Rose Princesses: He's not Lycant

Chapter 6

Ann berada di makmalnya seperti biasa selepas waktu sekolah membuat experiment baru.

“Alright! Nak buat apa yeah?” Ann tersenyum nakal apabila terfikir sesuatu yang sangat menyeronokan.

Tangannya terus mencapai bahan bahan yang dia perlukan dan di masukkan kedalam beaker. “…Setitk ini…. Secubit ini dan mix” Setelah dia kacau hingga sebati, dia depakan tangannya keluar tingkap bersama beaker tersebut. “Last ialah cahaya mentari yang indah akan melengkapkan formula aku!” Liquid yang ada di dalam beaker tersebut bertukar warna dari kuning ke hujau muda.

“Dah siap! Sekarang untuk di test.” Ann bergerak mendekati sebuah pasu bunga kecil yang tersedia di atas mejanya, dengan perlahan dia menuang Liquid tersebut ke dalam pasu. “Perlahan… setitik demi setitik….”

“SAYANG!!!” sepasang tangan muncul memeluk Ann dari belakang.

“AAAHHH!!!” beaker ditangannya terlepas jatuh ke dalam pasu membuat Bunga tersebut mekar dengan pantas dan layu dengan serta merta. “Teamin! Kau tengok apa dah jadi?” Ann memukul belakang Teamin dengan manja rasa kecewa kerana experimentnya gagal.

Teamin tersengih. “Sorry-sorry. Aku rindu dengan kau. Don’t you miss me?”

Muka Ann berubah menjadi merah malu dengan Teamin. Dia tertunduk malu dan mengangguk perlahan. “Kau pergi mana tadi lepas kelas kau habis?”

“Aku tengah ajar Mea dan Si Kembar dalam subjek history. Baguslah kau rindu aku..” Teamin memeluk Ann dengan muka blush. “Nak tahu sesuatu?” Soalnya berbisik.

“Apa?” OMG!!! Jantung aku berdegup kencang… dia takkan dengarkan? Kan? Desis hati Ann.

“semasa aku tahu kau Pink Rose, aku takut sangat sampai buat aku tak tidur malam.” Pelukannya dieratkan. “Aku berjanji, aku akan lindungi kau dari takdir kau. Aku takkan biarkan kau tinggalkan aku.”

Muka Ann tambah merah mendengar luahan Teamin. Budak sweet jumpa ayat sweet, tambah sweetlah jadinya budak pemalu ni. dapat dirasakan mukanya panas hingga ke telinga.

“Ann?” Teamin hairan kenapa tiada respon dari Ann dan memandang mukanya. Teamin tergelak. “Cutenya muka Gf aku.” Teamin memberi satu ciuman di pipi.

“Tea..” Ahh!! Dah 3 bulan couple pun masih cam ni lagi ke? Cool down Ann cool down!! “T.. Thanks.”

XOXOXOXOX

Mea sedang ber’humming gembira dalam proses menyiapkan baju terbarunya di bilik jahitan. Dia menjahit sulaman dengan teliti. Orang kata biar lambat asalkan selamat jadi, sulam slow-slow biar akhirnya nampak cantik.

“Nak sebulan kami tinggal kat sini, macam-macam dah berlaku di dalam dan luar istana.” Mea memandang kearah luar tingkap. Memandang pulau penjara Lycant. “sampai sekarang tiada siapa dapat lihat wajah sebenar Lycant. Dia di kurung time umur mereka 10, 11 tahun jadi… dah lebih 10 tahun dia dipenjara. Tapi, aku tak fahamlah. Kenapa dark energynya masih boleh berkeliaran walhal dia dah di penjara sepenuhnya?” 

Mea meletakkan kainnya ke tepi dan bergerak ke tingkap. “Ada yang tak kena. Pulau tu mempunyai udara beracun yang boleh membunuh siapa sahaja yang menghirupnya tapi… kenapa Lycant masih hidup? Mereka tak terfikir semua ni ke?” Mea terus menjauhkan diri dari tingkap apabila terfikir sesuatu yang sangat pelik. “Mungkin bayangan hitam tu bukan Lycant tapi…. Orang lain.”

