The Chosen One: Final Chapter
Bab 16
Dua cahaya berwarna biru muncul turun dari pokok besar dihadapannya
dan mengelilingi Aoi seperti memerhatikan gadis tersebut dari atas ke bawah.
Selepas mendengar penjelasan dari Phoenix, Ketua Sekolah,
Elli dan Violet terkejut mengetahui yang Aoi telah korbankan nyawanya untuk memberi
jasadnya kepada Permaisuri Biru.
Aily dan Phoenix berada dalam bilik Alex melawat Aoi yang sudah
telantar diatas katil king saiz Alex tidak sedarkan diri selama sebulan lebih.
Wajah Aoi yang kelihatan pucat membuat mereka semua risau tentang keadaan Aoi.
Tetapi yang lebih menyedihkan ialah Alex yang tidak lagi hadir kesekolah
selepas mengalahkan Black. Dia selalu menjauhkan dirinya dari orang lain
termasuk rakan karibnya. Apabila mereka datang melawat Aoi, Alex tiada
dibiliknya bersama mereka.
Aily berada di sisi kakaknya memegang erat tangan sejuk Aoi.
“Kak, Aily dapat rasakan ikatan kita masih lagi terjalin. Tolong bangun kak,
jangan buat Alex terseksa lagi.” Aily menahan Air matanya tidak mahu menangis
dihadapan Aoi.
Luhan memeluk bahu Aily dan mencium kepalanya seolah-olah
memberi Aily sedikit semangat. Aily menyandar di badan Luhan dan menangis dalam
dakapannya. “Luhan, tiada cara lain ke nak bangunkan Kak Aoi?”
Luhan hanya berdiam diri memeluk kekasihnya yang dia sayangi
itu. Sabar Aily, percayalah yang Aoi akan kembali desis hatinya memeluk erat
Aily.
Pintu dibuka dengan kasar dan kelihatan Sora berlari masuk
kedalam dan mendekati mereka. “Ada perkembangan?”
Mereka menggeleng. “Dia kelihatan pucat dan tangannya sejuk
membeku. Kami takut yang Aoi takkan bertahan.”
Sora terduduk dilantai mendengar penjelasan Jun. “Maksud Aoi
akan mati?” Sora memandang Violet yang duduk disebelah Aoi. “Tiada harapan lagi
ke untuk Aoi? Takkan dia akan mati begitu jak?”
XXX
Di satu ruang yang kosong dimana tiada penghujungnya
terdapat seorang gadis berbaju putih terapung bagaikan tiada graviti dalam
keadaan memeluk tubuh tidak sedarkan diri.
Kesejukan dalam tempat itu menyedarkan Aoi dari tidurnya. Apabila
dia membuka matanya, dia terus memandang sekeliling terkejut kerana dapat
membuka mata sekali lagi.
“Aku dimana? Ini di mana?” Aoi mula berlari ke satu arah yang
tidak ketahui berharap dia jumpa sesiapa atau sesuatu atau apa-apapun yang
penting ada benda lain selain dia didalam ruang serba putih itu.
Air matanya mula bergelinang keluar dan terapung-apung
diudara. Rasa takut menguasai diri, kesunyian dan sekejukan.
Kakinya sudah penat
berlari, rasa lenguh dan kejang. Aoi memandang sekelilingnya yang kosong, masih
tiada apa-apa yang dapat dilihat selain ruang kosong yang berwarna putih.
“Dah tiada harapan…” Aoi memandang kearah tangannya yang
kelihatan pucat kerana kesejukan. Badannya menggigil, matanya sudah mula berat
tidak tahan rasa kesejukan yang semakin meningkat setiap minit.
Mungkin di sinilah tempatku untuk menghembuskan nafas
terakhirku. Bersendirian dalam keadaan kesejukan seperti mana pernah berlaku
tujuh tahun lalu.
Mungkin, aku dah ditakdirkan untuk bersendirian dari
permulaan dan juga bersendirian pada akhir hidupku. Apa dosaku sampai aku mesti
hidup dalam kesunyian?
