Rose Princesses: New assignment
Chapter 4
Di salah satu bahagian taman istana dimana Onew sedang duduk
di tepi tasik buatan sambil melontar batu kearah tasik tersebut membuat batu
loncatan. Tiba-tiba, semak yang berdekatan bergerak sendirinya tetapi Onew
tidak menyedarinya.
“Yo Onew!” Eliza melompat keluar dari semak dan menyapa Onew
dari belakang.
Eliza berdengus apabila Onew memandangnya dengan wajah yang
langsung tidak terkejut. “Apa kes termenung jaaaauuuuh ni? Ingat makwe yeah?”
Eliza menjungkit kening tiga kali cuba lagi satu hela.
Onew tergelak dan menghembus nafas yang berat. “Lebih kurang
cam tulah tapi, ini LEBIH berat dari itu.”
Senyuman nakal Eliza bertukar menjadi senyuman menenangkan
apabila dapat tangkap masalah Onew. Dia segera mengambil tempat di sebelah
Onew, membuka kasutnya dan direndam ke dalam tasik. “Kes Jonghyun dengan Minho
kan?”
Onew mengangguk dan melontar lagi satu batu, membuat tiga
kali loncatan. “Entah apa yang buat mereka selalu bergaduh. Tak pasal-pasal
teamin jadi mangsa keadaan. Aku harap aku dapat baca fikiran dorang dua.”
“Patutlah…..” Eliza tersenyum sendiri.
Onew terus memandang Eliza.“Apa yang patut?”
“Teamin lahir dari permaisuri kedua dan Raja Alexander,
manakala Jonghyun pula tiada kaitan. Tentulah Jonghyun perlukan sokongan dari
adiknya untuk mempertahankan diri.” Eliza memberi teorinya. “Kau sebagai anak
pertama bertanggungjawab menjaga adik-adik kau supaya tiada pertelingkahan
berlaku, untuk mengelakkan Lycant merasuk diri mereka dan musnahkan sesame sendiri.
Cheh… cam pencerama pula.” Eliza tergelak. “Anyway, kau belum dapat kuasa
lagikan? So, fikirkan kuasa kau untuk kebaikan semua orang. Okay?”
Mereka tersentak apabila terdengar suara tangisan perempuan
datang dari belakang mereka dan segera berpaling kebelakang. Rupa-rupanya, Ann
sedang menangis kesakitan menarik gaunnya ke paras lutut kerana lututnya luka akibat
terjatuh mengejar Eliza dari istana ke taman melalui jalan hutan.
“El… Eliza, sakit… sakit Eliza….” dia cuba menahan
kesakitannya tetapi air matanya tetap mengalir.
Eliza menggeleng kepala. Dah dicakap jangan ikut, dia ikut
jugak. Kan dah kena desis hati Eliza. “Onew, aku kena bawa si Ann ni ke istana.
Kau fikirlah masak-masak untuk menyelesaikan masalah adik kau okay?”
Eliza menggenggam tangan Ann dan menjentik dahinya. “Nakal!
Kan aku dah kata tinggal dengan Teamin sekeeejap jak. Kau ikut apa hal?” mereka
berdua berjalan meninggalkan Onew seorang.
Setelah bayangan dua budak perempuan itu hilang, Onew terus
merebahkan badannya di atas rumput yang hijau lagi segar. “Cam mana nak buat
mereka bebaik?” Dia menarik nafas dalam. “Kalaulah aku tahu apa yang mereka
fikirkan sekarang ni, dah lama aku selesaikan masalah dorang.”
XOXOXOXOX
“VEE!!! FEE!!!”
Suara nyaring bergema di seluru istana dari bilik Luna
membuat semua penghuni didalamnya terbangun dari mimpi indah mereka.
Luna menyelongkar biliknya mencari diarinya yang mempunyai
kunci khas. Tiada siapa boleh membukanya kecuali Luna tetapi, dengan bantuan
Key. Mungkin mereka berjaya membukanya.
Pintu bilik Luna dibuka oleh Key sebaik sahaja mendengar
jeritan pagi Luna untuk kali ketiga. “Apa halnya lagi ni?”
Luna yang sibuk menyelongkar laci make upnya segera menarik
Key masuk kedalam biliknya, pintu dikunci untuk keselamatan. “Kau ada jumpa
kembar sengal tu?”
Key menggeleng. “Buat apa aku jumpa budak-budak kepala
senget tu? Plus, pagi buta lagi ni. Kau apa kes teriak lagi?”