Suasana dalam bilik itu terus berubah menjadi gelap. Mea memandang sekeliling rasa takut menguasai dirinya. “Alamak! Dia ambil kesempatan time aku cuai!”

Terdengar suara orang ketawa berdekah-dekah. “Tak sangka yang kau boleh pacahkan jampi aku.” lelaki berjubah hitam muncul dihadapan Mea dengan bangga walaupun wajahnya tidak kelihatan.

Mea selangkah kebelakang untuk berjaga-jaga. “Kau ke yang sebarkan Dark Energy tu? bukan susah nak bongkar teka teki ni. kacang putih.” Mea tersenyum sinis cuba berlagak kuat. Mana boleh tunjuk takut depan musuh kita.

“Aku melalaikan mereka semua supaya ingat yang Dark Power tu milik Lycant buat mereka terfikir yang aku tidak wujud. Senang sikit kerja aku nak cari mangsa untuk dibaham.” Kata lelaki itu dengan angkuhnya. 
“Aku ialah apprentice Lycant, Shadow. Selama ini aku tinggal dalam bayangannya, menolong Lycant dalam usahanya untuk mengambil Heart of Robella dan lepas itu mengawal satu dunia! Tetapi terima kasih kepada Permaisuri Rowena dan anaknya Alizabeth, usaha kami gagal dan dihumban ke pulau tak guna tu. Lycant mati dua tahun lalu kerana jantungnya tidak dapat tahan lagi racun udara pulau tersebut. Dengan tenaga terakhirnya, dia cuba mengeluarkan tangannya dari benteng magic itu, hanya untuk membebaskan aku.”

“jadi, selama dua tahun ni kau berada di dalam istana cuba untuk membongkar segala rahsia tentang Heart of Robella?”

Shadow mengangguk. “Aku hanya sebuah roh yang tidak boleh mendengar atau bercakap, tiada jasad untuk memegang atau menghancurkan. Jadi, aku masuk kedalam permikiran kamu untuk berkomunikasi dan mengawal kamu untuk mengetahui apa yang ada dalam otak kamu dan memusnahkan musuh aku.”

Mea menarik sengih. “Siapa dari istana ni kau dapat kuasai? Teamin? Key? Jonghyun?” Mea tergelak. “Satu pun tidak. Nampaknya kau memang lemah.”

Shadow lenyap didepan mata dan muncul berdiri dekat belakang. Mea segera berlari jauhi Shadow.

“Aku pernah rasuk si kecik molek Anntoinette. Memang seronok memanipulasikan fikirannya. Elizabeth hanya gunakan dia sebagai alat mainannya. Teamin bencikan dia. Kematian ibubapanya berpunca dari dia.” Shadow ketawa keseronokan. “Dia menangis sambil menghancurkan segala di depannya! Dia dah hilang waras sehingga orang yang dia sayang pun sanggup di lawan! Tapi…” Riak wajahnya berubah serta merta. “Suara Elizabeth timbul dalam fikirannya, mengacau semua rancangan aku! Walaupun dia sudah mati, dia tetap hadir dalam keadaan yang menyeronokkan!”

“Bermaksud, Eliza seorang yang penyayang sehingga dapat menghentikan kerja jahat kau.” Mea tersenyum sinis melihat muka marah Shadow.

Shadow membalas senyumannya. “Dia dapat membantu rakannya walaupun dia dah mampus tapi kau, masih bernyawa tapi tak dapat tolong kawan sendiri. Luna kau yang disayangi.”

Mea mengetap bibir. “Kau tau apa tentang aku dengan Luna? Aku yang paling memahami dia dari yang lain.” Mea cuba mengawal perasaannya yang mula marah. Sabar Mea, dia cuba lemahkan kau desis hatinya.

