kena letak sedikit keseronokan, aku taknak jadi serious dan bosan sepanjang masa.”

Definisikan keseronokan kau tu.” Mushu mengecilkan matanya pada Ivy.

“Mushu!”

“Apa? Itu hanya satu soalan.”

“Tapi kurang sopan. Ingat, Ivy tetamu kita dan kita kena layan dia dengan penuh hormat.”

“Tapi dia anak Maleficent!”

“Latar belakangnya tidak menentukan siapa dirinya yang sebenar!” sahut Puteri Shui Ling kali ini dia kelihatan agak marah.

“Oh sekarang kau bela ahli sihir licik ni—You know what? APa-apa je lah. Aku tak kisah.” Mushu melompat turun dari bahu Puteri Shui Ling dan bergerak keluar dari bilik itu.

“Kamu nak pergi ke mana tu?”

“Pergi ke pada sesiapa yang tak bela Ahli sihir Licik tu!” sahut Mushu dengan penuh dramatic. “And that’s Your Brother!”

BAM!

Pintu ditutup dengan kasar membuat dua wanita dalam bilik tersebut melompat sedikit, memandang sesame sendiri sebelum tertawa kerana perangai dramatic Mushu bermula lagi.

Sepanjang 10 hari Ivy berada di Great China, Mushu dan Ivy tidak bersefahaman langsung. Mushu kata Ivy sedang memakai topeng baiknya pada semua orang hanya untuk buktikan yang dia boleh dapatkan Apprientice wand. Mushu tahu yang Ivy sedang meranjang sesuatu yang jahat dibelakang mereka semua dan Wizard Merlin terlalu baik untuk berfikiran buruk tentang anak muridnya—atau telah mindanya telah di santau oleh ahli sihir jahat tu sendiri!

Ivy telah diramalkan menjadi ahli sihir terkuat di tanah ini, tentu dia boleh santau Wizard Merlin pada bila-bila masa. Tapi mereka tidak percayakan Mushu kerana jika Ivy boleh santau Wizard Merlin, itu bermaksud dia takkan dapat kayu sakti tu. Dia kena menjadi ikhlas dengan apa yang dia buat. Itu syarat untuk seru kayu sakti tersebut. Jika dia berbuat jahat, kerjanya akan menjadi sia-sia.

Namun Mushu tetap tegakkan pengadilannya. Mengatakan sebaik sahaja Ivy datang ke Great China, Mushu dapat rasakan sesuatu yang tak kena. Sisiknya meremang bila dia dekat dengan Ahli sihir tu! Dan sehingga sekarang Mushu masih musykil dengan Ivy walaupun selama 10 hari ini Ivy tidak melakukan apa-apa dibelakang mereka.

“So, kamu bila nak balik Academy?” Puteri Shui Ling membuka tajuk baru untuk dibualkan, sekali membawa Ivy duduk di kerusi yang tersedia didalam bilik itu. Membunyikan loceng, memanggil dayang-dayang istana. “Its been months Academy… senyap tanpa berita hangat dari Ahli sihir muda vdari Vicious.”

“Oh, tak sangka saya sebegitu popular di academy.” Ivy berdramatic seperti mushu membuat kedua wanita ini ketawa. Ivy menggeleng dalam tawanya. “Aku tak pasti, mungkin aku kembali pada minggu Final Exam? Dan jika pada masa tu kami tak dapat kayu sakti apprientice, kami akan kembali mengembara.”

Dayang-dayang istana datang membawa seset teh dan manisan untuk dihidangkan mereka berdua, meletak diatas meja coffee berukiran tersangat cantik dan tuangkan dua cawan untuk mereka berdua sebelum beredar dengan senyap.

Puteri Shui Ling mengambil tehnya untuk dihirup. Menikmati bau wangi teh itu dengan senyuman manis. “Berapa lama lagi kamu di sini?” Soalnya dengan lembut. “Saya dan kakanda saya akan kembali ke Academy dalam dua hari. Adakah latihan kamu juga berakhir bila kami kembali nanti?”

Ivy diamkan diri untuk seketika, kedua tangan di paha tidak menyentuh langsung minuman atau manisan diatas meja. Dia menggeleng dengan senyuman. “Terpulang pada Wizard Merlin. Dia akan beritahu bila masa kami pergi dan memandangkan dia sibuk menghadiri meeting formal diantara para pemerintah diraja, aku hanya boleh tunggu dan lakukan tugas saya di sini seperti biasa.”

Puteri Shui Ling mengangguk faham, mengambil sehirup lagi dari minumannya. “Apapun, saya gembira kamu datang ke Great China dan menolong kami menghadapi musim sejuk nanti. Pertolongan kamu sangat dihargai.”

“Gembira membantu Tuan Puteri.” Jawab Ivy dengan senyuman manis.

.

Aku cakap dia ada rancangan jahat untuk tumpaskan Great China!” Sahut Mushu di tepi telinga Putera Xiao Ai, membuat putera china ini tersentak dari membaca bukunya.

“Mushu…” Putera Xiao Ai mengeluh, menutup buku bacaannya dan berikan renungan tajam pada makhluk merah itu. “kalau kau musykil sangat, kenapa kau tak pergi ekori gerak geri dia je?”

“Dan kau tak syak perbuatan baik ahli sihir licik tu?” SOal Mushu dengan nada dramatiknya.

“IN the matter of fact, I do.” Balas Putera China itu, bangun dari kerusi meja belajar dan keluar ke perpustakaan peribadinya. “Tapi setakat ni tiada tanda-tanda yang dia buat sesuatu dibelakang kita.”

“Atau…. Kau sebenarnya simpan perasaan pada ahli sihir tu. Memandangkan kau puji dia menawan.”

“Even if aku ada perasaan pada ahli sihir tu, bukannya aku boleh buat apa.”

“Sebab dia dah ada kekasih?”

