Sixth H.O.P.E
The
Light of the Night
“Oh..”
“My..”
“Lord..”
“Ini…”
“Hm,
Kenapa aku tak terkejut dengan semua ni?” Adiknya dan tiga puteri memandang
Hansel dengan mulut terngangah. Kening Hansel ternaik pada riaksi mereka. “Ini
Ivy the Devil kita cakapkan. Apa yang mustahil baginya?”
Mereka
berempat menutup mulut mereka dan mengangguk setuju. Betul juga kata Hansel,
selama dua tahun ni mengenali Ivy, apa sahaja yang dilakukan oleh Ivy pasti
ekstravaganza dan penuh dengan kejutan yang mereka tidak akan bayangkan. Dan
sekali lagi, Ivy telah melangkaui ekspektasi mereka semua. Walaupun bilik tari
menari itu bertema gelap, ia tidak kelihatan begitu menakutkan seperti mana
Hansel bayangkan Ivy akan buat. Mengetahui Ivy akan menghiasinya mengikut
citarasa Viciousnya, Hansel agak kagum yang Ivy tidak pentingkan diri dan
berjaya meletak sedikit enchanted
kedalam dekorasinya. Dia berjaya menggabungkan Vicious dan Enchanted dan
memukau mereka dari pintu masuk Istana sehingga tiba di dewan tari menari.
Semasa
mereka tiba di Istana petang tadi, perhiasan Academy kelihatan biasa sahaja,
dengan lilin berada di atas almari, locker dan tempat tinggi, jauh dari
dicapai. Banner dan banting Academy terbentang putih cream diatas mereka dengan
tulisan diperbuat dari benang gangsa. Warna dinding istana berwarna biru langit
membuat tempat itu kelihatan lebih besar dan menenangkan dari biasa namun
sebaik sahaja matahari mencecah pangsi dunia, lilin-lilin diseluruh istana
termasuk asrama, hidup dengan sendirinya dan ia beterbangan diatas mereka!
Bumbung istana terbuka menunjukkan langit senja membuat mereka kagum—dan juga
tertanya bagaimana tingkat bawah boleh melihat langit sehingga Hansel beritahu
mereka itu hanyalah ilusi dari magic charm yang Ivy cipta. Penghuni Gracious
Academy bertambah kagum dengan kepintaran ahli sihir Vicious itu dan tidak
sabar untuk melihat apa yang telah Ivy akan buat pada majlis mala mini. Dari
asrama ke istana, pengubahsuaian Ivy sentiasa buat rahang mereka jatuh mencecah
tanah. Tertanya bagaimana, apa yang telah Ivy buat sehingga ia kelihatan begitu
cantik. Bebola cahaya bermain di tepi jambatan seperti kunang-kunang namun...
itu bukan, ia bebola cahaya berbentuk salji diperbuat oleh Pixie cahaya dan
pixie salji dengan sedikit magic Ivy. Ia jatuh ke tanah lebih perlahan dari
biasa dan tinggalkan kerlipan cantik diatas salji putih.
“Ini
macam ia keluar dari cerita dongeng…” Apple Red depakan tangannya untuk
menyambut salju tersebut. “It’s beautiful.”
“Dan
dunia masih meragui dia.” Hanna mengeluh sedih, sebelum tersenyum melihat
dekorasi istana lebih indah dari yang mereka jangka. “Aku dapat rasakan tahun
ni bakal jadi tahun yang sangat menyeronokkan.”
“Dengan
Ivy the Devil kembali ke Gracious? I don’t know babe, aku hanya boleh berharap
dia tak memperhambakan seluruh pelajar dengan kayu sakti apprientice tu.”
Mereka
semua tergelak, betapa betulnya ayat Gwenneth. Tidak mustahil Ivy akan lakukan
seperti itu pada suatu masa nanti.
Mereka
tiba di pintu utama masuk dewan tari menari dan mereka sekali lagi kagum
melihat dekorasi didalam dewan itu.
“Ivy
Freaking Devil.” sumpah Gretel umpama suaranya dicuri angin.
Hansel
pula menarik sengih. “Never change that witch… never change a bit.”
“Baiklah,
senyum semua, tunjukkan kesopan santunan kamu depan para putera puteri dan
rakyat.” Puteri Ezra baru sahaja tiba di belakang mereka dan dia juga menarik
nafas kagum melihat dewan tari menari Gracious.
Tiga
sekawan ini pula tersengih-sengih pada sesama sendiri kerana Ivy berjaya
menarik keluar riaksi dari Puteri Ais.
Hansel
hanya menggeleng dan beritahu lelaki disebelahnya untuk mengumumkan kedatangan
mereka.
“Puteri Permaisuri Arendalle, Tuan Puteri
Ezra Nymperius December Frost dan Puteri Hanna Theodore Isabella Krisstof dari
Kerajaan Arendelle! Bersama rakan-rakannya, Puteri Apple Red Ferdinad dari
Kerajaan Thorned, Puteri Gweneth Amerald dari Kerajaan New Orleans, dan adik
beradik Gingermen; Hansel dan Gretel!”
Mereka semua turun
mengikut urutan mana mereka disahut. Gretel menyiku perut abangnya dengan senyuman
nakal. “Kau patut cari date sebelum habis belajar Hans, Tak malu ke datang ke
majlis tari menari dengan adik sendiri?”
Hansel menarik
sengih. “Jangan risau pasal aku adikku, abang kau sorang ni boleh je pilih
mana-mana awek kat bawah tu.” Hansel muncungkan bibirnya pada pelajar di majlis
tari-menari dimana mereka boleh lihat sekumpulan wanita melihat Hansel dengan
pandangan dreamy. “Abang sebenarnya
simpatikan kau kerana tiada siapa nak ajak kau jadi pasangan mereka untuk malam
ni—Aduh!”
Nasib baik mereka
sudah berada di anak tangga terakhir semasa Gretel menendang belakang lutut
Hansel dan hampir buat dia jatuh berlutut. Terima kasih atas latihan refleksnya
dengan Ivy selama ni, dia berjaya selamatkan diri dari memalukan diri dihadapan
khalayak orang ramai.
“Kau tunggu Gret. Kena kau nanti.”
Abangnya beri amaran dengan senyuman tapi matanya menunjukkan dendam yang dia
janjikan.
