Forth H.O.P.E

rewrite

Dear Aunt Red,
I would like to express my gratitude for helping me to find my way back to my old self.
Thank you for being there when I was down.
Thank you for protecting me all this time without me knowing.
Thank you for not giving up on me when my stubbornness issue kicks in almost all the time.
Thank you for helping The Great Wizard Merlin to know my existence.
Thank you for giving me the opportunity to live the life I chose for myself.
Thank you for sacrificing your soul for me to redeem myself.
Thank you for saving Enchanted from perish
Thank you for giving me my freedom.
Most of all, thank you for being my father’s sister and my aunt.
Without you, I will never be where I am right now.
Again. Thank you and I will miss you dearly.

Ivy membuka matanya secara perlahan, sekuntum bunga Ros merah diletak dibawah pokok yang mempunyai mantel merah bergantung didahannya. Ranting pokok tumbuh didalam dan melingkar mantel itu Seumpama ia memakai mantel merah Red Riding Hood.

Tempat dimana Red Riding Hood dibaham oleh The Big Bad Wolf.

“Pernahkah saya beritahu Tuan yang saya telah bunuh Big Bad Wolf semasa saya masih belasan tahun?” Soal Ivy, tidak mengunggu penemannya menjawab. “Tidak mustahil Tuan mengetahuinya. Saya tahu Red Riding Hood telah dibaham oleh The Big Bad Wolf selama ini tapi saya tidak tahu yang Red Riding Hood ialah makcik saya. Apatah lagi membebaskan rohnya dari perut The Big Bad wolf. Saya ingatkan dia hanya roh yang degil untuk pergi dengan aman dan tinggal di Gracious untuk pengacau pelajar.” Senyuman halus terlepas dari celah bibirnya. “Saya…. Gembira tanpa saya mengetahui, saya telah membantu makcik saya.”

The Great Wizard Merlin mengangguk dibelakang Ivy, berdiamkan diri bagi memberi anak muridnya peluang untuk suarakan kata hatinya. Memerhatikan bahu Ivy jatuh sedih. suaranya halus dan lembut, seumpama dia terlalu penat untuk nyatakan emosi sebenar.

“Cuma… penyesalan saya ialah, tidak pernah duduk dan cuba mengenali Aunt Red. Saya berpura-pura tidak mengenalinya sedangkan saya tahu siapa dia bila dia memperkenalkan dirinya pada saya dua tahun yang lalu. Saya cuba melarikan diri dari kenyataan yang saya juga orang En—anak Robin Hood.” Hembusan putih terlihat dari pandangan Wizard Merlin, melihat Ivy mengangguk tanda dia telah tamat berucap dan berpaling pada Wizard Merlin dengan sebuah senyuman yang menyembunyikan perasan kesal dan sedih. “Terima kasih kerana temankan saya ini hari Tuan. Ini… mengurangkan rasa bersalah saya pada Aunt Red.”

Wizard Merlin anggukkan kepalanya sekali, menghulurkan siku pada Ivy untuk disambut dan membawa dia kembali ke kereta kuda mereka. “Jangan salahkan diri kamu atas pengorbanan Red Riding Hood. Dia lakukannya untuk kebahagian satu-satunya anak buahnya, Jangan mempersia-siakan pengorbanan Red.”

“Saya takkan. Saya terlalu banyak berhutang dengan Aunt Red. Saya tak nak kecewakan dia selepas…. Saya mengecewakan Ibu.” Nadanya rendah, hampir terlepas ditelinga Wizard Merlin akan nada sedih Ivy.

“Tiada ibu tidak menyayangi anaknya. Kamu kena tahu, Kehidupan Maleficent tidak selalunya indah, tapi dia ada saat-saat dimana dia rasa gembira dan kamu adalah salah satunya.” Wizard Merlin tersenyum tawar. “Ibu kamu… dia telah hilang kepercayaan pada kebaikan didalam dunia ini. Dia rasa… kebaikan bukanlah untuknya.”

“Mengapa?” Soal Ivy, membenarkan Wizard Merlin masuk dahulu sebelum dia menyusuli. “Hanya kerana Mangkat Raja Stefan?”

Wizard Merlin menggeleng; melihat Ivy menghayunkan kayu saktinya menyihir kereta tidak berkuda mereka untuk bergerak secara ghaib. Dia juga perasan Ivy memicit penumbuknya yang memegang kayu sakti itu sebelum disembunyikannya semula. “Bukan hak saya untuk beritahu kamu semua ni.”

“Apa? Kenapa??”

Wizard Merlin tersenyum minta maaf. “Jika ibu kamu tidak pernah beritahu, saya tidak juga tidak patut beritahu kamu tentang Maleficent.”

Ivy mengangkat tangannya sebelum dihempas ke sisi. Moral code orang Enchanted, dia kadang-kadang tidak tahan dengan perangai mereka.

“Fine… tapi, Diaval tahu ke?”

“Mungkin.” Itu sahaja jawapan dari Wizard Merlin dan ia buat Ivy sakit hati, macam cacing panas di tempat duduknya ingin memaksa mentornya untuk buka mulut tapi dia tahu dia takkan berjaya. Dia berharap Diaval ada di situ sekarang dan sahkan jika dia tahu tentang sejarah ibunya bagaimana dia boleh jadi… Maleficent.

Ivy memeluk tubuh sambil bibirnya di cebik, merajuk. 

Ini buat Wizard Merlin menghembus nafas lelah. “Apa saya boleh katakan ialah Saya kesal tidak cuba mengenali ibu kamu. Saya terlalu taksub untuk mengenali magic tanpa fikirkan orang sekeliling saya dan percaya berita tentang kejahatan ibu kamu semasa dia baru bangkit di mata dunia.”

Ini menarik perhatian Ivy. “Maksud Tuan… tuan kenal ibu saya?”

“Ya.” Wizard Merlin mengangguk. “Kami satu sekolah sebenarnya, academy untuk para ahli sihir. Saya di akhir tahun pengajian saya semasa ibu kamu masuk sekolah. Ada beberapa khabar angin tentang kehebatan sihir Maleficent, saya tidak mengambil kisah tentangnya kerana saya mempunyai masalah sendiri di kerajaan Camelot dahulu. Pengajar kami selalu kata dia seseorang yang berbakat dan boleh mencapai the Great Wizardry pada usia yang muda.”

 “Ibu?! Seriously?” Mata Ivy membulat, sama dengan senyumannya naik tapi ia kembali pudar. “Jadi mengapa dia tak?”

“it just not meant to be I supposed.” Wizard Merlin dapat lihat kekeliruan pada wajah Ivy. “kadang kala, kita takkan faham bagaimana takdir bermain peranan dalam hidup kita. Banyak persoalan mengapa terjadi dan mengapa tidak. Ingat, semua itu ada sebabnya.”

Ivy kerutkan hidungnya. Dia faham maksud maksud Wizard Merlin tapi ada beberapa perkara yang dia masih keliru. Banyak sebenarnya. Bukan pasal benda itu sahaja. Setelah dia kembali dari masa silam, terlalu banyak yang telah berubah namun pada masa yang sama, ia tetap sama. Ivy tahu konsep dan kesan merentasi masa. Jika seseorang pergi ke masa silam untuk mengubah sesuatu, kejadian di masa depan pasti akan berubah, walau sedikit mana pun seseorang itu cuba sembunyikan dirinya. Jika kau kacau sebutir beras di masa silam, pasti di suatu tempat pada masa depan akan berubah. Apatah lagi mengambil kayu sakti Apprientice dihadapan Mentornya, banyak benda berubah dan apa yang Ivy lalui sebelum dia merentasi masa amat berbeza selepas dia merentasinya.

Ivy tidak tentu arah bila dia dapat tahu betapa berbezanya memori yang ada di dalam minda Ivy dengan memori yang ada dengan kawan-kawannya. Kisah sebelumnya memang terjadi, Cuma… jalan ceritanya lain.

Sehingga Hansel kata Ivy gila—Termasuk Diaval! Ayam hitam pembelot dan heret dia untuk berjumpa dengan The Great Wizard Merlin takut Ivy termakan cendawan beracun sehingga dia berhalusinasi dan merapu tanpa henti.

Apabila Ivy beritahu segalanya pada Wizard Merlin, dia berharap Wizard Merlin akan faham namun jawapan Wizard Merlin ialah;

“Itu mustahil Cik Ivy, merentasi masa ialah sesuatu yang sangat susah. Hampir mustahil dan lagipun tiada siapa berjaya melakukannya. Ia hanya theory oleh ahli alchemist magic dahulu.”

Sepanjang malam itu Ivy ingin bersendirian di biliknya tanpa gangguan sesiapa, termasuk Diaval yang rasa bersalah kerana tidak percayakan anak jagaannya. Bagaimana dia ingin faham jika semua yang Ivy katakan tidak pernah terjadi? Dan Ivy tiada bukti kukuh untuk tegakkan kebenarannya. Sehinggalah keesokan hari Ivy bertemu dengan mentornya semula untuk tunjukkan The Apprientice wand pada Wizard Merlin, mengatakan dialah ahli sihir yang mengambil tongkat sakti itu 20 tahun lalu.

Wizard Merlin akhirnya percayakan dia, Ivy dapat yakinkan seseorang yang dia bukan gila dan ingin beritahu yang lain tapi Mentornya memberi amaran padanya untuk tidak beritahu sesiapa tentang dia merentasi masa.

Mengapa?”

“Pakar ahli sihir terdahulu telah mengharamkan teknik ini digunakan kerana ia boleh menganggu peredaran masa manusia dan mencipta talian masa baru. Kamu—mungkin kita telah melanggarnya kerana terpaksa tapi lebih baik dirahsiakan untuk mengelak sebarang… loop hole terjadi dimasa hadapan.