“Sebab dia dah ada kekasih.” Putera Xiao Ai mengangguk. Tiba di perpustakaan, berjalan ke belakang bilik tersebut dimana rak buku antique berdiri cantik pada dinding. Dia sempat memandang ke kiri dan kekanan sebelum menarik empat buku dari tempat tersebut mengikut urutan seperti ia satu kod rahsia. Membuka pintu rahsia kepadanya dan masuk ke dalam. “Yang mengejutkan ialah, disebabkan kekasihnya, aku tahu dia takkan buat apa-apa buruk.”

Mushu berpaling kebelakang, melihat rak tersebut kembali menutup pintu rahsia tersebut dan juga memastikan tiada apa-apa yang mengekori mereka dari belakang. “Dan kau tahu siapa kekasihnya?”

“Ayat aku kurang jelas ke?”

Well… itu sebab kau tak cakap ‘aku kenal kekasih dia siapa’—Of course kurang jelas!” sahut naga itu dengan nada rendah, memandangkan mereka berjalan didalam laluan rahsia terdapat di bawah istana, dan bertemu dengan satu lagi perpustakaan yang mempunyai buku sacred milik Great China.. “Kau pasti yang budak ni takkan buat ultimate-evil-plan-ruining-great-china-by-decieving-every-single-one-of-them-with-fake-kindness?”

“Tak.” Putera Xiao Ai  mencari buku yang dia inginkan untuk beberapa minit, membiarkan Mushu menunggu ayatnya yang tergantung dan bila dia temui buku yang dia cari, dia terus keluar dari tempat tersebut. “aku tak percayakan dia langsung. Tapi aku percayakan kekasih dia.”

Mushu diamkan diri untuk seketika. Memproses apa yang anak jagaannya katakan dengan jari telunjuk terangkat di udara.

Anak jagaannya jenis tak percayakan orang. Dia tak pernah percayakan sesiapa, termasuk Permaisuri Wu Zetian, ibundanya sendiri. Jadi…. Siapa….

Mata Mushu membesar, memandang wajah Anak jagaannya dengan horror. “Adakah… kekasih nenek sihir tu… Putera George—Pfft, who am I kidding! Lupakan—

“Yup.”

Mulut Mushu terngangah, hampir buat rahangnya tercabut dari kepalanya. “YOU HAVE GOT—

.

.

“—got to be kidding me.” Ivy memandang tehnya berubah menjadi hitam dan separuh dari manisan diatas meja juga terbakar menjadi hitam dan mengeluarkan bau yang sangat busuk.

Sebaik sahaja Puteri Shui Ling beredar untuk latihan Tai Chinya, Ivy terus membaca mantera ‘Reveal’ pada minuman dan manisan yang dihidangkan untuk mereka. Dan seperti yang Ivy jangka, cawannya telah diletakkan racun dan manisan yang Puteri Shui Ling juga telah dibubuhkan racun.

Dan ia bukan sebarang racun. Ia satu sumpahan, sesiapa makan racun sumpahan ini akan mati secara perlahan dan bila di siasat, racun tersebut tidak akan dikesan didalam badan.

He got his turn… memandangkan hanya cawan Ivy yang di sumpah dan manisan yang Puteri Shui Ling tidak gemar sahaja.

Ivy mengeluarkan sapu tangannya, mengambil tiga keping dari biskut yang telah diracun itu sebelum menghayun kayu saktinya pada manisan yang lain, membakarnya menjadi abu, menghilangkan segala petanda tentang perkara tersebut dan beredar secepat yang mungkin, kembali ke biliknya.

“Diaval!” sahutnya sebaik sahaja tiba dan menghayun tangan ‘into a human’ pada burung yang terbangun secara mengejut.

Diaval jatuh terduduk diatas lantai bila dia berubah dan merenung anak jagaannya. “Can’t you wake me up a little gentler?”

“Oh Hush. Masa untuk buat kerja.” Katanya mengeluarkan buku black magicnya yang terdapat sehelai surat terselit diantara muka surat dan bentangkannya diatas meja. Kertas yang dibentang itu merupakan sebuah circle rune yang berbahasa China Kuno.

“Apa kau buat ni?”

“Dia dah bertindak, kini giliran aku pula.” Ivy berikan senyuman wickednya. “10 hari kita terperangkap di tempat ni dan aku akhirnya dapat ‘perhatian’ yang aku nakkan.” Dia menghulur biskut sumpahan yang berbalut pada DIaval. “Tolong hancurkan biskut-biskut tu jadi habuk—jangan sentuh, ia dah terdedah dengan dari sumpahan tu dan tulis mantera yang ada didalam buku aku.” Katanya tunjuk muka surat yang dia minta Diaval tulis dan bergerak ke Almari bajunya. “And Don’t peep.”

Diaval memutar bola matanya. “Tak bernafsu.” Jawabnya slamber dan buat apa yang Ivy minta dia lakukan. Menumbuk biskut itu didalam sapu tangan dan letakkannya di tengah-tengah bulatan Rune itu. Menulis mantera kuno di sekeliling bulatan tersebut. “Done.”

“Good.” Ivy kembali dengan baju serba gelap. Seluar jeans hitam, dan jaket sejuk berhoodie berwarna hijau. “Now step back.”

“Kau pasti ke ini akan berhasil?”

“Mesti.” Jawab Ivy menggulung lengan bajunya. “Remember that time in high school yang aku kena seru Devil’s Minion guna Old Latin Circle Rune?”

“Di mana Minion tu terus menyembah kau dalam ketakutan sebaik sahaja mereka diseru?”

“Yup.” Ivy tertawa mengingatkan memory lama itu. “Aku berhasil dalam sekali cuba. Takda perbezaan dengan Chinese Rune.”

Diaval menarik sengih. “Dan macam tu kau dapat gelaran Ivy the Devil. Pengetua Dracula sendiri kata You might be the Devil herself.”

“Oh, stop flattering me.” Ivy mengenyit mata pada Diaval. “dan aku kata kebelakang sikit. Sebagai langkah berjaga-jaga.”