Gretel membalas
dengan jeliran lidah sebelum melepaskan tangan Hansel dan pergi bersama
rakan-rakannya. “Masa untuk kerja.”
Hansel mengangguk
dan pergi bertentangan arah dari Gretel, menuju ke posisinya di penjuru bilik
tersebut. Walaupun mereka memakai gaun dan suit, mereka masih mempunyai
tanggungjawab untuk melindungi Putera George pada malam itu. The Believers yang
belajar di Gracious diwajibkan untuk hadir dan mengawal keselamatan dewan
tersebut dari sebarang ancaman yang kemungkinan akan muncul. Manakala beberapa
The Believers lagi mengambil tempat di dapur dan menjadi pengawal. The Mind of the
Believers telah menerima satu amaran dari seseorang yang tidak dikenali bahawa kemungkinan
besar akan ada serangan pada malam tersebut, untuk mengelakkan hal itu berlaku,
The Believers dipanggil untuk menyamar didalam majlis tersebut demi keselamatan
semua orang. tangkap sesiapa sahaja yang kelihatan mencurigakan.
Mengikut laporan
dari Lord Elm, orang itu mungkin targetkan adik-beradik Pendragon. Memandangkan
Puteri Charlotte telah diumumkan sebagai bakal pemerintah Camelot, manakala
abangnya pula akan ditabalkan sebagai Raja Eidolon… dalam masa terdekat ini.
Kedua-duanya mempunyai gelaran besar dan tidak mustahil seseorang mempunyai
hasat dengki terhadap mereka. Apapun, Hansel kena buka mata dan telinga pada
orang disekelilingnya. Dia tidak boleh leka dan biarkan mereka berpeluang untuk
dekat pada kerabat diraja Pendragon.
“So tense.”
“Holy shi—Ivy!”
Ivy
menutup mulutnya, menahan diri dari ketawa pecah perut melihat kawannya
terkejut, melompat seperti monyet. “Asal muka kau tegang semacam? Relax Hans,
Ini majlis pembukaan Sekolah! Have fun.”
Mengurut
dada, Hansel hanya boleh menggeleng sebelum matanya jatuh pada pemakaian Ivy.
Sebuah senyuman asymmetry terukir pada bibirnya. “Takde gaun berompol lagi?—ow!”
Ivy
mengeluh dalam rungutannya, mengabaikan makian Hansel. “Kali ni aku dapat buat
tempahan khas dari Lord Koha tapi dia
tukar design gaun yang aku nak.”
“Kenapa?
Gelap sangat ke?”
“Tak.” Dia beri renungan amaran pada
Hansel. “Aku kena ikut tema dengan Tuan Merlin, memandangkan aku anak murid
dia. Tapi Lord koha masih fikirkan pendapat aku dan gabungkan rekaan aku dengan
tema Camelot. Here it is, the final piece. Amacam? Okay tak dengan aku?”
Sekali
lagi Hansel memandang Ivy mendepakan tangannya kesisi untuk Hansel kritik.
“Hmm…” Dia mengusap dagunya. Hansel mengaku, gaun tersebut sangat sesuai pada
Ivy, ia memeluk tubuh badan Ivy dengan begitu cantik, sulaman pada bahagian
atas gaun itu umpama ia tersulam pada kulit Ivy dan ia tidaklah terdedah dalam
cara yang tidak senonoh—Hansel lihat Ivy pakai baju yang lebih terdedah dari
ini semasa di Vicious dan dia tidak
sukakannya. Rambutnya dibiarkan terlerai menghiasi kedua bahunya, rambut
lurus diikalkan dengan begitu cantik bersama perhiasan permata diselit pada rambutnya membuat ia kelihatan bersinar
dibawah cahaya lampu. Make upnya yang memuji tulang pipi dan menyerlahkan mata
hijau Ivy. Perhiasan yang melengkapkan keanggunan ahli sihir dihadapannya.
“Putar untuk aku.”
Ivy
hanya akur walaupun dia boleh lihat Hansel dah dapat jawapan pada persoalan
Ivy. Berputar untuk Hansel, dia kembali memandang kawannya dengan renungan
‘so?’
Renungan
Hansel melembut sebelum bersinar dengan niat mengusik. “Oh, nasib baik kau
putar, aku ingatkan kat tepi tu lemak kau—ow!
Violence woman!”
“Kau
kena belajar macam mana nak pikat perempuan. Kang kau jadi single seumur hidup
kau—A-tat-tat! Ini malam istimewa aku so kau diharamkan untuk rosakkannya
dengan kata-kata orang mati kau.” Ivy mengangkat tangannya pada bibir Hansel,
mengendahkan rrenungan tajamnya. “Anyways, lets boogie.”
Soalan itu buat Hansel terkedu untuk seketika
dan menolak tangan Ivy dari mulutnya. “INi bukan Vicious Ivy?”
Ivy memutar
bola matanya dan terus menarik Hansel ke tengah-tengah lantai menari. “Don’t be
a stuck up and dance with me!” Ivy meletak mereka didalam posisi menari,
menarik tangan Hansel ke pinggangnya dan tangan kiri mereka diudara, tangan
kanan Ivy pula di bahu Hansel. Ivy ketawa melihat muka buntu Hansel. “Hanya
kerana tempat ni kelihatan sedikit Dementis tak bermaksud aku akan suruh
seluruh pelajar Gracious untuk berjoget seperti Dementis. Chill hans, asal kau
tegang sangat? On duty?”
Sebuah
senyuman naik di bibir Hansel dan mereka mula menari mengikut irama lagu waltz
(Pilihan personal Diaval). “Untuk pengetahuan kau, Ya. Aku sedang bekerja—dan
kau tak sepatutnya tahu.” Ayat terakhir dia guna nada rendah yang mengusik
membuat Ivy ketawa.
“Oops,
maaf.”
“Nah,
sokay. Kau simpan rahsia aku dan aku akan simpan rahsia kau. so, a fair deal.”
“Rahsia
aku?”
“Seluruh
rahang pelajar Gracious longgar dan pengawas Academy sedang mencari siapa
dalangnya. Aku tahu kau yang buat dan
disebabkan kau kawan baik aku, aku takkan buka mulut.”