Ivy akur. Walaupun dia tidak faham komplikasi dalam merentasi masa, dia percayakan The Great Wizard Merlin dan menganggap perkara itu tidak pernah berlaku. Dia mendapat kayu sakti itu dengan caranya tersendiri, Dia termakan cendawan beracun seperti Hansel katakan dan tidak fikirkan perubahan kecil yang berlaku sebelum dia merentasi masa.

Ivy boleh berlakon dia tidak kesah, menipu mereka semua yang semuanya baik-baik sahaja seperti biasa. Tapi jauh didalam lubuk hati Ivy, dia masih tertanyakan beribu persoalan. Dan dia akan mencari jawapannya sendiri; walaupun betapa menakutkan kebenaran itu pada Ivy nanti.

>X<

Goodness Gracious!” Gretel tergelak besar, suara bergema di pub The Mind of the Believers yang kosong dari pelanggan. “Hans! Kau kena terjun sungai Gracious masuk semester ni naked!

Hansel mengusap mukanya rasa segan kerana yang lain juga mentertawakan dia. Nasib baik perbincangan mereka telah tamat dan hanya beberapa orang yang mereka kenal sahaja yang tinggal. “Aku dah kenal minah tu dari dulu dan masih terkejut dengan aksi-aksi rawak yang dia buat. Ahli sihir tu memang gila.

“Kau gali lubang kubur sendiri.” Puteri Ezra menutup buku catatan ringkas milik Ivy tentang jenayah Bloody Mary. “Bagaimana dia boleh tahu jejak Bloody Mary tinggalkan hanya dengan termakan cendawan pelik? Kau pasti ke pasal ni? catatan kecilnya mengatakan penjenayah ni meliar selama lebih 60 tahun. Bloody Mary bukan ahli sihir sembarangan, dia mungkin setua Wizard Merlin—Ini bukan satu perkara yang boleh dibawa main Hans.”

“Its better than nothing Tuan Puteri.” Gretel bersuara. “Saya tahu ia menggerunkan fikir kes bloody Mary ini lebih dalam dari kita jangka, bayangkan jika dia setua Wizard Merlin; the older they are, the wiser they will be. Tiada siapa boleh jangka betapa kuatnya Bloody Mary sebenarnya. tapi bagaimana kalau ia betul? Sekurang-kurangnya kita boleh bersedia dan mencari cara bagaimana untuk perangkap ahli sihir tu. Buku tu; Ivy telah bantu kita kenal siapa Bloody Mary dan berpeluang untuk mengejarnya.”

“Ia… terlalu mudah.” Puteri Ezra menggeleng. “Sepertinya kita main tipu—

“Tidak semua catatan Ivy betul.” Diaval memotong keraguan Puteri Ezra, tangan dan kaki disimpul tenang. "Ada beberapa catatan Ivy tentang budak 8 tahun melihat tattoo tersebut tidak tercatat dalam mana-mana rekod mangsa di Etalean. Just be thankful, Ivy bantu kamu dalam penyesiatan yang tak membuahkan hasil ni.”

The Believers didalam bilik itu merenung tajam pada senyuman sinis Diaval, nak tak nak mereka terpaksa setuju dengan kata-kata Diaval. Penyelidikan mereka setakat ini asyik bertemu dengan jalan buntu kerana kelicikan Bloody Mary dalam jenayahnya. Dia tidak meninggalkan sebarang bukti pada mangsanya, tiada saksi melihat kegiatannya. Hanya tattoo di dada yang akan muncul selepas mangsa telah mati. Mengikut informasi tentang tattoo Losing Heart, tiada siapa boleh melihatnya kerana sumpahan itu amat kuat kecuali mereka yang mempunyai sihir yang tinggi sahaja dapat melihat tattoo tersebut. sebab itu Wizard Merlin dan mangkat Lady Morgana boleh melihatnya semasa Mangkat adik Raja Arthur terkena sumpahan tersebut. manusia biasa tidak boleh melihatnya, termasuk mangsa. Jadi, agak susah untuk mereka menjejak Bloody Mary dimana dia pergi dan dimana dia akan bertindak. Penyelidikan mereka seumpama anjing mengejar ekornya. Berputar-putar dan tidak akan dapat menangkap penjenayah tersebut.

“Setiap kejahatan pasti akan terdedah juga Tuanku, dan ini ialah saat jenayah Bloody Mary ditangkap. It’s a lie kalau aku tak berharap catatan Ivy ni betul. Kita boleh kembalikan keadilan pada Mangkat Lady Morgana.” Hansel mengambil buku tersebut dari tangan Puteri Ezra. “Tiada siapa sebut tentang buku ni sehingga kita dapat sahkan semua rekod mangsa dalam buku ini adalah benar. Faham?”

Yang lain mengangguk faham.

Hanya the Believers yang dekat dengan Ivy the Devil sahaja tahu tentang catatan ringkas Kes losing Heart Yang Ivy tulis semasa waktu-waktu merapunya. Pada mulanya Hansel tidak percaya apa yang Ivy katakan atau apa sahaja Ivy catat didalam bukunya, tapi selepas pujukan dari ahli sihir itu—menampar buku tersebut didada Hansel dengan kuat dan mengugutnya, Hansel akur hanya untuk sedapkan perasaan Ivy. Pergi ke Etalean seperti mana catatan tersebut mengatakan tentang tattoo dilihat oleh budak kecil. Ini kerana ia masa terdekat dengan penyiasatan Hansel pada masa itu; Penjenayah mereka melakukan kegiatannya selama 20 tahun selepas Lady Morgana. Bila Hansel tidak jumpa rekod tentang budak kecil melihat tattoo tersebut, Hansel menggeleng betapa merapiknya dirinya untuk dengar cakap Ivy pada waktu tidak stabilnya. Namun, bila dia membaca informasi selebihnya tentang mangsa-mangsa pada peperangan bersaudara Etalean dahulu, dan bandingkan bersama catatan Ivy, Ia sepadan dan ini membuatkan Hansel ingin membuat kepastian ke dua kali. Dengan kebenaran dari Putera George (kerana dia yang tubuhkan persatuan rahsia ini) Hansel memanggil The Believers dari kerajaan yang tercatat didalam buku Ivy, dan perbincangan tersebut baru sahaja dibubarkan sebentar tadi setelah Hansel mengarahkan mereka untuk melakukan sedikit penyelidikan di kerajaan sendiri.

Ramai yang tertanyakan mengapa Hansel ingin buat penyelidikan secara rawak, tanpa sebarang bukti atau petunjuk. Ini kerana Hansel merahsiakan buku catatan Ivy, pasti mereka tidak percaya jika Hansel kata dia mendapat petunjuk itu dari perempuan termakan cendawan beracun dan berhalusinasikan benda yang tidak betul. Tambahan pula, Dia telah mendapat arahan keras dari Putera George untuk tidak benarkan Ivy the Devil mengetahui kewujudan The Believers—namun disebabkan cendawan beracun tu Ivy dapat tahu juga. Hansel bersetuju dengan Putera George untuk tidak benarkan Ivy ada kena mengena dengan kes ini namun, sebagai kawan yang telah hidup separuh dari seumur hidupnya, lambat laun Ivy the Devil akan tahu juga. Namun, nama Ivy tidak akan disebut didalam mana-mana pembicaraan the Believers ataupun pada Putera George. Keselamatan Ivy lebih penting, dia mesti digalakkan tidak menyertai kes tersebut. siapa tahu apa ahl sihir gila tu akan lakukan bila mereka dapat jejak Bloody Mary. Satu perkara Hansel pasti; tiada siapa boleh halang Ivy dari melakukan kerja gila bila waktu itu tiba.

“Baiklah, ini sahaja yang kita boleh bincangkan. Aku kena berjumpa dengan Wizard Merlin tentang Bloody Mary, Diaval? Kau join sekali?” Diaval mengangguk, bangun dari kerusi dan betulkan jaketnya. “Gret?”

“Aku ke Istana Camelot, sekali mengiring Puteri Ezra. Aku ada hal dengan Puteri Charlotte.”

“Hal?”

“Rahsia.” Gretel mengangguk, dan beredar dahulu bersama Puteri Ezra.

Hansel kembali pada Diaval. “Kau tak penat ke seharian menjadi manusia?”

“Sekarang ni, takde benda aku nak dari jadi burung balik. Badan manusia menjijikkan.” Diaval membetulkan lagi turtle neck sweaternya, rasa tersangat gatal. “Aku lebih selesa dengan bulu aku sendiri dari baju berlapis-lapis.”

Hansel menarik sengih. “Someone’s cranky missing his hibernation period.”

“Shut that mouth sebelum kau menyesal.”

Hansel mengangkat tangan mengalah, dan beri laluan untuk Diaval keluar dari Pub itu. Dia hanya boleh tertawa bila burung gagak itu menyumpah dibawah nafasnya kerana cuaca sejuk, walaupun salji mula mencair. Mengunci pub tersebut, Dia naik kereta kuda yang tersedia untuk mereka dan bergerak ke Gracious Academy.

Hansel kembali pada buku catatan Ivy, membaca dan menggaris perkara-perkara penting yang dia perlu kaji untuk kes Losing Heart semula, membuat catatannya sendiri dan perkara yang dia perlu tanya Ivy nanti.

Hansel tiba pada satu muka surat yang tertulis tentang Henchmen Bloody Mary dan lukisan hodoh berada di pencuru kertas tersebut. Hansel tertawa dengan gelengan tidak percaya apa yang Ivy tulis tentang Jack.