“Betul, dan aku puji dengan keprihatinan kau tapi, kau tahu ke yang kawan kau selalu menangis dengan memori lama menghantuinya? Kau tahu penyakitnya tapi kenapa kau tiada di sisinya? Kau sibuk dengan jejaka pujaan hati kau tu sehingga your precious girl mengalirkan mutiara mata setiap malam?”

“Mutiara mata?” Mea tersentak. “Cam mana kau tahu pasal penyakit Luna? Kau tak boleh mendengar kalau tidak dalam tubuh Lu…. Kau pernah rasuk dia?!” mukanya merah menahan marah.

“Aku suka lihat wajah kebencian.” Shadow tersenyum sinis. “ Ya, aku pernah rasuk dia. Tapi dia tahu aku siapa… itu memang mengejutkan sebab dia…..” Ayatnya terhenti apabila melihat aura disekelilingi Mea.

“Kau berani…. Kau memang nak mati!” Aura tersebut marak dari sebelumnya. Matanya berubah menjadi warna putih sepenuhnya bercahaya dengan terang. Cahaya berwarna putih mengelilingi Mea dan membentuk sekuntum bunga rose putih yang tertutp.

“Tak mungkin! Kau White Rose!!”

Bunga tersebut terbuka dan kelihatan Mea ditengah bunga tersebut dengan rambut berwarna putih. Cahaya putih Mea memecahkan ruang gelap tersebut.

Sebaik sahaja Mea membuka mata dia kembali di bilik jahitan. Melihat bayangan shadow dihadapannya.
Mea tersenyum manis sambil mendepakan tangannya kearah shadow yang hanya kellihatan hanya seperti satu bayang. Sekuntum bunga rose putih muncul ditangannya dan kelopak bunga tersebut gugur, terbang mengepung Shadow. “Aku takkan biarkan sesiapa sakiti Luna lagi.” Katanya dengan senyuman.

Shadow berteriak kesakitan apabila kelopak bunga itu menjadi tajam dan menghirisnya seperti bawang. Dia terus lari selamatkan diri sebelum dia mati di tangan Mea. “Aku akan balas!”

Mea hanya melihat Shadow bergerak pergi melalui celah pintu dan tidak lama kemudian pintu bilik tersebut dibuka oleh onew dengan shinee, Ann dan Si kembar mengekorinya dari belakang apabila terdengar suara seorang lelaki menjerit dari bilik jahitan.

“Mea?!” mereke semua terkejut melihat Mea mendapat awakening pertamanya tetapi dia ialah White Rose bukanlah Red.

Mea tersenyum manis. “Aku tahu apa yang korang fikirkan.” Dia tidak terkejut pun yang dia ialah White Rose.Dia kelihatan tenang bagaikan air sungai yang mengalir.

Si kembar memandang sesame sendiri. Ini bermaksud antara mereka berdua ialah ketua atau rose tidak wujud.

“Aku tahu ia mengejutkan kepada semua orang yang aku ialah White Rose tetapi aku tak menyesal atau takut sebab asalkan aku dapat lindungi dia, aku gem… bira.” Setelah berkata-kata, Mea berubah ke dirinya yang asal dengan kelopak rose mengelilinya.

Muka tenang Mea menjadi tegang sebaik sahaja berubah balik membuat yang lain hairan. Bukan main tenang bagai sungai mengalir tadi, sekarang muka tegang cam nak baham orang.

Ann tersenyum. White Rose seorang yang tenang rupanya desis hatinya dapat teka watak White Rose.

“Lycant dah mati dua tahun lalu. Dark power yang selalu mengacau kita ialah apprenticenya, Shadow yang selama ini bersembunyi di bayang-bayang Lycant.” Kata Mea dengan nada marah. “Aku tahu semua ni dari dia sendiri. Dia terlepas dari benteng pulau kerana Lycant membantunya dan dia kembali ke sini untuk membongkar rahsia Heart of Robella untuk menguasai dunia ini.”