Walauapapun, aku tidak menyesal mati sekarang kerana….. Aku
dapat mengalami banyak suka duka bersama mereka. Perasaan takut menjalani
tanggungjawabku sudah mula hilang apabila aku berjumpa dengan Sora. Dia telah
buka pintu baru untukku menjalani hidup yang lebih gembira bersama yang lain. Senior Zack, Senior Jeff, Senior Lui, Senior Yongwha, Senior Junki Senior Kai,
senior Hana, Senior Joan Hyomin, Leiya, Elli, dan Violet. Mereka semua telah mengajarku
erti sahabat kalau tidak mungkin ia akan jadi lebih rumit dan mereka tetap
menganggap ku bedak nerd, skema tahap gaban.
Tekaknya yang dahagakan air membuat dia lebih lemah untuk
berdiri. Sesiapa, tolong keluarkan aku dari sini……
XXX
Tingkap bilik terbuka dengan sendirinya membuat Phoenix dan
yang lain terkejut. Alex bersama dengan Leiya meluncur masuk memalui tingkap
tersebut dengan penyapu terbangnya dan land di hadapan katil Alex. Wajahnya ketat
sambil memegang sebotol potion. Leiya pula kelihatan penat dan segera Violet
menyambut Leiya memberi dia duduk di sofa yang telah tersedia di bilik Alex.
“Alex, apa kau nak buat?” Elli hanya memandang Alex
mendekati Aoi dan duduk disisinya.
“Kami berjumpa dengan Grum untuk mencari beberapa herba yang
tiada di rumah hijau. Kami telah Berjaya buat the forbidden Potion dan…..”
“Apa? Kau nak bagi
Aoi minum benda tu? Kau dah gila ke?” Cloud tidak setuju dengan cadangan Alex. The Forbidden Potion ialah potion yang sangat merbahaya yang mempunyai risiko
tinggi untuk membunuh. Walaupun ia terbukti boleh menyembuhkan apa sahaja
penyakit tetapi, jika adunan dan teknik membuatnya tidak betul, ia akan menjadi
racun dan bukannya penawar. Sebab itulah ia diharamkan untuk membuat potion ini
kerana mejoriti mereka yang meminum potion ini mati serta merta.
“Ini satu-satunya cara untuk bangunkan Aoi! Aku tahu apa
kesannya tapi aku tak sanggup lihat Aoi tinggalkan aku begini.”
“Betul kata Alex. Kita dah kesuntukan masa sebelum Aoi
pergi, jadi ini ialah peluang terakhir kita untuk mencuba Potion tu.” Leiya
yang berehat di sofa bersama Violet memandang yang lain perlukan persetujuan
dari mereka.
Aily memegang erat tangan sejuk Aoi dan Aily ganas mengambil
alih. “Lakukannya.”
Luhan terkejut mendengar Aily memberi keputusannya. “Aily?
Kau nak Aoi mati ke?”
Aily menggeleng sambil memandang wajah kakaknya yang
kelihatan tidak berupayah. “Kita tiada lagi pilihan. Tak kisahlah ia Berjaya atau
tak aku hanya nak Kak Aoi lepas dari kesengsaraannya. Dia sudah bertahan selama
ini untuk bersama kita dan sanggup terseksa. Biarlah Alex buat yang penting Dia
lepas dari semua ni.”
Luhan memandang Cloud, Cloud memandang Elli, Elli memandang
Jun dan Jun memandang Alex. “Baiklah Lex, kalau itu yang Aily mahukan kami
setuju.” Jun memandang Sora yang masih terdiam memandang wajah Aoi. “Sora apa
jawapan kau?”
“Permaisuri Biru
pernah cakap yang kita semua sayangkan Aoi sampai takut kehilangannya kan?”
Sora memandang ke Alex. “Apa yang patut kita buat ialah percaya yang Aoi akan
kembali dan berharap yang Aoi dapat rasakan ini semua. Alex, aku setuju.”
Alex mengangguk tanda faham. Dia mengangkat kepala Aoi dan
memberi Aoi minum air potion tersebut hingga habis.