Diaval yang memeluk tubuh kerana sejuk, perhatikan Hansel terhibur sendiri dan menyoal; “Apa yang lawak sangat?”

“Ivy. Dia tulis tentang Jack menjadi hamba Bloody Mary yang gila. Cara dia tulis tentang Jack dengan teliti, betapa dia bencikan lelaki ni—

“Itu sebab mereka berdua tak pernah sefahaman.” Sampuk Diaval.

“Aku tahu! Tapi kalau dia benci Jack, mengapa dia tulis seperti dia bersimpati padanya juga? Seperti dia faham keperitan Jack kehilangan kekasihnya Vivian—Vivian, itu nama sebenar Ivy. Kau tak rasa ke itu pelik? Kau… tak rasa ke yang Ivy sebenarnya—

“Nama Vivian banyak didalam dunia ni. hanya kerana nama perempuan tu serupa dengan nama sebenar Ivy, jangan pandai-pandai buat andaian yang mereka orang yang sama. Ia hanya kebetulan.” Diaval beri amaran dengan nada rendah, tapi matanya tajam mengancam.

Namun Hansel tidak gentar kerana dia sudah biasa. “Aku tak percaya pada ayat ‘kebetulan’. Semua perkara terjadi pasti ada sebabnya dan ia terpulang jika ia berbaloi di terokai atau tidak.”

“Ada perkara baik ditinggalkan begitu sahaja budak.”

Hujung bibir Hansel terjungkit, dia kedepankan badannya pada Diaval. “Why so Defensif D? adakah aku betul?”

Diaval menghembus nafas lelah, menolak badan Hansel kembali menyandar pada tempat duduknya. “Cuba fikir budak, Ivy bencikan Jack walau apapun korang cuba untuk damaikan mereka. Perbezaan mereka serupa dengan langit dan bumi, air dan api. Perbezaan tu membuat Ivy meluat dengan dia dan Ivy hanya cintakan Putera bebal tu dan tiada siapa lagi. Aku tahu kerana aku jaga dia dari kecil.” Mata Diaval merenung tepat pada wajah Hansel. “Kita semua tahu walaupun Ivy cuba menafikannya. Ivy cemburukan Jack. Kerana. Perbezaa. Mereka.” enam perkataan terakhir itu diludah seperti ia racun pada lidah Diaval.

Hansel diam untuk seketika, memikirkan ayat Diaval sebelum mengangkat pandangannya semula pada Diaval. “Kau percaya ke dia makan cendawan beracun tu?”

“Kau percaya kata-kata Wizard Merlin?” Diaval melihat Hansel menggeleng. “Kau dah dapat jawapan aku.”

Sekali lagi Hansel terdiam, dan kali ini dia berdiam diri sehingga mereka tiba di Gracious Academy.

>X<

“C-Cik Ivy, apa kata kami ambil alih dari sini?”

“Um, apa kata Cik Ivy biarkan kami selesaikan selebihnya dan Cik Ivy pergi berehat?”

“C-Cik Ivy! Saya berharap sangat Cik tidak tukar Istana ni 180 darjah!”

Tangan Ivy berhenti menghayun kayu saktinya dan berpaling pada tiga Royal Faries yang dari tadi menyebuk dari hari pertama dia berada di istana. Mata hijau Ivy bercahaya menunjukkan dia mula naik berang dan tiga Pari-pari itu terbang kebelakang sedikit.

Ivy menarik sebuah senyuman pada wajahnya. “Wahai Pari-pari Diraja, Saya menghargai kebaikan anda semua tapi tinggalkan aku sendiri dengan kerjaku.” Ayat terakhirnya menjadi gelap seperti mana bibirnya jatuh menegang. “Lagipun, saya mengikut arahan Wizard Merlin untuk mempersembahkan sesuatu yang menakjubkan pada malam akhir majlis pembukaan sekolah.”

“Kami tahu sayang tapi tak perlu lah hias seluruh Academy, ini kerja kami—Dear Merlin…” Pari-pari Flora tergamam bila dia lihat Ivy menyeru banting-banting bendera Gracious di sepanjang korido istana bertemakan warna ungu gelap dihaisi dengan sulaman emas berbentuk sesawang laba-laba.

“Saya faham, tapi saya ada niat tersendiri mengapa saya lakukan semua ni.” Seekor Sprites datang mendekati Ivy dan membisikkan kata-kata yang membuatkan Ivy tersenyum. “Sila letak kesemuanya diatas locker academy, atas almari dan tempat-tempat tinggi diseluruh istana. Pastikan ia telah dicelup didalam ramuan cauldron saya.” Sprites itu mengangguk sebelum menghilang melalui dinding istana. Ivy kembali pada tiga pari-pari diraja. “Saya kena tunjukkan pada mereka siapa sebenarnya Apprientice Wizard Merlin dan saya kena jalankan tanggungjawab saya dengan baik!” Katanya dengan bangga, dan kembali pada tugasnya. Pergi ke dewan tari menari dengan pari-pari diraja mengekorinya di belakang.

“Tapi adakah ini agak keterlaluan? Saya pasti semua orang akan kagum hanya melihat persembahan kamu pada malam tu nanti, ini dah terlebih.”

Ivy berputar memandang Pari-pari Marywether, wajahnya kelihatan seperti dia tersinggung. “Terlebih? Keterlaluan? Saya sedang menjaga nama baik Tuan Merlin, tidak lebih dari itu. Menunjukkan dia telah mendidik saya sehingga ke tahap ini. Saya taknak malukan Tuan Merlin dengan hanya satu persembahan. Tidak!” Ivy menggeleng dengan tangan di udara secara dramatic. “Saya akan cuba sebaik mungkin untuk mencipta sejarah yang akan mengharumkan nama Wizard Merlin. Dia bukan sahaja ahli sihir yang terhebat didunia ini malah seorang guru yang bijaksana! Saya harap Pari-pari Flora, Maryweather dan God Mother faham niat saya ini.”

“Dah tentu sayang.” God Mother mengangguk, menyentuh dadanya kerana tersentuh akan kata-kata Ivy. “Tapi—

“Oh terima kasih! Kamu tak tahu betapa gembiranya saya, kamu akhirnya faham niat saya! Jangan risau, saya takkan menghampakan kamu juga! Saya akan lakukan yang terbaik untuk menghias istana ini!” sahut Ivy sambil memegang tangan God Mother dengan girang sebelum dia segera melepaskannya dan sambung kerjanya dengan cecair pekat didalam basin besar dihadapannya.

God Mother tidak boleh menentang Ivy lagi, dia cair melihat kesungguhan anak murid Wizard Merlin bersungguh-sungguh dan tidak sampai hati untuk hancurkan segala kerja kerasnya. Dia berpaling memandang dua kawan pari-parinya dan Flora, Maryweather membalas dengan renungan tidak percaya.

“Dia akan hancurkan istana ni.” bisik Maryweather tidak puas hati.

God Mother menarik kawan pari-parinya ke penjuru bilik, jauh dari Ivy yang sibuk moulding cecair emas menjadi chandelier buatannya tersendiri. “Berikan dia peluang untuk buktikan dirinya… Dia mungkin rasa bersalah tentang insiden memalukan Wizard Merlin dihadapan keluarga Arthur, sebab itu dia ingin melakukan yang terbaik sekarang. Dia ingin menebus kesalahannya. Apa kata kita benarkan dia untuk kali ini sahaja?”

Flora berfikir untuk seketika. “Tapi, perhiasannya kelihatan terlalu—gelap untuk Gracious Academy.”

“Kita patut percayakan dia Flora, seperti Wizard Merlin percayakan dia.”

“Kamu tahu citarasa Wizard Merlin pelik kan?”

“Tidak sepelik Cik Ivy.” Kali ini pari-pari Flora membela Ivy. “Mungkin God Mother betul, kita meraguinya kerana kita tak lihat lagi hasil dekorasi Cik Ivy. Dia hormat Wizard Merlin, dia taknak malukan Wizard merlin lagi. pasti dia akan berhati-hati untuk menghias.”

Wajah Maryweather berkerut sebelum dia mengeluh kecil. “Jangan cakap saya dah beri amaran. Saya masih tak setuju sepenuhnya dengan rancangan ni tapi… baiklah, semua orang layak menerima peluang kedua. Termasuk Ivy the Devil.”

“Terima kasih Maryweather.”

“Don’t thank me just yet.” Balasnya dan mereka bertiga kembali pada Ivy yang mengangkat chandeliernya ke siling dewan secara magic.

“Kami rasa kami pergi dahulu dan… kami berharap kamu akan melakukan yang terbaik dan tidak terlalu menakutkan dalam menghiasi Academy ni?” pinta God Mother dengan senyuman manis.

Ivy mengangguk. “Saya takkan menghampakan kamu semua.”

“Baiklah kalau begitu.” God Mother menghembus nafas lega. “Dan, jikalau kamu minta sebarang pertolongan, jangan segan mintanya dengan kami. Okay?”

“Okay.” Ivy tunduk sedikit, dan melihat tiga pari-pari itu berubah menjadi cahaya kecil dan terbang keluar dari tingkap dewan tari menari itu.

Setelah Ivy bersendirian di dewan tari menari tersebut, senyuman manis Ivy hilang secara perlahan dan digantikan dengan senyuman yang lebih wicked dan dia tertawa ke udara seperti seorang telah berjaya memanipulasikan musuhnya.

“Aku jangka kayu sakti tu buatkan kau gila kuasa. So, nak bertaruh sampai bila ia akan lenyap semula?”