Diaval mengangguk faham dan membelakangkan dirinya dari Ivy bila anak jagaannya mula membaca satu mantera dalam Bahasa China dengan tangan didepakan diatas bulatan Ruin itu.

Graviti mula bermain didalam bilik tersebut dan cahaya hijau datang dari serbuk biskut menandakan mantera Ivy berhasil.

Diaval mengambil selangkah kebelakang lagi bila keadaan kelihatan tidak terkawal dan mata Ivy bercahaya sama dengan serbuk biskut itu. Tambahan suara Ivy menjadi tambah kuat.

向我揭示他們的錯誤,
向我展示你的主人!
向我展示你的主人!”

Dan, biskut itu terbakar dengan api hitam, membakar sekali bulatan Ruin tersebut. Api hitam itu melingkar naik dalam bentuk bulatan sehingga ia separas dengan wajah Ivy. Marak seperti ia sedang mencabar ahli sihir muda itu, mengeluarkan bunyi percikan yang kuat dan Ivy menarik sengih sebelum menyambung mantera Chinanya.

Api hitam itu mula merecik kuat dan kelihatan seperti ia ingin meletup, kelihatan tidak terkawal. Seperti dia kena seksa. Sebelum satu bunyi nyaring dari api hitam itu, seperti satu jeritan yang membuatkan barang-barang yang terapung didalam bilik itu jatuh ke lantai dan Api hitam itu terbang keluar jendela, melarikan diri.

Ivy jatuhkan kedua tangannya kesisi. Matanya yang bercahaya kembali biasa dan menarik nafas panjang.

“Berjaya ke?”

Secara perlahan, senyuman wicked Ivy meleret ke pipi dan berputar memandang Diaval. “Sekrang, hanya tunggu ia bertindak.”

“Kau bermain dengan anchient Demon, Ivy.”

“Hm.” Itu sahaja Ivy jawab, bergerak ke tepi katil dan duduk dengan perasaan riang. “I like playing with fire.”

“Dan kau akan merbahayakan nyawa orang-orang Great China.”

Isn’t that my forte?”

Ini buat Diaval tergelak, menggeleng dengan tangan di dahi. “Ini akan terjadi jika ahli sihir Vicious diletakkan disekeliling orang baik—

“dan orang yang meraguinya—

“—dan dia akan buktikan pada mereka yang dia bukan orang yang patut diragui. Kau tahu tak kau macam Ibu kau semasa dia muda?” Soal Diaval dengan senyuman nakal yang sama dengan Ivy.

“Mak borek anak rintik?”

“Kemana tumpah kuahnya kalau bukan ke nasi?”

Senyuman wicked ahili sihir muda ini membesar. “Sekarang, hanya tunggu bila masa api hitam tu buat apa yang aku nak. Then, kita akhirnya tangkap that darn asshole!” senyuman Ivy berubah menjadi jijik, sakit hati. “bermain sumpahan dengan aku hanya kerana aku lambat jejak dia? Sebagai tanda kemana aku perlu cari dia? Huh!” Ivy melontar tangannya keudara fed up. “Dia sebenarnya sedang berseronok aku main permainan kecilnya ni! macam budak-budak, saling kenakan satu sama lain dan tunggu giliran siapa kenakan siapa.”

“Dan kau sebenarnya sedang berseronok dengan permainan membunuh ni.” Diaval memeluk tubuh dengan renungan mencabar. Kalau ivy berani menafikan ayatnya.

Ivy hanya berikan senyuman nakal. “aku kena mengaku, dia tahu macam mana nak hiburkan aku.”

“He did say he is in love with you—well, nama kau je. Dan apa rancangan kau untuk tangkap dia kali ni?” Soal Diaval. “Might I remind you, kau dah gagal tangkap dia tiga kali. Ulang suara, tiga kali kau gagal—

“Oh hush, jangan nak ingatkan aku.” Ivy menepis ayat Diaval seperti lalat dihadapan mukanya. “Kali ini pasti Berjaya. Aku dah tak tahan dengan perangai orang-orang di sini, berkelakuan baik depan aku tapi mencaci maki aku dibelakang. And that worm… ulat beluncas merah tu tak membantu langsung! Kalau boleh aku nak je—Urrgghttt! Potong-potong dia dan jadikan shushi untuk dihidangkan pada Permaisuri Wu Zetian pada makan malam ni nanti!” Ivy melihat Diaval mengemas meja yang Ivy selerakkan dan mengeluh. “Macam mana kau boleh tahan dengan mereka semua ni? hipokrit?”

“Sebab bukan aku yang mereka kutuk—

“Tapi anak jagaan kesayangan kau kena—

“Dan aku mengambil keputusan untuk mengendahkannya. Aku tahu apa yang mereka tak tahu tentang kau Ivy dan itu cukup bagi aku. Ya, mereka menyakitkan hati tapi kalau aku juga memberontak seperti kau. Kerja kita takkan ke mana.”

Ivy memandang Diaval berikan senyuman nakalnya pada Ivy membuat ahli sihir muda ini menarik sengih. “Berlakon menjadi orang berfikiran rasional huh?”

“Tak. Aku berkelakuan orang yang matang. Seseorang kena jaga kau bila kau macam ni.” Diaval ketawa kecil bila Ivy melontar bantal di belakangnya.

“Just wait, aku akan buat mereka menyesal nak mati kerana pandang aku macam aku ni…. sangat jijik. They’ll see, bila aku tangkap Ja—

Pintu bilik mereka diketuk membuat kedua orang Vicious ini saling berpandangan dan Ivy segera mengubah DIaval menjadi burung semula sebelum bersuara “Masuk.”

Pintu biliknya terbuka menunjukkan seorang dayang duduk dengan kepala tertunduk pada Ivy. “Cik Devil, Pekerja di pelabuhan sedang menunggu kedatangan Cik sekarang.”

“Oh…” Ivy bangun dari katil dan mencapai buku jampinya untuk dimasukkan dalam beg sandang. “Alright. Aku pergi sekarang.” Katanya menghayun beg sandang kebelakangnya dan beredar dari bilik itu bila dayang itu bergerak ke tepi untuk berikan laluan pada Ivy.

