Rose Princesses: What Lies Beyond the Darkness
Chapter 3
“Eliza! Eliza dah datang!” Jerit Teamin memberi tahu semua
orang di dalam istana tetapi, tiada siapa yang dengar suara kecilnya. Dia rasa
sedikit kecewa tetapi diteruskan langkahnya ke bilik belajar mereka dimana Onew
selalunya berada. Seperti yang di jangka, Onew yang kusyuk belajar di meja
belajarnya dengan beberapa naskah buku yang tersusun rapi di hujung penjuru
mejanya.
“Kenapa Teamin?” Soal Onew apabila mendengar pintu dibuka
dan kelihatan tubuh kecil teamin masuk tercugap-cugap.
“El… Eliza dah datang!!”
Onew tertawa melihat riak wajah adiknya yang selalu active
dalam apa jua keadaan. “Okay. Jom kita beritahu yang lain dan bagi big
surprise, okay?”
“Betul? Big, BIG cake surprise!” Teamin mengangguk setuju
dan segera menarik tangan Onew keluar dari bilik belajar.
XOXOXOXOX
Luna berada dalam bilik bacaan mini sedang menyiapkan
essigmentnya sementara menunggu rakannya dari ‘bertugas’ dengan En. Edward di
luar istana. Mindanya masih lagi bermain tentang kejadian semalam.
“kamu bertigalah dah lama kami cari selama ni. Ia sudah menjadi takdir
kamu untuk menjadi Rose princesses.”
Ayat tersebut bermain dimindanya berulang ulang kali
membuatkan dia tidak focus dengan kerjanya. Pen di letak dan memandang
sekeliling. “Mereka memang prihatin. Tak nak aku lupakan mereka di dunia
manusia.” Luna bangun dari meja kerja tersebut dan bergerak ke tepi tingkap
memandang pemandangan luar. Mindanya penuh dengan persoalan sekarang. tidak
tahu kenapa dia boleh stuck di dalam dimensi lain bersama rakannya. “Kenapa aku
kena tahu terlebih dahulu tentang Rose princesses ni? Kenapa buku-buku yang dihantar
kerumahku kebanyakannya berkaitan dengan dunia ni? Siapa lelaki yang menghantar
aku ke dunia ni?” Dia terfikir balik tentang lelaki yang bertanggungjawab atas
kehadirannya ke dimensi tersebut. “walau siapapun lelaki tu, dia tahu sesuatu
yang mereka di dalam istana ni sendiri tidak tahu. Soalannya, macam mana nak
jumpa dia?”
Luna memandang kekiri dan kekanan luar tingkap dan
tersenyum. “tapi, baik aku sneak out dulu sebelum busted.”
Luna terus melompat keluar tingkap dan landing di dahan
pokok yang berdekatan dengan tingkap tersebut. Dengan perlahan dia turun
kebawah pokok tersebut dan bertapuk didalam semak melihat sekeliling jika ada
sesiapa berdekatan. “Tak guna korang, sanggup penjarakan aku cam banduan dalam
istana, larang aku keluar dari sini? aku pun nak nampak cam mana dunia
dimensi lain.” Dia keluar dari tempat persembunyiannya dan bergerak perlahan
mencari jalan keluar dari laman istana tanpa dilihat oleh orang lain.
Dia bersandar di tepi dinding bangunan istana itu
menyembunyikan diri apabila mendengar tapak kaki berjalan berdekatan sehingga
tapak kaki tersebut hilang. Luna tersenyum dan teruskan berjalan. “Nasib baik
tak…”
“KANTOI!!” Minho segera mengangkat Luna kebahunya dan
membawa dia balik kedalam istana.
“Lepaskan aku! turunkan aku!!!” Luna memukul-mukul belakang
Minho. “Mamat sengal culik aku!!! tolong!”
Minho memukul punggung Luna. “Diam! Nak aku humban kau dalam
black hole ke?”
“Pervert!” Luna terus menutup punggungnya malu. “Cam mana
kau boleh jumpa aku hah?!”
“Aku dengar nafas
berat kau. Dari situ, aku tahu kau nak lari keluar lagi.” Minho mengeluh.
“Kenapalah aku kena jaga budak sewel cam kau ni? Kalau bukan sebab kawan kau,
dah lama aku biarkan kau pergi.”