Ivy terkejut beruk mendengar suara baru bergema dibilik tersebut dan berpaling melihat Louis yang tersenyum sambil memeluk tubuh dengan begitu kacak. Dia dapat rasakan wajahnya naik merah sehingga ke telinga dan segera menyembunyikannya

“Can’t you atleast knock?” soalnya disebalik nada segan.

Ivy dengar bunyi tapak kasut Louis turun dari tangga utama dan datang mendekatinya sehingga dia berhenti. “Dan lepaskan peluang untuk melihat wajah sebenar disebalik topeng ‘kebaikan’ Ivy the Devil? Tidak!” perkataan terakhir disahut sepersis drama Ivy bersama dengan The Royal faries tadi.

Oh lord, kau dengar dari awal lagi? this is so embarrassing.” Ivy tak tahu kalau mukanya boleh bertambah merah dari sebelumnya, sekarang dia ingin gali lubang kubur sendiri kerana segan yang amat.

Louis tertawa, menarik kedua tangan Ivy dari mukanya dan meletaknya di bahunya. Ivy terus memeluk Puteranya dan sembunyikan mukanya di dada Louis, membuatkan Puteranya tergelak lebih besar, tangan direhatkan di kepala Ivy dan yang satu lagi dibelakangnya. “Oh okay-okay, aku minta maaf dan tak bermaksud nak curi dengar. Tapi aku nak tahu macam mana kau nak halau Royal faries tu. And I must say, aku kagum dengan lakonan kau. aku sendiri hampir teperdaya dengan senyuman manis yang suci kau tu.”

Ivy mengangkat kepalanya, merenung ke mata biru Louis sebelum memukul dadanya. “Teruk betul kau ni.”

Sebuah senyuman nakal yang jarang muncul pada bibir Louis terukir. “Sekarang aku setaraf dengan kau.” dan senyuman Louis hilang bila dia lihat tepat ke mata hijau Ivy. “I’ve missed you.”

Sebelum Louis melakukan langkahnya yang seterusnya, Ivy menolak Louis dan mengambil beberapa langkah kebelakang. Tertawa melihat wajah terkejut Louis. “Na-ah, ahli sihir di sini terlalu sibuk untuk layan Putera di sana. Memandangkan aku masih ada banyak kerja untuk dibuat sebelum majlis pembukaan sekolah minggu depan, three meters away.”

Louis tertawa, mengalah dan menolak rambutnya kebelakang dengan kedua tangannya. “Not even a little affection given. Harsh.

“Aku akan bagi selepas aku selesaikan semua kerja aku ni.”

“Kenapa tidak sekarang?” rungut Louis seperti budak kecil.

Aku sibuk.” Balas Ivy dengan jelingan separuh serious. “Lagipun, apa Encik Bakal-menjadi-Pemerintah-Pertama-Enchanted buat di sini? Bukannya kau sibuk sangat ke sampai menghilang sebulan lebih hmm?”

“Oh you’ve been lonely?”

Very Lonely.” Balas Ivy, mengusik.

 Louis hanya boleh menggeleng dengan karenah Ahli sihirnya. “Kerja aku makin bertambah selepas naik pangkat ni—

“Naik pangkat?”

“Naik pangkat.” Mereka ketawa. “Apapun, setelah mendapat persetujuan dalam perbincangan diantara Raja dan Permaisuri seluruh Enchanted, Aku terus di lontar kedalam never ending parade. Menghadiri majlis di sana dan di sini. Menyelesaikan masalah Camelot dari hari ke hari. Surat menyurat tanpa henti! Walaupun aku ada di Camelot aku tiada masa nak datang dan menjenguk seseorang ni.” Louis mengenyit mata.

Ivy menjawab dengan pandangannya naik keatas besertakan gelengan tapi sebuah senyuman tidak dapat dihapuskan dari mukanya. “Jadi sekarang kau ada masa?”

“Malangnya tidak.” Balas Louis. “Aku datang kerana ada sedikit urusan dengan The Great Wizard Merlin.”

“Adakah ia penting?” seekor pixie—iridessa datang dari pintu belakang dewan, melambai dengna girang pada Ivy bersama dua lagi pixie musim sejuk menolong dia terbang. “Oh korang dah sampai. Maaf sebab bawa kau keluar dari pixie hollow masa-masa sejuk sekarang ni, aku perlukan pixie cahaya untuk persembahan aku hujung minggu ni. rasanya korang boleh bantu?”

Dua pixie musim sejuk itu bordering riang, menggoncang Iridessa dengan kuat membuat pixie cahaya itu hampir jatuh—atau muntah, Ivy tidak pasti kerana dia tak faham Bahasa Pixie.

“So? Boleh tak?” Soal Ivy lagi dan lihat Iridessa kembali memandang Ivy sebelum mengangguk setuju. “Great! Aku dah minta pixie haiwan untuk minta burung-burunga hantu membawa kamu ke sini esok pagi. Kita akan lakukan persembahan terbaik tiada siapa pernah tengok!”

Louis tersenyum kagum melihat semangat Ivy. “Aku dapat rasakan yang semua ni bukan hanya untuk jaga nama The Great Wizard Merlin?”

“Hmm… kau rasa?” Kening Ivy ternaik, terhibur dengan ayat Louis dan sambung buat kerja. Kayu sakti dihayun ke kiri dan kekanan dengan mantera kuno yang Louis tidak faham dan langit petang terlihat pada siling dewan diatas chandelier-chandelier.

Louis mendongak keatas. “Aku rasa kau terlalu gembira dapat kayu sakti baru dan cuba mencabar kekuatan baru kau. Kau buka bumbung istana?”

“Aku cipta ilusi langit.” Ivy menjawab dengan senyuman. “It’s more than testing power, love. So, macam mana urusan kau di kerajaan Erendalle? Aku dengar Permaisuri Elsa tidak gembira dengan keputusan para Raja dan Permaisuri pilih kau sebagai Pemerintah pertama Enchanted? Jangan cakap kau ditunangkan dengan Puteri Ezra pula.”

“Oh come on, itu mustahil.”

“Betul, Kau tidak setanding Puteri Ezra.” Usiknya membuat Louis bercekak pinggang. “Okay-okay, serius. Macam mana?”

“Surprisingly? Pretty well. Dah tentu, Permaisuri Elsa tidak gembira jadi dia berunding untuk jadikan Puteri Ezra sebagai penasihat peribadi atau bersamaan dengannya memandangkan putera bebal ni tidak setanding Puteri Ezra.” Louis menjungkit kening kanannya pada Ivy.

Ivy hanya tertawa, menepis usikan Louis dengan tangannya diudara dan kembali menghayun kayu sakti; mengubah warna dinding putih cream dewan itu kepada ungu gelap. Lantai marmar putih bercorak hitam. “Meaning dia jadi ahli sihir Eidolon?”

Louis menggeleng. “Dia bakal menjadi permaisuri Erendelle, dia tidak boleh lepaskan kuasanya. Dia hanya seorang kawan yang kadang kala masuk campur dalam hal kerajaan aku.” Louis menarik sengih. “Warna gelap. Kau nak buat Gracious serupa dengan Vicious ke? Homesick?”

“Ya… sebenarnya aku rindu rumah.” Pengakuan Ivy tidak dijangka oleh Louis. “Tak… bukan rumah yang aku rindukan sebenarnya.”

“Jadi?”

“Jadi…” Ivy berpaling memandang Louis, berikan senyuman kecil sebelum beredar ke taman tengah istana. “Mengapa kau masih ada di sini dan tidak pergi jumpa Wizard Merlin?”

“Apa? Aku tak boleh singgah dan lawat apprienticenya?” Louis menemaninya keluar. “Kau juga sama penting dengan Wizard Merlin.”

“How kind of you.”

“Dah tentu. Leaving a Good impression is quite important.”

“Hmhmm, tanpa ada niat lain langsung.”

“Betul.” Dan mereka ketawa. Louis perhatikan Ivy melakukan kerjanya bersama gerlipan cahaya terpancar dari hujung kayu sakti didalam tangan, dilontar ke sana dan ke sini, mengubah bentuk laman itu mengikut citarasanya yang tersendiri.

Dia mungkin tidak tahu menahu tentang kuasa sihir tapi dia boleh lihat dari cara Ivy menggunakan kayu sakti Apprientice dengan begitu mudah, setiap hayunan penuh dengan keanggunan, penuh dengan keyakinan. Sesiapa sahaja boleh lihat kemampuan Ivy dalam bidang sihir jika mereka melihat melalui latar belakang Ivy. Dia boleh buat lebih dari apa yang mereka fikirkan tentang Ivy. Lebih dari kejahatan yang dia boleh lakukan; Berikan Ivy the Devil sedikit harapan dan kepercayaan, dia akan buktikan dia layak berada ditempatnya sekarang.

 Kening Louis bertembung bila dia perasan tangan Ivy yang memegang kayu sakti menggeletar sedikit dan ingin menegurnya namun sebaik sahaja nama ahli sihirnya terlepas di mulut, Ivy jatuh pitam dan Louis bertindak dengan segera menyelamatkan dia sebelum terbaring ditanah.

“Ivy?” Louis menepuk pipinya namun dia tidak memberi respon. Cemas, dia segera mengangkat Ivy pada dadanya dan bergegas masuk ke dalam istana semula, menuju ke bilik rawatan.

Khabar Ivy pitam disampaikan pada Wizard Merlin melalui Sprites yang melihat kejadian tersebut.

>X<

Dia jatuh. Seperti segala tenaganya diserap keluar dan rebah kedalam lautan air dalam, secara perlahan dia rasa dirinya tenggelam lebih jauh…. Lebih gelap. Sekelilingnya gelap. Senyap dan penuh dengan kosongan.