Luna rebah, menyandar di pintu. Red elert! Red elert! Key
bukan mangsa bantuan mereka, jadi siapa? “Kau tahu tak siapa boleh buka kunci
diari selain kau?”
Key mengangkat bahu slamber. “Onew boleh baca code.
Jonghyun, Minho boleh hancurkan mangga.”
“Eeeep!” Luna segera membuka pintu biliknya dan bergegas
mencari orang yang pertama timbul dalam fikirannya yang kemungkinan besar si
kembar jumpa. OMG!! Kalau dorang tau rahsia aku, tentu koma lima hari lima
malam, berdarah telingaku tanpa henti-henti dengar mereka ketawa!
Luna melimpasi Jonghyun yang baru membuka pintu biliknya.
Terkejut melihat Luna berlari berkelajuan roket dengan jelingan kearahnya buat
seketika. “Woa…. Dia ada kuasa speed ke?”
Jonghyun tentu bukan, mesti Onew atau Minho. My Lord! Jangan
mamat sengal minho tu!!!!
Pintu dibuka dan kelihatan Minho dan Onew sedang berlatih di
bilik latihan demensi mereka seperti biasa. kedengaran bunyi Guntur dan petir
sambar menyambar dari tingkap kaca dari bilik system itu. Dengan
bersungguh-sungguh mereka berlawan antara sesame sendiri menguji kekuatan
masing-masing.
Luna memegang microfon dan menekan butang untuk berkomuikasi
dengan mereka. “STOP!!!!”
Suara nyaring Luna membuat mereka berhenti menyerang. Bilik
mereka yang kelihatan seperti dalam medan perang berubah menjadi bilik kecil
putih. Mereka memandang kearah tingkap kaca tersebut. “LUNA?!”
“Sorry ganggu.. tapi, korang jumpa Vee dengan Fee tak?”
soalnya cam nak menangis melalui microfon tersebut.
Onew dan Minho tertawa melihat wajah sedih Luna awal-awal
pagi. Ini masuk kali yang ketiga Luna kena oleh si kembar. Yang pertama, dibawa
ke taman istana dan biarkan dia sesat sehingga waktu senja. Yang kedua, di
paksa pilih course yang paling sesuai untuk mereka dan sekarang ini pula,
diarinya di curi.
Kelihatan asap berwarna pink masuk kedalam bilik latihan dan
tidak lama kemudian, Pintu dibuka oleh Ann yang sedang berlari membawa diari
Luna. “Lu! Ini kau punya kan?” sebaik sahaja memberi buku tersebut kepada Luna,
Ann segera bersembunyi di belakang Luna untu keselamatan.
“Ann!!” terdengar suara si kembar berlari mendekati bilik
tersebut. “Kau nak mamp…..” ayat mereka tergantung apabila melihat Luna berdiri
di dalam bilik tersebut seperti harimau menunggu mangsa masuk perangkap.
Mereka berdua membuat muka tidak bersalah dan mengangkat
tangan peace.
“Nak tunggu denda pagi ke?” Luna menjungkit kening. “kamu
dua masuk sini S.E.K.A.R.A.N.G!”
Tanpa sebarang bantahan, mereka mendekati Luna
perlahan-lahan.
Onew menarik sengih dan menyiku perut Minho. “Kau tengok
ni.” Onew keluar dari bilik latihan dan menarik seseorang masuk ke dalam bilik
system. “Kita ada satu lagi tetamu.” Kata Onew mengenyit mata kearah Mea.
Mea mencebik.
Stalker! Baca fikiran orang tanpa izin desis hatinya.
Luna bercekak pinggang. “Kau jugak Mea? Kamu tiga tak pernah
serik-serik lagi ke?” Luna menarik nafas dalam dan menghembus buat beberapa
kali cuba mengawal marah yang sedang panas membara dalam hatinya.
Ann yang melihat wajah Luna yang merah menahan marah. Apa
denda dorang kali ni yea? Confirm agi berat lagi! Desis hati Ann. Itu akibatnya
nak bersubahat dengan budak pemalu yang tidak suka buat hal. Luna tidak mungkin
akan syak sedikitpun mereka akan minta minta satu liquid yang boleh mencairkan
mangga diari dari Ann.
“Alright, denda kamu ialah cari bunga rose yang melambangkan
diri kamu! Bagi sebab yang munasabah dalam masa seminggu, faham?”