Diaval terbang keluar dari bilik itu dan mendarat di bahu Ivy. Menyahut dengan perlahan dan mendapat usapan lembut dari ahli sihir muda itu.

“I know…. Kita kena lebih berhati-hati kali ni.”

.

.

“Oh Good Morning Cik Ivy! Kamu datang tepat pada masanya.” Seorang lelaki berumur sekitar 50-an namun kelihatan segak dengan pemakaiannya sebagai seorang Kapten kapal dagang menyapa Ivy dengan senyuman lebar. “How was your morning?”

“Cheerful.” Jawab Ivy dengan senyuman nipis, berdiri di sisi Captain itu untuk melihat kapal yang cantik berlabuh dengan barang-barang dagang sedang dinaikkan oleh anak-anak kapal. “So Captain Crook, di mana saya diperlukan hari ni?”

“Kamu telah banyak membantu kami semalam betulkan Si Jelita ni. mengangkatnya ke udara untuk kami tutup lubang di bahagian belakang kapal. Mesti kamu penat memandangkan kamu menangkatnya sepanjang hari.” Captain Crook berpaling pada Ivy semula. “Mereka tak tipu bila mereka kata Wizard Merlin ada anak murid yang menakjubkan.”

Ivy tertawa keci dengan gelengan. “saya takkan cakap saya anak Murid yang menakjubkan tapi… saya rasa saya layak mendapat sedikit pujian.” Ivy melihat kapal bernama Si Jelita itu dengan hembusan nafas gembira. “Tak sangka kapal ni berumur hampir sama dengan sejarah Zaman Gelap tanah ni.  hanya beza dua tahun.” Kata Ivy dengan kagum. “She must see many things all those years.”

“Melihat Enchanted bangkit dan menolong menghantar barang-barang penting dari kerajaan ke kerajaan lain. Membawa para pemerintah merantau dan terselamat berpuluh kali dari lanun-lanun laut. She’s one sturdy girl.”

“Ya… betul tu,” Ivy mengangguk setuju. “Dalam beberapa tahun lagi, kapal ni akan sambut umurnya yang ke 100! Pastikan jemput saya okay? I’m her doctor.”

Captain Crook tertawa besar dengan lawak Ivy. “Will do Love, will do. Apapun, kami hanya nak minta tolong mengangkat barang dari pelabuhan naik ke kapal saja. Barang-barang ni agak istimewa dari biasa dan juga agak besar. SAya takut kami tiada banyak masa untuk mengangkat semuanya dan hantar ke Kota Baru.”

“Istimewa?”

“Ia perintah dari Permaisuri Wu Zetian. Ia kena dihantar dalam masa dua hari ni.” Jawab Captain Crook, memberitahu yang barang-barang itu adalah sulit dan tidak semua orang boleh mengetahuinya.

Ivy mengangguk faham. “Then, saya pergi dulu. The faster the better right?”

“Oh dan jumpa Mad Eye kat dalam. Dia akan beritahu kamu barang mana yang kamu patut dipertanggungjawabkan.”

“Ay-yay Captain!” Ivy salut pada Captain Crook membuat lelaki tua itu ketawa sambil menghalau Ivy. Ivy turut tertawa dan pergi ke pejabat pelabuhan dimana Mad-Eye diperkatakan berada dan sedang menunggunya.

Selain dari berlatih bersama dua adik beradik kembar Cina, Ivy juga menolong orang-orang di pelabuhan bila dia ada masa kosong. Yang lawaknya, Ivy yang menawarkan pertolongan pada Captain Crook untuk menolongnya jika dia perlukannya.

Ia bermula seminggu yang lalu semasa Ivy bergaduh besar dengan Mushu tentang perkara biasa; Mushu masih syak Ivy ialah Ahli sihir Jahat. Ivy cuba bersabar dengan tuduhan dan sindiran Mushu sehingga pada hari tu, kesabaran Ivy sudah habis dan membalas sindiran naga tersebut. Kemarahan Ivy hampir menghancurkan taman Bonzai kegemaran Permaisuri Wu Zetian dan disebabkan itu Ivy dihukum untuk memulih taman Bonzai itu tanpa menggunakan sebarang magic.

Ivy tidak puas hati kerana Mushu yang mulakan dahulu tapi dia yang kena. Ivy terus beredar dari istana dan turun ke Kota untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya. Merungut dan melepaskan geram dengan Diaval dibahunya setia mendengar. Mengetahui Ivy hanya perlu meluah dan tidak lebih.

Sehinggalah Ivy tiba di pelabuhan tanpa dia mengetahui apa punca dia kesana sebenarnya dan pada waktu itu, perasaannya sudah tenang dan dia hanya menikmati pelabuhan terbesar di tanah Enchanted itu.

Ivy agak kagum melihat orang-orang yang bekerja di tempat tersebut. Mereka kelihatan sangat sibuk dari siang ke petang dengan barang dagang perlu di jual, di hantar dan di alihkan dari tempat ke tempat. Walaupun mereka kelihatan sibuk, terdapat satu aura yang menyegarkan membuatkan Ivy ingin menerokai tempat itu lebih lama. Mungkin kerana bau lautan? Atau burung pantai yang beterbangan bebas di langit biru? Kapal-kapal yang pelbagai bentuk, datang dari kerajaan lain berlabuh di pelabuhan? Ataupun pekerja-pekerja di tempat tu kelihatan seperti mereka sukakan kerja mereka?

Apapun, Ivy tertarik dengan satu kapal besar yang dia pernah baca didalam buku sejarah. Kapal Si Jelita yang berumur lebih 80 tahun dan benda-benda menakjubkan kapal itu telah buat untuk seluruh orang Enchanted. Dia tidak menyangka dia akan lihat kapal itu dengan matanya sendiri dan ia kelihatan lebih menakjubkan dari apa dia lihat didalam lukisan!