Pada mulanya dia fikir dia tidak jumpa dasar laut kerana dia jatuh dengan perlahan, tapi kakinya capai suatu tapak dan berdiri didalam kegelapan itu. Mata hijau dibuka dengan perlahan dan melihat kedua tangannya yang kosong, kayu sakti yang di pegang hilang dari genggamannya dan pemakaiannya serba hitam sepertimana dia selalu pakai di Vicious. Rambutnya beralun cantik di udara seumpama dia masih berada didalam lautan.

‘Kau rupanya…’

“Hello?” Ivy memeriksa sekelilingnya dan kemana dia melihat, pandangannya hanya bertemu dengan kegelapan.

‘selama ni aku takutkan seorang budak mentah…’

Perasaan Ivy tidak sedap mendengar suara itu makin dekat ditelinganya, mata masih meliar dan dalam senyap tangannya menyeru kayu saktinya. Namun, ia tidak berhasil.

Aku diperbodohkan selama bertahun-tahun mempercayai ahli sihir itu akan mengejarku kalau aku cuai…’

Ivy menarik sengih. “Aku akan tangkap kau samada kau cuai atau tidak.”

“Aku sepatutnya dengar! Kau bukan sekadar korban, aku tak patut abaikan kewujudan kau. Oooooh, dia pandai… dia Berjaya kalahkan aku kali ni.” Gelakan hysteria bergema disekeliling Ivy. “Dia ingat dia boleh Berjaya kali ni? dia ingat dia boleh terlepas setelah sekian lama terseksa?”

“Keluar sekarang! Apa yang kau cakapkan ni hah?!”

“Aku cakap pasal kekasih sialan kau!” Dia muncul didalam bayangan, menyergah Ivy tanpa amaran dengan tangan ingin mencengkam leher Ivy. “Dan kau… aku tahu kenapa aku tak kenal kau. Ya, sudah berkurun aku tidak lihat wajah kau seperti ini.” tangan hitam berkuku tajam itu mengusap pipi Ivy dengan lembut. Ivy ingin menepis, mengelak dan menjauhkan diri dari makhluk hitam itu namun badannya tidak boleh digerakkan walau seketul otot pun. “Suci, bersih, tanpa segala solekan tebal yang menyembunyikan bentuk wajahmu yang sebenar. Patut aku tak kenal kau pada hari kau muncul 20 tahun yang lalu!”

“K-Kau kenal aku?”

“Dah tentu!” Bloody Mary menyentuh kedua bahu Ivy dan senyumannya lebar dari telinga ke telinga menayangkan ratusan gigi taring berbaris. “Kau Ivy the Devil! Taruhan antara dua permainan! Kekasih kepada kematian! Mangsa pada sebuah kehidupan; tapi kau tidak penting bagi aku. Tidak… kau penting bagi dia dan kekasih kau yang aku ingin hancurkan! Melihat dia merana ulang-ulang-ulang-ulang-ulang-ulang kali dan melihat dia terseksa berkali-kali-kali-kali-kali! Berkorban tanpa henti! Tanpa henti! Tanpa henti! Dan segalanya berakhir dengan sia-sia! Oh Lord of Darkness melihat dia hancur satu hiburan bagi aku!”

Entah bagaimana, dia boleh gerakkan tubuhnya semula dan Ivy menolak Bloody Mary darinya. “A-Apa yang kau cakapkan ni?”

“Ooooo adakah kau gementar Devil? Adakah aku buat kau takut? My, my, the table have turn isn’t it?”

Tangan Ivy naik untuk menamparnya namun Bloody Mary menangkap tangan Ivy dengan mudah. Ivy tidak dapat melepaskan diri dari genggaman Bloody Mary.

Dan apa ni? kau menggeletar—kau takut. Ivy the Devil takut.” Senyumannya makin lebar; terserlah dari matanya. “Aku tak salah tentang kau. Walaupun kali ni kau datang dengan penuh megah, jauh didalam diri kau, kau tetap orang yang sama. Seorang yang penakut, tiada pendirian dan bersikap terburu-buru. Segala kekuatan yang kau tunjuk ni hanyalah satu topeng untuk takutkan musuh kau. Heh, kau tak boleh tipu aku. Aku kenal kau siapa. Aku tahu kau siapa.”

Tetiba, tangan Ivy terbakar dengan api hitam dan Bloody Mary menjerit kesakitan, melepaskan tangan Ivy dengan segera. Mengerang kesakitan kulitnya melecur dengan begitu perit.

Mata hijau Ivy membara didalam kegelapan, merenung tajam pada Bloody Mary seperti ia boleh menusuk tembus di dahinya. “Apa kau nak dari aku?”

“A-Apa… macam mana kau—

“Ini hanyalah satu ilusi. Mimpi? Ini satu mimpi.” Ivy mendapat jawapannya bila dia lihat perubahan pada ekspressi wajah Bloody Mary. “Kau berada di mimpi aku, kau mungkin berkuasa tapi aku pemilik mimpi ini dan aku boleh mengawalnya. Aku mungkin boleh bunuh kau sekarang juga—

“Kau tak boleh membunuh.”

Kali ini, Ivy tersenyum. “Aku tak tahu apa yang kau tahu pasal aku tapi nampaknya tidak cukup untuk mengetahui aku pernah membunuh. Kau salah, kau salah pandang rendah pada aku. Kau salah tentang aku. Apa sahaja kau tahu tentang aku… kau salah.”

“Aku tahu.” Bloody Mary mencuri senyuman itu. “Aku tahu kelemahan kau. Aku tahu bagaimana ingin jatuhkan kau. Aku tahu apa yang kau tak tahu.”

“Dan bagaimana kau tahu?”

Seperti Bloody Mary gembira dengan persoalan Ivy, bayangan hitam tertarik keluar dari kegelapan dan menyelubungi tubuh Bloody Mary, mengubah rupa bentuk penjenayah Losing Heart menjadi seseorang yang Ivy tidak jangka akan kenal.

Jill?

"Saya tahu niat kamu baik Ivy. Percayalah saya juga ingin selamatkan Putera George—saya akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan dia, tapi saya tiada kuasa untuk semua tu.” Sahut Jill kedua tangan digenggam erat dengan sepasang mata yang sedih sebelum ia berubah menajadi Wicked. “Aku tahu segalanya tentang kau, Ivy. Aku tahu kelemahan kau.”

“Apa yang kau tahu?” api hitam mula marak pada baju Ivy. Rambutnya yang beralun lembut, naik keatas mengikut apinya yang membara dan mata hijau itu berubah tajam seumpama pemangsa. “Siapa kau sebenarnya, Bloody Mary?!”

Wajah Jill menyerupai Bloody Mary dengan senyuman koyak dari telinga ke telinga. “Your worst nightmare!” Dia ketawa hysteria dan datang kearah Ivy sepantas cahaya.

Ivy segera melindungi dirinya dengan kedua tangan dan dari merasakan serangan Bloody Mary, dia hanya rasa seperti angin taufan menolaknya kebelakang sehingga dia kembali terjatuh, berakhir dengan jeritan maut.

.

.

Ivy terjaga dari tidur dengan satu jeritan dan sepasang tangan segera menahannya dari bahu membuat Ivy merontah-rontah.

“Ivy! Ivy ini aku!”

“Diaval?” Suaranya hilang seperti dia telah menghabiskan satu pusingan berlari mengelilingi Gracious Academy. Memandang wajah penjaganya yang risau dan dia ditemui dengan dinding cream yang dia kenal. Bilik rawatan Gracious Academy, sebelum seorang lagi lelaki duduk disebelahnya. “A… A-Apa…?”

“Hey.” Sapa Hansel slamber. “kau beruntung Sekolah dah nak bermula kalau tidak sekarang ni aku kurung kau di rumah sebab asyik susahkan hati aku dan Diaval.” Hansel menuding jari pada Ivy yang masih terkapai-kapai. “Mengikut pengiraan aku dari mula aku kenal kau. ini dah ke 20 kali kau masuk hospital—

“28.” Diaval memperbetulkan nombor Hansel. “Sebelum kau datang ke Vicious dan juga setahun korang tidak berjumpa.”

Hansel mengangguk terima kasih sebelum memandang Ivy. “Dan aku masih tertanya macam mana kau boleh hidup sampai sekarang.”

Ivy menyentuh dahinya, dia rasa seperti seseorang telah pasang bom didalam kepalanya dan berdenyut kuat, menunggu untuk meletup jika mereka Tarik wayar kesabarannya. “Nanti… apa dah jadi sebenarnya?”

“Kau pitam semasa kau menghias, apa dah jadi? Kitorang datang je terus dengar dari sprites istana yang kau pitam dan berada di bilik rawatan.” Diaval duduk di tepi Ivy, menolak rambut depan Ivy untuk melihat wajah anak jagaannya lebih jelas, melihat bibir pucat dan kesan hitam dibawah mata Ivy membuatkan mata amerald itu kurang menyerlah. “Putera bebal tu kata badan kau menggeletar sebelum kau tumbang.”

Ivy menutup mulutnya cuba menahan diri dari tergelak. “Ya… ya jangan risau. Aku okay.”

“Dia ketawa. dia okay.” Hansel menyandar pada kerusinya, lihat pada bahunya menjadi tenang. “Itu yang penting.”

“Cik Ivy.” Wizard Merlin muncul di depan pintu Ivy bersama Putera George di belakangnya sambil memegang kayu sakti Apprientice. Ivy mengangkat badannya untuk duduk dengan bantuan Diaval. “Tak perlu bangun Cik Ivy. Kamu perlukan rehat setelah kamu hauskan magic kamu.”