Ivy
terdiam dan menggeleng dengan satu senyuman terukir dihujung bibirnya. “Are you
crazy? That’s no deal. Dorang semua tahu kehebatan aku. Theres no one awesome
except me.”
“Aku
rasa kita dah lama setuju kau yang gila dalam hubungan kita sayang.” Usik
Hansel.
“But
you still loves me.”
“It
pains me to admit it but yes. You are insufferable…. Ivy?” Hansel perasan rauk
wajah Ivy jatuh walaupun dia cuba sembunyikannya, dan bila Hansel tegur, Ivy
tundukkan kepala. “Hey, kenapa ni?” Soalnya dengan lembut, menyentuh dagu Ivy
dan mengangkat pandangannya semula pada Hansel.
Dia
menggeleng mengatakan dia tidak apa-apa sebelum memeluk Hansel dipingging,
mendengar degupan jantung Hansel berdentum dengan stabil. Satu hembusan nafas
lega terlepas dari bibir merah gelapnya. “Aku hanya nak satu pelukan dari kawan
terbaik aku.”
“Well,
asal tak cakap awal-awal.” Hansel membalas pelukan Ivy dengan lebih erat dan
mengangkatnya sedikit keudara. “One bear hug for my Favorite devil, coming
right up.”
Ivy
ketawa kecil dan melepaskan pelukan mereka. “Hans, aku… aku perlukan pertolo—
“Ivy?”
Ayat
Ivy tertangguh dan berpaling kearah suara riang yang memanggil namanya dan Ivy
tersenyum lebar. “Cherr!”
“Ivy!” Charlotte berlari anak merentasi
dewan dan memeluk Ivy seerat yang mungkin. “I miss you so much!”
Ivy
ketawa besar sambil membalas pelukan sama erat sebelum melepaskan si kecil—tak sekecil yang Ivy jangka. “Wow Cherr,
kau dah makin tinggi.” Puji Ivy, perasan yang Charlotte hanya beberapa inci
rendah dari dia. “Cepatnya kau membesar.”
“Abang
pun cakap macam tu! Tapi jangan risau, Char tetap Char yang dulu.” KAtanya
dengan bangga dan mendapat cuitan manja dari Ivy. “Char gembira Ivy dah temui
Apprientice wand, Ivy pergi lama sangat sampai
Char ingat Ivy takkan kembali lagi ke Gracious sampai Ivy Graduate.”
“Dan
berjauhan dengan puteri manja ni? siapa nak sakat kau? siapa nak seksa Mr.
Whiskers? Dan lebih penting… siapa nak prank satu Academy ni kalau bukan aku??”
Soal Ivy dengan dramatic sambil memeluk Charlotte. “Oh tidak, aku rasa
tersangat bersalah untuk meninggalkan segala tanggungjawab penting ni semua! Ia
beban aku seorang dan aku tidak akan berikannya pada sesiapa.”
“Char
taktau nak rasa gembira atau terseksa dengan ayat Ivy tu.” Kata Charlotte
mendatar.
Ivy
hanya ketawa.
“Apa
khabar Cik Ivy.”
Mata
Ivy terbeliak melihat perempuan berambut emas berdiri di hadapannya memakai
suit merun seperti lelaki namun mempunyai ciri-ciri feminine padanya, tongkat
didalam tangan seperti dia seorang budiman. Wajah matang dan tegas walaupun
komposisinya kelihatan tenang, berdiri tegak dan penuh bertutur setiap langkah
dia ambil mendekati Ivy. Dia tunduk sedikit menyapa dan Ivy tidak akan kenal siapa perempuan tu kalau
bukan kerana Mata biru cerahnya.
“Mareline…?”
“Kamu
kelihatan terkejut.” Kening Mareline ternaik dengan sempurna. “Saya pasti saya
tidak berubah sangat memandangkan kali terakhir kita bertemu seminggu sebelum
kamu kembali ke Camelot?”
Oh heck nah, last time aku jumpa kau time kau
sepuluh tahun and now… Mata Ivy meneliti Mareline dari atas ke bawah
dan menelan air liur kelat. Dia segera menggeleng. “Oh tak-tak Mareline, aku
terkejut lihat kau di sini. Itu sahaja.”
“Ah
yes, saya di arahkan oleh Putera George untuk jaga Puteri Charlotte pada malam
ni.”
“Oh
ya? Aku rasa Gracious tempat paling selamat didalam dunia. Takda apa akan
berlaku pada sesiapa Not while I’m incharge.” Mata hijau Ivy bersinar seketika
dengan senyuman wicked pada bibirnya. “Enjoy the night Mare, I guerentee you
will be amaze!”
Mareline
tersenyum dan tundukkan kepala dengan sopan. “Saya yakin Ivy the Devil akan
melakukan persembahan paling menakjubkan dalam sejarah. Saya tidak pernah
meragui kekuatan kamu cik Ivy.”
Ivy
tersenyum bangga. “Dan Mare, kau boleh panggil aku Ivy je. Tak perlu formal
sangat.”
“Terima
kasih atas kebenaran itu Cik Ivy.” Katanya masih lagi bertutur.
Ivy
hanya boleh tersenyum akan kedegilan Mareline, dia tertanya bagaimana budak
kecil 10 tahun yang comel dan periang boleh menjadi seorang wanita yang matang
seperti ini. Dah tentu jarak 20 tahun akan mengubah seseorang, Ivy hanya lega
Mareline ada bila dia kembali. Ivy masih tertanya ke mana Mareline menghilang
sebelum dia merentasi masa, sepanjang masa dia di Enchanted, dia tidak tahu
kewujudan Mareline langsung dan bila dia kembali dia dapat tahu Mareline tidak
pernah tinggalkan Camelot dan Ivy mengenali Mareline dari awal dia datang
Camelot. Mareline yang mengambil Ivy
dari Vicious dan membawanya ke Gracious Academy. Pelik kan? Adakah Ivy telah
mengubah hidup Mareline juga tanpa Ivy sedar?
Ini
buat Ivy tertanya, hidup siapa lagi Ivy ubah hanya dengan mengugut Bloody Mary?
“Oh
Ivy, jom menari!” suara Charlotte menarik perhatiannya semula. “Char nak
meluangkan masa dengan Ivy sebelum abang datang dan culik Ivy sepanjang malam
ni.”