Semasa Ivy mengagumi bentuk struktur Kapal tersebut, tanpa dia sedari, satu tali crate yang mengangkat kotak besar yang ingin diturunkan dari kapal putus diatas Ivy dan ahli sihir ini tidak sempat membaca manteranya bila dia keluarkan kayu saktinya di celah lengan.

Ivy ingatkan dia akan mati di hempap kotak pada masa tu tapi seseorang datang menyelamatnya, seorang lelaki berkulit gelap memeluk pinggangnya dan selamatkan Ivy dengan menolak Ivy bersamanya dari terhempap.

Ivy jatuh terbaring diatas tanah kerana itu tapi kepalanya tidak terkena tanah terima kasih pada lelaki yang melindungi kepalanya menggunakan lengannya.

“Kamu okay?” Soal lelaki itu, menolong Ivy untuk bangun sebaik sahaja dia kembali berdiri. “Apa wanita muda seperti kamu berada dipelabuhan sekotor ini?” katanya dengan lawak tapi berganti dengan horror bila dia lihat Ivy sedang mengutip kayu saktinya. “Ahli sihir?”

“Umm… Yeah?” Ivy mengangguk. “Dan terima kasih kerana selamatkan saya—

“Jangan cakap khabar angin tu betul.” Lelaki itu bersuara memotong ayt Ivy. “Kamu anak murid The Great Wizard Merlin? Betul kan?”

“U-umm… macam mana—

“Mad-eye! Budak tu okay ke?!” satu suara baru kedengaran membuat mereka berdua beralih melihat lelaki berjanggut putih berlari anak mendekati mereka berdua. “Nasib baik kamu pantas Mad, kalau tak tentu parah.”

Mad-eye hanya mengangguk sebelum tuding jari pada ahli sihir yang dua kali ganda kecil dari badannya. “Apprientice Wizard Merlin, khabar angin tu betul.”

Lelaki tua itu kelihatan terkejut juga teruja pada yang sama, dia tundukkan dirinya separas dengan Ivy sambil mengusap janggut. Sedang meneliti wajah ahli sihir itu. “Jolly Jenkins’! muka kamu seiras! Biar saya teka, kamu Ivy the Devil? Anak Maleficent?”

“Ya……?” Ivy agak keliru dengan situasi yang dia hadapi. “Apapun, terima kasih kerana selamatkan saya. Saya pun takkan jangka apa akan jadi kalau saya kena hempap kotak besar tu tadi—

“Kamu jadi pancake.” Lelaki tua itu berlawak dan hanya dia yang ketawa. “Kamu apprientice Wizard Merlin dan anak Maleficent takkan kamu tak boleh jampi diri kamu dari terhempap je?”

“Saya nak tapi saya terlambat.”

“And why is that?” Soal Mad-eye dengan kening terjungkit.

“Distracted dengan kapal Si Jelita. Saya baca banyak cerita tentang kapal ni dan melihatnya dengan mata sendiri….. wow.” Katanya seperti nafasnya dicuri angin.

“Nama sepadan dengan kapal ni dan saya tak salahkan kamu kalau kamu tertanggu dengan kejelitaannya. Apapun, saya James Crook, Captain Si Jelita dan ini—

“Mad-eye.” Jawab lelaki di sebelahnya dengan nada menggerunkan

Dari situ, Ivy berkenalan dengan dua orang nakoda kapal Si Jelita. Disebabkan Ivy ingin tahu bentuk struktur dalaman kapal itu, Ivy mengambil kesempatan ini untuk menghulurkan bantuan pada mereka untuk mengangkat kotak-kotak berat ke pelabuhan sebagai tanda terima kasih pada Mad-eye. Dia dapat tuor satu kapal tu bila kapal itu ingin bergerak ke laut semula.

Dan setelah seminggu, mereka kembali ke Great China dengan dua niat. Satu, mengikut perintah dari Permaisuri Wu Zetian dan yang kedua ialah meminta pertolongan dari Ivy untuk membetulkan kapal tersebut. Dengan senang hati Ivy menghulurkan bantuan pada mereka.

Pada mulanya Mad-eye tidak sukakan Ivy sangat tapi setelah melihat kesungguhan Ivy mengangkat kapal besar itu sepanjang hari tanpa henti, dia mula berbaik pada Ivy dengan mengajaknya untuk sertai mereka makan malam di atas kapal nanti.

Dan persahabatan mereka menjadi rapat dengan serta merta memandangkan mereka mempunyai banyak persamaan.

“Mad-eye!”

“Finally! Aku ingatkan kau takkan datang.” Mad-eye melompat turun dari salah satu kotak dan membuang batang rokoknya ke tanah sebelum memijaknya. “Aku harap hari kau tak sibuk sangat?”

“Nope, The Great Wizard Merlin menghilang untuk sementara waktu and ni hari, hari rehat aku.”

“Good.. good! Kau boleh bantu aku bawa tiga kotak ni masuk ke bilik privasi kapten di kapal tanpa sesiapa melihatnya.” Mad-Eye membawa Ivy ke hujung gudang tersebut dimana sehelai kain menyembunyikan tiga kotak berlainan saiz. Cuma kotak ini tidak seperti kotak-kotak kayu yang berlonggok didalam gudang itu.

Tidak. Ia kotak kerabat diraja, kotak kayu yang dicat dengan warna diraja dan mempunyai ukiran bunga yang halus dan di warna dengan penuh teliti.

“Ini ke barang yang Permaisuri Wu Zetian arahkan?”

“Ya. Dan juga barang-barang lain yang sedang dialihkan sekarang ni, Cuma ini lebih berharga dan lebih penting.” Kata Mad-eye, menyentuh permukaan kotak itu dengan lembut. “Aku nak kau tahu yang aku percayakan kau untuk alihkannya tanpa sebarang masalah. Ok?”

“Boleh aku tanya apa ada dalam kotak tu?”

Ivy.”

Ivy terus mengangkat tangannya sambil tersengih-sengih. “Aku main-main je lah Mad-eye.”

“Good, kalau tak saya terpaksa bunuh kamu.”