“Hauskan?” Soal mereka didalam bilik itu, dengan nada persoalan yang berbeza. Terkejut, keliru dan sedikit berang.

Wizard Merlin berikan senyuman yang menenangkan. “Jangan risau, Cik Ivy hanya cuba menyesuaikan diri dengan kayu sakti barunya. Ia normal memandangkan kayu sakti ini agak berkuasa dari kayu sakti biasa.”

Hembusan nafas lega kedengaran dari mereka yang lain kecuali Ivy. Dia mengangkat pandangannya pada Louis dan secara senyap meminta jika dia boleh mendapat kayu saktinya semula. Tanpa bantahan, Louis berikannya dan sebaik sahaja ia ditangan Ivy, dia mula rasa loya. Diaval dan Hansel segera menyambutnya.

“Is this supposed to happen?” Soal Hansel rasa risau.

Wizard Merlin mengangguk. “Dia kehausan magic dan kayu sakti itu perlukan magic yang kuat untuk digunakan. Ia normal. Cik Ivy akan okay dengan sedikit latihan dan selesa dengan kayu tu.”

“Adakah kayu sakti tu akan hilang jika Ivy gagal mencapai espektasi kayu sakti tu?” Soal Diaval dan mengangkat bahu slamber. “Hanya satu soalan. Aku nak tahu.”

“Ia tidak akan hilang jika Cik Ivy gagal, ia akan hilang jika saya menyentuhnya.”

“Sebab tu Tuan suruh saya pegang sepanjang masa ni?” Soal Putera George. “Adakah sumpahan Maleficent masih ada sedangkan ahli sihir yang layak sudah tiba?”

“Niat Maleficent meletakkan sumpahan pada kayu sakti ini supaya saya tidak dapat menggunakannya lagi, Dia adalah ahli sihir yang berkuasa dan tiada siapa boleh menghancurkan sumpahan tersebut. Walaupun Royal Faries telah buka laluan untuk mendapatkan kayu sakti ini semula. Akar pada sumpahan itu takkan hilang.”

Ivy mengangguk diam. Dia terfikir jika dia tidak datang mengambil kayu sakti Aprientice ni di masa lalu, pasti Wizard Merlin akan memegangnya dan ia lenyap dari dunia ini sekali lagi. Sebab itu mereka kena mencarinya semula. Ivy memandang kayu saktinya semula dan pelbagai persoalan dia ingin tanya Wizard Merlin; lidahnya gatal untuk muntahkan segala persoalan itu.

Wizard Merlin faham pergelutan Ivy kerana tiga lelaki didalam bilik itu dan bunyikan lidahnya, menarik perhatian mereka semua semula. “Saya rasa baik kita tinggalkan cik Ivy berehat buat seketika sementara kita teruskan urusan kita di pejabat saya?”

Diaval memandang anak jagaannya dengan risau tapi Ivy berikan sebuah senyuman. Menepuk bahu Diaval dengan lembut. “Jangan risau, aku akan okay. Korang boleh bangunkan aku selepas meeting The Believers korang—” Ivy segera menutup mulutnya.

Hansel, Diaval dan Wizard Merlin hanya boleh mengeluh dan menggeleng. juga tampar dahi.

Mata George membesar. “Macam mana—bila kau—Hansel Gingerman??”

Hansel mengangkat tangannya dengan gelengan laju sebelum lontarkan renungan tajam pada ahli sihir di katil. “Sumpah aku tak buka mulut. Dia yang fikirkannya sendiri!”

Ivy segera bersuara untuk selamatkan dirnya. “Oh tolonglah, bukan susah nak tahu apa yang korang buat dibelakang aku. I have my wing man to spy on you guys.” Dia menepuk bahu Diaval membuat burung gagak itu tergamam. “Kan Diaval?”

Hansel dan Louis berpaling pada Diaval, tidak percaya selama ini Diaval mengintip mereka sebelum ini.

Diaval mengeluh kecil tapi dia mengaku. “Ia kerja aku, sehingga Wizard Merlin perasan aku sedang stalk korang dan bawa aku ikut serta beberapa bulan yang lalu.”

“Oh ya, salahkan orang tua kerepot ni.” Kata Wizard Merlin saja buat mereka rasa bersalah.

Ivy bunyikan lidahnya. “Apapun, aku dah tahu pasal The Believers ni dan aku tak berminat langsung. Ia membosankan dan tak berbaloi nak stalk selama ni jadi aku lepaskannya dan biarkan korang buat hal sendiri.”

Louis memandang Wizard Merlin dengan muka pucat membuatkan ahli sihir tua itu tersenyum simpati dan menepuk belakang Louis, memutarnya membelakangkan Ivy dan berbisik. “Dia ingatkan The Believers ni macam satu pasukan tentera elit—rangers yang memantau dan mencatat kejadian di tanah Enchanted dan dilaporkan pada Tuanku apabila tuanku ditabalkan sebagai raja nanti.

Louis memandang Wizard Merlin untuk seketika sebelum mengangguk kagum. “Bagus juga cadangan seperti itu.”

“Saya tahu.” Wizard Merlin tersenyum bangga.

“Tak mangsud saya—

“Saya tahu. Tuanku boleh bincangkannya dengan CIk Ivy setelah kita tangkap Bloody Mary, ini idea dia sebenarnya.” Dia menepuk bahu Louis dengan senyuman sebelum kedua lelaki ini berpaling semula pada Ivy yang keningnya terjungkit naik; hairan.

Wizard Merlin menepuk bahu Louis—sedikit kuat dari yang diniatkan, kedepan sedikit dan memaksa dia untuk bersuara. “B-Baiklah, Hansel dan Diaval. Mari kita bincangkan tentang hal The Believers ini.”

Hansel dan Diaval saling berpandangan sebelum mengangkat bahu, ikutkan sahaja Putera George yang teruk sangat lakonannya buat-buat derk. Diaval mengucup kepala Ivy sementara Hansel menepuk tangan kawannya. Kedua mereka suruh Ivy berehat dan jaga diri sebelum beredar dengan Putera George.

“Tuan menyertai kami?”

“Sebentar lagi Tuanku.”

Ivy ingin memanggil Louis tapi lelaki itu telah menghilang disebalik pintu. Dia mengeluh sedih. tapi sedetik selepas itu, Louis kembali masuk dengan langkah yang laju ke sisi Ivy dan berikan kucupan manis membuatkan Ivy agak terkejut dan naik merah.

Louis berikan senyuman sengihnya sebelum dua jeritan ‘Tuanku!’ kedengaran dari koridor Hospital dan putera ini bergegas keluar. Sempat ‘bye’ pada Wizard Merlin seperti budak kecil.

“Saya berharap dan juga tidak berharap pada masa yang sama untuk lihat bakal putera-puteri Kerajaan Eidolon dalam masa terdekat ni.” Wizard Merlin berdehem, cuba keluar dari situasi janggal tadi.

“Dia tu memalukan betul!” Ivy menutup kedua pipinya yang merah dan menghembus nafas panjang beberapa kali untuk tenangkan degupan jantungnya. “Apapun, terima kasih kerana halau mereka.”

Wizard Merlin tersenyum. “Saya gembira melihat wajah kamu seperti sediakala. Sebentar tadi kamu kelihatan sangat pucat; seperti kamu mengalami mimpi buruk yang teruk. Kamu tak apa-apa ke?”

Ivy menurunkan tangannya dengan perlahan sebelum mengangguk. “Ia… mungkin kesan sampingan dari merentasi masa d-dan—kehausan magic.” Katanya dan Wizard Merlin tidak menjawab. “Apapun, tuan rasa kenapa ini terjadi pada saya?”

“Mungkin ada suatu entity sedang mengganggu kamu.”

“A-apa? Apa maksud Tuan?”

Hmm?” Wizard Merlin kelihatan buntu. “Apa maksud kamu?”

“Saya… maksudkan kayu sakti ni?”

“Oh! Ya-ya. Dah tentu.” Wizard Merlin ketawa ber’hoho’ walaupun ia tidak kelakar bagi Ivy. “Apapun, kayu sakti itu menolak magic kamu Cik Ivy, sebab itu kamu seperti ini.”

“Menolak… magic saya?” Soal Ivy agak terkejut. “Bukankah saya berjaya mendapatkan kayu sakti ni? bukankah saya layak sebagai pemegang seterusnya? Mengapa ia menolak saya pula!”

“Bertenang Cik Ivy.” Wizard Merlin mengusap janggut putihnya dengan tenang. “Hal ini terjadi kerana kamu datang kepadanya dan bukan ia datang kepada kamu.” Katanya membuat Ivy buntu. “Hanya seseorang sahaja yang layak akan dapat menyeru kayu sakti ini, namun kamu merentasi ke masa lalu untuk mendapatkannya. erti kata lain kamu masih tidak layak untuk menggunakan kayu sakti ini, jadi sesiapa yang tidak layak ia akan menyerap kuasa magic mereka sehingga ia kehausan atau si tidak layak mengalah untuk menggunakan kayu sakti ini.”

Ivy memandang kayu saktinya dengan horror, menghayunnya diudara untuk menghasilkan percikan bunga api dan dia dapat rasakan semut-semut mengalir pada tapak tangan yang memegang kayu sakti itu. “Sama seperti kayu sakti Fairy Fauna. Jadi… macam mana saya ingin buktikan yang saya layak?”

“Itu satu misteri bagi kamu dan juga saya.” Kata Wizard Merlin, tidak membantu langsung.