Muka
Ivy terus naik merah dan segera tepis perasaan itu ketepi. “Ish takde la.”
“Dah
tentu, bukan Abang yang culik Ivy tapi Ivy
yang culik abang.”
Dan
perasaan itu merempuh balik pada Ivy.
“Kalau
begitu, saya tinggalkan Puteri Charlotte bersama Cik Ivy untuk berseronok.”
Mareline tunduk hormat pada Puteri Charlotte dan anggukan kecil pada Cik Ivy
seperti dia meminta secara senyap Ivy untuk menjaga Puteri Charlotte sebelum
beredar ke hujung dewan.
Charlotte
menarik Ivy ke tengah-tengah lantai menari dan menari mengikut irama lagu, Ivy
sebagai penari lelaki. “So Ivy, macam mana rasanya pegang kayu sakti
Apprientice?”
“Memenatkan.
Nampaknya aku masih ada banyak benda nak belajar, Aku kena satukan saluran
magic aku dengan kayu sakti ni.”
“Oh,
Char ingatkan Ivy dah boleh kawal sebaik je ia muncul untuk Ivy. Perlu berlatih
menggunakannya ke?”
Ivy
hanya mengangguk. “Aku boleh mengawalnya Cuma perlu masa untuk rasa selesa
dengan kayu sakti baru. Apatah lagi kayu sakti Wizard Merlin.”
“Hm,
betul juga. Char harap Ivy dapat mengawalnya dengan cepat! Dan juga berharap
Ivy tak mengunakannya untuk keburukan.”
“Keburukan?’
“Prank
satu sekolah… lagi.”
Ivy
tertawa keudara, sedikit lega. “Oh yang tu aku tak dapat nak janji.”
“Ivy!”
tegur Charlotte tapi dia juga tersenyum.
“Macam
aku cakap tadi, ia tanggungjawab aku kena jalankan. Apa orang akan cakap kalau
aku, apprientice wizard merlin tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik?”
Charlotte
hanya boleh menggeleng dan pandang keudara, mengalah. “Ia satu misteri mengapa
abang boleh sukakan Ivy.”
“Sebab
aku dah santau abang kau.” usik Ivy lagi. “Dan dia takkan terlepas dari aku.”
“Atau
Ivy takkan terlepas dari abang nanti.”
“hm?
Maksud kau?”
Charlotte
baru perasan yang dia terlepas cakap dan segera menggeleng. “takde apa-apa!”
Ivy
kecilkan matanya pada Charlotte. “Aku tahu nada tu Cherr, apa kau maksudkan
hah?”
Charlotte
tidak pernah rasa cemas sebegitu dalam seumur hidupnya dan lagi bertambah bila
Ivy memeluk pinggangnya supaya dia tak dapat melarikan diri.
Oh dear…
“Yang
Mulia, Putera George Alexander Louis Pendragon, Putera sulung Camelot.”
“Oh
abang dah sampai!” Charlotte tidak pernah rasa bersyukur abangnya tiba tepat
pada Charlotte inginkan penarik perhatian dan ia berhasil kerana Ivy tergamam
di tempat dia berdiri.
Louis
tiba dikepala tangga dengan seorang lelaki berbaju formal satria lengkap dengan
pedang di pinggangnya. Rambut perang disikat kebelakang dengan kemas, menunjuk
seluruh wajahnya yang menawan, mata emas yang menyerlah dan bibir rata yang
serius. DIa tunduk pada Puteranya yang turun dari tangga sebelum dia menyusuli
Putera George.
Ivy
tegamam melihat ketampanan puteranya yang memakai baju hampir serupa dengannya,
muka merah menyerlah namun pada masa yang sama cuak; tertanya mengapa tema baju
mereka mempunyai corak yang hampir serupa. Bagaimana
kalau mereka salah faham diantara Ahli sihir ini dan Putera Raja?
Namun
segala keraguan Ivy hilang bila mata amerald bertemu dengan sepasang mata
sapphire. senyuman Louis makin lebar seperti mana matanya naik bersinar sebaik
sahaja dia lihat Ivy dan ini buat Ivy cair dan membalas senyuman itu dengan
lambaian kecil.
Ivy
agak terkejut kerana Louis terus datang kearahnya tanpa menyapa sesiapa yang
lalu disebelahnya dahulu.
“Oooo,
abang nampak semangat ini malam. Mengapa agaknya eh?” Ivy menyiku perut Charlotte
dan puteri itu hanya boleh tergelak. “Abang! Gembira abang dapat datang.
Ingatkan abang akan skip majlis ni lagi macam selalu, you know… sebab
membosankan.” Kali ini Ivy mengalih pandangannya pada Charlotte dan dia hanya
buat muka innocent. “Charlotte hanya nak tahu.”
“You
sly—
“Ivy…”
“Yes!”
Ivy kembali memandang Louis bila lelaki itu memanggil namanya dengan nada
sedikit hilang nafas—Hell hole, Ivy
mengetap gigi kerana rasa gemuruh depan Louis tanpa sebab.
“Kau
kelihatan sungguh cantik, ni malam.” Ayat itu yang keluar dari mulut Louis dan
Ivy rasa nak tumbuk je muka lelaki tu sebab ia tidak menolong perasaan
gemuruhnya langsung.
“Oh—er,
um… Lou—Putera George.” Ivy berdehem,
cuba menahan perasaannya dari terlihat memandangkan majority mata-mata didalam
dewan itu tertumpu pada mereka. “Aku gembira kau dapat hadir untuk majlis kali
ni.” Ivy tunduk mengembangkan gaunnya dengan penuh sopan santun pada Louis.
“Aku harap aku tidak hampakan kau pada malam ni?”
“Huh?”
Louis tersentak dari lamunannya dan melihat sekeliling, perasan mereka menjadi
tumpuan orang ramai dan segera komposkan dirinya. “Oh ya, Kamu berjaya
mengagumkan saya Ivy the Devil. Siapa sangka ahli sihir seperti kamu boleh
membuat sesuatu secantik ini.”
“Adakah
itu satu pujian, Bratsy?” Soal Ivy
dengna nada menahan marah, senyuman paksaan melekat pada bibirnya.
Louis
menarik sengih. “Now that’s the Devil I know.”