Mulut Alex berkumat kamit membaca satu jampi penawar semasa
menuangkan liquid tersebut kedalam mulut Aoi.
Alex mengucup dahi Aoi dan mendekati telinganya. “Aoi, don’t
give up.” katanya dengan lembut.
XXX
Aoi yang hampir pengsan di lantai tersedar apabila terdengar
satu suara yang amat dikenali. Rasa dahaganya tiba-tiba hilang dan lidahnya
terasa sedikit pahit.
“Alex?” Dia mengangkat kepalanya dan melihat sekeliling. Tiada
wajah yang ingin dia jumpa kelihatan.
Dia cuba untuk berdiri walaupun dia sudah tiada tenaga. Kakinya
menggeletar dan terjatuh semula. Air matanya ditahan dari mengalir turun. “Aku
tak… takkan mengalah….” Dia cuba berdiri kali yang kedua tetapi tetap tidak
berdaya.
Dia menangis teresak-esak kerana tidak berjaya untuk bangun.
Menangis menutup muka di atas lantai yang sejuk. “A… Al.. Alex…. Alex....” Nama
tersebut diulang berkali-kali kerana rasa rindu dihati terhadap lelaki yang
disayanginya itu.
“Aoi.. Jom.”
Aoi terus mendongak melihat suara siapa yang memanggilnya.
Dia terkejut melihat suasana di sekelilingnya berubah menjadi sebuah hutan dan
dihadapannya sebatang pokok mati yang besar.
Rantai yang di pakainya tiba-tiba bercahaya dan berekor
rama-rama keluar dari rantai tersebut seolah-olah menyuruh Aoi supaya tidak
bersedih. Rama-rama tersebut membantu dia bangun dengan perlahan dan itu
membuat Aoi sangat gembira kerana ada juga yang membantunya walaupun kakinya
sedikit menggeletar.
Aoi hanya berdiam diri membiarkan cahaya tersebut
mengelilinginya. Rama-rama tersebut semakin bertambah setiap saat dan hinggap
di batang kayu pokok besar itu membuatkan ia kelihatan sangat cantik dan
menenangkan.
Cahaya tersebut berhenti dihadapan Aoi dan muncul satu
figura dari setiap cahaya tersebut. Aoi tergamam melihat Black dan Permaisuri
Biru berdiri dihadapannya dengan senyuman yang manis.
Permaisuri Biru ketawa melihat wajah Aoi yang blur. “Ini
pasti mengejutkan untuk kamu kan?”
Aoi menggeleng. “Ini lebih dari itu. Tak terfikir yang Black
akan tersenyum cam tu dengan kau.”
Black tertawa kecil. “Patutlah Sofia pilih kau sebagai
pengganti. kau tak teragak agak nak bercakap. Ikut sedap mulut kau je kan?”
“Sofia? Mama?” Aoi memandang Permaisuri Biru apabila Black
memanggil dia sama seperti nama mamanya.
Permaisuri Biru mengangguk. “Maafkan mama kerana tak
beritahu dari awal Aoi. Tapi, ini untuk menghalang Hati Gelap Black menguasai
dunia magik kita.”
“Macam mana kau boleh jadi mama aku sedangkan kau dah mati?”
Aoi mengendahkan kata permaisuri biru. Dia rasa amat marah kerana mama yang di
rinduinya ialah orang yang selama ini berada dalam dirinya.
“Dia tidak akan mati selagi aku belum mati. Tapi disebabkan
lama hidup di dunia, magiknya semakin lemah kerana menyembunyikan rupa
sebenarnya selama beribu tahun. Dia mengambil keputusan untuk kahwin dengan
papa kamu hanya untuk melahirkan generasi baru untuk mengambil alih tempatnya.”
Kata Black panjang lebar.
“Sebab itu aku tiada magik semasa lahir? Betul ke?!” Suara
Aoi naik volume 2. Aku hanyalah alat bagi dia? Orang yang aku sanjungi ialah
orang yang gunakan aku! desis hatinya marah.