“Oh Great. Saya bukan macam Mangkat Lady Morgana. Dia seorang ahli sihir dan seorang seeker. Tak mustahil dia senang-senang je dapat kayu sakti ni. Dia berhati suci.” Ivy menghembus nafas melalui mulut tertutup membuatkan ia berbunyi seperti enjin kereta rosak. “Macam mana… kalau saya sebenarnya tidak layak untuk kayu sakti ni?” Soal Ivy, pandangannya jatuh ke lantai di penjuru bilik. Teringat mimpi dia menjadi seorang Villain dan memiliki kayu sakti tersebut, ia memakan diri Ivy sehingga dia menjadi nazak dalam masa yang sangat singkat. Macam mana kalau ia terjadi padanya sekarang? Adakah dia akan mati?

“Kamu kena yakin pada diri kamu Cik Ivy.” Wizard Merlin bersuara, perasan wajah sedih anak muridnya. “Meragui diri kamu tidak akan menolong kamu menjadi pemilik apprientice wand ini.”

“Saya tahu, tapi…” DIa menghembus nafas lelah, membiarkan ayatnya bergantung disitu sahaja. Sebelum matanya membesar dan terus pandang tepat ke wajah mentornya. Dia membuka mulut untuk bersuara tapi dia menutupnya semula, memikir dan kembali bercakap. “Saya rasa Tuan betul. Saya patut yakin pada diri sendiri. Suatu masa nanti pasti ada peluang untuk saya buktikan diri saya, tapi sekarang apa saya perlu buat ialah berehat dan tidak paksa diri saya untuk persembahan pada pembukaan majlis nanti!”

Wizard Merlin tersenyum girang mendengar anak muridnya kembali bersemangat. “Saya lega mendengarnya dan jangan risau pasal kayu sakti tu. Saya akan fikirkan macam mana untuk bantu kamu supaya kamu layak menjadi Pemegang kayu sakti Apprientice seterusnya!”

“Baiklah tuan, terima kasih. Sekarang saya ingin berehat secukupnya untuk sambung kerja saya esok. Selamat malam.” Dia kembali baring dan menarik selimutnya ke paras bahu. Menutup matanya, bersedia untuk berehat. Dia dengar Wizard Merlin mengucapkan selamat malam padanya juga sebelum orang tua itu beredar. Meninggalkan anak muridnya tidur.

Ivy tunggu beberapa minit lagi untuk memastikan Wizard Merlin telah pergi sebelum dia membuka matanya semula dan bangun dari katil. Mengambil kasutnya di tepi katil dan jubahnya di dinding tepi pintu sebelum melangkah keluar sesenyap yang mungkin. Dia pastikan laluannya kosong—walaupun istana itu tidak berpenghuni sehingga hujung minggu ni tapi dia tetap berhati-hati dan naik ke perpustakaan Academy dan menuju ke Tingkat 4 dimana rekod peribadi dan catatan sejarah disimpan. Ivy sempat meminta maaf pada dua patung dihadapan pintu tingkat tersebut dan mengeluarkan kunci pemberian Puan Camelia. Dia tidak pernah pulangkan kunci itu semula pada penjaga perpustakaan. Walaupun hampir setahun telah berlalu. Dia tertanya jika dia membuka kunci tersebut adakah sesiapa akan tahu memandangkan informasi didalam bilik itu agak penting? Mencuba nasibnya, Ivy memasukkan kunci tersebut kedalam lubang dan memutarnya secara perlahan. Bunya ‘click’ bergema di ruang tersebut tapi tiada apa yang berlaku. Lega, Ivy menolak pintu itu dengan perlahan dan masuk kedalam.

Setelah memastikan dia menguncinya dari dalam, Ivy berputar melihat ribuan buku tersusun pada rak-rak dihadapannya dengan tarikan nafas dalam. mengumpul semangat kerana dia ingin memulakan pencariannya yang mungkin akan buat dia kena buang sekolah, menyinggung perasaan seseorang dan kena ceramah 24 jam selama 7 hari.

Ivy cuba tidak fikir akan hukumannya tapi fikir kearah kebaikan. Dia dapat membantu Raja, dia dapat selamatkan orang Enchanted dan dia dapat buktikan dirinya yang dia layak memegang kayu sakti apprientice!

Menggulung lengan jubahnya (walaupun ia turun balik tapi ia lebih pentingkan tanda betapa semangatnya Ivy) dia mula memburu rekod-rekod lama.

“Maaf korang, tapi aku harus melakukannya.” Bisik hati Ivy dan menarik satu buku yang dia inginkan dari rak. ‘The Dark Age: The Villain’s Record’.

>X<

“Jadi? Bagaimana dengan penyelidikan kamu?” Soal Louis setelah mengambil sehirup dari teh erl greynya. “Beta harap kamu menemui maklumat baru tentang Bloody Mary?”

Hansel mengangguk. “Setelah saya ke Etalean bersama Maddison Pauper dan Tom Thumb, kami telah mendapat kebenaran dari Permaisuri Aurora untuk melihat rekod kematian rakyat Etalran dan menemui beberapa petunjuk akan kegiatan Bloody Mary di sana. Lukisan tattoo yang ada pada badan mangsa serupa dengan symbol kes Losing Heart. Kami mengesyaki bahawa Bloody Mary ini berpindah dari tempat ke tempat untuk memakan hati orang Enchanted, jadi dengan itu kami meluaskan Pencarian kami ke seluruh kerajaan Enchanted.”

“Penemuan yang mengejutkan ialah Bloody Mary kemungkinan ahli sihir tua.”

“Tua?”

“Kami menjangka dia Villain dari Zaman gelap.” Diaval bersuara lagi. dan mereka semua berpaling pada Wizard Merlin yang makan biskutnya dengan tenang. “Tuan tahu pasal Bloody Mary?”

“Kamu tahu tentangnya?” Soal Wizard Merlin semula pada Diaval dan burung gagak itu menggeleng. “Bermaksud saya juga tidak. Jika dia Villain pasti kamu mengenalinya Diaval, pada masa tu tiada Villain tidak bertemu dengan Maleficent.”

“Dia pasti tidak menyerlah kerana saya tidak mengingatinya langsung.” Balas Diaval dengan nada sakit hati. Bukan pada Wizard Merlin tapi pada dirinya sendiri kerana tidak pernah ambil tahu tentang villain kecil yang menyembah pada keagungan Maleficent.

“Kemungkinan dia penjahat ‘amatur’ pada masa itu dan dipenjarakan disini dari dilontar ke Vicious sepertimana Lagendary Villains. Setelah dia keluar dari penjara dia teruskan jenayahnya dengan memakan hati rakyat Enchanted? Mengikut Ivy, dia mungkin gunakan hati itu untuk tenaga.”

“Ya, tapi untuk apa?” Soal Diaval dengan jari telunjuk kearah Hansel. “Setahu aku, hanya makan hati suci sahaja akan memberikan dia kehidupan abadi tidak hati manusia. Dia hanya akan dapat kekalkan kecantikannya dan mengambil sisa hidup mangsanya untuk panjangkan jangka hidupnya sendiri. Kalau lah dia dari zaman gelap, adakah dia cuba merancang sesuatu yang besar?”

“Sumpahan Lady Morgana.” Louis bersuara, menarik perhatian mereka. “Dia berjaya menyumpah Mangkat Lady Morgana untuk menyumpah aku. Kamu tahu kan apa sumpahannya?”

Reality menghempap ke otak mereka berdua dan menjadi pucat lesuh seperti mereka baru sahaja nampak hantu. “Tuan ingin katakan yang Bloody Mary inginkan satu peperangan lagi tercetus?” Soal Hansel, menelan air liur kelat.

“Tak jelas lagi ke? Dia kata seorang Villain akan muncul dan pimpin Villain untuk melawan kita. Dia telah mendapat hati Lady Morgana, pasti dia mempunyai banyak tenaga untuk hancurkan tembok berduri dan kembalikan Villain di tanah Vicious untuk menentang kita.”

“Jikalau begitu, mengapa dia tidak lakukannya sebaik sahaja dia bunuh Lady Morgana? Pada kuasa penuh pasti mudah untuknya menghancurkan tembok itu.” Kata Hansel dengan perasaan gelisah.

“Kerana sumpahan Lady Morgana.” Diaval menyentuh bahu Hansel untuk tenangkan dia. “Dia telah merancang segalanya dan saya rasa walaupun dengan hati Lady Morgana menjadi miliknya, dia tidak sekuat mana selain gunakan hati itu untuk kekal hidup sehingga waktu yang ditunggu-tunggu berlaku. Dia telah merancangnya dari awal; jika saya tidak silap. Saya fikir yang Bloody Mary inginkan Villain kembali memerintah tanah ini dan cara untuk perkara ini berlaku ialah dengan menghancurkan tembok berduri itu, namun mengetahui sejarah mungkin berulang kembali seperti mana Maleficent kalah pada Wizard Merlin—

“Eherm.”

“—Dia kena pastikan Villain menang pada peperangan kali ini.” Diaval endahkan Wizard Merlin kerana nada yang diaval guna agak kasar (kerana dia masih tidak move on dari kenyataan itu.) dan memandang Louis. “Peluang berada di depan mata dan rancangan wicked muncul dikepalanya. Saya mengaku dia pandai menggunakan orang yang berharga pada Wizard Merlin untuk mencapai impiannya.”

“Aku?”

“Villain membenci Wizard Merlin. Dia punca Villain menghantar mereka ke tanah Vicious—jangan menyampuk.” Dia mengangkat tangannya bila Hansel ingin membantah. “Dengar, dia mempunyai rancangan. Dan ia sangat bijak; mengetahui ada ahli sihir didalam keluarga diraja Camelot, seorang Putera akan lahir dan betapa berharganya keluarga diraja Camelot pada Wizard Merlin. Tak tengok ke? Ini peluang dia untuk hancurkan keluarga kamu dan pada masa yang sama mencapai impiannya dengan meletak sumpahan pada Tuanku.”