Seluruh
pelajar Gracious menghembus nafas yang mereka sendiri tidak tahu mereka tahan,
gembira dan juga kecewa kerana perbualan dua musuh ini tidak lah seperti mereka
bayangkan. Permulaan sebuah kisah cinta.
Atau rahsia mereka tersembunyi dari dunia.
“Well,
Charlotte pun kagum dengan kebolehan Cik Ivy tapi hey, jangan biarkan Char
ganggu pergaduhan korang dan
bayangkan Char tiada di sini sekarang.” Charlotte bersuara membuat pasangan
dihadapannya rasa bersalah mengabaikan kewujudannya. “Oh dan nampaknya tema
gaun dan suit abang serupa! Ain’t this fate?”
“Cherr,
kamu pun pakai tema Camelot juga. Jangan nak merapu.” Tegur abangnya sambil bercekak
pinggang.
“Oh
abang perasan Char rupanya. ingatkan Char dah lenyap tadi.”
“Well,
aint you sassy tonight young lady.” Ivy juga memeluk pinggang. “Apa dah jadi
kat kau semasa aku takde di Camelot?”
“Nothing,
Char masih char yang sama.” Katanya dengan nada innocent yang sama.
“Aku
pasti perangai ni dia dapat dari kau.”
“Aku?”
Ivy menuding dirinya sendiri dan pandang Louis dengan mata terbeliak tidak
percaya.
Louis
mengangguk. “Siapa je ada perangai sass seteruk tu kat sini selain kamu? dan
Cherr hanya lepak dengan kamu. Tak mustahil dia belajar semua tu dari kamu.”
“Excuse
me? Mengapa aku yang salah? kau yang galakkan
adik kau datang ke perpustakaan kacau
aku dan kau salahkan aku bagi pengaruh buruk kat adik kau?”
“Itu
sebab kau kelihatan begitu menyedihkan Cik Ivy, keseorangan di perpustakaan tu
dan kami hanya nak temankan kamu—
“I enjoy my solitution! Korang tu yang
suka kacau aku hampir setiap hari!”
“solitution
hanya perkataan fancy untuk lonely Ivy. Jangan nak nafikannya kamu gembira Cher
ada temankan kamu.”
Ivy
terngangah. “Oh, I cant believe it—
“You
can, check dalam kamus.” Balas Louis membuat mereka yang melihat ber ‘Ooooo’
termasuk Charlotte menutup mulut menahan ketawa.
“Or,
Charlotte belajar semua ni dari abang dia, Putera
George-bakal-raja-enchanted-yang-patut-tunjuk-contoh-yang-baik-pada-seluruh-rakyat-enchanted?”
balas Ivy balik, mula panas dengan ajukan Louis. “I mean, seorang Putera
kenalah pandai dan matang dalam membuat keputusan dan dia pasti tahu apa
akibatnya jika dia buat hal dengan
Ahli sihir yang berkuasa apatah lagi dar Vicious.
Tapi nampaknya Putera ni tak nampak
jauh ke hadapan dan recklessly poking a stick to a sleeping dragon again and
again dan kau tahu apa jadi bila naga tu bangun?”
“Dia
jatuh hati pada Putera yang hensem ni.”
“HAH!
You wish, Dia akan hembus nafas api dia
dan Hanguskan puteri bebal ni!” Gaun Ivy marak dengan api ungu dan ia
merebak ke sekeliling Louis.
Louis
tersenyuman nakal, suka sangat usik ahli sihirnya. “All barks and no bites.”
“You wanna go princy?”
“Just
go dance already.” Putera Edward muncul dibelakang Louis dan menolaknya membuat
Louis jatuh ketangan Ivy dan menarik
Puteri Charlotte yang tergopoh kerana pasangan itu mula bergaduh. “Sheessh, tak
cukup ke tumpuan korang dapat hanya dengan pangkat korang? Mari Tuan Puteri,
tinggalkan dorang dua ni.” Putera Edward sempat melontar renungan dingin pada
mereka. “Korang berdua bukan budak sekolah menengah. Act like your age for
once, for Merlin’s sake.” Dan dia membawa Puteri Charlotte menari, dan mula
menegur puteri itu atas kelakuan kurang sopannya tadi.
Louis
dan Ivy berpaling pada satu sama lain dan perasan yang mereka berpelukan dan
Louis segera melepaskan Ivy dahulu.
“M-Maaf.”
“Tak
aku salah.” Louis tersenyum kecil. “Boleh aku tebus kesalahan aku?”
“huh?”
Louis
tidak mengulang ayatnya dan menarik Ivy dekat, meletak tangannya di pinggang
Ivy dan satu lagi menggenggam tangan ahli sihir itu. Louis membawa Ivy ke
tengah dewan dan menari mengikut irama lagu waltz baru dimainkan oleh para
okestra. Mereka menari dalam diam untuk seketika, hanya menikmati kehadiran
masing-masing, tenung tepat ke mata langit dan bumi. Berkongsi senyuman dan
ayat terkata dari pandangan.
Sehinggalah
Ivy ketawa kecil.
“Dan
apa yang lawak sangat tu Cik adik?”
“CIk
adik?” Ivy mengigit bibirnya, menahan diri dari tersenyum lebih lebar. “Aku 3
bulan lebih tua dari kau Lou.”
“kata
ahli sihir yang graduate lambat.”
“sebenarnya
dorang fikir kau lebih tua sebab kedut kat muka kau tu atuk. Segala stress dah
makan usia kau cepat.”
“Ooooo
that burn my handsome face pride, love.”
“Payback’s
a bitch, love.”
Louis
ketawa. “Do tell, apa plan kau untuk ni malam?”
“Hm?
Let see, aku tak boleh beredar macam tu je sebab, you know, it’s my ball dan
kalau sesuatu terjadi aku kena ada tapi—heh, not to brag takda apa akan jadi
kalau aku yang bertugas tapi aku tak boleh yakin sangat. That’s bad trait.
Hmm…” Ivy memandang keatas buat-buat memikir. “In a few hours ada finale
Performance untuk membuka tahun baru Gracious Academy. Aku kena pastikan mereka
semua bersedia sebelum tu. Pretty busy to get away.”
“Mengapa
kau tak buka balcony dewan? Kan cantik menari dibawah bintang?”