Minho menurunkan Luna kebawah dan memandangnya dengan
serius. “Kalau kau susahkan aku lagi, tak teragak-agak aku ikat kau dengan
rantai besi dalam bilik kau.” Minho menutup pintu Luna meninggalkan dia
bersendirian.
Luna tersentak mendengar pintu tertutup kasar dan segera
mengetuk pintu tersebut dengan kuat. “Buka! Tolong buka!!” matanya mula berkaca
takut dirinya terkunci. “BUKA PINTU NI!!”
“Kenapa?” Minho membuka pintu tersebut balik apabila
mendengar Luna berteriak. Luna terus memeluk Minho dengan erat sambil menangis.
Tak kau terkejut Luna memeluknya tiba-tiba sambil menangis.
Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang dalam pelukan Luna “W… Woi, kau kenapa
tiba-tiba menangis? Kau dah giler ke?”
Luna tersedar dari lamunannya dan terus menolak Minho,
mengelap air matanya. “Sorry…” Luna memandang Minho dengan sisa tangisannya.
“Aku tak suka bila orang buat cam tu sama aku.”
“Kenapa?”
Luna menggeleng. “Aku takkan ganggu kau lagi jadi jangan
risau.” Luna menutup pintu tersebut dan menguncinya.
Minho hanya berdiri dihadapan pintu Luna, keliru. “Dia
kenapa? Apa maksudnya tidak suka bila orang buat cam tu kat dia?” Minho terus
meninggalkan Luna dengan mindanya penuh dengan persoalan.
XOXOXOX
Mea dan Si Kembar
berada di dalam bilik menunggu bersama Shinee. Viola dan Fiona sedang
membelek-belek fail mereka yang telah disediakan oleh En Edward untuk mereka
masuk kampus yang sama dengan shinee.
“Betul ke mereka takkan tahu yang fail ni… palsu?” Soal Vee
seolah-olah berbisik di bahagian ‘palsu’.
Jonghyun tersenyum. “Tentulah tak. Edward takkan hampa kan
orang, dia mesti buat yang terbaik!”
Fiona membaca failnya dengan teliti mana tahu nanti kena
tanya pasal diri palsunya. Tak kau kantoi nanti walaupun dah tertera dalam tu.
“Kuasa belum diketahui? Napa tak letak je
kuasa aku cam wonderwomen kah, halkgirl… ini kosong, takda, powerless.”
Fiona memandang Teamin yang sedang rancak berborak dengan abangnya Onew. “Hoi
Teamin, kau muda setahun dari kami kan? Kenapa kau boleh masuk kolej awal
setahun?”
Teamin tersenyum bangga. “Sebab aku pandai. Sebab tu aku
dapat tawaran masuk kat sini sekali dengan abang-abang aku.”
Key mengusap kepala teamin. “Aku yang ajar dia supaya dia
satu year dengan kami. Dia tak boleh ditinggalkan sendiri di sekolah dengan
Dark power Lycant berada di mana-mana.”
Fiona menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Aku tak fahamlah,
kenapa orang tua Lycant tu nak sangat kerajaan Robella ni? Kalau dia jadi
pemerintah pun, tetap ada orang akan cuba mengambil balik keamanan dunia ni dan
Apa maksudnya Robella is the Heart of the world?”
“Tiada siapa yang tahu maksudnya. Kami ingatkan Robella
mempunyai pengaruh yang kuat dalam semua Negara dan itu betuk tapi Queen Rowena
kata itu bukan sebabnya.” Onew menggeleng kepala.
“Jadi, apa sebabnya?” Soal Mea selepas mendengar keterangan
Onew. “ dan.. siapa Queen Rowena? Mama kamu ke?”
Teamin menjungkit kening tiga kali. “bekas bakal ibu mertua
Minho. Dia tahu segala-galanya tentang sejarah Robella kerana dia dari
keturunan diraja Robella. Jadi, dia dikira keluarga jaaaaauuuhhh!”
“Gitu yea. Tapi, kenapa bukan dia jadi permaisuri di
Robella? Kenapa Raja Alexander yang naik takhta?” Viola mula tertarik dengan cerita
mereka.
Mereka mengangkat bahu tidak tahu. “Dia sendiri menolak
tawaran tersebut tetapi dia tak mahu Eliza berjauhan dari Robella jadi mereka
membuat persetujuan untuk nikahkan Eliza dengan Minho. Itu je yang kami tahu.”