Permaisuri Biru menggeleng kepalanya. “Kau tiada magik
kerana perbuatan Angelica yang telah sumpah kau sebelum kau lahir. Hanya satu
cara sahaja untuk mengembalikan magik kau iaitu dengan membuat perjanjian
dengan mama. Mama sendiri tidak sanggup melihat kau rasa tidak diperlukan di
rumah agam dan buat plan tentang buku yang kau jumpa di bilik papa. Ia semua
untuk kebaikan kau juga dengan meminjamkan magik mama kepada Aoi. Walaupun
magik pinjaman mempunyai had yang singkat, Mama selalu ada di sisi kamu apabila
kamu memerlukannya.”
Aoi memikirkan balik tentang perubahannya semasa selamatkan
Nightwalker dan membina benteng sekolah. “Itu semua ialah magik pinjaman dari
Mama? Saya takkan ada magik selamanya ke?”
Black menarik sengih. “Budak ni risau sangat. Sejibik dengan
kau Sofia.” Black memandang kearah Aoi. “Dengar. Kau mempunyai magik yang lebih
berkuasa dari Sofia, sebab itu Angelica menyekat magic kau. Sepatutnya kau yang
ditakdirkan bunuh aku tapi Angelica mengubah takdir. Jadi….”
“Jadi, mama dan Aoi telah buat perjanjian bergabung tenaga
untuk mengalahkan black. Magik Aoi akan bebas apabila kita bergabung menjadi
satu dan korbankan diri untuk mengalahkan Black.”
Black berdengus. “Aku sendiri rasa menyesal kerana libatkan
anak buah sendiri untuk bunuh aku.”
“Anak Buah?!”
“Hei, Mama kau tu Kakak aku. Jadi aku ni pak cik kau, anak
tak kenal diuntung, sanggup kau bunuh pak cik sendiri.”
Aoi menjelir lidah. “Patut pun kau dibunuh! Kau dah pulih
atau tidak, tetap jahat!”
Permaisuri Biru meluku kepala dua budak yang menyakitkan
hati. “Macam anjing dengan kucing!”
“Aduh! Sof, Sakit tau!”
Permaisuri Biru berdehem cuba mengawal rasa gembira kerana
Black dan Aoi kelihatan akrab. “Walauapapun, Aoi dapat temui buku coklat yang
mengunci Black di Enchanted Library yang telah menolong kita untuk mengubah
takdir sekali lagi. Aily dapat jumpa buku tersebut dan mewakilkan diri untuk
menolong kamu dari korbankan diri bersama mama.”
Aoi mengangguk tanda faham. Semuanya masuk akal, Dia tiada
magik kerana sumpahan Angelica. Hanya Dia yang boleh kalahkan Black tapi
magiknya tersekat. Mamanya bergabung dengan dia untuk bangkitkan magik Aoi dan
mereka berkorban nyawa mengalahkan Black. Mama Aoi memang ditakdirkan mati
dalam pertempuran kedua tertulis didinding enchanted library. Terima Kasih
kepada Aily, dia dapat kembali ke bentuk tubuh badannya semula selepas Black
dan mamanya lesap didunia mereka.
Aoi memandang wajah Mamanya dan Black dengan riaksi yang gembira.
“Aku kembali ke bentuk badanku semula itu bermaksud….”
Mereka berdua tersenyum. “Ya, Kau masih ada harapan lagi.”
Kata permaisuri Biru mencium dahi Aoi.
“Jangan Happy sangat budak. Nanti kau kena minta maaf dengan
semua orang sebab kau dah tidur lama sangat, Heavy-sleeper. Yang paling penting
pakwe kau yang sombong lagi angkuh tu.” Black memegang bahu Aoi. “Best juga
nampak dia sensara cari the forbidden potion tu. Tapi, thanks kerana dia aku
dapat berchatting dengan Anak buah skema aku ni.”
Aoi memukul dada Black. “Kau memang kejam. Tapi, thanks
sebab datang. Tak sangka buruk juga wajah pak cik aku.” Aoi menjungkit kening
tiga kali. “Buruk dari yang aku bayangkan.”