“Too
cold. Kalau tak persembahan aku nanti tak jadi.” Ivy perasan wajah kecewa Louis
yang dia cuba sembunyikan. “Kenapa? Kau ada plan tersendiri?”
“Hm mungkin.”
“Oh
adakah Putera Bratsy nak curi spotlight aku ni malam? How typical of you.” usik
Ivy.
“Tak-tak,
kau termasuk dalam plan aku.” Balas Louis dengan nada yang sama. “dan perhatian
yang aku nak curi hanyalah kau.”
Ivy
cuba menahan perasaan yang cuba naik tertunjuk pada mukanya, tapi senyuman
nakal tetap terpapar. “Aku rasa aku tahu apa plan kau Putera Bratsy.”
“Oh
ya?”
“Hmhmm.”
Ivy mengangguk sekali dengan senyuman yang sama cuma, penuh… tersirat. “Biar
aku teka, ia ada kena mengena dengan tangan aku berada di bahu kau…” dua jari
naik di bahu Louis, berjalan dekat pada lehernya dan hanya berhenti disitu
untuk melihat apa riaksi Louis dan tekaannya tepat. “Dan… kedua tangan kau
berada di pinggang aku—” Ivy mengetap gigi menahan diri dari tergelak bila
Louis menariknya dekat. “Now-now princy, behave.
Kita depan public ni.”
“Jadi,
apakata kita pergi ke tempat yang lebih private?”
“Tak
boleh, ingat tak? Ini majlis aku.”
“Then
stop being a tease.” Mata Ivy
bercahaya tanda dia enggan. “You Devil.”
“Your Devil.”
Sumpah
kalau bukan kerana mereka didepan khalayak ramai, dah lama Louis balas ayat Ivy secara fizikal.
Tapi
tak boleh, dia kena kawal perasaan dia. bersabar. The temptation of this witch is overwhelming.
Irama
lagu okestra berubah menjadi lagu tradisi tarian Gracious dan mereka yang
menari terus bergerak ke dalam posisi mereka. Ada yang berhenti dan ada yang
menyertai tarian tersebut.
Kedua
tangan kiri Ivy dan Louis bersilang sementara tangan sebelah lagi berada di
belakang mereka.
“Kau
masukkan sekali tarian Gracious.”
“Dah
tentu, kalau tak Royal Faries akan bunuh aku.”
Dan
mereka semua mula menari mengikut rentak irama lagu okestra yang mendayu-dayu,
lembut dan merdu dengan hembusan seruling, pasangan tunduk sebelum tangan bersilang
dan ke posisi menari. Bila music naik rancak, mereka mula berputar bersama
pasangan mereka berputar didalam bulatan besar. Berhayun kekiri dan kekanan
sebelum si penari lelaki memutar pasangan wanita mereka dalam tangan dan mereka
bertukar pasangan.
“Tuanku.”
Putera
George menelan air liur kelat dan mengukir senyuman manis secara paksa. “Gretel.”
“Apa
khabar Cik Ivy.”
Ivy
tersenyum riang. “Putera Edward. Kita bertemu lagi.”
Putera
Edward ketawa. “Tak jangka kita akan bertemu sekali lagi dengan saya tolak kamu
menari dengan George dan cik Ivy, banyak cerita kita kena kongsi.”
“Oh
ya? Seperti apa?”
Mereka
saling bersentuh bahu dan berputar mengikut irama, berubah tempat ke seberang
bulatan tanpa bertembung dengan pasangan lain. “Saya tahu hubungan kamu dengan
Putera George—ah, jangan risau tentangnya. saya dah dapat segala penjelasan
dari George.”
“Dan…
kau marah? I mean, kitorang dah lama dan adik kau… dia dan Lou—George—
“So
kamu panggil George, Louis? Selama ni saya ingatkan kamu akan bunuh sesama
sendiri rupanya… saya dah salah faham akan renungan tajam korang bagi pada satu
sama lain.”
Ivy
naik merah dan menggeleng. “Kami tak bersama sehingga pertengahan tahun lalu,
Ia tak seperti mana kau fikirkan Edward.”
“Aku
boleh lihat. Kau sebagai Vicious, dia seorang Putera yang penting. Opposites do
attracts dan kau cuba mengelak dari perkara terburuk untuk terjadi tapi… bila
korang dah cintakan satu sama lain, tiada apa korang boleh buat.” Edward
mengangkatnya naik keudara sambil mereka berputar.
“C-Cinta?”
Ivy hampir hilang keseimbangan d tapi nasib baik Edward memegangnya dengan
kuat.
“Ya.
Adakah…. Aku salah?” Soal Edward, kening kanan ternaik sedikit.
“T-Tak-tak….
Tak.. ia Cuma, aku tak sebut pasal benda macam ni…”
“Adakah
George first love kau?” Melihat Ivy tertunduk segan membuat Edward tersenyum.
“Aku gembira.”
“Hah?”
Ivy mendongak semula tengok Edward. “Mengapa?”
“Let
just say, sebagai kawan yang telah lama berada disisinya… aku lihat dia memikul
beban yang berat untuk budak yang berumur 8 tahun. Setiap tahun malang menimpah
keatasnya, tanggungjawab diberikan padanya lagi dan lagi dan… dia boleh
memikulnya seorang diri.” Edward memutar Ivy, belakang ahli sihir tiu di
dadanya dan mereka berhayun ke kiri dan kekanan sebelum Edward dia keluar
dakapannya. “saya akhirnya tahu apa kekuatan sebenar George selama ni. atau
lebih tepat siapa.” Ivy kembali kedalam tangannya dan bulatan mereka berubah
bentuk V. mereka di hujung barisan. “Dan saya minta maaf, saya telah salah
faham tentang kamu.”
“Salah
faham? Maaf?” Ivy kembali memandang Edward setelah putarannya habis. “Apa yang
kau cakapkan ni?”
Edward
hanya tersenyum. “Sir Jack betul, Enchanted is in favour to you.”
“Apa?”
Ivy tidak dapat penjelasan dari Edward kerana dia bertukar pasangan lagi dan
kali ini dia bersama The Great Wizard Merlin. “Tuan!”
Pengetua
Gracious ini sama terkejut kerana jeritan terkejut Ivy dan tertawa. “Saya kagum
dengan pencapaian kamu ni malam Cik Ivy, Majlis ini kelihatan sangat…. Unique.