Kata Jonghyun.
“nak katakana dia gila kuasa tak juga. Baik dia ambil takhta
dan jadikan Eliza permaisuri seterusnya. Tapi entah kenapa dia buat keputusan
cam tu.” sambung Teamin.
“Eliza ni sapa pula? Minho pernah bertunang? mamat sombong
tu?” Mea tidak percaya apa yang dia dengar. Mesti sensarak minah nama Eliza ni
ditakdirkan dengan Minho yang sombong. Terpaksalah dia melayan kerenanya desis
hati Mea.
Onew menggeleng mendengar isi hati Mea. “Eliza sepupu Ann.
Minho dan Eliza cam anjing dan kucing. Dorang selalu bergaduh setiap kali
jumpa. Sepatutnya, Raja Alexander nak kahwinkan Eliza dengan Teamin atau Key
sebab Eliza seorang yang kuat makan sweet things dan ulat buku. Tapi,
Permaisuri Rowena nak dengan Minho supaya tiada ‘kemalangan’ akan berlaku.
Plus, Eliza hampir sama dengan kawan kamu tu si Luna Cuma attitude je lain
sikit.” Onew mengeluh selepas menyebut kemalangan. “Malangnya, kemalangan
memang dah berlaku. Permaisuri Rowena dan Eliza telah ditemui mati didalam sebuah
hutan yang bergelar Vetitum Silva. Mayat mereka hangus terbakar hanya tinggal
debu yang mengesahkan itu mereka.”
Riak wajah Fiona berubah menjadi sedih mendengar berita
tersebut.
“Kenapa Fee?” Soal Vee perasan yang adiknya bersedih.
“Patutlah Minho tak suka perempuan dekat dengannya. Dia
mungkin mula suka dengan Eliza tetapi tidak kesampaian apabila dengar tragedy
ni kan?”
Jonghyun mengangguk. “Betul. Tapi, sebab dia benci perempuan
juga sebab Permaisuri Rowena kata yang Eliza takkan menimpa sebarang kemalangan
jika dia bersama minho samaada jauh atau tidak tapi….”
“Eliza tetapi mati walaupun dia bersama Minho. Itu sebab
Minho tidak percayakan perempuan sebab Permaisuri Rowena tipu.” Viola cuba
meneka keadaan.
Mereka berempat mengangguk setuju dengan teori Viola. Sejak
dari itu, Minho tidak ingin mempercayai perempuan atau terlibat dengan mereka.
Dia nak simpan perasaannya hanya untuk Eliza yang di anggap lain dari perempuan
yang lain. Dia menganggap perempuan selain Eliza semuanya pembohong dan tidak boleh
dipercayai kerana hanya inginkan dia kerana pangkat dirajanya.
“Meako, Viola dan
Fiona. Sila masuk sekarang.” terdengar suara bergema di bilik tersebut dari
speaker di penjuru bilik dan mereka terus masuk kedalam pejabat pengetua untuk
ditemu ramah.
“Well, wish us luck.” Mea menunjukkan thumbs up dan
mengenyit mata kepada mereka sebelum masuk bilik pengetua.
“Good luck.”
XOXOXOXOX
Pintu bilik perpustakaan mini diketuk oleh Minho dengan
dessert perisa coklat ditangannya. Rasa bersalah selepas membuat dia menangis
walaupun dia tidak tahu apa yang dia dah buat. semasa dia ingin hantar makanan
tersebut ke biliknya, Luna tiada di dalam dan Minho terfikir yang Luna mungkin
berada di library balik.
“Masuk.” Terdengar suara Luna dari dalam bilik membuat Minho
tersenyum.
Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya beberapa
kali. Harap ini berhasil desis hatinya. Minho memulas tombol pintu dan melihat
Luna sedang tekun membaca buku. “busy?”
Luna mengalihkan pandangan kearah Minho dan tersenyum. “Not
really. Napa?” Luna memandang dulang yang berada di tangan kiri Minho bersama
dengan dua chocolate icecream bersama dengan jus minuman segar dan tersenyum
sinis. “Nak apoligise yea?” Luna menjungkit kening. “Tak sangka orang sombong
cam kau ni pun pandai minta maaf kan?”
Sengal punya minah, patut aku biarkan dia menangis tadi
desis hatinya. “Kau nak ke tak nak?”