Mereka semua terdiam. Tidak sangka yang mereka tidak perasan tentang hal ini dan baru tahu yang Lycant rupanya ada apprentice, Shadow.

Onew mendekati Mea dan mengusap kepalanya. “Tahniah. Kau memang hebat.”

Mea blushing dan segera memandang kearah lain. “Tentulah! Aku mesti jadi hebat kalau nak jadi pereka fesyen terkenal.” Mea menepis tangan Onew dan bergerak keluar dari bilik tersebut meninggalkan mereka semua. Setelah sepuluh meter jauh dari mereka, langkahnya bertukar menjadi lari menuju ke bilik Luna.

Bodoh! Kenapa kau tak cakap apa-apa bila kau kena rasuk! Luna kau bodoh! Kau memang bodoh! Desis hatinya menyumpah serana Luna.

Pintu bilik Luna dibuka dan kelihatan Luna di veranda bilik sedang melukis pemandangan senja. Biliknya bersepah dan diarinya terbuka luas, lembarannya di tiup angin yang datang dari verenda. Mea tersedar tentang Penyakit Luna dan segera mendekatinya dengan perlahan.

Dia menarik nafas dalam dan cuba untuk tersenyum. “Cantik lukisan kau, Luna.” sapa Mea dari belakang.
Luna tersenyum manis memandang Mea. “Thanks.” Dia menyambung menconteng canvasnya.

Mea berlutut disebelahnya dan memandang ke dada langit senja. “Sampai mana kau dapat ingat?”

“Hanya sampai hari pertama kita di sini. Minho ada beritahu tentang Kyoya dan Mr. D. Siapa Mr D tu?” soalnya sambil melakar.

Mea hanya tersenyum. “Dia kawan karib kau dari kecil. Mama kau dan Bonda dia kawan baik dan kamu sepatutnya akan bertunang tetapi terbatal apabila mama kau meninggal. Jadi, sampai sekarang korang dua tetap kawan baik. Like two peas in a pod gitu….”

Luna tertawa. “thanks. Aku dah ingat dah. Dia anak raja yang manja dan suka buat apa saja dia suka. Spoiled little prince.”

Mea mengangguk. “Baguslah kau ingat. Kata Mr. D kau tu, walaupun kau lupa tentang dia, kau kena ingat dia dulu sebelum benda lain. Putera raja yang manja lagi sakit hati. Setiap kali datang rumah tentu menyuru kami cam dayangnya di istana.”

“Ya, aku ingat itu.” Luna menahan gelaknya. “Kamu bertiga terpaksa bersabar dengan karenanya sebab aku minta tolong dari kamu. Selepas kejadian tu, kamu terus keluar rumah setiap kali dia datang. tapi, datang balik risaukan tentang aku bila tahu yang dia tu womanizer.”

Mea buat muka. “Dia memang menyakitkan hati. Kenapa dia boleh tahu kisah lalu kau tapi kami tidak boleh?” Mea memandang muka Luna dengan serius. Sudah lama dia ingin tanya tapi takut buat Luna marah.

Tangan Luna terhenti dari melakar. “Sebab….. Aku tak nak kisah lalu di ulang tayang lagi. Ia menyakitkan dan menyedihkan.” Luna meletakkan berus warnanya dan memandang tepat ke wajah Mea dengan senyuman. “Aku nampak kau jadi White Rose di bilik Jahitan dari sini. Nampaknya si kembar akan bergaduh untuk dapatkan gelaran Red Rose.”

Mea mengeluh kecil. “Sejak bila kau tahu tentang ni?”

“Sebelum kita datang ke sini lagi. Ingatkan buku yang datang setiap pagi tu?” Mea ngangguk. “Mejoriti buku tu berkaitan dengan Robella dan rahsia didalamnya. Aku tak tahu kenapa aku yang dapat sebelum kamu datang ke rumah aku.”

Mea terus tunduk kebawah terfikir tentang perkara tersebut. Mungkin Onew tahu pasal ni… tak, En Edward pasti tahu! Desis hatinya.