“Hey, Aku paling hensem di Xanvera city tau!” Black meluku
kepala Aoi. “Bagus kau blah sekarang sebelum terlambat. Si Alex bebal tu dah
tunggu kau, tak nak ke kau jumpa jejaka pilihan kau tu?” Black fire dia balik.
Merah muka Aoi dibuatnya oleh usikan Black. Rasa nak bagi
penumbuk je di muka orang tua ni! Nasib baik kau pak cik aku desis hati Aoi
cuba control perasaannya.
“Jack! Dah-dahlah sakat dia!” Permasuri Biru sudah pedap
dengan perangai nakal adiknya yang tk pandai matang-matang.
“Yes, Ma’am.” Black memetik jarinya dan rama-rama yang hinggap
di batang pokok tersebut berterbangan ke satu arah berkumpul menghasilkan satu
portal. “Kau masuk ke dalam tu dank au akan kembali ke jasad kau semula.”
Aoi tersenyum gembira mendengar berita tersebut. “Thanks… PAK
CIK JACK…..” Aoi tersengih-sengih kerana itu kali pertama dan terakhir dia
jumpa pak ciknya.
Black memeluk Aoi dengan erat. “Tak guna punya budak… Kau
jangan nak happy sangat.”
Aoi bertukar pelukan kepada Mamanya. “Jaga Aily dengan baik
dan ingat…. Kamu dah tahu siapa diri kamu sebenar dan rahsiakannya kalau kamu
ingin bebas menjalani hidup kamu tanpa terperangkap di rumah agam seperti mama.
Kamu fahamkan?”
Aoi mengangguk. Magiknya yang melangkaui Permaisuri Biru
pastinya disimpan didalam rumah agam khas untuk hidup selama beribu tahun
sebagai persediaan untuk mengalahkan penjahat baru yang mungkin akan muncul.
Air mata menuruni ke pipi rasa sedih yang tidak mahu di rasa
akhirnya datang. “Aoi akan rindukan mama dan pak cik black.”
Black mengusap kepala Aoi. “Goodbye little devil”
Aoi hanya tersenyum dan bergerak masuk keportal persebut.
XXX
Mata Aoi terbuka secara perlahan dan melihat siling yang
berukiran flora yang sangat halus. Dia bangun dari baringnya dan memandang
sekeliling bilik tersebut. Matanya berhenti apabila melihat Alex tidur sisinya
sambil memegang erat tangannya seperti tidak mahu dilepaskan. Aoi tersenyum
nipis, kerana insane yang dia ingin lihat berada di depan matanya sekarang.
Badannya masih lagi lemah kerana dia susah untuk
menangangkat tanganya yang bebas. Rambutnya disentuh dengan perlahan.
“Dah panjang sedikit …. Dah berapa lama aku ‘tidur’?” Dia melihat
jam didinding.. 10.30pm waktu pelajar bersekolah. Aoi terus memandang ke luar
tingkap dan memandang bintang yang bertaburan didada langit. “Mungkin agak lama
sehingga tangan sendiri susah nak angkat.”
Dia menyentuh pipi Alex dengan perlahan rasa bersyukur
kerana dapat peluang kedua untuk melihat wajah yang disayanginya itu.
Alex terbangun apabila terasa pipinya tersentu dan segera
mengangkat kepala dan memegang erat tangan Aoi. Dia masih half-asleep dan
kerana bilik itu gelap, susah dia nak lihat sekeliling.
Aku bangunkan dia desis hati Aoi. Dia tersenyum melihat Alex
yang masih mamai menggosok matanya cuba sedarkan diri. Heavy-sleeper, tentu
Alex penat menjagaku selama ini desis hati Aoi hanya berdiam diri.
Alex memandang kearah Aoi yang tersenyum memandangnya dan
terkejut besar. “A… Aoi?”
Aoi tergelak kecil. “Baru perasan ke?”