Luna tertawa melihat wajah Minho yang blush. “Apology
eccepted. Bak sini.” Luna mengambil dulang tersebut dari tangan Minho dan
hidangkan diatas coffee table kaca tersebut. “Pandai rupanya kau ambil hati
perempuan. Nasib baik aku ni bukan jenis pendendam kalau tak, dah lama aku
karate kau.” Luna mengambil satu suap dari Icecream tersebut
Minho duduk bertentangan dengan Luna dan mengambil
chocolatenya. “Pemaaf? Kau yang nasib baik yang aku buatkan icecream ni untuk
kau.”
Luna mengerdip mata beberapa kali dengan sudu kecil di
mulut. “Betul? kau yang buat? Sedapnya!! Kau tahu dari mana favourite aku
chocolate? Dari mea atau si kembar kan? Lain kali ajar aku buat cam ni.” Luna
mengambil lagi sesuap icecream dengan gembira. “Aku bagi 6/10 untuk ini.”
Minho terkejut mendengar yang Luna suka chocolate. Lama
semakin lama, dia ketahui yang Minat Luna sama seperti Eliza. “K… Kau bagi aku
enam je? Agakla wei, ini first time aku bagi orang rasa resepi aku tau.”
“Really? Jadi, aku orang pertama rasa ni?” Luna tertawa.
“Kau buat untuk diri sendiri je ke? Kedekut betullah kau ni!” Luna membuka buku
yang dia baca dan menyambungnya. “anyway, aku happy aku jadi orang pertama
rasa. Jadi aku naik satu markah. Lain kali buat lagi yang buat aku surprise
giler okay?”
Susah betul budak ni…. Kau lagi kedekut. bagi tujuh je?
Memang sakit hati budk ni! desis hatinya. Minho membaca judul yang Luna baca
dan segera mengambilnya. “Kau tak boleh baca ni!”
Luna menarik sengih. “Kenapa? Takut rahsia mereka sebagai
rose princesses terbongkar? Atau takut yang aku akan pulang ke dunia manusia
sebab benda yang tidak logic akal?”
“Cam mana kau tah…..”
“Dari hari pertama kami berada di istana ni. Aku dengar
semua perbualan korang dari awal hingga akhir. Tentulah aku kena rahsiakan
benda ni supaya mereka boleh lindungi aku tanpa rasa ragu-ragu.”
“Kau dah tahu benda ni merbahaya jadi, kenapa kau nak
tinggal?” Minho rasa tidak puas hati dengan Luna. “Kau nak mempergunakan mereka
ke? Supaya kau dapat perhatian?”
Luna berdengus. “Hey, itu bukan tujuan sebenar aku okay. Aku
memang nak balik ke dunia aku tapi dorang nak sangat aku tinggal jadi mangsa di
sini apabila Lycant tu tahu yang aku ni manusia biasa. Aku buat ni bukan sebab
nak cari perhatian tapi untuk memastikan yang mereka tidak akan bergaduh untuk
mendapatkan watak rose princesses jak.”
Minho tidak faham maksud Luna. “Edward dah selidik sebaik
mungkin tentang mereka dan pastinya, Mea sebagai ketua, Viola dan Fiona Rose
Biru dan Putih. Kenapa kau nak pastikan pula?”
“Ini untuk langkah berjaga-jaga. Setiap teori orang tidak
semua yang betul. boleh terangkan kenapa aku kat sini? kalau bukan kamu yang
bawa aku ke sini?”
Minho menggeleng. “Manalah aku tahu. Mungkin kau terbaca
mantera untuk mambuka portal ke sini kea tau terserempak dengan mereka time
mereka diambil kesini dan mengejarnya.”
Luna mengegeleng menafikan semuanya. “Salah. Aku datang ke
sini disebabkan seorang lelaki yang datang kerumahku dan membuat aku pitam
sebaik saja aku bangun… TADA!!! Dah ada di Robella.”
Dahi Minho berkerut. “Lelaki? Cam mana mukanya?”
“Entah. Manalah aku tahu sebab angin kuat sangat sampai
susah nak buka mata.” Luna berfikir balik tertang kejadian tersebut. “Dia
datang dengan dramatiknya. Harap dia bukan magician giler atau stalker.”
“Sure sangat nampak?”