Mereka semua tergamam mendengar syarat Luna. Minho sendiri
terkejut, katanya nak sembunyikan tapi kenapa dia cakap cam tu?
Luna menjungkit kening melihat wajah mereka yang terkejut
beruk. “Woi, baru disuruh persamaan personality dengan bunga dah terngangah apa
hal?” Luna menarik sengih. “Ada sesuatu yang kamu sembunyikan dari aku ke?”
Mereka menggeleng dengan segera manakala minho menepuk dahi.
“Okay! kami akan cari warna bunga rose mana yang sesuai
dengan kami dan buat kau kagum hingga tak terkata!” Mea segera menarik tangan
si kembar lari keluar dari bilik tersebut takut nanti Luna tambah musykil
dengan mereka.
Onew menggaru kepalanya yang tidak gatal melihat telatah
Luna yang kelihatan puas hati. “Apa yang kau rancang ni?”
Luna tersenyum nakal. “Denda merekalah, apa lagi. Kamu boleh
bantu mereka kalau nak, tiada sesiapa nak mengaku perangai sendiri, Jadi...
pandai-pandailah kolrang tolong dorang tiga.”
Ann mengangguk setuju sedar sesuatu yang amat penting.
“Onew, Jom.” Ann menarik tangan Onew keluar meninggalkan Minho dan Luna di
dalam.
Minho meluku kepala Luna. “Apa kau buat ni bebal!”
“Siapa bebal? Sengal!” Luna menjelir lidah. “Aku buat ni
untuk kebaikan korang jugak. Lebih cepat mereka sedar, lebih senang nak latih
mereka.”
“Cam mana kalau dorang tahu yang kau tahu lebih dari
mereka?” Minho memeluk tubuh. “Tak lagi susah mereka nak awakening? Cam mana
kalau adik beradikku yang lain tau? Apa kau nak buat?”
Luna menarik sengih. “mereka dah tahu dah.” Luna menunding
kearah pintu masuk di mana tiada siapa ada berdiri di situ.
Minho bergerak ke pintu tersebut, terkejut melihat Ann dan
Onew menyandar di tepi pintu sedang mendengar pembicaraan mereka. “ka… kamu
dengar ke tadi?”
Onew mengangguk. “Yup, tak sangka tajam jugak minda kau
Luna.”
Luna mengeluarkan Kepalanya dan mengangkat jari peace. “Apa
gunanya buku kan?”
XOXOXOXOX
Mea berada di biliknya sedang menconteng sketch booktentang
watak rose merahnya.
Kenapa aku di pilih sebagai Red Rose? nak tanya Shinee,
tentu lain jadinya. Kalau Luna pula? Confirm angkat bahu minah satu tu. Mea
rebahkan badannya ke atas katil dan memandang ke siling. “Red Rose ialah ketua
kepada Rose princesses yang memimpin rakannya untuk mempertahankan Robella dari
jatuh ke tangan yang salah. Berat sangat tanggungjawab tu.” Mea berpusing
kekanan melihat suasana luar tingkap yang indah dipenuhi dengan bunga yang
berbagai jenis. “Sesuai ke orang cam aku ni jadi Red Rose? Kalau aku tak jadi
Red Rose, confirm budak dua tu berebut untuk gelaran ketua.” Mea bangun dari
katilnya dan berjalan keluar cuba memikirkan kenapa dia layak menjadi Red Rose.
Mea berjalan sambil mendengar lagu di earphonenya. Rasa nak
pecah otak ni nak fikirkan benda tu je. Awakening pertama memang susah sangat.
Entah kalau yang kedua atau yang terakhir, tentu lebih susah tahap gaban.
Langkahnya terhenti apabila dia melihat Luna sedang berjalan
dengan easel dan canvas bersai sederhana di tangan bersertakan colour paint
barunya. Kelihatan wajah riangnya ingin melukis pemandangan luar istana. Mea
mengekorinya dengan senyap, saja nak lihat apa yang si Luna buat time lapang
selain berkurung dalam bilik.
Luna meletakkan easelnya di bawah pokok cherry blossom dan
mula melukis pemandangan tepi tasik. Tangannya rancak melukis bagaikan tiada
hari esok.
Mea yang bertapuk didalam semak, tersenyum melihat
ketenangan wajah Luna. Kenapa aku nak sangat nampak riak wajah tu? Kenapa aku
nak sangat tolong Luna walaupun dia tak nak pertolongan? Apa yang buat aku
beria ia sangat nak tolong perempuan yang tidak perlukan pertolongan?