Alex terus memeluk Aoi apabila dapat mendengar suara dan
senyuman Aoi. “Thank God…”
Aoi yang masih lemah tidak dapat menampung badan Alex yang
tiba-tiba melompat memeluknya tapi, dia membiarkannya kerana dia gembira yang
Alex masih menyayanginya dan membalas pelukan Alex.
“Lex, berapa lama aku ‘tidur’?”
Alex terus melepaskan pelukannya dan memandang Aoi dengan
wajah yang marah. “Itu soalan pertama yang Aoi tanya? Aoi tau tak bagaimana
perasaan kami selama Aoi tak sedarkan diri? Cemas, takut, sedih, kecewa dan
banyak lagi unpleasant emotions!” Alex mengeluh kecewa. “Aoi tau tak betapa
rindunya Alex dengan senyuman Aoi tu?”
Aoi mengangguk. “Tapi serius ni, berapa lama Aoi ‘tidur’? Aoi
tak nak tidur lama sangat sebab rosak kulit nanti. Plus, siapa yang atur
laporan Ketua? Cam mana dengan fashion minggu ni? Masih preppy style ke?”
“AAAOIIII……..” Muka Alex merah menahan marah. Dia penat-penat
risau tentang Aoi tapi ini perkara pertama yang terlintas dalam fikirannya
selepas bangun? Baik tidur lagi sampai minggu depan.
Aoi tergelak melihat wajah Alex yang berang. Tak sangka,
dapat juga dia usik Alex setelah sekian lama tak lihat mukanya. Itulah perkara
yang paling dia suka kalau bersama Alex, sakat hingga merah muka budak tu
dibuatnya.
“Aoi main-main jelah!” Aoi mencium pipi Alex tanda minta
maaf. “I miss you.”
Alex tersenyum sinis. “Stupid, I miss you more.” Alex
memeluk pinggang Aoi dan memberi satu kucupan dibibir kepadanya.
XXX
Urgent meeting tiba-tiba dipanggil oleh ketua Phoenix sebaik
sahaja sekolah tamat. Aily, Sora dan Violet juga turut serta kerana mendapat
jawatan sebagai mengurus jadual Phoenix dilantik yang oleh pengetua kerana
mereka selalu skip kelas kononnya berlatih. Thanks tu Aily ganas, kegiatan
menipu mereka kantoi kerana Aily yang sedang berjalan-jalan di kawasan
sekolah(skip kelas juga) dan ternampak phoenix lepak di jambatan utama ke hutan
larangan bersama member baru mereka Elli.
Mereka semua duduk dalam keadaan kegelisahan menunggu Alex
masuk ke bilik mesyuarat.
“Kenapa si Alex ni tiba-tiba call urgent meeting pulak ni?”
Senior Yongwha mengeluh kerana penat baru je keluar kelas dah dipanggil untuk
meeting. Tak kau penatnyer? Nak tunggu lagi budak tu datang? Sempat kau tidur.
Pintu dibuka membuat mereka memandang kearah Alex yang masuk
bersama Aoi. mereka mengerdip mata beberapa kali tergamam melihat perempuan
yang dalam keadaan kritikal di atas katil Alex tiba-tiba hadir mesyuarat, siap
dengan baju sekolah pulak tu.
Mereka berdua duduk ditempat mereka dimana Aoi di kerusi
boss dan Alex si sebelahnya. Aoi melihat fail-fail di depannya. Di buka fail
tersebut satu per satu melihat laporan selepas mengalahkan pak ciknya.
Yang lain hanya berdiam diri. Rasa takut juga kerana mungkin
perempuan di depan mereka adalah hantu, roh tidak aman dengan kerjanya
disekolah.