“Jangan kau fikir kau boleh tanya dorang tentang ni.” Luna meluku kepala Mea. “Aku nak kau rahsiakan benda ni dan biarkan aku yang siasat.”

Aduh! “Cam mana kau nak cari? Dengan buku?” Mea cuba meneka si ulat buku.

“Kan aku dah cakap, buku mengetahui segalanya.” Luna menjungkit kening. “Aku dah agak dah kau White Rose time aku tahu korang Rose princesses.”

Mea mencebik. “Tau sangat lahtu. Habis, antara Vee dan Fee. Siapa dapat Red Rose?” Mea melihat wajah Luna dengan serius, nak tahu juga apa jawapan Luna.

“Entahlah.” Luna menyambung melakar sebelum matahari terbenam. “yang aku tahu mereka tu seperti sebiji benih yang baru tumbuh dengan dua daun. Mereka dapat rasakan kelainan mereka dari orang yang lahir bersendirian. Mereka ingin tunjukkan kepada dunia tentang kewujudan mereka tapi pada masa yang sama mereka tidak mahu sesiapa masuk campur dalam hidup mereka. Walaupun mereka dapat perhatian yang mereka inginkan, ia bukan menjadi kesenangan hati tapi menyakitkan. Di pandangan mata orang lain, si kembar susah untuk dibezakan jadi di katakana the Musical twins supaya senang untuk ditemu rama.” Luna mengambil warna biru gelap dan melakar dengan kasar di canvas yang separuh siap. Mea hanya melihat tangan Luna yang kelihatan ganas menconteng hasil kerjanya sendiri.

“Mereka… rasa sangat sakit bagaikan anak panah menusuk kedalam hati apabila di kritik oleh orang ramai tentang perangai mereka yang selalu mengenakan dan menyakitkan hati orang lain. Mereka buat semua tu bukan kerana keangkuhan tapi itu cara mereka untuk luahkan perasaan mereka yang si kembar sebenarnya sakit.. sangat sakit kerana tidak dapat bezakan siapa Vee dan siapa Fee. Rasa takut jika ada orang ketiga dalam hidup mereka akan memisahkan mereka.” Tangan Luna semakin laju menconteng canvasnya. 
“Semasa aku nampak mereka membuat persembahan, muka mereka tersangatlah sedih sehingga aku sendiri terasa beban mereka lalui. Sebab itulah aku siasat cam mana nak bezakan mereka dengan ajak mereka ke rumah.” Tangannya mula perlahan dan tersenyum. “Rupanya… mereka memang menyakitkan hati secara semula jadi!! Tapi, sebenarnya mereka tidaklah sama seratus persen. Walaupun mereka sama, Fee dan Vee sangat berbeza.” Luna mencelup berusnya kedalam bekas air selapas selesai melakar. “Tentunya dalam akhir cerita, mereka tetap bersama walaupun mereka akan bertengkar nanti, kan?” Luna tersenyum yakin memandang Matahari terbenam meninggalkan bumi.

Mea kagum dengan masterpieace Luna yang amat mengagumkan. “Ini…. Vee dan Fee buat persembahan di taman rose!” Tak sangka pertamanya permandangan senja ditukar menjadi sepasang kembar bermain alat music mereka! memang genius desis hati Mea memuji kehebatan Luna.

Sementara Si kembar pula mendengar setiap kata Luna sejak dari mula Mea masuk ke bilik Luna di sebalik pintu bilik Luna. Fiona menangis kerana gembira yang Luna satu-satunya orang yang dapat memahami mereka manakala Viola hanya memeluk Fiona sambil memikirkan penyakit Luna yang semakin teruk dan Luna mengetahui rahsia mereka.

“Vee… kenapa Mea dapat buka hati Luna untuk bersuara? Kenapa kita tidak boleh?” Soal Fee seolah-olah berbisik dalam dakapan Viola.

Viola menggeleng. “Aku tak tahu Fee, aku tak tahu.” 

Comments

Popular Posts