Sebab kau dapat
rasakan keresahan hati Luna walaupun dia cuba sembunyikan dngan senyumannya
kata Onew tiba-tiba muncul di tepi Mea, join in bertapuk.
Mea terkejut melihat Onew disebelahnya dan bercakap
dengannya melalui telepati. Sejak bila kau ada di sini?
Time kau mempersoalkan diri kau. Aku dengar semuanya, dan
aku dapat tahu yang kau dapat rasakan keresahan dan kesedihan Luna berbanding
Si kembar.
Mea menggeleng. Si kembar yang selalu buat Luna ketawa,
bukannya aku. aku tak pandai ambil hatinya seperti mana budak kembar tu.
Onew tersengih. Humble lahtu. Dengar sini, Si kembar nak
Luna tersenyum setiap masa manakala kau nak hilangkan kesedihannya. Jadi, kau
lebih lembut dan memahami Luna dari yang lain.
Mea menjungkit kening double jerk. “Aku? lembut dan
memahami? Buat dia happy pun aku tak pandai, ini pula memahami Luna?”
Onew mengusap kepala Mea. “Kau fikirkanlah baik-baik.
Mungkin kau akan dapat jawapan dalam assignment kau ni.”
Onew bangun dari semak tersebut dan berjalan pergi
meninggalkan Mea sendiri, berfikir tentang apa yang Onew katakan. Tanpa
disedari, mukanya rasa panas seperti orang kena heat stroke dan jantungnya
berdegup dengan pantas, sepantas jet roket.
Kenapa jantung ku ni? Takkan aku nak jatuh cinta dengan
orang yang boleh baca minda aku!! tak nak aku! nanti di fikirkan aku pervert,
atau budak senang fall desis hatinya risau.
XOXOXOXOX
Fiona berada di bilik music sedang melayan perasaan dengan
piano bertemakan lagu yang menggerunkan. Rasa marah bercampur sedikit kecewa
dengan Viola yang nak cari watak Rosenya sendiri. Tangannya semakin rancak menekan kunci-kunci piano.
Vee, kejam! Takkan cari sama-sama pun tak boleh?! Desis
hatinya. kedua Pipinya di kembungkan dan jari jemarinya mula di perlahankan.
“Mungkin….” Fiona menekan kunci itu sembarangan. “Tak mungkin! Tak mungkin!”
Pintu diketuk membuat Fiona tersenyum dan berpaling
kebelakang. “Vee!”
“Salah. Key di sini." Key duduk di satu kerusi dengan
Fiona dan tersenyum manis. “Kenapa main Piano ganas sangat? Kau tak kasihankan
kunci-kunci ni semua ke? Terseksa di tekan tanpa belas kasihan.”
Fiona berdengus. “Aku peduli apa. Aku akan main piano dengan
serius dengan Vee jak.” Fiona menekan kunci C. “Dari kecil, kami selalu bersama
dan buat sesuatu bersama-sama, makan, tidur dan mandi bersama sama! Dia
bagaikan nyawa ku yang kedua. Tanpa Vee, aku mungkin tak dapat hadapi hidup di
dunia luar.”
Oh… ini Fiona desis hati key yang tadi, tidak tahu siapa di
depan matanya. “Apa maksud kau tak dapat hadapi hidup di dunia luar?” Key
menekan kekunci piano memainkan lagu yang menenangkan.
Fiona join in bermain lagu yang Key. Mengubah lagu duet
menjadi lagu piano four arms. “yelah, Vee selalu buat benda yang luar jangkaan.
Sebagai contoh, kami sepatutnya hanya berlajar di rumah untuk mengelakkan diri
kami bergaul dengan orang yang tiada darjat. Tetapi, Vee buat keputusan nak
masuk sekolah elit seni untuk mengalahkan mereka dalam pertandingan Piano dan
Violin.” Fiona tergelak kecil. “Kami kalahkan mereka semua sebaik saja kami
masuk sekolah tu. sehingga di panggil the musical twins dan itu membuat kami
sakit hati. Mereka tidak boleh bezakan kami berdua walaupun kami bermain alat
music yang berbeza.”
Key mengangguk dan tangan mereka secara automaticnya bermain
lagu yang lebih rancak. “Kamu mesti bertukar tempat untuk menguji mereka kan?