Mata Louis membesar sebelum mukanya naik merah menahan marah. “That bitch.

Diaval menarik sengih, terhibur mendengar Putera bebal ini mencarut. “Yeah, dia hanya menunggu masa yang sesuai untuk bergerak semula. So, sementara itu, kumpul hati manusia seperti biasa untuk kuatkan tenaganya dan terus ke plan seterusnya.”

“Dan Plan dia ialah?”

“Who knows.” Diaval mengangkat bahu slamber. “Aku bukan dia, pergi tanya dia bila korang dah dapat tangkap Bloody Mary tu.”

Louis memandang Hansel dan seperti Hansel memahami renungan Puteranya, Hansel mengangguk. “Kami akan cuba sedaya upaya untuk menangkapnya Tuanku.”

Louis mengangguk tapi tidak rasa lega walau sedikitpun. “Tolong cepat, kita tidak mempunyai banyak masa. Masa sumpahan Lady Morgana telah berdetik dan Villain itu akan naik untuk melangsaikan hutangnya.” Arahnya dan berpaling pada Wizard Merlin. “Tuan, saya ingin bercakap pasal Ahli sihir rasmi Kerajaan Eidolon?”

“Hmm?” Wizard Merlin dari tadi diamkan diri mendongak memandang Louis. “Oh ya, Puteri Ezra tidak mewakilkan dirinya?”

Louis berdengus. “Tuan, dia bakal menjadi pemerintah Arendelle.”

“Bagaimana jadi isteri kamu?”

“Tuan.”

“Oh okay.. okay.” Wizard Merlin meletak cawannya dipaha dengan hembusan nafas panjang. “Saya akan panggil Glinda The Good untuk mengajar pada tahun ini dan kamu boleh pilih dari pelajarnya. Lihat bagaimana kemampuan anak muridnya dan kamu boleh pilih pada akkhir semester—atau pertengahan semester nanti. Take your time. Pertabalan kamu mungkin akan berlangsung pertengahan tahun, tahun depan.”

Louis mengangguk, sedikit lega. “Baiklah. Terima kasih Tuan.”

Wizard Merlin senyum. “Sama-sama Tuanku.” Balasnya dan menghirup tehnya sekali lagi dan perasan ia sudah sejuk, dan cawannya masih penuh. Kening Wizard Merlin bertembung kerana selama ini dia berfikir, tidak menyentuh minuman kegemarannya langsung.

Dia fikir, Bloody Mary tidak tahu Lady Morgana mempunyai kayu sakti Apprientice. Sebab, jika dia tahu pasti dia akan guna Lady Morgana untuk menghancurkan dinding itu. Lady Morgana cukup kuat untuk menghancurkannya dan Enchanted dalam keadaan membaik pulih. Mereka masih rapuh sehingga Putera George berumur 3 tahun.

Wizard Merlin berharap ini kerana Bloody Mary tidak tahu tentang kayu sakti tersebut. terlepas peluang ini dan menggunakan Putera George sebagai mangsa rancangan jahatnya. Untuk menghancurkan Merlin dan juga Enchanted pada masa yang sama.

Tapi jauh dilubuk hati Wizard Merlin, dia tertanya jika Ivy the Devil punca dia tidak melakukan peluang itu 20 tahun lalu. Adakah dia mengetahui Ivy telah lahir didunia? Adakah dia tidak bertindak pada masa itu kerana Maleficent masih dalam keadaan lemah?—tidak, Maleficent bukan seperti itu orangnya. Atau…

Tidak… Cawan pada tangan Wizard Merlin jatuh membasahi pahanya dan membuat tiga lelaki itu terkejut. Tidak mungkin…

Seperti yang Wizard Merlin takutkan selama ini, Bukan Bloody Mary yang menjadi Villain yang membawa peperangan diantara Enchanted dan Vicious… bukan dia villain yang mereka tertunggu-tunggu selama ni…

“Tuan! Tuan tak apa-apa?” Soal Hansel mengambil tisu dan mengelap jubah Wizard Merlin.

Wizard Merlin tidak menyahut, jika mereka perhatikan disebalik jambang putih orang tua itu, mereka pasti akan lihat darah pada wajah Wizard Merlin diserap menjadi putih bagai kain meja kopinya.

Ramalannya betul.

>X<

Kening Ivy naik tinggi hingga tersembunyi disebalik rambut depannya. “Bloody Mary Henchmen Rumplestiltskin?” ivy mendongak melihat langit, memikir. “AKu tak tahu troll tu ada henchmen… Hmmm, kena tanya Diaval ni.”

>X<

You said I will have my daughter back!”

Jack Skellington hanya menyandar pada meja kerjanya, melihat Rumpelstiltskin lari lintang pukang dari api kemarahan Maleficent. Tidak berminat untuk masuk campur kerana semua tahu, Jangan pernah ganggu Naga yang sedang marah.

“Nadinya hilang untuk seketika sebulan yang lalu dan kau nak kata dia tidak apa-apa?!” Maleficent menghayun tongkat saktinya menghasilkan petir dari Kristal tongkat itu menyerang Rumplestiltskin.

Lelaki kerdil itu melompat kesakitan dan terus melarikan diri ke mana sahaja kaki kecilnya boleh elak serangan Maleficent. “My Lady! Tolong percayakan saya, dia akan kembali pada sisi My Lady dan akan berjaya jatuhkan tembok tu! P-percaya lah!”

“Believe you?!” seluruh lantai pejabat Jack Skellington berapi hijau dan tuan empunya bilik itu segera naik meja sementara Rumplestiltskin memanjat langsir untuk selamatkan dirinya. “Mengapa aku perlu percaya lelaki yang tipu aku pasal suami aku?!”

“Saya tak tipu pasal Robin! Dia seorang pengkhianat!” Balasnya dan menyesal kerana api hijau mula memakan kaki langsir yang dia panjat. “M-My L-L-Lady… Tolonglah, sedikit lagi masa dan Ivyakanpadakeseratustahunselepasperangduabilahnanti! pleasepleasepleasehavemercyMyLady!!” pintanya sudah berada di puncak langsir, memeluk tiang kain tersebut kerana api itu berada dekat pada punggungnya.

“Apa?” Api hijaunya terus menghilang dan dia berputar pada tengkorak yang duduk memeluk lutut diatas mejanya. “Jack jangan jadi budak budak dan turun dari situ. Beritahu saya, adakah sudah seratus tahun Peperangan telah berakhir?”

Jack Skellington mengangguk, turun dari meja kerjanya dan menghayun tangan, membuka langsir yang Rumpelstiltskin berada, melihat bulan yang mengambang dari kaca pintu balconynya. “Ah, akan genap seabad. Masa berlalu begitu pantas.”

Maleficent kembali memandang Rumpelstiltskin dengan renungan maut yang membuat lelaki kerdil itu menggigil ketakutan. “Ingat, Kalau anak aku tidak kembali pada waktu tu. Kau akan ku bunuh. Faham?

“F-Fa-F-Faham My Lady.”

Puas dengan amarannya, Maleficent melangkah keluar dari bilik tersebut tanpa kata apa-apa lagi pada mereka.

Jack Skellington yang kelihatan tenang pula berubah 180 darjah dan dengan sekali petikan jari, asap hitam muncul dari lantai dan tiga budak nightmares muncul, salute pada Jack Skellington.

“Kami sedia berkhidmat Tuanku!” Sahut Shock, Lock dan Barell.

“kamu ada monyet untuk di tangkap.” Dia tuding jari pada Rumpelstiltskin dan lihat senyuman jahat terukir pada wajah tiga budak nightmare kebanggaannya dan mereka terus menyeri senjata tajam mereka dan cucuk Rumpelstiltskin sehingga dia jatuh.

Jack Skellington menarik sengih terhibur tapi didalam mindanya laju memikir akan kemungkinan yang sedang berlaku pada Devil kesayangannya dan Bagaimana ingin selamatkan dia dari Dewa Maut.

Semasa dia tidak dapat mencari mimpi Ivy membuatkan Jack ketakutan seperti seluruh tulangnya akan bertaburan diatas lantai. Bayangkan jika Ivy tidak akan dapat bermimpi lagi? Dia tidak dapat melihat mimpi Ivy lagi? Jack tidak benarkan dirinya bayangkan kemungkinan tersebut akan jadi pada mereka semua.


>X<

(A/N: I live!!!! Mwahahahahaha! sorry loves sebab lambat post the latest chapter. My laptop just bail on me for a week and segala kerja assignment hilang! so kena buat balik from scratch. nasib baiklah all the novels are dalam hard disk T__T kalau tak memang citer ni terkendala lagi lamaaaa and Harap korang Enjoy chapter kali ni!!)

We interrupt this programe to promote Myme (a readers) friends stories in wattpad!! setakat ni angah hnya baca 1 chapter and it's really interesting! angah teruja nak tahu apa cikgu yasmin ni nak buat dengan budak2 tu semua (,,^_^,,) And siapa Heronya.... Hohohohohohohoho Apapun, go and read it!  
                                     https://www.wattpad.com/484727266

Comments

  1. Villain yang sebenar adalah Ivy kan. Huhuhu kenapa dia jugak yang jadi mangsa keadaan? Huhuhu.
    Harap semuanya akan oke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. *insert evil laugh while typing the next chapter*

      Delete

Post a Comment

Popular Posts