Aoi memandang wajah mereka satu persatu. “Betulke aku ‘tidur’
sampai sebulan lebih?” Aoi inginkan kepastian. Mana tahu Alex saja balas balik
selepas dia menyakat dia. “Korang kenapa bengang? Ak…” Dia terhenti dan terus
memandang Senior Zack. “Aku masih hidup. Kalau aku hantu dah lama aku haunted
korang satu-satu. The Forbidden Potion yang Alex dan Leiya buat nasib baik berkesan
membuat aku tersedar tadi. Walaupun ia berisiko besar, kamu tetap mengambil
langkah tersebut untuk menyelamatkanku. Aku juga dengar yang Seior Youngwha
juga tolong dalam proses buat potion tu. tahu tak betapa pahit plus pekatnya aku
kena rasa benda tu? nak mati taste buds aku tau!” Aoi memeluk tubuh. “Orang tua
tu dah balik ke? Atau masih lagi berkeliaran di bandar? Aily, Messed ah dikembalikan
ke bilik pengetua? Dan kenapa kamu bertiga ada di sini?” Aoi melihat tiga lagi
wajah baru di meja menyuarat mereka.
Mereka semua memandang sesame sendiri apabila mendengar Aoi bercakap
panjang lebar, bercakap tak formal, memanggil pengetua orang tua, dan bercakap
bukan-bukan. Dah sah dan tak syak lagi itu memenang Aoi. “AOI!!!!”
Aoi menarik sengih. “CIK Aoi!” Sempat lagi Aoi membetulkan
ayat mereka.
Sora dan Violet terus memeluk Aoi kerana rindu yang amat
sangat. “Kau dah pulang!”
“Tentulah aku balik. Siapa nak atur semua monyet, monyer,
monyet-monyet ni kalau aku tak dah? Tengok laporan ni. Hancur, bertabur!” Aoi
mengenyit mata kearah ketua sekolah yang kadang kala tidak boeh diharap.
Aily memeluk kakaknya menangis kegembiraan akhirnya Aoi telah
sedar dari tidur yang lama. “Yeah! Kak Aoi dah balik!!”
Elli menyapa bahu Aoi dan menunjukkan thumbs up. “Welcome
back!”
“Thanks!”
Mesyuarat yng patut diadahkan sudah bertukar menjadi party
kepulangan Aoi. Perempuan yang mereka tunggu-tunggu untuk bangun akhirnya
berada bersama mereka termasuk dengan senyumannya yang mereka rindui.
Rupa-rupanya, aku sebenarnya tidaklah bersendirian selama
ini. Cuma aku yang cuba untuk menghindari diri aku dari mereka dan membuat
diriku sendiri kesunyian. Mungkin dari awal lagi aku tidak kesunyia jika aku
tidak bandingkan diri aku dengan keluargaku yang lain.
Tapi, semua ini tidak akan terjadi jika tidak kerana Sora.
Dialah orang yang mengubah hidupku dengan kepala batunya sampai buat aku
terjatuh diats Alex sehingga aku di anti oleh pelajar perempuan dan di tambah
lagi dengan jawatan penolong setia the Fo… Ooops, The Five Lords ni. Ketua yang
lain yang firstnya tegas dan tak friendly menjadi lebih peramah setelah berlajar
mengenali antara satu dengan yang lain.
Thanks to Alex jugalah aku dapat mempelajari erti cinta
sejati yang hanya aku dapat baca dalam novel-novel cinta yang Violet pinjamkan.
Alex lelaki pertama yang cari pasal denganku
memprotes kemarahanku. Walaupun ia agak mejengkelkan pada mulanya, tapi dia
sebenarnya ada secret crush dengan aku sampai sanggup sakat aku sehingga aku
sakat dia balik.
Aku harap, semua ini akan menjadi lebih baik lagi pada masa
hadapan. Bersama dengan Aily dan Alex. Bersama rakan-rakanku yang lain tanpa
ada yang boleh memisahkan aku dari mereka lagi.
Harap Identiti kami berdua tiada siapa akan tahu dan
mengurung kami seperti mana Mama pernah alami. Selagi mulut ini tidak bersuara,
selagi itu kami bebas menjalani hidup kami.
~The End~
P/S : Akhirnya tamat juga Cerita ni kan3x… sekaran guntuk novel
ke-2 ‘Rose Princesses’ please look forward to it! ^_^
Besttt sgt, good job...^^
ReplyDeleteThank you Tiara <3 ^_~
ReplyDelete