“Of course sebab di….” Ayat Luna terhenti apabila teringat
tentang buku-buku yang selalu dihantar ke rumahnya harus dirahsiakan. Dia ingin
selidik kenapa dia yang dapat buku tu. kenapa dia terpaksa join sekali ke
Robella dengan cara yang berbeza dan siapa lelaki yang bertanggungjawab bawa
dia ke tempat itu. Kenapa dia harus tahu semuanya terlebih dahulu sebelum kawan
kawannya?
“Sebab?” Minho menyoal apabila ayat Luna tergantung. “Hoi!
Sebab apa?”
Luna tersentak dari lamunannya. “Se.. sebab…. Ah! sebab aku
anak orang yang paling kaya dan terkenal di dunia manusia sebab keluarga ku
mempunyai syarikat terbesar di dunia tu. Tentulah dia stalk di mana aku tinggal
dan han tar aku ke dunia ini kerana cemburu dengan statusku. Hantar aku ke sini
supaya tiada orang jumpa aku.”
Minho menarik sengih. Berlagak minah satu ni desis hatinya.
Minho bangun dari tempat duduknya dan melangkah keluar. “Take care. Dah sampai
masa untuk aku ke kampus. Jangan bersendirian dan selalu bersama maid atau
butler dengan kau.” Minho ingin menutup pintu tetapi niatnya terbatal dan
meninggalkan pintu tersebut ternganga luas.
Hyomin hanya melihat Minho meninggalkannya dengan pintu
terbuka dan tersenyum. “Sengal mamat ni. Trep cool macho, cakap tak suka
perempuan tapi perihatin juga.” Luna menghabiskan sudu terakhir icecreamnya dan
menutup pintu tersebut. “Aku tak perlukan teman. Aku boleh handle diri sendiri
dari dulu lagi. Kalau bersendirian cam ni dah biasa dah.” Dia berjalan semula
ke meja kerja dan menyambung essigmentnya.
XOXOXOXOX
Shinee dan Si kembar
sedang mengekori Shine keluar dari bangunan Pengetua dan menuju ke Bangunan
akademik. Banyak mata memandang kearah mereka bertiga terutamanya perempuan. Matanya
yang dengki, cemburu, tidak puas hati dengan mereka.
Mea menarik sleeve Onew rasa takut dengan renungan para
wanita yang mempunyai kuasa. “Dorang kenapa nampak sini?” soalnya seolah-olah
berbisik.
“Sebab kami kan putera raja di Robella jadi, tak hairanlah
mereka memandang ke sini.” Jawabnya juga seolah-olah berbisik. “Mereka cemburu
kerana kamu bertiga Dakar dengan kami. So, be careful.”
Remang bulu roma Mea mendengar ayat terakhir Onew. Nampaknya
sejarah berulang lagi desis hatinya risau.
Manakala, Viola dan Fiona tidak kisah dengan renungan
perempuan itu. Maklumlah berlagak gitu. Kena keep cool untuk tunjukkan mereka
juga kuat seperti shinee. Mencoverlah tu.
“Vee, kau rasa kejadian ni pernah berlaku ke?” Soal Fiona
dengan nada tenang.
Viola mengangguk. “Sama seperti dulu. Apabila kita dekat
dengan She-Devil.” Mereka berdua tertawa mengingat kembali kisah lama semasa
berjalan seiringan dengan Luna buat kali pertama. Banyak mata memandang rasa
takut dengan mereka bertiga. She-Devil bergabung dengan the Evil Twin, tentu
menggerunkan kepada siapa sahaja.
Teamin ternampak Minho sedang berjalan kearah mereka dan
melambai. Minho melambai balik dan lajukan langkahnya berjalan seiringan
bersama mereka.
“Kau dah pastikan perempuan tu tidak keseorangan?” Soal
Jonghyun sebaik sahaja Minho tiba.
“Aku dah bagi tahu dia. Jadi jangan risau.”
“baguslah. Harap dia tidak akan apa-apa buat sementara waktu
sehingga Ann tiba di istana.”
Viola terdengar pembicaraan mereka dan segera menyampuk.
“Apa maksud kamu, Luna tidak boleh keseorangan?”
Fiona memandang kakaknya apabile mendengar persoalan Viola.
“Kenapa?”
Key yang dari tadi membaca terus menutup bukunya. “ingat tak
tentang Dark Energy yang kami ceritakan minggu lalu?” Mereka bertiga
mengangguk. “Ia akan merayap ke mana sahaja untuk menumpaskan kita dengan
merasuk kedalam badan mangsanya dan menggunakan dia sebagai senjata berlawan.