“Oh gosh… penting sampai macam tu sekali?” Soal Ivy tidak rasa terancam langsung dengan amaran Mad-eye. “Then…. Boleh aku tahu untuk siapa kotak-kotak ni?”

Mad-eye mengeluh berat, dia tahu Ivy ni mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi dan dia takkan berhenti sehingga dia dapat jawapannya. Dia belajar sifat Ivy ni dengan cara yang sangat menjengkelkan.

“Untuk pemerintah pertama Enchanted—Itu sahaja kau boleh tahu. Soal lagi, You are out.”

Untuk Louis?

Ivy mengangguk dengan senyuman lebar. “No more question asked.”

“So, macam mana kau nak bawa kotak ni naik ke kapal tanpa ada sesiapa melihatnya?”

“Easy.” Ivy mencapai tangan separas dengan bahunya untuk Diaval beralih ke tangannya. “Into a Human.”

Diaval berubah menjadi manusia dengan satu hayunan dan kali ini dia kelihatan agak berlainan. Pemakaiannya agak selekeh seperti dia salah satu pekerja di pelabuhan itu.

Diaval ingin menyoalnya tapi Ivy bersuara dahulu pada Mad-eye. “Jangan risau, walaupun dia berubah menjadi manusia, dia masih berfikiran seperti seekor burung. Dia tak banyak cakap dan dengar apa sahaja yang aku cakapkan.” Ivy besarkan matanya pada Diaval untuk faham signal yang dia cuba berikan sebelum kembali tersenyum pada Mad-eye.

“Dan dia kena buat apa?” Soal Mad-eye, mempunyai pemikiran yagn sama dengan Diaval.

Ivy mengeluarkan kayu saktinya dan membaca satu mantera pendek sambil mengetuk kayu saktinya pada tiga kotak tersebut. Wajah kotak itu berubah menjadi seperti mana kotak-kotak biasa yang ada didalam Gudang pelabuhan itu. “There. Kotak ni akan kekal bentuk wajah macam ni sehingga dia sampai ke tangan orang yang patut menerimanya. Jadi dia akan selamat semasa bawa naik, dalam perjalanan dan bila tiba ke tangan penerima!”

“Dan burung kamu ni pula?” Mad-eye menuding jari pada Diaval, rasa janggal melihat mata lifeless Diaval (yang hanya berlakon)

“Oh dia akan tolong bawa ketiga-tiga kotak ni sekali ke kapal. Kau boleh bawa yang paling besar, Diaval bawa yang ni dan paling kecil aku boleh bawak.” Ivy menepuk kotak yang paling kecil diatas kotak bersaiz sederhana.

Ivy membeku bila tangannya menyentuh kotak kecil tersebut seperti matanya dikaburi dengan sesuatu dan satu gambaran atau lebih tepat satu visi kelihatan.

Gambaran the Great Wizard Merlin mengeluarkan sejenis batu berwarna emas dari satu bilik rahsia dan masukkan didalam kotak tersebut bersama Maharani Wu Zetian yang memegang suatu kunci.

“This is a pretty big thing to make as a mere crown.” Kata Wizard Merlin, kelihatan sedikit kecewa.

“its not just a mere crown Emrys. It’s King George’s Crown. He need this for his life protection.”

Ivy menarik nafas dalam seperti dia tidak bernafas sepanjang visi itu bermain disebalik penglihatannya. Dia kembali melihat kotak tersebut dengan mata terbeliak luas.

Ini bendasing yang akan dijadikan sebagai mahkota Louis pada hari pertakhtahannya…

“Ivy?”

“Hmm—Oh yeah?” Ivy kembali pada dua lelaki yang memandangnya dengan risau.

“kau okay?”

“Hm-hmm. Aku okay—apa aku cakapkan tadi?”

“kita bahagikan siapa bawak kotak-kotak ni.” kata Mad-eye dengan perlahan, memastikan Ivy kembali pada mereka 100% dari entah kemana mindanya menghilang.

“Oh yes dan Sekali jalan mengurangkan risiko orang lain syak tentang kotak ni.” Ivy menyambung ayatnya dan berpaling kearah Diaval. “Plus, Diaval takkan buka mulut kat sesiapa memandangkan dia seekor burung.”

Mad-eye mengangguk agak kagum dengan perancangan Ivy. “Okay. Aku angkat ni dulu dan korang ikut aku.”

Ivy hanya berikan anggukan dengan senyuman manisnya, melihat Mad-eye bergerak dahulu dan sebaik sahaja lelaki sasa itu membelakangkan mereka, Diaval terus menarik siku anak jagaannya. “Kau buat aku kedengaran hina sangat.” Bisiknya seperlahan yang mungkin.

Ivy tidak mengalihkan pandangannya dari Mad-eye dan tertawa kecil. “Come on D, kau faham maksud aku kan?”

Diaval melepaskan Ivy dengan decitan sakit hati, namun dia memahami. “Jom siapkan benda ni cepat. Aku pasti benda tu akan bertindak bila-bila masa sahaja.” Diaval terus mengangkat kotak sederhana besar itu didalam tangannya.

“Oh yeah.” Ahli sihir muda ini terus mencapai kotak yang ada di atas kotak dalam pegangan Diaval tapi burung gagak itu menghalang Ivy untuk mengambil kotak tersebut dengan memutar badannya sedikit. “What the… D!”

“Aku boleh angkat kotak-kotak ni. Just show this Bird Brain the way.”

Ivy bercekak pinggang. “Kau tahu aku tak maksudkan tu kan?”

“Aku tahu tapi aku tetap nak cakap.” Balas Diaval dengan senyuman nakal, nak je kacau rambut tight bun Ivy tapi malangnya tangannya penuh. “Jom.” Dia berikan sikunya pada Ivy untuk ‘memimpin’ lelaki berfikiran seperti burung gagak.

Ivy menyelit tangannya dalam lengan Diaval dan mulalah lakonan mereka dengan mengikut Mad-eye dari belakang, membawa tiga kotak berharga itu naik ke kapal Si Jelita.