Nampak sangat kamu taknak bergaul dengan orang lain selain diri kamu sendiri.”
Fiona mencebik. “Nak kena sepak ke?”
Key menggeleng. “Okay. I’m sorry.”
Mereka berdua bermain dengan rancak tanpa buat sebarang
masalah pun. Irama dari dua orang yang berbeza telah menjadi satu menjadikan
lagu baru yang mengayat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.
“Eh? Four arms piano?” tangan Luna yang kusyuk menconteng
terhenti apabila terdengar lagu yang merdu dari dua pasang tangan. Luna
berputar kebelakang memandang tingkap aras dua dimana alunan music yang merdu
datang. “Wah… Prince mana dapat buka hati Fiona tu yea?” Luna tersenyum
mendengar lagu yang dimainkan oleh mereka.
XOXOXOXOX
Viola pula berada di
taman bunga sedang membuat penyelidikan tentang dua bunga rose yang ada di
taman tersebut. Dia memuncung dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Kenapa
rose biru tiada ye?” Viola memetik bunga Rose Merah dan menghidunya. “wanginya.
Kalau aku jadi ketua, apa jadi dengan Fee? Dia tentu jadi White Rose tapi,
takkan Mea ambil Blue Ros? Bunga yang tidak wujud.” Viola duduk di atas rumput
cuba memikirkan rose mana yang sama dengan wataknya. “Mak oi!! Susahnya! Luna….
tolong aku cari bunga yang sesuai dengan aku!!!” Viola mula merungut memukul
tanah melepaskan geram.
Jonghyun yang sedang berjalan menghirup udara segar di taman
tersebut terserempak dengan Viola yang merungut. “Hoi, takkan cari watak
sendiri pun susah?”
Viola mendongak melihat wajah Jonghyun yang salute slamber
kearahnya. “kau pula? Senang sangat ke kau nak cari power kau?”
Jonghyun menjungkit kening dan duduk di sebelah Viola. “Tak
juga. Aku dapat kuasa aku dengan bantuan
Eliza. Dia yang buat aku sedar tentang sesuatu yang aku buta.”
Viola mengangkat bahu tidak kisah dengan kisah perempuan
bernama Eliza. “Cam mana kau boleh dapat power punch?”
“Aku tiada pertalian darah dengan Raja Alexander. Jadi aku
rasa tersisi setiap kali ada majlis berkeluarga. Aku selalu bergaduh dengan
Minho tentang benda ni kerana dia selalu memperlekehkan ayah kandungku.”
Dahi Viola berkerut. “Jadi kenapa kau rapat dengan minho
sekarang?”
“Sebab Elizalah. Dia membuka mataku menunjukkan yang minho
sebenarnya seorang yang suka cakap lepas. Selepas kami bergaduh, Minho selalu
buat hadiah perdamaian dengan aku tetapi aku selalu membuangnya tanpa
memikirkan siapa punya hadiah yang selalu di meja belajarku. Patutlah dia marah
setiap kali kami jumpa. Thank’s to Onew juga kami berdamai. Aku dapat power
punch semasa adik-beradik aku dalam bahaya dan kuasa aku timbul dalam saat-saat
genting berlawan dengan Lycant.”
Viola mengerdip mata beberapa kali, terkejut mendengar
Jonghyun pernah berhadapan dengan musuh Negara. “Hebat! Kau memang kuat!!
Cayalah!”
Mereka berdua secara automaticnya ber’high five. Viola terus
menarik tangannya ke belakang, mukanya blushing malu tetiba entah kenapa.
Jonghyun juga begitu. “Ehem… kau nak tahu cam mana nak dapat
kuasa dan watak rose tu?”
Viola mengangguk perlahan, dia tidak memandang Jonghyun
sebab dia dapat rasakan mukanya panas.
Jonghyun rebahkan badannya diatas rumput, memandang kearah
dada langit. “Kenali diri kau sendiri, tujuan kuasa kau untuk apa dan ia kena
datang dari hati.”
Viola memandang wajah Jonghyun yang tersenyum memandang
langit membiru membuat jantungnya berdegup kencang. Dia juga mendongak kelangit
dan memikirkan kata-kata Jonghyun. Aku siapa? Untuk apa? Cam mana aku tahu ia
datang dari hati?
Terasa cam baca cartun sailormoon je.. peace memang terbaikla.. baru ja jumpa blogsopt ni.. 200% best
ReplyDelete