Ia menggunakan memori hitam untuk melemahkan kita supaya dapat mengawal kita.”
“Jadi, kalau Luna tertangkap. Dia akan gunakan Luna sebagai
umpan untuk melawan kita.” Sambung Teamin. “Satu cara untuk mengembalikan ‘Luna
jahat’ ke ‘Luna baik’ ialah dengan mengingatkan dia tentang memori indahnya.”
“Kamu pernah diserang ka dengan benda tu ke?” Mea terus
menyoal rasa ingin tahu.
Onew mengangguk. “Dia menggunakan salah satu dari maid kami.
Nasib baik aku dapat membaca memorinya dan kembalikan dia ke dirinya yang asal
kalau tidak, mungkin kami dah di cuduk-cucuk oleh jarum bisanya.”
Viola dan Fiona tidak tumpukan perhatian selepas mendengar
yang berkaitan dengan Luna dan melayan sesame sendiri.
“Luna takkan apa-apa selagi dia tak sendiri. Fee, lepas
kelas nanti jom kita bawa budak Ann tu ke bandar, kita carikan barang untuk
Ann.”
Fiona mengangguk. “Okay. Lagipun, Kalau nak minta tolong
dengan mereka berlima ni memang tak best. Ann boleh di buli siiiikit.” Fiona menarik sengih jahat.
Mereka masuk kedalam bangunan akademik dan menuju ke kelas
masing-masing.
XOXOXOXOX
Luna masih lagi dalam perpustakaan mini sedang membaca
selepas menyelesaikan assignmentnya. Apa dia boleh buat di dalam istana yang
besar tu kalau dia dilarang berkeliaran. Terpaksa berkurung membaca sementara
menunggu rakannya pulang dari kampus baru mereka.
“Mak oi!!! BOSANNYA!!!” Luna melempar bukunya kebelakang.
Give up menunggu dengan membaca jak setiap masa. “baiklah! Dah penat aku jadi
budak baik gara-gara si mamat sengal(minho) tu.” Luna bergerak keluar dari
bilik tersebut dan mula menyesiatan tentang istana besar tersebut. Mana tahu
new things discover dalam istana yang masih berdiri tegak selama beribu-ribu
tahun.
Setiap bilik di buka, setiap laluan di lalui, dan setiap
bangunan dan menara di lawati, istana tersebut memang menakjubkan. Tiada satu
tanda berkerak pun melekat di dinding istana.
“Mungkin betul kata buku tu. Istana ini akan runtuh apabila
tiada lagi keturunan berdarah Robella hidup didunia.” Luna terhenti apabila dia
rasa sesuatu yang familiar di sebalik pintu berwarna putih berukiran flora emas
itu.
Dia merenung pintu besar itu dengan degupan jantung yang
sangat pantas, dan darahnya mengalir dengan laju sekali. Rasa ingin tahu apa
yang membuat dia rasa gelisa dengan perkara disebalik pintu itu. Tanpa
teragak-agak, dia memulas tombol pintu tersebut dan masuk kedalam.
Terpegun melihat bilik tersebut yang bertemakan kuning
merah. Rasa rindu pula menguasai diri mengingatkan dia tentang mamanya. Bilik
yang hampir sama dengan warna tema master bedroom di mansion bekas tempat
tinggalnya sebelum pemergian orang yang tersayang.
Dia merebahkan diri di katil tersebut dan terhidu haruman
yang dikenali. Mukanya di tapuk dan selimut yang dikemas rapi di genggam erat.
Menahan rasa pedih dihati mengingatkan tradegy yang sukar dilupakan.
“Mama…
Kenapa? Kenapa mama?” terdengar suara-suara kecil datang dari tangisan Luna.
Bilik tersebut menjadi malap walaupun cuaca diluar masih
terang. Sedikit demi sedikit, hanya katil dan Luna yang tinggal di dalam
kegelapan tersebut.
“Sayang…” terdengar suara merdu memanggil Luna dari pelbagai
arah.
Luna mendongakkan kepalanya terkejut melihat sekelilingnya
gelap. “Tidak… t..tolong hidupkan lampu…” Luna menutup telinganya, trauma dalam
gelap masih lagi belum di atasinya. “Sesiapa tolong! Keluarkan aku!” Dia
menjerit sekuat hatinya dan suaranya hanya bergema dalam ruang gelap itu.