Sangat menarik dan pelajar Gracious sukakannya.” Wizard Merlin memutar Ivy
didalam tangannya sebelum berputar merentasi lantai menari mengikut rentak
tarian Gracious waltz.
“Siapa
tak sukakan sedikit… Vicious.” Ivy
mengenyit mata. “dan saya juga kagum Tuan masih
boleh menari. Bila tuan tiba? Saya tak dengar pun mengumuman Tuan.”
“Oh,
saya lebih suka datang dalam senyap. Lagipun ini malam kamu, saya taknak curi
segalanya dari kamu.”
Ivy
rasa sedikit segan dan juga terharu atas keprihatinan Mentornya. “Jangan cakap
Tuan dengar apa yang kitorang bualkan…”
“Kamu
berbual dengan siapa?”
“no
one!” Balas Ivy cepat dan bersilang tangan sekali lagi bersama Wizard Merlin
pula. “Saya tertanya apa yang saya akan belajar tahun ni dari tuan."
“Oh
tentang tu, kamu tidak lagi belajar dari saya.”
“Apa?
Mengapa?”
“Saya
ada beberapa urusan untuk diselesaikan dan saya takkan ada di Gracious—
“Bawa
saya sekali. Saya anak murid Tuan.”
“Malangnya
kamu masih pelajar Gracious dan kamu perlu Graduate Cik Ivy. Jangan risau, saya
telah panggil seorang ahli sihir yang ternama untuk tolong kamu dalam subjek
magic kamu.”
“Really?
Siapa?”
“Kamu
akan ketahui siapa dia bila kelas kamu bermula.”
Ivy
menebik, tidak suka menungggu namun mengetahui Wizard Merlin, pasti ahli sihir
tua tu takkan buka mulut walau macam manapun Ivy cuba. Nak tak nak dia kena
tunggu dan lihat.
Ivy
mengeluh, sekarang dia tak rasa seronok sangat nak mulakan tahun ketiganya di Gracious
Academy.
“Jangan
macam tu, saya pasti kamu akan ada cara untuk hiburkan hari-hari kamu nanti di
sini.”
“Tapi
saya dah jadi Apprientice Tuan. Prank is
not an option anymore.”
“Seriously?
Kamu tahu tak saya pada umur kamu saya kenakan kawan ahli sihir saya sehingga
kena halau oleh Master saya sendiri?”
“Tuan?
Kena halau?”
“Ya, I
was a daring young man that day… Tapi saya tak tahu mengapa perempuan tak
sukakan lelaki macam saya.”
“Mungkin
sebab Tuan pelik? Kekok dan tersangat cringy
at a time?”
“Cringy?”
“In a
good way. Jangan risau tuan.” Ivy menepuk bahu Mentornya dengan senyuman
terlalu manis sebelum dia menari ketengah-tengah bulatan bersama penari
perempuan, Ivy terus menjerit riang bila penari-penari perempuan itu ialah
kawan-kawannya. Melompat riang sambal memeluk sesama sendiri. Kalau bukan
kerana Gweneth dan Gretel ingatkan mereka yang mereka masih menari, pasti rosak
plan Ivy.
Mereka
menari didalam bulatan bunga, berbual kecil dalam nada membisik, memuji gaun
satu sama lain dan mengusik tanpa henti sehinggalah mereka kembali kepada
penari lelaki dan bertemu dengan pasangan baru mereka.
“Hello
again.” Louis dan Ivy sapa serentak dan ketawa.
Mereka
menari dan terus menari mengikut irama lagu dan rentak tarian, memutar pasangan
mereka didalam tangan, membawa mereka merentas lantai tari menari, mengangkat
mereka keudara dan saling bertukar tangan seperti mana tradisi tarian Gracious
Academy. Sehinggalah ia tamat dan mereka bertepuk tangan dengan gemuruh.
Pada
saat itu, Wizard Merlin tampil kehadapan, mengetuk kayu saktinya diatas lantai
marmar menarik perhatian seluruh pelajar didalam dewan tersebut. Mereka
terkejut melihat The Great Wizard Merlin hadir
pada majlis itu, pada musim seperti inilah Wizard Merlin sibuk dengan urusan
Enchanted. Adakah dia datang untuk melihat hasil kerja anak muridnya? Pasti dia
bangga melihat apa yang Ivy telah lakukan pada istana Gracious.
Pelayan
datang membawa setalam minuman dan berikan pada pelajar Gracious. Louis
mengambil dua gelas untuknya dan Ivy.
“Thanks.”
“no
prob.”
“Don’t
mind us.” Usik Gweneth yang berada di sebelah Ivy, mengambil minuman mereka
sendiri.
“My
Dearest student, welcome back to another year in Gracious Academy!” Wizard
Merlin menerima cawannya dan mengangkatnya ke udara. Pelajar Gracious bersorak
sambil bertepuk tangan. “And to the new student. We welcome you to our school
in hope all of you become those who shape our Land into a better future!”
Mereka
semua mengangkat cawan mereka keudara dan sahut ‘selamat datang’ kepada pelajar
baru.
“Setiap
tahun, Pembukaan majlis tidak pernah menghampakan saya. Pelajar Graciouse
sentiasa memberi persembahan terbaik yang mengagumkan kita semua dan tahun
ini….” Wizard Merlin mendongak melihat bumbung istana menunjuk langit malam
yang cerah. “Ini satu pencapaian ditahap yang lebih tinggi.”
Gretel
menyiku perut Ivy.
“Malam
ini suatu malam yang sangat indah dan kita berterima kasih pada Cik Ivy the
Devil untuk jadikan mala mini penuh
keajaiban.” Para pelajar bertepuk tangan gemuruh kepada Ivy the Devil yang
dipanggil untuk berdiri di sebelah The Great Wizard Merlin. “Ivy, Apprientice
saya, telah membuktikan dirinya bahawa kita tak patut menilai seseorang melalui
luarannya ataupun asal usulnya. Dia telah membuka mata kita bahawa dia bukanlah
siapa yang kita fikir. Dia ialah seorang individu, seorang yang mempunyai
kehidupan sendiri dan mencipta sejarah tentang dirinya sendiri. Malam ini, dia
telah buktikan pada seluruh Pelajar Enchanted keindahan yang dia telah cipta
dengan magicnya, ini suatu pencapaian yang paling besar Cik Ivy. Saya berbangga
pada kamu.”