“Apa kau rasa ada didalam kotak ni?” dia saja menyoal atas sebab suka mengusik Diaval.

“Mahkota budak tu?” Bisik Diaval balik membuat Ivy menarik nafas kecil. “It’s not really shocking memandangkan Great China mempunyai citarasa perhiasan yang sangat cantik.”

“Yang besar tu pulak?” Soalnya lagi bertambah tertanya-tanya.

“Aku takda mata x-ray Vee.”

“Just guess.”

Ini buat Diaval menghembus nafas mengalah. “mungkin hadiah sebagai ucapan tahniah sebagai pemerintah besar yang pertama Enchanted. Stop questioning, kang orang dengar.”

“Ivy menutup mulutnya dengan senyuman sengih. “can’t help it?”

“Kau akan tahu bila kau jumpa mamat durjana tu lagi.”

Ivy hanya tertawa dengan nada menjengkelkan Diaval. Sehingga sekarang, Diaval masih tidak sukakan fakta yang Ivy dan Louis ialah satu pasangan. It’s been what? A Year? Bila Diaval nak terima dan move on?

Sebaik sahaja mereka tiba di Deck kapal, Mad-eye beritahu mereka untuk berjalan dekat dengannya hanya untuk langkah berjaga-jaga. Pastikan ia tidak lari dari pandangan mata Mad-eye.

Ivy pula, hanya memandang struktur kapal di sekelilingnya. Ini kedua kali dia naik kapal itu dan dia masih kagum dengannya. Setiap sudut kapal itu mempunyai ukiran yang tersangat halus, membuatkan Ivy ingin melihatnya sepanjang masa, setiap lengkungan dan figura yang terukir atas permukaan kapal itu.

Sehinggala dia terlihat kelibat figura yang dikenali membuat dia memandang untuk kedua kali. “What the….” Dan figura itu hilang di hujung laluan kapal tersebut. “D, aku…. Gerak kejap.”

“Kau nak ke mana—oi!” tak sempat DIaval nak protest, anak jagaannya itu dah pun berlari pergi dan Diaval tidak dapat nak buat apa-apa. BUdak ni!

Mengapa dia keluar ke sini?

Ivy mengejar figura tersebut secepat yang mungkin, masuk ke laluan kiri dimana figura itu ambil dan seperti yang Ivy agak, belakang figura itu tersangat dikenal.

Dia lajukan langkahnya.

Jack!”

Bila lelaki itu berpaling sejenak, anggapan Ivy menjadi pasti dan sesi kejar mengejar antara mereka bermula. Langkah Jack makin laju dan Ivy mula berlari.

Jack mengambil selekoh ke kanan, menghilang dari pandangan Ivy membuat Ivy berdecit. Dia takkan hilang dari pandangan aku lagi! Dan Ivy mengeluarkan kayu saktinya.

Sebaik sahaja dia tiba di laluan tersebut. Langkahnya terhenti mendadak kerana apa yang dia temui ialah Jack dan jalan mati.

Dia hanya berdiri didepan dinding itu tanpa buat apa-apa. Ivy menarik sengih.

“Chakmate.”

Jack berputar dengan perlahan menunjukkan wajahnya membuat ekspressi wajah yakin Ivy berubah menjadi tergamam. “Aku pasti kau akan sentiasa tercari-carikan aku.” Jack mengangkat tangannya dengan senyuman nakal yang sentiasa menawan cuma…..

“Jack…. Kau kelihatan…”

“pucat? Nazak? Atau menua?” Soal Jack dengan ketawa sinisnya. “Jangan risau sayang, ia hanya side effect. Aku tak boleh berjauhan dari kau, aku boleh mati kalau aku tak Nampak muka kau.”

Ivy menarik sengih. “Let me guess, kau datang bukan untuk menyerah?”

“Isn’t that too easy? Lagipun, kalau aku menyerah sekarang pasti kau akan kebosanan nanti, kau takda illegal side job kena buat dibelakang Wizard Merlin.” Katanya sedikit berlawak. “Come on love, aku pasti kali ni kau dapat tangkap aku—well, let just hope.” melihat wajah Ivy menegang membuat senyuman Jack makin lebar. “Don’t pout baby, maybe kali ni kau Berjaya. You know I’ll let you win eventually.”

“Can’t you make it sooner?” Soal Ivy dengan nada tegas. “AKu boleh lihat segala hela sumpahan dan magic ni memakan diri kau. Sampai bila kau nak aku main kejar mengejar dengan kau?”

“See? That’s shows you care about me. Aku dah agak kau tak pernah bencikan aku, Cuma menafikannya sahaja.” Jack menggigit bawah bibirnya, terlalu teruja melihat ekspressi wajah Ivy. “Soon my sweet, You have me soon enough.”

Ivy menarik sengih, dah mula fed up dengan kata-kata manis Jack. Dia menurunkan kayu saktinya dan ingin beredar. Dan dia sempat berkata; Oh dan Jack, kau betul. Aku tak bencikan kau, aku kesiankan kau tapi itu tak bermaksud aku takkan bunuh kau.”

Jack menghembus nafas, seumpama mengeluh tapi tetap tersenyum. “Love, you will see me die one day dan kau akan menyesal.”

Kali ini Ivy memandang dari bahunya. “Oh tak, aku akan menikmati kematian kau. Malah, aku akan merayakan kematian kau.”

“Ah…. Such a bliss mengetahui kau juga bergembira untuk aku. It warms my heart.”

Ivy menggeleng. “Kau gila Jack.”

“Betul. Gilakan kau.” Dalam sekelip mata, seperti bayangan, dia berada di belakang Ivy, sentuhan halus menyentuh sisinya, jari jemari Jack yang beku membawa arus elektrik turun ke tulang belakangnya dan deruan nafas membelai telinganya.

I would love to kiss you darling…. Tapi, kalau aku buat macam tu, kau akan berhenti mengejarku.”