“Sayang… mari kat mama.” Muncul mamanya dihadapan mata
dengan mendepakan tangan menunggu Luna ke dalam dakapannya.
Luna tersenyum melihat mamanya dan turun dari katil berlari
kea rah mamanya. Katil tersebut terus hilang sebaik sahaja dia turun dari katil
tersebut. “Mama!!”
Sebaik sahaja dia mendekati mamanya, figura tersebut lenyap
membuat Luna rasa keliru. Dia memandang sekeliling mencari dimana mamanya telah
hilang. Air matanya mula mengalir balik rasa takut mamanya akan tinggalkan di
sekali lagi. Dia berlutut menutup mukanya rasa sangat takut bersendirian.
“Mama!!”
“Aku boleh bawa kamu ke mama kamu.” Seorang lelaki berjubah
hitam tidak dapat dilihat mukanya menghulurkan tangan kepada Luna.
Luna mendongak kepala kearah kearah lelaki tersebut. “K… kau
akan bawa aku ke tempat mama? Di mana mama?” Air matanya mengalir semakin
deras. “tolong saya encik, saya akan bagi apa saja yang penting bawa saya ke
mama…”
“Sambut tanganku dan aku akan bawa kau kepadanya.”
Luna ingin menyambut tangannya tetapi terhenti ditengah
jalan apabila teringat siapa lelaki tersebut. “Kau… tak mungkin.” Luna segera
menarik balik tangannya dan larikan diri dari lelaki misteri itu. “Aku takkan
tertipu lagi!”
Lelaki itu muncul dihadapannya setiap kali dia mengelakkan
diri. Sehingga membuat Luna penat mengelak. “Pergi! Aku tak perlukan kau untuk
carikan jalan penyelesaian ku! Aku takkan buat perkara yang sama sekali lagi!”
Luna cuba beranikan dirinya berhadapan dengan lelaki tersebut. “Di sebabkan kau
aku terpaksa berjauhan dengan mereka. disebabkan kau, aku terpaksa hidup keseorangan!”
Ketawa lelaki tersebut bergema di ruang gelap itu. “Baguslah
kau ingat aku. Mari ke sini dan kita akan ubah semua masa lalu kamu membuatnya
menjadi lebih ceria dengan rakan kamu dan juga… mama dan papa kamu.” Lelaki
tersebut muncul dihadapan Luna sambil menghulurkan tangan belum mengalah untuk
mendapatkan Luna
Luna menggeleng walaupun itu yang dia mahukan. “Jangan… goda
aku lagi!!!” Dia mendepakan tangannya dan mencekik lelaki tersebut dengan rasa
marah. “Mati!”
Tiba-tiba, ruang gelap tersebut berubah ke asalnya. Luna
berada di atas lantai dengan tangan mendepa kehadapan bergenggam.
Luna membuka genggaman tangannya merasakan ada sesuatu
didalam tangannya. “Rantai ni….”
Luna terus memeluk rantai tersebut rasa sangat gembira melihat
rantai berbentuk red heart itu. Dia memakai dan menciumnya. “Mama….”
asap berwarna soft
pink masuk dari cela pintu dan pintu bilik tersebut dibuka oleh Ann membuat
Luna tersentak dari lamunannya.
“Ann?” Luna memandang sekeliling bilik tersebut. “Aku kat
mana?”
Ann tertawa melihat muka blur Luna. sesatlah tu desis hati
Ann. “Kau dalam bilik mangkat Permaisuri Rowena.” Ann menghulurkan tangannya
kepada Luna dengan senyuman semanis strawberry. “Jom kita jalan-jalan kat
taman?”
Luna mengangguk dan mencapai tangan Ann. “Okay.”
Mereka berdua berjalan keluar dari bilik tersebut dengan
gelak tawa. Luna menjeling seketika ke pintu tersebut, rasa ingin tahu apa yang
telah terjadi sebentar tadi.
Cam mana aku boleh masuk dalam bilik tu? kenapa aku tak
ingat apa-apa, hanya ketika Ann masuk cari aku je? Apa yang sedang berlaku
sekarang ni? Desis hati gelisanya tidak tenang dengan situasi yang dia alami
sekarang.
Comments
Post a Comment