Ivy
tersenyum terharu dan tunduk berterima kasih pada Mentornya.
“Pelajar
Gracious! Cik Ivy, the Devil.” Wizard Merlin mengucup belakang tangan Ivy.
“Show them your true heart my child.” Dan dia berikan segala perhatian pada Ivy
semula.
Pelajar
Gracious tertunggu-tunggu persembahan dari ahli sihir Vicious yang ternama ini.
Dan
mereka takkan tunggu lama.
Ivy
mengeluarkan kayu saktinya dari celah lengan melontar satu jampi ke bumbung
dewan. Awan malam dan bintang dilangit malam bergabung menjadi pusaran dan
turun dari langit, membentuk satu sangkar emas dan bintang-bintang tersebut
berada didalam. Lilin tersembunyi ditempat tinggi terbang diatas mereka
menerangi bilik itu dengan cahaya kuning yang menenangkan. Salah satu lilin
terapung rendah sebelah Charlotte dan dia menolak lilin itu semula ke udara
dengan senyuman girang.
Ivy
melontar jampi demi jampi ke udara, umpama bunga api meletup dan ia menari
disekeliling pelajar. Mereka ber’Oooo’ dan ‘Aaaa’ pada tanpa henti dan
tepersona akan gerlipan cahaya magic Ivy mengelilingi mereka.
Mulut
Ivy tidak henti berkumat-kamit membaca mantera, chandelier diatas kepala mereka
(sangkar emas) terbuka dan bintang-bintang itu turun menyertai pelajar
Gracious.
“Oh my
Gracious—mereka bukan bintang tapi—
“Pixie!”
sahut Charlotte, irridessa berdiri di jari telunjuk Charlotte dan mengucup pipi
puteri kecil itu sebelum terbang pergi.
Gelombang
demi gelombang cahaya bersinar datang dari Ivy, membuat para pelajar
tertunggu-tunggu apa yang akan ahli sihir ini akan buat sementara ahli sihir yang ada didalam bilik itu
dapat rasa tekanan kuasa magic Ivy
the Devil dari gelombang tersebut.
Bulu
roma Puteri Ezra meremang dari setiap gelombang mencapainya, ia bertambah kuat
dan ia tidak berhenti meningkat naik. Dia tertanya jika ini ialah kuasa sebenar
Ivy the Devil dengan adanya kayu sakti Apprientice didalam tangan Ivy.
Sementara
Wizard Merlin pula hanya perhatikan anak muridnya dengan berhati-hati. Dia
telah beri amaran pada Ivy untuk tidak memaksa diri menggunakan magic dengan
kayu sakti itu. Dia masih perlu banyak belajar untuk dia Berjaya menguasai kayu
sakti itu, memaksa diri hanya membahayakan kesihatannya. Setakat ni, Wizard
Merlin boleh bertenang kerana Ivy kelihatan stabil menggunakan magic sebegitu
banyak.
Tapi
mengapa? Hanya untuk satu persembahan kecil ini?
.
.
Dilorong
sempit lagi sunyi diantara dua bangunan, Diaval menyandar pada salah satu
dinding bangunan tersebut sedang menunggu seseorang yang dia pasti akan muncul.
Dia
memegang sekeping kertas yang telah disumpah, kertas yang mempunyai gambar hati
yang berdegup. Hati yang retak, yang
akan hancur pada bila-bila masa sahaja.
“Jack…
langkah yang silap untuk dedahkan kati kau.”
Diaval
menarik sengih. Dia medongak melihat wanita—Jill, berada dihadapannya. Wajahnya
kelihatan terkejut sebelum ia menggelap, rasa tertipu. “Jangan murung cik adik.
Aku datang untuk buat perjanjian dengna kau.”
Kening
tajam Jill naik sebelum senyumannya naik meleret secara tidak normal. “A contract
is my specialties.”
“Perfect.”
.
.
Pelajar
Gracious terpukau akan magic Ivy, pandangan mereka penuh dengan pixie dust
beterbangan dan ia terbang keluar melalui pintu balcony. Mereka mengejar kemana
pixie dust itu pergi dan lihat ia mula mencairkan salji yang menyelubungi
seluruh Academy. Bila ia tiba di hujung perkarangan Gracious, ia naik seumpama
ia menjadi dinding sehingga ia mencipta satu globe, berhenti di atas Gracious
dan jatuh umpama hujan diatas patung Wizard merlin.
Ivy
mula membaca manteranya dalam Bahasa latin, sebuah senyuman terukir pada
wajahnya dan menghayun kayu saktinya keudara.
Auger de gomay, auger de gomay,
Ancient one of the Earth so deep
Master of moon and sun
I shield you in my Wiccan way
Here in my circle round
Asking you: protect this space
And offer your sun force down!
Ancient one of the Earth so deep
Master of moon and sun
I shield you in my Wiccan way
Here in my circle round
Asking you: protect this space
And offer your sun force down!
.
.
Jill
berpaling kearah Gracious Academy, dapat merasakan satu magic yang sangat
berkuasa dan sangat… wicked dan kembali memandang Diaval. “Tak mungkin…”
“Apprientice
wand.” Diaval mengangguk. “Dia makin berkuasa dan kau takkan dapat kalahkan dia
kali ini.”
“Apa
rancangan kau?”
“Ever
heard, the enemy of your enemy is your friend?”
Senyuman
Jill naik dengan begitu jahil, serupa dengan Diaval. “You are a traitor.”
“Arent
we all.”
>X<
“Make her trust me.”
“Bring her to my side Diaval.”
“Return her to where she belongs. Bring her to
Vicious.”
“Yes… My Mistress.”
>X<
(A/N: I have this chapter for a week and lupa nak post... *cough* am sorry love sebab buat korang tertunggu, no worries I promise this weekend akan ada the next chapter huhuhuhu it almost done!)
Tidak adakah ini davial sebenar.. kenapa la buli dia tu...
ReplyDeletep/s : sakit mata dengan backgroud ini.. huhu
Ohohohohohoho Diaval is the servant of Maleficent.
DeleteAnd yes, angah plan nak tukar font and still cari color sesuai... ehehehe