Ivy berpaling kebelakang dan bertemu dengan senyuman sinis Jack. “I would love to kill you when I get my hands on you.”

Salah. When you get your hand on me, you’ll never let me go.” Jack membelakangkan kepalanya sedikit untuk melihat wajah Ivy dengan lebih jelas. “Kita dah lalui permainan tarik tali ni dulu sayang. Tapi…. Aku tak kesah mengulangnya sekali lagi.”

Ivy tertawa pahit sebelum berubah menjadi renungan membunuh dengan kayu saktinya di arahkan pada muka Jack. “pergi mampus, bajingan.”

Ivy menghayunkan kayu saktinya dan malangnya lelaki itu bergerak lebih pantas, membelakangkan dirinya dari Ivy dan memetic jari, memanipulasikan bayang-bayangnya seperti tornado hitam dari kaki dan seumpama bayang-bayang itu memakannya kedalam lantai.

“Remember Honeycomb, Kau tak akan lepaskan aku.”

Ivy berdecit, suaranya bergema di laluan itu seperti dia cuba menghantui minda Ivy.

“That Crazy bastard really lost it.” Sekali lagi dia berdecit. “Membunuh lelaki tu pasti satu keseronokan bagi aku.”

Ivy tersenyum dengan Wicked, dapat membayangkan dia sedang menyeksa Jack dengan perlahan, memberikan dia sumpahan yang tersangat parah namun tidak membenarkan dia mati.

Membiarkan nyawanya tergantung diantara kematian dan duniawi. Membuat dia merayu untuk hentikan hayatnya, namun Ivy tidak akan biarkan dia bebas. Dia tidak akan biarkan lelaki itu hidup dengan bebas. Termasuk rohnya. Dia akan terperangkap didalam tangan Ivy buat selama-lamanya.

Dan kita tengok siapa yang menyesal nanti.
>X<

Sementara itu, di dalam istana….

Putera Xiao Ai telah kembali ke kamarnya, menutup pintu biliknya dengan keluhan berat. Rasa lega kerana dia akhirnya terlepas dari mulut machine gun Mushu.

Dia mengangkat kakinya yang berat ke katil, melontar buku tersebut diatas katil dan melabuhkan punggungnya di sofa yang ada di kaki katilnya, dia mengeluh sekali lagi dan mengurut dahinya yang mula sakit.

Sejak kebelakangan ni Dia rasa tersangat penat. Mungkin kerana dia tidak cukup tidur selama dua tiga hari ini; kerana dia juga mempunyai side mission sendiri.

Tak. Dia bukan pergi mengekori gerak geri ahli sihir itu. Berjaga malam untuk mengetahui apa yang dia buat sementara mereka sedang tidur.

Dia ada hal yang lebih penting dari itu.

Dan hal tersebut ialah…

Bebola api berwarna hitam datang masuk dari tingkap bilik Putera Xiao Ai dan ia terapung di hadapan putera itu untuk seketika sebelum ia membentukkan dirinya menjadi seorang wanita.

“Good evening my Prince.”

Putera Xiao Ai mengangkat kepalanya dan berikan satu senyuman yang tersangat jarang terukir pada wajahnya. Tangannya mencapai untuk memeluk pinggang perempuan itu.

“I’ve miss you.”

“Na’ah-ah…. First the book.”

Putera Xiao Ai mengambil buku yang berada di belakangnya dan berikan pada perempuan itu.

Dia membuka helaian buku tersebut dan jumpa apa yang dia nakkan. Perempuan itu ketawa dengan penuh wicked. “Now you can get your kiss.” Perempuan itu tundukkan badannya pada Putera Xiao Ai. “a deadly, kiss.”

*Crash*

Puteri Shui Ling sedang menggubah bunga di bilik peribadinya dan dia merasa sesuatu dalam dirinya sedang menghilang, seperti racun yang memenuhi dadanya membuat dia rasa tak sedap hati dan perkara pertama yang muncul dalam kepalanya ialah; “Xiao!” gunting bunga jatuh keatas pasu ceramic pokok bonzainya.

.

.

Ivy pula bercerita dengan Captain Crook dan Mad-eye setelah meletak barang-barang berharga itu di bilik captain, tetiba kaku. Seluruh badannya kejang bila dia dapat rasakan satu kehadiran buruk di atmosfera dan sesuatu menggerunkan merangkak turun di tulang belakangnya.

Dengan segera tumpuannya beralih ke istana dimana aura hitam berkumpul di tempat tersebut. Sebuah senyuman yang terlalu wicked terukir pada wajah Ivy membuatkan kedua nakoda kapal cuak melihatnya.

“Cik Ivy, kamu—

“She’s desperate!” Ivy ketawa berdekah keudara seumpama satu kutukan, memotong ayat Captain Crook. “Diaval—Into a horse!” sahutnya dengan satu petikan jari dan DIaval berubah menjadi seekor kuda hitam.

Tanpa mata berganjak dari istana Great China, Ivy menaiki belakang Diaval dan beredar pergi tanpa memberikan ucapan selamat tinggal kepada crew kapal itu.

senyuman wicked yang terukir pada bibirnya tidak pernah punah sepanjang perjalanannya kembali ke istana. Senyuman yang  serupa seperti mana pernah terukir semasa dia berada di Vicious, berhati gelap dan mempunyai magic hitam dalam dirinya. Sama seperti sebelumnya. “Faster D! I wouldn’t miss this for the world…”

To be continued…..
>X<

(A/N: Hmmmmm.... hmmm..... u know what. I got nothing to say kecuali I'm planning to murder someone and I don't know who. lol. LOL.) 

Comments

  1. Owhh tidakkk. Habis laa habis laa. Harap2 Ivy sempat sampai. Huhuhu. Pandai Jack alihkan perhatisn Ivy. Urghh

    ReplyDelete
    Replies
    1. I know!! harap Ivy sempat selamatkan dorang semua!! huhuhuhuhuhuhu Lets see what happen in the next chappy *wink wink*

      Delete

Post a Comment

Popular Posts